__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Komputer |
__________________________________________________________________________________

Friday, June 29, 2007

Pengajian Aqidah 007 - ALLAH ITU BERSEMAYAM DI ATAS ‘ARSY (ISTAWA’ ‘ALAL ‘ARSY)

ALLAH ITU BERSEMAYAM DI ATAS ‘ARSY (ISTAWA’ ‘ALAL ‘ARSY)

Blog Rasmi (‘Aqidah):
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Jika ditanya perihal di manakah Allah? Katakanlah: “Allah itu di langit.”

Ini adalah berdasarkan hadis sahih berikut...

Ketika Mu’awiyah Bin al-Hakam as-Sulamy ingin memerdekakan hambanya (Jariyyah/hamba wanita) , beliau membawanya kepada Rasulullah s.a.w.;

Rasulullah bertanya kepada hamba tersebut: “Di manakah Allah (aina Allah)?” Jawab hamba itu: “Allah di langit (fis samaa’).” Baginda Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah aku?” Jawab hamba itu lagi: “Engkau adalah Rasulullah.” Dan kemudian baginda Rasulullah bersabda, “Merdekakanlah dia, kerana dia seorang mukminah (wanita yang beriman). (Hadis Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Kitab al-Janaiz wa Mawadhi’ as-Sholat, bab “Tahrimil Kalam fi Sholat wa Naskh Ma Kana Min Ibahah” (537) (33) dari Mu’awiyah bin al-Hakam as-Sulami. Juga diriwayatkan sekalian Jema’ah ahli Hadis, antaranya Imam Malik, Abu Daud, ad-Darimi, an-Nasai’e).

Sesungguhnya Allah s.w.t. itu bersemayam di atas ‘arsy-Nya yang mana selayak-Nya sebagaimana yang dia sendiri menetapkannya sesuai dengan Kemuliaan-Nya dan berdasarkan penerangan dalil-dalil Firman Allah s.w.t. sendiri:
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy;” (al-a’raaf: 54)
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
“Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.” (Thohaa: 5)
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الأمْرَ مَا مِنْ شَفِيعٍ إِلا مِنْ بَعْدِ إِذْنِهِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ أَفَلا تَذَكَّرُونَ
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menjadikan langit dan bumi Dalam enam masa kemudian ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan Segala urusan. (Yunus: 3)

الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَنُ فَاسْأَلْ بِهِ خَبِيرً
Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya, Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy, ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka Bertanyalah akan hal itu (tentang Allah) kepada Yang mengetahuinya (Muhammad s.a.w.). (al-Furqaan: 59)

Dan begitu banyak dalil-dalil al-Qur’an yang lain yang mana begitu jelas yang menunjukkan bahawa Allah itu bersemayam di ‘arsy di langit. Tidak harus wujud penamaan sifat yang lain dengan nama yang lain bagi menggantikan kalimah istawa’ yang mana telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. sendiri kepada dirinya. Siapa kita yang mahu menukarkan kalimah istawa’ (bersemayam) kepada istawla’ (tinggi, berkuasa, memiliki)? Adakah kita orang yang layak, sedangkan kita tidak langsung mengetahui. Adakah akal kita telah benar-benar bijak sehingga mampu menukar ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. sendiri ke atas diri-Nya?

Terdapat tujuh ayat, di mana Allah menyatakan dan menetapkan yang Dirinya itu bersemayam di ‘arsy dengan menggunakan kalimah istawa’ ‘alal ‘arsy (ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ). Dan andainya Allah mahu menamakannya dengan nisbahan yang lain, tentu Allah sudah menunjukkannya dengan jelas. Adalah kesilapan yang disengajakan yang paling besar andainya ada di antara mereka (manusia) menukar-nukar kalimah al-Qur’an yang telah sedia ditetapkan oleh Allah dengan kalimah-kalimah yang lain menurut akal, prasangka, dan hawa nafsu. Maha Suci Allah dari semua itu.
فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الأنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
“Tiada sesuatupun yang sebanding dengan Dia dan Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” (as-Syuura: 11)
هَؤُلاءِ قَوْمُنَا اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ آلِهَةً لَوْلا يَأْتُونَ عَلَيْهِمْ بِسُلْطَانٍ بَيِّنٍ فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
“maka tidak ada Yang lebih zalim dari orang-orang Yang berdusta terhadap Allah.” (al-Kahfi: 15)
وَلِلَّهِ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Dan Allah mempunyai nama-nama Yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang Yang berpaling dari kebenaran dalam menyebut nama-nama-Nya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan.” (al-A’raaf: 180)

Berkata Sheikh Soleh Abdullah Fauzan di dalam Kitab Tahid-nya (maksudnya) dalam menafsirkan ayat ini:

Bahawa wajib - Menetapkan nama-nama (asma’) untuk Allah s.w.t. seperti mana Allah menetapkannya, dan maka siapa yang menafikannya bererti ia telah menafikan apa yang telah ditetapkan Allah dan juga bererti dia telah menentang Allah s.w.t.

Bahawasanya Allah s.w.t. mengancam orang-orang yang ilhad (menyelewengkan) dalam asma’-Nya dan Dia akan membalas perbuatan mereka yang buruk itu.

Berkata Sheikh Soleh Abdullah Fauzan seterusnya; dalam tujuh ayat di dalam Qur’an ini (7:54, 12:3, 13:2, 20:5, 25:59, 32:4, 57:4) lafaz istawa’ datang dalam bentuk dan lafaz yang sama. Maka hal ini menyatakan bahawa yang dimaksudkan adalah maknanya yang hakiki yang tidak menerima ta’wil, iaitu ketinggian dan keluhuran-Nya di atas ‘arsy.

‘Arsy menurut bahasa Arab adalah singgahsana untuk raja. Sedangkan yang dimaksudkan dengan ‘Arsy di sini adalah singgahsana yang mempunyai beberapa kaki yang dipikul oleh malaikat, ia merupakan atap bagi semua makhluk (rujuk al-Mu’min ayat 7 dan al-Haqqah ayat 17). Sedangkan bersemayamnya Allah di atasnya (‘arsy) adalah yang sesuai dengan keagungan-Nya. Kita tidak mengetahui kaifiyah (cara-nya), sebagaimana kaifiyah sifat-sifat-Nya yang lain. Akan tetapi kita hanya menetapkannya sesuai dengan apa yang kita fahami dari maknanya dalam bahasa Arab, sebagaimana sifat-sifat lainnya, kerana memang al-Qur’an diturunkan dengan bahasa Arab.

Manakala yang berikut pula adalah dalil-dalil yang mengukuhkan lagi kenyataan yang Allah itu di langit.

Pusat Pemerintahan Allah juga di Langit (Mentadbir Dari Langit)
أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الأرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ
“Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahan-Nya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu Dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?” (al-Mulk: 16)
يُدَبِّرُ الأمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ
“Allah mentadbirkan segala urusan dari langit ke bumi; Kemudian urusan itu naik kepada-Nya...” (as-Sajdah: 5)

Manakala berikut, menunjukkan naik-nya amalan

Amalan-amalan yang baik itu akan naik kepada Allah. Apabila istilah naik digunakan, bermakna kedudukannya mestilah menghala ke atas. Ke atas adalah dimaksudkan menuju ke tempat yang tinggi, iaitu langit.
مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ وَالَّذِينَ يَمْكُرُونَ السَّيِّئَاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَكْرُ أُولَئِكَ هُوَ يَبُورُ
“Kepada Allah-lah naiknya Segala perkataan Yang baik (yang menegaskan iman dan Tauhid, untuk dimasukkan ke Dalam kira-kira balasan), dan amal Yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal Yang makbul - Yang memberi kemuliaan kepada Yang melakukannya).” (al-Fatheer: 10)

Manakala berikut, dalil menunjukkan bahawa Jibril itu naik menghadap Tuhanya-Nya
تَعْرُجُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ
“Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Rabb.” (al-Ma’arij: 4)

Begitu juga dalil yang berikut ini, iaitu di mana Fir’aun memperolok-olokkan kenyataan nabi Musa a.s.:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الأسْبَابَ, أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لأظُنُّهُ كَاذِبًا وَكَذَلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلا فِي تَبَابٍ
“Dan Firaun pula berkata: "Hai Haman! binalah untukku sebuah bangunan Yang tinggi, semoga Aku sampai ke jalan-jalan (yang Aku hendak menujunya) "(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya Aku dapat melihat Tuhan Musa; dan Sesungguhnya Aku percaya Musa itu seorang pendusta!" Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya Yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan Yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke Dalam kerugian dan kebinasaan. (al-Mu’min: 36-37)

Maka, barangsiapa mengatakan Allah itu tidak di langit atau memepermainkan (mendustakan) pernyataan yang menunjukkan Allah itu di langit, maka dia menyerupai Fir’aun yang mempermainkan kata-kata Musa a.s..

Allah Mengangkat (Menunjukkan Naik Ke Atas) Isa Ke Sisi-Nya
إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَجَاعِلُ الَّذِينَ اتَّبَعُوكَ فَوْقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأَحْكُمُ بَيْنَكُمْ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
(ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu…” (Ali Imran: 55)
بَلْ رَفَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا
“Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadanya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (an-Nisa’: 158)

Kedudukan Allah Yang Di Atas

يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka). (an-Nahl: 50)

Perihal Penurunan al-Qur’an (Dari Langit)
وَإِنَّهُ لَتَنْزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ (١٩٢)نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الأمِينُ (١٩٣)عَلَى قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنْذِرِينَ (١٩٤)بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُبِينٍ)
“Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. ia dibawa turun oleh malaikat Jibril Yang amanah. ke Dalam hatimu, supaya Engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (ia diturunkan) Dengan bahasa Arab Yang fasih serta terang nyata. (as-Syu’ara: 192-195)
تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ
“Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (az-Zumar: 1)

Berita-Berita Langit
وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا (٨)وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَنْ يَسْتَمِعِ الآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَصَدًا
“Dan Bahawa Sesungguhnya Kami telah berusaha mencari berita langit, lalu Kami dapati langit itu penuh Dengan pengawal-pengawal Yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api Yang menyala. Padahal Sesungguhnya Kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya – para malaikat); maka sekarang sesiapa Yang cuba Mendengar, akan mendapati api Yang menyala Yang menunggu merejamnya.” (al-Jin: 8-9)
Dan sekian banyak lagi dalil-dalil al-Qur’an yang jelas menunjukkan Allah itu di langit di ‘arsy-Nya. Begitu juga dengan perihal kisah nabi isra’ dan mikraj, di mana nabi menuju ke langit.

Dalil daripada atsar (sahabat Rasulullah s.a.w.)

Umar al-Khathab menyatakan bahawa:

“Bahawasanya segala urusan itu (datang) dari sana (sambil mengisyarat-kan tangannya ke langit).” (al-Imam az-Zhahabi di dalam kitab-nya menyatakan bahawa riwayat ini sahih)

Riwayat daripada Ibnu abbas pula (maksudnya);

“Daripada Ibnu Abbas (ia berkata) bahawa Rasulullah s.a.w. berkhutbah kepada manusia pada hari Nahr (tanggal 10 Zulhijjah) kemudian Ibnu abbas menyebutkan khutbah Nabi s.a.w. kemudian beliau mengangkat (mendongakkan) kepalanya ke arah langit sambil mengucapkan: “Ya Allah bukankah aku telah menyampaikan! Ya Allah bukankah aku telah menyampaikan!” (Riwayat Imam Bukhari, juz.2 halaman 191)

Hujah Para imam Ahlus Sunnah wa-al-Jama’ah (dan para Tabi’ Tabi’ien):

Telah berkata Imam abu Hanifah:

“Barangsiapa yang mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas langit, maka sesungguhnya dia telah kafir.”

Telah berkata Imam Malik Bin Annas:

“Allah berada di langit sedangkan ilmu-Nya di tiap-tiap tempat dan tidak tersembunyi sesuatupun dari-Nya.”

Telah berkata imam as-syafi’e:

“Dan Allah di atas ‘arsy-Nya di atas langit-Nya.”

Telah berkata Imam Ahmad:

“Benar! Allah di atas ‘arsy-Nya dan tidak sesuatupun yang tersembunyi dari pengetahuan-Nya.”

Telah berkata imam at-Tirmidzi:

“Telah berkata ahli ilmu: Dan Ia (Allah) di atas ‘arsy sebagaimana Ia telah menetapkan diri-Nya.”

(Rujukan daripada Kitab al-‘Uluw, oleh Imam az-Zhahabi)

Telah berkata imam Ibnu Khuzaimah:

“Barangsiapa yang tidak menetapkan sesungguhnya Allah di atas ‘arsy-Nya Ia istiwa’ di atas tujuh langit-Nya, maka ia telah kafir dengan Tuhan-Nya (setelah hujah ditegakkan)... (Sahih, dikeluarkan oleh al-Hakim di dalam kitabnya Ma’rifah ‘ulumil-Hadits, halaman 84)

Telah berkata Sheikhul Islam imam Abdul Kadir Jailani:

“Tidak boleh mensifatkan-Nya bahawa Ia (Allah) berada di tiap-tiap tempat (Allah di mana-mana). Bahkan wajib mengatakan, “Sesungguhnya Ia di atas langit (iaitu) di atas ‘arsy-Nya sebagaimana Ia telah berfirman: “ar-Rahman di atas ‘arsy, Ia istawa’”, di dalam surah Thoha, ayat ke 5.” (Fatwa Hamawiyyah Kubra, halaman 87)

Berikut pula saya membawakan kata-kata ibnu Katheer di dalam tafseernya, yang mana mentafsirkan ayat “summas tawa ‘alal ‘arsy (ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ)” sebagai di bawah (petikan di bawah).

Berikut kita lihat kata-kata Al-Hafidz Ibnu Katsir Rahimahullah:

“Adapun firman-Nya:

“Kemudian Dia bersemayam di atas ‘arsy. (al-a’raaf: 54)

Orang-orang mempunyai berbagai pendapat dalam permasalahan ini dan sekarang bukanlah tempatnya untuk membahasnya secara luas, namun dalam perkara ini, kita menempuh mazhab para salafus-Soleh seperti imam Malik, al-Auza’i, ats-Tsauri, al-Laits bin Sa’ad, as-Syafi’e, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahawaih dan lain-lain dari kalangan para imam kaum muslimin, baik yang dahulu mahupun yang sekarang, iaitu membiarkan sebagaimana datangnya tanpa takyif, tasybih dan ta’thil. Apa yang terbersit (tergambar) di dalam benak fikiran orang-orang Musyabbih (yang menyamakan sifat Allah dengan makhluk-Nya) tidak terdapat pada Dzat allah s.w.t., sebab Allah sedikitpun tidak sama dengan makhluk-Nya. Allah berfirman (maksudnya):

“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia dan Dialah yang maha mendengar lagi Maha melihat.” (as-Syuura: 11)

Bahkan perkara ini sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang imam yang bernama Nu’aim bin Hammad al-Khuza’i, guru kepada imam al-Bukhari: “Barangsiapa yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya, maka dia telah kafir. Barangsiapa yang mengingkari apa yang telah disifatkan Allah terhadap Dzat-Nya, maka ia telah kafir. Apa yang Allah sebutkan tentang sifat-sifat-Nya dan yang Rasulullah s.a.w. sebutkan tentang sifat-sifat Allah tidak merupakan tasybih (penyerupaan Allah dengan Makhluk). Barangsiapa yang menetapkan untuk allah apa yang dengan jelas telah tercantum dalam ayat dan hadith-hadith sahih yang sesuai engan kemulian Allah serta menafikan dari Dzat Allah semua sifat kekurangan, bererti ia telah menempuh jalan petunjuk.” (Tafseer al-‘Azim, Ibnu Kather)

Jelaslah bahawa, hakikat-nya para imam itu sendiri seperti ibnu Katheer, as-Syafi’e, imam Ahmad bin Hanbal, imam Malik, dan lain-lain adalah bersama para salaf dalam menyatakan bahawa Allah itu bersemayam di ‘arsy selaras dengan keagungan-Nya tanpa ta’wil dan ta’til.
هَؤُلاءِ قَوْمُنَا اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ آلِهَةً لَوْلا يَأْتُونَ عَلَيْهِمْ بِسُلْطَانٍ بَيِّنٍ فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
“maka tidak ada Yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.” (al-Kahfi: 15)

Dikumpulkan & Disusun oleh:
Nawawi – http://an-nawawi.blogspot.com

Rujukan:

1 - Kitab al-Ibaanah al-usul ad-Diyanah, Imam Abu Hasan al-Asy’ary.
2 - Kitab ‘Aqidah Shahih Penyebab Selamatnya Seorang Muslim, al-Hafizd Abu Bakar al-Humaidi, Pustaka Imam as-Syafi’e, Indonesia.
2 - al-‘Aqidah at-Thahawiyyah, imam Abu Jaafar at-Thahawi.
3 - al-‘Uluw, al-imam az-Zhahabi.
4 - Fatwa Hamawiyyah Kubra, Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah.
5 – Tafseer Ibnu Katheer, e-Book Terbitan Darussalam (english version).
6 – at-Tauhid Lish-Shafil Awwal al-'Ally, Sheikh Dr. Soleh Fauzan Bin Fauzan Bin Abdullah al-Fauzan.


[DOWNLOAD] pdf - ALLAH ITU BERSEMAYAM DI ATAS ‘ARSY (ISTAWA’ ‘ALAL ‘ARSY)


[Download Part 1] [Download Part 2] - Kuliah (MP3) - Di Mana ALLAH?

94 comments:

Anonymous said...

bersemayamnya ALLAH adalah tidak sama seperti mana makhluknya....
berkata Amirul Mu'minin 'Ali r.a.: "Sesungguhnya Allah ta`ala telah menciptakan arasy untuk menzahirkan qudratNya dan bukan untuk dijadikan tempat bagi zatNya". Baginda juga berkata: "Dan adalah Allah ta`ala wujud tanpa tempat dan Dia sekarang atas sebagaimana sediakalanya".

Anonymous said...

Di-harap saudara yg memberi komen di atas dapat mengutarakan sekali sumber rujukan saudara.

kami tidak mengambil hal yg samar2 dan yg tidak jelas sumber-nya.

Nawawi

Anonymous said...

Cuba rujuk juga artikel ini...

http://bahaya-syirik.blogspot.com/2007/10/isu-037-di-antara-aqidah-imam-as-syafie.html

Anonymous said...

Silakan pembaca rujuk teks kenyataan Allah Wujud Tanpa Bertempat Dan Tanpa Berarah oleh Al-Bani & Az-Zahabi :

Kitab: Mukhtasor ‘Ulu Li ‘Aliyyil ‘Azhim.
Pengarang: Syamsuddin Az-Zahabi.
Pentahkik: Nasiruddin Al-Bani.
Cetakan: Maktab Islami.
Mukasurat: 71.

Kenyataan teks Al-Bani bersumber kitab di atas : “ Apabila kamu telah mendalami perkara tersebut, denganizin Allah kamu akan faham ayat-ayat Al-Quran dan Hadith Nabai serta kenyataan para ulama Salaf yang telah dinyatakan oleh Az-Zahabi dalam kitabnya ini Mukhtasor bahawa erti dan maksud sebalik itu semua adalah makna yang thabit bagi Allah iaitu ketinggian Allah pada makhluk-makhlukNya ( bukan ketinggian tempat), istawanya Allah atas arasyNya layak bagi keagonganNya dan Allah tidak ber arah dan Allah tidak bertempat”.

Anonymous said...

Sesungguhnya Allah itu wujud tanpa bertempat.. memberikan tempat kepada Allah adalah sesuatu yang sangat tidak boleh yang membolehkan kita tergelincir dari landasan akidah yang suci.. sesungguhnya Allah itu tiada bertempat sebelum adanya Arasy, dan setelah Arasy diciptakan ianya tetap sebagaimana sebelum ada nya Arasy kerana Allah itu sudah sempurna dan patilah tidak BERUBAH.. Allah wujud tanpa bertempat.

Anonymous said...

copy dari artikel:

Ketika Mu’awiyah Bin al-Hakam as-Sulamy ingin memerdekakan hambanya yang bernama Jariyyah, beliau membawanya kepada Rasulullah s.a.w.;
----------------

dalam riwayat mana, nama hamba tersebut adalah Jariyyah? Dalam riwayat Muslim, yang ada perkataan Mu'awiyah bin Al-Hakam:

"Aku ada seorang Jariyah..."

Jariyyah itu bukan nama, tapi suatu perkataan bahasa Arab bermaksud: hamba perempuan. Sila sebutkan riwayat mana yang diterjemahkan ni. Terjemah pun salah, camna boleh syarah pulak hadith nie?

Hamba Allah
Malik

Anonymous said...

copy dari artikel:

Siapa kita yang mahu menukarkan kalimah istawa’ (bersemayam) kepada istawla’ (tinggi, berkuasa, memiliki)? Adakah kita orang yang layak, sedangkan kita tidak langsung mengetahui.

---------------------------

Istiwa' kepada istawla bukan menukarkan kalimah, tapi menta'wilkan perkataan sesuai dengan kaedah bahasa Arab itu sendiri.

Siapa kata istiwa dita'wilkan dengan istawla' adalah tukar kalimah? Ini jelas jahil tentang erti ta'wil dalam kaedah bahasa Arab. Dalam ilmu sastera Arab, ta'wil bukan tukar, tetapi tetap menetapkan lafaz asal (istiwa') dengan makna kiasan (majazi). Al-Qur'an diturunkan dalam bahasa Arab, dan bahasa Arab memang ada kaedah kiasan. Siapa kamu yang cuba menafikan kiasan daripada Al-Qur'an?

Bukan masalah istiwa kepada istawla yang cuba difokuskan, tapi kefahaman kamu yang mengatakan ta'wil sebagai tukar kalimah (tabdil). Ini jelas keliru...

Kalau nak ikut salaf, ikut betul2. Salaf kata, makna kalimah dalam bab ini, mereka tidak tahu. Tapi, mereka tidak memahaminya dengan makna zahirnya. Mereka serahkan maknanya kepada Allah dan terus beriman dengan lafaz tersebut.

Dari mana kamu yakin yang dimaksudkan oleh Allah adalah makna zahirnya, sehingga berani menterjemahkan istiwa kepada istawla. dari sudut aqidah, memahami istawla dengan makna zahir yang diterjemahkan dengan bersemayam lebih bercanggah dengan salaf berbanding manhaj ta'wil yang juga digunakan oleh sebahagian salaf.

Sufiyan bin Uyainah (ulama' salafus soleh) berkata: "Tidak boleh menterjemahkan perkataan-perkataan tersebut (sifat khabariyah atau mutasyabihat) ke bahasa lain" (Al-Asma' wa As-Sifat: 314)

Kenapa beliau tidak bagi terjemah perkataan tersebut?

Sebab, perkataan tersebut tidak diketahui maknanya dan tidak boleh difahami maknanya secara zahir. Siapa kamu yang berani menterjemahkan istiwa' kepada bersemayam lalu menyalahi Sufiyan bin Uyainah, sedangkan kamu sendiri mengaku mengikut salaf? Kamu lebih salaf dari Imam Sufiyankah?

Hamba Allah
Malik

Anonymous said...

Kononnya kamu merujuk buku Aqidah Tohawiyah. Baguslah. Tapi sebahagian yang syarah aqidah tohawiyah bukan mensyarahkannya, tetapi menyelewengkan makna asal penulis (tahrif).

Imam At-Tohawi sendiri berkata dalam matan Aqidah beliau:

"Maha Suci Allah dari sebarang posisi/sudut/arah (al-jihhat as-sitt) yang enam..."

Maknanya jelas, menurut beliau, Allah s.w.t. tidak dibatasi oleh mana-mana tempat, tidak tertakluk dengan mana-mana sudut tempat seperti (1)atas (2) bawah (3) kiri (4) kanan (5) depan (6) belakang...

Imam At-Tahawi sendiri menafikannya... Kenapa kamu berani menyalahi salafus soleh sedangkan masih berani pula mengaku salafi?

'Ala dan Fauq itu sendiri maknanya dari sudut bahasa Arab bukanlah semata-mata atas kepada tempat.

Orang arab bercakap tentang Ketinggian kedudukan dan status juga dengan menggunakan perkataan "'ala" dan "fauq".

Kembalilah kepada salafus-soleh yang sebenar

Hamba Allah
Malik

Anonymous said...

Ralat:

Saya kata:

Dari mana kamu yakin yang dimaksudkan oleh Allah adalah makna zahirnya, sehingga berani menterjemahkan istiwa kepada istawla...

Salah taip. Maksud saya:

"Dari mana kamu yakin yang dimaksudkan oleh Allah adalah makna zahirnya, sehingga kamu berani menterjemahkan istiwa' kepada bersemayam.

Sekian...

Anonymous said...

Kata salafus soleh lagi:

Imam Abu Al-Fadhl At-Tamimi meriwayatkan: “Imam Ahmad bin Hanbal mengingkari mereka yang menyifatkan Tuhan dengan kejisiman. Beliau (Imam Ahmad) berkata: Sesungguhnya, nama-nama diambil daripada syariat dan bahasa. Adapun ahli bahasa meletakkan nama tersebut-nama-nama yang boleh membawa kepada maksud jisim- dengan maksud, sesuatu yang ada ukuran ketinggian, ukuran lebar, tersusun dengan beberapa anggota, mempunyai bentuk dan sebagainya, sedangkan Maha Suci Allah s.w.t. daripada sebarang sifat kejisiman tersebut (Maha Suci Allah s.w.t. daripada makna-makna lafaz mutasyabihat tersebut dari sudut bahasa)” (Manaqib Imam Ahmad karangan Imam Al-Baihaqi)

jadi, salafus-soleh tidak menetapkan makna zahir bagi lafaz tersebut. Itu aqidah sebenar salafus-soleh...

Hamba Allah
Malik

Anonymous said...

Imam al-Auza'ie rahimahullah, Imam ahli Syam menegaskan:

كُنَّا وَالتَّابَعُوْنَ مُتَوَافِرُوْنَ نَقُوْلُ : انَّ اللهَ عَلَى عَرْشِهِ وَنُؤْمِنُ بِمَا وَرَدَتْ بِهِ السُنَّةَ مِنْ صِفَاتِ اللهِ تَعَالَى

"Kami dan para Tabi'in semuanya menetapkan dengan kesepakatan qaul kami bahawa: Sesungguhnya Allah di atas 'ArasyNya dan kami beriman dengan apa yang telah dinyatakan oleh Sunnah berkenaan sifat-sifat Allah Ta’ala". (Lihat: Fathul Bari. Jld. Hlm. 406. Ibn Hajar al-Asqalani. Dar Ihya at-Turath al-Arabi. Beirut)

Anonymous said...

