__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Saturday, December 13, 2008

086 - (Bahagian 24) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

(Bahagian 24) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Dari imam Ahmad bin Hanbal (katanya):

Dasar ahlus sunnah menurut kami adalah,

48 - Dan yang semisal hadis-hadis tersebut dan apa yang telah benar dan terjaga. Kami pasrah kepadanya walaupun tidak tahu tafsirnya. Dan kami tidak membicarakannya dan tidak memperdebatkannya. Dan kami (juga) tidak menafsirkan hadis-hadis ini, melainkan sebagaimana ia datang (sebagaimana apa adanya). Kami tidak menolaknya melainkan dengan apa yang lebih benar darinya.

49 - Syurga dan neraka adalah dua makhluk yang telah diciptakan sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam:

“Aku telah memasuki syurga, maka aku melihat sebuah istana”, “Dan aku telah melihat aI-Kautsar”, “Dan aku telah melihat syurga, lalu aku melihat majaoriti penghuninya adalah demikian”, “Dan aku telah melihat neraka, maka aku melihat... begini dan begitu.”

Maka barangsiapa menyangka bahawa keduanya (syurga dan neraka) belum diciptakan, bererti dia telah mendustakan aI-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Dan aku (Imam Ahmad bin Hanbal – pent.) menyangka bahawa dia tidak beriman dengan (adanya) syurga dan neraka. (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, prinsip 48-49)

Penjelasan/Syarah:

Lihat at-Ta’liq ‘ala ath-Thahawiyyah hal. 40. Hendaklah bertaqwa kepada Allah, orang-orang yang kerjanya sibuk menilal orang lain dengan kekafiran sedangkan mereka dalam keadaan lapang dari perkara ini. Mereka tidak membezakan di antara kufur amali (perbuatan), qauli (perkataan) dan i’tiqadi (keyakinan). Dan tidak pula membezakan di antara kufur ‘ain (kekafiran yang sesungguhnya) dan kufur nau’ (cabang kekafiran). Mereka mengira diri mereka berada di atas ilmu, padahal sesungguhnya tiada lain hanyalah syubhat-syubhat seperti syubhat-syubhat para pendahulu mereka, yakni orang-orang khawarij yang telah mengkafirkan kaum muslimin disebabkan (perbuatan) dosa dan maksiat. Mereka tidaklah belajar ilmu dari ahlinya, dan tidak pula memasuki rumah-rumah dari pintunya. Mereka berpegang teguh dengan fatamorgana yang mereka sangka sebagai dalil-dalil. Namun, bila mereka mendatanginya, mereka tidak akan mendapatkan sesuatu pun darinya berdasarkan timbangan ahli ilmu.

Dan Allah telah berfirman:

“Katakanlah: “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka melakukan sebaik-baiknya.” (Surah al-Kahfi, 18: 103-104)

Kami sarankan kepada saudara-saudara agar membaca buku Ushulun wa Dhawabithu fit Takfiri karya Syeikh Abdul Lathif Alu asy-Syeikh rahimahullah, dan buku AI-’Udzru biI Jahli karya saudara Ahmad Farid hafidhahullah, serta perbahasan Fitnatu at-Takfir dalam edisi pertama dari majalah as-Salafiyyah, dan perbahasan ini disusun oleh Syaikh al-Albani rahimahullah. (Komentar Syeikh Muhammad ‘led al-’Abbasi)

Di antaranya firman Allah tentang surga:

“(Syurga) telah disiapkan untuk orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Ali ‘lmran, 3: 133)

Dan firman-Nya tentang neraka:

“(Neraka) telah disiapkan untuk orang-orang kafir.” (Surah Ali ‘lmran, 3: 131)

Dan Allah berfirman:

“Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, (iaitu) di Sidratil Muntaha. Berdekatan dengannya ada syurga yang merupakan tempat tinggal.” (Surah an-Najm, 53 13-15)

Dan Nabi telah melihat Sidratul Muntaha, dan beliau melihat syurga tempat tinggal berdekatan dengannya. Sebagaimana dalam ash-Shahihain (Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim) dari hadis Anas dalam kisah lsra’ dan Mi’raj, dan di akhir kisahnya (disebutkan): “...kemudian Jibril pergi membawaku sehingga sampai di Sidratul Muntaha. Lalu ada warna-warna menutupinya, aku tidak tahu apa itu.” Beliau berkata: “Kemudian aku masuk ke dalam syurga, dan ternyata syurga itu kubah-kubah tinggi dari mutiara, dan tanahnya adalah al-Misk.”

Dan dalam Shahih Muslim dari hadis Anas secara marfu’ (Nabi bersabda): “Dan demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, sekiranya kamu melihat apa yang pernah aku lihat, niscaya kamu akan sedikit tertawa dan akan banyak menangis.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Apa yang telah engkau lihat, wahai Rasulullah?” Jawab beliau: “(Yang telah aku lihat adalah) syurga dan neraka.”

Barangsiapa yang ingin lebih lanjut berkenaan dengan persoalan ini, silakan lihat at-Ta’liiq ‘ala ath-Thahawiyyah hal. 51 dan Syarahnya hal. 420.

Dinukil dan disunting dari:

Kitab Ushulus Sunnah, oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Tahqiq/Syarah Walid bin Muhammad Nubaih, m/s. 145-148. (Edisi Terjemahan: Terbitan Pustaka Darul Ilmi, Mac 2008M)

No comments: