__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Showing posts with label Ittiba' as-Sunnah. Show all posts
Showing posts with label Ittiba' as-Sunnah. Show all posts

Friday, February 24, 2012

131 - Imam asy-Syafi’i Menggugat Neo-Muktazilah

Imam asy-Syafi’i Menggugat Neo-Muktazilah

Abu Numair Nawawi B. Subandi
http://an-nawawi.blogspot.com


Dalam kitab ar-Risalah, imam asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) membuat sebuah bab khusus tentang khabar wahid (hadis ahad). Ia merupakan tajuk khusus yang menegaskan as-sunnah yang sahih adalah hujjah dalam agama sama ada diriwayatkan secara mutawatir mahupun ahad.

Ini beliau lakukan antaranya dalam rangka bantahan ke atas golongan ahli kalam, mu’tazilah, dan anti hadis. Dengan sebab ini jugalah imam asy-Syafi’i sering menjadi sasaran orientalis, liberal, dan kumpulan anti hadis zaman ini. Kerana hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh imam asy-Syafi’i adalah termasuk benteng kukuh ahli sunnah wal-jama’ah dalam berhadapan aliran sesat ahli kalam sejak dahulu lagi.

Hadis Ahad

Hadis ahad adalah hadis yang tidak memenuhi syarat mutawatir dalam periwayatan, di mana ia diriwayatkan oleh perawi yang sedikit jumlahnya. Hadis ahad dalam ilmu mustholah al-hadits terbahagi menjadi tiga bahagian iaitu sama ada masyhur, ‘aziz, ataupun gharib.

Masyhur atau juga dikenali sebagai al-mustafidh adalah hadis yang diriwayatkan oleh tiga perawi atau lebih pada setiap tingkatannya tetapi tidak mencapai jumlah mutawatir. ‘Aziz adalah hadis yang diriwayatkan dengan sekurang-kurangnya dua sanad yang berlainan. Manakala gharib pula adalah hadis yang hanya diriwayatkan oleh seorang perawi secara bersendirian.

Setiap jenis hadis ahad yang disebutkan ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu sama ada sahih (maqbul lagi diterima) ataupun mardud (tertolak) dengan sebab dha’if, maudhu’, syazd, ataupun seumpamanya.

Setiap hadis yang terbukti memenuhi syarat hadis sahih (walaupun ahad) sebagaimana pernah diperincikan dalam tulisan lalu sama ada disebut sebagai sahih ataupun hasan, maka ia wajib diterima sebagai hujah dan wajib untuk diamalkan.

Untuk tambahan ilmu dalam bab ini, para pembaca boleh merujuk terus kepada kitab-kitab berkaitan mustholah al-hadits yang ada. Di antara yang telah diterjemahkan dengan baik adalah susunan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin, berjudul ‘Ilm Mustholah al-Hadits, dan tulisan Manna’ al-Qaththan, berjudul Mabahits fii ‘Ulum al-Hadits.

Hadis Ahad Menjadi Isu

Hadis ahad menjadi isu pada zaman silam apabila tokoh-tokoh ahli kalam seperti sebahagian besar muktazilah, khawarij, dan Syi’ah mengatakan bahawa hadis ahad tidak boleh dijadikan sebagai landasan hujah bagi persoalan ‘aqidah dan i’tiqad keimanan.

Kata Imam Ibnu Hazm rahimahullah (Wafat: 456H):

فصح بهذا إجماع الأمة كلها على قبول خبر الواحد الثقة عن النبي صلى الله عليه و سلم وأيضا فإن جميع أهل الإسلام كانوا على قبول خبر الواحد الثقة عن النبي صلى الله عليه و سلم يجزي على ذلك كل فرقة في علمها كأهل السنة والخوارج والشيعة والقدرية حتى حدث متكلمو المعتزلة بعد المائة من التاريخ فخالفوا الإجماع في ذلك

“Adalah sah dengan ijma’ umat ini bahawa diterimanya khabar wahid (hadis ahad) yang diriwayatkan oleh para perawi tsiqah (terpercaya) daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan bahawasanya seluruh ahli islam menerima khabar wahid yang diriwayatkan oleh para perawi tsiqah daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Setiap mereka (asalnya) berpegang pada prinsip ini sebagaimana ahli sunnah, khawarij, Syi’ah, dan Qadariyah sehinggalah lahirnya para ahli kalam dari kalangan Mu’tazilah seratus tahun kemudian yang menentang ijma’ dalam ketetapan ini.” (al-Ihkam fii Ushulil Ahkam, 1/108 – Daar al-Hadits)

Ini dikuatkan lagi dengan penegasan tokoh besar mu’tazilah sendiri, al-Qadhi ‘Abdul Jabbar al-Mu’tazili (Wafat: 415H) dalam kitab beliau Syarah Ushul al-Khamsah yang merupakan kitab khusus membahaskan lima rukun asas mu’tazilah.

Beliau mengatakan, “Dibolehkan mengambil hadis ahad dalam amal apabila sampai kepada kita dengan syarat-syaratnya, tetapi tidak boleh diterima bagi urusan aqidah.” (‘Abdul Jabbar, Syarah Ushul al-Khamsah, m/s. 769 – Maktabah Wahbah, Kaherah, Cet. 3)

Tidak sekadar itu, kitab beliau ini merupakan bukti yang sangat besar bahawa penolakan hadis ahad dalam perkara dasar aqidah adalah termasuk prinsip aliran sesat Mu’tazilah sejak lebih seribu tahun lalu. Ini sama sekali bukanlah prinsip ahli sunnah wal-jama’ah sebagaimana disangka sebahagian orang pada hari ini.

Rentetan dari fahaman ini, kita dapat lihat apabila sebahagian besar tokoh-tokoh dari kalangan ahli kalam seperti Mu’tazilah dan sebahagian kelompok al-Asya’irah serta yang seangkatan dengannya begitu jelas menolak keimanan terhadap beberapa i’tiqad aqidah Islam seperti keimanan terhadap adanya azab kubur, munculnya dajjal, turunnya Nabi ‘Isa, lahirnya imam Mahdi, melihat Allah di Syurga, sebahagian besar khabar sifat-sifat Allah selain disampaikan al-Qur’an, serta pelbagai peristiwa menjelang kiamat.

Sebahagian pendukung aliran tersebut pada hari ini ada yang berkalih dengan mengatakan, “Kami terima hadis-hadis tersebut, cuma kami tidak mengimaninya.” Juga kata sebahagian yang lain, “Hadis tersebut memang sahih, tetapi ia tidak penting sama ada mahu diterima ataupun ditolak.” Serta, “Aqidah yang ditegakkan dengan hadis ahad hanya bersifat teori tidak sepenting persoalan praktikal (amal).”

Dan memang itulah agenda jahat yang diinginkan oleh kelompok-kelompok sesat ini di mana mereka mahu agar umat Islam meninggalkan agama secara halus dan perlahan-lahan. Siri penolakan hadis ahad hanyalah sebahagian dari langkah-langkah awal dari banyaknya langkah-langkah lain seterusnya. Mereka mengajak manusia meninggalkan Islam dengan menimbulkan pelbagai bentuk keragu-raguan dan syubhat dari dalam kelompok Islam itu sendiri.

Pada hari ini, agenda penolakan hadis-hadis ahad diteruskan atau dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Muhammad ‘Abduh, Mahmud Syaltut, Ahmad Syibli, Muhammad al-Ghazali, Taqiyudin an-Nabhani, sebahagian tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin seperti Sayyid Quthub, dan para pendukung pergerakan Hizbut Tahrir di seluruh dunia.

Sebahagian mereka mengemukakan hadis-hadis ahad yang syadz, iaitu hadis-hadis ahad yang sahih tetapi menyelisihi riwayat para perawi lain yang lebih tsiqah dalam rangka menipu masyarakat. Mereka menyatakan kononnya itulah bukti bahawa hadis-hadis ahad yang sahih ditolak oleh para ulama ahli sunnah sendiri! Sedangkan hakikat faktor penolakannya bukanlah kerana faktor hadis ahad tetapi sebaliknya adalah kerana faktor syadz sebagaimana ditetapkan dalam syarat-syarat dan kriteria hadis sahih.

Tapi dukacitanya, amat sedikit yang menyedari hakikat ini. Kefahaman tentang Islam pada hari ini begitu mudah diperkotak-katikkan oleh tokoh-tokoh yang dianggap ulama dengan mengambil kesempatan atas kejahilan masyarakat awam.

Hadis Ahad di Sisi Ahli Sunnah

Imam Abu Bakr al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah (Wafat: 463H) berkata, “Kewajiban beramal dengan hadis ahad adalah pendapat seluruh tabi’in dan para fuqaha’ setelahnya di seluruh negeri kaum muslimin sehingga kini. Tidak ada keterangan yang sampai kepada kami tentang adanya salah seorang dari mereka yang menentang atau menyalahinya.” (al-Kifayah fii al-‘Ilm ar-Riwayah, m/s. 31 – Maktabah Syamilah)

Kata Dr. Muhammad B. ‘Abdul Wahhab al-‘Aql hafizahullah, “Para sahabat radhiyallahu ‘anhum dan orang-orang setelah mereka dari para tabi’in dan generasi awal umat ini sama ada yang mengatakan hadis ahad itu menunjukkan ilmu yang yakin atau yang mengatakan hadis ahad itu menunjukkan zhan, mereka berijma’ (bersepakat) akan kewajiban mengamalkan hadis ahad. Tidak ada yang berselisih dari kalangan mereka melainkan kelompok yang tidak termasuk perkiraan seperti sebahagian dari Mu’tazilah dan Rafidhah.” (Manhaj al-Imam asy-Syafi’i fii Itsbaat al-‘Aqiidah, m/s. 112 – Maktabah Adhwa as-Salaf)

Di antara yang paling terdepan dalam mempertahankan kehujahan hadis ahad adalah imam asy-Syafi’i rahimahullah sebagaimana terbentang dalam kitab agungnya, ar-Risalah. Pelbagai dalil dan hujah beliau kemukakan di dalamnya.

Siapa yang tidak kenal banyaknya wasiat emas beliau supaya sentiasa bepegang dengan hadis sahih tanpa membezakan sama ada yang mutawatir mahupun yang ahad! Kata beliau, “Tetapkanlah untukku sama ada aku hidup atau setelah mati bahawa setiap hadis yang sahih yang datang dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka aku berpegang dengannya walaupun aku tidak mendengarnya secara langsung.” (al-Baihaqi, Manaaqib asy-Syafi’i, 1/421 – Maktabah Daar at-Turaats)

Imam asy-Syafi’i dalam kitabnya ar-Risalah ketika menyebutkan syarat-syarat hadis sahih, beliau tidak membezakan di antara hadis ahad yang ia sebut sebagai khabar khashshah (riwayat seorang dari seorang) dengan hadis mutawatir yang beliau sebutkan sebagai khabar ‘ammah (riwayat dari kalangan ramai orang). Beliau tetapkan apabila suatu hadis itu menepati kriteria hadis sahih, maka automatik ia menunjukkan kepada ilmu yakin dan wajib untuk diimani serta diamalkan.

Imam asy-Syafi’i turut berhujjah dengan mengemukakan peristiwa perpindahan arah kiblat yang dilakukan oleh penduduk Quba’ ke Ka’bah dengan berpandukan khabar ahad (khabar seorang individu)!

Kata Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma:

بَيْنَمَا الناس بِقُبَاءَ في صَلَاةِ الصُّبْحِ إذْ آتَاهُمْ آتٍ فقال إنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى اللَّهُ عليه وسلم قد أُنْزِلَ عليه اللَّيْلَةَ قُرْآنٌ وقد أُمِرَ أَنْ يَسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةَ فَاسْتَقْبِلُوهَا وَكَانَتْ وُجُوهُهُمْ إلَى الشَّامِ فَاسْتَدَارُوا إلَى الْكَعْبَةِ

“Ketika orang ramai sedang solat subuh, datanglah seseorang lalu mengkhabarkan dengan berkata, “Telah turun al-Qur’an kepada Rasulullah, iaitu beliau diperintahkan solat dengan menghadap ke arah Ka’bah.”

Sebaik mendengar saja perkhabaran tersebut, orang-orang yang sedang bersolat itu pun secara langsung memutarkan badannya ke arah Ka’bah yang sebelumnya pada ketika itu sedang menghadap ke arah Syam.” (asy-Syafi’i, al-Umm, bab al-Istiqbal al-Qiblah, 1/94 – Daar al-Ma’rifah. Ar-Risalah, m/s. 406 – Daar al-Kitab al-‘Ilmiyah. Shahih al-Bukhari, 22/212, bab Akhbar al-Aahaad, no. 6710)

Selain itu, keabsahan hadis ahad sebagai hujjah dalam perkara aqidah dapat dilihat buktinya melalui kitab-kitab ushul ‘aqidah ahli sunnah wal-jama’ah sendiri. Atau juga dapat dilihat dari pengakuan tokoh-tokoh besar ahli sunnah wal-jama’ah seperti Imam Malik, asy-Syafi’i, Ahmad B. Hanbal, Abu Hanifah, dan selainnya melalui nukilan fatwa-fatwa dan karya tulis mereka yang bertebaran di seluruh pelusuk dunia.

