__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Showing posts with label Asma' wa Sifat. Show all posts
Showing posts with label Asma' wa Sifat. Show all posts

Saturday, April 9, 2016

21 kaedah Umum Dalam Memahami Sifat-sifat Allah

Kaedah-kaedah Umum Dalam Memahami Sifat-sifat Allah


Kaedah-kaedah umum ini dinukil dari kitab Shifatullaahi ‘Azza wa Jalla Al-Waridatu fi Al-Kitabi wa As-Sunnah, m/s. 20-30 – Cet. 4, Ad-Durar As-Sunniyyah (Zhohran, 1432H).

Klik ke website kami untuk membaca kaedah-kaedah dimaksudkan, http://www.ilmusunnah.com/?p=15748

Friday, July 23, 2010

124 - Imam asy-Syafi'i: Allah Di Langit

Daripada hadis Mu’awiyah bin al-Hakam:

فَقَالَ لَهَا: «أَيْنَ اللهُ؟»، قَالَتْ: فِي السَّمَاءِ. قَالَ: «مَنْ أَنَا؟»، قَالَتْ: أَنْتَ رَسُولُ اللهِ. قَالَ: أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤمِنَةٌ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bertanya kepadanya: Di mana Allah? Dia menjawab: di atas langit. Rasul bertanya: Siapa saya? Wanita itu menjawab: engkau adalah utusan Allah. Maka Nabi bersabda: ‘Bebaskan dia, kerana dia adalah seorang (wanita) beriman.” (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis tersebut juga diriwayatkan oleh Imam asy-Syafi’i di dalam kitab al-‘Umm juz 5 halaman 298. Mengenai periwayatan Imam Asy-Syafi’i tersebut Imam Abu Utsman ash-Shobuni menyatakan di dalam kitabnya ‘Aqidatus Salaf Ashaabul Hadis:

وإنما احتج الشافعي رحمة الله عليه على المخالفين في قولهم بجواز إعتاق الرقبة الكافرة بهذا الخبر ، لاعتقاده أن الله سبحانه فوق خلقه ، وفوق سبع سماواته على عرشه ، كما معتقد المسلمين من أهل السنة والجماعة ، سلفهم وخلفهم ، إذ كان رحمه الله لا يروي خبرا صحيحا ثم لا يقول به . وقد أخبرنا الحاكم أبو عبد الله رحمه الله قال أنبأنا الإمام أبو الوليد حسان بن محمد الفقيه قال حدثنا إبراهيم بن محمود قال سمعت الربيع بن سليمان يقول سمعت الشافعي رحمه يقول : إذا رأيتموني أقول قولا وقد صح عن النبي صلى الله عليه وسلم خلافه فاعلموا أن عقلي قد ذهب

“asy-Syafi’i rahimahullah berhujjah terhadap para penentang yang menyatakan bolehnya memerdekakan hamba kafir dengan khabar (hadis) ini kerana keyakinan beliau bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala di atas makhluk-makhluk-Nya, dan di atas tujuh langit di atas ‘Arasy-Nya sebagaimana keyakinan kaum muslimin Ahli Sunnah wal Jama’ah sama ada yang terdahulu ataupun yang terkemudian, kerana beliau (asy-Syafi’i) tidaklah meriwayatkan khabar (hadis) yang sahih kemudian tidak berpendapat dengan (hadis) tersebut. Telah mengkhabarkan kepada kami al-Hakim Abu ‘Abdillah rahimahullah (dia berkata) telah mengkhabarkan kepada kami Abul Walid Hasan bin Muhammad al-Faqih (dia berkata) telah memberitakan kepada kami Ibrahim bin Mahmud dia berkata aku mendengar ar-Rabi’ bin Sulaiman berkata: Aku mendengar asy-Syafi’i rahimahullah berkata: Sekiranya kamu melihat aku mengucapkan suatu ucapan sedangkan (hadis) yang sahih daripada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bertentangan dengannya, maka ketahuilah bahawasanya akalku telah hilang.

Abu Utsman ash-Shobuni adalah salah seorang ulama’ bermazhab asy-Syafi’i (sebagaimana dijelaskan oleh al-Hafiz adz-Dzahabi dalam Siyaar A’lamin Nubalaa’:

الإِمَامُ، العَلاَّمَةُ، القُدْوَةُ، المُفَسِّرُ، المُذَكِّرُ، المُحَدِّثُ، شَيْخُ الإِسْلاَمِ، أَبُو عُثْمَانَ إِسْمَاعِيْلُ بنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بنِ أَحْمَدَ بنِ إِسْمَاعِيْلَ بنِ إِبْرَاهِيْمَ بنِ عَابِدِ بن عَامِرٍ النَّيْسَابُوْرِيُّ، الصَّابُوْنِيُّ

Beliau adalah: al-Imam, al-‘Allamah (yang berilmu), seorang qudwah (ikutan/contoh), al-Mufassir (ahli tafsir), penghafaz, al-Muhaddis, Syaikhul Islam Abu ‘Utsman ‘Isma’il B. ‘Abdirrahman B. Ahmad B. ‘Isma’il B. Ibrahim B. ‘Abid B. ‘Amir an-Naisaburi ash-Shobuni.

Imam al-Baihaqi menyatakan tentang Abu Utsman ash-Shobuni:

إِمَام المُسْلِمِيْنَ حَقّاً، وَشيخُ الإِسْلاَم صدقاً، أَبُو عُثْمَانَ الصَّابُوْنِيّ

“Imam kaum muslimin yang sejati, dan Syaikhul Islam yang jujur Abu ‘Utsman ash-Shobuni.” (Rujuk: Siyaar A’lamin Nubalaa’, 18/40-41)

Friday, February 19, 2010

116 - Masa Tidak Termasuk Nama Allah

Masa (ad-Dahr) Tidak Termasuk Nama Allah

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Berkata Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin (rahimahullah):

ومن ثم نعرف أنه ليس من أسماء الله: "الدهر" لأنه لا يتضمن معنى يبلغ غاية الحسن، فأما قوله صلى الله عليه وسلم

Ad-Dahr (masa) tidaklah termasuk Nama Allah kerana kalimah tersebut tidak mengandungi makna kebaikan yang sempurna. Ada pun berkaitan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

لا تسبوا الدهر، فإن الله هو الدهر

Terjemahan: “Jangan kamu mencela ad-Dahr (masa), kerana Allah adalah ad-Dahr (masa).” (Hadis Riwayat Ahmad, 15/70, no. 9137. Muslim, 11/313, no. 4169)

فمعناه: مالك الدهر المتصرف فيه، بدليل قوله في الرواية الثانية عن الله تعالى

Maknanya di sini bahawa Allah-lah yang menguasai masa ini, Allah yang mengatur masa, berdasarkan firman Allah melalui sebuah hadis qudsi:

بيدي الأمر أقلب الليل والنهار

Terjemahan: “Di Tangan-Ku-lah segala urusan, Aku yang menukar malam dan siang.” (Rujuk: Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin, Syarah Lum’atul I’tiqad, saaid.net)

Beliau (Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin) juga menjelaskan:

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui sebuah hadis qudsi:

“Manusia telah menyakitiku, mereka mencela masa.”

Iaitu mencela waktu atau zaman, sama ada siang atau malam, sedangkan mencela siang atau malam bererti mencela Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana Allah-lah yang mengatur adanya siang dan malam. Kerana itu Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman tentang dirinya di dalam sebuah hadis qudsi:

“Akulah masa, hanya di tangan-Ku segala urusan, Akulah yang menukar siang dan malam.” (Muttafaq ‘alaih)

Ada pun memuji masa, berkaitan dengan seseorang yang memuji Rabb-nya dengan memuji masa tersebut bukan hanya memuji hari-hari siang dan malam maka tidak mengapa. Dan ini adalah baik. Seperti perkataan ini adalah hari-hari yang menyenangkan, aman, dan membahagiakan, dan alhamdulillah. Maka ia merupakan hari yang barakah atau seumpamanya, maka keadaan ini tidak mengapa. Ada pun memuji masa dengan melupakan Pencipta masa itu, maka ini tidak dibenarkan. Kerana memuji sebab dengan melupakan yang menjadikan sebab sebenarnya merendahkan dan meruntuhkan penyebab, iaitu Allah. (Rujuk: Ensiklopedi Fatwa Syaikh ‘Utsaimin (Judul asal: al-Fatawa al-Muhimmah), jil. 1, m/s. 113, Terbitan/terjemahan Pustaka as-Sunnah)

Di dalam riwayat yang lain, Rasulullah menjelaskan:

لَا تَسُبُّوا الدَّهْرَ، فَإِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ: أَنَا الدَّهْرُ، الْأَيَّامُ وَاللَّيَالِي لِي، أُجَدِّدُهَا وَأُبْلِيهَا، وَآتِي بِمُلُوكٍ بَعْدَ مُلُوكٍ

Terjemahan: “Janganlah kamu mencela masa kerana Allah berfirman, “Aku adalah masa, malam dan siang adalah milik-Ku, Aku menjadikannya baru dan berlalu, dan Aku mengganti para raja dengan para raja yang baru”.” (Hadis Riwayat Ahmad, 16/272, no. 10438. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Hadis Sahih)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menyebutkan:

قال الشافعي وأبو عبيدة وغيرهما من الأئمة في تفسير قوله: "لا تسبوا الدهر؛ فإن الله هو الدهر": كانت العرب في جاهليتها إذا أصابهم شدة أو بلاء أو نكبة، قالوا: يا خيبة الدهر. فيسندون تلك الأفعال إلى الدهر ويسبونه، وإنما فاعلها هو الله [عز وجل] فكأنهم إنما سبوا، الله عز وجل؛ لأنه فاعل ذلك في الحقيقة، فلهذا نُهي عن سب الدهر بهذا الاعتبار؛ لأن الله هو الدهر الذي يعنونه، ويسندون إليه تلك الأفعال. هذا أحسن ما قيل في تفسيره، وهو المراد، والله أعلم. وقد غلط ابن حزم ومن نحا نحوه من الظاهرية في عدهم الدهر من الأسماء الحسنى، أخذا من هذا الحديث

Terjemahan: Telah berkata asy-Syafi’e, Abu ‘Ubaidah dan selainnya dari para imam di dalam tafsir berkenaan firman Allah: “Janganlah kamu mencela masa, kerana Allah adalah ad-Dahr (masa).”

Pada masa ‘Arab jahiliyyah, ketika bangsa ‘Arab ditimpa bencana sehingga mereka menganggap bahawa yang melakukan semua itu adalah masa, lalu mereka pun mencela masa, padahal yang melakukan semua itu adalah Allah (‘Azza wa Jalla). Dengan perkataan mereka itu, seakan-akan mereka mencela Allah ‘Azza wa Jalla, kerana Allah-lah yang yang melakukan semuanya. Sebab itulah perbuatan mencela masa dilarang, kerana Allah adalah masa dengan merujuk maksud celaan tersebut. Juga kerana setiap kejadian yang buruk tersebut dinisbatkan oleh mereka kepada Allah (yang menjadikannya).

Inilah perkataan terbaik di dalam mentafsirkannya dan itulah maksud yang sebenarnya. Wallahu a’lam.

Dalam hal ini, Ibnu Hazm dan yang sealiran dengannya dari kelompok zhohiriyyah telah silap (keliru) di mana mereka menyatakan bahawa ad-Dahr (masa) adalah salah satu dari Asma’ al-Husna (Nama-nama) Allah berdasarkan hadis tersebut. (Rujuk: Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’an al-Adzim, 7/269-270)

Ibnul Qayyim rahimahullah menjelaskan:

فَسَابّ الدّهْرِ دَائِرٌ بَيْنَ أَمْرَيْنِ لَا بُدّ لَهُ مِنْ أَحَدِهِمَا . إمّا سَبّهُ لِلّهِ أَوْ الشّرْكُ بِهِ فَإِنّهُ إذَا اعْتَقَدَ أَنّ الدّهْرَ فَاعِلٌ مَعَ اللّهِ فَهُوَ مُشْرِكٌ وَإِنْ اعْتَقَدَ أَنّ اللّهَ وَحْدَهُ هُوَ الّذِي فَعَلَ ذَلِك وَهُوَ يَسُبّ مَنْ فَعَلَهُ فَقَدْ سَبّ اللّهَ

Terjemahan: Mencela masa itu berkemungkinan daripada salah satu dari dua perkara yang pasti berlaku. Iaitu mungkin darinya telah mencela/menyakiti Allah atau mensyirikkannya. Sekiranya ia meyakini bahawa masa itu bersifat (bertindak) seperti Allah, maka ia telah melakukan kesyirikkan. Dan sekiranya ia berkeyakinan bahawa Allah-lah sahaja yang bertindak, tetapi kemudian dia mencela masa, maka dia telah mencela Allah disebabkan Allah-lah yang memperlakukan (mengatur) masa tersebut. (Rujuk: Ibnul Qayyim, Zaadul Ma’aad, 2/323)

Wallahu a’lam...

Monday, December 7, 2009

114 - Imam at-Tirmidzi Menjelaskan Perbezaan Di Antara Ahlus Sunnah Dengan Jahmiyah Di Dalam Persoalan Tangan Allah (Yadullah)

Imam at-Tirmidzi Menjelaskan Perbezaan Di Antara Ahlus Sunnah Dengan Jahmiyah Di Dalam Persoalan Tangan Allah (Yadullah)

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

قال أبو عيسى إثر ما روي حديث أبي هريرة إن الله يقبل الصدقة ويأخذها بيمينه فيربيها

وقد قال غير واحد من أهل العلم في هذا الحديث وما يشبهه من الصفات ونزول الرب تبارك وتعالى إلى سماء الدنيا

Terjemahan: Berkata Abu ‘Isa (at-Tirmidzi) setelah meriwayatkan hadis:

Sesungguhnya Allah menerima sedekah dan mengambilnya dengan Tangan Kanan-Nya.