Imam Abu Hasan al-Asy'ari rahamahullah menegaskan al-Quran bukan makhluk dan diturunkan oleh Allah yang berada di langit. Beliau menjelaskan:

"Allah mempunyai sifat, mempunyai tangan, bersemayam di atas ‘ArasyNya dan mempunyai muka. Al-Quran itu Kalamullah bukan makhluk dan al-Quran diturunkan dari langit". (Lihat: Iktiqad Aimmatul hadis hlm. 50-51. Ismaili)

Imam Abul Hasan al-Asy’ari rahimahullah berkata:

"Di atas langit-langit itulah ‘Arasy, maka tatkala ‘Arasy berada di atas langit-langit Allah berfirman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit? Sesungguhnya Ia istiwa (bersemayam) di atas ‘Arasy yang berada di atas langit dan tiap-tiap yang tinggi itu dinamakan As-Sama (langit), maka ‘Arasy berada di atas langit. Bukanlah yang dimaksudkan di dalam firman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit? Bukan di seluruh langit, tetapi ‘ArasyNya yang berada di atas langit." (Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm. 48)

Imam Abul Hasan al-Asy’ari rahimahullah seterusnya berkata:

Sesungguhnya setelah seseorang bertanya: Apa yang kamu katakan berkenaan istiwa? Katakan kepadanya: Kami sesungguhnya berkata bahawa Allah ‘Azza wa-Jalla bersemayam di atas ‘ArasyNya yang sesuai denganNya sebagaimana firman Allah: }Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas ‘ArasyNya{ (QS. Taha. 5). Firmannya lagi: }KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik{ (QS. Fatir. 10). Firman Allah: }Tetapi (yang sebenarnya) Allah telah mengangkat Isa kepadaNya{ (QS. An-Nisa. 158). Firman Allah: }Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya{ (QS. As-Sajadah. 5). Firman Allah: }Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa dia akan menjungkir- balikkan bumi bersama kamu{ (QS. Al-Mulk. 16). Maka langit di atasnya adalah ‘Arasy, maka apabila ‘Arasy di atas langit-langit maka Allah berfirman: }Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit{ kerana Allah beristiwa di atas ‘Arasy di atas langit….Dan kita lihat sekalian orang-orang Islam mengangkat tangan mereka menghadap langit apabila berdoa kerana Allah Azza wa-Jalla beristiwa di atas ‘Arasy yang berada di atas langit-langit, jika sekiranya Allah Azza wa-Jalla di atas ‘ArasyNya pasti mereka tidak mengangkat tangan mereka menghadap langit (menghadap ‘Arasy)”. (Lihat: الابانة عن اصول الديانة oleh Imam Abu Hasan Al-Asy’ari. Hlm. 97-98. Lihat: الأسماء والصفات oleh Al-Baihaqi. Lihat: التوحيد وصفات الرب oleh Al-Imam Ibn Khuzaimah. Lihat: العلو لعلي الغفار oleh Az-Zahabi)

Imam Abu Hasan al-Asy’ari rahimahullah seterusnya menegaskan:

“Telah berkata orang-orang dari golongan Muktazilah, Jahmiyah dan al-Hururiyah:

Sesungguhnya firman Allah bersemayam (Istawa') di atas ‘Arasy-Nya mereka menyatakan sebagai Istaula (bukan istiwa) dan Allah Azza wa-Jalla di setiap tempat

(فى كل مكان)

mereka menentang lenyataan bahawa Allah Azza wa-Jalla di atas ‘Arasy-Nya”. (Lihat: الابانة عن أصول الديانة hlm. 97)

Anonymous said...

Imam Syafie rahimahullah seterusnya menjelaskan:

"Dan Allah Ta'ala di atas 'Arasy-Nya (Dan 'Arasy-Nya) di langit”. (Lihat: Iktiqad Aimmah al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa- Ahmad. Hlm. 40)

Imam Syafie rahimahullah seterusnya menjelaskan lagi:

"Kita menetapkan sifat-sifat (mengithbatkan sifat-sifat Allah) sebagaimana yang didatangkan oleh al-Quran dan yang warid tentang-Nya dari sunnah, kami menafikan tasybih (penyerupaan) tentangNya kerana dinafikan oleh diriNya sendiri sebagaimana firmanNya (Tiada sesuatu yang semisal denganNya)". (Lihat: Iktiqad Aimmah al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa- Ahmad. Hlm. 42)

Imam Syafie rahimahullah telah menjelaskan juga tentang turun naiknya Allah Subhanahu wa-Ta’ala:



وَاَنَّهُ يَهْبِطُ كُلَّ لَيْلَةٍ اِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا بِخَبَرِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ



"Sesungguhnya Dia turun setiap malam ke langit dunia (sebagaimana) menurut khabar dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam". (Lihat: Iktiqad Aimmah al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa- Ahmad. Hlm. 47)



Berkata Imam Syafie rahimahullah:

"Sesungguhnya Allah di atas ‘Arasy-Nya dan ‘Arasy-Nya di atas langit" (Lihat: Iktiqad Aimmah al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa- Ahmad. Hlm. 179)



Mereka sepakat dalam meyakini tentang turun-naiknya Allah iaitu berlandaskan hadis:



يَنْزِلُ رَبُّنَا اِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا كُلَّ لَيْلَةٍ حِيْنَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرِ فَيَقُوْلُ : مَنْ يَدْعُوْنِي فَاَسْتَجِيْبَ لَهُ ، مَنْ يَسْاَلُنِيْ فَاعْطِيْهِ ، مَنْ يَسْتَغفرُنِيْ فَاَغْفِرلَهُ



"Tuhan kita turun ke langit dunia pada setiap malam apabila sampai ke satu pertiga dari akhir malam, maka Ia berfirman: Sesiapa yang berdoa akan Aku perkenankan, sesiapa yang meminta akan Aku tunaikan dan sesiapa yang meminta keampunan akan Aku ampunkan". (H/R Bukhari (1141), Muslim (758), Abu Daud (4733), Turmizi (4393), Ibn Majah (1366) dan Ahmad (1/346))



Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah pernah ditanya tentang di mana Allah.



وَقِيْلَ لِعَبْدِ اللهِ بْنِ الْمُبَارَكِ : كَيْفَ نَعْرِفُ رَبَّنَا ؟ قَالَ : بَاَنَّهُ فَوْقَ السَّمَآءِ السَابِعَةِ عَلَى الْعَرْشِ



"Ketika ditanyakan kepada Abdullah bin al-Mubarak: Bagaimana kita boleh mengetahui di mana Tuhan kita? Beliau menjawab: Dengan mengetahui bahawa Dia di atas langit ketujuh di atas ‘Arasy". (Lihat: As-Sunnah. Hlm. 5. Abdullah bin al-Imam Ahmad)

Allah itu di langit berdasarkan hadis sahih:



قَالَ مُعَاوِيَةُ بْنُ حَكَمُ السُّلَمِي : وَكَانَتْ لِيْ جَارِيَةٌ تَرْعَى غَنَمًا لِيْ اُحُدٍ وَالْجُوَانِيَةِ فَاطَّلَعْتُ ذَاتَ يَوْمٍ فَاِذَا بَالذِّئْبِ قَدْ ذَهَبَ بِشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا وَاَنَا رَجُلٌ مِنْ بَنِيْ آدَمَ اَسَفَ كَمَا يَاْسِفُوْنَ . لَكِنَّيْ صَكَكْتُهَا صَكَّةً فَاَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَيَّ . قُلْتُ يَارَسُوْلَ اللهِ اَفَلاَ اَعْتِقُهَا ؟ قَالَ : اِئْتِنِيْ بِهَا . فَقَالَ لَهَا : اَيْنَ اللهُ ؟ قَالَتْ : فِى السَّمَاءِ . قَالَ : مَنْ اَنَا ؟ قَالَتْ : اَنْتَ رَسُوْلُ اللهِ . قَالَ : اَعْتِقُهَا فِاِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ.



"Berkata Muawiyah bin Hakam as-Sulami: Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwainiyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya. Sedang aku termasuk seorang anak Adam kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka. Kerananya wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku menghadap Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: Wahai Rasulullah, adakah aku harus memerdekakannya!" Jawab Rasullullah: Bawalah wanita itu ke sini. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. “Di mana Allah? Dijawabnya: Di langit. Rasullullah bertanya lagi: Siapa aku? Dijawabnya: Engkau Rasullullah. Maka baginda bersabda: Merdekakanlah wanita ini kerana dia adalah seorang mukminah". (H/R Muslim dan Abi Daud)

"Sesiapa mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas langit, maka sesungguhnya dia telah kafir. Adapun terhadap orang yang tawaqquf (diam) dengan mengatakan: Aku tidak tahu apakah Tuhanku di langit atau di bumi? Berkata al-Imam Abu Hanifah: Sesungguhnya dia telah kafir kerana Allah telah berfirman: Ar-Rahman di atas ‘Arasy al Istiwa" (Lihat: Mukhtasar al-Ulum, Hlm. 137. Imam Az-Zahabi. Tahqiq al Albani)

"Allah berada di atas langit sedangkan ilmu-Nya di tiap-tiap tempat (di mana-mana), tidak tersembunyi sesuatupun daripada-Nya" (Lihat: Mukhtasar al-Ulum, Hlm. 137. Imam Az-Zahabi. Tahqiq al Albani, Hlm. 140)

"Benar, Allah di atas Arasy-Nya dan tidak sesiapapun yang tersembunyi daripada pengetahuan-Nya" (Lihat: Mukhtasar al-Ulum, Hlm. 137. Imam Az-Zahabi. Tahqiq al Albani, Hln. 188)

"Barangsiapa TIDAK menetapkan Allah Ta'ala di atas ‘Arasy-Nya dan Allah istiwa di atas tujuh langit-Nya, maka ia telah kafir dengan Tuhannya". (Lihat: Ma'rifah Ulum al-Hadis. Hlm. 84. Riwayat yang sahih, dikeluarkan oleh al-Hakim)

Berkata lagi Imam Ibnu Khuzaimah (dari kalangan ulama as-Syafieyah):

"Kami beriman dengan khabar dari Allah Jalla wa-'Ala sesungguhnya Pencipta kami Ia beristiwa (bersemayam) di atas ‘Arasy-Nya. Kami Tidak mengganti/mengubah kalam (firman) Allah dan kami tidak akan mengucapkan perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada kami sebagaimana (perbuatan kaum) yang menghilangkan sifat-sifat Allah seperti golongan Jahmiyah yang pernah berkata: Sesungguhnya Dia istawla (menguasai) ‘ArasyNya bukan istiwa (bersemayam). Maka mereka telah mengganti perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada mereka, ini menyerupai perbuatan Yahudi tatkala diperintah mengucapkan: Hithtatun (Ampunkanlah dosa-dosa kami), tetapi mereka mengucapkan (mengubah): Hinthah (makanlah gandum)! Mereka (kaum Yahudi) telah menyalahi perintah Allah Yang Maha Agung dan Maha Tinggi maka seperti itulah (perbuatan kaum) Jahmiyah". (Lihat: Kitabut Tauhid Fi Ithbatis Sifat. Hlm. 101. Oleh Ibnu Khuzaimah)

Beliau menjelaskan:

"Tidak boleh mensifatkan Allah bahawa Ia berada di tiap-tiap tempat. Bahkan (wajib) mengatakan: Sesungguhnya Allah di atas langit (yakni) di atas ‘Arasy sebagaimana Ia telah berfirman: Ar-Rahman di atas ‘Arasy, Ia beristiwa.(Surah Taha, 20:5) Dan wajiblah memutlakkan sifat istiwa tanpa takwil, sesungguhnya Allah istiwa dengan Zat-Nya di atas ‘Arasy. Keadaan-Nya di atas ‘Arasy disebut pada tiap-tiap kitab yang Ia turunkan kepada tiap-tiap Nabi yang Ia utus tanpa bertanya (para nabi yang diutus tidak bertanya): Bagaimana caranya (Allah istiwa di atas ‘ArasyNya)?" (Lihat: Fatawa Hamwiyah Kubra. Hlm. 84)

Imam Az-Zahabi, salah seorang ulama besar bermazhab Syafie:

“Sesiapa mengingkari bahawa Allah ‘Azza wa-Jalla di langit, maka dia seorang yang kafir”. (Lihat: مختصرالعلو للعلي الغفار oleh al-Hafiz Syamsuddin az-Zahabi. Hlm. 137).

Nawawi-

Anonymous said...

Pertama, kamu yang terjemah perkataan2 ulama' yang menetapkan yadd Allah kepada menetapkan "tangan Allah".

Mereka tidak pernah memahami Yadd Allah dengan makna zahirnya iaitu "tangan Allah". Baca bagi habis perkataan Al-Asy'ari, ketika menjawab muktazilah, dia kata:

"Kami memahami yadd itu dengan bukan kejisiman..."

Maknanya, dia tidak memahami yadd itu dengan makna zahirnya.

Kamu kena bezakan antara lafaz, makna zahir lafaz dan makna kiasan. Lafaz lain. Makna zahir lain.

Kamu yang pandai2 terjemahkan Yadd kepada tangan, sedangkan para salafus soleh menetapkan lafaz-lafaz tersebut tanpa memahaminya dengan makna zahirnya, sedangkan menterjemahkannya kepada bahasa Melayu, dengan makna zahirnya adalah bercanggah dengan salafus-soleh.

, Imam Sufian bin Uyainah r.a. berkata: “Apa yang disifati oleh Allah s.w.t. tentang diriNya dalam kitabNya, maka bacaan perkataan tersebut (seperti yadd) ialah tafsirannya (maknanya, cukuplah dengan menyebut perkataan tersebut, maka itulah yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t., tanpa perlu tahu makna sebenar dari sudut bahasa ataupun sebegainya- penulis). Tidak boleh seseorang menafsirkannya dengan Bahasa Arab (dengan mengisbatkan sifat tersebut dari sudut Bahasa Arab seperti manhaj Ibn Taimiyah yang akan dibahaskan selepas ini) ataupun menafsirkannya dengan bahasa Farsi (merujuk kepada menterjemahkan perkataan tersebut kepada bahasa asing, menurut maknanya dari sudut Bahasa Arab, seperti menterjemahkan perkataan Yadd Allah kepada tangan Allah)” (Al-Asma’ wa As-Sifat: 314).

Hati2 saudara. Kamu telah menyalahi salafus soleh dengan menterjamahkan nas-nas mutasyabihat kepada bahasa Melayu mengikut makna zahirnya. Kamu tahu tak beza antara lafaz zahir dengan makna zahir? Lafaz zahir tidak semestinya membawa makna zahir kerana dalam bahasa Arab, ada ilmu balaghah dan majaz. Mudah2an kamu pernah belajar ilmu itu.

Ta'wil itu sendiri bukan suatu yang tercela. Selagimana ta'wil itu sesuai dengan keadah bhasa Arab dan sesuai dengan kaedah kiasan (majaz) bahasa Arab, maka ianya dibenarkan.

Contoh ta'wil salafus-soleh:


Imam Ad-Dhihak r.a. dan Abu Ubaidah r.a. menta’wilkan firman Allah s.w.t.: “Setiap benda akan musnah kecuali WajahNya”. Wajah Allah s.w.t. dalam ayat tersebut bermaksud: ZatNya. (Daf’u Syibahu At-Tasybih oleh Imam Ibn Jauzi: 31).

Dalam ayat “Dan langit itu Kami (Allah) dirikan dengan ayydin (tangan-tangan dalam Bahasa Melayu)…” Imam Ibn Abbas r.a. menta’wilkan aydin dengan makna kekuasaan. (Tafsir At-Tabari: 27/6)

Dalam ayat berbunyi: “Telah datang Tuhanmu” (Al-Fajr: 22), Imam Ahmad bin Hanbal r.a. telah menta’wilkannya dengan makna: telah datang pahala (dari) Tuhanmu” (Al-Bidayah wa An-Nihayah: 10/328)

Jadi, jelas. Ta'wil itu sendiri bukan suatu yang tercela. Jika kamu berani mencela konsep ta'wil, maknanya kamu berani mencela para salafus soleh yang juga menta'wilkan sebahagian nas-nas mutasyabihat. Janganlah ta'asub dengan sesetengah yang jumud dalam berinteraksi dengan bahasa Arab. Semua orang boleh copy n paste hat orang punya, tapi tak kaji masalah ini secara adil dan terbuka.

Allah fis samaa' itu bukan bererti Allah di langit secara bertempat, tetapi Allah s.w.t. Maha Tinggi kedudukanNya.

وقال الحافظ ابن الجوزي في دفع شبه التشبيه بعد رواية حديث معاوية بن الحكم: قلت قد ثبت عند العلماء أن الله تعالى لا يحويه السماء والأرض ولا تضمه الأقطار وإنما عرف بإشارتها تعظيم الخالق عندها.اهـ

Ibn Jauzi sendiri dalam buku Daf' Syubhah At-Tasybih ketika syarah hadith Muawiyah berkata:

"Telah tetap di sisi ulama' bahawa Allah tidak diliputi (tidak menempati) langit mahupun bumi. Tidak juga dirangkumi oleh pelusuk tempat. Sesungguhnya, difahami isyarat perempuan tersebut tentang keagungan Allah s.w.t. di sisinya."

قال الإمام الحافظ ابن الجوزي الحنبلي ما نصه : الواجب علينا أن نعتقد أن ذات الله تعالى لا يحويه مكان ولا يوصف بالتغير والانتقال صيد الخاطر
(ص47 ) .

dalam Saidul KHatir juga, Imam Ibn Jauzi kata: wajib kita beriman bahawa zat Allah s.w.t. itu, tempat tidak meliputiNya. Dia tidak bersifat dengan berubah2 mahupun berpindah2. (m/s 47)

Terlalu bnyk perkataan salafus soleh yang menafikan tempat bagi Allah...

Antaranya (dalam arabic, kamu terjemahlah sendiri, sebab saya yakin kamu alim dalam ilmu bahasa Arab. Kalau tak, takkan berani bahas berkenaan maslh ni.):

1- قال سيدنا علي رضي الله عنه:( كان- الله- ولا مكان ، وهو الان على ما- عليه- كان اهـ. أي بلا مكان ) الفرق بين الفرق لأبي منصور البغدادي (333).

2- وقال أيضا: ( إن الله تعالى خلق العرش إظهارًا لقدرته لا مكانا لذاته ) الفرق بين الفرق لأبي منصور البغدادي ( 333)

3- وقال أيضا: ( من زعم أن إلهنا محدود فقد جهل الخالق المعبود . ) حلية الأولياء: ترجمة علي بن أي طالب (73/1).

4- وقال التابعي الجليل الإمام زين العابدين علي بن الحسين بن علي رضي الله عنهم ما نصه: ( أنت الله الذي لا يحويك مكان ) إتحاف السادة المتقين (4/ 380) .

5- وقال أيضا : ( أنت الله الذي لا تحد فتكون محدودا ) إتحاف السادة المتقين (4/ 380)

6- وقال الامام اب حنيفة النعمان رحمه الله ( قلت : أرأيت لو قيل أين الله تعالى ؟ فقال - أي أبو حنيفة : يقال له كان الله تعالى ولا مكان قبل أن يخلق الخلق ، وكان الله تعالى ولم يكن أين ولا خلق ولا شىء ، وهو خالق كل شىء ) الفقه الأبسط ضمن مجموعة رسائل أبي حنيفة بتحقيق الكوثري (ص 25) ، ونقل ذلك أيضا المحدث الفقيه الشيخ عبد الله الهرري المعروف بالحبشي في كتابه الدليل القويم (ص54)..

7- وقال أيضا : ( ونقر بأن الله سبحانه وتعالى على العرش استوى من غير أن يكون له حاجة إليه واستقرار عليه ، وهو حافظ العرش وغير العرش من غير احتياج ، فلو كان محتاجا لما قدر على إيجاد العالم وتدبيره كالمخلوقين ، ولو كان محتاجا إلى الجلوس والقرار فقبل خلق العرش أين كان الله، تعالى الله عن ذلك علوا كبيرا ) كتاب الوصية ، ضمن مجموعة رسائل أبي حنيفة بتحقيق الكوثري (ص/ 2)، وذكره الشيخ الهرري كذلك في كتابه السابق .

8- وقال الإمام جعفر الصادق بن محمد الباقر بن زين العابدين علي بن الحسين رضوان الله عليهم ما نصه : ( من زعم أن الله في شىء ، أو من شىء ، أو على شىء فقد أشرك . إذ لو كان على شىء لكان محمولا، ولو كان في شىء لكان محصورا ، ولو كان من شىء لكان محدثا - أي مخلوقا ) ذكره القشيري في رسالته المعروفة بالرسالة القشيرية (ص6)..

9- وقال الإمام العز بن عبد السلام الشافعي في كتابه (حل الرموز) في بيان مراد أبي حنيفة ما نصه : ( لأن هذا القول يوهم أن للحق مكانا ، ومن توهم أن للحق مكانا فهو مشبه ) نقله ملا علي القاري في شرح الفقه الأكبر بعد أن انتهى من شرح رسالة الفقه الأكبر (ص 198).

10- وأيد ملا علي القاري كلام ابن عبد السلام فقال : ( ولا شك أن ابن عبد السلام من أجل العلماء وأوثقهم ، فيجب الاعتماد على نقله ) نقله ملا علي القاري في شرح الفقه الأكبر بعد أن انتهى من شرح رسالة الفقه الأكبر (ص 198).

13- وقال الإمام محمد بن إدريس الشافعي رضي الله عنه ما نصه : ( إنه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكان لا يجوز عليه التغيير في ذاته ولا التبديل في صفاته ) إتحاف السادة المتقن (2/ 24).

Tengok. Semua ulama' salafus-soleh menafikan tempat bagi Allah s.w.t.. Maknanya, mereka tidak memahami "fis sama'" dan ala al-arasy dengan makna zahirnya, seperti yang kamu (konon2 salafi) faham.

Mereka menetapkan lafaz perkataan-perkataan tersebut tanpa menetapkan makna2 zahirnya. Beza antara tetapkan lafaz tanpa tetapkan makna zahir dengan tetapkan lafaz dan makna zahir.

Ahlus sunnah Salafus-Soleh menetapkan lafaz nas-nas mutasyabihat tanpa menetapkan makna zahirnya, sedangkan golongan hasyawiyah dan mujassimah zaman salaf, menetapkan lafaz nas-nas mutasyabihat serta menetapkan makna zahirnya. Nampak gayanya, kamu lebih cenderung kepada salaf yang kedua (menetapkan makna zahir nas-nas tersebut) sehingga berani menterjemahkan Yadd kepada tangan dengan makna zahirnya, sedangkan Sufiyan bin Uyainh menegahnya.

Nauzubillah. bertaubatlah...

Hamba Allah

Malik

Anonymous said...

saya sudah sertakan kepada kamu secara nas, di mana salafus soleh menafikan tempat bagi Allah s.w.t..

Kamu pula menukilkan nas-nas yang menunjukkan salafus-soleh menetapkan "lafaz-lafaz" mutasyabihat.

Jadi, hakikatnya, kamu yang keliru sesuatu point yang penting dalam menggabungkan nukilan saya (salafus-soleh tolak fahaman Allah bertempat dan berjisim) dan nukilan kamu (salafus-soleh tetapkan sifat-sifat mutasyabihat).

Pointnye ialah:

Salafus-soleh memang menetapkan lafaz bagi nas-nas mutasyabihat tersebut (seperti nukilan kamu) dalam masa yang sama, tidak menetapkan makna zahir (dari sudut bahasa) perkataan-perkataan tersebut. Mereka tahu, bukan makna zahir yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. daripada perkataan tersebut, tetapi ada makna lain yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t..

Sebab itu Allah s.w.t. berfirman: "...tiada yang mengetahui ta'wilnya (nas-nas mutasyabihat tersebut) kecuali Allah..."

Masalah wakaf dalam ayat ini tak perlu dibincangkan. Yang penting, salaf dan khalaf sepakat, adanya ta'wil (makna lain selain daripada makna zahir) bagi perkataan-perkataan mutasyabihat tersebut.

Sebahagian Salafus soleh berpendapat, hanya Allah s.w.t. yang mengetahui ta'wilnya (makna lainnya). Sebahagian ulama' khalaf kata, ahli ilmu pun boleh tahu ta'wilnya dengan ilmu yang Allah s.w.t. berikan kepada mereka, sesuai dengan memahami waw dalam ayat tu sebagai wawul athof.

Yang penting, salaf dan khalaf sepakat bahawa, ada "ta;wil" (makna lain) bagi nas-nas mutasyabihat tersebut dan bukan makna zahir yang dimaksudkan. Inilah aqidah ahlus sunnah dalam masalah ini.

Kamu dan golongan kamu, (konon2 salafi) terkeluar daripada ikatan keseragaman ahlus-sunnah dalam masalah ini kerana berani menetapkan makna zahir nas-nas mutasyabihat tersebut (sedangkan Allah s.w.t. sendiri beritahu, ada ta'wil (makna lain) bagi perkataan tersebut, yang hanya diketahui oleh Allah) bahkan berani menterjemahkannya ke bahasa lain dengan makna zahirnya (sedangkan Sufiyah ibn Uyaynah menegahnya).

Ini suatu kekeliruan yang nyata. Bertaubatlah kepada Allah s.w.t..

Menetapkan makna zahir bagi nas-nas mutasyabihat adalah fahaman tajsim. Para ahlus-sunnah menetapkan lafaz nas-nas tersebut tanpa menetapkan makna zahirnya, sesuai dengan kaedah bahasa Arab yang ada konsep kiasan.

Kembalilah ke pangkal jalan. Janganlah ta'asub...

Hamba Allah

Malik

Anonymous said...

assalaamu 'alaikum, Malik,

kaedah anda sungguh memeningkan...

Anonymous said...

Yang mana kaedah saya? Tu sume kaedah bahasa Arab. Belajar sastera Arab, jumpelah. Tak susah kalau nak belajar. Kalau ta'asub yang susah.

Semoga Allah fahamkan kita semua, amin...

Dalam bahasa Arab, ada bab kalimah.

Setiap kalimah, ada makna.

Kalau satu kalimah tu ada banyak makna, maknanya lafaz musytarak, macam ain, dalam bahasa Arab byk maksud. Mata, mata air, spy dll.

Kalimah itu sendiri dinamakan sebagai lafaz.

Dari sudut kefahaman tentang kalimah, ada dua jenis kefahaman.

Pertama, makna hakiki.

Iaitu, makna zahir sesuatu perkataan/lafaz menurut bahasanya.

Ia digunakan dalam ayat yang biasa.

Kedua, makna majazi.

Iaitu, makna kiasan daripada sesuatu perkataan.

Ia digunakan dalam ayat sastera yang dikenali sebagai kaedah kiasan.

Makna majazi atau kiasan ini namanya ta'wil.

Ini kaedah asas bahasa Arab.

Oleh itu, kita tunjuk contoh2 bagi kaedah tersebut.

Pertama: Makna hakiki-

Ayat:

Harimau dalam hutan.

Lafaz harimau itu boleh membawa kepada makna hakiki kerana tiada sebab yang menyebabkan perlu memalingkannya kepada makna majazi.

Kedua: Mkna Majazi:

Ayat:

Harimau memandu kereta.

dalam ayat ini, ia boleh difahami dengan makna lain iaitu kiasan kerana ada sebab yang memalingkannya iaitu logik akal.

Makna kiasannya:

Seorang yang garang memandu kereta.

Dari sudut ilmu bahasa, makna majazi itu lebih tepat kepada realiti sesuai dengan logik akal. Tapi, kita tak ingkar penggunaan perkataan harimau tersebut. Cuma kita kata, ia hanya kiasan.

Ni contoh.


Dalam nas-nas mutasyabihat pun gitu jugak. Salafus-salaf lebih memahami hal ini dari kita.

Jadi, bila berhadapan dengan mutasyabihat seperti yadd Allah dll, mereka kata:

Yadd Allah itu, kita beriman dengan lafaznya, tapi tidak memahaminya dari sudut zahirnya (makna hakiki). Hanya Allah yang tahu maknanya (makna kiasan tersebut). Jadi, hanya Allah sahaja yang tahu ta'wilnya (makna kiasan tersebut). Maknanya, yadd Allah bukan suatu lafaz jenis pertama (perlu difahami dengan makna hakikinya iaitu tangan)menurut salaf, tapi ada makna lain (makna majazi) yang dimaksudkan oleh Allah, yang hanya diketahui oleh Allah.

Jadi, nas-nas mutasyabihat seperti yadd dll menurut salafus-soleh adalah kiasan, tapi tak tahu makna kiasannya.

Tapi, ulama' khalaf dengan dalil surah Ali Imran tu juga, tapi berbeza kaedah pemahamannya (waw athof) walaupun sepakat dengan salafus-soleh bahawa, nas-nas mutasyabihat itu adalah suatu kiasan, namun mereka memberi makna kiasan tersebut sesuai dengan petunjuk ayat, sesuai dengan kaedah bahasa Arab dan sesuai dengan aqidah Islam.

Bagi makna kiasan tetap tidak menafikan lafaz perkataan yadd, tapi memberi makna lain selain daripada makna zahirnya. Ini yang orang wahhabi tak faham.

Depa ingat, semua yang dita'wilkan bererti menafikan. Ulama' bahasa mana yang cakap, ta'wil itu nafi? Ta'wil tu tetap akui lafaz, cuma bagi makna selain dari makna hakikinya. Tu je.

