__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Thursday, July 31, 2008

062 - (Bahagian 2) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

(Bahagian 2) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Dari imam Ahmad bin Hanbal (katanya):

Dasar ahlus sunnah menurut kami adalah, ke-3 – Meninggalkan bid’ah-bid’ah. (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, Prinsip ke-3)

Penjelasan/Syarah:

Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu dan Janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin seIain-Nya.” (Surah al-A’raaf, 7: 3)

Dan Nabi Shallallahu ‘alahi wa Sallam bersabda:

“Berwaspadalah kamu terhadap perkara-perkara baru (dalam agama), kerana sesungguhnya setiap perkara baru itu adalah bid’ah.”

Dalam sabdanya yang lain pula:

“Barangsiapa mengada-adakan dalam urusan (agama) kami perkara baru yang bukan darinya maka perkara itu tertolak.” (Hadis Riwayat Bukhari, no.2697 dan Muslim no. 1718 dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu)

Ibnu Mas’oud berkata: “Janganlah kamu melakukan bid’ah dan berlebih-lebihan dalam beragama. Wajib ke atas kamu berpegang teguh dengan perkara agama yang dahulu kala (ajaran Rasulullah yang murni – Pent.) (Diriwayatkan oleh ad-Darimi (1/54) dan lbnu Baththah dengan sanad yang sahih)

Dari lbnu al-Musayyib, bahawa dia pernah melihat seseorang melaksanakan solat (sunnah) lebih dari dua rakaat setelah terbit fajar dan dia memperbanyak ruku’ di dalamnya, maka beliau melarangnya. Orang tersebut berkata: “Wahai Abu Muhammad, apakah AlIah akan menyiksaku kerana solatku ini?” Beliau menjawab: “Tidak, akan tetapi Dia akan menyiksamu kerana kamu telah menyelisihi Sunnah (petunjuk Nabi Shallallahu ‘alahi wa Sallam).” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan Syeikh al-Albani rnenshahihkan sanadnya di dalam aI-Irwa’ (2/236))

Imam Hasan bin Ali al-Barbahari rahimahullah (wafat pada tahun 329H) berkata: “Berwaspadalah kamu terhadap perkara-perkara baru (dalam agama) yang kecil, kerana bid’ah-bid’ah kecil itu jika sering dilakukan maka akan menjadi besar. Demikian pula setiap bid’ah yang diada-adakan di dalam umat ini pada asal mulanya adalah kecil menyerupai aI-haq (kebenaran), lalu orang-orang yang masuk ke dalamnya menjadi tertipu, kemudian mereka tidak mampu keluar darinya, sehingga perkara itu (seakan-akan) menjadi suatu perkara agama yang harus ditaati, maka ia pun menyimpang dari jalan (yang benar), lalu keluar dari Islam. Maka perhatikanlah (semoga Allah merahmatimu) setiap orang yang kamu dengarkan ucapannya, khususnya dari orang-orang yang hidup pada zamanmu, maka janganlah kamu tergesa-gesa dan masuk ke dalamnya sehingga kamu bertanya dan meneliti terlebih dahulu, apakah ada seorang sahabat nabi atau seorang ulama yang membicarakan perkara itu. Maka jika kamu mendapati adanya sebuah atsar (riwayat) dari mereka yang membenarkannya, maka berpegang teguhlah dengannya dan jangan meninggalkannya. Jangan pula memilih jalan selainnya kerana kelak kamu akan jatuh ke dalam api neraka.” (Syarhus Sunnah, karya al-Barbahari, hal. 681)