Dalam kitab-kitab atau apa yang terkandung dari nukilan-nukilan perkataan mereka, ia menegaskan keimanan terhadap Syafa’at ul-‘Uzhma (ketika di mahsyar), telaga haudh, Shirath (titian), al-Mizan (timbangan) di hari pembalasan, penetapan taqdir rezeki dan ajal ketika dalam kandungan, keadaan di mahsyar selain yang dijelaskan al-Qur’an, kemunculan al-Mahdi, keluarnya dajjal, terbitnya matahari dari barat, peristiwa mi’raj, melihat Allah di Syurga, sebahagian besar khabar tentang sifat-sifat Allah, dan yang seumpamanya yang mana i’tiqad ini semua tertegak berdasarkan khabar ahad!

Maka, bukalah lembaran-lembaran fatwa imam asy-Syafi’i tentang ini. Bukalah juga Ushul us-Sunnah karya Imam Ahmad B. Hanbal. Bukalah al-Ibanah karya Abu al-Hasan al-Asy’ari. Bukalah Matan ath-Thahawiyah. Bukalah Lum’atul I’tiqad oleh Ibnu Qudamah. Bukalah ‘Aqidah al-Wasithiyah karya Ibnu Taimiyyah. Bukalah Kitab ut-Tauhid karya Ibnu Mandah. Juga seluruh kitab-kitab ‘aqidah karya ulama ahli sunnah wal-jama’ah, nescaya kita akan menemukan banyaknya penegasan i’tiqad dalam aqidah yang ditegakkan dengan hadis ahad.

Lihat pula dalam kitab-kitab Shahih seperti Shahih al-Bukhari dan Muslim, begitu jelas para ulama menerima, berhujjah, dan berpegang kepada hadis-hadis di dalamnya baik yang mutawatir mahupun yang ahad. Malah mungkin ramai yang tidak sedar bahawa hadis pertama dalam Shahih al-Bukhari sendiri merupakan hadis ahad.

Demikian juga dengan hadis-hadis sahih baik yang ahad mahupun mutawatir di kitab-kitab selainnya. Para ulama menerima dan berhujjah dengannya dalam pelbagai aspek perbahasan agama.

Demikian juga dari apa yang dapat kita lihat dari kitab-kitab syarah ke atas kedua kitab Shahih tersebut seumpama Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani (Wafat: 852H) dan Syarah Shahih Muslim oleh Imam an-Nawawi (Wafat: 676H), kedua ulama besar bermazhab asy-Syafi’i ini menegaskan kehujahan hadis ahad baik dalam urusan aqidah mahupun selainnya.

Kata al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah, “Telah tersebar luas apa yang diamalkan oleh para sahabat dan para tabi’in berdasarkan khabar ahad tanpa ada yang mengingkarinya. Maka ini menunjukkan wujudnya kesepakatan (ijma’) di kalangan mereka untuk menerimanya.” (Fathul Bari, 13/234)

Ini sekaligus menjadi bukti bahawa hadis ahad yang sahih di sisi ahli sunnah wal-jama’ah adalah hujjah dalam pelbagai perkara agama tanpa dibezakan sama ada amal perbuatan, hukum-hakam, akhlak, mahupun ushul ‘aqidah. Penegasan ini menjadi bantahan yang jelas ke atas firqah-firqah sesat anak didik muktazilah pada zaman ini yang konon menyarung jubah ahli sunnah!

Mengimani Sifat-sifat Allah Walaupun Khabar Ahad

Imam al-Hafiz Ibnu ‘Abdil Barr rahimahullah (Wafat: 463H) menegaskan:


ليس في الاعتقاد كله في صفات الله وأسمائه إلا ما جاء منصوصا في كتاب الله أو صح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أو أجمعت عليه الأمة، وما جاء من أخبار الآحاد في ذلك كله أو نحوه يسلم له ولا يناظر فيه

“Tiada i’tiqad (keimanan) tentang sifat-sifat Allah dan nama-nama-Nya melainkan telah disebutkan melalui nash-nash di dalam Kitabullah atau hadis-hadis sahih daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam atau yang telah ijma’ (disepakati) atasnya oleh ummat ini serta apa yang datang melalui khabar ahad tentang itu semua atau yang seperti itu maka ianya wajib diterima dan tidak boleh dipertikaikan.” (Jaami’ Bayaan al-‘Ilm wa Fadhlihi, 2/195 – Daar Ibnu Hazm)

Kehujahan Hadis Ahad Di Zaman Nabi

Hadis atau khabar ahad menjadi hujah dengan perbuatan Nabi sendiri yang menghantar Mu’adz B. Jabal radhiyallahu ‘anhu berdakwah ke Yaman, diikuti beberapa yang lain dalam jumlah tidak sampai mutawatir! Juga ketika diutusnya Abu ‘Ubaidah B. al-Jarrah kepada penduduk Najran. Lalu masyarakat mengambil ilmu sama ada berkaitan ‘aqidah mahupun ahkam daripada mereka.

Sebahagian besar para sahabat yang mengambil ilmu daripada Rasulullah apabila mereka pulang ke kampung-kampung mereka, mereka pun mendakwahkannya kepada ahli keluarga mereka masing-masing.

Ini antaranya sebagaimana dilakukan oleh Qais B. ‘Ashim, az-Zibriqan B. Badr, dan Ibnu Nuwairah. Mereka ditugaskan dan dihantar kepada suku atau keluarga masing-masing untuk menyampaikan dakwah Islam!

Surat-surat Rasulullah yang diutuskan kepada para pembesar dunia juga merupakan antara deretan bukti kukuh keabsahan khabar ahad dalam urusan aqidah lagi pokok.

Kehujahan hadis ahad ini dikuatkan lagi dengan penegasan Imam al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H) melalui kitab Shahihnya yang menghimpunkan dalil-dalil hadis berkaitan dalam bab khusus “Akhbar ul-Aahaad”. Himpunan hadis-hadis dalam bab ini sekaligus memuktamadkan sahnya hadis ahad sebagai hujah baik dalam persoalan aqidah, i’tiqad, mahupun ahkam.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:

نَضَّرَ اللهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ، فَرُبَّ مُبَلَّغٍ أَحْفَظُ لَهُ مِنْ سَامِعٍ

“Semoga Allah menambah-baikkan seseorang yang mendengar hadis daripadaku lalu dia menghafalnya kemudian menyampaikannya. Betapa banyak orang yang disampaikan sebuah hadis kepadanya lebih faham daripada orang yang mendengar secara langsung dari sumbernya.” (Hadis Riwayat Ahmad, 7/221, no. 4157. Dinilai sahih oleh Ahmad Syakir dan Syu’aib al-Arnauth)

Hadis ini dengan jelas secara zahirnya menunjukkan apa yang sampai daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada kita walaupun dengan jalan khabar ahad, ia adalah hujjah yang wajib diamalkan dalam setiap perkara agama.

Juga sebagaimana dalam hadis yang lain Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengingatkan:

لاَ أُلْفِيَنَّ أَحَدَكُمْ مُتَّكِئًا عَلَى أَرِيكَتِهِ يَأْتِيهِ أَمْرٌ مِمَّا أَمَرْتُ بِهِ أَوْ نَهَيْتُ عَنْهُ فَيَقُولُ لَا أَدْرِي مَا وَجَدْنَا فِي كِتَابِ اللَّهِ اتَّبَعْنَاهُ

“Aku tidak mahu melihat seorang pun di antara kamu bersandar di tempat duduknya kemudian datang kepadanya perintah atau larangan dariku lalu ia mengatakan, “Aku tidak mengetahuinya, cukuplah apa yang kami dapati dari apa yang terdapat dalam Kitabullah, maka itulah yang kami ikuti.”.” (Hadis Riwayat asy-Syafi’i, Ahmad, Abu Daud, at-Tirmidzi. Mereka mensahihkannya)

Imam asy-Syafi’i mengingatkan, “Aku belum belum pernah mengetahui bahawa ulama kaum muslimin berselisih pendapat mengenai diterimanya diterimanya khabar ahad.” Kata beliau lagi, “Pada pendapatku, tidak boleh bagi seorang yang berilmu untuk menetapkan kesahihan pelbagai hadis ahad tetapi kemudian dia menghalalkan dan mengharamkan hanya apa yang bertepatan dengan akalnya (bukan berdasarkan hadis tersebut).” (ar-Risalah, m/s. 457-458 – Daar al-Kitab al-‘Ilmiyah)

Wallahu a’lam...

Sunday, June 22, 2008

060 - Petikan-petikan Kata Para Imam Sebagai Pedoman

Petikan-petikan Kata Para Imam Sebagai Pedoman

Imam Malik Bin Annas Rahimahullah:

Jauhilah pendapat orang-orang yang (mengeluarkan pendapat) berdasarkan akal fikiran kecuali jika sudah disepakati oleh para ulama’ (ijma’). Ikutilah al-Qur’an yang telah diturunkan kepadamu oleh Tuhan kamu dan ikutilah Hadis yang telah diturunkan kepadamu oleh Nabi kamu. (Diriwayatkan oleh al-Sya’rani – al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 188)

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Imam Abu Hanifah rahimahullah:

Saya mengambil (hukum agama) dari kitab Allah (al-Qur'an); Apa yang saya tidak temui dalamnya, maka saya ambil dari sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Jika saya tidak temui dalam kitab Allah atau sunnah Rasulullah, nescaya saya ambil pula pendapat sahabat-sahabatnya. (Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, jld. 13, ms. 368)

Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu. (Kata-kata oleh Abu Hanifah, Riwayat Salih al-Fulani di dalam Iqaz al-Himam, ms. 50.)

Imam as-Syafi’e rahimahullah:

Setiap hadis yang sah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah juga merupakan ajaran aku walaupun engkau tidak pernah mendengarnya daripada aku sebelum ini. (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim di dalam al-Adab, ms. 93-94)

Dalam setiap permasalahan, apabila seseorang ahli hadis itu menjumpai sebuah riwayat yang sahih daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan riwayat itu pula bertentangan dengan ajaran aku maka aku menarik kembali ajaran aku yang asal tadi sama ada pada ketika aku masih hidup atau apabila aku sudah meninggal dunia nanti. (Kata-kata oleh as-Syafi’e Rahimahullah, Riwayat Ibn al-Qayyim di dalam I’lam al Muwaqqi‘in, jld. 2, ms. 363)

Apabila sesuatu hadis itu sahih maka itulah mazhab (peganganku) aku. (Diriwayatkan oleh Ibn ‘Abidin (1203H/1789M) di dalam al-Hasyiyah, jld. 1, ms. 63 dan Ibn al-Syuhnah di dalam Syarh al-Bidayah. Dari al-Syafi‘e, diriwayatkan al-Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 163 dan oleh al-Sya’rani di dalam al-Mizan, jld. 1, ms. 57)

Apabila kamu dapati di dalam kitab-ku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka berpeganglah kepada Hadis tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan itu (atau tuliskan). (Kata-kata oleh as-Syafi’e Rahimahullah, Riwayat al-Khatib al-Baghdadi di dalam al-Ihtijaj bi al-Syafi‘e, jld. 8, ms. 2 dan al-Nawawi di dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 63)

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah:

Tidak ada perkataan sesiapapun melainkan boleh diterima perkataannya atau ditolak kecuali perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. (Riwayat Abu Daud di dalam Masa’il al-Imam Ahmad, ms. 276)

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah:

Setiap orang boleh diambil dan ditinggalkan perkataannya kecuali Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. (Rof’ al-Malam ‘an A’immat al-A’lam)

Friday, January 25, 2008

039 - KEUTAMAAN SAHABAT DAN YANG WAJIB DIYAKINI TENTANG MEREKA SERTA MAZHAB AHLUS SUNNAH DALAM PERISTIWA YANG TERJADI DI ANTARA MEREKA

KEUTAMAAN SAHABAT DAN YANG WAJIB DIYAKINI TENTANG MEREKA SERTA MAZHAB AHLUS SUNNAH DALAM PERISTIWA YANG TERJADI DI ANTARA MEREKA

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

A. Siapa Sahabat dan yang Wajib Diyakini Tentang Mereka

Sahabat (الصحابة) adalah bentuk jama’ dari shahabi (صحابي), sahabat adalah orang yang bertemu dengan Nabi s.a.w., beriman kepadanya dan meninggal dalam keadaan demikian.