Nak belajar ilmu, ambillah dari awal. Ini masalah yang tinggi yang mana, orang awam zaman salafus-soleh tak pernah bahas.

tau-tau, kita yang bahasa Arab tak seberapa ni, pandai2 nak bahas (walaupun copy paste), bahkan berani membuat kesimpulan yang menyalahi manhaj sebenar salafus soleh dan majoriti umat Islam.

Masalah ta'wil, memang jelas ada dalam kaedah bhasa Arab. Takkan sebab ta'asub, sanggup ingkar jugak. Hati2... Allah akan persoalkan...

Sekian...

Hamba Allah

Malik

Anonymous said...

Assalamu'alaikum sahabat2 semua.

Berkaitan contoh ayat bahasa arab yg dberi Malik.
"Harimau memandu kereta"
Logik je kalau harimau terlatih. oleh kerana itu KATA KATA MANUSIA sbb tu boleh di ta'wil.

KATA2 ALLAH nak di takwil..pernahkah ALLAH mewahyukan kepada kamu terus Malik. Kamu pun guna pakai pendapat2 ulamak n method tertentu. SIAPA YG KATA DIA LAYAK menterjemah KATA2 ALLAH (istiwa' kpd istaula').Ini perkara ghaib dan jelas dlm AL Quran ALLAH sahaja yg Tahu. Melampau kamu, Malik!!! jika kamu mengutarakan pendapat dari yg kamu bgtau tadi, maknanay kamu MENGINGKARI HADITH SAHIH DAN PENDAPAT ULAMAK SALAF YG MUJTABAR, yg lebih ARAB dari KAM. Jelas kamu memutar belit dan mengingkari Al Qur'an n hadith shahih, malahan memberi terjemahan sesuka hati nafsumu. Bertaubatlah! Semua ilmu2 ghaib hanya diketahui ALLAH. Bukan bangsa arab je yg kene memahami AL Qur'an, bangsa Jepun, India, CIna, Tamil, pelbagai bangsa. Bgaimana nak memahami? dengan isyarat tangan kamu ke? Masing2 ada bahasa masing2 dan ulamak dari bangsa masing2 yg tarjemah- ArRahmaanu alal arshistawa' - Ar Rahmaan bersemayam(makna palin tepat n hmpir dlm BAHASA MELAYU) di atas arasyi - dan bagi malik pula = ArRahmaan beristiwa' di atas arasyi. Ini bahasa rojak namanye. campur2. orang islam jepun mesti tanya istiwa' dalam bahasa jepun tu apa. Malik nk cakap apa? buat isyarat tangan ke? Subhanallah. Janganlah melampaui batas.

Hamba ALLAH.

Anonymous said...

besemayam :- beriman pd zahirnya sbb ia perkara gha'ib,bagaimana di mana atau apa itu soalan2 melampau, bida'ah, syirik n haram. jika bertanya sampai demikian bermakna cuba membayangkan ia dengan sifat makhluk sedangkan aqal manusia tidak dapat memahami smpai kpd perkara2 ghaib dan ilmu itu hanya milik ALLAH. Sudah di wahyukanNYA di mana dia, beriman sahaja - ArRahmaanu alal arshistawa'.(BAHSA MELAYU UTK DIFAHAMI MELAYU ISLAM SECARA ZAHIR PULA- ArRahmaan bersemayam di atas arasy. Malik, jika kamu mengingkari ayat seumpama itu, bagaimana pula dengan kalimah biasa ALLAH Maha Mendengar? - kamu menyamakan cara ALLAH mendengardgn makhluk ke? Sedangkan ALLAH sudah menerangkan dalam wahyuNYA - Sedangkan Rasulullah tidak menta'wilnya, apakan pula kamu, malik.

Hamba ALLAH.

Nawawi Bin Subandi said...

Saya ada buku yg baik untuk para pembaca atau mereka yg mengikuti blog ini,

Dapatkanlah buku tulisan sheikh al-Utsaimin, berjudul al-Qowa'idul Mustla... Dah diterjemah ke bahasa melayu/indonesia...

insyaALLAH, saya akan bawakannya ke dalam blog saya..

buku yg sangat baik dalam memahami nama2 & sifat2 Allah...

ia memberikan kaedah2 yang baik. banyak mengambil pendapat Ibnu Qayyim dan beberapa pendapat ulama2 salaf...

sekian,
Nawawi

Rujuk juga artikel ini:

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2008/03/049-allah-istiwa-bersemayam-di-atas.html

Anonymous said...

Wahai hamba Allah... (sy pun hamba Allah jugak, alhamdulillah)

Untuk tahu nas-nas mutasyabihat itu ada ta'wilnya, bkn sebab Allah da bagi wahyu kepada sesiapa, tetapi kepada Nabi s.a.w. sendiri?

Takkan tak pernah khatam Qur'an?

Baca surah Ali Imran, jumpalah ayat: "tiada yang tahu ta'wil kecuali Allah..."

Maknanya, Allah s.w.t. yg tahu ta'wil bagi nas-nas mutasyabihat?

Kalau nas-nas mutasyabihat itu perlu ditetapkan makna zahirnya, buat apa Allah s.w.t. firman, Dia tahu ta'wil, sedangkan perlu tetapkan dengan makna zahir?

Ini pun tak faham, susahlah.

Ulama' wahhabi kata: Tuhan beristawla "dengan zatNya"? Dari mana dapat penambahan dengan zatNya tu wahai ahlul bid'ah? Bagilah dalil?

Jgnlah ta'asub. Siapa kata takde ta'wil dalam hadith-hadith Sahih? Dah baca habis ke?

Hamba Allah:

Malik

Anonymous said...

Wahai Nawawi...Sufiyan bin Uyainah itu lebih salaf dari Ibn Qayyim.

Majoriti salaf "tafwidh" iaitu serahkan makna sebenar kepada Allah s.w.t. sebab Allah s.w.t. berfirman, Dia tahu ta'wilnya. Siapa kita nak tetapkan maknanya? Siap terjemah ke bersemayam pulak? Dari kaedah apa istawa itu kepada bersemayam?

Dari kaedah bahasa Melayu?

Habis, dalam kaedah Arab sendiri ada kaedah majazi, kamu tolak kaedah majazi dalam masalah ini, sedangkan Allah s.w.t. menetapkannya dalam surah Ali-Imran, tiba-tiba guna kaedah bahasa Melayu pula bagi mengganti kaedah Bahasa Arab?

Si "Hamba Allah" pun ada dapat wahyu ke, yang bagitau, istiwa itu perlu difahami dengan zahirnya, tanpa ta'wil sama sekali, sedangkan Allah s.w.t. sendiri ingatkan bahawa, nas-nas mutasyabihat ada ta'wilnya?

Ya salam...

Allah yahdikum..amin..

Hamba Allah...

Malik

Anonymous said...

orang-orang wahhabi yang tolak tawil ini mana dalilnya?

Kalau memang nak ikut salafus-soleh, salafus-soleh tafwidh, iaitu tidak faham dengan makna zahir, lalu menyerahkan makna sebenar nas-nas mutasyabihat
kepada Allah.

Nak aqidah salafus-soleh sangat?

Imam At-Tohawi (321H) berkata juga: “Maha Tinggi dan Suci Allah s.w.t. daripada sebarang had, sempadan, anggota, dan alat. Dia tidak tertakluk dalam mana-mana sudut yang enam (tidak bertempat).” (As-Siqaat: 1/1)

Imam Ibn Hibban r.a. juga berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak tertakluk kepada tempat dan masa” (Al-Ihsan fi tartib sahih Ibn Hibban: 4/8)

Hah, Imam At-Tohawi lebih salaf ke Ibn Qayyim? Kalau semua orang yang bercanggah dengan salafus-soleh boleh mengaku salaf, orang Islam Liberal pun nak mengaku salaf.

Na'uzubillah...

Kalau ta'wil ijaz dengan ta'wil tafsil pun tak faham, bagaimana boleh mengaku faham hadith?

Bagi dalil salafus-soleh tak ta'wil?

Mereka menafikan makna zahir pun dah menunjukkan ta'wil dah. iaitu: memalingkan "lafaz" daripada makna zahirnya lalu menyerahkan makna sebenar kepada Allah s.w.t..

Bagusnya golongan pengaku salaf zaman sekarang yang menetapkan makna zahir lalu menisbahkan kepada salafus-soleh sedangkan salafus-soleh tak pernah suruh tetapkan makna zahir.

Nah, tengok apa salafus-soleh kata. Asyik ta'asub pun tak guna.

Imam Abu Hanifah r.a. (150H) berkata: Allah s.w.t. itu wujud tanpa bertempat sebelum Dia menciptakan makhluk. Maka, Allah s.w.t. wujud tanpa di mana...(Al-Fiqh Al-Absath: 25)

وقال الإمام محمد بن إدريس الشافعي رضي الله عنه ما نصه : ( إنه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكان

Imam Syafie: "Allah itu wujud tanpa bertempat. Dia yg ciptakan tmpat sdgkan Dia bersifat dgn sft azali seadanya sebelum Dia ciptakan tempat (Itthaf Saadah Muttaqin: 2/24)

Yang korang pi faham istiwa itu dengan maksud bertempat di atas Arasy, dapat wahyu dari mana? Memang lebih salaf dari Imam At-Tohawi, Imam As-Syafi'e, Imam Abu Hanifah dan lain2?

Korang baca buku salaf yang mana ni?

Soleh Fauzan ke? Uthaimin ke? Bin Baz ke?

Memang diorang tu lebih salaf ke berbanding Imam As-Syafi'e, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan sebagainya yang tak faham nas mutasyabihat dengan mkna zahir?

Na'uzubillah..Allah yahdikum..amin...


Yang prihatin kepada korang

Hamba Allah

Malik

Anonymous said...

Janganlah menipu orang awam kononnya salafus-soleh tak ta'wil nas-nas mutasyabihat.

Mereka samada ta'wil ijaz/tafwidh (memalingkan lafaz dari makna zahir kepada makna yang hanya Allah s.w.t. saja yang tahu) ataupun ta'wil tafsil, iaitu bagi makna lain bagi lafaz tersebut.

Tak caya salafus-soleh ta'wil?

قوله تعالى : ( والسماء بنيناها بأيد
قال ابن عباس رضي الله عنه : "بقوة " نقله الحافظ ابن جرير الطبري ( 7 / 27 ) .

وقد نقل الحافظ ابن جرير في تفسيره ( 7/27) تأويل لفظة ( أيد ) الواردة في قوله تعالى :
( والسماء بنيناها بأيد وإنا لموسعون ) بالقوة أيضا عن جماعة من أئمة السلف منهم :
مجاهد وقتادة ومنصور وابن زيد وسفيان .

Paham ke tak tu?

Pada ayat Qur'an yang berbunyi

"Dan langit itu Kami bina dengan "aydin"..."

Ibn Abbas menta'wilkan perkataan "aydin" (makna bahasa Melayu: tangan-tangan) kepada kekuasaan (quwwah). (Riwayat Ibn Jarir At-Tabari 7/27)

Ibn Jarir turut menaqalkan (meriwayatkan) ta'wil aydin kepada kekuasaan daripada sebahagian ulama' salaf (bukan salaf tiruan, ini salaf betul2) seperti: Mujahid, Qotadah, Mansur, Ibn Zaid dan Sufian... (ibid)

Memang Allah s.w.t. wahyukan kepada
Ibn Abbas, Qotadah, Mujahid, Mansur, Ibn Zaid dan Sufiyan ke (tiru ayat "hamba ALLAH")?

نقل الحافظ ابن كثير في " البداية والنهاية " ( 10 / 327 ) فقال : " روى البيهقي عن الحاكم عن أبي عمرو بن السماك عن حنبل أن أحمد بن حنبل تأول قول الله تعالى : ( وجاء ربك ) أنه : جاء ثوابه . . ثم قال البيهقي : وهذا إسناد لا غبار عليه " .

Imam Ibn Kathir (antara ulama' ferver wahabi) meriwayatkan dalam Al-Bidayah wa An-Nihayah 10/327):

Imam Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Al-Hakim daripada Abi 'Amr bin As-Sammak daripada Hanbal, bahawasanya Imam Ahmad bin Hanbal menta'wilkan ayat "Ja'a Robbuk.." (maksud bahasa Melayu: Tuhanmu datang):- Maksudnya, Pahalamu telah datang.

Imam Al-Baihaqi kata, sanad ini tiada kecelaan baginya.

Tak puas lagi ke dalil-dalil membuktikan salafus-soleh tak tolak ta'wil mentah2 macam korang?

Bacalah buku2 lain. Asyik baca buku Soleh Fauzan, Uthaimin, Al-Albani, Bin Baz je, memanglah tak kemana.Itu bukan kaji, tu ta'asub namanya. ;)

Allah yahdikum...

Saudara yang prihatin kepada korang

Hamba Allah

Malik...

p/s jgn block lg ya. Doakan sy selalu ya wahai saudara Nawawi dan geng2 (antara tawasssul yang dibenarkan oleh Wahhabi: minta orang hidup doakan kita).

Anonymous said...

Wahai "hamba Allah"...setelah dinukil ta'wil-ta'wil para salafus-soleh terhadap nas-nas mutasyabihat, dari pelbagai sumber yang berbeza (banyak lagi nak nukilkan ni, insya Allah) masihkah ta'asub lagi?

Kalau ta'wil tu melampau, kesian salafus-soleh dituduh melampau.

Kalau ta'wil itu secara mutlaknya "rojak", kesian salafus-soleh yang telah kamu tuduh "merojak-rojakkan" itu. Kamu belajarlah bahasa Arab elok2. Ta'wil bukan rojak. Ta'wil ada. Allah s.w.t. pun dah bagitau dah (Ali-Imran). Tinggal nak beriman atau tidak je.

Wallahu a'lam...

Saudaramu yang mengasihi kalian semua...

Hamba Allah (jugak)

Malik

Anonymous said...

Hamba Allah kata:

besemayam :- beriman pd zahirnya sbb ia perkara gha'ib,bagaimana di mana atau apa itu soalan2 melampau, bida'ah, syirik n haram.

Malik nak tanya (sebab jahil):

Mana dalil perlu beriman kepada zahir istiwa sedangkan Allah s.w.t. beritahu kita, ada ta'wil bagi nas-nas mutasyabihat? Ada ta'wil bererti, bukan makna zahir yang dmaksudkan oleh Allah.

Siapa kita, bila Allah s.w.t. kata, ada ta'wil, bukan zahir yang dimaksudkan, kita pandai buat kaedah, perlu beriman dengan zahir nas-nas mutasyabihat tersebut?

Salafus-soleh yang mana yang cakap gitu?

Yang tanya di mana sekarang, Si Nawawi tu sendiri. Siap buat tajuk lagi, pakai hadith yang ithirab dan ahad. Hadith ahad bukan boleh jadi hadith aqidah. Imam Muslim pun guna hadith tu dalam bab "bercakap membatalkan solat", bukan dalam bab "iman".

Memang betullah, yang bertanya, di mana, bagaimana dan sebagainya istiwa itu melampau. :)

Hamba Allah kata lg:-

jika bertanya sampai demikian bermakna cuba membayangkan ia dengan sifat makhluk sedangkan aqal manusia tidak dapat memahami smpai kpd perkara2 ghaib dan ilmu itu hanya milik ALLAH. Sudah di wahyukanNYA di mana dia, beriman sahaja - ArRahmaanu alal arshistawa'.(BAHSA MELAYU UTK DIFAHAMI MELAYU ISLAM SECARA ZAHIR PULA- ArRahmaan bersemayam di atas arasy.

Malik yg jahil nak tanya lagi:

dalam ayat Ar-Rahman itu, takda cerita pun Tuhan di mana. Bahkan, istiwa itu bukan menjawab soalan di mana.

Kalau semua nak tetapkan makna zahir, ayat yang kata Dia bersama-sama kamu di mana kamu berada, maknanya bercanggah dengan makna ayat beristiwa dengan makna zahir.

Kalau tetapkan ayat istiwa dengan makna zahir, tapi ayat kebersamaan dengan ta'wil "ilmu Allah", itu double standart namanya.

Mana dalil istiwa itu perlu ditetapkan makna zahir tetapi bersama itu dita'wil. Padahal, wahhabi sendiri tolak ta'wil.

Dapat wahyu ke, mengutamakan ayat istiwa dengan makna zahir berbanding ayat kebersamaan Allah dengan manusia? Atau pandai2 korang je?

Atau tak pernah jumpa ayat: "Wa Huwa Ma'akum ainama kuntum"?

Pelik2. Korang pandai2 reka kaedah untuk Al-Qur'an ikut korang ke?

Hamba Allah tanya pulak:

Malik, jika kamu mengingkari ayat seumpama itu, bagaimana pula dengan kalimah biasa ALLAH Maha Mendengar? - kamu menyamakan cara ALLAH mendengardgn makhluk ke? Sedangkan ALLAH sudah menerangkan dalam wahyuNYA - Sedangkan Rasulullah tidak menta'wilnya, apakan pula kamu, malik.

Malik yang jahil pun nak tanya jugak:

Mendengar itu membawa makna jisim ke?

Tak tau beza ke dari sudut bahasa Arab, mendengar dengan perkataan tangan?

Mendengar tu sifat berbentuk maknawi, tetapi tangan itu, dalam bahasa Arab, bukan sifat seperti yang difahami dari perkataan mendengar, tapi tangan ialah anggota tubuh (atau sifat zat). Takkan tak pernah belajar tu kot?

Hakikat mendengar Allah s.w.t. bukan macam hakikat mendengar kita, yang terbatas dan menggunakan alat iaitu telinga.

Sedangkan, Imam Tohawi kata:
“Maha Tinggi dan Suci Allah s.w.t. daripada sebarang had, sempadan, anggota, dan alat. Dia tidak tertakluk dalam mana-mana sudut yang enam (tidak bertempat).” (As-Siqaat: 1/1)

Imam Al-alusi berkata dalam tafsir beliau (ruhul ma'ani): "Sesiapa kata Allah berjisim seperti jisim kita, maka dia telah kufur. Sesiapa kata Allah s.w.t. berjisim tetapi bukan seperti jisim kita bererti dia telah adalah ahli bid'ah"

Ibn Jauzi kata dalam buku "daf'syubh At-Tasybih" karangan beliau sndiri:

"Sebahagian mereka (mujassimah) menggunakan zahir daripada nas-nas asma' dan sifat, lalu menetapkannya dengan sifat yang bid'ah, tanpa sebarang dalil dari naqli mahupun aqli, tanpa memperhatikan ayat-ayat lain yang memalingkannya (makna zahir tersebut) kepada makna lain yang wajib bagi Allah s.w.t.. Bahkan, tidak cukup mereka mengakui ianya sekadar sifat perbuatan Allah s.w.t., sehingga sanggup memahaminya sebagai sifat bagi zat Allah (iaitu memahami yadd dengan maknanya yang zahir iaitu tangan, yang membawa maksud sifat bagi zat Allah, atau anggota bagi zat Allah). Bahkan, mereka menolak kaedah bahasa Arab yang memalingkan nas-nas mutasyabihat tersebut kpd makna lain (majazi), lalu menetapkannya dengan makna zahirnya...namun masih mengaku sebagai ahlus-sunnah, sedangkan dari perkataan mereka (yang menetapkan nas-nas yang membawa faham sebagai sifat-sifat zat seperti tangan dan sebagainya, dengan makna zahir) jelas sebagai suatu tasybih, lalu sebahagian orang awam mengikut mereka.

Bahkan, ketika dikatakan Isa adalah roh Allah, orang-orang Nasrani menetapkannya dengan mkna zahir sehingga mendakwa Isa salah satu daripada sifat-sifat Allah.

Siapa yang kata Allah s.w.t. beristiwa dengan zatNya, maka dia telah menetapkan kejisiman dan tempat bagi Allah s.w.t., sedangkan kita perlu untuk berpegang dengan asas aqidah (iaitu Allah tidak bertempat).

Kalau kamu sekadar membaca lafaz-lafaz tersebut lalu diam (tanpa terjemah atau tafsirkan, seperti tidak menterjemahkan istiwa kepada bersemayam), maka kamu tidak ditolak. Tetapi, kamu menetapkan makna zahirnya yang jelas suatu perkara yang buruk.

Janganlah kamu menisbahkan kepada Ahmad bin Hanbal akan apa yang tidak pernah dikatakannya (menisbahkan fahaman ini kepada Ahmad bin Hanbal dan sebagainya).

Kamu menamakan ayat-ayat tersebut (mutasyabihat) sebagai ayat-ayat sifat, sedangkan ianya sekadar ayat-ayat idhofat (penisbahan kepada Allah s.w.t. semata-mata). Bukan semua yang dinisbahkan itu merupakan sifat.

Perkataan roh Allah bukan bererti roh itu adalah sifat Allah (walaupun Allah s.w.t. menisbahkan roh kepadaNya), kerana tiada bagi Allah s.w.t. sifat yang bernama roh.

Kedua, kamu katakan bahawa ia adalah ayat-ayat mutasyabihat yang hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu maknanya. Tetapi, dalam masa yang sama, kamu menetapkan makna zahirnya pula.

Pelik betul. Adakah apa yang tidak diketahui kecuali Allah itu adalah makna zahirnya? (Kalau begitu, semua orang pun tahu." (rujuk muqoddimah, fasal pertama dan yang kedua).

-tamat nukilan-

Jelaslah menurut Ibn Jauzi, tidak sama menetapkan sifat mendengar dengan makna zahir yang tidak pernah membawa kepada kejisiman Allah (kerana ia adalah sifat maknawi) dengan menetapkan sifat yadd dengan makna zahir (iaitu tangan) yang membawa kepada menetapkan tangan sebagai sifat keanggotaan bagi zat Allah s.w.t..

Inilah bahasa. Balajarlah bahasa Arab itu sendiri dahulu, dengan lebih jelas baru faham apa yg dibincangkan oleh ulama'.

Dari mana pula dalil kamu, kita perlu faham nas-nas mutasyabihat dengan makna zahir yang membawa maksud keanggotaan bagi Allah s.w.t.?

Dari mana dalil mengatakan nas-nas mutasyabihat yang tidak diketahui maknanya kecuali Allah s.w.t., adalah makna zahirnya? Kalau begitu, semua orang pun tahu makna nas-nas tersebut, iaitu makna zahirnya menurut fahaman kamu semua.

Apa guna Allah s.w.t. berfirman: "tiada yang tahu ta'wilnya (makna lain bagi nas-nas mutasyabihat) kecuali Allah..." sedangkan menurut kamu, makna zahirnyalah yang dimaksudkan dari nas-nas mutasyabihat tersebut.

Na'uzubillah...

Allah yahdikum...amin

Hamba Allah yang benar-benar prihatin dengan kamu semua yang terpengaruh dengan fahaman ini

Malik

p/s: Kata ulama', antara pintu hidayah adalah, tidak ta'asub. Antara tanda ta'asub, asyik rujuk buku2 yg fevret je, sdgkan buku2 lain, taknak rujuk pun.

Semoga tidak ta'asub (doa ini terutamanya kepada diri sy sendiri yg lemah ini). Amin...






Hamba ALLAH.

Nawawi said...

as-Salaamu 'alaikum... Malik,

Kamu pun dah tau bahawa takwilnya hanya Allah yg tahu, dan kita hanya diberitahukan menurut makna zahir.

Tapi, kenapa pula kamu yg sibuk2 nak takwil? Malah tahu pulak maksud tangan tu ditukar kepada kekuasaan. Maksud istawa tidak boleh diterjemahkan. Kalau macam tu, apa kata Saudara Malik buatkan terjemahan al-Qur'an untuk semua masyarakat malasyia ni yang dah tersesat lantaran mengambil terjemahan al-Qur'an yg ada penggunaan maksud istawa kepada bersemayam.

Saya juga nak tanya saudara Malik, sebelum Allah mencipta Arsy, Allah ada bagi tau dia di mana? Ada dalil tak? Ada tak dalil yang menetapkan Allah di mana-mana sebelum arsy itu diwujudkan?

Malik, jangan jadi macam syaitan dalam ayat ni ye,

Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. (al-Baqarah 2: 169)

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya. (al-Isra' 17: 36)

Katakanlah: "Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) MENGADA-ADAKAN TERHADAP ALLAH APA YANG TIDAK KAMU KAMU KETAHUI." (al-A'raaf 7: 33)

Anonymous said...

Saudara Nawawi kata:

as-Salaamu 'alaikum... Malik,

Malik jawab:

Wa'alikumusalam warahmatullah wabarakatuhu...

Saudara Nawawi kata lagi:

Kamu pun dah tau bahawa takwilnya hanya Allah yg tahu, dan kita hanya diberitahukan menurut makna zahir.

Malik kata:

Kamu merujuk kaedah bahasa apa ni? Kalau kamu merujuk bahasa Arab, perkataan yang ada ta'wilnya, maka makna zahirnya bukanlah yang dimaksudkan.

Kata kamu: "Kita hanya diberitahu makna zahir..."

Siapa bagitau kamu?

Allah s.w.t. berfirman: "Tidak ada yg tahu ta'wilnya kecuali Allah..."

(Ali-Imran: 7)

Maknanya...ada ta'wil bagi perkataan mutasyabihat macam yadd dll...

Kalau ada ta'wil bagi lafaz-lfz tersebut, maka makna zahirny bukanlah apa yang Allah s.w.t. kehendaki.

Kamu ni, bahasa Arab ada belajar ke tak?

Kalau dalam ilmu bahasa Arab, bila ada ta'wil bagi sesuatu perkataan, maka, makna zahirnya bukanlah yg dimaksudkan.

Yg kamu pegi faham ikut makna zahir, siapa suruh? Allah tak pernah suruh faham ikut makna zahir pada ayat-ayat mutasyabihat.

Mana dalilnya, kita perlu faham ayat2 mutasyabihat dengan makna zahir?

Ulama' salafus-soleh tidak memahaminya dengan makna zahirnya. Apesal korang melawan salafus-soleh, lalu memahaminya dengan makna zahir? Pastu, mendakwa salafi.

Na'uzubillah...


Nawawi kata lg:

Tapi, kenapa pula kamu yg sibuk2 nak takwil? Malah tahu pulak maksud tangan tu ditukar kepada kekuasaan.

Malik kata:

Bila sy ta'wil perkataan2 tersebut dalam tulisan2 sy? Bagi bukti. sila quote satu perkataan sy, yg sy ta'wil?

Main serkap jarang je, watpe?

Sy tolak kamu n the geng sebab cuba tetapkan makna zahir bg perkataan2 mutasyabihat tersebut, yg mana, perktaan2 tersbut, yg dimaksudkan bukanlah makna zahirnya, berdasarkan ayat yg bagitau, ada ta'wilan bg ayt2 tersebut (Ali-Imran 7).

Kamu jgnlh menipu org2 awm, sampai mendakwa kita perlu faham lafaz-lfz yg mutasyabihat dengan makna zahir, sedangkan Allah s.w.t. tak suruh pn, bahkan siap bagitau lagi, ada ta'wilannya.

Adapun sebahagian ulama' salafus-soleh dan khalaf yg ta'wil sbhgn mutasyabihat, krn memahami waw dalam ayat ali imran: 7 itu adalah waw al-athof.

Maknanya, ayt tersebut menurut mereka bermaksud:

"Tiada yang tahu ta'wilnya kecuali Allah dan orang-orang yg mendalam ilmu mereka..."

Ini dalil mereka. Dari mana mereka dapat ta'wilan tersebut?

Dari ilmu bahasa Arab itu sendirilah. Memang tidak dapat dinafikan, dalam bahasa Arab sendiri, perkataan yadd boleh membawa makna kekuasaan. Ini ada dalam ilmu bahasa Arab, bukan diorang pandai2.

Yg menta'wilkan nas-nas mutasyabihat bukan orang sebarangn, tetapi Ibn Abbas, Mujahid, Qotadah, Dhihak, dll yg merupakan ulama' salafus-soleh (seperti yg dinukilkan, hanya yg ta'asub je tak nak terima hakikat, salafus-soleh pun ada yg ta'wil).

Nawawi kata:-

Maksud istawa tidak boleh diterjemahkan. Kalau macam tu, apa kata Saudara Malik buatkan terjemahan al-Qur'an untuk semua masyarakat malasyia ni yang dah tersesat lantaran mengambil terjemahan al-Qur'an yg ada penggunaan maksud istawa kepada bersemayam.