Umar bin Abdul Aziz berkata: “Tiada alasan (hujah) bagi sesiapa pun dalam kesesatan yang dilakukannya sedang dia mengiranya sebagal petunjuk setelah jelas baginya as-Sunnah.” (as-Sunnah, karya al-Marwazi (95))

lbnu Wadhdhah mengeluarkan dengan sanad yang rijalnya tsiqah dari Abu Utsman an-Nahdi, Ia berkata: “Seorang pegawai (gabenor) menulis surat kepada Umar bin Khaththab, bahawa di sini ada sekelompok kaum yang berkumpul dan berdo’a untuk kaum muslimin dan pemimpin kaum muslimin. Maka Umar menulis surat balas kepadanya, “Datanglah engkau bersama mereka!” Maka ía pun datang. Umar berkata kepada pengawalnya: “Siapkan cambuk.” Maka tatkala mereka rnasuk menghadap umar, beliau mencabuk pemimpin mereka dengan keras.” (Lihat aI-Bida’ wan Nahyu ‘Anha, hal. 26)

Imam Darul Hijrah (Imam Malik) berkata: “Barangsiapa melakukan perkara baru dalam urusan umat ini yang tidak pernah berada di atasnya generasi pertama umat ini, maka ia telah menganggap bahawa Rasulullah berkhianat di dalam menyampalkan risalah Allah Subhanahu wa Ta’ala, kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:

“Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu.” (Surah al-Maidah, 5: 3)

Maka perkara-perkara yang tidak termasuk ke dalam urusan agama pada waktu itu, bererti tidak termasuk urusan agama pula pada zaman sekarang ini. Keadaan akhir umat ini tidaklah menjadi baik kecuali dengan apa yang menjadikan generasi pertama umat ini menjadi baik.”

Beliau juga pernah ditanya oleh seseorang, “Wahai Abu Abdillah, dari manakah aku memulai ihram? Beliau menjawab: “Dari DzuI Hulaifah di mana Rasulullah memulai ihram.” Orang itu berkata: “Aku ingin memulai ihram dari masjid (nabawi), dari sisi kuburan.” Maka imam Malik berkata kepadanya: “Jangan kamu lakukan itu, kerana aku takut terjadi fitnah pada dirimu.” Lalu ía bertanya: “Fitnah apakah yang akan terjadi dalam hal ini? Ini hanyalah jarak beberapa batu sahaja yang aku tambahkan.” Jawab imam Malik: “Fitnah apakah yang lebih besar daripada kamu menganggap bahawa dirimu telah sampai pada sebuah keutamaan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alahi wa Sallam? Sesungguhnya aku telah mendengar firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Maka hendaklah orong-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih.” (Surah an-Nuur, 24: 63) (Dikeluarkan oleh ibnu Abdil Bar di dalam Jaami’ Bayaanil Ilmi dan Ibnu Baththah di dalam al-Ibaanah al-Kubra (1/261) dengan isnad la ba’sa bihi)

al-Hafiz aI-lsma’ili (wafat pada tahun 371H) berkata:

“Imam-imam hadis berpendapat (wajibnya) menjauhi bid’ah dan dosa-dosa, menahan diri dari gangguan serta meninggakan ghibah (mengumpat/menggunjing orang lain) kecuali kepada orang yang menampakkan bid’ah dan Ia menyerukan kepadanya, maka membicarakan keburukannya menurut mereka bukan termasuk dari ghibah (yang diharamkan).” (I’tiqaad Aimmatil Hadis, hal. 78)

Dinukil dan disunting dari:

Kitab Ushulus Sunnah, oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Tahqiq/Syarah Walid bin Muhammad Nubaih, m/s. 43-47. (Edisi Terjemahan: Terbitan Pustaka Darul Ilmi, Mac 2008M)

061 - (Bahagian 1) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

(Bahagian 1) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Dari imam Ahmad bin Hanbal (katanya):

Dasar ahlus sunnah menurut kami adalah, 1 – Berpegang teguh kepada jalan hidup para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, 2 – Berqudwah terhadap mereka (menjadikan para sahabat Rasulullah sebagai tauladan/ikutan). (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, Prinsip 1 & 2,)

Penjelasan/Syarah:

Dalilnya,

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali” (Surah an-Nisa’, 4: 115)