Yang wajib diyakini tentang mereka iaitu bahawa para sahabat adalah sebaik-baiknya umat dan generasi, kerana mereka terlebih dahulu beriman, menemani Nabi s.a.w., berjihad bersama beliau, dan membawa serta menyampaikan syariat kepada orang-orang sesudah mereka. Allah memuji mereka dalam firman-Nya,

“Dan orang-orang Yang terdahulu - Yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang Yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (at-Taubah: 100)

Juga dalam firman-Nya,

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, Dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan-Nya. Tanda Yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka - dari kesan sujud (dan Ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di Dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutnya berkembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - Dengan berkembang biaknya umat Islam itu. (dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala Yang besar. (al-Fath: 29)

Dan dalam firman Allah s.w.t. yang lain:

(Juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurnia dari Allah dan keredhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung. (al-Hasyr: 8-9)

Dalam ayat-ayat tersebut di atas Allah memuji orang-orang Muhajirin dan Anshar serta memberi mereka sifat sebagai orang-orang yang bersegera kepada kebaikan. Allah s.w.t. mengkhabarkan bahawa Dia telah meredhai mereka dan menyediakan untuk mereka syurga-syurga. Sifat-sifat lain yang diberikan oleh Allah kepada mereka adalah:

1. Mereka saling berkasih sayang di antara mereka dan bersikap keras terhadap orang-orang kafir.

2. Mereka adalah orang-orang yang banyak ruku’ dan sujud.

3. Mereka adalah orang-orang yang baik dan bersih hatinya.

4. Mereka adalah orang-orang yang dikenali dengan ketaatan dan keimanannya dan bahawa Allah memilih mereka untuk menjadi sahabat Nabi-Nya s.a.w., sehingga menjadi marah musuh-musuh dan orang-orang kafir.

Di samping itu, Allah juga menyebutkan bahawa kaum Muhajirin meninggalkan kampung halaman dan harta benda mereka kerana Allah, untuk menolong Agama-Nya serta untuk mencari anugerah dan keredhaan-Nya. Dan mereka memang benar-benar demikian lalu Allah juga menyebutkan bahawa kaum Anshar adalah penduduk Darul Hijrah (kampung tempat hijrah), kaum yang beriman dan terpercaya. Allah menyifati mereka dengan cinta kepada saudara-saudara mereka dari kalangan Muhajirin, lebih mengutamakan mereka daripada diri mereka sendiri serta hati mereka bersih dari sifat kikir, sehingga mereka menjadi orang-orang yang beruntung.

Di dalam beberapa ayat yang lain Allah menyatakan:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. (Ali Imran: 110)

Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (al-Baqarah: 143)

Hai Nabi, cukuplah Allah (menjadi Pelindung) bagimu dan bagi orang-orang mukmin yang mengikutimu. (al-Anfal: 64)

Melalui beberapa ayat di atas, jelas menyebut keutamaan umat pada masa turunnya ayat tersebut (manusia dari kalangan para sahabat).

Dan berikut adalah dari beberapa hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan keutamaan para sahabat:

“Sesungguhnya Allah telah memilih (memuliakan) para sahabatku atas semua jin dan manusia, kecuali para nabi dan rasul. (Hadis Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Disebut oleh Ibnu Hajar dalam al-Isabah, semua perawinya tsiqah)

Muliakanlah para sahabatku, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang terbaik bagi kamu. (Hadis Riwayat oleh al-Baihaqi)

Tiada seorang nabi pun kecuali dibangkitkan oleh Allah ‘azza wa Jalla ada bersamanya umat yang menjadi penolongnya, para sahabatnya yang mengambil agama melalui sunnahnya dan mencontohinya dalam melaksanakan semua perintahnya. (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku (para sahabat), kemudian kurun selepasnya, dan kemudian kurun selepasnya. (Hadis Riwayat Muslim)

Demikian itulah beberapa hujjah yang menunjukkan keutamaan mereka (para sahabat) secara umum. Di samping itu, mereka memiliki keutamaan khusus dan setiap mereka berbeza darjat keutamaannya dari yang lain dengan berdasarkan permulaan masuk kepada Islam, jihad dan hijrah.

Adapun sahabat yang paling utama adalah Khulafa’ Rasyidin yang empat, yakni Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali. Selanjutnya enam sahabat lain dan sepuluh sahabat yang dikhabarkan pasti masuk syurga bersama mereka. Yakni Thalhah, Zubair, Abdurrahman bin Auf, Abu Ubaidah bin Jarrah, Sa’d bin Abi Waqqash dan Sa’id bin Zaid. Kemudian orang-orang Muhajirin lebih utama daripada orang-orang Anshar. Juga para sahabat yang mengikuti perang Badar dan Bai’atun Ridhwan lebih utama dari sahabat yang lain. Dan sahabat yang masuk Islam sebelum dibebaskannya kota Makkah dan ikut berperang (jihad) lebih utama daripada sahabat yang masuk Islam setelah pembebasan kota Makkah.

B. Mazhab Ahlus Sunnah wal Jama’ah dalam Hal Peperangan dan Fitnah Yang Melibatkan Sesama Para Sahabat

Dalam hal ini ada dua kaedah penting yang wajib diketahui:

Pertama: Ahlus Sunnah wal Jama’ah bersikap diam terhadap apa yang terjadi di antara para sahabat serta tidak membahaskannya. Sebab jalan yang selamat dalam menyikapi hal seperti ini adalah diam seraya berkata,

“Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan Janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (al-Hasyr: 10)

Kedua: Menjawab pelbagai atsar (riwayat berkaitan sahabat) yang diriwayatkan tentang kejelekan para sahabat melalui beberapa penafian:

1. Sesungguhnya di antara atsar tersebut terdapat atsar yang didustakan dan diada-adakan oleh musuh-musuh mereka untuk memperburuk nama baik mereka.

2. Sesungguhnya di antara atsar tersebut ada yang telah ditambah, dikurangi mahupun diubah dari yang aslinya, sehingga di dalamnya terdapat kedustaan. Atsar tersebut telah diubah, kerana itu, tidak perlu diperhitungkan.

3. Di antara atsar sahih mengenai hal tersebut, yang jumlahnya sedikit, sesungguhnya mereka dalam hal tersebut boleh difahami kerana ada dua kemungkinan. Yakni sebagai mujtahid yang benar atau sebagai mujtahid yang salah. Persoalan hal tersebut adalah masih di dalam ruang ijtihad, di mana jika seorang mujtahid itu benar maka dia mendapat dua pahala dan jika ia salah maka dia memperoleh satu pahala dan kesalahannya diampuni. Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.,

“Jika seorang hakim berijtihad dan benar (ijtihadnya) maka dia memperolehi dua pahala. Jika ia berijtihad dan salah (ijtihadnya) maka ia memperolehi satu pahala.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Amr bin al-Ash)

4. Sesungguhnya mereka adalah manusia biasa. Kerana itu adalah wajib jika salah seorang mereka bersalah, sebab mereka tidak suci dari dosa, sebagai seorang manusia. Akan tetapi apa yang terjadi pada mereka telah banyak pelupus-nya, di antaranya:

Pertama, boleh jadi ia telah bertaubat dari padanya, dan taubat itu menghapus keburukan/kesilapan dan betapa pun kesalahan itu adanya. Demikian sebagaimana disebutkan dalam pelbagai dalil.

Kedua, bahawasanya mereka memiliki keutamaan dan anugerah yang mewajibkan diampuninya dosa yang mereka lakukan, jika itu memang ada. Allah s.w.t. berfirman,

“Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang huruk.” (Hud: 114)

Di samping itu mereka adalah sahabat Nabi s.a.w., dan berjihad bersama beliau s.a.w., merupakan sesuatu yang berupaya menghapuskan kesalahan yang lebih kecil.

Ketiga, bahawasanya kebaikan mereka itu dilipat-gandakan lebih banyak dari selain mereka, bahkan tidak seorang pun yang menyamai keutaman mereka. Dan telah dengan tegas diberitakan oleh Nabi s.a.w., bahawa mereka adalah sebaik-baik generasi. Dan bahawa satu mud (sebelah tapak tangan) yang disedekahkan oleh salah seorang dari mereka itu lebih utama dari satu gunung emas yang disedekahkan oleh selain mereka. Semoga Allah meredhai mereka (radhiallahu ‘anhum).

Musuh-musuh Allah telah memanfaatkan apa yang terjadi di antara para sahabat pada masa fitnah perselisihan dan peperangan sebagai alasan untuk mencela dan memperlekehkan kemuliaan para sahabat. Program keji ini telah dilancarkan oleh sebahagian penulis kontemporeri, di mana mereka berbicara tentang apa yang tidak mereka ketahui. Mereka menempatkan diri sebagai hakim di antara para sahabat Rasulullah s.a.w., yang membenarkan sebahagian mereka dan menyalahkan sebahagian yang lain tanpa dalil. Bahkan berdasarkan kebodohan dan mengikuti hawa nafsu serta dengan mengulang-ulang apa yang dikatakan oleh orang-orang yang menyimpan kegusaran (kebencian) dan penuh kedengkian dari kalangan orientalis dan murid-muridnya. Usaha-usaha mereka itu berhasil membuat keraguan sebahagian pemuda Islam yang masih dangkal (cetek) pengetahuan sejarahnya tentang umat dan generasi terdahulunya yang mulia, walhal merekalah sebaik-baik generasi. Pada langkah selanjutnya, mereka ingin mencaci Islam, memecah belah persatuan umat Islam, serta menaruh sikap benci di hati generasi akhir dan umat ini terhadap generasi terdahulunya (dari golongan sahabat iaitu generasi paling awal beriman), sehingga tidak lagi mengikuti jejak para salaf as-soleh dan mengamalkan firman Allah s.w.t.,

Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (al-Hasyr: 10)

LARANGAN MENCACI PARA SAHABAT DAN PARA IMAM

A. Larangan Mencela Sahabat Nabi s.a.w.

Salah satu prinsip-prinsip utama yang dimiliki oleh Ahlus Sunnah wal-Jama’ah adalah (kewajiban) menjaga hati-hati dan lisan-lisan mereka (dari mencela) sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang telah disifatkan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya,

Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (al-Hasyr: 10)

Hal ini juga termasuk bentuk kepatuhan terhadap perintah Rasulullah s.a.w., dalam sabdanya,

“Janganlah kalian mencaci sahabat-sahabatku. Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, kalau pun sekiranya seorang dari kalian menginfakkan emas sebesar gunung Uhud, (hal itu) tidak akan menyamai infak satu mud atau setengan mud dari salah seorang mereka.” (Mutafaq ‘alaih)

Manhaj Ahlus Sunnah menerima semua yang disebutkan di dalam kitab dan sunnah tentang keutamaan-keutamaan mereka, dan meyakini bahawa mereka adalah generasi terbaik, seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w.,

“Sebaik- sebaik kalian adalah generasiku (kelompok manusia dari kalangan sahabat).” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dan ketika Rasulullah s.a.w., menyebutkan bahawa umatnya akan terpecah menjadi 73 golongan dan bahawasanya semuanya (tempatnya) di neraka kecuali satu golongan saja, lalu para sahabat bertanya kepada beliau tentang golongan yang satu in, dan beliau s.a.w. menjawab,

“Mereka adalah orang yang berada pada (jalan) seperti (jalan) yang aku dan sahabat-sahabatku berada di atasnya hari ini.” (Hadis Riwayat Ahmad dan lainnya)

B. Larangan Mencela Para Imam Dan Ulama Umat Ini

Setelah para sahabat, yang menduduki tingkatan berikutnya dalam keutamaan, kemuliaan dan darjat yang tinggi (selepas generasi para sahabat) adalah para imam dari kalangan tabi’in dan para pengikut mereka dari generasi-generasi berikutnya dan juga orang-orang yang datang setelah mereka yang mengikuti dengan baik jejak para sahabat sebagaimana firman Allah s.w.t.,

Dan orang-orang yang terdahulu yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dari orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah. (at-Taubah: 100)

Oleh kerana itu, tidak boleh kita mencaci dan mencela mereka, ini adalah atas sebab mereka adalah merupakan tokoh-tokoh dalam menunjuki jalan yang benar. Allah s.w.t. berfirman,

Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginda dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia binasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (an-Nisa’: 115)

Al-Imam Ibnu Abil ‘lzz (pensyarah kitab at-Thahawiyah) berkata, “Diwajibkan bagi setiap muslim, setelah dia memberikan kesetiaan dan kecintaannya kepada Allah dan Rasul-Nya, untuk memberikan kesetiaan dan kecintaannya pula kepada orang-orang mukmin. Sebagaimana yang telah diungkapkan oleh al-Qur’an, khususnya kesetiaan dan kecintaan itu diberikan kepada mereka yang termasuk pewaris para nabi (ulama) yang mereka dijadikan oleh Allah s.w.t. seperti bintang-bintang yang boleh dijadikan tunjuk arah dalam kegelapan di darat mahupun di laut, dan kaum muslimin telah bersepakat bahawa mereka mendapat hidayah dan pengetahuan (tentang syariat).

Merekalah para pengganti Rasul dalam umatnya dan merekalah yang menghidupkan kembali sunnah-sunnah (ajaran) beliau yang telah mati (ditinggalkan). Dengan mereka kitab al-Qur’an menjadi tegak (syi’arnya) dan dengan Kitab al-Quran mereka bangkit, dengan mereka kitab al-Qur’an dapat sampai (kepada kita), dan dengan kitab al-Qur’an mereka berbicara. Mereka semua telah bersepakat dengan penuh keyakinan atas wajibnya (seorang muslim) mengikuti ajaran Rasulullah s.a.w., akan tetapi bila ada pendapat yang dikemukakan salah seorang mereka ternyata bertentangan dengan hadis sahih maka tentu saja ada sesuatu alasan baginya untuk meninggalkannya.