Malik jwb:

Bukan sy kata, tapi Sufian bin Uyainah kata. Jgnlah ta'asub. Tak puas hati, marahlah Sufian bin Uyainah.

Kalau terjemahan, Dr. Al-Qaradhawi (wlaupun geng wahhabi ada yg tak suka beliau) kata, lebih selamat terjemah dengan ta'wil dari terjemah dengan makna zahir. (fusulun fil aqidah)

Kalau nak lagi selamat, kekalkan lafaz yadd kpd yadd, lepas tu tulislah komen: "ia adalah lafaz yg hanya Allah s.w.t. shj yg tahu maknanya". Tak susah pun.

Masyhur di sisi salafus-soleh, "kekalkan lafaz sepertimana ia" (Al-Asma' wa As-Sifat).

Nak salaf sangat, kekalkanlah. Ape masalah? Nape nak terjemah jgk dgn makna zahir?

Nawawi kata lagi:

Saya juga nak tanya saudara Malik, sebelum Allah mencipta Arsy, Allah ada bagi tau dia di mana? Ada dalil tak? Ada tak dalil yang menetapkan Allah di mana-mana sebelum arsy itu diwujudkan?

Malik jwb:

Tulah. Bacalah sahih Al-Bukhari bagi habis. Nabi s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya Allah s.w.t. itu wujud, dan tiada yang wujud bersama-sama denganNya.." (Sahih Al-Bukhari)

Cuba khatamkan sahih Al-Bukhari, nanti jumpa hadith ni. Hgn ta'asub ye.

Makna dalam hadith ni jelas, Allah s.w.t. wujud tanpa bertempat. Kalau tak bertempat, tiada boleh ditnya, di mana Dia?

Salafus-soleh dah jelaskan bhwa, Allah s.w.t. wujud tidak bertempat.

Antaranya:

قال سيدنا علي رضي الله عنه:( كان- الله- ولا مكان ، وهو الان على ما- عليه- كان اهـ. أي بلا مكان ) الفرق بين الفرق لأبي منصور البغدادي:333)



Al-Imam Saidina Ali k.r.w.j. pernah berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. itu tidak bertempat. Dia sekarang dalam keadaan seperti mana Dia sebelum ini (iaitu tetap qadim dan abadi tanpa bertempat)”. (Al-firaq bainal Firaq karangan Abu Mansur: 333)



قال أيضا: إن الله تعالى خلق العرش إظهارًا لقدرته لا مكانا لذاته ) الفرق بين الفرق لأبي منصور البغدادي:333)

Saidina Ali k.r.w.j. berkata lagi: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menciptakan Arasy, sebagai tanda kekuasaanNya, bukan sebagai tempat untuk Dia duduki” (Al-firaq bainal firaq: 333)



من زعم أن إلهنا محدود فقد جهل الخالق المعبود . ) حلية الأولياء: ترجمة علي بن أي طالب: 73:1)



Saidina Ali k.r.w.j. berkata lagi: “Sesiapa yang beranggapan bahawa, Tuhan kita mahdud (ada ruang lingkup tertentu atau ada had-had tertentu), bererti dia jahil tentang Tuhan Maha Pencipta lagi Tuhan yang disembah” (hilyatul Auliya’: 1/73)



وقال التابعي الجليل الإمام زين العابدين علي بن الحسين بن علي رضي الله عنهم ما نصه: ( أنت الله الذي لا يحويك مكان ) إتحاف السادة المتقين: 380:4)



Imam Ali Zainal Abidin bin Al-Husein r.a. (94 H) berkata: “Sesungguhnya, Engkaulah Allah, yang tidak bertempat” (Ittihaf Saadah Al-Muttaqin: 4/380)



أنت الله الذي لا تحد فتكون محدودا ) إتحاف السادة المتقين: ibid)

Imam Ali Zainal Abidin r.a. berkata lagi: “Engkaulah Allah yang tidak mempunyai sebarang had...” (ibid)



وقال الإمام جعفر الصادق بن محمد الباقر بن زين العابدين علي بن الحسين رضوان الله عليه من زعم أن الله في شيء، أو من شيء، أو على شيء فقد أشرك.



Imam Ja’far As-Sodiq r.a. (148 H) berkata: “Sesiapa yang mengatakan bahawa Allah s.w.t. berada pada mana-mana tempat, atau berada atas sesuatu, atau berasal daripada sesuatu, maka dia telahpun syirik...” (risalah Al-Qusyairiyah: 6)



قال الإمام أبو حنيفة النعمان بن ثابت: " كان الله تعالى ولا مكان قبل أن يخلق الخلق ، وكان الله تعالى ولم يكن أين ولا خلق ولا شىء ، وهو خالق كل شىء ) الفقه الأبسط ضمن مجموعة رسائل أبي حنيفة بتحقيق الكوثري (ص 25)

Imam Abu Hanifah r.a. (150H) berkata: Allah s.w.t. itu wujud tanpa bertempat sebelum dia menciptakan makhluk. Maka, Allah s.w.t. wujud tanpa di mana, tanpa makhluk dan tanpa sesuatupun (bersamaNya). Dialah yang menciptakan segalanya. (Al-Fiqh Al-Absath: 25)



قال الإمام أبو حنيفة النعمان بن ثابت: ولقاء الله تعالى لأهل الجنة بلا كيف ولا تشبيه ولا جهة ، حق

Beliau berkata lagi: Pertemuan dengan Allah s.w.t. bagi ahli syurga tanpa kaifiyat, tanpa tasybih dan tanpa sudut adalah benar (Al-Washiyah: 4)



ونقر بأن الله سبحانه وتعالى على العرش استوى من غير أن يكون له حاجة إليه واستقرار عليه ، وهو حافظ العرش وغير العرش من غير احتياج (كتاب الوصية ، ضمن مجموعة رسائل أبي حنيفة بتحقيق الكوثري (ص/ 2)



Beliau berkata lagi: Kami mengakui Allah s.w.t. beristiwa atas Arasy tanpa berhajat kepadanya ataupun tanpa menetap di atasnya. Dialah yang menjaga Arasy dan selain daripada Arasy tanpa memerlukannya. (Kitab Al-Washiyyah karangan Imam Abu Hanifah yang ditahqiq oleh Imam Al-Kauthari, m/s2)



وقال الإمام محمد بن إدريس الشافعي: إنه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكان لا يجوز عليه التغيير في ذاته ولا التبديل في صفاته

Imam As-Syafi’e r.a. (204 H) berkata: “Allah s.w.t. wujud tidak bertempat. Dia menciptakan tempat, sedangkan Dia tetap dengan sifat-sifat keabadianNya, sepertimana sebelum Dia menciptakan makhluk. Tidak layak Allah s.w.t. berubah sifatNya atau zatNya.” (ittihaf saadah Al-Muttaqin: 2/24).



وأما الإمام الجليل أبو عبد الله أحمد بن محمد بن حنبل الشيباني فقد ذكر الشيخ ابن حجر الهيثمي أنه كان من المترهين لله تعالى عن الجه ة والجسمية، ثم قال ابن حجر ما نصه: وما اشتهر بين جهلة المنسوبين إلى هذا الإمام الأعظم من أنه قائل بشيء من الجهة أو نحوها فكذب وبهتان وافتراء عليه"



Imam Ahmad bin Hanbal r.a. pula, menurut Sheikh Ibn Hajar Al-Haithami bahawasanya, beliau (Imam Ahmad) dalam kalangan mereka yang menyucikan Allah s.w.t. daripada sebarang tempat dan kejisiman. Kemudian, Ibn Hajar berkata: Adapun yang masyhur dalam kalangan orang-orang jahil yang menisbahkan kepada Imam yang agung ini, bahawa beliau bercakap tentang (Allah s.w.t.) bertempat dan sebagainya, maka ia merupakan sesuatu yang dusta, tipu daya dan rekaan ke atas beliau" (Al-Fatawa Al-Hadithiyyah: 144)



وكذا كان على هذا المعتقد الإمام شيخ المحدثين أبو عبد الله محمد ابن إسماعيل البخاري صاحب الصحيح ( ٢٥٦ ه( فقد فهم شراح صحيحه أن البخاري كان يتره الله عن المكان والجهة



Imam Al-Bukhari r.a. (256 H) dalam Sahih Al-Bukhari itu sendiri menurut mereka yang mensyarahkannya, bahawasanya beliau menyucikan Allah s.w.t. daripada tempat dan sudut.



وقال الإمام الحافظ الفقيه أبو جعفر أحمد بن سلام ة الطحاوي الحنفي ( ٣٢١ ه ( في رسالته (العقيدة الطحاوية) ما نصه: "وتعالى - أي الله - عن الحدود والغايات والأ ركان والأعضاء والأدوات، لا تحويه الجهات الست كسائر المبتدعات"

Imam At-Tohawi (321H) berkata juga: “Maha Tinggi dan Suci Allah s.w.t. daripada sebarang had, sempadan, anggota, dan alat. Dia tidak tertakluk dalam mana-mana sudut yang enam (tidak bertempat).” (As-Siqaat: 1/1)



وقال الحافظ محمد بن حبان ( ٣٥٤ ه) صاحب الصحيح المشهور بصحيح ابن حبان ما نصه: "الحمد لله الذي ليس له حد محدود فيحتوى، ولا له أجل معدود فيفنى، ولا يحيط به جوامع المكان ولا يشتمل عليه تواتر الزمان"



Imam Ibn Hibban r.a. (354 H) berkata: “Segala puji bagi Allah s.w.t. yang tidak mempunyai sebarang batasan yang membatasinya lalu meliputinya, dan tiada bagiNya masa yang terbatas yang akan menyebabkan Dia fana, dan tiada tempat yang dapat meliputiNya, dan tiada termasuk dalam lingkaran masa. (As-Siqat: 1/1)



وقال الحافظ محمد بن حبان ( ٣٥٤ ه): كان- الله- ولا زمان ولا مكان

Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak tertakluk kepada tempat dan masa” (Al-Ihsan fi tartib sahih Ibn Hibban: 4/8)

Nak lawan salafus-soleh jugak? Kalau nak melawan jugak, nak wat camne. Dok ta'asub dgn segelintir ulama' je, nak wat camne.

Nawawi kata:

Malik, jangan jadi macam syaitan dalam ayat ni ye,

Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. (al-Baqarah 2: 169)

Malik jwb:

Adakah suruh mengikut salafus-soleh yg tidak menetapkan makna zahir itu adalah syaitan?

salafus-soleh sendiri tak bagi tetapkan makna zahir bagi nas-nas mutasyabihat.

Bahkan, ayt Al-Qur'an pun kata, ada ta'wil bagi nas-nas mutasyabihat. Kalau ada ta'wil, maknanya, Allah s.w.t. tak suruh kita faham dengan mkna zahir.

Kalau gitu, yg suruh faham dengan makna zahir bg nas-nas mutasyabihat dah bercanggah dengan apa yg Allah s.w.t firmankan.

Nampak gayanya, kalau mcam tu, siapa yg syaitan?

Nawawi quote ayt lagi:-

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya. (al-Isra' 17: 36)

Siapa yang ikut apa yang tak diketahui?

Lafaz yadd contohnya, bagi Allah s.w.t. ada ta'wilnya. Kalau ada ta'wil, bererti bukan makna zahir yadd (iaitu tangan) yg dimaksudkan. Kalau gitu, siapa yg masih degil dgn menetapkan makna zahir bagi lafaz-lafaz tersebutlah yg ikut apa yg dia tidak ketahuinya.

Alamak...Jatuh atas batang hidung sendirilah pulak ayat ni ye. Kesian...

Nawawi quote lagi (rajinnye quote ayat2 yg memang jatuh atas batang hidung sendiri):-

Katakanlah: "Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) MENGADA-ADAKAN TERHADAP ALLAH APA YANG TIDAK KAMU KAMU KETAHUI." (al-A'raaf 7: 33)

Malik jawab:

Mnetapkan makna zahir bagi nas-nas mutasyabihat ada dalil tak?

takde pun.

Ada dalil tak yg tolak org2 yg menetapkan makna zahir bagi nas-nas mutasyabihat ini?

Ada. Surah Ali-Imran ayat 7. Jelas dalam ayat itu, nas-nas mutasyabihat ada ta'wilnya. BIla ada ta'wil, maknanya, nas-nas mutasyabihat bukanlah apa yg dimaksudkan oleh Allah s.w.t..

Jadi, yg menetapkan makna zahir bagi nas-nas mutasyabihat itu, mana dalil diorang? Ke, memandai2 je?

Nampaknye, merekalah yg mengada-adakan terhadap Allah (iaitu menetapkan makna zahir bagi nas-nas mutasyabihat) yang mereka tidak ada ilmu mengenainya (ada ta'wil bagi nas-nas mutasyabihat, bukan makna zahir yg dimaksudkan).

Na'uzubillah...

Dok pusing2. Dalil ayat Al-Qur'an, As-Sunnah, dalil dari ucapan salafus-soleh dah diberi. Nak ta'asub jugak?

Semoga Allah s.w.t-lah yg bagi hidayah.

Benarlah kata-kata Ibn Jauzi dalam nukilan sy sblm ini.

Hamba Allah yg makin prihatin dengan keta'asuban saudara2 yg dah terpengaruh dgn fahaman tajsim:

Malik

p/s: Doakan sy selalu. Jangan ta'asub...

Brother Nawawi said...

Saya ragu dengan fakta yg saudara utarakan kerana apa yg saudara bawakan dengan segala dalil dari hadis dan Qur'an yang saya miliki. boleh tak saudara datang berjumpa dengan saya dengan membawakan kitab-kitab saudara bagi membuktikan kebenaran yang saudara utarakan tu.

Saya takut, saudara hanya copy paste sahaja.

Berikut adalah antara fakta yang saya pegangi dari para imam pendahulu kita,

Imam al-Auza'ie rahimahullah, Imam ahli Syam menegaskan:



كُنَّا وَالتَّابَعُوْنَ مُتَوَافِرُوْنَ نَقُوْلُ : انَّ اللهَ عَلَى عَرْشِهِ وَنُؤْمِنُ بِمَا وَرَدَتْ بِهِ السُنَّةَ مِنْ صِفَاتِ اللهِ تَعَالَى



"Kami dan para Tabi'in semuanya menetapkan dengan kesepakatan qaul kami bahawa: Sesungguhnya Allah di atas 'ArasyNya dan kami beriman dengan apa yang telah dinyatakan oleh Sunnah berkenaan sifat-sifat Allah Ta’ala". (Lihat: Fathul Bari. Jld. Hlm. 406. Ibn Hajar al-Asqalani. Dar Ihya at-Turath al-Arabi. Beirut)

Imam Abu Hasan al-Asy'ari rahamahullah menegaskan al-Quran bukan makhluk dan diturunkan oleh Allah yang berada di langit. Beliau menjelaskan:

"Allah mempunyai sifat, mempunyai tangan, bersemayam di atas ‘ArasyNya dan mempunyai muka. Al-Quran itu Kalamullah bukan makhluk dan al-Quran diturunkan dari langit". (Lihat: Iktiqad Aimmatul hadis hlm. 50-51. Ismaili)

Imam Abul Hasan al-Asy’ari rahimahullah berkata:

"Di atas langit-langit itulah ‘Arasy, maka tatkala ‘Arasy berada di atas langit-langit Allah berfirman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit? Sesungguhnya Ia istiwa (bersemayam) di atas ‘Arasy yang berada di atas langit dan tiap-tiap yang tinggi itu dinamakan As-Sama (langit), maka ‘Arasy berada di atas langit. Bukanlah yang dimaksudkan di dalam firman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit? Bukan di seluruh langit, tetapi ‘ArasyNya yang berada di atas langit." (Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm. 48)

Imam Abu Hasan al-Asy’ari rahimahullah seterusnya menegaskan:

“Telah berkata orang-orang dari golongan Muktazilah, Jahmiyah dan al-Hururiyah:

Sesungguhnya firman Allah bersemayam (Istawa') di atas ‘Arasy-Nya mereka menyatakan sebagai Istaula (bukan istiwa) dan Allah Azza wa-Jalla di setiap tempat

(فى كل مكان)

mereka menentang lenyataan bahawa Allah Azza wa-Jalla di atas ‘Arasy-Nya”. (Lihat: الابانة عن أصول الديانة hlm. 97)

Imam Syafie rahimahullah menjelaskan melalui riwayat yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu:

وَاَنَّ لَهُ يَدَيْنِ بَقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ (بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوْطَتَانِ) وَاَنَّ لَهُ يَمِيْنًا بِقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ (وَالسَّمَوَاتُ مَطْوِيَات بِيَمِيْنِهِ) وَاَنَّ لَهُ وَجْهًا بِقَوْلِهِ (كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ اِلاَّ وَجْهَه)...وَاَنَّ لَهُ قَدَمًا بِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمِ (حَتَّى يَضَعَ عَزَّ وَجَلَّ فِيْهَا قَدمَهُ) وَاَنَّ لَهُ اُصْبُعًا بِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (مَا مِنْ قَلْبٍ اِلاَّ هُوَ بَيْنَ اُصْبُعَيْنِ مِنْ اَصَابِعِ الرَّحْمَن) نُثبِتُ هَذِهِ الصِّفَات وَنَنفِي التَّشْبِيْه كَمَا نفِى ذَلِكَ عَنْ نَفْسِهِ تَعَالَى ذِكْرُهُ فَقَالَ (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ (السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ

"Bagi-Nya dua tangan sebagaimana firman-Nya:

(Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka.

Bagi-Nya tangan sebagaimana firman-Nya: Langit digulung dengan tangan kanan-Nya.

Allah mempunyai wajah sebagaimana firman-Nya: Setiap sesuatu akan binasa kecuali WajahNya.

Bagi-Nya kaki sebagaimana sabda Nabi saw: Sehinggalah Dia meletakkan wajah dan Kaki-Nya.

Dia mempunyai jari sebagaimana sabda Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam: Tiadalah hati itu kecuali antara jari-jari dari jari-jari Ar-Rahman (Allah).

Kami menetapkan sifat-sifat ini dan menafikan dari menyerupakan sebagaimana dinafikan sendiri oleh Allah sebagaimana difirmankan: (Tiada sesuatu yang semisal denganNya dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat)". (Lihat: Iktiqad Aimmah al-Arba'ah Abi Hanifah wa Malik wa Syafie wa Ahmad. Hlm. 46- 47. Cetakan pertama. 1412 -1992. Darul 'Asimah Saudi Arabia)

Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah pernah ditanya tentang di mana Allah.



وَقِيْلَ لِعَبْدِ اللهِ بْنِ الْمُبَارَكِ : كَيْفَ نَعْرِفُ رَبَّنَا ؟ قَالَ : بَاَنَّهُ فَوْقَ السَّمَآءِ السَابِعَةِ عَلَى الْعَرْشِ



"Ketika ditanyakan kepada Abdullah bin al-Mubarak: Bagaimana kita boleh mengetahui di mana Tuhan kita? Beliau menjawab: Dengan mengetahui bahawa Dia di atas langit ketujuh di atas ‘Arasy". (Lihat: As-Sunnah. Hlm. 5. Abdullah bin al-Imam Ahmad)

Allah itu di langit berdasarkan hadis sahih:



قَالَ مُعَاوِيَةُ بْنُ حَكَمُ السُّلَمِي : وَكَانَتْ لِيْ جَارِيَةٌ تَرْعَى غَنَمًا لِيْ اُحُدٍ وَالْجُوَانِيَةِ فَاطَّلَعْتُ ذَاتَ يَوْمٍ فَاِذَا بَالذِّئْبِ قَدْ ذَهَبَ بِشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا وَاَنَا رَجُلٌ مِنْ بَنِيْ آدَمَ اَسَفَ كَمَا يَاْسِفُوْنَ . لَكِنَّيْ صَكَكْتُهَا صَكَّةً فَاَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَيَّ . قُلْتُ يَارَسُوْلَ اللهِ اَفَلاَ اَعْتِقُهَا ؟ قَالَ : اِئْتِنِيْ بِهَا . فَقَالَ لَهَا : اَيْنَ اللهُ ؟ قَالَتْ : فِى السَّمَاءِ . قَالَ : مَنْ اَنَا ؟ قَالَتْ : اَنْتَ رَسُوْلُ اللهِ . قَالَ : اَعْتِقُهَا فِاِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ.



"Berkata Muawiyah bin Hakam as-Sulami: Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwainiyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya. Sedang aku termasuk seorang anak Adam kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka. Kerananya wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku menghadap Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: Wahai Rasulullah, adakah aku harus memerdekakannya!" Jawab Rasullullah: Bawalah wanita itu ke sini. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. “Di mana Allah? Dijawabnya: Di langit. Rasullullah bertanya lagi: Siapa aku? Dijawabnya: Engkau Rasullullah. Maka baginda bersabda: Merdekakanlah wanita ini kerana dia adalah seorang mukminah". (H/R Muslim dan Abi Daud)

"Sesiapa mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas langit, maka sesungguhnya dia telah kafir. Adapun terhadap orang yang tawaqquf (diam) dengan mengatakan: Aku tidak tahu apakah Tuhanku di langit atau di bumi? Berkata al-Imam Abu Hanifah: Sesungguhnya dia telah kafir kerana Allah telah berfirman: Ar-Rahman di atas ‘Arasy al Istiwa" (Lihat: Mukhtasar al-Ulum, Hlm. 137. Imam Az-Zahabi. Tahqiq al Albani)

"Allah berada di atas langit sedangkan ilmu-Nya di tiap-tiap tempat (di mana-mana), tidak tersembunyi sesuatupun daripada-Nya" (Lihat: Mukhtasar al-Ulum, Hlm. 137. Imam Az-Zahabi. Tahqiq al Albani, Hlm. 140)

"Benar, Allah di atas Arasy-Nya dan tidak sesiapapun yang tersembunyi daripada pengetahuan-Nya" (Lihat: Mukhtasar al-Ulum, Hlm. 137. Imam Az-Zahabi. Tahqiq al Albani, Hln. 188)

"Barangsiapa TIDAK menetapkan Allah Ta'ala di atas ‘Arasy-Nya dan Allah istiwa di atas tujuh langit-Nya, maka ia telah kafir dengan Tuhannya". (Lihat: Ma'rifah Ulum al-Hadis. Hlm. 84. Riwayat yang sahih, dikeluarkan oleh al-Hakim)

Berkata lagi Imam Ibnu Khuzaimah (dari kalangan ulama as-Syafieyah):

"Kami beriman dengan khabar dari Allah Jalla wa-'Ala sesungguhnya Pencipta kami Ia beristiwa (bersemayam) di atas ‘Arasy-Nya. Kami Tidak mengganti/mengubah kalam (firman) Allah dan kami tidak akan mengucapkan perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada kami sebagaimana (perbuatan kaum) yang menghilangkan sifat-sifat Allah seperti golongan Jahmiyah yang pernah berkata: Sesungguhnya Dia istawla (menguasai) ‘ArasyNya bukan istiwa (bersemayam). Maka mereka telah mengganti perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada mereka, ini menyerupai perbuatan Yahudi tatkala diperintah mengucapkan: Hithtatun (Ampunkanlah dosa-dosa kami), tetapi mereka mengucapkan (mengubah): Hinthah (makanlah gandum)! Mereka (kaum Yahudi) telah menyalahi perintah Allah Yang Maha Agung dan Maha Tinggi maka seperti itulah (perbuatan kaum) Jahmiyah". (Lihat: Kitabut Tauhid Fi Ithbatis Sifat. Hlm. 101. Oleh Ibnu Khuzaimah)

Beliau menjelaskan:

"Tidak boleh mensifatkan Allah bahawa Ia berada di tiap-tiap tempat. Bahkan (wajib) mengatakan: Sesungguhnya Allah di atas langit (yakni) di atas ‘Arasy sebagaimana Ia telah berfirman: Ar-Rahman di atas ‘Arasy, Ia beristiwa.(Surah Taha, 20:5) Dan wajiblah memutlakkan sifat istiwa tanpa takwil, sesungguhnya Allah istiwa dengan Zat-Nya di atas ‘Arasy. Keadaan-Nya di atas ‘Arasy disebut pada tiap-tiap kitab yang Ia turunkan kepada tiap-tiap Nabi yang Ia utus tanpa bertanya (para nabi yang diutus tidak bertanya): Bagaimana caranya (Allah istiwa di atas ‘ArasyNya)?" (Lihat: Fatawa Hamwiyah Kubra. Hlm. 84)

Imam Az-Zahabi, salah seorang ulama besar bermazhab Syafie:

“Sesiapa mengingkari bahawa Allah ‘Azza wa-Jalla di langit, maka dia seorang yang kafir”. (Lihat: مختصرالعلو للعلي الغفار oleh al-Hafiz Syamsuddin az-Zahabi. Hlm. 137).

Telah dijelaskan di dalam al-Quran, mutawatir di sunnah Rasul-Nya serta ijmak para ulama Salaf as-Soleh bahawa Allah Ta'ala di langit. Dia bersemayam di atas 'Arasy-Nya. (Lihat: علاقات الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين)

Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

قَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : رَبُّنَا الَّذِيْ فِى السَّمَآءِ تَقَدَّسَ اسْمُكَ ، اَمْرُكَ فِى السَّمَاءِ وَالاَرْضِ كَمَا رَحْمَتُكَ فِى السَّمَاءِ اِجْعَلْ رَحْمَتَكَ فِى اْلاَرْضِ اِغْفِرْلَنَا حُوْبَنَا وَخَطَايَانَا اَنْتَ رَبُّ الطَّيِّبِيْنَ اَنْزِلْ رَحْمَةً مِنْ رَحْمَتِكَ وَشِفَاءً مِنْ شِفَاءِ كَ عَلَى الْوَجَعِ

"Ya Tuhan kami, Tuhan yang di langit! Engkau mensucikan nama-Mu (juga) urusan-Mu yang di langit dan di bumi. Sebagaimana halnya rahmat-Mu di langit itu, maka jadikanlah pula rahmat-Mu itu di bumi. Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami. Turunkanlah suatu rahmat dari antara rahmat-Mu dan suatu kesembuhan dari kesembuhan yang datang dari-Mu atas penyakit ini, hingga benar-benar sembuh". (H/R Abu Daud. No. 2892. Ahmad 6/21. (Hadis hasan))

عَنِ بْنِ مَسْعُوْد قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اَلْعَرْشُ فَوْقَ الْمَاءِ وَاللهُ فَوْقَ الْعَرْشِ لاَ يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ مِنْ اَعْمَالِكُمْ . وَفِى الرِّوَايَةِ : وَهُوَ يَعْلَمُ مَا اَنْتُمْ عَلَيْهِ

"Dari Ibn Mas'oud berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: 'Arasy itu berada di atas air dan Allah berada di atas 'Arasy. Tidak satupun dari amal kamu yang tersembunyi dari pengetahuanNya. Dan pada riwayat yang lain: Dia Mengetahui apa yang kamu kerjakan". (H/R Abu Daud, Abdullah bin Ahmad, Tabrani dan Baihaqi (Hadis hasan, sanadnya sahih))

اَلاَ تَامِنُوْنِيْ وَاَنَا اَمِيْنٌ مَنْ فِى السَّمَآءِ

"Tidakkah kamu mahu percaya kepada aku sedangkan aku dipercayai oleh Yang di langit (Allah yang di langit)". (H/R Bukhari No. 4351)

Pengertian (فِى السَّمَآءِ) "Di langit" ialah (عَلَى السَّمَآءِ) "Di atas langit" bukan meliputi semua langit sebagaimana penjelasannya dari hadis:

اِنَّ اللهَ كَتَبَ كِتَابًا فَهُوَ عِنْدَهُ فَوْقَ الْعَرْشِ

"Sesungguhnya Allah Menulis segala ketentuan yang berada di sisiNya di atas 'Arasy". (H/R Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas menjelaskan Allah berada di atas ‘ArasyNya bukan meliputi ‘Arasy. Hadis ini diperkuat oleh firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala:

اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

"Tuhan Yang Maha Pemurah, bersemayam di atas 'Arasy". (QS. Taha, 20:5)

Ayat ini menjelaskan bahawa Allah di atas ‘Arasy bukan meliputi ‘Arasy atau meliputi seluruh langit.