Adalah lebih dari seorang ahli ilmu telah mengeluarkan pendapatnya berkenaan hadis ini dan yang seumpamanya berkaitan sifat-sifat (Allah) dan turunnya Allah ke langit dunia.

قالوا قد ثبت الروايات في هذا ونؤمن به ولا يتوهم ولا يقال كيف

Terjemahan: Mereka menyatakan bahawa riwayat tersebut adalah jelas dan kami mengimaninya (meyakininya) tanpa membayangkan (menggambarkan/imagine) dan tanpa mempersoalkannya bagaimana.

هذا روي عن مالك وابن عينية وابن المبارك أنهم قالوا في هذه الأحاديث أمروها بلا كيف

Terjemahan: Diriwayatkan dari Malik, Ibnu ‘Uyainah, dan Ibnul Mubarak, mereka mengatakan berkenaan hadis-hadis tersebut: Tetapkanlah/terimalah ia (sebagaimana datangnya) tanpa menanyakan bagaimana.

قال وهكذا قول أهل العلم من أهل السنة والجماعة

Terjemahan: Beliau menyatakan bahawa ini adalah perkataan Ahlul ilmi (ulama) dari kalangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

وأما الجهمية فأنكرت هذه الروايات وقالوا هذا تشبيه وفسروها على غير ما فسر أهل العلم
وقالوا إن الله لم يخلق آدم بيده وإنما معنى اليد ههنا النعمة

Terjemahan: Tetapi, mereka dari kelompok Jahmiyah, mereka mengingkari (menolak) riwayat-riwayat ini. Mereka mendakwa, pemahaman seperti itu adalah termasuk Tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk). Dan apa yang difahami oleh kelompok (firqah) Jahmiyah berkenaan hadis tersebut adalah berbeza. Mereka tidak menyatakan sebagaimana apa yang dijelaskan oleh Ahlul ilmi (dari para ulama Ahlus Sunnah).

Mereka (kelompok Jahmiyah) menyatakan bahawa Allah tidaklah menciptakan Adam dengan Tangan-Nya, dan sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan tangan (al-Yad) di sini adalah al-Nikmah.

قال إسحاق بن راهوية إنما يكون التشبيه إذا قال يد مثل يدي أو سمع كسمعي فهذا تشبيه

وأما إذا قال كما قال الله يد وسمع وبصر فلا يقول كيف ولا يقول مثل فهذا لا يكون تشبيها عنده قال تعالى ليس كمثله شيء وهو السميع البصير

Terjemahan: Berkata Ishaq B. Rahawaih, bahawasanya apa yang dimaksudkan dengan Tasybih (menyerupakan sifat Allah dengan sifat makhluk) itu adalah sekiranya seseorang mengatakan:

“Tangan seperti tanganku, atau pendengaran seperti pendengaranku”.

Inilah yang dinamakan sebagai Tasybih.

Ada pun sekiranya seseorang mengatakan sebagaimana yang Allah katakan mengenai Tangan, Mendengar, dan Melihat, tanpa mengatakan:

“Bagaimana”

Dan tidak mengatakan:

“Seperti”,

Maka ianya bukanlah Tasybih (menyerupakan/menyamakan Allah dengan makhluk). Allah Ta’ala berfirman:

Tiada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Rujuk:
At-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 3/71, no. 598. al-Hafiz adz-Dzahabi, al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, 1/198, no. 518. ath-Thobari, Tafsir ath-Thobari (Jami' al-Bayan fi Ta'wilul Qur'an), 6/20.

113 - Jangan Ditanya Bagaimana Turunnya Allah Ke Langit Dunia

Jangan Ditanya Bagaimana Turunnya Allah Ke Langit Dunia

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Diriwayatkan dari Ibnu Baththah:

وأخبرني أبو صالح قال حدثني أبو الحسن علي بن عيسى بن الوليد قال ثنا أبو علي حنبل بن إسحاق قال قلت لأبي عبد الله ينزل الله تعالى إلى سماء الدنيا؟

قال: نعم

قلت: نزوله بعلمه أم بماذا

قال فقال لي اسكت عن هذا وغضب غضبا شديدا

وقال مالك ولهذا امض الحديث كما روي بلا كيف

Terjemahan: Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Soleh, beliau berkata, telah mengkhabarkan kepadaku, ‘Ali B. ‘Isa B. Walid, beliau berkata dari Abu ‘Ali Hanbal B. Ishaq, beliau menjelaskan: Aku bertanya kepada Abu ‘Abdillah (Imam Ahmad B. Hanbal):

Allah turun ke langit dunia? Beliau menjawab: Ya.

Aku bertanya lagi: Sama ada Allah turun dengan ilmu-Nya atau apa?

Maka beliau pun berkata kepadaku: Jangan bertanya tentang perkara yang di luar batasan. Dan beliau kelihatan begitu marah sekali.

(Ibn Baththah mejelaskan) Dan berkata Malik: Ini adalah sebuah penjelasan supaya tidak bertanya bagaimana (Allah turun ke langit dunia).

Rujuk:
Ibn Baththah
الكتاب: الإبانة عن شريعة الفرقة الناجية ومجانبة الفرق المذمومة
m/s. 3/242-243

Monday, November 9, 2009

111 - Perkataan Imam asy-Syafi'e Tentang Istiwa Allah

Perkataan Imam asy-Syafi'e Tentang Istiwa Allah

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

روى شيخ الإسلام أبو الحسن الهكاري والحافظ أبو محمد المقدسي بإسنادهم إلى أبي ثور وأبي شعيب كلاهما عن الإمام محمد بن إدريس الشافعي ناصر الحديث رحمه الله تعالى قال القول في السنة التي أنا عليها ورأيت عليها الذين رأيتهم مثل سفيان ومالك وغيرهما الإقرار بشهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وأن الله على عرشه في سمائه يقرب من خلقه كيف شاء وينزل إلى السماء الدنيا كيف شاء وذكر سائر الإعتقاد

Terjemahan: Syaikhul Islam Abul Hasan al-Hikari dan al-Hafiz Abu Muhammad al-Maqdisi meriwayatkan dengan rangkaian sanad mereka kepada Abi Tsaur dan Abi Syu'aib, keduanya dari imam Muhammad B. Idris asy-Syafi'e nashirul Hadis (pembela hadis) rahimahullah Ta'ala, beliau berkata:

Sunnah yang aku anut sebagaimana yang dipegang (dianuti) oleh Sufyan, Malik dan selain keduanya adalah pengakuan dengan Syahadat (kesaksian) bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah (dengan benar) melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah, dan sesungguhnya Allah di atas 'Arsy-Nya di langit-Nya. Dia dekat dengan makhluk-Nya sebagaimana yang Dia kehendaki, dan turun ke langit dunia sebagaimana yang Dia kehendaki... begitulah seterusnya beliau menyebutkan keyakinannya yang lainnya.

Rujuk:

العلو للعلي الغفار للحافظ الذهبي
Kitab:
1 - Imam adz-Dzahabi, al-'Uluw Lil 'Aliyyil Ghoffar, no. 443.
2 – Muhammad Nashiruddin al-Albani, Mukhtashor al-'Uluw Lil 'Aliyyil Ghoffar, no. 196.

110 - Prinsip Imam asy-Syafi'e Dalam Menetapkan Sifat Bagi Allah

Prinsip Imam asy-Syafi'e Dalam Menetapkan Sifat Bagi Allah

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Dalam kitabnya, al-Risalah, imam asy-Syafi'e rahimahullah menyebutkan:

والحمد لله .. الذي هو كما وصف به نفسه وفوق ما يصفه به خلقه

Terjemahan: Walhamdulillah (segala puji bagi Allah)... yang Dia adalah sebagaimana yang Dia sifatkan untuk diri-Nya dan melampaui sifat-sifat yang diberikan makhluk ciptaan-Nya untuk-Nya. (Rujuk: Imam asy-Syafi'e, al-Risalah, 7-8)

Imam asy-Syafi'e menetapkan sifat bagi Allah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh al-Qur'an dan as-Sunnah:

أَخْبَرْنَا ابْنُ مُؤْمِنٍ، أَخْبَرَنَا الحُسَيْنُ بنُ أَبِي بَكْرٍ، أَخْبَرَنَا جَعْفَرُ بنُ زَيْدٍ، أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بنُ عُبَيْدِ اللهِ العُكْبَرِيُّ، أَخْبَرَنَا أَبُو طَالِبٍ الحَرْبِيُّ، أَخْبَرْنَا ابْنُ مَرْدَكَ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بنُ أَبِي حَاتِمٍ، حَدَّثَنَا يُوْنُسُ، سَمِعْتُ الشَّافِعِيَّ يَقُوْلُ:

نُثْبِتُ هَذِهِ الصِّفَاتِ الَّتِي جَاءَ بِهَا القُرْآنُ، وَوَرَدَتْ بِهَا السُّنَّةُ، وَننفِي التَّشبيهَ عَنْهُ كَمَا نَفَى عَنْ نَفْسِهِ، فَقَالَ: لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ

Terjemahan: Telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Mukmin, telah mengkhabarkan kepada kami al-Husin B. Abi Bakr, telah mengkhabarkan kepada kami Ja'far B. Zaid, telah mengkhabarkan kepada kami Ahmad B. 'Ubaidullah al-'Akbari, telah mengkhabarkan kepada kami Abu Tholib al-Harbi, telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Mardak, telah mengkhabarkan kepada kami 'Abdurrahman B. Abi Hatim, telah menjelaskan kepada kami Yunus, bahawasanya aku mendengar asy-Syafi'e beliau berkata:

Kita menetapkan sifat-sifat (bagi Allah) sebagaimana yang disebutkan oleh al-Qur'an dan as-Sunnah ini dan kita nafikan tasybih (penyerupaan dengan sifat makhluk) dari-Nya sebagaimana Dia telah menafikan dari diri-Nya. Sebagaimana Dia berfirman: Tiada sesuatu pun yang serupa dengannya. (Rujuk: Imam adz-Dzahabi, Siyar 'Alam an-Nubala', 20/341)

109 - Mazhab Salaf as-Soleh Dalam Soal Istawa Allah

Mazhab Salaf as-Soleh Dalam Soal Istawa Allah

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah berkata di dalam tafsirnya:

وأما قوله تعالى: { ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ } فللناس في هذا المقام مقالات كثيرة جدا، ليس هذا موضع بسطها، وإنما يُسلك في هذا المقام مذهب السلف الصالح: مالك، والأوزاعي، والثوري، والليث بن سعد، والشافعي، وأحمد بن حنبل، وإسحاق بن راهويه وغيرهم، من أئمة المسلمين قديما وحديثا، وهو إمرارها كما جاءت من غير تكييف ولا تشبيه ولا تعطيل. والظاهر المتبادر إلى أذهان المشبهين منفي عن الله، فإن الله لا يشبهه شيء من خلقه، و { لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ } [ الشورى:11 ] بل الأمر كما قال الأئمة -منهم نُعَيْم بن حماد الخزاعي شيخ البخاري -: "من شبه الله بخلقه فقد كفر، ومن جحد ما وصف الله به نفسه فقد كفر". وليس فيما وصف الله به نفسه ولا رسوله تشبيه، فمن أثبت لله تعالى ما وردت به الآيات الصريحة والأخبار الصحيحة، على الوجه الذي يليق بجلال الله تعالى، ونفى عن الله تعالى النقائص، فقد سلك سبيل الهدى.

Terjemahan: Ada pun firman Allah Ta'ala: “Kemudian Dia beristiwa (bersemayam) di atas 'Arsy”, terdapat begitu banyak komentar berkenaan dengannya. Akan tetapi, di sini bukanlah tempat yang tepat untuk membentangkannya. Kerana itulah, kami hanya mengikuti mazhab Salafus Sholeh. Iaitu, mazhab (pendapat) yang dipegang oleh para ulama, seperti Malik, al-Awza'i, ats-Tsauri, al-Laits B. Sa'ad, asy-Syafi'e, Ahmad, Ishaq B. Rahawayh, dan lain-lain dari para imam kaum Muslimin sepanjang masa, yang terdahulu mahu pun sekarang, dengan menetapkan ianya sebagaimana datangnya, tanpa takyif, tasybih, dan ta'thil.