Dari hadis ‘Irbadh bin Sariyah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesungguhnya barangsiapa dari kamu yang hidup (selepas kewafatanku) maka dia akan melihat banyaknya perselisihan. Maka, wajib ke atas kamu supaya berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khalifah al-Rasyidin (yang mendapat petunjuk), gigitlah ia dengan se-erat-eratnya walaupun dengan gigi-gigi geraham kamu.” (Lihat Shahih Sunan Abi Dawud, hadis no. 3851)

Dan sabdanya pula dalam menjelaskan sifat-sifat golongan yang selamat, Dari ‘Abdullah bin ‘Amr ia berkata, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Sesungguhnya Bani Isra’il telah berpecah-belah menjadi 72 golongan, dan umatku akan berpecah-belah menjadi 73 golongan. Mereka semua di neraka kecuali satu golongan”. Para sahabat bertanya: “Siapakah golongan (yang selamat) itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Apa (jalan) yang aku dan para sahabatku ada di atasnya”.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi di dalam Sunannya (2641), al-Hakim di dalam al-Mustadrak (1/128-129), al-Ajurri di dalam al-Arba’in (143), dan di asy-Syari’ah (15-16))

Dalam riwayat yang lain dengan lafaz (maksudnya):

“Dan umatku ini akan terpecah menjadi 73 golongan, semuanya di neraka kecuali satu”. Para sahabat bertanya: “Siapakah mereka wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang keadaannya sentiasa berada di atas jalanku dan jalan para sahabatku”.” (Riwayat ath-Thabrani di dalam ash-Shaghir, 1/256)

lbnu Mas’ud berkata: “Barangsiapa di antara kamu yang mengambil contoh, maka hendaklah ia rnengambil contoh (tauladan) dari para sahabat Nabi Muhammad. Ini adalah kerana mereka merupakan orang-orang yang hatinya baik, ilmunya mendalam, sedikit takalluf (memaksakan diri melebihi batas kemampuannya), memiliki petunjuk yang lurus, baik keadaannya. Mereka adalah suatu kaum yang Allah pilih untuk dijadikan sebagai sahabat Nabi-Nya. Maka dari itu, ketahuilah keutamaan mereka dan ikutilah jejak-jejak mereka, sebab mereka berada di atas petunjuk yang lurus.” (Darjat riwayat ini La ba’sa bihi, dikeluarkan oleh lbnu Abdil Bar di dalam kitabnya Jaami’ Bayaanil ‘iImi, no. 1810)

Ibnu ‘Aun berkata: “Semoga Allah merahmati seseorang yang beristiqomah dan merasa redha dengan atsar ini walaupun terasa berat olehnya.”(Diriwayatkan oleh lbnu Baththah di dalam al-Ibaanah (291) dan darjatnya sahih berdasarkan syarat Bukhari & Muslim)

lbrahim an-Nakha’i berkata: “Seandainya para sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam membasuh kuku (dalam berwudhu – Pent.), niscaya aku tidak akan mencucinya demi mencari keutamaan dalam ber-ittiba’ kepada mereka.” (Sahih, diriwayatkan oleh lbnu Baththah (254), ad-Darimi dan selainnya)