ثُمَّ اسْتَوَى اِلَى السَّمَآءِ

"Dan Dia berkehendak menuju langit". (QS. Al-Baqarah, 2:29)

Menurut al-Baghawi yang dinukil dari Ibn Abbas dan ramai lagi para mufassir, bahawa apabila memperkatakan tentang (di mana Allah) mereka hanya berpegang pada lahir lafaz "Istawa" (استوى) “bersemayan di atas ‘Arasy dan ‘Arasy-Nya di langit”. Menyerahkan kepada ilmu Allah bagaimananya ke-Tinggian Allah 'Azza wa-Jalla yang sebenarnya. (Lihat: القواعد الْمُثْلَى فى صفات الله واسكائه الحسنى Hlm. 58. Uthaimin) Allah mempunyai zat “Jisim”. Namun, zat Allah Yang Maha Esa tidak menyerupai zat makhluk-Nya, kerana Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah firman-Nya:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ

“Tiada sesuatu yang menyerupai-Nya”.

وَلَمْ يَكُنْ لَه كُفُوًا اَحَدٌ

“Dan tidak ada seseorangpun yang setara dengan-Nya”. (QS. Al-Ikhlas, 112:4)

Berkata Ibn Taimiyah:

مِنَ اْلاِيْمَانِ بِاللهِ : اَلاِيْمَانُ بِمَا وَصَفَ بِهِ نَفَسَهُ مِنْ غَيْرِتَحْرِيْفِ فى كِتَابِهِ ، وَبِمَا وَصَفَ بِهِ رَسُوْلَهُ مِنْ غَيْرِ تَحْرِيْفِ وَلاَ تَعْطِيْل وَغَيْرِ تَكْيِيْفِ وَلاَ تَمْثِيْلِ بَلْ يُؤْمِنُ بِاَنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ)

"Beriman kepada Allah ialah beriman dengan apa yang disifatkannya sendiri tanpa tahrif mengikut sebagaimana di dalam kitab-Nya, mengikut sebagaimana disifatkan oleh Rasul-Nya tanpa tahrif, ta'til (meniadakan sifat Ilahiyah, mengingkari keberadaan sifat-sifat tersebut pada Zat-Nya), tanpa takyif (diperbagaimana) dan tanpa tamsil (memisalkan dengan makhluk), sebaliknya beriman bahawa Allah Subhanahu wa-Ta’ala (Tiada sesuatu yang semisal denganNya dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat)". (Lihat: Syarah al-Akidah al-Wasitiyah. Hlm. 17-19, Ibn Taimiyah. Cetakan ketiga. al-Maktabah as-Salafiyah, Madinah al-Munawarah. Saudi Arabia)

Ibn Taimiyah berkata tentang golongan berjaya dan menolak Musyabbihah:

"Fahaman (yang selamat ialah) yang pertengahan, bukan golongan Jahmiyah yang menta'til (sifat Allah) dan bukan juga golongan ahli tamsil seperti Musyabbihah". (Lihat: Mujmal Iktiqad Aimmatus Salaf. Hlm. 86, Dr. Abdullah bin Abdulmuhsin at-Turky. Cetakan pertama. 1413 -1993. Muassasah ar-Risalah. Beirut)

Ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah Sepakat bahawa Allah Bersemayam di atas 'Arasy-Nya.

Kesepakatan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan akidah para Salaf al-Ummah meyakini firman Allah di bawah ini (tanpa tamsil, tasybih, ta’wil, tahrif dan takyif).

Firman Allah:

اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

"Allah bersemayam di atas 'Arasy-Nya"

Ummi Salamah radiallahu 'anha berkata:

"Al-Istiwa (bersemayam) itu tidak majhul (maklum/diketahui), caranya pula tidak diketahui (majhul) namun berikrar (berpegang) dengannya adalah keimanan dan menentangnya (tidak percaya bahawa Allah bersemayam) adalah kufur". (Lihat: علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين hlm. 32. Redza bin Nu'san Mukti. Dikeluarkan juga oleh al-Lalakaii dalam شرح اصول السنة)

Semasa Imam Malik rahimahullah ditanya tentang maksud ayat:

اَلرَّحْمَنٌ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

“Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas ‘Arasy.”

Beliau menjawab:

اَلاِسْتِوَاءُ مَعْلُوْمٌ وَالْكَيْفُ مَجْهُوْلٌ وَالاِيْمَانُ بِه وَاجِبٌ وَالسُّؤَالُ عَنْهُ بِدْعَةٌ

"Al-Istiwa adalah sesuatu yang telah dimaklumi, (mempertanyakan) bagaimana (bentuk, rupa dan keadaannya) adalah mempertanyakan sesuatu yang majhul (tidak diketahui), mengimani perkara tersebut adalah wajib dan mempersoalkannya adalah merupakan suatu yang bid'ah". (Al-Akidah al-Wasitiyah. Ibn Taimiyah. Syarah Soleh Fauzan al-Fauzan. Hlm. 14)

Imam Malik rahimahullah:

Istiwanya Allah di atas 'Arasy-Nya menunjukkan ketinggian-Nya atas segala makhluk dan Dia sentiasa berada dalam ketinggian.

Dalil-dalil dari al-Quran yang menjelaskan ketinggian Allah Subhanahu wa-Ta'ala:

وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضَ وَلاَ يَؤُوْدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيْمِ

"Dan Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya dan Dia (Allah) Maha Tinggi lagi Maha Agung". (QS. Al-Baqarah, 2:255)

سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ اْلاَعْلَى

"Sucikanlah nama Rabbmu Yang Paling Tinggi". (QS. Al-A'la, 87:1)

اِنَّ اللهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيْرًا

"Sesungguhnya Allah itu Maha Tinggi lagi Maha Besar". (QS. An-Nisa, 4:34)

ذَلِكَ بِاَنَّ اللهَ هُوَ الْحَقُّ وَاَنَّ مَا يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِهِ هُوَالْبَاطِلُ وَاَنَّ اللهَ هُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيْرُ

"(Kuasa Allah) yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah, Dialah (Rabb) yang Hak dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain Allah, itulah yang batil. Dan sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung". (QS. Al-Haj, 22:62)

"Yang Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang nyata (yang nampak atau yang lahir), Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi". (QS. Ar-Ra'ad, 13:9)

حَتَّى اِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوْبِهِمْ قَالُوْا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوْا الْحَقَّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيْرُ

"Sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka, mereka berkata: Apakah yang telah difirmankan oleh Rabbmu, mereka menjawab: (Perkataan) yang hak (benar). Dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung". (QS. Saba', 34:23)

اِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيْمٌ

"Sesungguhnya Dia (Allah Subhanahu wa-Ta'ala) Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana". (QS. Asy-Syura, 42:51)

Hadis-hadis sahih yang menjelaskan ketinggian Allah Subhanahu wa-Ta'ala:

1 - عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ اَنَّ النَّبِيَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِذَا قَضَى اللهُ اْلاَمْرَ فِى السَّمَآءِ ضَرَبَتِ الْمَلاَئِكَةُ بِاَجْنِهَتِهَا خَضْعَانًا لِقَوْلِهِ كَاَنَّهُ سِلْسِلَةٌ عَلَى صَفْوَانٍ يُنْقِذُهُمْ ذَلَكَ حَتَّى اِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوْبِهِمْ قَالُوْا : مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ ؟ قَالُوْا الْحَقُّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيْرُ

"Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu bahawasanya Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Apabila Allah menetapkan perintah di atas langit para malaikat memukul sayap-sayapnya kerana patuh akan firmanNya seakan-akan terdengar seperti gemerincing rantai (yang ditarik) di atas batu rata, hal itu menakutkan mereka (sehingga mereka jatuh pengsan kerana takut). Ketika dihilangkan rasa takut dari hati mereka, mereka berkata: Apakah yang difirmankan oleh Tuhanmu). Mereka menjawab: Firman Al-Hak yang benar dan Dialah yang Maha Tinggi dan Maha Besar". (H/R Bukhari dan Ibnu Majah. Disahihkan oleh al-Albani)

2 - عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِتَّقُوْا دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ فَاِنَّهَا تَصْعَدُ اِلَى اللهِ كَاَنَّهَا شِرَارَةٌ . وَفِى لَفْظٍ : اِلَى السَّمَآءِ

"Dari Abdullah bin Umar radiallahu 'anhuma berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Hati-hatilah kamu dari doa orang yang teranaiya (dizalimi atau diperlakukan secara tidak adil) kerana sesungguhnya doa mereka naik kepada Allah seperti bunga api. Pada lafaz yang lain, naik ke langit". (H/R al-Hakim, ad-Darimi dan az-Zahabi (disahihkan oleh al-Albani))

3 - عَنْ جَـابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِى خُطْبَتِهِ يَوْمَ عَرَفَةَ : اَلاَ هَلْ بَلَّغْتُ ؟ فَقَالُوْا : نَعَمْ . فَجَعَلَ يَرْفَعُ اِلَى السَّـمَاءِ وَيَنْكُتُهَا اِلَيْهِمْ وَيَقُوْلُ : اَللَّهُمَّ اشْهَدْ

"Dari Jabir bin Abdullah radiallahu 'anhu bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda semasa berkhutbah di hari 'Arafah: Apakah aku sudah sampaikan (risalahku)? Para sahabat menjawab: Ya! Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam mengisyaratkan jari telunjuknya ke langit lalu bersabda: Ya Allah saksikanlah!". (H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, ad-Darimi dan Ibn Majah (Disahihkan oleh al-Albani))

4 - عَنِ سَـعِيْدِ الْخُـدْرِيِّ اَنَّ رَسُـوْلَ اللهِ صَلَّى عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ قَالَ : اَلاَ تَاْمَنُوْنَنِيْ وَاَنَا اَمِيْنٌ مَنْ فِى السَّمَآءِ يَاْتِنِيْ خَبَرٌ مِنَ السَّمَآءِ صَبَاحٌ وَمَسَاءٌ

"Dari Sa'ed al-Khudri sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah bersabda: Tidakkah kamu mempercayai aku sedangkan aku yang dipercayai oleh ( Zat) Yang berada di atas langit Yang menurunkan khabar (wahyu) pada waktu pagi dan petang?". (H/R Ahmad. 3/4. Bukhari. No. 4351. Muslim, bab az-Zakah. 144. Ahmad, Abu Daud, an-Nasaii dan Baihaqi)

5 - قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَلرَّاحِمُوْنَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ اِرْحَمُوْا مَنْ فِى اْلاَرْضِ يَرْحَمُكُمْ مَنْ فِى السَّمَآءِ

"Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Orang-orang yang menyayangi akan disayangi oleh Ar-Rahman (Allah). Sayangilah orang yang di bumi, akan disayangi oleh Yang di langit (Allah)". (H/R Abu Daud. 4941, hadis hasan sahih. H/R al-Baihaqi dalam "Asma wa as-Sifat" hlm. 300)

6 - قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : وَالَّذِيْ نَفْسِىْ بِيَدِهِ ، مَا مِنْ رَجُـلٍ يَدْعوْ اِمْرَاَتَهُ اِلَى فِرَاشِـهِ فَاَبَى عَلَيْهِ ، اِلاَّ كَانَ الَّذِيْ فِى السَّمَآءِ سَاخِطًا عَلَيْهَا حَتَّى يَرْضَى عَنْهَا

"Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Demi nyawaku yang di tanganNya, tidaklah seseorang lelaki (suami) yang mengajak isterinya ke tempat tidurnya maka ia (isterinya) enggan mematuhinya kecuali Yang di langit (Allah) akan mengutuknya (memurkainya) sehinggalah ia diredhai oleh suaminya". (H/R Muslim, bab an-Nikah. 121)

7 - اِنَّهُ سَـاعَةٌ تُفْتَحُ فِيْهَا اَبْوَابَ السَّـمَآءِ فَاُحِبُّ اَنْ يَصْعَدَ لِيْ فِيْهَا عَمَلٌ صَالِحٌ

"Sesungguhnya pada waktu itu dibuka pintu-pintu langit, maka aku suka amal-amal solehku diangkat naik pada saat tersebut". (H/R Ahmad dan Turmizi. (Hadis sahih))

8 - كَمْ اِلَهًا تَعْبُدُ الْيَوْمَ ؟ قَال : سَبْعَةٌ . سِتَّةٌ فِى اْلاَرْضِ وَوَاحِدٌ فِى السَّمَآءِ . فَقَالَ : فَاِذَا اَصَابَكَ الضَّرَرَ فَمَنْ تَدْعُوْا ؟ قَالَ : اَلَّذِيْ فِى السَّمَاءِ

"Bertanya Rasulullah (kepada Amran bin Hussin sebelum beliau memeluk Islam): Berapa tuhan yang engkau sembah pada hari ini? Beliau menjawab: Tujuh, enam di bumi dan satu di langit. Baginda bertanya: Diketika engkau ditimpa bahaya maka tuhan yang mana yang engkau seru? Beliau menjawab: Tuhan yang di langit". (H/R Al-Baihaqi dalam "Al-Asma wa-Sifat" hlm. 300)

9 - Zainab radiallahu ‘anha berbangga kerana beliau dinikahkan oleh Allah yang di atas langit yang ketujuh:

زَوَّجَكُنَّ اَهَالِيكُنَّ وَزَوَّجَنِيَ اللهُ مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتِ

"Kamu dikahwinkan oleh ahli-ahli kamu dan aku dikahwinkan oleh Allah dari atas langit yang ketujuh". (H/R Bukhari No. 7420. Baihaqi "Al-Asma wa-Sifat". Hlm. 296)

10 - Semasa kewafatan 'Aisyah, Ibn Abbas radiallahu ‘anhu berkata kepadanya:

كُنْتُ اُحِبُّ نِسَـاءَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ وَلَمْ يَكُنْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحِبُّ اِلاَّطَيِّبًا وَاَنْزَلَ اللهُ بَرَاءَ تكِ مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتِ

"Aku sentiasa mencintai para isteri Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam sebagaimana mencintai Rasulullah dan tidak pernah Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam mencintai sesuatu kecuali kerana kebaikannya dan Allah telah membersihkan engkau dari atas langit yang ketujuh". (H/R Bukhari No. 7421)

11 - قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ : هَذِهِ اِمْرَاَةٌ سَمِعَ اللهُ شَكْوَاهَا مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ هَذِهِ خَوْلَةُ بِنْتُ ثَعْلَبَةُ

"Berkata 'Umar bin al-Khattab: Inilah wanita yang didengar oleh Allah pengaduannya dari atas langit yang ketujuh, inilah Khaulah binti Thalabah". (Dikeluarkan oleh al-Baihiqi di dalam sanadnya.Lihat: اجتماع الجيوش الاسلامية hlm. 39. Ibn Qaiyim)

12 - لَمَّا قَضَى اللهُ الْخَلْقَ كَتَبَ كِتَابًا عِنْدَهُ سَبَقَتْ رَحْمَتِيْ غَضَبِيْ فَهوْ عِنْدَهُ فَوْقَ السَّمَآءِ


"Setelah Allah mencipta makhluk, ditulis satu kitab di sisiNya: RahmatKu mendahului kemurkaanKu, maka ia di sisiNya di atas 'Arasy". (H/R Bukhari, 7554. Muslim, bab at-Taubah, 14)

Dalil-dalil di atas menerangkan bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersemayam di atas 'Arasy-Nya. 'Arasy-Nya berada di atas langit yang ketujuh sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur ulama Salaf as-Soleh.

"Allah mempunyai sifat, mempunyai tangan, bersemayam di atas 'Arasy-Nya, mempunyai muka dan al-Quran itu Kalamullah bukan makhluk dan ia diturunkan (dari langit)". (Lihat: اعتقاد ائمة الحديث Hlm. 50-51. Ismaili)

Imam Abu Hasan al-Asy'ari rahimahullah:

Mengingkari keterangan dan penetapan nama-nama, sifat, zat dan perbuatan Allah sebagaimana yang terdapat pada dalil-dalil dari al-Quran, hadis-hadis dan athar yang sahih ini adalah kufur hukumnya.

Imam al-Auza'ie dianggap Imam ahli Syam dizamannya, beliau telah menegaskan:

كُنَّا وَالتَّابِعُوْنَ مُتَوَافِرُوْنَ نُقُوْلُ : اَنَّ اللهَ عَلَىعَرْشِهِ وَنُؤْمِنُوْا بِمَاوَرَدَتْ بِهِ السُّنَةَ مِنْ صِفَاتِ اللهِ تَعَالَى

"Kami dan para Tabi'in sepakat menetapkan dengan qaul kami bahawa:

Sesungguhnya Allah di atas 'Arasy-Nya dan kami beriman dengan apa yang telah dinyatakan oleh sunnah berkenaan sifat-sifat Allah Ta'ala". (Lihat: فتح البارى. Jld. 13. Hlm. 406. Ibn Hajar al-Asqalani)

عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ وَهَبٍ قَالَ : كُنْتُ عِنْدَ مَالِكٍ فَدَخَلَ رَجُلٌ فَقَالَ : يَا اَبَا عَبْدَ الرَّحْمَن " اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى " كَيْفَ اسْتَوَى ؟ فَاَطْرَقَ مَالِكُ فَاَخَذَتْهُ الرَّحْضَاءَ ثُمَّ رَفَعَ رَاْسَهُ فَقَالَ : اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىكَمَاوَصَفَ بِهِ نَفْسَهُ وَلاَ يُقَالُ كَيْفَ وَكَيْفَ عَنْهُ مَرْفُوْعٌ وَمَا اَرَاكَ اِلاَّ صَاحِبُ بِدْعَة فَاَخْرِجُوْهُ

"Abdullah bin Wahab berkata: Aku pernah bersama Malik maka masuk seorang lelaki lalu bertanya: Wahai Aba Abdul Rahman! "Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'Arasy", bagaimana Dia bersemayam? Beliau terus mengingkari dan dengan keadaannya yang marah sambil mengangkat kepalanya berkata: Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'Arasy-Nya sebagaimana yang telah disifatkan oleh Allah pada dirinya sendiri dan janganlah ditanya bagaimana dan kenapa kerana telah marfu' tentangnya, dan tidaklah aku ketahui tentang dirimu kecuali seorang pelaku bid'ah, maka keluarkanlah dia". (Lihat: فتح البارى. Jld. 13. Hlm. 407. Ibn Hajar al-Asqalani)

Bertanyakan "Bagaimana Allah bersemayam di atas 'Arasy" dianggap oleh Imam Malik dan Rabi'ah sebagai pertanyaan yang haram dan bid'ah, kerana bertanya tentang apa yang tidak diketahui oleh manusia, dan sesuatu yang tidak diketahui maka tidak mungkin mereka akan memperolehi jawapannya. (الدعوة السلفية فى مفهومها الصحيح عقيدة وعبادة Hlm. 92. Sa'udin Mohammad Al-Kasbi)

Sesungguhnya memperkatakan sifat-sifat Allah adalah sebahagian dari memperkatakan tentang zat-Nya, sebagaimana akal tidak berdaya mengetahui tentang zat-Nya maka begitu jugalah akal tidak mampu mengetahui tentang bagaimananya sifat Allah. (الدعوة السلفية فى مفهومها الصحيح عقيدة وعبادة Hlm. 92. Sa'udin Mohammad Al-Kasbi) Beginilah manhaj yang diikuti oleh para Salaf as-Soleh rahimahumullah (tentang memahami sifat dan zat Allah 'Azza wa-Jalla), mereka meletakkan kesempurnaan akal mengikut tempat dan kadar kemampuannya (الدعوة السلفية فى مفهومها الصحيح عقيدة وعبادة Hlm. 92. Sa'udin Mohammad Al-Kasbi) dan tidak mencabuli ayat-ayat dan sabda Nabi-Nya dengan akal dan hawa nafsunya.

قَالَ التُّرْمِزِيُّ : وَهُوَ عَلَى الْعَرْشِ كَمَا وَصَفَ بِهِ نَفْسهُ فِى كِتَابِهِ كَذَا قَالَ غَيْرُ وَاحَدٍ مِنْ اَهْلِ الْعِلْمِ

"Berkata Turmizi:

Ia bersemayam di atas 'Arasy sebagaimana yang disifatkan-Nya sendiri di dalam kitab-Nya. Beginilah perkataan ahli ilmu yang bukan seorang sahaja yang mengatakannya seperti itu". (Lihat: عون المعبود. Jld. 13. Hlm. 42)

Sekian dulu, diharap saudara Malik dapat bertemu dengan saya bagi menunjukkan keikhlasan saudara bagi membetulkan kesilapan saya.

Nawawi Bin Subandi said...

Pelik juga ku lihat Malik ini, kerana dalam bab mendengar, melihat, boleh pula kita mengambil makna zahir.

Tapi, dalam bab seperti tangan, mata, kaki, istiwa', tidak boleh pula...

Tahukah Malik, di sana ada lagi hadis-hadis berkenaan sifat yang mana Malik tidak akan mampu menjawabnya nanti...

sebagai contoh:

"Kedua-dua Tangan Allah adalah Tangan kanan" (Hadis Riwayat Bukhari)

Anonymous said...

Assalamualaikum wahai budak malik. hang tak layak nak menulis bab2 agama ni lagi, banyak lagi hang kena belajar, sekolah rajin2, pie carik guru2 yang agama atau ulamak2 yang berilmu, bukan satu bidang tapi pelbagai bidang, baru hang boleh menulis balik, hang dah banyak mengarut menulis dan bercakap macam anak2 ana yangbaru umur lapan tahun, nampak sangat hang ni wahabi, masyaAllah, hang dah sesat malik!! pesan ana bertaubatlah.. moga Allah mengampuni kanta. insyaallah.

budak kaca mata

Anonymous said...

Wahhabi memang suka mengkafirkan Ulama Hadis mereka Albany yang kata Allah wujud tanpa bertempat.

dark am said...

Assamualaikum, tuan-tuan yang bijaksana, harap jangan bergaduh disini.. apa yang tuan-tuan gaduhkan itu telah digaduhkan oleh ulama-ulama terdahulu dan mereka telah bersepakat dalam banyak hal dan tidak bersepakat juga dalam banyak hal. apa yang tuan-tuan faham itu, ikutlah dan jangan berkata apa yang orang lain faham itu salah..

dimana Allah? bukan urusan tuan-tuan untuk menentukan dimana Allah swt. layakkah kamu? hamba!!!

bertengkar disini tidak membawa kebaikan kepada sesiapa kecuali salah faham. rujuklah dahulu dengan alim ulama yang kukuh kedudukan ilmunya. jika tidak, tuan-tuan ini nanti hanyut ke lembah kebinasaan.

Anonymous said...

Assalamualaikum, benar kata dark am.

Bismillahirrahmanirrahim

23. Al Mu'minuun

52. Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku.

53. Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).

Sodakollahulazim

Apa yang kamu semua dapat dengan bergaduh tentang Zat Allah, suatu yang ghaib. Sedar x sedar Islam yang sekarang ni ditindas dan dihina pernah tak kamu semua fikirkan.

dee88 said...

saudara2ku skalian..
aku buknlah sapa2 pun,hnya hamba Allah yg hina.tu je..
aku tngok ada smpai mgkafirkn satu sma lain.ish2.
tidaklah aku pndai b'khutbah ttg ilmu aqidah,tp sedar gak aku ttg nafsu yg blenggu d hati.ada2 je kbaikan yg nk dtolak..
abih sapa yg benar?cmne ni?
antum la yg jwb..

"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk."-az Zukhruf[43,37]

"sesungguhnya Al Quran itu benar-benar firman yang memisahkan antara yang hak dan yang bathil"-at Thariq[86,13]

Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar suatu pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.Dan sesungguhnya Kami benar-benar mengetahui bahwa di antara kamu ada orang yang mendustakan(nya).-[69,48-49]

"Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir."-al A'raf[7,176]

aku b'saksi tiada Tuhan melainkan Allah & Muhammad s.a.w. itu ialah Rasul-Nya
salam.

Abi Qalam said...

Assalamualaikum,

Maha Suci Allah dari berjisim, berjirim dan takluk pada masa mahupun tempat; Pandangan Mujassim seperti artikel ini telah ditepis oleh Saudara Malik dgn jayanya, sehingga Saudara Nawawi terpaksa membawa dalil yg berulang-ulang, tetapi jika didalami dari kaedah Bahasa Arabnya, maka dalil-dalil tersebut bahkan menyokong Saudara Malik, bahkan pendapat yg dibawa Saudara Nawawi hanya berasal dr pendapat-pendapat yg syaz, dan tidak diterima umum Ahl Sunnah.
Bahkan Saudara Malik berjaya membezakan sifat maknawi dan sifat Zat dengan jelas, seperti Mendengar, Melihat vs Mempunyai Tangan, duduk diatas arash.
Saudara Malik juga berjaya membuktikan bahawa Tafwid para Salaf ialah dgn tidak menetapkan/memahamkan apa-apa bahkan menyerahkan maksud kepada Allah, dan juga membuktikan bahawa para Salaf pun mentakwil akan nas mutashabihaat.
Selain itu, kekuatan intelek dan yg tinggi telah ditunjukkan oleh Saudara Malik, dimana beliau mampu menghurai makna zahir dan kiasan dlm Bahasa Arab dgn baik, sedangkan penyokong hanya memperlekehkan kata-kata itu tanpa ilmu/hujah yg haq.
Jadi kesimpulan yg dpt ana buat ialah hujah Saudara Malek lebih mudah difahami yg merupakan fahaman manhaj salaf dan khalaf yg sebenar.

Semoga Allah memberikan hidayahNya kepada kita semua.