Makna yang diungkapkan oleh pemikiran orang-orang musyabbihin (orang-orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya) adalah dengan meletakkan sifat itu dinafikan dari Allah (sesungguhnya Allah bebas dan terhindar dari bentuk kefahaman sebagaimana akal-akal mereka). Kerana sebenarnya Dia tidak menyerupai sesuatu pun dari makhluk-Nya, tidak sesuatu pun yang serupa dengan-Nya, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Akan tetapi, persoalannya sebagaimana dikatakan oleh para imam, di antara lain adalah Nu'aim B. Hammad, guru kepada imam al-Bukhari, beliau berkata:

Sesiapa yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya, maka ia telah kafir. Sesiapa yang mengingkari apa-apa yang disifatkan oleh Allah untuk diri-Nya, sesungguhnya dia telah kafir. Tidak ada tasybih (penyerupaan) pada apa yang telah disifatkan Allah untuk diri-Nya dan juga oleh Rasul-Nya. Maka sesiapa yang menetapkan bagi Allah Ta'ala apa-apa yang telah diterangkan melalui ayat-ayat-Nya yang jelas dan khabar-khabar (hadis) Nabi-Nya yang sahih bertepatan dengan kebesaran/kemuliaan Allah dan menafikan dari-Nya segala kekurangan, maka sesungguhnya ia telah menempuh jalan petunjuk. (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur'anil Adzim, 3/427)

Wednesday, November 4, 2009

108 - Imam asy-Syafi'e Berkata Tentang Sifat-sifat Allah

Imam asy-Syafi'e Berkata Tentang Sifat-sifat Allah

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/

Syaikh Dr. Muhammad B. 'Abdurrahman al-Khumais menukilkan:

وقد جزء الاعتقاد المنسوب للشافعي - من رواية أبي طالب العشاري ما نصّه قال : وقد سُئل عن صفات الله عز وجل وما ينبغي أن يؤمن به , فقال ( لله تبارك وتعالى أسماء وصفات جاء بها كتابه وخبر بها نبيه صلى الله عليه وسلم , أمته لا يسع أحداً من خلق الله عز وجل قامت لديه الحجة إن القرآن نزل به وصحيح عنده قول النبي صلى الله عليه وسلم , فيما روى عنده العدل خلافه فإن خالف ذلك بعد ثبوت الحجة عليه فهو كافر بالله عز وجل , فأما قبل ثبوت الحجة عليه من جهة الخبر فمعذور بالجهل لأن علم ذلك لا يدرك بالعقل ولا بالدراية

Terjemahan: Dan di dalam bahagian i'tiqad yang dinisbatkan kepada asy-Syafi'e melalui riwayat Abu Thalib al-'Usyari dengan redaksi berikut:

Beliau (Abu Thalib al-'Usyari) berkata:

Asy-Syafi'e ditanya tentang sifat-sifat Allah 'Azza wa Jalla dan apa-apa yang perlu diimani. Maka asy-Syafi'e menjelaskan:

Allah Tabaraka wa Ta'ala memiliki asma' (nama-nama) dan sifat-sifat yang telah disebutkan oleh Kitab-Nya dan diberitakan oleh Nabi-Nya Shallallahu 'alaihi wa Sallam kepada umatnya, yang tidak boleh diingkari oleh sesiapa pun dari makhluk Allah yang telah sampai kepadanya dalil bahawa al-Qur'an turun membawa keterangan tentang perkara tersebut, juga perkataan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang diriwayatkan oleh perawi yang adil dan tsiqah serta telah benar-benar sahih yang menerangkan persoalan tersebut. Dengan itu, sesiapa yang mengingkari atau berbeza dengan semuanya itu sedangkan hujjah (dalil-dalil dan keterangan) tersebut telah jelas baginya, bererti dia kafir kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Ada pun jika dia menentang disebabkan belum ditegakkan (atau menemukan) hujjah/penjelasan tersebut, maka dia diampuni disebabkan kebodohannya, kerana pengetahuan tentang semuanya itu (tentang sifat-sifat dan asma' Allah) tidak dapat dijangkau oleh akal dan pemikiran.

والفكر ونحو ذلك أخبار الله عز وجل أنه سميع وأن له يدين بقوله عز وجل

Yang termasuk ke dalam keterangan-keterangan seperti itu adalah juga keterangan-keterangan Allah Subhanahu wa Ta'ala bahawa Dia Maha Mendengar dan bahawasanya bagi Allah itu dua Tangan bersesuaian dengan firman-Nya 'Azza wa Jalla:

( بل يداه مبسوطتان )

Sebaliknya, kedua tangan Allah itu terbuka... (Surah al-Ma'idah, 5: 64)

وأن له يميناً بقوله عز وجل

Dan bahawasanya bagi Allah itu tangan kanan, sebagaimana yang Dia nyatakan:

( والسموات مطويات بيمينه )

Dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. (Surah az-Zumar, 39: 67)

وإن له وجهاً بقوله عز وجل

Dan bahawasanya bagi Allah itu wajah, berdasarkan firman-Nya:

( كل شيء هالك إلا وجهه )

Dan setiap sesuatu pasti binasa, melainkan wajah Allah... (Surah al-Qashas, 28: 88)

( ويبقى وجه ربك ذو الجلال والإكرام )

Dan kekallah wajah Rabb-mu yang memiliki keagungan dan kemuliaan. (Surah ar-Rahman, 55: 27)

وأن له قدماً بقوله صلى الله عليه وسلم

Dan bahawasanya bagi Allah itu kaki, sebagaimana pernyataan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

حتى يضع الرب عز وجل فيها قدمه

Sehingga Rabb 'Azza wa Jalla meletakkan kaki-Nya ke neraka Jahannam.

للذي قتل في سبيل الله عز وجل أنه

Dan Allah tertawa, berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tentang orang yang mati di jalan Allah (fi Sabilillah), iaitu:

( لقي الله عز وجل وهو يضحك إليه )

Ia akan bertemu dengan Allah 'Azza wa Jalla sedang Allah itu dalam keadaan tertawa kepadanya...

وأنه يهبط كل ليلة إلى السماء الدنيا بخبر رسول الله صلى الله عليه وسلم , بذلك وأنه ليس بأعور لقول النبي صلى الله عليه وسلم إذ ذكر الدجال فقال بأعور

Dan bahawa Allah turun ke langit dunia pada setiap malam berdasarkan hadis (penjelasan) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tentangnya.

Begitu juga keterangan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala itu tidak buta sebelah mata-Nya berdasarkan pernyataan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam ketika baginda menyebut Dajjal, baginda bersabda:

( إنه أعور وإن ربكم ليس بأعور )

Dajjal itu buta sebelah matanya, dan sesungguhnya Rabb-mu tidaklah buta.

وإن المؤمنين يرون ربهم عز وجل يوم القيامة بأبصارهم كما يرون القمر ليلة البدر وأنه له إصبعاً بقوله صلى الله عليه وسلم عز وجل

Dan bahawa orang-orang mukmin pasti akan melihat Rabb mereka pada hari kiamat dengan pandangan mata mereka seperti mana mereka melihat bulan di malam pernama, juga bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta'ala memiliki jari-jemari sebagaimana yang dijelaskan melalui perkataan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

( ما من قلب إلا هو بين أصبعين من أصابع الرحمن عز وجل )

Tidaklah ada satu hati pun melainkan ia berada di antara dua jari ar-Rahman (Yang Maha Pengasih) 'Azza wa Jalla.

وإن هذه المعاني التي وصف الله عز وجل بها نفسه ووصفه بها رسوله صلى الله عليه وسلم , لا يدرك حقه ذلك بالفكر والدراية ولا يكفر بجهلها أحد إلا بعد انتهاء الخبر إليه وإن كان الوارد بذلك خبراً يقوم في الفهم مقام المشاهدة في السماع ( وجبت الدينونة ) على سامعه بحقيقته والشهادة عليه كما عاين وسمع من رسول الله صلى الله عليه وسلم , ولكن نثبت هذه الصفات وننفي التشبيه كما نفى ذلك عن نفسه تعالى ذكره فقال

Semua sifat-sifat ini yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sendiri bagi diri-Nya dan oleh sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tentang-Nya. Hakikat sebenarnya tidak dapat dijangkau oleh akal atau fikiran, dan orang yang mengingkarinya kerana kejahilan tidaklah kafir melainkan jika dia mengetahuinya tetapi dia mengingkarinya, barulah dia kafir. Dan bila mana yang datang tersebut merupakan berita yang kedudukannya di dalam pemahaman sebagaimana yang disaksikan dalam apa yang didengar, maka wajib baginya sebagai orang yang mendengar berita tersebut untuk mengimani dan tunduk kepada hakikat perkara tersebut dan mempersaksikan ke atasnya sebagaimana dia melihat dan mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Namun, kita menetapkan sifat-sifat ini dengan menafikan tasybih (penyerupaan kepada makhluk) sebagaimana Allah telah menafikan dari diri-Nya melalui firman-Nya:

(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ)

Tiada sesuatu pun yang menyerupai Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah asy-Syura, 42: 11)

Rujukan: (اعتقاد الأئمة الأربعة) I'tiqad Aimmah al-Arba'ah, m/s. 17-18. Cetakan pertama, 1412 -1992, Darul 'Asimah Saudi Arabia, oleh Syaikh Dr. Muhammad B. 'Abdurrahman al-Khumais. Rujuk juga:

مناقب الشافعي 1/412-413 , شرح أصول اعتقاد أهل السنة والجماعة 2/702

Kitab Manaqib asy-Syafi'e, oleh Imam al-Baihaqi, 1/412-413 dan Syarah Ushul I'tiqad Ahlus Sunnah wal Jama'ah, oleh Imam al-Lalika'i, 2/702.

Tuesday, November 3, 2009

107 - Perkataan Imam al-'Auza'i Tentang Allah Beristiwa Di Arsy-Nya

Perkataan Imam al-'Auza'i Tentang Allah Beristiwa Di Arsy-Nya

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Imam al-'Auza'i:

واخرج البيهقي بسند جيد عن الأوزاعي قال كنا والتابعون متوافرون نقول ان الله على عرشه ونؤمن بما وردت به السنة من صفاته

وأخرج الثعلبي من وجه آخر عن الأوزاعي انه سئل عن قوله تعالى ثم استوى على العرش فقال هو كما وصف نفسه وأخرج البيهقي

فتح الباري - ابن حجر، 13/406

Terjemahan: Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang baik (jayyid) bahawa al-'Auza'i (beliau berkata), Kami dan para Tabi'in semuanya menetapkan dengan kesepakatan qaul kami bahawa: Sesungguhnya Allah di atas 'Arasy-Nya dan kami beriman dengan apa yang telah dinyatakan oleh Sunnah berkenaan sifat-sifat (Allah Ta’ala).

Dan di tempat yang lain daripada (diriwayatkan oleh) ats-Tsa'labi, al-'Auza'i ditanya tentang Allah bersemayam (istiwa) di atas 'Arasy, maka beliau menjawab: Dia (Allah) sebagaimana yang Dia sendiri sifatkan tentang Diri-Nya.

Rujuk: Ibnu Hajar al-'Asqalani, Fathul Bari, 13/406.

Sunday, May 31, 2009

097 - Perkataan al-Hafiz Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani Tentang Istiwa’

Perkataan al-Hafiz Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani Tentang Istiwa’

http://bahaya-syirik.blogspot.com


ونقل الحافظ ابن حجر عن ابن بطال رحمه الله تعالى قوله

وأما تفسير استوى بعلا فهو صحيح ، وهو المذهب الحق وقول أهل السنة لأن الله سبحانه وصف نفسه بالعلي وقال: "سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ" [النحل:1] وهي صفة من صفات الذات

Ibnu Hajar al-Asqalani (Wafat; 852 H), menaqalkan daripada Ibnu Batthol (Wafat 449H); “Dan ada pun tafsir Istiwa' (bersemayam) dengan Tinggi maka ia adalah benar, merupakan mazhab yang betul dan kata-kata Ahli Sunnah, kerana Allah telah menyifatkan Diri-NYA dengan ketinggian. Firman-Nya ((Maha suci Dia (Allah) dan Maha Tinggi terhadap apa-apa yang mereka sekutukan)), ianya merupakan satu sifat di antara sifat-sifat Zat”.(Lihat: Fathul Bari 3/406)

Thursday, January 1, 2009

092 - Hikmah Memahami Asma’ wa Shifat Allah

Hikmah Memahami Asma’ wa Shifat Allah
(Nama-nama & Sifat-sifat Allah)

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Oleh:
Syaikh ‘Abdurrazzaq bin ‘Abdil Muhsin al-‘Abbad al-Badr

Sesungguhnya mengenali (mempelajari) Nama-Nama Allah dan Sifat-sifat-Nya yang terdapat di dalam al-Kitab (al-Qur’an) dan as-Sunnah, yang menunjukkan kesempurnaan Allah secara mutlak dari pelbagai segi, merupakan pintu ilmu yang paling utama yang mana dengannya dapat menambah keimanan. Menyibukkan diri dengan mempelajarinya, memahaminya, dan mengetahuinya secara sempurna memiliki hikmah dan faedah yang tinggi dan agung. Di antaranya adalah sebagaimana berikut:

1) - Ilmu tauhid Asmaa’ wash-Shifat merupakan ilmu yang paling mulia dan paling agung secara mutlak. Menyibukkan diri dengan memahami dan mempelajarinya menunjukkan erti menyibukkan diri di dalam mencari sesuatu yang paling mulia. Dan mendapatkannya merupakan pemberian yang paling mulia.

2) - Ma’rifatullaah (mengenali Allah) menimbulkan kecintaan (hubb), rasa takut (khauf), pengharapan (roja’), dan keikhlasan beramal kepada-Nya. Inilah sebuah hakikat erti kebahagiaan seseorang hamba. Tidak ada jalan lain untuk mengenali Allah melainkan dengan mengenali Nama-Nama Allah dan Sifat-Sifat-Nya serta memahami makna-maknanya.

3) - Tujuan Allah menciptakan makhluk adalah supaya mereka mengenal dan dapat beribadah hanya kepada-Nya. Menyibukkan diri dengannya bererti menyibukkan diri dengan tujuan penciptaan para hamba. Meninggalkannya dan mengabaikannya bererti meremehkan tujuan untuk apa kita diciptakan.

Adalah sungguh buruk bagi seseorang hamba yang tidak mengenali Tuhan-nya dan enggan mengetahui-Nya, padahal nikmat Allah sentiasa dilimpahkan kepadanya terus-menerus, begitu pula dengan kurnian-Nya yang sangat melimpah dari pelbagai segi.