Alasan-alasan itu ada tiga iaitu:

1. Dia tidak meyakini bahwa Nabi s.a.w., bersabda demikian.

2. Dia tidak meyakini bahawa sabda Nabi s.a.w., itu dimaksudkan untuk masalah tertentu.

3. Keyakinan bahawa hukum tersebut telah di hapus.

Mereka itu berjasa pada kita semua, merekalah yang lebih dahulu memeluk Islam dan menyampaikan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita. Merekalah yang menjelaskan kepada kita hal-hal yang tidak kita ketahui dari syariat ini, maka Allah pun redha kepada mereka dan menjadikan mereka redha (kepada-Nya)

"Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (al-Hasyr: 10)

Memperlekehkan ulama, hanya Kerana keliru dalam berijtihad adalah sikap orang-orang ahli bid’ah dan juga termasuk strategi musuh-musuh umat Islam untuk menimbulkan keraguan dalam agama Islam dan membangkitkan permusuhan dikalangan umat Islam, serta untuk memutuskan hubungan antara generasi Islam masa kini dengan pendahulu-pendahulunya, juga bagi tujuan memecah belah antara kaum muda dan para ulama seperti yang banyak terjadi di zaman ini. Semoga kita beroleh Taufiq dan Hidayahnya.

Wallahu a’lam...

038 - KEUTAMAAN AHLUL BAIT DAN KEWAJIBAN KEPADA MEREKA TANPA MENGURANGINYA ATAU BERLEBIH-LEBIHAN

KEUTAMAAN AHLUL BAIT DAN KEWAJIBAN KEPADA MEREKA TANPA MENGURANGINYA ATAU BERLEBIH-LEBIHAN

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Ahlul bait adalah keluarga Nabi yang diharamkan bagi mereka untuk menerima shadaqah (zakat). Mereka adalah keluarga Ali r.a., keluarga Ja’far, keluarga Aqil, keluarga al-Abbas, keturunan al-Harits bin Abdil Muththalib serta isteri-isteri Nabi s.a.w., dan putera-puteri beliau.

Hal itu berdasarkan firman Allah s.w.t.,

“Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (al-Ahzab: 33)

Imam lbnu Katsir rahimahullah berkata, “Sesuatu yang tidak diragukan lagi dan perenungan terhadap al-Qur’an adalah bahawa isteri-isteri Nabi s.a.w., itu termasuk dalam firman-Nya,

“Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (al-Ahzab: 33)

Sebab pembicaraan masalah tersebut berkaitan dengan mereka. Kerana itu Allah s.w.t. berfirman sesudahnya,

“Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dan ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah Nabimu).” (al-Ahzab: 34).

Ertinya, amalkanlah apa yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya di rumah kalian, sama ada al-Qur’an mahupun as-Sunnah. Demikian sebagaimana dikatakan oleh Qatadah dan lainnya. Lalu ingatlah nikmat yang diberikan Allah khusus kepada kalian di antara manusia. Dan bahawasanya wahyu itu diturunkan Allah di rumah kalian, tidak di rumah orang lain. Dan Aisyah binti Abu Bakar r.ha adalah yang paling utama dari mereka dengan nikmat tersebut serta yang paling istimewa menerima rahmat yang banyak tersebut. Sebab tidak pernah turun wahyu kepada Rasulullah s.a.w. di tempat tidur perempuan selain tempat tidur Aisyah r.ha. Demikian seperti disebutkan Nabi s.a.w.. Sebahagian ulama mengatakan, hal itu kerana Nabi tidak menikah dengan gadis selainnya dan tidak ada laki-laki lain yang tidur di tempat tidurnya selain beliau s.a.w. (maksudnya, Aisyah tidak menikah dengan selain Nabi s.a.w.). Kerana itu, adalah tepat jika Aisyah dikhususkan dengan keistimewaan dan kedudukan yang tinggi tersebut.

Selanjutnya, jika para isteri Nabi s.a.w. adalah termasuk keluarga (ahlul bait) Nabi s.a.w., maka para kerabatnya lebih berhak untuk mendapatkan sebutan ahlul bait. Demikian sebagaimana ditulis dalam Tafsir Ibnu Katsir.

Ahlus sunnah wal Jamaah mencintai Ahlul bait Rasulullah s.a.w., setia kepada mereka dan selalu menjaga wasiat Rasulullah s.a.w. yang diucapkannya pada hari Ghadir Khum (nama tempat):

“Aku mengingatkan kalian kepada Allah dalam hal ahli baitku.” (Hadis Riwayat Muslim)

Ahlus Sunnab wal Jamaah mencintai ahlul bait dan memuliakan mereka, sebab hal itu termasuk kecintaan terhadap Nabi s.a.w.. Tetapi hal itu harus dengan syarat bahawa mereka mengikuti sunnah dan berada dalam agama yang lurus. Sebagaimana para salaf mereka, seperti al-Abbas dan putra-putrinya serta Ali dan putra putrinya. Adapun mereka yang menyelisihi sunnah dan tidak berada dalam agama yang lurus, maka kita tidak boleh setia kepada mereka, meskipun mereka itu termasuk ahlul bait.

Jadi, sikap Ahlus Sunnah wal-Jamaah terhadap ahlul bait adalah sikap adil dan inshaf (lurus/jalan tengah). Mereka setia kepada ahlul bait yang berpegang teguh pada agama dan lurus dengannya, serta berlepas diri dari yang menyelisihi sunnah dan berpaling dari agama, meskipun ia termasuk ahlul bait keberadaannya sebagai ahlul bait dan kedekatannya dengan Rasul s.a.w., dari sisi kekerabatan sungguh tidak bermanfaat sedikit pun untuknya, sampai ia berada pada agama yang lurus.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, “Ketika diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. ayat,

“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat” (Asy-Syu’ara’: 214)

Maka beliau s.a.w. bersabda,

“Wahai segenap kaum Quraisy! —atau kalimat sejenis—, belilah diri kalian sendiri, sesungguhnya aku tidak berguna sama sekali bagi kalian di hadapan Allah. Wahai Abbas bin Abdul Muthalib! Sesungguhnya aku tidak berguna sama sekali bagimu di hadapan Allah. Wahai Shafiyyah, bibi Rasulullah! Sesungguhntja aku tidak berguna sama sekali bagimu di hadapan Allah. Wahai Fathimah binti Muhammad! Mintalah kepadaku harta bendaku sesukamu, tetapi sesungguhnya aku tidak berguna sama sekali bagimu di hadapan Allah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dan Rasulullah s.a.w. juga bersabda,

“Barangsiapa amalnya lambat, maka nasabnya tidak boleh mempercepat amalnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Ahlus Sunnah Wal-Jama’ah dalam hal ini juga dalam hal-hal lain selalu berada dalam manhaj yang adil dan jalan yang lurus, tidak meremehkan juga tidak berlebih-lebihan.

037 - DIANJURKAN BERSELAWAT KEPADA NABI

DIANJURKAN BERSELAWAT KEPADA NABI S.A.W

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Di antara hak Nabi s.a.w. yang di syariatkan Allah atas umatnya adalah agar mereka menucapkan selawat dan salam untuk Allah berfirman,


إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (al-Ahzab: 56)

Diriwayatkan bahawa makna selawat Allah kepada Nabi adalah pujian atas beliau di hadapan para malaikat-Nya, sedang selawat malaikat bererti mendoakan manakala selawat umatnya bererti permohonan ampun untuknya. (Demikian seperti disebutkan al-Bukhari dari Abul Aisyah)

Dalam ayat di atas Allah telah menyebutkan tentang kedudukan hamba dan rasul-Nya Muhammad s.a.w. di tempat yang tertinggi, bahawasanya Dia memujinya dihadapan para malaikat yang terdekat, dan bahawa para malaikat mendoakan untuknya, lalu Allah memerintahkan segenap penghuni alam dunia untuk mengucapkan selawat dan salam ke atasnya, sehingga bersatulah pujian untuk beliau di alam yang tertinggi dengan alam terendah (dunia).

Adapun makna wa sallimu taslima (Ucapkanlah salam untuknya) adalah berilah beliau s.a.w. penghormatan dengan penghormatan Islam. Dan jika berselawat kepada Nabi hendaklah seseorang menghimpunnya dengan salam untuk beliau. Kerana itu hendaknya tidak membatasi dengan salah satunya saja. Misalnya dengan mengucapkan sollallahu ‘alaihi (semoga shalawat dilimpahkan untuknya) saja atau hanya mengucapkan ‘alaihi salam (semoga dilimpahkan untuknya keselamatan) saja. Hal itu kerana Allah memerintahkan untuk mengucapkan keduanya.

Mengucapkan selawat untuk Nabi s.a.w. diperintahkan oleh syariat pada waktu-waktu yang dipentingkan, sama ada yang hukumnya wajib atau sunnah muakkadah. Dalam kitab lain Jala’ul Afham, lbnul Qayyim rahimahullah menyebutkan ada 41 waktu (tempat). Beliau memulai dengan sesuatu yang paling penting yakni ketika solat di akhir tasyahhud. Di waktu tersebut para ulama sepakat tentang disyariatkannya berselawat untuk Nabi s.a.w., namun mereka berselisih tentang hukum wajibnya. (Rujuk: Jala’ul Afham, hal 222-223) Di antara waktu lain yang beliau sebutkan adalah di akhir qunut, lalu ketika khutbah, seperti khutbah Jumaat, hari raya dan istisqa’, lalu setelah menjawab mu’adzin, ketika (hendak) berdoa, ketika masuk dan keluar dari masjid juga ketika menyebut nama beliau s.a.w.. Setelah itu Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan beberapa manfaat dari mengucapkan shalawat untuk Nabi s.a.w., di mana beliau menyebutkan ada 40 manfaat. (Jala’ul Afham, hal. 302)

Di antara manfaat itu adalah:

1. Selawat merupakan bentuk kataatan kepada perintah Allah s.w.t.

2. Mendapatkan sepuluh kali selawat dari Allah bagi yang berselawat sekali (1x) untuk beliau s.w.t..

3. Diharapkan dikabulkannya doa apabila didahului dengan selawat tersebut.

4. Selawat merupakan sebab mendapatkan syafaat dari Nabi s.a.w. jika ketika mengucapkan selawat diiringi dengan permohonan wasilah (darjat yang tinggi di syurga) untuk beliau s.a.w..

5. Selawat merupakan sebab diampuninya dosa-dosa.

6. Selawat merupakan sebab sehingga Nabi menjawab orang yang mengucapkan selawat dan salam kepadanya.

Semoga Selawat dan salam dilimpahkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi yang mulia ini

036 - KEWAJIBAN MENCINTAI DAN MENGAGUNGKAN RASUL DAN LARANGAN BERLEBIH-LEBIHAN DALAM MEMUJINYA SERTA PENJELASAN TENTANG KEDUDUKAN BELIAU s.a.w.

KEWAJIBAN MENCINTAI DAN MENGAGUNGKAN RASUL DAN LARANGAN BERLEBIH-LEBIHAN DALAM MEMUJINYA SERTA PENJELASAN TENTANG KEDUDUKAN BELIAU s.a.w.

A. Kewajiban Mencintal dan Mengagungkan Nabi s.a.w.

Pertama-tama, wajib bagi setiap hamba mencintai Allah s.w.t., dan ini merupakan bentuk ibadah yang paling agung. Allah berfirman,

“Dan orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah.” (al-Baqarah: 165)

Kerana Dia adalah Rabb yang memberi anugerah kepada segenap hamba-Nya dengan pelbagai nikmat, baik secara yang lahir mahu pun batin. Selanjutnya, setelah mencintai Allah s.w.t., kita wajib mencintai Rasul-Nya, Muhammad s.a.w. kerana beliau adalah orang yang menyeru kepada Allah, yang membawa kita kenal kepada-Nya, yang menyampaikan syariat-Nya dan yang menjelaskan hukum-hukum-Nya. Kerana itu, kebaikan yang diperoleh kaum mukminin, sama ada di dunia mahupun akhirat, adalah dari usaha Rasulullah s.a.w.. Dan tidaklah seseorang masuk Syurga, kecuali dengan mentaati dan mengikutinya s.a.w.. Dalam suatu hadis disebutkan,

“Ada tiga perkara yang jika seseorang memilikinya akan merasakan manisnya iman, iaitu bila Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada selain keduanya, dan tidak inencintai seseorang kecuali kerana Allah serta benci dikembalikan kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan daripadanya, sebagaimana ia benci untuk dilemparkan ke neraka.” (Muttafaq ‘alaih).

Maka, mencintai Rasul bererti mencintai Allah, bahkan suatu keharusan dalam mencintai Allah serta ia memiliki kedudukan kedua setelah mencintai-Nya. Dan Nabi telah menyampaikan perlunya kecintaan secara khusus kepada beliau s.a.w. dan wajibnya mendahulukan kecintaan kepadanya dan pada kecintaan-kecintaan kepada yang lain selain Allah, beliau s.a.w., bersabda,

“Tidaklah sempuma iman dari salah seorang dari kalian sampai aku lebih dia cintai daripada anaknya, orang tuanya dan segenap manusia.” (Muttafaq ‘alaih).