Abi Qalam

Nawawi said...

biarkan Fatwa ini berbicara, Fatwa Para Ulama Salaf (terdahulu):

1 – Imam al-Auza’i berkata: “Kami dan seluruh Tabi’in bersepakat menyatakan bahawa: “Allah berada di atas ‘Arsy-Nya”. Dan kami semua mengimani sifat-sifat yang dijelaskan dalam as-Sunnah.” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Asma’ wa Shifat, m/s. 408. adz-Dzhabi, al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, m/s. 102)

2 – Imam ‘Abdullah Ibnul Mubarak berkata: “Kami mengetahui Rabb kami, Dia beristiwa’ di atas ‘Arsy berpisah dari makhluk-Nya. Dan kami tidak mengatakan sebagaimana kaum Jahmiyah yang menyatakan bahawa Allah ada di sini (beliau menuding/menunjukkan ke bumi).” (Diriwayatkan oleh ash-Shabuni, Aqidah Salaf Ashabul Hadis, m/s. 28)

3 – Imam Qutaibah bin Sa’id berkata: “Inilah pendapat para imam Islam, Ahli Sunnah wal Jama’ah, bahawa kami mengetahui Rabb kami di atas langit-Nya yang ketujuh di atas ‘Arsy-Nya.” (Dar’u Ta’arudh Naql wal Aql, Ibnu Taimiyah, 6/260)

4 – Imam ‘Utsman bin Sa’id ad-Darimi berkata: “Telah bersepakat kalimat kaum muslimin dan kafirin bahawa Allah di atas langit.” (Naqdhu Abi Sa’id ala Mirsi al-Jahmi al-Anid, 1/228)

5 – Imam Abu Zur’ah dan Abu Hatim berkata: “Ahli Islam telah bersepakat untuk menetapkan sifat bagi Allah bahawasanya Allah di atas ‘Arsy berpisah dari makhluk-Nya dan ilmu-Nya di setiap tempat. Barangsiapa yang menyatakan selain ini maka baginya laknat Allah.” (Syarh Ushul I’tiqad Ahli Sunnah, al-Lalika’i, 1/198)

6 – Ibnu ‘Abdil Barr berkata tentang hadis turunnya Allah ke langit dunia: “Dalam hadism ini terdapat dalil bahawa Allah di atas ‘Arsy, di atas langit-Nya sebagimana dikatakan oleh Jama’ah kaum muslimin.” (at-Tamhid lima fi al-Muwaththa’ min al-Ma’ani wa al-Asanid, Ibnu Abdil Barr, 7/129)

7 – Imam ash-Shabuni berkata: “Para ulama umat dan imam dari Salafush Soleh tidak berselisih pendspat bahawa allah di atas ‘Arsy-Nya dan ‘Arsy-Nya di atas langit-Nya.” (Dar’u Ta’arudh Naql wal Aql, Ibnu Taimiyah, 6/250. al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, adz-Dzahabi, 246)

8 – Imam Ibnu Qudamah menyatakan: Sesungguhnya Allah mensifati diri-Nya bahawa Dia tinggi di atas langit, demikian juga Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam (penutup para Nabi) mensifati Allah dengan ketinggian juga, dan perkara tersebut disepakati oleh seluruh ulama dari kalangan sahabat yang bertaqwa dan para imam yang mendalam ilmunya, hadis-hadis berkaitan dengannya juga mutawatir sehingga mencapai darjat yakin, demikian pula Allah menyatukan semua hati kaum muslimin dan menjadikannya sebagai fitrah semua makhluk.” (Itsbati Shifatul Uluw, Ibnu Qudamah, m/s. 12)

9 – Imam adz-Dzahabi menyatakan: “Mereka yang menjelaskan Allah di atas langit, hujjah-hujjah mereka adalah hadis-hadis dan atsar-atsar yang sangat banyak.” (al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, 143)

10 – Imam asy-Syafi’i berkata: “Kekhalifahan Abu Bakar ash-ShiddiQ adalah haq (benar), yang telah diputuskan Allah Ta’ala dari atas langit-Nya, dan Dia telah menghimpun hati hamba-hamba-Nya kepada Abu Bakar ash-ShiddiQ.” (Majmu’ al-Fatawa, Ibnu Taimiyyah, 5/139) “...bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah (ilah) melainkan Allah, dan Muhammad Rasulullah, dan bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala itu di atas ‘Arsy-Nya di langit-Nya yang dekat dengan makhluk-Nya bersesuaian dengan kehendak-Nya, dan bahawa Allah turun ke langit dunia bersesuaian dengan kehendak-Nya.” (Rujuk: Itsbati Shifatul Uluw, Ibnu Qudamah, 124. Majmu’ al-Fatawa, Ibnu Taimiyyah, 4/181-183. al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, adz-Dzahabi, 120. Mukhtashar al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, al-Albani, 176)

11 – Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Kita beriman kepada Allah bahawa Dia di atas ‘Arsy bersesuaian dengan kehendak-Nya tanpa dibatasi dan tanpa disifati dengan sifat yang kepadanya seseorang cuba mensifatinya (dengan mentakwil-takwil). Sifat-sifat Allah itu (datang) dari-Nya dan milik-Nya. Ia mempunyai sifat seperti yang Dia sifatkan untuk diri-Nya, yang tidak dapat dijangkau oleh pandangan (pancaindera).” (Dar’u Ta’arudh Naql wal Aql, Ibnu Taimiyah, 2/30. I’tiqadatul Aimmatil Arba’ah, Dr. Muhammad al-Khumais, 69 & 71. Lihat juga: Thabaqat al-Hanabilah, Abu Ya’la, 1/56)

12 – Imam Abu Hanifah berkata: “Sesiapa yang berkata, “Aku tidak tahu Rabbku di langit atau di bumi” bererti dia kafir. Begitu juga seseorang menjadi kafir apabila mengatakan bahawa Allah itu di atas ‘Arsy, namun dia tidak mengetahui sama ada ‘Arsy itu di langit atau di bumi.” (al-Fiqhul Absath, Abu Hanifah, 46. I’tiqadatul Aimmatil Arba’ah, Dr. Muhammad al-Khumais, 11)

Lebih lanjut:

http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/11/077-mempercayai-allah-di-atas-arsy.html

Anonymous said...

Ok, biarkan ulama salaf berbicara:

Pandangan Ulama' bahawa Allah wujud Tanpa Tempat:


1. Saidina Ali kwj (al-Farq Bayna al-Firaq):

“Sesungguhnya Allah telah wujud tanpa tempat,maka Dia sekarang tetap sedia wujud tanpa tempat”

"“Sesungguhnya Allah mencipta ‘arasy adalah untuk menzahirkankekuasaan-Nya dan bukanlah untuk dijadikan tempat bagi zat-Nya”."

2. Imam Abu Hanifah (Kitab Wasiat beliau):

"Allah wujud tanpa tempat. Jika Allah wujud bertempat, maka sebelum tempat itu sendiri dicipta maka di manakah Allah?"

3. Imam Syafei (Ithaf al-Sadah al-Muttaqin )

“Dalil bahawa Allah wujud tanpa tempat adalah Allah Ta’ala telah wujud dan tempat pula belum wujud, kemudian Allah mencipta tempat dan Allah tetap pada sifat-Nya yang azali sebelum terciptanya tempat, maka tidak harus berlaku perubahan pada zat-Nya dan begitu juga tiada pertukaran pada sifat-Nya”.

4. Al-Hafiz Ibn Jawzi al-Hanbali r.a (Daf’ Syubhah al-Tasybih)

“Sesungguhnya telah sahih di sisi ulama Islam bahawa Allah Ta‘ala tidak diliputi oleh langit, bumi dan tidak berada di setiap tempat”.

5. Imam al-Ghazali (Ihya’ ‘Ulum al-Din) :

“Dan Allah juga tidak diliputi oleh tempat dan Allah tidak diliputi arahenam dan Allah tidak pula dilingkungi oleh langit dan bumi.”

6. Imam al-Hafiz Ahmad bin Salamah Abu Ja‘far al-Tahawi (Aqidah al-Tahawiyyah)

"Allah tidak berada (tidak diliputi) pada enam penjuru (atas, bawah,kanan, kiri, depan, belakang) seperti sekalian makhluk”.

7. Abdullah bin Yahya bin al-Mubarak mengatakan tentang ayat, “Ar-Rahman ‘ala arsyistawa” di mana istawa itu bererti menguasai. (Ghoribul Quran wa Tafsiruhu ms 113)

8. Imam Abu Mansur Maturudi (Ta’wilaat Ahlus Sunnh wal Jamaah jilid 1 ms 85) mengatakan istawa bermaksud menguasai.

9. Imam Abu Ishaq Ibrahim as-Sarri aZajjaj (Ma’ani al-Quran wa I’rabuhu jilid 3 ms 350) mengatakan istawa bermaksud menguasai.

Anonymous said...

Tuan-tuan,

Sudah tentu jelas yang mana lebih hampir dengan kebenaran dan yang mana tersesat didalam memahami nas,

Imam AL Ghazali telah mengariskan 7 kaedah memahami ayat mutashabihaat bagi orang awam;
1) Taqdis - Mensucikan Allah daripada perkara-perkara yang tidak sesuai denganNya -
Yakni menidakkan apa-apa fahaman/makna yg membawa kepada menyamakan Allah dgn makhluq

2) Tasdiq - Membenarkan apa yg disampaikanNya -
Yakni membenarkan firmanNya dalam bentuk asal, tanpa menterjemahkan dalam bentuk zahir
3) Mengakui kelemahan didalam memahami nas tersebut -
Yakni tidak sesuka hati memahamkan dengan bentuk zahir
4)Bersikap berdiam diri -
Yakni tidak berhujah tanpa ilmu yg haq

5) Tidak bicara/berbahas mengenai masalah tersebut -

6)Tidak merenung dan berfikir makna-makna perkataan tersebut -
Telah terang lagi jelas, Imam Al Ghazali LARANG merenung maknanya terutama dalam bentuk zahir yg tergolong Mujassim lagi Musyabbih

7)Menyerahkan ilmu mengenainya kepada Ahli Makrifat -
Maknanya menyerahkan maksud kpd ahlinya bak para salaf dan khalaf yang menyucikan Allah dari Mujassim dan Musyabbih dgn takwil.

Abi Qalam

nurhaq said...

assalamualaikum wbt.. untuk mudah memafami dalam persoalan ini tanpa putar belit dan mudah.. disini wajib kita beriman bahawa Allah itu bersemayam di atas 'Arsy {sesuai dgn hadith dan al quran)dan dalam masa yang sama juga, sesungguhnya Allah itu maha berkehendak di mana-mana ("tidak bertempat")bermaksud bukan urusan kita untuk menempatkan Allah (siapa kita?). Adalah mudah untuk semua peringkat manusia (UMUM)termasuk kanak-kanak berfikir dan besepakat bahawa Allah berada diatas (Bersemayam diatas Arsy).Sebagai mana syariat menetapkan Ka'bah sebagai kiblat seluruh umat islam (bayangkan kalau kiblat itu "dimana-mana").. tapi adakah seluruh umat islam itu menyembah Ka'abah? dan bagaimana pula keadaanya jika kita tidak tahu arah Ka'abah? sudah tentu kita boleh mengadapkan wajah kita kemana jua arah.. " “Dan kepunyaan Allah timur dan barat, maka ke mana kamu menghadap di situlah wajah Allah.” - Surah al-Baqarah: ayat 115., Adalah syirik kalau kita sujud (mengadap) ka'abah tanpa kita (meyakini) mengadapkan wajah kita kepada Allah tuhan seluruh alam... Disini umumnya Allah itu di Arsy dan hakikatnya wajib diyakini bahawa Allah itu maha berkendak, dan Allah berhak di mana tanpa had dan batasan dan diluar akal pemikiran manusia. Begitu juga tentang "tangan, kaki, melihat, mendengar dll..adalah lazim dan mudah untuk manusia faham bahawa kaki sifatnya berjalan , berlari (mana ada sesuatu yang berjalan mengunakan telinga? dsbg.) menampar dengan tangan, menendang dengan kaki (mana ada sesuatu yang menendang menggunakan tangan) tapi hakikatnya sifat-sifat itu tadi (melihat, mendengar, berkata dll) adalah milik Allah yang di berikan kepada hambanya untuk menguji samada mereka bersyukur atau takabur tapi manusia itu sifatnya membuat kerosakan,dan kemudian apabila manusia itu sudah menjadi tua, baru mereka sedar bahawa dia sudah tidak berdaya, kurang pengelihatan, kurang pendengaran dan berbagai lagi, sedikit demi sedikit Allah tarik agar manusia sedar siapa manusia dan siapa Allah? akhirnya manusia itu tadi mati baru kita tahu manusia (mayat)tidak boleh berkata, mendengar dan bergerak (melaksana perintah Allah). Hinanya iblis adalah kerana kesombongan serta merasakan dirinya hebat dari ciptaan Allah pada yang lain.. bagi pencari ILMU amati terjemahan ini..'ketahuilah bahawa manusia itu melampaui batas kerana melihat dirinya serba cukup' (96;30;6-7)

Anonymous said...

Salam,

Kaedah mengambil zahir ayat tidak pernah diajar oleh jumhur ulama' baik salaf mahupun khalaf. Mereka hanya 'menyatakan nas' tanpa memberi makna/maksud dan memberi kaifiyyat kpd hal tersebut.

Kecelaruan timbul, apabila memberikan makna istawa kepada bersemayam, ini kerana, merubah bentuk nas mutasyabihat (salah satu bentuk tahrif/takwil juga). Apa dalil boleh beri makna sedemikian?
Jika antum faham demikian, iaitu hendaklah memberi makna zahir kpd ayat mutasyabihaat, maka silalah buka surah Sajadah ayat 14. Adakah antum beriman dgn zahir ayat ini?

Selain itu, jika rujuk kpd sifat 'nuzul', dimana Allah turun kelangit didunia sepertiga malam, maka secara logiknya, 24 jam berlaku sepertiga malam, maka Allah sentiasa dilangit dunia pula!

Saranan untuk menolak kefahaman aqal didalam hal ini amat batil, kerana Allah mengutuk mereka yg tidak menggunakan aqal, sila rujuk Albaqarah 171.

Syukran

Abi Qalam

Nawawi said...

Ketahuilah wahai Abi Qalam, bahawa sifat Allah tidak sama seperti sifat manusia.

Maka, Allah berkehendak kepada apa yang Dia kehendaki. Jika nada berfikir bahawa Allah tertakluk kepada sistem masa, maka anda sebebarnya telah menyamakan allah dengan makhluk.

Wallahu a'lam.

nurhaq said...

Bismillah.

Shiekh Al-Albani rahimahullah wa ghafarallahulah berkata: 'Al-Muawwil hum mutasyabbih'.
(orang-orang yang menta'wil itu mereka adalah orang yang menyerupakan Allah dengan mahkluq-Nya)

Kerana orang-orang yang menta'wil sifat-sifat Allah, terlebih dahulu mereka menyerupakan Allah dengan makhluq, kemudian barulah mereka cuba menafikan bahawa Allah tidak serupa dengan Mahkluq dengan menta'wil pensifatan Allah terhadap diri-Nya sendiri.

Seperti yang di lakukan oleh saudara Abi Qalam dalam mengatakan bahawa Allah tidak mungkin turun kelangit dunia pada suatu masa dan pada masa yang sama dia telah meninggalkan suatu tempat yang lain.

Abu Qalam telah menyerupakan Allah dengan Mahkluqnya (na'uzubillah) bila mengatakan bahawa Allah turun disatu tempat dan meninggalkan tempat yang lain, sebagaimana kita manusia masalan; apabila turun dari suatu tempat yang tinggi maka kita telah bertempat dibawah dan kosonglah apa yang di atas tadi. Maha suci Allah dari para mutasyabbih!!

Sedangkan Allah subhanawa ta'ala berfirman: "Sesungguhnya Allah tidak serupa dengan segala sesuatu dan Dia Maha mendengar dan Maha melihat"

Aqeedah Ahlussunha wal jama'ah beriman dengan ayat-ayat Al-Quran tentang penisbatan Allah dalam mensifatkan dirinya sendiri dan hadis-hadis sahih melalui lisan Nabi-Nya Muhammad shollallahu'alaiwasallam tanpa ta'wil, tanpa ta'thil, tanpa tasybih.

Aqeedah Ahlussunnah wal jama'ah meng-isbatkan apa-apa yang di-isbatkan oleh Allah tentang dirinya sendiri dan apa-apa yang di-nafikan oleh Allah tentang diri-Nya sendiri, sesuai dengan kebesaran Allah.

Maka jika ditanya adakah Allah turun kelangit dunia? na'am Allah turun kelangit dunia sebagaimana yang dikhobarkana oleh baginda Nabi Muhammad shollallah'alaihiwasallam dalam hadis yang sahih. bagaimana Allah turun kelangit dunia? sesuai dengan kebesarannya Maha suci Allah.

Adakah Allah melihat? Na'am Allah melihat sesuai dengan kebesarannya Maha suci Allah.

Adakah Allah punya tangan? na'am Allah mempunyai tangan, sesuai dengan kebesarannya Maha suci Allah.

Adakah Allah di atas langit? na'am Allah di atas langit sesuai dengan kebesarannya Maha suci Allah.

Adakah Allah ketawa? Na'am Allah ketawa sesuai dengan kebesarannya Maha suci Allah.

"Tiada sesuatupun yang serupa dengan-Nya sedang dia Maha Mendengar dan Maha Melihat"

Begitulah Tiada bezanya antara sifat dan zat Allah. Berkata para salaf: 'kita meng-isbatkan sifat sebagaimana kita meng-isbatkan zat'.

Maka hati-hati ya akhuna Abu Qalam dengan pemahaman ahlulkalam yang cuba meniadakan kewujudan Allah subhanawata'ala (na'uzubillah) dengan menyerupakan Allah dengan mahkluq-Nya, bila mereka mengatakankan bahwa mahkluq wujud dan mereka kemudian manafikan bahwa Allah wujud kerana wujudnya Allah serupa dengan wujudnya mahkluq, mereka menafikan sifat Allah Al-wujud..lalu akhirnya mengatakan bahawa Allah tidak wujud kerana serupa dengan mahkluqnya yang wujud..!!

"Maha suci Allah dari apa yang mereka sifatkan".

nasalullahulana wa iyyakum at-taufiq.

muslimuia said...

Salam

"Allah Maujud Bi La Makan"

http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/02/ahli-sunnah-wal-jamaah-aswj.html#links

Anonymous said...

Secara empirikal,Ana lihat apa yg menjadi masalah bg mereka yg mengimani akal, gambaran mereka ketika sesuatu istilah itu disebutkan, atau kedengaran. Sbg contoh istiwa',tangan,tempat dll. Secara automatik akal mereka pun mengeluarkn imej gambar seolah2 makhluq. Oleh itu, mereka pun mentakwil dengan prasangka yg bukan2 pd sgala yg indah lalu disandarkn kpd Tuhan yg lebih sempurna dr apa yg mereka sifatkn,maha suci Allah dr segala penyerupaan. Mereka anggap 'bersemayam' lalu berbisik dlm hati "eh!ini macam manusia mana boleh Tuhan mcm tu?"sedangkan jika kta menerima sahaja dan beriman kepd statement yg difirmankan Allah, tanpa mempersoal kerna Allah lebih tahu. Soal keimanan itu xpatut ada pilihan dlm hati ia hadir scara spontan, para shabat di zaman rasulullah s.a.w hanya sami'na wa atho'na dengan petunjuk.MAHA SUCI ALLAH DARI APA YG MEREKA SIFATKAN!

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah menyesatknnya berdasarkan ilmu dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?(23) ALJATHIYYAH,


SURAH INI SESUAI BG MEREKA YG TERLALU SOMBONG,ANGKUH,DAN BONGKAK DGM ILMU YG DIA ADA....MGA KTA TIDAK TERGOLONG DALAM KALANGAN MEREKA YG BERDUSTA KE ATAS ALLAH!

Anonymous said...

ana menyifatkan mereka yg berkeras menolak bahawa Allah di langit, seakan2 menyerupai pegangn wahdatul wujud iaitu tiada yg wujud kecuali Allah kerna Dia tidak bertempat. Sebelum mereka menghukum ana, sebaik sahaja ana nyatakn bertempat otak mereka pn menghasilkn imej oh ini tidak boleh mcm makhluq. Akal kta menipu kita dgn gambaran yg akal kta sendiri xboleh nak fikir so kepda siapa kta beriman? kepada akal? atau wahyu?
Hakikatnya kta manfaatkan akal dgn pertimbngn rasional kpd suatu istilah itu. Apa yg menjadi masalah apabila kta memperalatkan akal lalu terjadilah takwil yg bukn2(yg kononnya sedap didengar@ ianya sesuai hehehe) disitu kita yg jd alat akal. Hati2 bisikan syaithan! jangan warisi kesombongan syaithan laknatuLLAH!


"Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah." (54)
"Dan tidak ada sesuatupun yang menghalangi manusia dari beriman, ketika petunjuk telah datang kepada mereka, dan dari memohon ampun kepada Tuhannya, kecuali setlah datangnya hukum Allah (yang telah berlalu pada) umat-umat yang dahulu atau datangnya azab atas mereka dengan nyata.(55)
-ALKAHFI-

'Ubaidan lillah

Anonymous said...

Allah ta`ala wujud tanpa tempat dan Dia sekarang atas sebagaimana sediakalanya".

Ya, Dia adalah Dia spertimana sediakala tapi persoalannya ya'ni al-aaan!...Adakah mereka yg mendakwa Allah xbertempat pd ketika ini merka berfikir Dia ada di mana2? Sedngkn pengtahuan Allah meliputi sgala2nya, jika dakwaan itu adalah di mana2 atau xbertempat, mereka telah menyatukn kewujudan Allah dgn apa yg ada. Hal ini adalah wahdatul wujud!. Sungguh Allah telah firmankan dlm quran dgn manhaj yg mudah difahami! ARRAHMANU 'ALAL'ARSYISTAWA! ya'ni al-aaan.Namun ada yg memndai2 dan iftira' alaih(mengada2) menetap makna lafaz tersebut mngikut sdap hati mereka .


"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.(54)

Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah diri dan suara yang lembut!. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas!(55)

-AL A'RAAF-

man yatalatthof

Anonymous said...

Salam,

Ana ingin komen sikit,

Pernyataan ini sahaja cukup bercanggah didalam satu ayat.
"Allah ta`ala wujud tanpa tempat dan Dia sekarang atas sebagaimana sediakalanya"

Mana mungkin jika menghimpun ayat yang menyatakan ALlah Taala wujud tanpa tempat kemudian pulak menyatakan yang Allah berada diatas?? Ini logik apa ni?
Bukankah bercanggah?

Habih tu camana nak terangkan yang Thummastawa 'alal 'arsh, jika Allah memang begitu sediakalanya? Sediakalanya bermakna dulu sekarang dan selama-lamanya begitu, tetapi bila antum kata lalu Allah bersemayam pada arash, ini bukan sediakala lagi dah.. ini berubah-ubah.

Hujjah ilmu kalam pun boleh mematahkankannya, takkan dangkal sangat?

Kenapa Ahl Sunnah marah sgt bila Wahabi menyatakan "Allah bersemayam diatas Arsh?

1) Wahabi dah takwilkan istawa= bersemayam, tanpa asas dari salaf. Padahal Imam2 Salaf mengekalkan lafaz istawa itu dalam lingkungan Tafwid (tidak memberi makna). Mereka marah Asyariyyah bertakwil, akhirnya mereka bertakwil dgn lebih buruk bila memberi makna istawa= bersemayam.

2) Menjadikan sifat Allah tertakluk kpd ketidak sempurnaan. Yakni, Zat Allah adalah tunggal yang wujud pada asasnya, manakala Arsh adalah benda yang datang kemudian. Bila memberi makna istawa=bersemayam, maka menunjukkan perubahan pada Zat Allah, oleh yang demikian, menafikan sifat kesempurnaan kepada Allah.

3) Menyatakan bahawa Allah tertakluk pada ciptaanNya. Masa dan tempat adalah makhluq ciptaanNya, masakan Allah tertakluk mahupun terkandung oleh ciptaanNya? Ini barulah menyucikan Allah dan kaedah terbaik untuk beriman dengan sifat-sifat KamalatNya, bukan beriman yang Allah tertakluk pd Arsh!..


Sedikit penerangan;
1) Tidak ada Ahl Sunnah mengatakan Zat Allah ada merata-rata.. Ini satu pembohongan besar. Tapi Ahl Sunnah menyatakan IlmuNya meliputi segala benda..

2)Dangkal sungguh pahaman yang menyatakan Allah memerlukan tempat untuk wujud. Ahl Sunnah dah paham yang Allah boleh wujud tanpa tempat sejak berkurun lama dah.. awat payah sgt nak paham? Tu yang melalut sampai kata tuduh Ahl Sunnah Wahdatul wujud, padahal tak paham gelanggang bahasan..

3) Tuduhan yang Ahl Sunnah tak terima statement yg Allah perintah dalam quran, ini lagi satu kecelaruan.. Bagi golongan zahiriyyah inilah satu-satunya modal untuk berkokok panjang. Padahal Ahl Sunnah berpegang pada kaedah Imam2 Salaf, sama ada kaedah tafwid mahupun takwil. Imam2 Sunnah sentiasa mengekalkan lafaz bilamana membahaskan Istawa, tak pernah langsung lafaz itu ditukar kpd julus..
Jadi tuduhan ni jahat. Apa yang sebenarnya isunya adalah, kaedah memahami NAS, Imam2 Ahl Sunnah kata tafwid, atau takwil berdasarkan imam2 salaf (Ibn Abbas, Qatadah, Sufyan). Tetapi kamu ambil makna ZAHIR. Itu yg menyeleweng.. awat susah sgt ka nak paham?

Dah berpuluh-puluh kali dijelaskan.. tak mau paham paham jugak.. Jadi betullah firman Allah, Sum Mum Buk Mum '3oum Yum Fahum La Ya'qiluun..

Abi Qalam

Anonymous said...

Pening? Masih tercari cari lagi kebenaran? Wahabi mengelirukan anda makna Istawa didalam Al Quran? Adakah anda faham sepenuhnya dengan firman Allah ini didalam al Quran ?


لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ



"Tidak Ada sesuatupun yang menyerupaiNya.Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
( Ash-Shura : 11)

Telah berkata Al Imam Qadi Abu Bakar ibn `Arabi radhiallahuanhu didalam kitab `Aridat Al Ahwazh li Syarah Sohih Attirmizi :


قال الامام القاضي أبو بكر ابن عربي رضى الله عنه والذى يجيب أن يعتقد في ذلك أن الله كان ولا شئ معه ثم خلق المخلوقات من العرش الى الفرش فلم يتعين بها ولا حدث له جهة منها ولا كان له مكان فيها فانه لا يحول ولا يزول قدوس لا يتغيرولا يستحيل وللاستواء في كلام عرب خمسة عشر معنى ما بين حقيقة ومجاز منها ما يجوز على الله فيكون معنى الآية ومنها ما لا يجوز على الله بحال وهو اذا كان الاستواء بمعنى التمكن أو استقرار أو اتصال والمحاذاة فان شيئا من ذلك لا يجوز على البارى تعالى ولا يضرب له الأمثال به في المخلوقات


Berkata al Imam al Qadhi Abu Bakar Ibnu Arabi Radiallahu Anhu dimana wajib untuk mempercayai padanya bahawa tidak ada sesuatupun yang bersamaNya(Allah).Kemudian Allah menjadikan makhluk-makhluk dari `arash hinggalah ke Furash.Tidak harus padanya dan tidak layak baginya arah darinya dan tiada bertempat padanya .Maka sesungguhnya dia tidak binasa dan kekal qudus serta tidak berubah dan tidak mustahil.Dan Istiwa dalam bahasa Arab mempunyai lima belas(15) makna ,apa yang diantara hakikat dan majaz , dan layak baginya maka jadilah ianya makna bagi ayat tersebut dan apa yang tidak layak bagi Allah seperti dengan memaknakan istiwa dengan mengambil tempat atau menetap Istiqrar(menetap) atau bersentuhan dengan sesuatu maka yang sedemikian itu tidak layak keatas Allah Taala dan tidak disifatkan padaNya persamaan dengan Makhluk.Intaha

Didalam bahasa Arab kalimah istawa mempunyai lebih dari 15 makna kesemuanya. Sesungguhnya bahasa Arab lebih luas dan sofistikated dari bahasa Melayu sendiri. Disini saya ingin menyenaraikan sebahagian daripada makna dari perkataan istawa ini:


1. Menguasai (قهر)
2. Menjaga ( حفظ)
3. Menetapkan
4. Masak (seperti " الطعم استوى")masaknya makanan

5. Berdiri ( seperti yang diucapkan imam sebelum solat berjemaah)
6. Duduk @ Bersemayam ( جلس)
7. Menetap (استقرار)
8. Seimbang@Selari

Saya ingin bertanya kepada para pembaca sekalian. Didalam banyak banyak makna diatas , yang manakan paling layak disandarkan kepada Allah? Adakah sifat seperti duduk@bersemayam, masak , menetap,berdiri itu layak bagi Allah? Manakah yang lebih layak?

Maka jelaslah dengan ini bahawa makna seperti berkuasa dan menjaga adalah yang paling layak keatas Allah. Sifat duduk@bersemayam, masak, menetap dan sewaktunya adalah sifat kekurangan dan hanya layak disandarkan keatas makhluk . Jika kita menetapkan juga sifat kekurangan ini, maka kita telah menghina Allah dan menyamakan Nya dengan makhluk.Maka ianya adalah sangat bertentangan dengan akidah Islam serta menjerumuskan kepada Tashbih dan tajsim.


Sejarah membuktikan pertelagahan manusia dalam menentukan makna perkataan "istawa " ini. Barangsiapa yang mensifatkan Allah dengan makna yang salah seperti sifat duduk atau bertempat maka jatuh kufurlah dia. Seperti apa yang dikata oleh imam Abu Jaafar Attahawi Assalafi

من وصف الله بمعنى من معانى البشر فقد كفر

“ Sesiapa yang mensifatkan Allah dari sifat sifat manusia maka dia telah kafir”

Dengan penerangan yang serba ringkas ini , diharap dapat memberikan manfaat kepada para pembaca dalam memahami akidah Ahl Sunnah wal Jamaah yang sebenar. Semoga kita semua dilindungi Allah dari dicemari fahaman fahaman yang bertentangan dengan Islam.

http://hafizhandasah.blogspot.com/2009/08/apakah-makna-istawa.html

Nawawi said...