4) - Salah satu dari rukun iman, bahkan yang paling utama dan asas adalah beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Iman bukan hanya mengatakan, “Aku beriman kepada Allah”, sedangkan dia tidak mengenali Tuhan-nya dengan sebenarnya. Hakikat sebenar dari sebuah keimanan adalah mengetahui apa yang diimani dan berusaha keras untuk mengenali Nama-Nama-Nya juga Sifat-Sifat-Nya sehingga mencapai darjat yakin. Darjat keimanan seseorang ditentukan oleh sejauh mana ia mengenali Tuhan-nya. Semakin kenal kepada Tuhan-nya, semakin bertambah pula keimanannya. Setiap kali berkurang, maka berkurang pula keimanannya. Jalan yang paling dekat untuk sampai kepada ma’rifatullaah (mengenali Allah) adalah dengan merenungi Sifat-Sifat dan Nama-Nama-Nya Subhanahu wa Ta’ala.

5) - Mengenali Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah asas kepada segala sesuatu. Mereka yang benar-benar mengenali Allah akan menjadikan sifat-sifat dan perbuatan-Nya yang ia yakini sebagai landasan ke atas segala apa yang ia lakukan dan laksanakan sebagai hukum dalam kehidupannya. Mereka tidak akan melakukan sesuatu melainkan yang bersesuaian dengan tuntutan makna yang terkandung di dalam Nama dan Sifat-Sifat-Nya. Perbuatan orang itu tidak akan menyimpang dari keadilan, keutamaan, dan hikmah. Ini adalah sebagaimana halnya Allah yang tidak akan menetapkan sebuah hukum pun, melainkan bersesuaian dengan makna puji yang dimiliki-Nya, hikmah-Nya, keutamaan-Nya dan keadilan-Nya. Semua berita dari-Nya adalah haq dan benar, dan semua perintah serta larangan-Nya adalah keadilan yang penuh dengan hikmah. (Lihat: Tafsir Ibni Sa’di (1/24-26), dan ringkasan tafsirnya (hal. 15))

Berpandukan dari faidah-faidah dan pelbagai hikmah ini (dapat kita nyatakan) bahawa mengetahui Nama-Nama Allah yang indah dan Sifat-Sifat-Nya yang agung akan melahirkan hasil berupa penghambaan (‘ubudiyah) dan ketundukan kepada-Nya. Setiap sifat penghambaan yang muncul dalam diri seseorang hamba adalah kesan dari mengenali Nama dan Sifat-Nya, mengetahuinya, dan hasil dari ma’rifat (mengenali) kepada-Nya. Semua sifat penghambaan ini mencakupi segala bentuk ‘ubudiyah (peribadahan/penghambaan) yang dilakukan sama ada dengan hati atau yang dilakukan dengan anggota badan.

Beberapa contoh yang lahir hasil keyakinan terhadap Asma’ al-Husna

Seseorang hamba, jika meyakini bahawa hanya Allah-lah yang dapat memberikan mudharat dan manfaat, yang mampu memberi dan menahan, yang menciptakan dan yang memberi rezeki, yang menghidupkan dan memerhatikan, maka keyakinan itu akan membuahkan hasil zahir atau pun batin. Di dalam batin iaitu sikap penghambaan (‘ubudiyah) berupa tawakkal (berserah) kepada-Nya. Adapun dalam zahirnya (yang nampak) adalah kesan tawakkal tersebut serta hasilnya.

Mengetahui Asma’ al-Husna harus diiringi dengan pengamalannya

Dan jika dia meyakini sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui, tidak ada yang samar bagi-Nya seberat zarrah pun di langit dan di bumi, dan sesungguhnya Dia mengetahui yang tersembunyi bahkan yang lebih tersembunyi, mengetahui khianatnya mata dan apa-apa yang disembunyikan di dalam hati, maka keyakinan ini akan membuahkan hasil berupa sikap menjaga lisan, anggota badan dan gerakan-gerakan hati dari segala perkara yang tidak diredhai oleh Allah. Ia akan menjadikan semua anggota badan ini terikat semata-mata kepada segala perkara yang dicintai dan juga diredhai oleh Allah.

Dan jika ia meyakini sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Mulia, Maha Pengasih, dan luas kebaikan-Nya, maka keyakinan ini akan menimbulkan sikap pengharapan yang kuat. Sedangkan pengharapan akan melahirkan pelbagai jenis peribadahan secara zahir (nampak) atau pun batin kerana terdapat kecintaan di dalam mengenali dan mengetahui-Nya.

Dan jika ia meyakini kesempurnaan Allah dan keindahan-Nya, maka perkara ini menimbulkan cinta secara khusus, dan kerinduan yang lebih besar untuk berjumpa dengan Allah, dan perkara ini akan mengarahkan kita kepada pelbagai jenis ibadah.

Dengan meyakini perkara ini, dapatlah diketahui bahawa semua bentuk ‘ubudiyah (peribadahan) kembali kepada makna-makna yang terkandung di dalam Nama-Nama juga Sifat-Sifat Allah. (Lihat kitab Miftaah Daaris Sa’aadah, karya Ibnul Qayyim (hal. 424, 425), dan lihat yang semisalnya lebih luas lagi dalam kitab al-Fawaa-id, karya beliau (hal. 128-13 1))

Seorang hamba akan diberi taufik dengan memperoleh penyebab utama yang akan menambah keimanannya, apabila ia mengenali Tuhannya dengan pengenalan yang hakiki lagi selamat dari penyimpangan orang-orang yang sesat di dalam mengenali Allah. Dia selamat dari jalan orang-orang yang mengubah Nama-Nama dan Sifat-Sifat-Nya (ahlut tahriif), jalan orang-orang yang menta’thilnya (menolak), menggambarkannya (tamtsil), atau menyerupakannya (tasybih) dengan makhluk. Maka dia pun selamat dari manhaj ahli kalam (ahli falsafah/pemikiran) yang bathil seperti ini, yang pada dasarnya merupakan penghalang paling besar bagi seorang hamba untuk mengenali Tuhannya dan yang paling berpengaruh di dalam mengurangi keimanan lagi melemahkannya. Dia pun mengenali Tuhannya dengan Nama-Nama-Nya yang indah juga Sifat-Sifat-Nya yang agung, yang dengannya Allah memperkenalkan Dzat-Nya kepada para makhluk, yang diungkap di dalam al-Kitab (al-Qur’an) dan as-Sunnah berpandukan kefahaman Salafush Soleh (generasi awal dari para sahabat Rasulullah).

Dan telah sahih diriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, Sebuah berita bahawa Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama (yang terdapat dalam al-Qur-an dan hadis-hadis), sesiapa yang menghafalnya, maka perkara itu berupaya menjadi faktor masuknya seseorang itu ke dalam Syurga.
Diriwayatkan dalam ash-Shahihain dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata. “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bersabda:

“Sesungguhnya Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama, seratus kurang satu. Sesiapa yang menghafalnya, maka dia akan masuk ke dalam Syurga.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 5/354, 10/214, 12/377 - Fathul Baari, dan Muslim 4/2O63)

Yang dimaksudkan dengan menghafal, bukan hanya sekadar menghafal. Kerana, orang yang fasiq pun adakalanya mampu menghafalnya. Maka, dengan ini maksudnya adalah mengamalkannya. (Fathul Baari, 10/226. Ini adalah ungkapan al-Ashili)

Kita wajib memahami Nama-Nama dan Sifat-Sifat-Nya, juga mengetahui makna yang terkandung di dalamnya sehingga mudah untuk mengambil manfaat secara sempurna darinya.

Abu ‘Umar ath-Thalamanki rahimahullah berkata, “Di antara kesempurnaan di dalam mengenali Nama-Nama Allah dan Sifat-Sifat-Nya, di mana orang yang berdoa dan menghafalnya berhak mendapat pahala sebagaimana yang diungkapkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam iaitu apabila dia mengenali Nama-Nama Allah dan Sifat-sifat-Nya dengan disertai kefahaman faidah-faidah yang terkandung di dalamnya serta hakikat yang ditunjukinya. Sesiapa yang tidak mengetahui perkara tersebut, maka dia bukanlah orang yang mengetahui makna dan Nama-Nama Allah. Dia tidak akan dapat mengambil manfaat yang tepat dari makna-makna yang terkandung di dalamnya jika hanya dengan menyebutkannya.” (Fathul Baari (6/226))

Ibnul Qayyim rahimahullah telah menyebutkan tiga tingkatan bagi mereka yang menghafal (Nama-Nama Allah):

Tingkatan pertama: Menghafal lafaz dan bilangannya.

Tingkatan kedua: Memahami maknanya dan perkara-perkara yang ditunjuki olehnya.

Tingkatan ketiga: Berdoa kepada Allah dengan menggunakan nama-nama tersebut.

Hakikat ini mencakupi doa ibadah atau pun doa ketika memohon sesuatu. (Badaai’ul Fawaa’id (1/164))

Ibnu Sa’di berkata ketika menjelaskan makna hadis Abu Hurairah terdahulu, “Makna al-ihshaa’ (menghitung/menghafal) adalah barangsiapa menghafalnya, memahami makna-maknanya, meyakininya dan beribadah kepada Allah dengannya, maka dia akan masuk ke dalam Syurga. Kerana, Syurga tidak akan dimasuki melainkan oleh orang-orang yang beriman. Al-ihshaa’ itu merupakan sumber dari perkara yang paling besar di dalam menghasilkan keimanan, kekuatan dan ketetapannya. Mengetahui Nama-Nama Allah yang indah adalah asas-asas di dalam keimanan di mana kualiti keimanan akan kembali (merujuk) kepadanya.” (at-Taudhiih wal Bayaan (hal. 26))

Barangsiapa mengenali Allah dengan pengenalan seperti ini, maka dia akan menjadi manusia yang paling kuat keimanannya, paling banyak ibadahnya dan paling banyak melakukan ketaatan, dan akan menjadi orang yang paling takut serta selalu merasa diawasi oleh Allah Ta’ala.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“... Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama (orang yang berilmu) ...” (Surah Faathir, 35: 28)

Ibnu Jarir ath-Thabari rahimahullah dalam menafsirkan ayat ini berkata, “Allah Ta’ala berfirman yang maknanya, “Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah sehingga dia menjaga diri dari siksa-Nya dengan taat kepada-Nya hanyalah para ulama. Mereka takut terhadap kekuasaan yang meliputi segala sesuatu yang dia kehendaki kerana Allah melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya. Orang yang mengetahui kekuasaan Allah, tentu akan meyakini adanya siksa Allah terhadap kemaksiatan yang dilakukan kepada-Nya sehingga orang tersebut benar-benar takut kepada-Nya jika Allah menyiksanya.” (Tafsir ath-Thabari (12/132))

Ibnu Katsir berkata, “Maknanya adalah Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah dengan sebenar-benar rasa takut adalah para ulama yang benar-benar mengenali-Nya, bahawa Dia Maha Agung, Maha Tahu, dan disifati dengan Sifat-Sifat kesempurnaan, dan disifati dengan Nama-Nama yang indah. Setiap kali pengenalan itu lebih mantap dan pengetahuannya lebih sempurna, maka rasa takut kepada-Nya pun akan lebih besar dan lebih banyak.” (Tafsiir Ibni Katsir (3/553))

Makna ungkapan ini telah disimpulkan oleh salah seorang ulama Salaf di dalam sebuah ungkapan yang ringkas. Beliau berkata, “sesiapa yang lebih mengenali Allah, maka dia akan lebih merasa takut kepada-Nya.” (ar-Risaalah al-Qusyairiyyah, karya Abul Qasim al-Qusyairi (hal. 141), dan yang mengatakannya adalah Abu ‘Abdillah Ahmad bin ‘Ashim al-Anthaki. Lihat biografinya dalam as-Siyar A’lam an-Nubala’ (11/409))

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Tidak ada keperluan (kebergantungan) rohani yang lebih besar daripada mengenali terhadap Tuhan-nya, Penciptanya, keperluan akan rasa cinta kepada-Nya, menyebut-Nya, merasa gembira dengan-Nya, meminta wasilah (perantara) kepada-Nya, dan kedekatan di sisi-Nya. Tiada jalan untuk mendapatkan semua keperluan ini melainkan dengan mengenali Sifat-Sifat-Nya, dan Nama-Nama-Nya. Setiap kali seseorang lebih mengetahui semua itu (Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah), maka dia akan lebih mengenal Allah, lebih memohon kepada-Nya dan lebih dekat. Dan setiap kali dia ingkar terhadap semua itu (Nama dan Sifat-Sifat Allah), maka dia akan lebih bodoh dengan tidak mengetahui Allah, ertinya dia pun akan lebih membenci-Nya dan lebih jauh dari-Nya. Seseorang hamba ditempatkan oleh Allah di sisi-Nya sebesar kadar ia mengingati Allah di dalam dirinya.” (al-Kafiyatusy Syaafiyah (hal. 3, 4))

Dengan mengenali Allah, ia dapat memperkuat rasa takut dan selalu diawasi, memperbesar harapan kepada-Nya, menambah keimanan seseorang hamba, dan dapat melahirkan ingin melaksanakan pelbagai jenis ibadah. Tidak ada jalan untuk meraih semua ini (mengenali Allah) melainkan dengan merenungi Kitabullaah dan juga dengan pengenalan yang Allah lakukan kepada para hamba-Nya melalui lisan-lisan para Rasul-Nya berupa Nama-Nama-Nya, Sifat-Sifat-Nya juga perbuatan-Nya. Demikian pula segala perkara yang dibersihkan dari-Nya berupa sesuatu yang tidak layak untuk-Nya Subhanahu wa Ta’ala, dan sebagaimana Dia mengatur hari-hari-Nya, juga perbuatan-Nya terhadap para kekasih-Nya dan musuh-musuh-Nya. Semua itu telah diceritakan kepada para hamba-Nya dengan persaksian dari-Nya supaya mereka menjadikannya sebagai dalil bahawa Dia adalah Tuhan mereka yang haq lagi jelas, yang tidak sepatutnya beribadah melainkan kepada-Nya. Dan agar mereka menjadikannya sebagai dalil bahawa sesungguhnya Dia Maha Kuasa ke atas segala sesuatu, Maha Tahu atas segala sesuatu, sangat pedih siksaan-Nya, Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Agung, Maha Bijaksana, serta melakukan apa saja yang dikehendaki oleh-Nya. Dia-lah yang memberi rahmat dan pengetahuan-Nya mencakupi segala sesuatu. Segala perbuatan-Nya meliputi segala aspek hikmah, kasih sayang, keadilan juga kemaslahatan, tidak akan terkeluar darinya sedikit pun. Hasil ma’rifatullah (mengenali Allah) tidak akan diperolehi melainkan dengan mentadabburi (menghayati) firman-Nya dan merenungi kesan-kesan dari segala perbuatan-Nya.” (Lihat Miftaah Daaris Sa’aadah, karya Ibnul Qayyim (hal. 202))

Disunting bahasa dan perkataannya oleh:
Nawawi Subandi, dari sebuah buku berjudul “Duduklah Sejenak Bersama Kami...” Oleh penulis. Terjemahan asal dan terbitan oleh Pustaka Ibnu Katsir.