Bahkan terdapat hadis yang menyatakan tentang wajibnya setiap mukmin untuk lebih mencintai Rasulullah daripada mencintai dirinya sendiri.

“Bahawasanya Umar bin al-Khaththab berkata, “Wahai Rasulullah, sungguh engkau adalah orang yang lebih aku cintai dari segala sesuatu kecuali dari diriku sendiri.” Maka Nabi bersabda, “Demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya, tidaklah sempurna iman salah seorang di antara kalian sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.” Lalu Umar berkata kepada Nabi s.a.w., “Sesungguhnya engkau (wahai Rasulullah), kini menjadi orang yang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Maka Nabi bersabda, “Sekarang (telah benar engkau) wahai Umar.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas, maka mencintai Rasulullah s.a.w., adalah wajib dan harus didahulukan daripada kecintaan kepada segala sesuatu selain kecintaan kepada Allah, ini adalah kerana mencintai Rasulullh s.a.w., merupakan mengikuti (ittiba’/mentaati) sekaligus sebagai tanda/bukti dalam mencintai Allah. Mencintai Rasulullah s.a.w., adalah cinta kerana Allah. Ia bertambah dengan bertambahnya kecintaan kepada Allah dalam hati seorang mukmin, dan berkurang dengan berkurangnya kecintaan kepada Allah. Dan setiap orang yang mencintai kerana Allah, maka sesungguhnya dia mencintai kerana-Nya dan untuk-Nya.

Mencintai Rasulullah s.a.w., mengharuskan adanya pengagungan, ketundukan dan keteladanan kepada beliau serta mendahulukan sabda beliau atas segala ucapan makhluk, serta mengagungkan sunnah-sunnahnya.

Al-Allamah imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Setiap kecintaan dan pengagungan kepada manusia hanya dibolehkan untuk mengikuti kecintaan dan pengagungan kepada Allah. seperti mencintai dan mengagungkan Rasulullah s.a.w., sesungguhnya ia adalah penyempurna kecintaan dan pengagungan kepada Dzat yang mengutusnya. Umatnya mencintai beliau s.a.w., kerana Allah mencintainya, dan mereka mengagungkan serta memuliakan beliau s.a.w. kerana Allah memuliakannya. Maka ia adalah kecintaan kerana Allah, sehingga ia termasuk kesan/bukti/intipati dalam kecintaan Allah.

Maksudnya, bahawa Allah meletakkan kewibawaan dan kecintaan kepada Nabi s.a.w., kerana itu, tidak ada manusia pun yang lebih dicintai dan disegani dalam hati para sahabat kecuali Rasulullah s.a.w..

‘Amr bin al-Ash setelah masuk Islam berkata, “Sesungguhnya tidak ada seorang manusia pun yang lebih aku benci daripada Muhammad.” Namun setelah ia masuk Islam, tidak ada seorang manusia pun yang lebih ia cintai dan lebih ia agungkan daripada Nabi s.a.w.. Ia mengatakan, “Seandainya aku diminta agar menggambarkan peribadi beliau kepada kalian, tentu aku tidak mampu melakukannya, sebab aku tidak pernah memberi pandangan yang negatif kepada beliau sebagai tanda pengagungan kepada beliau.”

‘Urwah bin Mas’ud berkata kepada kaum Quraisy, “Wahai kaumku, demi Allah, aku telah diutus ke Kisra, Kaisar dan raja-raja, namun aku tidak pernah melihat seorang raja yang diagungkan oleh segenap rakyatnya seperti pengagungan para sahabat Muhammad terhadap Muhammad s.a.w.. Demi Allah, mereka tidak memandang negatif kepadanya sebagai bentuk pengagungan kepada beliau serta tidaklah beliau berdahak kecuali di tadah telapak tangan salah seorang dari mereka, kemudian ia dilumurkan pada wajah dan dadanya. Lalu bila beliau berwudhu maka mereka hampir saja berbunuh-bunuhan kerana berebut bekas air wudhunya.” (Jala’ul Afham, Hal. 120-121)

B. Larangan Ghuluw dan Berlebih-lebihan dalam Memuji

Ghuluw ertinya, melampaui batas. Dikatakan jika ia melampaui batas dalam ukuran. Allah berfirman,


لا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ

“Janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu.” (an-Nisa: 171)

Sedangkan ithra artinya melampaui batas (berlebih-lebihan) dalam memuji serta berbohong kerananya. Dan yang dimaksud dengan ghuluw dalam hak Nabi adalah melampaui batas dalam menyanjungnya, sehingga mengangkatnya di atas derajat sebagai hamba dan Rasul Allah, menisbatkan kepadanya sebahagian dan sifat-sifat ilahiyah. Hal itu misalnya dengan memohon dan meminta pertolongan kepada beliau, bersumpah dengan nama beliau, sebagai bentuk ubudiyah kepada selain Allah.

Dan yang dimaksudkan dengan ithra dalam hak Nabi beliau telah melarang hal tersebut dengan sabdanya,

“Janganlah kalian berlebih-lebihan memujiku, sebagaimana orang-orang Nasrani telah berlebih-lebihan memuji (‘Isa,) putera Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, maka katakanlah, ‘Abdullah wa Rasuluh (hamba Allah dan Rasul-Nya)’.” (Muttafaq ‘alaih)

Dengan kata lain, janganlah kalian memujiku secara batil dan janganlah kalian berlebih-lebihan dalam memujiku. Hal itu sebagaimana telah dilakukan oleh orang-orang Nashrani terhadap Isa a.s., sehingga mereka menganggapnya memiliki sifat ilahiyah. Dengan itu, sifatilah aku sebagaimana Rabbku memberi sifat kepadaku. Maka katakanlah, hamba Allah dan Rasul-Nya.

Ketika sebagian sahabat berkata kepada beliau, ‘Engkau adalah sayyid (penghulu) kami!” Spontan Nabi menjawab,

“Sayyid (penghulu) kita adalah Allah Taharaka wa Ta ala.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Demikian pula ketika mereka mengatakan, “Dan engkau adalah orang yang palirg utama dan paling agung kebaikannya!” Serta merta beliau mengatakan,

“Katakanlah sesuai dengan apa yang biasa kalian katakan, atau seperti ucapan kalian dan janganlah sampai kalian terseret oleh syaifan.” (Hadis Riwayat Abu Daud dengan sanad jayyid)

Sebagian orang berkata kepada beliau, “Wahai Rasulullah! Wahai orang yang terbaik di antara kami dan putera orang yang terbaik di antara kami! Wahai sayyid (penghulu) kami dan putera penghulu kami!” Maka seketika Nabi bersabda,

“Wahai manusia, ucapkanlah dengan ucapan (yang biasa) kalian ucapkan! Jangan kalian terbujuk oleh setan! Aku (tak lebih) adalah Muhammad bin Abdullah, hamba Allah dan Rasul-Nya. Aku tidak menyukai kalian menyanjungku di atas darjat yang Allah berikan kepadaku.” (Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nasa’i)

Beliau membenci jika orang-orang memujinya dengan berbagai ungkapan seperti, ‘Engkau adalah sayyidku, engkau adalah orang yang terbaik di antara kami, engkau adalah orang yang paling utama di antara kami, engkau adalah orang yang paling agung di antara kami.’ Padahal sesungguhnya beliau adalah makhluk yang paling utama dan paling mulia secara mutlak. Meskipun demikian, beliau melarang mereka dan agar mereka menjauhkan diri dari sikap melampaui batas dan berlebih-lebihan dalam menyanjung hak beliau, juga untuk menjaga kemurnian tauhid. Selanjutnya beliau mengarahkan mereka agar menyifati beliau dengan dua sifat yang merupakan darjat paling tiriggi bagi hamba, di dalamnya tidak ada ghuluw serta tidak membahayakan akidah. Dua sifat itu adalah Abdullah wa Rasuluh (hamba Allah dan Rasul-Nya). Dan beliau s.a.w., tidak suka disanjung lebih dari apa yang Allah berikan dan Allah redhai. Tetapi banyak manusia yang melanggar larangan Nabi s.a.w., tersebut, sehingga mereka berdoa kepadanya, meminta pertolongan kepadanya, bersumpah dengan namanya serta meminta kepadanya sesuatu yang tidak boleh diminta kecuali kepada Allah. hal itu sebagaimana dilakukan ketika peringatan maulid Nabi dalam qasidah atau nasyid (nyanyian-nyanyian, di mana mereka tidak membezakan antara hak Allah dengan hak Rasulullah s.a.w.. Al-Allamah Ibnul Qayyim al-Jauziyah dalam kasidah nuniyahnya berkata,

“Allah inemiliki hak yang tidak dimiliki oleh selain-Nya dan bagi hamba juga ada haknya, ia adalah dua hak (yang berbeda). Maka jangan jadikan dua hak itu sebagai satu hak, tanpa memisahkan dan membezakannya.”

C. Penjelasan Tentang Kedudukan Nabi s.a.w.,

Dibolehkan memberi penjelasan tentang kedudukan Nabi s.a.w., dengan memujinya sebagaimana pujian yang diberikan Allah, serta mengingatkan kedudukan beliau s.a.w. yang Allah karuniakan kepadanya dan meyakini hal tersebut. Nahi s.a.w. memiliki kedudukan yang tinggi. Beliau adalah hamba Allah, Rasul-Nya dan manusia pilihan-Nya di antara segenap makhluk-Nya, bahkan beliau adalah makhluk yang paling mulia secara mutlak. Beliau adalah utusan Allah untuk segenap manusia, kepada seluruh gobngan jin dan manusia. Beliau adalah Rasul yang paling mulia dan penutup para nabi, tidak ada lagi nabi sesudah beliau. Allah telah melapangkan dadanya, meninggikan sebutan untuknya serta menjadikan rendah dan hina orang yang melanggar penntahnya. Beliaulah orang yang memiliki kedudukan mulia sebagaimana firman Allah s.w.t.,

“Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (al-Isra’:79)

Maksudnya, kedudukan yang diberikan Allah berupa pemberian syafaat kepada manusia pada Hari Kiamat, sehingga Allah meringankan mereka dari beratnya mauqif. Kedudukan tersebut hanya khusus diberikan kepada Nabi s.a.w., tidak kepada nabi-nabi yang lain. Dan beliau adalah makhluk yang paling takut dan bertakwa kepada Allah. Allah melarang meninggikan suara di hadapan beliau dan memuji orang-orang yang merendahkan suara di hadapan beliau. Allah berfirman,

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian yang lain, supaya tidak hapus pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyedari. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya disisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar. Sesungguhnyn orang-orang yang memanggil kamu dari luar kamar(mu) kebanyakan mereka tidak mengerti. Dan kalau sekiranya mereka bersabar sampai kamu keluar menemui mereka, sesungguhnya itu adalah lebih baik bagi mereka, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Al-Hujurat: 2-5)

Sebagaimana Allah juga memanggil beliau dengan ungkapan Ya aiyuhan nabi ya aiyuha ar-Rasul (wahai Nabi, wahai Rasul). Dan Allah serta para malaikat-Nya telah berselawat kepada beliau, serta memerintahkan para hamba-Nya agar mengucapkan selawat dan taslim kepada beliau, sebagaimana firman-Nya,

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (al-Ahzab: 56)

Tetapi tidak dibenarkan mengkhususkan waktu dan cara tertentu dalam memuji beliau kecuali berdasarkan dalil sahih dan al-Qur’an dan as-Sunnah.

Termasuk mengagungkan beliau adalah mengagungkan sunnahnya dan keyakinan tentang wajibnya mengamalkan sunnah tersebut, dan bahawa ia menduduki kedudukan kedua setelah al-Qur’anul Karim dalam hal kewajiban mengagungkan dan mengamalkannya, kerana ia merupakan wahyu dari Allah s.w.t., sebagaimana firman-Nya,

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (an-Najm: 3-4).

Kerana itu tidak boleh membuat keragu-raguan di dalamnya, apalagi memperlekehkannya. Dan tidak boleh membicarakan tentang kesahihan atau kedhaifannya, sama ada dari segi jalan, sanad atau penjelasan makna-maknanya kecuali berdasarkan ilmu dan kehati-hatian. Pada zaman ini banyak orang-orang bodoh yang memperlekehkan sunnah Nabi terutamanya dari kalangan anak-anak muda yang baru pada tahap awal belajar. Mereka dengan mudahnya mensahihkan atau mendhaifkan hadis-hadis, dan menilai cacat kepada para perawi tanpa ilmu kecuali dari membaca buku-buku. Sungguh hal tersebut amat berbahaya bagi mereka sendiri dan ummat yang lain. Kerana itu hendaknya mereka bertaqwa kepada Allah dan menahan diri pada batasnya.

Wednesday, December 26, 2007

032 - KEWAJIBAN MENCONTOHI (ITTIBA’) RASULULLAH S.A.W.

KEWAJIBAN MENCONTOHI (ITTIBA’) RASULULLAH S.A.W.

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Agama Islam yang mulia ini dibangunkan & dibina di atas dua prinsip.

Pertama: Kita tidak boleh beribadah, melainkan hanya kepada Allah sahaja dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.