Menetapkan قهر sebagai makna kepada istiwa adalah tidak tepat. Sekaligus ianya membawa kepada makna di mana sebelumnya Allah itu tidak mengusai.

Rujuk ayat:

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy. (Surah al-A'raaf, 7: 54)

Sekiranya diletakkan istiwa dengan makna menguasai, maka jelas ia satu kesalahan, kerana ia akan menunjukkan bahawa Allah sebelumnya tidak menguasai. Dan Allah hanya menguasainya setelah dia menciptakan langit dan bumi dalam enam masa.

Nawawi -

Nilai Sri Wangsa said...

assalamualaikum semua. semoga kita hidup dalam Islam dan mati dalam Islam. saya bukan orang pandai, awal-awal saya bagitau. dalam soal Zat Allah, zat tertinggi, marilah kita kembali kepada yang diperkatakan oleh rasulullah s.a.w, manusia paling arif ttg Allah s.w.t yang bermaksud janganlah difikirkan tentang Zat Allah, tapi fikirkanlah kekuasaan-Nya. terjemahan saya byk kekurangan, tolong betulkan kalau salah. Namun, alang2 dh terlanjur berbahas mengenainya, saya mengambil kesimpulan utk membenarkan apa yg dismpaikn oleh nurhaq dlm tulisannya pd 6 March, klu tak silap saya, sbg kaedah umum utk semua. Utk Brother Nawawi, i think i know who u are. You were the most controversial personality in school back then, but still i'm not sure the real you.

Nawawi said...

Wa 'alaikumussalam...

Mungkin anda telah silap. Kerana saya bukanlah seorang yang kontroversi.

Nilai Sri Wangsa said...

wallahu 'alam. mungkin saya silap. ala lagipun tu cerita lama kt skola dulu. saya junior "nawawi". kalau kt skola, dia gelar diri dia syeikhul kabir tak silap saya. gelaran tu ada kt lokar dia. pemahaman dia agak kontoversi seperti pemahaman anda, terutama dlm soal2 mcm ni. itupun saya dengar drpd student lain. x tau la btul ke tidak. kt skola, dia lah yg paling pandai arab. tu la yg saya hairan, kt skola bkn main pandai arab, tapi dalam blog ni, mcm tak paham konsep ayat yg bersifat hakiki dan majaz. tulah, mungkin saya silap agaknya

abulkhoirozan said...

Bismillah,

atau mungkin saja nilai sri wangsa yang tak mengerti bahasa arab atau belum mengerti dengan baik, kerana tiada majaz dalam al-Quran malah tiada majaz dalam bahasa arab. sebenarnya yang disangka majaz itu ialah uslub bahasa arab itu sendiri dan Al-Quran itu diturunkan dalam bahasa arab yang fashih dan murni.Tidak ada majaz didalam Al-Quran dan tidak pula selainnya. Pembahagian kalam kepada hakikat dan majaz tidak pernah dilakukan oleh ulama salaf.pembahagian ini hanya datang setelah zaman ramainya ahli kalam yang tidak faham uslub bahasa arab.shiekhulislam ibn Taimiyah dan muridnya menjelaskan bahawa sesungguhnya istilah majaz ini hanya berlaku setelah berlalunya tiga kurun yang utama, tentunya di sandarkan dengan hujah yang kuat.

lagi satu pada saya tak perlu kita ungkit sejarah lama, kerana Al-Haq itu berjalan bersama bukti serta hujjah bukan bukan sejarah peribadi menjadi penentu..mungkin ada yang sejarah prasekolahnya mumtaz tapi akhirnya tergelincir dengan mengatakan bahawa Al-Quran fihi majaz!

'Dan sesungguhnya Allah itu berada diatas hamba-hambaNya.. beristiwa diatas arasyhNya - sesuai dengan kebesaran dan kesuciannya..Maha suci Allah dari apa yang mereka sifatkan'

والله أعلم

abulkhoirozan said...

Bismillah,

Semuga Allah memotong lidah-lidah orang yang menjelek-jelekan Ahlussunnah dengan gelaran-gelaran yang tak pantas seperti 'wahabbi', 'mujassimah' dan 'mutasyabihah' dll..Ameeen!

-------------------------------
Anda berkata:(Saya ingin bertanya kepada para pembaca sekalian. Didalam banyak banyak makna diatas , yang manakan paling layak disandarkan kepada Allah? Adakah sifat seperti duduk@bersemayam, masak , menetap,berdiri itu layak bagi Allah? Manakah yang lebih layak?)
-------------------------------
abulkhoirozan :
Kaedah penting dalam memahami Asma wa sifat oleh Ahlussunah ialah bahawa:

1. kita menetapkan apa-apa yang Allah sifatkan dirinya didalam Al-Quran dan apa-apa yang disifatkan baginya oleh Rasulullah didalam As-Sunnah seiring dengan penafian kesamaan sifat Allah dengan Makhluqnya seperti dalam firmannya

ليس كمثله شيء وهو السميع البصير

'Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, Dia Maha mendengar dan Maha melihat'

Maka disini Allah menafikan kesamaan Dia dengan makhluqnya dan kemudian menetapkan bahawa dia mendengar dan melihat. Maka kita pun menetapkan bahawa Allah melihat dan mendengar sesuai dengan kebesaran dan kesuciaannya - Maha Suci Allah - ليس كمثله شيء

2. mengekalkan maknanya yang zahir tanpa diubah, kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab yang mubin dan Nabi saw juga bertutur dalam bahasa arab, maka wajib mengekalkan makna 'istiwa' itu sepertimana kalam Allah didalam Al-Quran dan kalam Nabinya saw.

Oleh yang demikian itu Imam Malik rahimahullah bila ditanya tentang bagaimanakah 'istiwa' Allah, lalu dia menjawab: 'Makna istiwa itu ma'lum (difahami oleh orang yang bertutur dalam bahasa arab), dan bagaimana 'istiwa' itu majhul (tidak diketahui) dan menanyakan tentangnya itu bid'ah!!, lalu dihalau orang yang bertanya itu dari halaqohnya..!!
maka apakah rasioanalnya untuk anda bertanya: ('manakan paling layak disandarkan kepada Allah? Adakah sifat seperti duduk@bersemayam..?') selayaknya anda juga diusir dari forum ini..!

abulkhoirozan said...

-------------------------------
anda berkata :
(Maka jelaslah dengan ini bahawa makna seperti berkuasa dan menjaga adalah yang paling layak keatas Allah. Sifat duduk@bersemayam, masak..)
--------------------------------

abulkhoirozan :
Al-Khatib Al-Bahgdadi rahimahullah menetapkan satu kaedah jamil;

كل مجسم هم متشابه

'semua yang mnetapkan bahawa Allah berjisim itu adalah (sebelum itu) seorang yang menyamakan sifat Allah dengan Makhluqnya'.

disini anda cuba menafikan sifat 'istiwa' Allah yang Allah sendiri telah menyifatkan dirinya didalam Al-Quran

الرحمان على العرش استوى

mengapa anda perlu memesongkan kalimah istiwa Allah kepada 'kekuatan'..? kerana anda telah dulu mennyamakan sifat Allah yang Dia sendiri tetapkkan bagiNya dengan sifat makhluq yang lemah dan serba kekurangan.
maka tanpa anda sedari atau buat-buat tak sedar...anda telah terjatuh kedalam perbuatan menyerupakan Allah dengan MakhluqNya..نسأل الله العافية.

Maka Janganlh anda pandai-pandai menuduh Ahklussunnah salafiyun sebagai 'wahhabi mujassim mutasyabih', sedangkan apa yang berlaku sebaliknya.

Alhamdulillah aqidah ahlussunnah salafyy mudah dan pertengahan dalam bab ini iaitu : Menetapkan apa yang telah disifatkan oleh Allah tentang dirinya bahawa dia beristiwa di atas Al-Arasy' sebagaimana yang difahami oleh lidah arab yang fashih..dan dalam masa yang sama beriman dengan firmannya;

ليس كمثله شيء وهو السميع البصير

'tidak ada sesuatupun yang serupa denganNya, dia Maha mendengar dan Maha melihat'

sebagai 'taqribulfahm' - bila kita sebut telinga manusia dengan telinga kuali secara langsung naluri kita mengatakan bahawa dua telinga ini tak sama..begitulah bila kita sebut 'istiwa' Allah dan duduknyanya manusia..orang yang mempunyai aqidah yang bersih akan secara lansung beriman dengan firmannya;

الرحمان على العرش استوى

'Allah yang Maha pemurah berada di atas 'arasy'

sesuai dengan kebesaran dan kesucianNya... seiring dengan itu menafikan kesamaanNya dengan makhluq dengan firmanNya;

ليس كمثله شيء وهو السميع البصير

'tidak ada sesuatu yang serupa dengan dia, dan Dia Maha mendengar dan Maha melihat'

...tanpa takwil dan ta'thil dan tamshil dan takyif ..

mudah dan selamat bukan...?

abulkhoirozan said...

------------------------------
anda berkata :
(menetap dan sewaktunya adalah sifat kekurangan dan hanya layak disandarkan keatas makhluk . Jika kita menetapkan juga sifat kekurangan ini, maka kita telah menghina Allah dan menyamakan Nya dengan makhluk.Maka ianya adalah sangat bertentangan dengan akidah Islam serta menjerumuskan kepada Tashbih dan tajsim.)
-------------------------------
abulkhoirozan :
perlu diingat bahawa semua sifat dan nama Allah yang Dia tetapkan di dalam Al-quran dan As-sunnah itu adalah agung dan sempurna..seperti jika Allah menyifatkan diriNya mendengar dan melihat dan berkata-kata serta beristiwa..maka semua sifat-sifat itu adlah Agung dan sempurna tanpa kekurangan.. hanya orang berfikiran dgn hawa nafsu dan khayalannya seperti anda sahajalah yang menyerupakan penglihatan dan pendengaran serta istiwa Allah dengan makhluqNya...kerana sifat yang kurang dan lemah itu hanyalah sifat yang Allah sendiri nafikan baginya seperti zholim, mengantuk, perlu kepada makanan..dll, sedangkan sifat yang dia sendiri sifatkan baginya seperti mendengar, melihat dna beristiwa itu adalah sifat yang sempurna sesuai dengan kebesarannya Maha suci Allah...

jadi bagaimana anda menebak dengan mengatakan kepada orang yang menetapkan sifat yang Allah sendiri sifatkan diNya seperti 'Istiwa' itu sebagai menyifatkan Allah dengan sifat yang kurang dan lemah..?? sebenarnya andalah yang telah mengurangi kesempurnaan sifat Allah...!!

'amat buruklah apa yang mereka sifatkan (Allah)'


والله أعلم و نسأل الله التوفيق

Nilai Sri Wangsa said...

Saya berlindung dengan Allah s.w.t daripada syaitan yang direjam. Apa-apa pun saya ingin memohon maaf dahulu dgn saudara nawawi jika saya menyinggung perasaan anda. Semoga laman blog ini mengeratkan lagi ukhuwah kita sesama muslim.

Dalam persoalan ketuhanan ni, saya suka ikut kaedah Rasulullah yang sentiasa mudah untuk difahami.

Beginilah, apa saja yang dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dan hadis tentang perkara yang berkaitan dgn Zat Allah Yang Maha Suci, wajiblah kita mengimaninya (mempercayainya)sekadar menurut LAFAZNYA SAHAJA. Hal ini kerana Allah sendiri telah menetapkan lafaz-lafaz yang jelas tersebut (seperti tangan dan wajah) dalam kitab-Nya.

Begitu juga dengan hadis-hadis nabi. Kita wajib mempercayai bahawa nabi tidak pernah berbohong. Apa yg disampaikn nabi adalah benar belaka, apatah lagi soal Allah. Apabila nabi menyebut Allah turun ke langit dunia, Allah berlari ke arah hamba-Nya, wajiblah kita mengimaninya (membenarkannya) sekadar menurut LAFAZNYA SAHAJA.

Mengapa saya tekankan hanya pada lafaz dan tidak pada makna? Sebab, kalau kita fikirkan makna-maknanya, kita akan bertambah pening kerana adanya ayat yang mengatakan Allah tidak akan sesekali serupa dgn makhluk-Nya. Kita mesti terfikir lps tu, kalau Allah tak serupa dgn makhluk, kenapa pulak Allah nak nyatakan yang Dia bersemayam, ada tangan, ada wajah. Bukankah perkara-perkara tersebut ada pada manusia? Oleh sebab itu, Rasulullah menggariskan konsep "JANGAN difikirkan ttg Zat Allah, tapi fikirkanlah ttg kekuasaan-Nya".

WHY? sebab rasulullah hanya menyebut ttg Zat Allah hanya secara lafaz sahaja, dan tidak pula baginda menerangkannya secara further detail ttg makna hakikinya.
Bahkan, Allah, Tuan empunya Zat pun tidak pernah berbuat demikian. Apa yang Allah nk kita betul2 paham ialah tiada sesuatu pun yang serupa dgn Zat-Nya Yang Maha Suci.

Jadi, tak perlulah kita berkeras mengatakan bahawa Zat Allah memang benar-benar bersemayam di atas arasy dari sudut makna hakikinya.
Kepercayaan ini tidak betul dan tidak juga salah (serahkan bulat-bulat kepada Allah). Dan tidak perlulah kita berkeras menta'wilkan lafaz-lafaz tersebut dgn menetapkan kepercayaan bahawa itulah sebenarnya yang ingin dimaksudkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kepercayaan ini mungkin betul dan mungkin juga salah (pilihlah jalan tengah; khoiruhu awsotuha).

Bagaimana pula dgn sifat Allah yang melihat, mendengar, pemurah, pengazab? Adakah kita hanya wajib mengimaninya secara lafaz sahaja, atau boleh juga secara makna hakikinya? Nah, saya minta saudara semua terangkan perkataan mendengar, melihat menurut konteks bahasa Melayu. Saya yakin, takde siape boleh further explain apa yg dimaksudkan dgn mendengar, apa yg dimaksudkan dgn melihat menurut istilah bahasa Melayu. Kita sendiri memahami perkataan-perkataan tersebut secara lafaznya sahaja. Bila seseorang itu mendengar, kita paham bahawa orang itu boleh dengar la, tak pekak. Kalau seseorang boleh melihat, kita paham bahawa dia boleh lihat la, tak buta. Jadi, kita apply konsep yang sama terhadap Allah. Bila disebut Allah boleh mendengar dan melihat, maksudnya Allah tak pekak dan tak buta. CUMA, kita wajib meyakini bahawa cara Allah mendengar, melihat, bersemayam, turun, tak akan pernah sama dengan cara manusia melihat, mendengar, duduk atau turun. Perbuatan manusia ada limit, sedangkan Allah tidak.

Wallahu a'lam.

Nilai Sri Wangsa said...

Nk tambah sikit supaya lebih jelas. Bila saya kata beriman sekadar menurut lafaz, maksud saya ialah beriman menurut MAKNA LUGHAWI lafaz tersebut tanpa "menetapkan" ia sebagai sesuatu yang hakiki. Maksudnya, bila dikatakan Allah bersemayam atas arasy, kita faham bahawa Allah bersemayam, tetapi tidaklah seperti bersemayamnya raja di atas takhta sepertimana yg kita ketahui hakikatnya. Biarlah yg hakiki di sisi Allah jua. Dia lebih mengerti ttg Zat-Nya. Tidak ada dosa sekiranya kita menjauhkan diri drpd memahami hakikat Zat Allah kerana ia bukanlah satu tuntutan, malah tegahan sepertimana yg dikatakan oleh rasulullah s.a.w, "JANGANLAH DIFIKIRKAN TENTANG ZAT ALLAH, TAPI FIKIRKANLAH KEKUASAANNYA"

Nilai Sri Wangsa said...

Mungkin ada yg bertanya apa yang dimaksudkan dengan makna hakiki bagi lafaz bersemayam. Ya, tentunya maksud saya, kalau kita takrifkn lafaz bersemayam menurut makna hakiki, ia meliputi cara bersemayam, bersemayam di tengah-tengah arasy atau di tepi hujung arasy, dan macam2 aspek lagi yg rasanya seperti nonsense utk dibahaskan.

Makna hakiki yang saya maksudkan utk lafaz tangan pula ialah seperti, bagaimana bentuknya, apa warnanya, ada jari ke, pakai cincin ke dan macam2 lagi lah!

Senang cerita nk paham Allah tu sifatnya unik. Tidak ada sepertinya dan tidak pula Dia serupa dgn yang lain.

Nilai Sri Wangsa said...

bila saya go through balik laman blog ni, saya rasa apa yg ingin disampaikn oleh pengarang ialah Allah bersemayam di atas arasy adalah benar kerana ia dinyatakan dgn jelas dlm Al-Quran. Saya tidak melihat pengarang menyamakn perbuatan "bersemayam"nya Allah seperti bersemayamnya manusia. Kalau pengarang berpendirian begini seperti apa yg saya rasakan, maka tidak ada apa yg perlu dibantah.

Tapi dalam soal mengkafirkan mereka yg mengingkari Allah bersemayam atas arasy, emmm...

beginilah saudara nawawi, kita cuba bersangka baik. Mungkin mereka mengingkarinya dari sudut menyamakn perbuatan Allah dgn makhluk. Biasalah, klu dengar Allah bersemayam atas arasy, slalunya orang awam akan membayangkan Allah duduk bersila mcm kita buat. So, org2 yg nk jaga akidah, mereka katalah yg Allah tak bertempat, berdiri dgn sendiri-Nya sepertimana keadaan asal-Nya kerana Allah tidak sama dengan makhluk yg perlukan tempat. Bagi saya, ini tak salah, jauh sekali kafir.

Nilai Sri Wangsa said...

Sebagai penutup, berimanlah dengan ayat Al-Qur'an yang bersifat mutasyabihat sebagaimana berimannya sahabat2 nabi yakni, sami'na wa ato'na. Dan bak kata nurhaq dalam posted commentnya yg bertarikh 14 march, berimanlah dgn sifat2 Allah berdasarkn lafaz2 yg jelas drpd Al-Quran dan hadis BERSESUAIAN dgn keagungannya Yang Maha Esa, lagi Maha Suci.

Nawawi said...

Saya dah lama letak/gariskan ringkasan kaedah2 penting di dalam memahami asma' dan sifat2 Allah ni. Boleh rujuk di sini:

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2008/12/090-ringkasan-kaedah-kaedah-penting.html

Saya pun tak berminat nak berbalas panjang. Semuanya yg dipersoalkan sebenarnya telah ada dalam blog ni.

Dr Scents said...

cuba sahabat lihat link kat bawah ni... semoga kita sama-sama tenang dan berendah diri dalam menyampaikan ilmu Allah yang luas ini...

http://www.youtube.com/watch?v=Nroo-i8t8vg&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=O4_9n5xtItc&feature=related

Ahmad Nizam said...

Salaam. Sudah panjang lebar hujjah yang diberikan oleh saudara malik, harap tuan punya blog dapat berfikir kembali

"Tiada satu apa pun yang sama denganNya"

Dan rujuklah Surah Al Ikhlas

Dengar lah ucapan2 ulamak muktabar, jangan FAHAM sesuatu DALIL itu secara lurus BENDUL, kerana orang2 Kristian dulu memahami kitab mereka secara lurus bendul, itu jadi tak tahu kala tu hehe

Kita kena faham juga kias

Ketahuilah, Allah jadikan ruang dan tempat. Tempat dan ruang adalah MAKHLUK, Allah tidak tertakluk atau bergantung kepada MAKHLUK, melain kan segala makhluk bergantung kepada Allah

Allah menciptakan ruang, tetapi Dia tidak berada dalam ruang itu. Allah menciptakan tempat, tetapi Dia tidak berada dalam tempat itu

Tiada atas , bawah, kiri, kanan, belakang, depan kepadaNya. Dia suci dari segala sesuatu kerana Dia Maha Suci dan Maha Agung

Betul , apa bila di tanya bahawa kita mesti mengatakan Allah di langit, tetapi keadaanNya bukan seperti MAKHLUK

Dia bersemayam di atas ARASY, tetapi kaedahnya adalah tidak sama seperti seorang RAJA manusia bersemayam dia atas takhtanya

Dari segi ZAT Allah, kita mesti menafikan segala sesuatu tentangNya yang sama dengan makhluk, kerana 'Laisa ka mithlihi syai'un"

Wallahu a'lam :)

Anonymous said...

kalau Allah tempatnya di arasy maka jika sebelum Allah menciptakan arasy,dimana tempat bagiNya?mana dulu Allah dan arasy?apakah Allah berkehendak kepada makhluk?

nurhaq said...

untuk memahami antara zat dan sifat secara "umum" sebenarnya mudah sbg contoh.. "pokok kelapa".... yang mana satu kelapa??.. sungguh sampai mati pun kita takan dapat menunjukan yang mana satu 'kelapa'..apa yang kita boleh tujukkan adalah BUAH 'kelapa', AIR 'kelapa',BATANG 'kelapa', AKAR 'kelapa' dll....buah, air, batang, akar, dll itu tadi adalah sifat kepada zat(KELAPA),(sifat antara pokok kelapa dan tebu adalah berbeza sama sekali).... dan jika dihadirkan seluruh manusia dan kemudian diletakkan pokok kelapa di hadapan mereka, nescaya tidak ada seorang pun yang akan berbalah tentang bahawa itu adalah pokok kelapa, kerana kita mengenali & mengesahkan apa itu kelapa melalui sifat pokok kelapa itu sendiri dan apabila kita melihat (sifat2 pokok kelapa itu) ilmu(mata,telinga,akal dan hati) akan meyakinkan dan mengesahkan tanpa keraguan dan kesepakatan bahawa itu pokok kelapa.....(sah!!!)

jika ingin dibandingkan antara tebu dan kelapa pula.....adalah jelas berbeza sifatnya...cuma kedua-dua itu adalah "POKOK" yang mana akan membezakan pula diantara "POKOK" dan "HAIWAN"...... dimana dengan ilmu dan akal yang waras serta hati yg ikhlas sudah tentu dapat di bezakan antara kedua-duanya..so...saya yakin semua yang ada diforum ini tahu dimana Allah dan ianya (ILMU) berada didalam keyakinan kalian semua...
“Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku." - Hadith Qudsi
.......... belajar dan kenali sifat Allah, dengan itu dapatlah kita membezakan dan akhirnya meyakini (sah !!!!!)dan menjadi "BUKTI" terhadap "DALIL" sebagaimana kita mengenali dan dapat membezakan antara kelapa dan tebu, pokok dan haiwan....

"Jika demikian, adakah sama mereka itu dengan orang- orang yang keadaannya sentiasa berdasarkan
"BUKTI" yang terdapat dari (benda-benda yang diciptakan oleh) Tuhannya, dan diikuti oleh Kitab Suci Al-Quran (DALIL) memberi kenyataan - sebagai saksi dari pihak Tuhan - meneguhkan bukti yang tersebut dan sebelum itu, (Hud : 17)

Anonymous said...

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. (Maksud Firman Allah, 7: 54)

Kita mengambil apa yang Allah jelaskan sahaja. Iaitu Allah bersemayam di atas 'Arsy-Nya setelah menciptakan langit dan bumi dalam 6 masa.

Sebelum tu Allah nak buat apa. Kita tak tau, itu perkara ghaib, jadi tak perlu kita susah2kan kepala otak nak fikir.

Hafsyam said...

Apalah susah-susah nak bayangkan yang Allahu tu duduk atas arash??

Adalah lebih beriman sahaja dengan makna yang digunakan tanpa serupakan DIA dengan makhluk yang bersifat dan perlukan tempat...

Sudahlah dengan fikrah tuan2 yang menyimpang tuh...rentikan aje le berpegang dengan fahaman2 ni...

Nak dalil dengan apa yang saya maksudkan...sebenarnya tuan dah baca dalil2 ulama' kami tetapi hati bebal tak nak faham2 dan taknak nampak yang sebenar...taubat aje le sebelum terlambat

Abi Qalam said...

Salam,

Sikap bersangka baik juga bagus dan membawa kepada muafakat.

Namun dalam hal perbincangan ini, berkenaan dengan Sifat Allah, jika nak ikut kaedah paling selamat iaitu kaedah TAFWID para salaf hendaklah kita mengekalkan LAFAZ, kalau istawa, kekalkan istawa.. bukan kata bersemayam, sebab perkataan bersemayam itu sendiri hasil takwil istawa. Allah tak sebut bersemayam, yang Allah sebut ISTAWA.

abulkhoirozan said...

Bismillah,

Afwan, Sangka baik tidak termasuk kaedah dalam memahami Agama Allah. Cuma uslub bahasa dalam menyanggah dan dalam memberi hujah serta pendapatan seharusnya di perhatikan.


Abu Qalam menulis : "hendaklah kita mengekalkan LAFAZ, kalau istawa, kekalkan istawa.. bukan kata bersemayam, sebab perkataan bersemayam itu sendiri hasil takwil istawa. Allah tak sebut bersemayam, yang Allah sebut ISTAWA."
---------------------------------

lafaz 'istawa' itu dalam bahasa Arab ya Aba Qalam..itu bukan bahasa kita. Jadi makna 'istawa' itu apa dalam bahasa kita? orang awam yang tak belajar bahasa Arab tentu tak tahu makna 'istawa'. mungkin kalau ada orang tanya Abu Qalam apa makna 'istawa' dalam bahasa kita..? maka apa yang sy faham dr tulisannya, beliau akan menjawab 'istawa' juga. bagaimana orang akan faham? seperti orang tanya.. bahasa arab 'qalam' itu apa maknanya? tentu Abu Qalam akan jawab pen, bukan 'qalam'.
'tafwidh' yang dilakukan oleh ulama ialah 'tafwidh' kaifiyyah (bagaiamana) 'istawa'. bukan 'tafwidh' lafaz. maka kita wajib terima lafaz 'istawa' dengan maknanya sekali iaitu 'duduk' atau 'bersemayam' (bahawa cantik) kerana begitulah makna yang di fahami oleh orang arab, tetapi kita menyerahkan @ tafwidh cara/bagaimana sesuai degn kebesaran Allah.لبس كمثله شيئ

Anonymous said...

Imam Malik kata, Istiwa' itu maklum (diketahui maknanya). Tetapi ditanyakan bagaimana itu majhul (tidak diketahui).

Terjemahan JAKIM kepada perkataan istiwa juga adalah bersemayam.

Tak perlu nak kecoh2.

abulkhoirozan said...

bismillah,

oleh kerana itulah ulama salaf seperti Imam Malik rahimahullah membantah kepada seorang yang bertanya tentang bagaimanakah 'istawa' Allah, dengan kata-kata-nya yang mayhur: "'Al-Istawa' ma'lum (makna dalam bahasa Arab diketahui iaitu dalam bahasa kita duduk/bersemayam), wa kaifiyatihi majhul (iaitu: cara bagaimana 'istawa' Allah tak diketahui @ tafwidh) wa sual 'anhu bid'ah (iaitu: perbuatan menyoal kaifiyyah istawa' Allah itu adalah perbuatan bid'ah)..
kemudian mengusir orang itu dari majlisnya.
inilah fahaman salaf yang benar..iaitu tafwidh kaifiyyati sifat Allah. Kerana Allah telah mengatakan bahawa dia tidak sama dengan makhluqnya. الله إعلم

Nilai Sri Wangsa said...

Nah, perbahasan yg kritis sekali! Di sini, saya ada 2 kesimpulan:

1) Allah s.w.t, Tuhan yg kita semua cintai adalah Maha Suci drpd bersamaan dgn makhluk-Nya. He is different from us and even way too perfect compared to us in every sense.

2) Al-Qur'an ialah kitab yg tinggi bahasanya hingga mengalahkn sastera arab jahiliah. Bagi org yg kurang mahir bahasa, mereka susah nk paham ayat mutasyabihat. Tapi bagi org yg Allah lapangkn dadanya, mereka lihatnya dari sudut sastera, bukan sastera biasa, in fact it is a divine masterpiece dan kita wajib beriman dengannya.

*suka saya imbau kembali kenangan blajar KOMSAS kt skola dulu dlm memahami perbahasan ini. Saya tahu Malay is completely different from Arabic, tp sedikit sebanyak ada tips yg boleh kita apply.