Sunday, December 28, 2008

091 - Takhrij Hadis “Di Mana Allah”

Takhrij Hadis “Di Mana Allah”

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/

عَنْ مُعَاوِيَةُ بْنُ حَكَمُ السُّلَمِي: وَكَانَتْ لِيْ جَارِيَةٌ تَرْعَى غَنَمًا لِيْ قِبَلَ اُحُدٍ وَالْجُوَانِيَةِ فَاطَّلَعْتُ ذَاتَ يَوْمٍ، فَاِذَا بَالذِّئْبِ قَدْ ذَهَبَ بِشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا، وَاَنَا رَجُلٌ مِنْ بَنِيْ آدَمَ، اَسَفُ كَمَا يَاْسَفُوْنَ. لَكِنَّيْ صَكَكْتُهَا صَكَّةً، فَاَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَيَّ. قُلْتُ يَارَسُوْلَ اللهِ اَفَلاَ اَعْتِقُهَا؟ قَالَ : اِئْتِنِيْ بِهَا. فَقَالَ لَهَا: اَيْنَ اللهُ؟ قَالَتْ: فِى السَّمَاءِ. قَالَ: مَنْ اَنَا؟ قَالَتْ: اَنْتَ رَسُوْلُ اللهِ. قَالَ: اَعْتِقُهَا فِاِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ

Daripada Muawiyah bin Hakam As-Sulami (radhiyallahu ‘anhu), beliau berkata: “Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwaiyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya (peliharaannya). Dan aku adalah termasuk salah seorang anak Adam (keturunan adam) dari manusia kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka (memiliki rasa marah/tidak berpuas hati). Atas sebab itu (apabila kambingnya dimakan serigala) wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku pergi berjumpa Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: “Wahai Rasulullah! Adakah aku harus memerdekakannya?” Jawab Rasulullah: “Bawalah wanita itu ke sini”. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. “Di mana Allah?” Dijawabnya: “Di langit”. Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah aku?” Dijawabnya: “Engkau Rasulullah”. Maka baginda bersabda: “Merdekakanlah wanita ini, kerana dia adalah seorang mukminah”.”

Hadis ini melalui dua jalan (jalur periwayatan) sebagaimana berikut:

1 – Jalur Imam Malik: Dari Hilal bin Ali Abu Maimunah, dari Atha’ bin Yasar, dari Mu’awiyah bin Hakam as-Sulami.

Boleh disemak di dalam:

- al-Muwaththa’, 2/722, no. 8. oleh Imam Malik.
- ar-Risalah, no. 242. oleh Imam asy-Syafi’i, tahqiq Syaikh Ahmad Syakir.
- Sunan al-Kubra, oleh an-Nasa’i, sebagaimana di dalam Tuhfatul Asyraf, 8/427. oleh al-Mizzi.
- ar-Radd ‘Alal Jahmiyyah, no. 62. oleh Imam ad-Darimi.
- Kitabut Tauhid, m/s. 132. oleh Ibnu Khuzaimah, tahqiq Syaikh Khalil Haras.
- Sunan al-Kubra, 10/98, no. 19984. oleh al-Baihaqi.
- at-Tamhid, 9/69-70. oleh Ibnu Abdil Barr.

2 – Jalur Yahya bin Abi Katsir: dari Hilal bin Ali bin Abi Maimunah, dari Atha’ bin Yasar, dari Mu’awiyah bin Hakam as-Sulami.

Boleh disemak di dalam:

- al-Musnad, 5/448. oleh Imam Ahmad.
- Juz al-Qira’ah, m/s. 70. oleh al-Bukhari.
- Sunan Abu Daud, no. 931, 3282. oleh Abu Daud.
- Sunan al-Kubra, oleh an-Nasa’i, sebagaimana di dalam Tuhfatul Asyraf, 8/427. oleh al-Mizzi.
- Kitabut Tauhid, m/s. 132. oleh Ibnu Khuzaimah, tahqiq Syaikh Khalil Haras.
- Syarhus Sunnah, 3/237-239, no. 726. oleh al-Baghawi.
- al-Mu’jam al-Kabir, 19/398, no. 938. oleh ath-Thabrani.
- Shahih Muslim, no. 537.
- dan banyak lagi...

Hadis ini telah disepakati kesahihannya oleh seluruh ulama kaum muslimin. Ini adalah sebagaimana sebahagian ulasan yang dibawakan di bawah:

1 – Imam al-Baihaqi berkata: “Hadis ini sahih, dikeluarkan oleh Muslim.” (al-Asma’ wa Shifat, m/s. 532-533, cet. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

2 – Imam al-Baghawi berkata: “Hadis ini sahih, dikeluarkan Muslim dari Abu Bakar bin Abi Syaibah dari Ismail bin Ibrahim dari Hajjaj.” (Syarhus Sunnah, 3/239, 9/247)

3 – Imam Ibnu Qudamah berkata: “Hadis ini sahih.” (Itsbat as-Shifat al-‘Uluw, m/s. 47)

4 – Imam adz-Dzahabi berkata: “Hadis ini sahih, dikeluarkan Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, dan imam-imam yang lainnya di dalam kitab-kitab mereka dengan memperlakukannya sebagaimana datangnya tanpa ta’wil dan tahrif. (al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, 1/249, tahqiq Abdullah bin Soleh al-Barrok)

5 – al-Hafiz Ibnu Hajar al’Asqalani berkata: “Hadis ini sahih, diriwayatkan oleh Muslim. (Fathul Bari, 13-359)

6 – Syaikh al-Albani berkata: “Hadis ini sahih dengan tanpa ada keraguan. Tidak ada yang meraguinya melainkan orang-orang yang jahil dan pendukung hawa nafsu.” (Mukhtashar al-‘Uluw, m/s. 82)

7 – Begitu juga Imam asy-Syafi’i yang telah jelas menggunakan hadis ini untuk berhujjah dan pegangan sebagaimana katanya:

“Dengan itu, Rasulullah memutuskan keimanan budak wanita (jariyah/hamba wanita) tersebut ketika ia mengakui bahawa Rabbnya di langit dan dia tahu tentang Rabbnya melalui sifat ‘uluw dan fauqiyah (di atas).” (al-Umm, asy-Syafi’i, 5/280. al-Manaqib, al-Baihaqi, 1/398)

Bahkan, ini hanyalah sedikit nukilan, hakikatnya begitu banyak lagi. Begitulah akan keabsahan hadis ini di sisi ahlus Sunnah wal jama’ah dari dahulu hingga kini.

Syubhat Ahlul Bid’ah Terhadap Hadis Ini:

Terdapat segolongan pihak yang menyatakan, “Hadis ini menimbulkan kesan yang membawa kepada penunjukkan Allah itu menetap di suatu tempat yang mana perkara ini adalah mustahil bagi-Nya dan mustahil pula diucapkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.”

Jawabannya:

Apabila yang dimaksudkan “tempat” (makan) adalah yang tersirat di dalam benar fikiran mereka, iaitu setiap yang meliputi dan membatasi seperti langit, bumi, kursi, ‘Arsy, dan sebagaimnya, maka adalah benar perkara itu mustahil bagi Allah berdasarkan kesepakatan seluruh ulama Islam, kerana Allah tidak mungkin dibatasi dan diliputi oleh makhluk, bahkan Dia lebih besar dan Agung, bahkan kursi-Nya sahaja meliputi langit dan bumi. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang selayaknya, padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari Kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari sebarang apa yang mereka persekutukan.” (Surah az-Zumar, 39: 67)

Begitu juga di dalam Shahih al-Bukhari, no. 6519 dan Muslim, no. 7050, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Allah menggenggam bumi dan melipat langit dengan tangan kanan-Nya, kemudian berfirman: Aku adalah raja, manakan raja-raja bumi?”

Ada pun apabila yang dimaksudkan adalah “tempat” sebagai sesuatu yang tidak meliputi yakni di luar alam semesta, maka Allah di luar alam semesta sebagaimana keberadaan-Nya sebelum menciptakan makhluk. Jadi, Allah di tempat yang bermakna kedua ini bukanlah makna pertama. (Rujuk: Muqaddimah Mukhtashar al-‘Uluw, m/s. 70-71. oleh al-Albani)

Yang menjadikan persoalan ini sehingga memeningkan (rumit) sebenarnya adalah kerana mereka menggunakan ilmu Kalam (falsafah/pemikiran) iaitu yang telah diserapkan ke dalam persoalan ini, sehingga mereka mengatakan kepada penganutnya: “Tidak dibolehkan mengatakan: “Allah di atas langit.” Kenapa? Kerana Allah tidak memerlukan tempat dan Allah tidak bertempat.” Kita katakan: Benar, Allah tidak memerlukan kepada tempat, tetapi perlu diketahui bahawa seseorang Muslim ketika meyakini bahawa Allah di atas langit bukanlah bermakna seperti seseorang di dalam bilik (kamarnya)! Kenapa? Kerana ini adalah tasybih (penyerupaan Allah dengan makhluk), sekali-kali tidak! (Rujuk: Minhaj Ahli Sunnah wal Jama’ah fil ‘Aqidah wal Amal, m/s. 134. oleh Abu Abdillah an-Nu’mani, m/s. 134)

Wallahu a’lam.

Monday, December 22, 2008

090 - Ringkasan Kaedah-Kaedah Penting Dalam Memahami Asma’ wa Sifat Allah (Nama dan Sifat Allah)

Ringkasan Kaedah-Kaedah Penting Dalam Memahami Asma’ wa Sifat Allah (Nama-nama dan Sifat-sifat Allah)

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pun menetapkan bagi diri-Nya nama-nama dan sifat-sifat yang menunjukkan dan sekaligus memberitahukan serta membuktikan betapa kesempurnaannya. Allah melaksanakan sesuatu dengan apa yang dikehendaki-Nya, sama ada mencipta, memberi petunjuk, memberikan pahala, atau seumpamanya yang layak bagi-Nya.

Namun, dalam menetapkan atau memahami nama-nama dan sifat-sifat yang dinisbatkan kepada Allah perlulah melalui disiplin dan kaedah yang betul. Ini adalah bagi mengelakkan penyelewengan dan salah faham yang telah banyak berlaku dari zaman berzaman.

Maka, atas beberapa sebab, penyusunan semula kaedah dan disiplin dalam memahami al-Asma’ wa as-Sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala secara ringkas diletakkan di sini. Kaedah dan disiplin tersebut adalah sebagaimana berikut.

1 - Kaedah Pertama: “Mengambil Zahir ayat/lafaz”

Wajib untuk menetapkan nash al-Qur’an dan as-sunnah pada zahirnya tanpa mengubahnya sedikit pun kerana Allah Ta’ala telah menurunkan al-Qur’an dengan bahasa Arab dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun juga berbicara dengan menggunakan bahawa Arab, maka kewajiban kita adalah meentapkan hukum yang ditunjukkan oleh Firman Allah dan Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdasarkan bahasa aslinya. Kerana perbuatan mengubah lafaz tertentu dari nama-nama Allah tanpa dalil, hukumnya adalah haram.

Ini adalah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Katakanlah: “Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, sama ada yang nampak atau pun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui”.” (Surah al-A’raaf, 7: 33)

Sebagai contoh adalah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya.” (Surah az-Zumar, 39: 67)

“... tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka. Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia kehendaki.” (Surah al-Ma’idah, 5: 64)

Dari Zahir ayat tersebut kita dapati ia menyatakan bahawa Allah memiliki dua tangan yang sebenarnya. Maka, adalah wajib bagi kita menetapkan hakikat dua tangan bagi Allah Ta’ala.

Maka, lafaz tangan (yadun) perlu ditetapkan sebagai tangan. Tidak boleh ditukar atau diselewengkan dengan gantian maksud yang lain yang menyimpang dari makna zahir lafaz yang asal.

2 – Kaedah Kedua: “Semua Nama Allah Adalah Baik (Husna) Dan Tinggi”

Nama Allah itu semuanya baik (Husna) yang memiliki sifat kesempurnaan dan sama sekali tidak memiliki kekurangan atau cacat cela.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Hanya milik Allah asmaa’ul husna (nama-nama yang baik), maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa’ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya” (Surah al-A’raaf, 7: 180)

“... Dan Allah memiliki sifat yang Maha Tinggi.” (Surah an-Nahl, 16: 60)

Sebagai contoh:

Nama ar-Rahim, ar-Rahman, al-Ghafur, al-‘Aziz, dan al-Hakim.

3 – Kaedah Ketiga: “Setiap Nama Mengandungi Sifat”

Setiap nama yang ditetapkan bagi Allah Azza wa Jalla, maka ia mengandungi sifat, manakala sebaliknya penetapan bagi sifat tidak semestinya mengandungi (penetapan) untuk Nama. (Ibnul Qayyim, Badai’ al-Fawa’id, 1/162. Ibnu Utsaimin, al-Qowaidul Mutsla, m/s. 30)

4 - Kaedah Keempat: “Nama-nama Allah Tidak Dibatasi Dengan Bilangan Tertentu”

Berdasarkan sebuah hadis dari Doa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

Daripada Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, “Ya Allah, aku meminta kepada-Mu dengan semua nama yang menjadi milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya atau yang Engkau turunkan di dalam kitab-Mu atau Engkau ajarkan kepada salah seorang dari makhluk-Mu atau pun yang Engkau sembunyikan sebagai ilmu ghaib di sisi-Mu.” (Hadis riwayat Ahmad, al-Musnad, 1/394, 452. Disahihkan oleh Ibnul Qayyim, Syifa’ul ‘Alil, m/s. 274. Disahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir, Ta’liq al-Musnad, no. 3721)

5 – Kaedah Kelima: “Nama-nama Allah Ditetapkan dan Diketahui Melalui Dalil Syar’i, Bukan Dengan Akal”

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Katakanlah: “Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, sama ada yang nampak atau pun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui”.” (Surah al-A’raaf, 7: 33)

Tidak ada cara lain dalam menentukan nama atau sifat bagi Allah, melainkan Dia sendiri yang menentukannya dan megkhabarkannya melalui Kitab-Nya dan Sunnah Rasulu-Nya.

“Dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat.” (Surah al-An’am, 6: 155)

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, iaitu Allah Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk”.” (Surah al-A’raaf, 7: 158)

Imam asy-Syafi’i rahimahullah menjelaskan:

“Allah memiliki beberapa Nama dan Sifat yang tidak boleh bagi sesiapa pun yang telah ditegakkan hujjah kepadanya, lalu menolaknya. Sesiapa yang menolaknya setelah hujjah ditegakkan kepadanya, maka dia telah kafir. Ada pun sekiranya hujjah belum ditegakkan, maka dia dimaafkan disebabkan kejahilannya, kerana mengetahui perkara seperti ini tidak dapat dipelajari dengan akal, merenung, dan berfikir. Maka, wajib ditetapkan sifat-sifat ini dan wajib dihilangkan penyerupaan dengan makhluk, sebagaimana ayang dinyatakan sendiri oleh Allah di dalam firman-Nya:

“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia...” (Surah asy-Syura, 42: 11). (Ibnu Taimiyyah, ar-Risalah al-Madaniyyah, m/s. 121. Ibnul Qayyim, Ijtima’ al-Juyusy al-Islamiyyah, m/s. 59. al-Albani, Mukhtashar al-‘Uluw, m/s. 177)

Imam Ahmad rahimahullah berkata:

“Kita katakan sebagaimana yang Allah firmankan, dan kita mensifati-Nya sebagaimana Dia mensifati Diri-Nya sendiri dan tidak melebihinya. Sifat Allah tidak boleh dijangkau oleh sesiapa pun juga, kita beriman dengan semua yang terdapat dalam al-Qur’an sama ada yang muhkam (ayat yang jelas) atau pun yang mutasyabih (ayat yang samar), kita tidak akan pernah menghilangkan satu pun dari sifat-sifat-Nya hanya kerana sebuah celaan, kita tidak akan melampaui apa yang terdapat dalam al-Qur’an dan as-Sunnah, kita tidak akan dapat mengetahui hakikat semua sifat Allah melainkan dengan keterangan yang sahih dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan ketetapan dari al-Qur’an.” (Ibnul Jauzi, Manaqib Imam Ahmad, m/s. 156. Ibnul Qayyim, ash-Shawaiq al-Mursalah, 1/265)

Imam Ibnu Qudamah rahimahullah berkata:

“Keseluruhan Sifat Allah yang telah disebutkan di dalam al-Qur’an atau hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang sahih, maka wajib bagi kita untuk mengimaninya dan menerimanya dengan tanpa ta’thil (penolakan), tanpa ta’wil (menyelewengkan), tasybih (menyerupakan), dan tamtsil (menyamakan).” (Ibnu qudamah, Lum’atul I’tiqad al-Haadii ilaa Sabilir Rasyad, no. 2. Dengan syarah oleh Syaikh Muhammad al-Utsaimin, tahqiq/takhrij oleh Abu Muhammad Asyraf)

6 – Kaedah Keenam: “Semua Nama-nama Allah Menunjukkan Dzat Allah Dan Sifat Yang Dimilikinya”

Beriman dengan nama Allah sahaja tidak cukup sempurna melainkan dengan menetapkan nama tersebut kepada Allah. Sebagai contohnya, nama al-‘Azim (Yang Maha Agung), atau ar-Rahim (Yang Maha Penyayang), beriman dengan Nama ini sahaja belum lagi sempurna selagi mana ia tidak ditetapkan bagi Allah.

7 – Kaedah Ketujuh: “Sifat Allah Terbahagi Kepada Dua”

a. Sifat Tsubutiyyah:

Sifat yang telah Allah tetapkan secara langsung kepada diri-Nya. Iaitu seperti sifat hidup, mengetahui, dan berkuasa.

Sifat Tsubutiyyah ini terbahagi menjadi dua, iaitu Tsubutiyyah Dzatiyyah dan Tsubutiyyah fi’liyyah.

Sifat Tsubutiyyah Dzatiyyah adalah suatu sifat yang allah sentiasa bersifat dengannya, seperti mendengar dan melihat.

Manakala sifat Tsubutiyyah fi’liyyah adalah sifat yang berkaitan dengan kehendak Allah. Dia melakukannya atau tidak melakukannya bergantung kepada kehendak-Nya. Ini adalah seperti sifat istiwa’ (bersemayam), dan sifat al-Marji’ (datang).

b. Sifat Salbiyyah

Sifat yang Allah nafikan dari diri-Nya. Iaitu seperti sifat tidur dan sifat zalim. Maka, wajib bagi kita menafikan sifat tersebut daripada Allah dan wajib mengimani yang sebaliknya (yang berlawanan) dari sifat tersebut.

Sebagai contoh, Allah menafikan sifat zalim dari diri-Nya:

“... dan Rabb-mu tidak menzalimi seorang pun.” (Surah al-Kahfi, 18: 49)

Menafikan sifat mengantuk dan tidur:

“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah dengan benar) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur.” (Surah al-Baqarah, 2: 255)

8 – Kaedah Kelapan: “Sifat Allah Tidak Sama (Tidak Boleh Disetarakan) Dengan Sifat Makhluk”

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat.” (Surah asy-Syura, 42: 11)

“... dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia” (Surah al-Ikhlas, 112: 4)

Maka, wajib kita menjauhi:

1 - Tamsil, iaitu menyerupakan. Di mana kita dilarangkan menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk. Sebagai contohnya, kita dilarang menyerupakan atau menyebutkan, “Tangan Allah itu seperti tangan manusia.”

2 – Takyif, iaitu mepersoalkan dan mem-bagaimanakan. Termasuk dalam kategori ini adalah dengan mengkhayalkannya atau membayangkannya (berimaginasi).

3 – Tasybih, iaitu menyerupakan Allah dengan makhluk.

Ishaq bin Rahawih mengatakan, “Tasybih (penyurupaan) hanya terjadi ketika seseorang mengatakan, “Tangan seperti tanganku, pendengaran seperti pendengaranku”. Inilah (yang dinamakan) penyerupaan. Ada pun jika seseorang mengatakan seperti firman Allah, “Tangan, pendengaran, dan penglihatan”, kemudian tidak menyatakan “bagaimana” dan “seperti”, tidak termasuk penyerupaan (tasybih).

Seandainya penetapan sifat “tinggi” bagi Allah Ta’ala bererti penyerupaan (tasybih), maka setiap orang yang menetapkan sifat-sifat lain bagi Allah seperti Dia hidup, berkuasa, mendengar, dan melihat, termasuk golongan yang menyerupakan juga. Hal seperti ini tidak mungkin dikatakan oleh seseorang muslim yang menisbatkan dirinya kepada Ahlu Sunnah wal Jama’ah. Berbeza dengan orang-orang yang menafikan (meniadakan) sifat-sifat, seperti golongan Muktazilah dan lain-lainnya.” (al-Albani, Mukhtashar al-‘Uluw li ‘Aliyyil Ghaffar, m/s. 69-70)

4 – Ta’thil, iaitu menolak, menghilangkan, mengingkari, atau menafikan sifat-sifat Allah sama ada sebahagian darinya atau keseluruhan sifat-sifat yang telah Allah sendiri tetapkan bagi-Nya.

5 – Tahrif atau ta’wil, iaitu mengubah atau menyelewengkan lafaz atau makna sebenar dari sifat-sifat Allah yang telah Dia tetapkan bagi Diri-Nya.

6 – Tafwid, iaitu menyerahkan lafaz yang menunjukkan sifat atau nama Allah tanpa mahu menetapkan bahawa lafaz tersebut mengandungi maknanya yang dinisbatkan kepada Allah. (Rujuk perbahasan di bawah)

Oleh itu, kita menetapkan sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Tanpa melakukan penyelewengan sebagaimana yang dijelaskan.

Allah berfirman:

“... ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmu-Nya” (Surah Thaha, 20: 110)

9 - Kaedah Kesembilan: “Mendiamkan Apa Yang Tidak Disebutkan Oleh Allah”

Hendaklah kita berhenti dari menyebutkan apa yang tidak disebutkan/ditetapkan oleh Allah. Hendaklah kita menetapkan sebagaimana yang ditetapkan. Dan menafikan sebagaimana yang dinafikan.

“...dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.” (Surah al-Baqarah, 2: 255)

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan bertanggungjawab dengannya.” (Surah al-Isra’, 17: 36)

Sifat-sifat Allah Azza wa Jalla adalah Tauqifiyyah (baku), maka tidak ada yang wajib ditetapkan melainkan apa yang telah Dia sendiri tetapkan, atau ditetapkan melalui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan tidak pula ditiadakan (dinafikan) melainkan apa yang ditiadakan oleh Allah bagi diri-Nya atau ditiadakan oleh Rasulullah Shallallahu Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 5/26)

10 – Kaedah Kesepuluh: “Tidak Diketahui Kaifiyahnya (bagaimananya)”

Makna sifat-sifat Allah Azza wa Jalla yang ditetapkan berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah dapat diketahui dan difahami maknanya, tiada majaz atau kiasan sama sekali di dalamnya. Manakala cara-caranya (kaifiyahnya) tidak diketahui (abstrak). (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 2/36. Rujuk juga: Ibnu Utsaimin, al-Qowa’idul Mutsla, m/s. 105)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur’an dengan bahasa Arab supaya kamu boleh memahaminya.” (Surah az-Zukhruf, 43: 3)

11 – Kaedah Kesebelas: “Sifat-sifat Allah tidak boleh Diqiyaskan Dengan Sifat-Sifat Yang Lain”

Hendaklah kita berhenti dari menyebutkan apa yang tidak disebutkan/ditetapkan oleh Allah. Hendaklah kita menetapkan sebagaimana yang ditetapkan. Dan menafikan sebagaimana yang dinafikan.

“...dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.” (Surah al-Baqarah, 2: 255)

Memahami at-Tafwidh Dari Kaca Mata Ahlus Sunnah

Kalimah al-Tafwidh dari sudut bahasa membawa pengertian “menyerahkan”. Ada pun dari sudut syari’at, istilah at-Tafwidh telah mengalami perubahan maksud di antara generasi salaf dan khalaf. Generasi salaf, iaitu generasi awal umat Islam, memahami at-Tafwidh sebagai menyerahkan kaifiyat (persoalan bagaimana) sesuatu Sifat yang dinisbatkan kepada Allah manakala makna Sifat tersebut difahami sekadar apa yang dimaklumi melalui bahasa arab. Manakala generasi khlaf, iaitu generasi umat Islam yang terkemudian (yang meninggalkan prinsip salaf), mereka memahaminya sebagai menyerahkan makna dan kaifiyat sekaligus sesuatu Sifat itu kepada Allah. Iaitu mereka hanya mengimani lafaz yang didatangkan tanpa mahu menerima makna (maksud) lafaz yang dibawa.