Allah berfirman:

Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)." (Ali Imran 3: 64)

Dalam ayat ini, Allah memerintahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyampaikan kepada Ahlul Kitab:

1. Agar mereka kembali kepada kalimat yang sama. Di dalam Taurat dan Injil, manusia diperintahkan untuk beribadah hanya kepada Allah sahaja, tidak kepada yang lain. lnilah kalimat yang sama, yang dibawa dan diserukan oleh seluruh nabi dan rasul yang Allah utus ke muka bumi ini, iaitu mentauhidkan Allah s.w.t..

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, Beribadatlah kamu kepadaku". (al-Anbiya’ (21): 25)

2. Kita tidak boleh mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun juga. Para nabi, bermula dari Nuh a.s. hingga Muhammad s.a.w., dari Adam hingga Muhammad, semua mengajarkan kepada tauhid dan melarang dari perbuatan syirik. Allah berfirman:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah thaghut itu, “maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)”. (QS an Nahl 16: 36)

3. Tidak boleh pula, sebahagian menjadikan sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka “Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang Islam”. Dalam ayat yang lain disebutkan Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia, dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapa-mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah soorang di antara keduanya, atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah”, dan janganlah kamu membentak mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkatan yang mulia. (QS al Isra’ : 23)

Kedua: Kita tidak boleh beribadah melainkan dengan apa yang telah Allah syariatkan di dalam kitab-Nya, atau yang telah disyariatkan dalam Sunnah Nabi-Nya yang terpelihara, tidak dengan bid’ah (kaedah ibadah yang direka-reka) dan tidak dengan hawa nafsu.

Allah s.w.t. berfirman:

Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya. (QS al-Hasyr: 7) (Dinukil dari Iqtidha’ ash-Shirathul Mustaqiim (11/373); al-Qaulul Mufid fi Adillatit Tauhid, halaman 179 dengan sedikit tambahan)

Ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang wajibnya ittiba’ kepada Rasulullah sangatlah banyak. Menurut Imam Ahmad, ada 33 ayat. Manakala menurut lbnu Taimiyah dalam Majmu Fatawa (19/83), bahawa Allah telah mewajibkan taat kepada Rasulullah s.a.w. pada sekitar 40 ayat dalam al-Qur’an.

Kita perlu membahas masalah ittiba’ (mencontohi Rasulullah s.a.w.) kerana persoalan ini sangat penting, sudah banyak dilalaikan (diabaikan) oleh kaum Muslimin dan juga oleh para da’i. Sama ada ittiba’ dalam bab aqidah, syariah (ibadah), akhlaq, dakwah, siyasah syar’iyyah, mahupun yang lainnya. Kerana dengan ittiba’, Allah menjamin kebahagiaan, kemenangan dan syurga. Allah akan menjadikan kebinasaan, kehinaan, kehancuran bagi orang-orang yang tidak ittiba’ (mencontohi) kepada Rasulullah s.a.w..

Ayat-ayat yang mulia di dalam al-Qur’an al-‘Azhim yang berkenaan dengan ittiba’, di antaranya:

1. Allah berfirman:

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Ali lmran 3: 31)

Imam Ibnu Katsir (wafat th. 774 H) berkata, “Ayat ini sebagai pemutus hukum bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah namun tidak mahu menempuh jalan Rasulullah s.a.w. maka orang tersebut dusta dalam pengakuannya, sehingga dia mengikuti syari’at dan agama yang dibawa Rasulullah dalam semua ucapan dan perbuatannya. Sebagaimana terdapat dalam Sahih Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Barangsiapa yang beramal tanpa adanya tuntunan dan kami, maka amalan tersebut tertolak. (Hadis Riwayat Bukhani no. 2697, Muslim no. 1718, Abu Dawud no. 4606 dan lbnu Majah no. 14 dari hadis Aisyah r.h)

Kerana itu Allah berfirman “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosamu”. Kalian akan mendapatkan apa yang kalian minta, dan kecintaan kalian kepada-Nya, iaitu kecintaan Allah kepada kalian, dan ini lebih besar daripada yang pertama, sebagaimana yang diucapkan oleh para ulama. Yang penting adalah, bukan bagaimana kalian mencintai, akan tetapi bagaimana kalian dicintai oleh Allah.

Yang pertama kita mencintai Allah dan yang kedua Allah mencintai kita. Menurut al-Hafizh lbnu Katsir, bahawa Allah mencintai kita itulah yang paling besar, bagaimana supaya kita akan dicintai oleh Allah. Setiap kita berupaya mencintai, namun tidak setiap kita mampu dicintai. Syarat untuk dapat dicintai oleh Allah adalah dengan ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w..

Imam Hasan Basri dan ulama salaf (para ulama generasi awal) lainnya mengatakan, sebagian manusia mengatakan mencintai Allah, maka Allah menguji mereka dengan ayat ini. Orang-orang munafik mengucapkan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, namun hatinya tidak demikian, kerana mereka tidak mengikuti Rasulullah s.a.w.. (Tafsir lbnu Katsir, 1/384, Cet. Daarus Salaam, Th. 1413H)

Ayat ini mengandungi fadhilah (keutamaan) jika kita mengikuti Rasulullah s.a.w.. Allah akan mencintai kita, dan Allah akan mengampuni dosa-dosa kita.

2. Allah berfirman:

Katakanlah: “Taatilah Allah dan Rasul-Nya. Jika kalian berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir”. (lmran Imran 3: 32)

Ayat ini mengandungi makna, jika seseorang menyalahi perintah Rasul-Nya atau tidak berittiba’ kepada Rasulullah s.a.w., maka dia telah kufur; dan Allah tidak menyukai orang yang memiliki sifat demikian, sehinggalah dia mengakui dan mendakwahkan kecintaannya kepada Allah s.w.t. dan ia mengikuti Rasulullah s.a.w.. Seluruh jin dan manusia wajib untuk ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w., hingga seandainya Nabi Musa a.s. ditakdirkan hidup pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., maka dia pun wajib ittiba’ kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Demikian juga dengan Nabi Isa ketika turun ke bumi pada akhir zaman nanti, maka Nabi Isa wajib ittiba’ kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Demikian ini menunjukkan, bahawa seluruh manusia wajib ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w.. Sebagaimana dijelaskan oleh lbnu Katsir, “Dan Rasulullah s.a.w. diutus untuk seluruh makhluk-Nya, baik golongan jin mahupun manusia. Kalau seandainya seluruh nabi dan rasul, bahkan seluruh Ulul ‘Azmi dan para rasul, mereka hidup pada zaman Rasulullah s.a.w., maka mereka wajib ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w., mengikuti syariat beliau s.a.w..” (Tafsir lbnu Katsir, 1/384)

Sebagaimana yang terjadi pada zaman Umar bin Khaththab, ketika itu beliau memegang dan membaca lembaran Taurat, maka Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apakah engkau merasa ragu, wahai Umar bin Khaththab? Demi yang diri Muhammad ada di tangan Allah, sungguh aku telah membawa kepada kalian agama ini dalam keadaan putih bersih. Janganlah kalian tanya kepada mereka tentang sesuatu, sebab nanti mereka khabarkan yang benar, namun kalian mendustakan. Atau mereka khabarkan yang bathil, kalian membenarkannya. Demi yang diri Muhammad berada di tangan-Nya, seandainya Nabi Musa itu hidup, maka tidak boleh bagi dia, melainkan harus mengikuti aku”. (Hadis Riwayat Ahmad, 3/387; ad-Darimi, 1/115; dan lbnu Abi ‘Ashim dalam Kitabus Sunnah, no. 50, dari sahabat Jabir bin Abdillah. Dan lafaz ini milik Ahmad. Darjat hadis ini hasan, kerana memiliki banyak jalur yang saling menguatkan. Lihat Hidayatur Ruwah, 1/136 no. 175).

Hadits ini memuatkan kandungan:

- Wajib bagi para nabi untukittiba’kepada Rasulullah Muhammad , seandainya mereka hidup pada zaman Nabi s.a.w..

- Jika para nabi juga turut wajib berittiba’ kepada Rasulullah Muhammad s.a.w., maka apatah lagi bagi kaum muslimin, mereka wajib berittiba’ kepada Rasulullah s.a.w.

- Umar yang tidak diragukan keimanannya dan dijamin pasti masuk syurga, Rasulullah tetap menegur ketika beliau memegang kitab Taurat.

- Hendaknya kita lebih mengutamakan untuk mempelajari al-Qur’an dan as-Sunnah, memahami dan mengamalkannya, siang dan malam. Adapun untuk membantah Ahlul Kitab, cukup dengan al-Qur’an, sebagaimana dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w., dan para sahabatnya. Bagi mereka yang telah hafal dan memahami al-Qur’an dengan benar, maka boleh bagi mereka membantah Ahlul Kitab dengan tujuan untuk mengajak mereka masuk ke dalam agama yang selamat ini bukan dengan tujuan supaya dikatakan bahawa dia hebat, dapat mengalahkan orang lain, untuk berbangga diri. Namun tujuan kita dibolehkan mendebat mereka, agar mereka mendapatkan hidayah (masuk ke dalam Islam). Allah s.w.t. berfirman:

Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahil kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan Katakanlah: “Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan kami hanya kepada-Nya berserah diri. (al-Ankabuut 29: 46)

3. AIIah berfirman:

Maka demi Tuhan-mu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. (an-Nisaa’ 4: 65)

Kandungan ayat:

- Seseorang tidak dikatakan beriman, sehingga mereka menjadikan Rasulullah sebagai hakim terhadap apa-apa yang diperselisihkan di antara sesama manusia.

- Diantara ciri-ciri orang yang beriman, mereka tidak merasa keberatan (kesempitan) terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w.. Mereka menerima keputusan Rasulullah dengan lapang dada.

- Orang yang beriman tunduk kepada keputusan Rasulullah dengan setunduk-tunduknya.

- Syaikh Abdurrahman Nashir bin as-Sa’di menjelaskan, bahawa di sini, tahkim (menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai hakim), kedudukannya sama dalam Islam. Menghilangkan kesempitan hati dalam menerima keputusan hukum, kedudukannya sama dengan iman. Dan taslim (tunduk) kepada keputusan tersebut, kedudukannya sama dengan ihsan. (Tafsir al-Kariim ar-Rahman fi Tafsir Kalamil Mannaan, hlm. 149, Cet. Mu’assasah ar-Risaiah, Th. 1417 H)

4. Allah berfirman:

Maka hendaklah (berhati-hati) orang-orang yang menyalahi perintah Rasulullah, takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih. (QS an Nuur: 63)

Al-Hafizh ibnu Katsir menerangkan: “Menyalahi perintah Rasulullah s.a.w., iaitu menyalahi jalan hidup beliau s.a.w., manhaj (cara beragama), sunnah, syariatnya. Maka seluruh perkataan dan seluruh amal, harus ditimbang dengan perkataan dan perbuatan Rasulullah s.a.w.. Apa yang sesuai dengan perkataan dan perbuatan Rasuiullah s.a.w., maka akan diterima oleh Allah. Dan apa yang tidak sesuai dengan perkataan dan perbuatan Rasulullah s.a.w., maka akan ditolak oleh Allah, siapapun yang melakukan perkataan dan perbuatan itu, serta apapun perkataan dan perbuatan itu. Meskipun dia ulama, atau seorang yang alim, jika perkataan dan perbuatannya menyelisihi perkataan dan perbuatan Rasulullah s.a.w., maka ia wajib ditolak dengan dasar hadis. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Barangsiapa yang beramal tanpa adanya tuntunan (petunjuk) dari kami, maka amalan tersebut tertolak. (Hadis Riwayat Bukhari no. 2697, Muslim no. 1718, Abu Dawud no. 4606 dan Ibnu Majah no. 14 dari hadis Aisyah r.ha)

Hendaknya berhati-hati orang yang menyelisihi syariat Rasulullah secara lahir dan batin. Mereka akan ditimpa fitnah di dalam hatinya, berupa kekufuran, kemunafikkan dan bid’ah, atau ditimpa dengan fitnah di dunia dengan dibunuh, diberi hukuman haad, dipenjara atau yang lainnya.

Yang dimaksudkan “menyalahi perintah” adalah, menyelisihi sunnah, jalan, manhaj, syariat Rasulullah s.a.w.. Semua perkataan dan perbuatan kita, harus ditimbang dengan perkataan dan perbuatan Rasulullah s.a.w..

Orang yang tidak berittiba’ kepada Rasuluilah s.a.w., mengingkarinya dan menolaknya, akan terjatuh pada kekufuran, sama ada kufur yang besar (akbar) ataupun kufur yang kecil (ashghar), atau kemunafikan, atau bid’ah; dan ini merupakan pengaruh dan perbuatan dosa dan maksiat; maksiat kepada Rasulullah s.a.w. memiliki pengaruh yang besar terhadap hati manusia, berupa kekufuran, kemunafikan, bid’ah; atau fitnah yang besar di dunia, iaitu berupa ancaman dibunuh, diberi hukuman had ataupun di penjara oleh Ulil Amri. (Tafsir lbnu Katsir, 3/338)

5. Allah berfirman:

Sesungguhnya telah ada pada (diri,) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat, dan dia banyak menyebut Allah. (al-Ahzaab 33: 21)

Al-Hafizh lbnu Katsir mengatakan, “Ayat yang mulia ini sebagai prinsip yang besar untuk mencontohi Rasulullah s.a.w., baik perkataan, perbuatan dan segala keadaan beliau s.a.w., sama ada berupa aqidah, syariah atau ibadah, akhlaq, dakwah, politik atau yang lainnya. Kita wajib berittiba’, tidak hanya dalam hal ibadah atau akhlaq beliau saja, akan tetapi harus menyeluruh.” (Tafsir lbnu Katsir, 3/522)

Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu’min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mu’min, untuk memiliki pilihan (yang lain) pada urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. (al-Ahzaab 33: 36)

Ayat ini berlaku umum untuk seluruh kaum Mukminin terhadap setiap urusan mereka. Jika Allah dan Rasul-Nya telah memutuskan suatu ketetapan, maka wajib baginya untuk mendengar dan taat.