Dalam gaya bahasa Melayu, adanya dinamakan 'personifikasi'. Lihat contoh ayat di bawah:

"Angin melambai-lambai ke arah ku"

Org yg kurang mahir sastera, mereka anggap ayat ni tak logik, mcm mane angin boleh melambai-lambai, tangan pun tak de. Bagi org yg cerdik pula, mereka tahu angin mmg tak boleh melambai-lambai secara hakikinya, tapi secara personifikasi, mereka yakin angin boleh buat apa sahaja.

Begitu juga dgn ayat mutasyabihat. Org yg kurang mahir bahasa akan terus kata Allah ada tangan. Kenyataan ini adalah tidak beradab dari sudut etika bahasa atas kes menukar struktur ungkapan asal. Dalam al-Quran dan hadis, disebut "tangan Allah", tidak pernah disebut "Allah ada tangan". Kedua-dua ungkapan ini mungkin berbeza maknanya seperti bezanya makna ungkapan "bilik guru" dan "guru ada bilik". Bilik guru merujuk kepada pejabat guru-guru. Tapi kalau dikatakan guru ada bilik, kemungkinan "bilik" yg dimaksudkn ialah bilik rehat, bukannya pejabat! Kan beza tu. So, kpd yang berkenaan, sila betulkn gaya bahasa Melayu anda sebelum membahasakan uslub Arabiy, lebih2 lagi berkenaan Zat Allah.

Kedua, kita mesti paham bhw ayat mutasyabihat nk menunjukkan kehebatan Allah kpd org arab jahiliah. Org arab jahiliah percaya bhw Allah ialah tuhan yg tidak berimej. sbb tu tak de berhala Allah, yg ada berhala al-Lat, al-Uzzah, al-Manat dan lain2. So, ayat mutasyabihat yg bermaksud "tangan Allah mengatasi tangan2 mereka" nk menunjukkan kpd arab jahiliah, sekalipun Allah tidak dapat dilihat, tidak bermakna Allah tidak mempunyai "tangan" (kuasa jika dita'wilkan) untuk menghancurkn tangan2 (perbuatan) orang zalim.

Wallahu a'lam wa tawakkaltu 'alaihi

Nawawi said...

Biarlah imam asy-syafi'e yang menjelaskannya:

Klik: http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2009/11/108-imam-asy-syafie-berkata-tentang.html

Nilai Sri Wangsa said...

Barangkali saudara nawawi dah jemu dgn saya. Saya tak kisah, tapi jangan bandingkan kenyataan saya dengan ilmu yang disampaikan oleh Imam Syafie (yg dirahmati Allah). Saya dah baca laman blog tersebut. Anda mesti paham saudara nawawi, Imam Syafie berhujah menurut perspektif bahasa dan pemikiran orang Arab. Saya pula mengeluarkan kenyataan menurut konteks bahasa ibunda saya, bahasa Melayu, dan juga menurut pemikiran orang Melayu. Anda juga mengatakan dari awal lagi ketika anda berdebat dgn Malik bahawasanya Islam bukan utk orang Arab saje, tapi utk semua. Maka di sini,saya cuba berkongsi idea ttg permasalahan ini menurut konteks bahasa Melayu.

Lagi pula, bijak pandai zaman sekarang beriya-iya mengaku salafi, dan menyanggah pndapat ulama' khalaf dalam menta'wilkan ayat2 mutasyabihat. Ingatkan ulama khalaf nk sangat ke ta'wilkan ayat2 tersebut? Kita mesti paham cabaran yg dilalui oleh ulama dari kedua-dua zaman. Ulama salafi tidak mempunyai byk masalah dalam menangani kerenah masyarakat dlm memahami ayat2 ini kerana majoriti ketika itu masih lekat keaslian bahasa dalam jiwa mereka. Mungkin inilah sebabnya ulama salafi serahkan saja maksud sebenar kpd Allah dgn tidak menta'wilkan ayat2 tersebut. Bagi mereka, tidak ada keperluan utk berbuat demikian ketika itu.

Namun, keadaan ini berbeza dgn zaman yg dihadapi oleh ulama khalaf. Islam berkembang luas ketika itu, berlakulah asimilasi budaya dan bahasa. Org Arab sendiri tidak begitu teguh dlm menggunakn gaya bahasa Arab yg penuh dgn kiasan. Maka berlakulah salah pertimbangan dlm memahami ayat2 mutasyabihat.

Ketika inilah ulama khalaf bertindak menta'wilkan ayat2 mutasyabihat mengikut garis panduan uslub arabiy untuk mengelakkan fitnah agama drpd tercetus. Fitnah agama yg saya maksudkan ialah menyamakan Allah dgn makhluk.

Saudara nawawi jgn salah paham pula. Saya tak tuduh saudara menyamakan Allah dgn makhluk, saya paham apa yg cuba saudara sampaikan dan saya tidak membantah saudara. Cuma saya tekan sekali lagi, jgn bandingkn kenyataan saya dgn mana2 ulama yg tidak berbahasa Melayu.

Nawawi said...

al-Qur'an hendaklah difahami dengan bahasa 'Arab. Ia diturunkan dengan bahasa bahasa 'Arah yg jelas. Rujuk asy-Syu'araa, ayat 194-195.

Tentang persoalan takwil ni. Bukannya orang Melalyu yg mulakannya. Tetapi orang Arab sendiri (org yg faham arab) dari kelompok muktazilah dan falsafah.

Cuba kita semak kembali... Bila ayat2 sifat turun kepada Nabi, dan disampaikan kepada para sahabat. Tidak ada di antara mereka yang memperbincangkan ayat2 sifat tersebut. Mereka menerima dan mengimani sebagaimana adanya ia.

Kerana para sahabat dan orang-orang yg mengikuti mrk mengetahui firman Allah (maksudnya):

"Tuhanku mengharamkan mengada-adakan sesuatu terhadap Allah dengan apa yang tidak kita diberikan pengetahuan tentangnya." (Surah al-A'raaf, 7: 33)

Termasuk Abu Jahal dan kawan2nya, juga termasuk org2 arab yang memusuhi Nabi tidak mempertikaikan berkenaan persoalan sifat tersebut.

Begitu juga dengan orang-orang arab Badwi serta dari pelbagai lapisan masyarakat sama ada yang tua, muda, kaya, miskin, yg di kampung atau bandar. Malah yg berstatus hamba atau meredeka. Mereka tidak mempertikaikan tentang istiwa'nya Allah di 'Arsy, serta ayat2 sifat yang lain.

Kenapa saya bawakan perkataan Imam asy-Syafi'e? Juga di artikel2 saya yang lain saya turut bawakan perkataan para imam yg lainnya?

Kerana, pada zaman mereka telah mula wujud dan berleluasa fahaman takwil tersebut. Sebab itu, para imam ahlus Sunnah mengeluarkan kenyataan yg seperti itu.

Wallahu a'lam...

nurhaq said...

apa yang jadi masalah disini ialah A mengatakan Allah bersemayam di arasy, B pula mengatakan Allah dimana-mana (tidak bertempat)..A menolak B dan B menafikan A...akhirnya tersasar jauh sehingga membincangkan persoalan zat dan sifat..

contoh pemahaman.. soal api...Allah jadikan api itu membakar/panas..memang benar api itu panas maka kita kena terima bahawa api itu panas (A)..tetapi harus yakin juga Allah itu mengatasi apa yang dia ciptakan (B)..contoh :kisah nabi Ibrahim..

Allah telah menjanjikan syurga bagi hambanya yang melakukan amal baik...tetapi Allah itu maha berkehendak..contoh :

Demi zat yang tiada yang berhak disembah selain-NYA, sesungguhnya sekiranya ada di kalangan kamu beramal dengan amalan ahli syurga sekalipun sehingga seolah-olah antara dia dan syurga itu cuma sejengkal namun apabila sudah tertulis bahawa dia di kalangan ahli neraka, nescaya selepas itu dia akan beramal dengan amalan ahli neraka lalu masuk ke dalamnya dan tidaklah seseorang itu melainkan beramal dengan amalan ahli neraka sehingga antara dirinya dengan neraka cuma sejengkal namun apabila sudah tertulis dirinya sebagai ahli syurga, maka dia kemudiannya akan beramal dengan amalan ahli syurga lalu masuk ke dalamnya.” - Hadis sahih isnadnya menepati syarat syaikhan dan diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Ahmad.

satu lagi contoh....semua tahu yang mengerakkan jasad itu roh, tanpa roh jasad itu tak berkata, melihat, mendengar dan juga menulis (mayat)..tetapi dalam penjelasan atau perbincangan UMUM..tidak lah boleh apabila kita disoal, siapa yang menulis atau berkata? kita jawab roh..walaupun hakikatnya roh,yang membuat kita menulis dan berkata..Dalam penjelasan umum kita akan katakan sifulan yang menulis,berkata dll..

Disini (A) adalah benar mengatakan Allah itu bersemayam di arsy ..dan (B) juga benar mengatakan Allah itu maha berkehendak (tidak bertempat)

Kenyataan A adalah kaedah penjelasan umum ..manakala B pula akan menjadi hakikat keesaan Allah yang Allah sendiri adakan..umpama jasad san roh..zahir dan batin

dan yang salahnya ialah... bermaksud, “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta tanggung jawab atasnya.” 36 surah al-Isra’

nak komen sikit tulisan Nawawi (sorry)
"Mereka menerima dan mengimani sebagaimana adanya ia" -
saya percaya mereka itu "MEMAHAMI",menerima dan mengimani".
bukan ikut macam burung kakak tua, sebab burung kakak tua tau cakap tapi tak tau erti jika dia tau ertipun dia takkan mengerti (itu lah perumpamaan terhadap haiwan ternakkan).....(saya percaya nawawi tak begitu)..sebab faham itu penting dan faham kita hendaklah sama seperti kita memerhatikan bulan dilangit yang mana bulan yang ada sekarang nilah yang dari adam sehingga Rasulullah dan para sahabat lihat (faham yang serupa)jangan kita kata bulan tu pokok sudah..kerana bila di panggil ahli puisi dia akan mengatakan bahawa bulan begini dan begitu dan jika bagi ahli sains pula bulan begitu dan begini..tetapi yang pentingnya bulan tetap bulan...dan jangan pula bila kita bila nak membenarkan faham kita akhirnya bulan kita kata pokok... betulkan saya jika tersalah.. salam (saya bagi perumpamaan agar mudah faham...sebab kita melihat, mendengar dan merasa...bukan penyamaan)

Nilai Sri Wangsa said...

Tu la. Bagi saya golongan nawawi benar cuma agak keras kpd mereka yg berta'wil (sepatutnya tak perlu berkeras sangat). Golongan Malik juga benar. Masalah kita sekarang bukanlah isu aqidah, tapi sebenarnya isu bahasa tuan-tuan semua. Bila sorang kata Allah bersemayam atas arasy, si sorang lagi tuduh dia samakan Allah dgn makhluk yg perlukan tempat sedangkn org tu tak pernah sebut pun pasal tu. Dia cuma ulang balik je apa yg dikatakn dlm quran dan hadis. Berwaspadalah tuan-tuan, bagaimana syaitan berjaya membuat kita bertelingkah!

nurhaq said...

Pandang bagaimana Allah itu lebih mencintaai manusia dari ciptaanya yang lain..Allah menciptakan dunia,matahari,bulan,bintang dan segala-galanya sebagai tanda cintanya pada manusia hinggakan iblis cemburu... kita tak akan kecewa pabila merelakan masa,angan-angan dan hati kita pada yang lebih mencintaai...kerana janji Allah benar dan manusia hanya menjanjikan angan-angan.. telah ku lalui dan rasai...selagi ada cinta..selagi ada rindu kau tetap di hati...
“ Apabila hambaku mendekatiku selangkah, maka AKU akan mendekatinya seribu langkah, jika dia mendekatiku dalam keadaan berjalan, maka AKU akan mendekatinya dalam keadaan berlari” hadith Qudsi..
tidak tertanggung hati ini jika cahaya cinta sejati memancar menusuk kalbu dengan sejuta keasyikan dalam mengharap kerinduan hakiki menanti pertemuan antara kekasih yang merindui wajah kekasih... maka lenyaplah segala penantian dan anggapan tentang kesangsian hati....luahan hati nurhaq

nurhaq said...

Aku rebah..air mata ku mengalir, hatiku sebak dalam memerhati kecintaan yang tak dapat diri ini balas…hanya cahaya mu yang boleh menyelamatkan daku dari hanyut di alun ombak kesengsaraan dan kerinduaan hati …..ku berharap cintaku berbalas dari mu ya Allah walau hanya dengan satu jelinganmu cukup bagi ku ..kerana akan berkecai seluruh tubuh ini dan lenyaplah kesengsaraan seketika walau dengan satu jelingan..dan jika kau memalingkan wajahmu ..maka apa yang mampu aku buat selain aku menangis dan meratap sambil berlari sekuat-kuat hati mengejar harapan yang menjadi titik kebahagian akhir hidup ini…Ya Allah ampunilah diriku..!!!! bawalah diri ku ini kemana jua seinginmu..aku relakan jasad dan roh serta hati ini menjadi milik mu… (luahan hati nurhaq)

nurhaq said...

"Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya, adalah seperti sebuah lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada sebuah pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak disebelah timor (sesuatu) dan tidak pula disebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis). Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala suatu." An-Nur 35

nurhaq said...

http://iklanperniagaandrscents.blogspot.com/

Anonymous said...

kepada pakar bahasa arab. setahu saya untuk mentakwil suatu kalimah mesti ada syarat. antara syaratnya ialah mesti ada qorinah dalam ayat tu yang membolehkan kita takwil perkataan tu kepada makna lain.. kalau takde qorinah maka tak bolehlah takwil..

sekarang cuba kita lihat ayat2 yang berkaitan dengan istiwa Allah diatas arasynya. ada qorinah tak?

jom cari sama2

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]microsoft mobile software, [url=http://firgonbares.net/]exan academic software[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] microsoft photo software buy windows mobile software
kaspersky rebate [url=http://firgonbares.net/]old microsoft software[/url] nero start smart
[url=http://firgonbares.net/]latest microsoft software[/url] adobe photography software
[url=http://firgonbares.net/]photoshop software to buy[/url] nero vision
discount software for education [url=http://firgonbares.net/]software discounts uk[/b]

ammal07 said...

tak perlu takwil makna istawa tu, samik na wa a to'na. seperti mana golongan salafi dok percaya.

alamalikut said...

Salam ..
Dengan nama Allah yg amat pemurah dan lagi amt mengasihani.. selawat dan salam buat junjungan bsar nabi kita Muhammad s.a.w..
Terlalu panjang huraian dan banyak perbahasan yang saudara saudara utarakan dlm berhujjah dan menegakkan hujjah agar pandangan masing masing boleh diterima pakai. Saya melihat ini suatu suasana yang baik dan berilmu.. tidak semestinya pandangan itu benar atau salah kerana pandangan ini dihidangkan dengan hujjah dari ilmu yg saudara timba dimadrasah,pondok,universiti dan tidak kurang pula ada diantara berhujjah melalui cut and paste dari kitab kitab yg menjadi sandaran masing masing.. banyak membaca byk yang saudara tahu TETAPI bukan yang saudara tahu itu yg penting .... yang penting ialah APA YANG "AKAL" SAUDARA TERIMA dan AKAL LAH UJUD SEBELUM ADAM..
Dalam kontek mendalami,memahami bahasa Arab dan ketinggian sasteranya hingga kini ramai tepelajar mendabik dada tentang mahirnya mereka ttg bahasa Arab, pernah kah kita bertanya pada diri kita bahawa Islam bukan dilahirkan dari bahasa Arab sahaja... malahan Islam ujud sejak Adam Alaihissalam dan Hebrew atau Ibroni merupakan bahasa awal Islam itu sendiri.. Berapa ramai diantara kita yang faham bahasa Hebrew?.. berapa ramai yg pernah membuka kitab kitab terdahulu?..Taurat,Injil dan Zabur? mustahil tiada penerangan tentang sifat sifat Allah dalam kitab2 tersebut?..Diakhir zaman Allah turunkan Furqn yakni Al-Quran dalam bahasa yang berlainan ..yakni Arab.. mestikah kita hanya berpaksi kepada bahasa Arab?..sedangkan bahasa sendiri kita masih kucar-kacir?..kerana itu Allah memepermudahkan Islam pada akhir kalamNya dengan diterjemahkan dalam bahasa Arab... yang penting ilah bagaimana manusia memahami bahasa tersebut semudah otak menerima tetapi yang diambil kira ialah ILMU yang difahami dan ditasdikkan kedalam HATI yang BERAKAL.
Laisakamislihin-sai-un.. ini merupakan hujjah yg cukup kuat untuk difikirkan.. BERSALAHAN SIFAT ALLAH ITU BAGI SEKELIAN YANG BAHARU.. araysh,langit dan apa jua hujah itu bukan hujjah AKAL tapi hanya sekadar memberi gambaran pada otak untuk berfikir. Dan bagi org awam,cukup sekadar keujudan Allah itu UJUD dalam hakikatNya dan tidak IA memerlukan tempat dan ruang.

nurhaq said...

kita sering melihat/menganggap dan menafikan bahawa Allah tidak serupa dan bersekutu dengan makhluknya.....sebaliknya tidakah manusia itu yang tidak sepatutnya disamakan dengan Allah... Allah itu melihat dan manusia itu buta kecuali Allah jua yang memberi cahaya pengelihatan, manusia itu pekak kecuali Allah jua yang memberi pendengaran,Allah yang mengajar manusia apa itu tangan yang sebelumnya kita tak tau apa itu tangan,dan manusia itu tidak tahu (bodoh)kecuali Allah jua yang memberi Ilmu, Dengan ilmu Allah jua manusia mencipta kerusi digunakan untuk duduk...dan jika Allah tidak mengajar manusia bagaimana duduk sudah pasti manusia itu berdiri sepanjang hidup..macam lembu (tidur pun berdiri)....Manusia itu yang tak sama dengan Allah,dan Allah itu pencipta segala sesuatu baik apa yang nampak mahupun tersembunyi, Allah itu yang mentadbir 7 petala langit dan 7 petala bumi..tanpa bantuan sesiapa dan baginya amat mudah..

abulkhoirozan said...

بسم الله


Muzakarah ilmu dalam rangka mencari kebenaran memang sangat di tuntut, tanpa ta'sub dan menjaga keikhlasan kita kepada Allah.

Dalam permasaalah sifat dan zat Allah harus dikembalikan kepada pemahaaman para imam-imam salaf kta, iaitu terdiri daripada para sahabat hingga ke 3 kurun yang di iqrar oleh rasulullah sebagai sebaik-baik kurun.
maka aqidah at-tanzih (sebagaimana yang mereka sangkakan) iaitu menyucikan Allah dan bersamaan dengan makhluq dengan melakukan pemalingan makna kalimah yang zhohir sebgaimana diungkapkan oleh Robbul'alamin di dalam kitabnya kepada makna yang sesuai dengan akal manusia yang pendek ini adalah bukan datang dari pemahaman salaf as-soleh. Para salaf tidak siragukan mereka adalah manusia yang paling menyucikan Allah, tetapi bukan dengan cara tahrif (pemalingan makna) tidak juga ta'thil (menghapuskan) tidak juga takyif (pembagaimanaan).
Maka sesuai dengan bahasa Arab yang merupakan bahsa al-quran yang mulia., mereka dapat memahami maksud yang diungkapkan oleh Allah dengan mudah.
masaalah timbul bila datangnya musibah Ahli kalam yang cuba memahami al-quran dengan tidak menggunakan kemurniaan dan ketinggina bahasa arab dan tidak merujuk kepada aimmahtussalaf malaj cuba memahaminya dengan akal meraka yang pendek lagi cetek.
maka timbullah apa yang dinamakan sebagai aqidah at-tanzih, kononya hendak menyucikan Allah dari penyerupaan dengan makhluq. sehgingga mereka menukar dan malah membuang sifat-sifat Allah demi kononya untuk mensucikan Allah. bahkan wallahi mereka aebenarnya telah mengotorinaya dengan pemahamam ilmu kalam yang sangat jelek..meraka merubah kalamullah dengan kalam mereka yang cetek dan jelek..
akan tetapi aqidah ahlussunnah waljamaah atas pemahaman salaf memahami tenntang sifat dan zat Allah dengan cara yang paling mudah dan selamat; kita mensifatkan Allah dengan apa yang Allah sendiri sifati diri-Nya didalam Al-quran dan rasul-Nya dan menafikan apa yang Allah nafikan tentanng diri-Nya dan
rasulNya..lalu mensucikan Allah dengan firmanNya' ليس كمثله شيء

Maka kita tidak boleh mengatakan Allah bertempat dan kita juga tidak boleh mengatakan Allah tidak bertempat, tapi kita mengatakan sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah didalam Al-quran;
الرحمن على الأرش استوى
والله أعلم

Anonymous said...

[url=http://sunkomutors.net/][img]http://sunkomutors.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]kaspersky lab, [url=http://sunkomutors.net/]buy adobe software from[/url]
[url=http://sunkomutors.net/][/url] windows xp pro oem software software reseller opportunities
2009 Mac Retail Price [url=http://sunkomutors.net/]software product prices[/url] & software store
[url=http://sunkomutors.net/]software for small shop[/url] buy erp software
[url=http://sunkomutors.net/]buy cheap software discount[/url] nero dvd
10 Advanced Retail Price [url=http://sunkomutors.net/]nero 9 templates not installing[/b]

Anonymous said...

Pendapat anda yang mengatakan Allah ada di langit adalah salah...blog anda ini menunjukkan anda memang seorang wahabi yang extreme...Jadi, janganlah anda menyebarkan fahaman ini kepada orang lain...bahaya..hanya mengundang dosa dan perpecahan antara umat Islam yang lain. wahabi bukanlah golongan ahli sunnah Wal jamaah..ia merupakan fahaman yang diharamkan suatu ketika dahulu...yang dikenali sebagai "golongan yang menjisimkan Tuhan'.dan mereka sentiasa berselindung disebalik "salafi"..Untuk maklumat selanjutnya..sila buka : http://jomfaham.blogspot.com/

abulkhoirozan said...

((Pendapat anda yang mengatakan Allah ada di langit adalah salah...))
-------------------------------

ya fulan اتق الله bukankah Allah sendiri yang mengatakan dia berada di atas langit?

الرحمن على العرش استوى

ثم الستوى على العرش

أم أمنتم من في السماء

bukankah Rasulullah telah menguji keimanan seorang 'jariah' dengan bertanya
: 'Dimana Allah?, kemudian dia menjawab: في السماء , lalu Rasulullah menyuruh supaya dibebaskan 'jariah' tersebut sebagai tanda keimanannya??

bukan enkau wahai fulan mengucapkan didalam sholat: سبحان رب الأعلى ؟؟

Dimanakah Baginda Rasulullah dbawa berjumpa dengan tuhannya ketika mi'raj?? bukankah kelangit???

bukankah engkau wahai pembenci 'wahhabi' ketika berdoa menadahkan tanganmu dan wajahmu kelangit??

jika engkau menafikan tuhanmu dilangit, maka dimana Allah??

------------------------------
((....wahabi bukanlah golongan ahli sunnah Wal jamaah..ia merupakan fahaman yang diharamkan suatu ketika dahulu...yang dikenali sebagai "golongan yang menjisimkan Tuhan'))
-------------------------------

mengherankan..#?! mungkin engkau baru turun dari langit agaknya. baca ulang dalil-dalil yang dibawa oleh tuan blog ini, maka engkau akan dapati para Imam ahlussunah yang mengatakan bahawa Allah dilangit, malah mengkafirkan orang yang tidak tahu dimana tuhan meraka berada..

'wahhabi' yang kau maksudkan itu hanya khayalan engkau saja mungkin...atau engkau telah memberi gelaran jelek pada para Imam salaf kita رحمهم الله sebagai 'wahhabi' khalayan engkau!!

maka jawablah pertanyaan mudah dariku..Dimana Allah???

jika jawaban engkau Allah tidak di langit, engkau telah meingkari firman Allah yang mengatakan bahawa dia di atas hamba-hambanya..maka hukumlah dirimu sendiri dengan kekafiran kerana mengingkari nas Al-Quran...

jika jawaban engkau Allah diamna-mana, confirn engkaulah lebih sesat dari 'wahhabi' khayalan kau..kerana menjadikan Allah bersama makhluqnya.

jika jawaban engkau Allah tidak bertempat, maka engkau telah menyembah sesuatu yang tak wujud..
kerana apakah seuatu yang tak bertempat itu wujud.???

aku ulangi soalannya dimana Allah???

Anonymous said...

Siapakah yang perlu bertaqwa kepada Allah,adakah kami dari golongan Ahli Sunnah wal Jamaah atau anda dari golongan Wahabi yang sesat..Padahal Allah S.W.T sendiri mengatakan bahawa diri-Nya tidak bertempat hanya di Arasy atau langit..Langit adalah tempat yang berbeza dengan Arasy..Dan arasy adalah tempat berbeza dengan langit..Jika kamu mengatakan Allah dilangit...maka Dia telah beralih daripada Arasy...Dan jika sebaliknya,maka telah berlaku peralihan antara keduanya.Jika Allah bertempat,maka lemahlah allah..sebab hanya makhluk sahaja yang memerlukan tempat. Allah Ta’ala berfirman,
“Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa: Kemudian
Dia bersemayam di atas ‘arsy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi
dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa
yang naik kepada-Nya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan
Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al Hadid [57] : 4)

“Tidakkah kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang
ada di langit dan di bumi? Tiada pembicaraan rahasia antara tiga orang,
melainkan Dia-lah keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang,
melainkan Dia-lah keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara jumlah
yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia berada bersama
mereka di manapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahukan kepada
mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah
Maha mengetahui segala sesuatu.” (QS. Al Mujadilah [58] : 7)
Cuba lihat firman Allah ini: Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita.” (QS. At
Taubah [9] : 40)
“Sesungguhnya Aku beserta kamu berdua, Aku mendengar dan melihat.” (QS.
Thoha [20] : 46)
“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang
berbuat kebaikan.” (QS. An Nahl [16] : 128)
“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (QS. Al Anfal [8] :46)
“Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan
yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(QS. Al Baqarah [2] : 249)
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka
(jawablah), “Aku itu dekat”. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a
apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala
perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu
berada dalam kebenaran.” (QS. Al Baqarah [2] : 186). Kalau Allah ada di atas langit...maka jauhlah Allah tu..Begitu juga terdapat dalil dalam Shohih Muslim pada Bab ‘Dianjurkannya
merendahkan suara ketika berdzikir’, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda,
“Yang kalian seru adalah Rabb yang lebih dekat pada salah seorang di
antara kalian daripada urat leher unta tunggangan kalian.” (HR. Muslim no
2704).Pada membicarakan isu "jariah" ni..sila buka http://jomfaham.blogspot.com/2009/02/penjelasan-mengenai-hadith-jariyah-bab.html. Persoalan yang mengatakan kenapa rasulullah dimikrajkan ke langit...ini menunjukkan Allah itu bersifat dengan Tinggi (Kemuliaan).kenapa kita berdoa menghadap tangan ke langit??Jawapannya: Langit merupakan kiblat bagi doa.Sebab itu la kita disarankan untuk mengadap ke langit.Tapi kenapa kita disyarakkan untuk solat mengadap ke Kaabah??Adakah Allah itu ada dalam Kaabah??Sebenarnya, Kaabah merupakan kiblat bagi solat..Jadi,kesimpulannya adalah Allah tidak bertempat..Waallahu A'lam..

Anonymous said...

Adakah yg dimaksudkan dekat itu ditentukan dengan unit jarak seperti Kilometer, meter atau mile?

Atau kiraan dekat di situ adalah menurut perkiraan Allah?

Adakah jika Allah di langit, di atas 'Arsy-Nya menunjukkan Allah itu jauh? Dangkal sungguh pemahaman seperti ini. Menunjukkan betapa terhadnya (lagi cetek) gaya befikir anda.

Ketahuilah bahawa Allah itu menguasai segala sesuatu. Segalanya adalah mudah bagi Allah.

Jangan mengukur dekat atau jauh itu mengikuti hawa nafsu.