Pemahaman yang dibina oleh generasi yang terkemudian ini amat jelas bertentangan dengan prinsip yang dipegang oleh para salaf. Ini adalah kerana jika diserahkan makna dan kaifiyat Sifat Allah, maka Sifat-sifat tersebut hanya tinggal lafaz sehingga tidak lagi memiliki sebarang pengertian dan manfaat kepada umat. Dalam erti kata yang lain, seolah-olah istilah tersebut adalah kosong tanpa apa pun erti dan manfaat. Jika demikian, apa faedahnya Allah Subhanahu wa Ta’ala menerangkan Sifat-sifat-Mya di dalam al-Qur’an dan melalui perkataan Rasul-Nya? Sedangkan Allah berfirman:

“(al-Qur’an ini) adalah sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil pelajaran.” (Surah Shaad, 38: 29)

Allah juga menjelaskan bahawa dengan nama-nama Allah-lah supaya kita berdoa meminta kepada-Nya. Ini jelas dapat dilihat dari firman-Nya:

“Hanya milik Allah asmaa’ul husna (nama-nama yang baik), maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa’ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya” (Surah al-A’raaf, 7: 180)

Sekiranya kita tidak dapat memahami maksud nama-nama dan sifat-sifat Allah tersebut, bagaimana kita hendak berdoa dengannya?

Sedangkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri berdoa:

“Aku memohon kepada-Mu lazatnya melihat kepada Wajah-Mu yang Maha Mulia, dan kerinduan untuk bertemu dengan-Mu.” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah, 1/185. al-Hakim, 1/524, dengan katanya sanadnya sahih, juga disepakati oleh adz-Dzahabi. Juga turut disahihkan oleh al-Albani, Shahih al-Jami’ as-Shaghir, 1/279, no. 1310)

Seseorang tidak akan dapat beribadah kepada Allah secara sempurna dan dengan keyakinan yang benar sebelum mengetahui nama dan sifat Allah. (Ibnu Utsaimin, al-Qowaidul Mutsla, m/s. 26)

Sebagai contoh, kita boleh berdoa memohon keampunan dengan menggunakan Nama-Nya yang Maha Pengampun (al-Ghafur), berdoa memohon dikasihani dengan menggunakan Nama-Nya yang Maha Mengasihani (ar-Rahim), berdoa memohon perlindungan dengan menggunakan Nama-Nya yang Maha Melindungi (al-Hafidz). Selain dari itu, kita juga melakukan perbuatan ibadah kerana meyakini maksud di sebalik Nama-nama-Nya dan setelah mengetahui sifat-sifat-Nya. Ini adalah seperti kita bertaubat, kerana kita meyakini bahawa Allah adalah Maha Menerima Taubat (at-Tawwab), maka dengan-Nya kita bertaubat. Begitu juga kita sentiasa berbuat kebaikan dan takut melakukan keburukan, kerana kita tahu bahawa Allah Maha mengetahui, Maha melihat, Maha Meneliti.

Menurut Syaikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin rahimahullah:

“Tadabbur (memperhatikan ayat-ayat Allah) hanya dapat dilakukan terhadap perkara-perkara yang dapat difahami sehingga manusia dapat mengambil pelajaran dari apa yang telah difahaminya. Oleh kerana itu, al-Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab, sehingga orang-orang yang faham bahasa arab akan dapat mengetahuinya. Perkara ini menunjukkan makna-makna yang terdapat dalam al-Qur’an dapat difahami (termasuklah ayat-ayat berkenaan sifat-sifat Allah). Jika tidak, sudah tentu tiada perbezaannya diturunkan dalam bahasa arab atau bahasa lainnya. Demikian pula penjelasan Nabi terhadap al-Qur’an meliputi penjelasan lafaz dan maknanya.” (Ibnu Utsaimin, al-Qowaidul Mutsla, m/s. 105-106)

Beliau menjelaskan lagi:

Secara akal (logik), mustahil Allah menurunkan satu kitab atau Rasulullah menyampaikan satu perkataan yang ditujukan untuk menjadi petunjuk bagi umat manusia, lalu tidak menjelaskan permasalahan penting dalam kitab tersebut sehingga tidak dapat diketahui maknanya ibarat huruf abjad yang tidak dapat difahami sedikit pun. Perkara ini jelas termasuk perkara yang bertentangan dengan hikmahnya Allah Ta’ala. Kerana Allah telah berfirman:

““Alif Lam Ra”. (Inilah) kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu.” (Surah Hud, 11: 1)

Semua dalil wahyu dan akal ini menunjukkan bahawa kita boleh berupaya memahami makna nas-nas sifat allah dan menunjukkan ketidaktahuan kita akan bentuk hakikat sifat-sifat tersebut.

Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah kebatilan mazhab Mufawwidhah yang memasrahkan (menyerahkan) sepenuhnya kepada Allah pengertian makna nash-nash sifat dan mengaku-ngaku bahawa pemahaman seperti itu termasuk mazhab salaf. Padahal Salaf berlepas diri dari pemahaman mazhab seperti itu!!! Ini adalah kerana makna nash-nash tentang sifat Allah secara mutawatir telah dikemukakan oleh para ulama Salaf. Pernyataan tersebut terkadang secara mujmal (umum/global) dan terkadang secara terperinci. Dan mereka memasrahkan kaifiyah (bentuk hakikatnya) kepada Allah Ta’ala.” (Ibnu Utsaimin, al-Qowaidul Mutsla, m/s. 106-107)

089 - Pertikaian Kalimah al-Jihah (arah) Dalam Persoalan al-Asma’ wa as-Sifat Allah

Pertikaian Kalimah al-Jihah (arah) Dalam Persoalan al-Asma’ wa as-Sifat Allah (الجهة)

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Ibnu Taimiyah rahimahullah menjelaskan di dalam kitab-Nya, at-Tadmuriyyah, m/s. 45: “... Sebagaimana yang diketahui, tidak ada nash yang menetapkan atau menafikan kata jihah (arah) seperti yang ada pada penetapan sifat tinggi, beristiwa’ (bersemayam), di atas, naik ke atas dan selainnya. Kemudian, sebagaimana yang diketahui, sesuatu yang ada hanya ada dua macam: Sang Pencipta dan yang diciptakan (makhluk). Sang Pencipta tentunya berbeza dengan makhluk. Ertinya, tidak ada sedikit pun dari dzat-Nya yang terdapat dalam diri makhluk-Nya. Demikian pula sebaliknya.

Katakan kepada orang-orang yang menafikannya, “Adakah yang anda maksudkan dengan “arah” adalah sesuatu yang ada dan diciptakan? Jika memang demikian, maka Allah tidak termasuk yang diciptakan. Atau, yang engkau maksudkan dengan “arah” adalah apa yang ada di sebalik alam. Padahal tidak diragukan lagi bahawa Allah di atas alam.”

Begitu pula, katakan kepada orang yang mengatakan bahawa Allah berada dalam “arah”, “Adakah yang anda maksudkan adalah Allah berada di atas alam atau yang Anda maksudkan adalah Allah berada dalam diri setiap makhluk. Jika kemungkinan pertama yang anda maksudkan, maka hal tersebut adalah yang benar. Sedangkan jika kemungkinan kedua yang anda maksudkan, maka hal tersebut tidak benar.

Dari sini, jelaslah bahawa kata (jihah) tidak terdapat dalam al-Qur’an dan as-Sunnah, oleh kerananya tidak seharusnya ditetapkan atau ditiadakan. Sebab, dalam penetapan dan peniadaan tersebut terdapat bahaya seperti yang disebutkan sebelum ini. Jika saja dalam penetapan sifat tersebut tidak menimbulkan ruang bagi para penentang untuk menisbatkannya kepada sifat “al-‘Uluw”, mungkin hal tersebut dapat dipertimbangkan (ditolak ansur).

Begitu juga, tidak selayaknya meniadakan (jihah) dengan dasar bahawa penetapan sifat tinggi (al-‘Uluw) bagi Allah pasti berimplikasi kepada penetapan arah bagi Allah. Sebab, dalam kepastian di sini, terdapat banyak bahaya menetapkan sifat tinggi bagi Allah. Selain itu, bahaya yang timbul adalah dinafikannya orang-orang beriman memandang Allah pada hari Kiamat. Termasuk yang secara tegas menafikan hal tersebut adalah golongan Muktazilah dan Syi’ah. Seorang tokoh (Syi’ah) bernama Ibnul Muthahhir asy-Syi’i dalam kitab Manahij memberikan argumen terhadap penafian tersebut. Dia berkata, “... kerana Dia tidak dalam arah”. ...

.... Ringkasnya, “arah” adalah suatu perkara yang konkrit selain Allah, atau makhluk. Sedangkan Allah di atas makhluk-Nya tidak dibatasi atau dilingkupi oleh suatu apa pun dari makhluk-Nya, sebab Dia berbeza dari makhluk-makhluk-Nya. Jika yang dimaksudkan dengan “arah” adalah suatu perkara yang abstrak dan berada di atas alam, maka ketahuilah hanya Allah yang ada di sana.

Makna terakhir inilah yang dimaksudkan oleh pernyataan orang-orang yang menetapkan sifat Tinggi, dan orang-orang yang menukil (mengutip) dari ulama salaf tentang penetapan “arah” bagi Allah, sebagaimana dalam kutipan Imam al-Qurthubi dari para ulama salaf.

Ibnu Rusyd alam kitabnya al-Kasyfu Manaahil Adillah menyatakan pendapatnya tentang “arah”, “Ada pun tentang sifat ini, ahli syari’ah sejak semula telah menetapkannya bagi Allah, sehingga dinafikan oleh golongan Muktazilah. Kemudian, penafian tersebut diikuti pul oleh golongan terkini dari Asy’ariyyah, seperti Abul Ma’ali dan orang-orang yang mengikutinya. Padahal secara zahir, semua dalil-dalil syar’i mengindikasikan (menunjukkan) penetapan “arah”, seperti firman Allah... (Kemudian beliau menuturkan beberapa ayat-ayat yang terkenal). Lalu melanjutkan, ...” hingga ayat-ayat lain yang jika ditakwilkan, maka seluruh syari’at akan mengalami penakwilan. Begitu pula jika dikatakan bahawa ayat-ayat tersebut dinyatakan sebagai ayat-ayat mutasyabihat (yang mengandung lebih dari satu makna), maka seluruh syari’at akan menjadi mutasyabihat (mengandungi lebih dari satu makna). Ini adalah kerana semuanya sepakat menyatakan bahawa Allah di langit, dan dari langit itu malaikat turun membawa wahyu untuk disampaikan kepada pra nabi...””

Penjelasan ini dipetik dari:

Syaik al-Albani, Mukhtashar al-‘Uluw li ‘Aliyyil Ghaffar, m/s. 71-70.

Friday, December 19, 2008

088 - Sifat Wajah Bagi Allah

Sifat Wajah Bagi Allah

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Ayat Yang Menetapkan Sifat Wajah bagi Allah:

وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ وَالإكْرَامِ

1 – “Dan tetap kekallah wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan.” (Surah ar-Rahman, 55: 27)

2 – “Setiap sesuatu akan binasa, melainkan wajah-Nya (Allah)” (Surah al-Qashash, 28: 88)

Pengertian wajah pada satu keadaan boleh merujuk kepada sifat dzatiyah dan boleh juga merujuk kepada Allah sendiri (Diri-Nya). Ini dapat dilihat kepada banyaknya dalil-dalil berkenaan dengannya. (Boleh juga merujuk Tafsir Ibnu Katsir, 6/831-832)

Menurut Syaikh al-Uthaimin rahimahullah:

“Allah akan tetap abadi (kekal) dengan sendiri-Nya dengan penetapan wajah bagi Allah... Dengan ketetapan ini juga, kita katakan, (dalil) “Setiap sesuatu akan binasa, melainkan wajahnya” adalah melainkan Dzat-Nya yang bersifat wajah, maka yang demikian tidak mengapa. Maka, kita katakan, yang dimaksudkan dengan Wajah adalah dzat, kerana Dia memiliki wajah. Maka, dengannya diungkapkan Dzat (bagi-Nya).” (Rujuk: Ibnu Uthaimin, Syarah al-Aqidah al-Wasyithiyah, m/s. 258)

Adapun wajah, ertinya telah diketahui, walaubagaimana pun kita tidak dapat mengetahui keadaannya. Sebagaimana semua sifat-sifat-Nya yang lain, kita tetap beriman bahawa Dia memiliki wajah yang bersifat agung dan mulia. Juga bersifat indah, agung, dan cahaya yang agung. Sehingga Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Penghalang (hijab)-nya adalah cahaya. Jika dibuka sudah tentu keindahan dan keagungan wajah-Nya akan membakar segala sesuatu dari makhluk-Nya sejauh pandangan-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, 1/162)

Juga doa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Aku memohon kepada-Mu lazatnya melihat kepada Wajah-Mu yang Maha Mulia, dan kerinduan untuk bertemu dengan-Mu.” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah, 1/185. al-Hakim, 1/524, dengan katanya sanadnya sahih, juga disepakati oleh adz-Dzahabi. Juga turut disahihkan oleh al-Albani, Shahih al-Jami’ as-Shaghir, 1/279, no. 1310)

Imam Ibnu Khuzaimah rahimahullah dalam kitabnya, Kitabut Tauhid, 1/25, ketika menyentuh sifat al-Wajhu bagi Allah, beliau berkata:

“Kami dan semua ulama dari Hijaz, bahagian Barat Daya Jazirah Arab, Yaman, Iraq, Syiria, dan Mesir, dari mazhab kami. Menetapkan bagi allah apa yang telah ditetapkan oleh-Nya, mengakui dengan perkataan kami dan meyakini dengan hati kami, untuk tidak menyamakan wajah Pencipta kami dengan makhluk-makhluk-Nya, Tuhan kami lebih mulia untuk disamakan dengan makhluk-makhluk dan lebih Agung daripada perkataan orang-orang atheis.”