7. Allah berfirman

Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu, dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali. (an-Nisaa’ 4: 115)

Ayat-ayat tersebut menjelaskan tentang wajibnya bagi setiap kita untuk ittiba’ kepada Rasulullah n, tidak hanya dalam masalah ibadah, namun juga wajib berittiba’ dalam masalah-masalah yang lain. Dengan ittiba’ ni, kita akan mendapatkan kemuliaan, kebahagiaan dan kemenangan.

Para sahabat, mereka mendapatkan kemuliaan, kemenangan, izzah, dengan sebab mereka ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w.. Ketika mereka tidak ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w., sekali saja, maka mereka mendapatkan kekalahan, sebagaimana yang masyhur kita ketahui tentang kisah Perang Uhud. Pada Perang Uhud tersebut para sahabat mendapatkan kekalahan, kerana pasukan pemanah tidak taat kepada Rasulullah s.a.w., dan itu disebabkan kerana perbuatan mereka. Allah berfirman:

Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badan), kamu berkata: “Dari mana datangnya (kekalahan) ini?” Katakanlah: “Itu dari (kesalahan,) diriimu sendiri” Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS Ali Imnan: 165)

Yang lebih menyedihkan lagi, umat Islam saat ini sudah sangat jauh dan ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w.

Bahkan mereka mengerjakan syirik dengan bangga, mereka melakukan perbuatan bid’ah, melakukan kemaksiatan dan lainnya, yang menjadi sebab kehinaan bagi mereka. Maka tarbiyah (pendidikan) yang harus diutamakan kepada ummat ml, yaltu harus mengikuti perkataan Allah dan perkataan RasulNya, sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat.

Sebagai contoh, Abu Bakar ash-Shiddiq r.a., seorang sahabat yang dijamin oleh Allah masuk syurga, mengatakan:

Aku tidak akan meninggalkan sesuatu yang Rasulullah lakukan kecuali untuk aku amalkan, kerana aku khawatir, jika aku tinggalkan perintah Rasulullah, maka aku akan sesat. (Hadis Riwayat Bukhari, no. 3093, dan diriwayatkan oleh lbnu Baththah dalam kitabnya, al Ibanah, 1/245-246 no. 77)

Imam Abu Abdillah bin Ubaidillah bin Muhammad bin Baththah yang wafat pada tahun 387H dalam kitabnya al-Ibanah pada juz pertama, berkata: “Wahai saudara-saudaraku, Abu Bakar ash-Shiddiq, ash-Shiddiqul akbar, beliau takut apabila kesesatan menimpa dirinya. Kalau dia menyalahi sesuatu dan walau hanya salah satu saja dari perintah Nabi Muhammad s.a.w., bagaimana nanti akan ada satu zaman, yang orang yang ada di zaman tersebut, mereka memperolok-olok Nabi mereka, mereka memperolok-olok perintah Rasulullah s.a.w., dan mereka berbangga menyalahi Sunnah Rasulullah s.a.w., dan kita mohon kepada Allah dari ketergelinciran, dan kita mohon keselamatan dari amal yang jelek”. (al-Ibaanah, 1/246)

Kita sekarang berada pada abad ke-1 5 Hijriah. lbnu Baththah yang hidup pada abad ke-4 Hijriah telah mengingatkan, bahawa nanti akan ada di tengah ummat Islam yang mencela Sunnah Rasulullah s.a.w., dan hal ini telah terbukti pada zaman sekarang ini. Dan yang membenci serta mencela Sunnah Rasulullah s.a.w. bukan saja dari golongan orang-orang yang awam, tetapi juga para ustaz, da’i dan kyai. Jika mereka sudah mengucapkan dua kalimat syahadat, maka mereka wajib memenuhi konsekuensi (syarat-syarat/tuntutan) dari kalimat tersebut, iaitu mereka wajib ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w.. Tetapi mengapa mereka masih melecehkan dan meninggalkan sunnah-sunnah Nabi yang mulia, dengan mencela dan menghina sebahagian dari penuntut ilmu yang mengamalkan sunnah-sunnah, baik dalam tulisan mahupun ceramah-ceramah mereka? Hal ini akan menyebabkan kekufuran, kemunafikan, sebagaimana yang termaktub dalam surat an-Nuur ayat 63.

Menyalahi Sunnah Rasulullah s.a.w. akan menyebabkan kesesatan, sakitnya hati, bahkan matinya hati seseorang, dan akan membawa pada kebinasaan, kehinaan, serta azab yang pedih.

Orang yang sibuk dengan perbuatan sia-sia, tidak ada manfaatnya dan berbuat bid’ah, tidak mengikuti (meninggalkan) Sunnah Rasulullah s.a.w., maka pada hakikatnya mereka adalah orang-orang yang terhina.

Syaikhul Islam lbnu Taimiyah menjelaskan tentang orang-orang yang membenci dan tidak mahu mengikuti Sunnah, tidak menyampaikan sabda-sabda Rasulullah s.a.w. di antara mereka ada yang sebelumnya telah hafal al-Quran kemudian lupa, kerana yang disampaikan bukan perkataan Allah dan perkataan Rasulullah, tetapi rnenurut pendapat si fulan dan si fulan, iaitu sibuk dengan pendapat fulan (orang-orang tertentu). Kata Syaikhul Islam, “Wahai saudaraku, berhati-hatilah jika engkau membenci sesuatu yang datang dari Rasulullah atau engkau menolak Sunnah Rasulullah kerana mengikuti hawa nafsumu, atau membela mazhabmu, atau membela syeikh-mu, membela gurumu, atau kalian menolak Sunnah Rasulullah kerana engkau sibuk dengan dunia, mementingkan dunia, mengikuti syahwat. Sesungguhnya Allah tidak mewajibkan ketaatan kepada seorang pun, melainkan taat kepada Rasulullah s.a.w. dan kita wajib berpegang dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.. Kalau seandainya seorang hamba menyalahi seluruh makhluk dan mengikuti Rasulullah s.a.w., maka Allah tidak akan bertanya kenapa engkau menyalahi seluruh makhluk. Justeru yang akan ditanya, kenapa seseorang tidak mengikuti Rasulullah s.a.w., tapi malah mengikuti mazhab, syeikh, guru (kyai). Jika ia mengikuti Rasulullah s.a.w., justeru ini yang akan membawa kepada keselamatan dunia dan akhirat. Dan sebaliknya, jika dia menyalahi Sunnah Rasulullah s.a.w., maka dia akan celaka dan binasa di dunia dan di akhirat. Ketahuilah, hendaknya engkau dengar dan taat, ikuti dan janganlah berbuat bid’ah, nanti engkau akan tersesat, tidak akan berkah hidup dan amalmu, dan tidak ada kebaikan dari amal yang terputus, dan tidak ada kebaikan bagi orang yang melakukannya.” (Majmu’ Fatawa, XVI/527-529)

Di dalam ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi yang sahih disebutkan tentang amal-amal yang diterima Allah dan ditolak. Supaya amal kita diterima Allah, maka harus memenuhi dua syarat utama. Pertama, ikhlas kerana Allah. Dan kedua, ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w. Jika salah satu di antara keduanya tidak dipenuhi, maka tidak akan ditenima amal tersebut oleh Allah. Orang ikhlas tetapi tidak ittiba’ kepada Rasulullah atau sebaliknya dia berittiba’ kepada Rasulullah namun tidak ikhlas dalam beramal, maka tidak akan ditenima amal ibadahnya.

Kita wajib taat dan ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w., dan semua ummat Islam dijamin masuk syurga, semuanya, dengan syarat mereka harus taat dan ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w..

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Setiap ummatku akan masuk syurga, kecuali yang enggan”. Para sahabat bertanya, “Siapa yang enggan, ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Barangsiapa yang taat kepadaku, maka dia masuk syurga. Dan barangsiapa yang derhaka kepadaku, maka dialah yang enggan. “(Hadis Riwayat Imam Bukhari no. 7280 dari sahabat Abu Hurairah r.a.)

Barangsiapa yang menghendaki dimasukkan ke dalam syurga, maka wajib baginya untuk taat kepada Rasulullah s.a.w., mereka wajib ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w.. Tidak boleh membuat yang baru dalam Islam, kerana Islam sudah sempurna. Rasulullah s.a.w. diutus kepada golongan jin dan manusia, agar mereka semua ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w.. Tidak ada aqidah, syariat dan hakikat, kecuali yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada jalan yang selamat, kecuali jalan yang ditempuh oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Seseorang tidak akan masuk ke syurga dan mendapat keredhaan Allah, tidak mendapatkan kemuliaan, melainkan dengan ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w..

Hal itu sebagaimana yang dikatakan oleh Imam lbnu Abil ‘Izzi al-Hanafi (wafat tahun 792H), beliau mengatakan: “Tidak ada jalan, kecuali jalan yang ditempuh oleh Rasulullah s.a.w.. Tidak ada hakikat, kecuali hakikat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.. Tidak ada syariat, kecuali syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.. Tidak ada aqidah, kecuali aqidah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.. Seorang makhluk, setelah diutusnya Nabi Muhammad, mereka tidak akan mendapatkan keredhaan Allah, tidak akan sampai ke syurga dan kemuliannya, melainkan dengan ittiba’ kepada Rasulullah secara lahir dan batin. Barangsiapa yang tidak membenarkan apa yang diberitakan dan disampaikan oleh Rasulullah s.a.w., tidak berpegang dan tidak taat terhadap apa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w., sama ada dalam perkataan yang batin (yang ada dalam hati) mahupun perkataan yang lahir (dengan lisan dan anggota tubuh), maka dia tidak termasuk orang yang beriman. Kalau dia tidak membenarkan apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w., tidak taat kepada Rasulullah s.a.w., tidak tunduk, tidak taslim hatinya, dan anggota tubuhnya tidak melaksanakan sesuai dengan ketentuan Rasulullah s.a.w., maka dia bukan termasuk orang yang mukmin, apalagi dikatakan sebagai wali, meskipun dia terbang di udara atau berjalan di atas air”. (Syarah Aqidah Thahawiyah, hlm. 107, takhij Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)

Demikian ini adalah bantahan terhadap thariqah Shufiyah, yang mereka membuat syariat dan hakikat serta ma’riifat sendiri; sebab di antara yang merosakan agama Islam ini adalah firqah-firqah yang sesat, yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. ada 72 golongan. Ummat Islam terpecah menjadi 73 golongan, satu golongan yang masuk syurga dan 72 golongan masuk neraka. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dan Ahli Kitab telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan sesungguhnya agama ini (islam), akan berpecah-belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, tujuh puluh dua golongan tempatnya di dalam Neraka dan hanya satu golongan di dalam Syurga, ialtu al-Jama’ah. (Hadis Riwayat Abu Dawud no. 4597, Ahmad (4/102); al-Hakim (1/128); ad-Darimi (2/241), al-Ajuri dalam asy-Asyari’ah (1/no. 29); al-Laalikai’y dalam as-Sunnah (1/113 no. 150). Dishahihkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh Imam adz-Dzahabi, dari Muawiyah bin Abi Sufyan. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan, hadis ini sahih masyhur. Dishahihkan oleh Syaikh al-Albani. Lihat Silsilah Ahaadis Sahihah, no. 203-204)

Dalam riwayat lain disebutkan:

Semua golongan tersebut tempatnya di Neraka, kecuali satu (ialtu) yang aku dan para sahabatku berjalan di atasnya. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2641 dari sahabat ‘Abdullah bin ‘Amr, dan dihasankan oleh Syaikh al-Albani dalam Shahiihul Jami’ no. 5343. Lihat Dar-ul Irtiyaab ‘an Hadits ma Ana ‘Alaihi wa Ashhabii oleh Syaikh Salim bin ‘Id al-Hilali, Cet. Daarul Raayah, 1410H)

Dua firqah terbesar di dunia ini, di antara 72 golongan yang merosakan seperti yang tersebut adalah thariqah Shufiyah dan Syi’ah Rafidhah. Mereka merosakan aqidah Islam, tauhid, serta syariat Islam. Mereka membuat cara-cara sendiri untuk sampai (beribadat) kepada Allah, padahal semua cara-cara yang mereka lakukan tersebut, tidak akan dapat membuat mereka sampai kepada yang diinginkan, melainkan mereka wajib ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w.. Banyak sekali di antara kaum Muslimin yang mengadakan cara-cara baru yang berbentuk bid’ah-bid’ah yang dikerjakan kaum Muslimin, yang jumlahnya sangat banyak, bahkan mencapai angka ribuan sampai hari ini. Dan bid’ah tersebut bukan semakin berkurangan, tetapi kian bertambah seiring dengan perjalanan waktu. Hal ini terus dilakukan oleh kaum Muslimin, serta sangat sedikit da’i yang mengingatkan bahaya ini; kerana dakwah mereka juga tidak ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w..