Oleh itu, kita katakan “Wajah itu adalah wajah yang Agung, tidak mungkin untuk kita selama-lamanya menyamai wajah-wajah makhluk-Nya.”

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Tiada sesuatu pun yang serupa dengan Dia.” (Surah asy-Syura, 42: 11)

Jika seseorang berusaha dengan bersungguh-sunggug untuk menggambarkan bentuk tersebut (sifat-sifat Allah) dengan hatinya atau mengatakan berkenaan dengannya dengan lisannya, maka kita katakan, “Engkau pembuat bid’ah yang sangat sesat. Kamu berbicara tentang Allah dengan sesuatu yang tidak engkau ketahui.” Allah telah mengharamkan bagi kita untuk mengatakan tentang-Nya dengan sesuatu yang tidak kita ketahui.

Allah berfirman:

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggungjawab ke atasnya.” (Surah al-Isra’, 17: 36))

“Katakanlah: “Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, sama ada yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah baginya dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui”.” (Surah al-A’raaf, 7: 33) (Rujuk: Ibnu Uthaimin, Syarah al-Aqidah al-Wasyithiyah, m/s. 252)

Imam Abu Hasan al-Asy’ary rahimahullah berkata berkenaan sifat Wajah, dua Mata, Penglihatan, dan Dua Tangan bagi Allah:

“Di sini Allah mengkhabarkan bahawa Dia memiliki wajah dan dua mata, jangan kamu tanyakan kaifiyatnya dan jangan kamu ingkari ia.” (Abu Hasan al-Asy’ari, al-Ibanah ‘An Ushulid Diyanah, m/s. 147)

Berkenaan ayat:

وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: “Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap, di situlah wajah Allah.” (al-Baqarah, 2: 115)

Ayat ini menjadi perdebatan dari kalangan para ahli Tafsir. (Rujuk: Ibnu Uthaimin, Syarah al-Aqidah al-Wasyithiyah, m/s. 256)

Di antara mereka ada yang menyatakan, “Wajah membawa erti kepada arah.” Ini adalah berdasarkan firman Allah:

“Dan bagi setiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang mereka menghadap kepadanya. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui” (al-Baqarah, 2: 148)

Maka, yang dimaksudkan dengan wajah Allah adalah arah. Dengan kata lain, maka di situlah arah Allah. Atau ke arah mana pun Anda menghadap dalam solat, Allah akan tetap menerima solat anda.

Mereka juga menyatakan, Disebabkan ayat tersebut turun ketika dalam perjalanan (musafir). Jika mereka menunaikan solat sunnah (nafilah), maka mereka akan menunaikan solat tersebut dengan menghadap ke arah mana pun. Atau ketika mana arah kiblat tidak jelas bagi mereka, maka seseorang itu perlu berhati-hati, lalu menunaikan solat dengan menghadap ke arah mana pun.

Akan tetapi, yang lebih tepat yang dimaksudkan dengan Wajah di sini adalah Wajah Allah yang sebenar-benarnya, iaitu ke arah mana pun anda menghadap, maka di situlah Wajah Allah, kerana Allah meliputi segala sesuatu. Juga telah tetap dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa jika seseorang yang menunaikan solat telah berdiri dengan niat (solat), dan ternyata sebenarnya kiblat adalah arah yang bertentangan dengan tempat dia menghadap, maka Allah di hadapannya.

Inilah yang tepat seiring dengan makna lafaz dari zahir ayat.

Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi berkata di dalam Tafsirnya:

“Di sanalah Allah Ta’ala kerana Allah Maha Meliputi segala makhluk-Nya. Dengan sebab itu, ke mana pun seseorang hamba menghadap, maka dia akan mengarah kepada Allah. Kerana Allah di sisinya. Bagaimana tidak, Allah Ta’ala sendiri yang memberi tahu kemampuannya bahawa bumi berada pada genggaman tangan-Nya, langit akan digulung dengan tangan kanan Allah pada hari kiamat, kerana itu tiada satu arah pun yang terlepas dari pengetahuan dan liputan (pengawasan) Allah serta kekuasaannya. Perkara ini ditegaskan dengan firman-Nya (yang selanjutnya), “Sesungguhnya Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui” iaitu Maha Luas Dzat-Nya, ilmu-Nya, Kurnia-Nya, Kemuliaan-Nya, dan Maha Mengetahui (segala sesuatu).” (Rujuk: Tafsir al-Aisar)

Maka, perlu difahami melalui ayat ini bahawa sebenarnya ianya jelas menunjukkan kemampuan dan penguasaan Allah terhadap segala sesuatu dengan kelayakan dan keagungan yang sesuai bagi-Nya. Dan jika kita cuba membayangkan berkenaan dengan “bagaimana Allah boleh berada di hadapan setiap orang pada suatu masa” sekaligus mengatakan ayat ini perlu ditakwil, maka sebenarnya dia telah cuba membayangkan dan menyamakan Allah dengan makhluk-Nya. Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Tiada sesuatu pun yang serupa dengan Dia.” (Surah asy-Syura, 42: 11)

Maka, apa yang wajar kita tetapkan (bagi Allah) adalah menetapkan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dari Kitab-Nya dan Rasul-Nya.

Janganlah kita menjadi orang yang kafir (ingkar) dengan ayat-ayat Allah lalu kita menyelwengkan semahu hati kita.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“... dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertaqwa.” (Surah al-Baqarah, 2: 41)

Perlu juga kita sedar dan fahami bahawa pengetahuan dan kemampuan kita adalah sangat-sangat terhad di mana terlalu banyak yang tidak mampu untuk kita jangkau serta fikirkan.

Allah Subahanhu wa Ta’ala berfirman:

“Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, manakala ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmu-Nya” (Surah Thaha, 20: 110)

Rujukan:

1 - Abu Hasan al-Asy’ari, al-Ibanah ‘An Ushulid Diyanah. (Edisi terjemahan: Pustaka at-Tibyan, Indonesia)

2 – al-Mishbahul Munir fi Tahdzibi Tafsiri Ibni Katsir, Pustaka Ibnu Katsir.

3 – Abu Bakar Jabir al-Jazairi, Tafsir al-Aisar.

4 - Ibnu Uthaimin, Syarah al-Aqidah al-Wasyithiyah, Darul Falah.

5 – Alawy Abdul Qadir as-Saqqaf, Shifatullah ‘Azza wa Jalla al-Waaridah fil Kitab was Sunnah, Darul Hijrah, Riyardh, 1994.

6 – Dr. Muhammad Abdurrahman al-Khumais, I’tiqad Ahlissunnah Ashhab al-Hadis, Dar al-Ushaimi lin Nasyr wat Tauzi’. (Edisi terjemahan: Darul Haq, Indonesia)

Tuesday, May 13, 2008

056 - al-Asma’ Wa Sifat – Isyarat Anggota Tanpa Tajsim, Tasbih, & Tamtsil

al-Asma’ Wa Sifat – Isyarat Anggota Tanpa Tajsim, Tasbih, & Tamtsil


إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Firman-Nya: “Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (an-Nisa’, 4: 58)

Ayat ini adalah penyempurnaan ayat,

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.” (an-Nisa’, 4: 58)

Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan kepada kita agar menyampaikan amanat kepada mereka yang berhak menerimanya. Di antaranya adalah menjadi saksi kebaikan bagi orang itu atau keburukan untuknya dan jika kita menetapkan suatu ketetapan di antara manusia, maka kita harus menetapkannya dengan adil. Maka, Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan bahawa Dia menyuruh kita untuk menunaikan kewajiban di atas jalan hukum dan demi hukum itu sendiri. Jalan hukum yang berbentuk persaksian masuk ke dalam rangkuman ayat,

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya.” (an-Nisa’, 4: 58)

Manakala hukum berkaitan dengan firman Allah,

“... Dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. “ (an-Nisa, 4: 58)

Kemudian Allah berfirman,

“Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (an-Nisa’, 4: 58)

Asalnya adalah “نعم ما” “sebaik-baik sesuatu”. Akan tetapi, huruf miim di-idgham-kan hal “memasukkan satu huruf ke dalam yang lain” kepada miim yang termasuk ke dalam bab idgham besar. Kerana idgham tidak terjadi antara dua jenis, kecuali jika yang pertama berharakat sukun. Dalam situasi ini, idgham dengan huruf yang pertama berharakat fathah.

Ungkapan “نعما يعظكم به” “memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu”. Allah menjadikan perintah-Nya pada dua perkara ini menunaikan (amanah kepada orang yang berhak menerimanya dan menetapkan hukum dengan adil) adalah sebagai nasihat. Kerana Semua itu sesuai untuk hati. Semua yang sesuai dengan hati adalah nasihat. Menjalankan semua perintah ini tidak disangsikan/diragukan bahawa semua itu sesuai dengan hati.

Lalu berfirman: “إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا” “sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. Ungkapan كَانَ ini adalah kata kerja, tetapi tidak memiliki ketentuan waktu. Yang dimaksudkan adalah hanya menunjukkan kepada sifat sahaja. Dengan kata lain, bahawa Allah bersifat mendengar dan melihat. Akan tetapi, kita katakan, “Dia itu tidak dipengaruhi dengan waktu, kerana jika kita membiarkannya ia tetap dengan penunjukan waktunya, maka sifat itu pasti telah habis. Pada mulanya Maha Mendengar dan Maha Melihat, sedangkan sekarang tidaklah demikian. Sangat diketahui bahawa makna yang sedemikian itu tidak dapat diguna-pakai dan bathil. Sedangkan yang dimaksudkan adalah bahawa Allah bersifat dengan dua sifat ini, iaitu mendengar dan melihat untuk selama-lamanya. Sedangkan كَانَ dalam konotasi sedemikian, tiada lain yang dimaksudkan melainkan pewujudan.

Ungkapan “سَمِيعًا بَصِيرًا” “Maha Mendengar dan Maha Melihat”. Kita menyatakan berkenaan dengannya sebagaimana kita katakan berkenaan dengan ayat sebelumnya. Di dalamnya mengandungi penetapan sifat mendegar dan melihat bagi Allah dengan dua bentuknya dan penetapan penglihatan dengan dua jenisnya.

Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu membaca ayat ini lalu ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam meletakkan ibu jari dan jari telunjuknya di atas mata dan telinga beliau.” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Kitab as-Sunnah, Bab Fii Jahmiyah) Adapun yang dimaksudkan dengan bentuk peng-isyaratan itu adalah menegaskan keberadaan pendengaran dan penglihatan, dan bukan penetapan mata dan telinga.

Ini kerana perbahasan penetapan mata dibincangkan dengan kehadiran dalil-dalil yang lain. Menurut Ahlussunnah wal Jama’ah, tidak menetapkan telinga bagi Allah dan tidak pula ditiadakan dari-Nya kerana tidak ada keterangan dalil tentang pendengaran (Tidak menetapkan dan tidak menafikan – Ed.).

Jika kita katakan, “Apakah aku harus melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam?”

Jawabnya: Dari kalangan para ulama, ada yang menyatakan, “Ya, lakukan sebagaimana hal-nya yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Kita bukanlah orang yang Iebih berpetunjuk daripada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dan kita juga bukanlah orang yang lebih berhati-hati dari adanya pengidhafahan sifat yang tidak layak untuk Allah kepada Allah daripada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.”

Di antara mereka ada yang berkata, “Tidak perlu kita melakukan seperti hal-nya yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam selama mana kita mengetahui bahawa yang dimaksudkan itu adalah pewujudan (hakikat). Jadi isyarat ini tidaklah menjadi suatu yang dimaksudkan. Akan tetapi, ia dimaksudkan kerana selainnya. Dengan demikian, tiada kepentingan untuk kita tunjuk (mengisyaratkan). Apatah lagi jika dikhuwatirkan dengan penunjukan itu akan membawa dianggap oleh orang lain sebagai penyerupaan. Sebagaimana jika di hadapan kita adalah dari kalngan orang awam yang masih tidak memahami sesuatu sebagaimana sewajarnyanya. Dengan demikian, kita haruslah mengambil sikap berhati-hati. Bagi setiap tempat ada perkataan yang sesuai.

Demikian juga apa yang ditunjukkan melalui hadis Ibnu Umar yang mengisahkan bahawa Rasulullah Shallallahu Ala’hi wa Sallam bersabda,

Allah ‘Azza wa Jalla mengambil semua lapisan langit dan semua lapisan bumi dengan kedua tangan-Nya, lalu berfirman, “Akulah Allah”. Dia menggenggamkan jari-jemari-Nya dan mengembangkannya.(Diriwayatkan oleh imam Muslim, Kitab Shifaat al-Munafiqin)

Dikatakan berkenaan dengan hal ini adalah apa yang dinyatakan di dalam hadis Abu Hurairah.

Faedah yang berkaitan dengan perilaku iman kepada dua sifat: 1 - mendengar dan 2 - melihat adalah agar kita berwaspada dari melakukan perkara yang bertentangan dengan Allah dalam perkataan dan perbuatan kita.

Dalam ayat ini ada sebahagian dari asma’ Allah, iaitu dua sifat yang ditetapkannya, yang mana ianya adalah yang Maha Mendengar dan Yang Maha Melihat. Dan di antara sifat-sifat adalah penetapan pendengaran, penglihatan, perintah, dan nasihat.

Rujukan: Syarah Aqidah Wasithiyah (Judul Asli: Syarh al-‘Aqidah al-Wasithiyah), oleh Sheikh Muhammad Sholeh al-Utsaimin, Cet. 1 (2007M), Terbitan Darul Falah (Jakarta), m/s. 172-175.

- wallahu a’lam...