Jika dilihat kepada manhaj dakwah Rasulullah s.a.w., maka banyak da’i yang tidak ittiba’ kepada Rasulullah dalam berdakwah. Mereka tidak memulakan dakwahnya dengan tauhid. Jika mereka menyatakan ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w., maka mereka harus memulakan dakwahnya dengan tauhid, sedangkan banyak sekali da’i yang tidak memulakan dakwahnya dengan tauhid. Dakwah tauhid ini harus terus diulang-ulang, supaya ummat ini ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w. dan mentauhidkan Allah s.w.t.. Mereka telah menyimpang dari manhaj para nabi dalam berdakwah di jalan Allah. Mereka juga tidak mengingatkan orang dari bahaya kesyirikan. Kesyirikan adalah sesuatu yang telah dianggap biasa di dalam masyarakat, padahal kesyirikan adalah dosa besar yang paling besar, yang tidak akan diampuni oleh Allah.

Banyak khutbah Jum’at dan ceramah yang tidak mengingatkan terhadap pentingnya tauhid kepada Allah. Mereka hanya banyak membahas masalah politik, yang terus diulang-ulang, yang tidak membawa manfaat bagi da’i itu sendiri dan tidak bermanfaat bagi ummat sama sekali, bahkan membawa mudharat bagi ummat ini. Seseorang yang telah menyalahi Sunnah Rasulullah s.a.w., jelas dia telah membawa mudharat. Ummat disogok dengan masalah politik, yang ummat tidak tahu sama sekali. Mestinya da’i dan khatib memberikan ilmu yang bermanfaat, agar ummat dapat membawa pulang ilmu yang disampaikan dan mengamalkannya. Seringkali ummat dibangkitkan emosinya dengan menyampaikan masalah politik, agar mereka marah kepada penguasa, lalu memberontak kepada penguasa. Hal ni tidak ada manfaatnya sama sekali. Dan ini menyalahi Sunnah Rasulullah s.a.w.

Mereka harus muhasabah diri, menggunakan akalnya kembali, apakah mereka sudah ittiba’ kepada Rasulullah ataukah belum?

Proses/perlaksanaan ittiba’ ini harus dimulai dari para da’i, untuk ittiba’ dalam dakwah ini jangan disibukkan dengan masalah-masalah politik, falsafah (pemikiran) atau yang lainnya, yang tidak membawa manfaat. Hal ini berbahaya bagi ummat. Berikanlah ilmu kepada ummat agar mereka boleh beramal sesuai dengan Sunnah Rasulullah s.a.w..

Saat ini fenomena kesyirikan banyak merebak di tengah kaum Muslimin. Di antaranya adalah, kubur-kubur yang dibangun dan disembah (dipuja sebagai keramat) semakin banyak adanya, setiap tahun bertambah, sama ada jumlah mahupun pengunjungnya. Dan yang menganjurkan untuk ziarah dan menyembah kubur itu adalah para da’i, ustadz, kyai. Padahal ini merupakan perbuatan syirik akbar (syirik besar). Ini sudah jelas, bahawa mereka tidak hanya berbuat bid’ah, tapi telah berbuat syirik akbar, mereka tidak ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w.. Mereka berlebih-lebihan dalam ziarah kubur, sampài ada yang sujud, thawaf terutama di bulan-bulan Rabi’ul Awwal, Rajab, Sya’ban dan lainnya. Kita wajib mengingatkan agar mereka ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w. dan tidak boleh mereka melakukan yang demikian.

Di antara tujuan para peziarah kubur tersebut adalah untuk meminta, minta tolong, minta syafa’at dan berdoa kepada penghuni kubur. Maka perbuatan ini jelas-jelas merupakan syirik yang paling besar, menentang Allah dan Rasul-Nya. Dosa syirik adalah dosa yang tidak diampuni (jika mati tanpa sempat bertaubat) oleh Allah, sebagaimana firman-Nya:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (an-Nisaa’ 4: 48)

Bid’ah yang banyak dilakukan di bulan Rabi’ul Awwal adalah peringatan Maulid Nabi. Dan sedikit sekali para da’i yang mengingatkan (menjelaskan serta memahami) penyimpangan ini. Malah bagi mereka, hal ini telah dianggap sebagai suatu syiar. Kita harus melihat, apakah hal ini dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. ataukah tidak? Beliau mencontohkan atau tidak? Jika Nabi tidak melaksanakan, maka kita tidak boleh melakukannya.

Demikian juga, apakah peringatan maulid itu dilakukan para sahabat Nabi atau tidak? Jika sahabat tidak melakukan, maka kita tidak boleh melakukan. Seandainya ibadah-ibadah ni dianggap baik, pasti mereka sudah melaksanakannya terlebih dahulu. Bid’ah-bid’ah semacam ini sudah banyak berkembang di tengah masyarakat kerana para da’inya tidak ittiba’ dalam berdakwah di jalan Allah, malahan mereka meninggalkan amalan-amalan Sunnah dan mereka membiarkan kaum muslimin melakukan perbuatan-perbuatan bid’ah.

Agama Islam telah sempurna, sebagaimana firman Allah dalam surat al-Maidah ayat 3:

Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu.

Ibnu Katsir (wafat 774H) berkata, “lni merupakan nikmat yang terbesar atas ummat ini. Yakni Allah telah menyempurnakan bagi mereka agama mereka. Mereka tidak memerlukan agama selain dari agama Islam. Mereka tidak perlu pada Nabi selain daripada Nabi Muhammad s.a.w., kerana itu Allah menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai penutup para nabi. Allah mengutus Nabi Muhammad kepada golongan jin dan manusia. Tidak ada yang halal, kecuali yang dihalalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Tidak ada yang haram, kecuali yang diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Tidak ada agama, melainkan yang disyariatkan oleh beliau s.a.w.. Setiap yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w., semuanya benar dan jujur, tidak ada kedustaan dan tidak ada penyalahan janji, sebagaimana firman Allah “Telah sempurna kalimat Rabb-mu dengan jujur dan adil”. Jujur dalam masalah berita, dan adil dalam perintah dan larangan. Tatkala Allah telah menyempurnakan agama ini, Allah sempurnakan nikmat ini, kerana itu Allah berfirman “Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu”.

Ayat ni turun pada petang hari ketika Hari Arafah, yang bertepatan dengan hari Juma’at. Orang-orang Yahudi mengakui tentang kesempurnaan agama Islam, dengan turunnya ayat ini. Ssehinggakan mereka berkata kepada Umar bin Khaththab: “Demi Allah, sesungguhnya kalian membaca ayat, “Kalau seandainya ayat tersebut turun kepada kami, nescaya kami akan jadikan sebagai Hari Raya”.

Kata Umar bin Khaththab, “Sesungguhnya aku mengetahui bilakah ayat ini turun, dimana ayat ini turun, dan dimana Rasulullah ketika ayat ini turun. Ayat ini turun pada Hari Arafah, dan aku dengan izin Allah ada di Arafah, dan hari itu Hari Juma’at (iaitu pada hajatul wada’)”. (Tafsir lbnu Katsir, 2/1 5-16)

Penjelasan tentang keterangan lbnu Katsir adalah sebagai berikut:

1. Ayat ni turun di Arafah.

2. Dalam ayat ni, nikmat yang terbesar adalah nikmat Islam. Hal ni wajib kita syukuri. Kita bersyukur kerana telah diberi oleh Allah nikmat di atas Islam. Namun yang perlu kita ingat lagi, kita harus memohon kepada Allah agar kita diberikan hidayah di atas Sunnah. Sebab kalau dikatakan Islam saja, hal ini tidak cukup, kerana banyak orang-orang yang mengaku Islam. Firqah-firqah yang sesatpun mengaku Islam. Yang terbaik bagi kita adalah, meminta kepada Allah agar diberikan hidayah di atas Sunnah, setelah kita diberi hidayah di atas Islam ini. Sebagaimana kata Imam Abu Aliyah: “Aku tidak tahu, dari dua nikmat Allah yang mana yang paling besar. Yang pertama, aku diberikan hidayah di atas Islam. Yang kedua, Allah menunjuki aku di atas Sunnah, dan tidak dijadikan aku sebagai orang Khawarij”. (Diriwayatkan oleh Abdur Razzaq dalam Mushannafnya, 10/153; al-Laalikai’y dalam Syarah Ushul l’tiqad Ahlus Sunnah wal-Jama’ah no. 230. Disebutkan pula oleh Imam adz-Dzahabi dalam Siyar A’lamin Nubala’, 4/212)

3. Bahawa Nabi diutus kepada jin dan manusia.

4. Nabi Muhammad adalah penutup para nabi. Tidak ada nabi setelah beliau s.a.w.. Beliau merupakan penutup para nabi dan rasul.

Tidak ada agama, melainkan yang disyariatkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Islam satu-satunya agama yang haq. Semua orang Yahudi dan Nasrani, mereka harus masuk ke dalam agama Islam. Kalau mereka tidak masuk ke dalam agama Islam, maka pasti mereka menjadi penghuni neraka. Setelah diutusnya Nabi Muhammad, maka orang Yahudi, Nasrani dan juga yang lainnya harus masuk ke dalam Islam, sebab Allah berfirman:

Banangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang nugi. (Ali lmran 3: 85)

Dan Rasulullah s.a.w. bersabda:

Demi Dzat Allah yang diri Muhammad ada di tangan-Nya, tidaklah seorang dari umat Yahudi dan Nasrani yang mendengar diutusnya Muhammad, kemudian dia mati dalam keadaan tidak beriman dengan apa yang diutus dengannya (Islam), nescaya dia termasuk penghuni neraka. (Hadis Riwayat Muslim no. 153 dari sahabat Abu Hurairah r.a.)

Setiap orang yang mendakwakan adanya kenabian sesudah Nabi s.a.w., maka yang demikian itu adalah sesat dan kufur. Allah s.w.t. berfirman:

Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui Segala sesuatu. (al-Ahzab 33: 40)

Nabi menyebutkan akan adanya ad-Dajjal yang mengaku nabi, kemudian Nabi bersabda:

Mereka semua mengaku sebagai nabi, dan aku adalah penutup para nabi, dan tidak ada nabi sepeninggalanku. (Hadis Riwayat Ahmad (5/278); Abu Dawud no. 4252; dan Ibnu Majah no. 3952 dari sahabat Tsauban r.a.. Lihat Silsllah Ahaadits Shahihah, no. 1683 oleh Syaikh al-Albani) Rasulullah s.a.w. bersabda:

Aku memiiki lima nama. Aku, Muhammad (yang terpuji). Aku adalah Ahmad (yang banyak memuji). Aku adalah al-Mahi (penghapus), iaitu dengan perantaraanku Allah menghapus kekufuran. Aku adalah al-Hasyr (pengumpul), iaitu manusia akan dikumpulkan di hadapanku. Aku mempunyai nama juga al-‘Aqib (makna belakangan atau penutup), (iaitu tidak ada lagi nabi yang datang sesudahku). (Hadis Riwayat Bukhani, no. 3532; Muslim no. 2354, dan Tirmidzi no. 2840 dari sahabat Jubain bin Muth’im r.a. Penjelasan dalam tanda kurung adalah penjelasan dari lmam az-Zuhri yang terdapat dalam riwayat Tirmidzi. Lihat Fathul Baari (6/557), Cet. Daar Fikr)

5. Kesempurnaan agama Islam ini diakui oleh orang-orang Yahudi. Bahawa agama Islam ini sudah sempurna, tidak boleh lagi ditambah-tambah atau dikurang-kurangi. Maka ketika ayat ini turun, Umar bin Khaththab menangis. Ketika beliau ditanya kenapa menangis, beliau menjawab: “Aku menangis, (kerana) tidak ada sesuatu yang sempurna melainkn pasti akan berkurang”. Berkurang yang beliau maksudkan adalah dengan wafatnya Rasulullah s.a.w.. kerana selang beberapa waktu antara turunnya ayat ini dengan wafatnya Rasulullah adalah 81 hari.

6. Tidak boleh sesiapa pun menambah sesuatu dalam agama ini. Agama Islam sudah sempurna, dan kewajiban kita adalah ittiba’.

7. Semua yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar dan jujur. Kerana Allah telah berfirman:

Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan. (an-Najm 53: 3-4)

8. Bahawa inti/dasar ajaran Islam adalah tauhid dan menjauhkan syirik.

9. Kewajiban kaum muslimin adalah ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w.. Washallahu ‘ala Nabiyina Muhammad wa ‘ala aalihi wa shahbihi ajma’in.

[Disunting dari Majalah as-Sunnah Edisi 02/x/1427H/2006, m/s. 23-32, oleh Nawawi Bin Subandi, untuk http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com]