Umar bin Abdul Aziz pernah berwasiat kepada sebahagian pegawainya: “Aku berwasiat kepadamu agar sentiasa bertaqwa kepada Allah dan berlaku sederhana dalam menjalankan perintah-Nya, mengikuti sunnah (petunjuk) Rasulullah Shallallahu ‘alahi wa Sallam, meninggalkan perkara-perkara baru dalam agarna yang diada-adakan oleh orang-orang setelahnya, dan berhentilah pada batas-batas ajarannya. Dan ketahuilah, bahawa seseorang tidaklah berbuat bid’ah melainkan telah ada sebelumnya hal yang menunjukkan kebid’ahannya dan pelajaran buruk yang ditimbulkannya. Kerana itu, kamu wajib berpegang teguh dengan as-Sunnah, sebab ia merupakan perisai/pelindung (dari pelbagai kesesatan dan kebinasaan) bagi dirimu dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dan ketahuilah, barangsiapa yang berjalan di atas sunnah, maka sungguh dia telah mengetahui bahawa tindakan menyelisihinya adalah termasuk kesalahan, kekeliruan, sikap berlebih-lebihan dan kedunguan (kejahilan). Maka generasi terdahulu dari umat ini (as-salafus-sholeh) telah berhenti dan menahan diri mereka dengan ilmu yang mapan/jelas (dari pelbagai bid’ah-bid’ah) padahal mereka adalah orang-orang yang memiliki kemapuan yang sangat tinggi dalam membahaskan sesuatu permasalahan agama, akan tetapi mereka tidak membahasnya.” (Shahih Sunan Abi Dawud, no. 4612. Lihat pula takhrij kitab asy-Syari’ah, atsar no. 292)

lmam Hasan bin Ali al-Barbahari rahimahullah berkata: “Dan ketahuilah (semoga Allah merahmatimu), bahawa keislaman seseorang hamba tidaklah sempurna sehingga dia menjadi orang yang sentiasa berittiba’ (mengikuti petunjuk Nabi), membenarkan, dan berserah diri. Maka, barangsiapa yang mengira bahawa masih ada suatu perkara di dalam Islam yang belum disampaikan oleh para sahabat Muhammad kepada kita, maka sesungguhnya dia telah mendustakan mereka, dan keadaan itu cukup untuk dikatakan sebagai perpecahan dan tikaman terhadap mereka, dan dia adalah seorang mubtadi’ (pelaku bid’ah) yang sesat dan telah mengada-ngadakan perkara baru dalam agama Islam.” (Syarhus Sunnah, hal. 70)

Ia juga berkata: “Wajib ke atas kamu mengikuti atsar-atsar (jejak salafus sholeh) dan orang-orang yang berpegang teguh dengan atsar. Bertanyalah kepada mereka, duduk, dan ambillah ilmu dari mereka.” (Syarhus Sunnah, hal. 20).

Kepada mereka yang memerlukan penjelasan yang Iebih lanjut berkenaan hal ini, dipersilakan merujuk kitab al-l’tisham karya imam asy-Syathibi, kerana kitab tersebut merupakan kitab yang agung, yang banyak mengandungi manfaat dan faedah yang besar serta tidak ada kitab yang sepertinya yang disusun di dalam bab ini. Lihat pula Ta’Iiq (komentar) Syeikh al-Albani terhadap kitab aI-‘Aqidah ath-Thahawiyah, hal. 48.

Dinukil dan disunting dari:

Kitab Ushulus Sunnah, oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Tahqiq/Syarah Walid bin Muhammad Nubaih, m/s. 37-42. (Edisi Terjemahan: Terbitan Pustaka Darul Ilmi, Mac 2008M)

Sunday, June 22, 2008

060 - Petikan-petikan Kata Para Imam Sebagai Pedoman

Petikan-petikan Kata Para Imam Sebagai Pedoman

Imam Malik Bin Annas Rahimahullah:

Jauhilah pendapat orang-orang yang (mengeluarkan pendapat) berdasarkan akal fikiran kecuali jika sudah disepakati oleh para ulama’ (ijma’). Ikutilah al-Qur’an yang telah diturunkan kepadamu oleh Tuhan kamu dan ikutilah Hadis yang telah diturunkan kepadamu oleh Nabi kamu. (Diriwayatkan oleh al-Sya’rani – al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 188)

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Imam Abu Hanifah rahimahullah:

Saya mengambil (hukum agama) dari kitab Allah (al-Qur'an); Apa yang saya tidak temui dalamnya, maka saya ambil dari sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Jika saya tidak temui dalam kitab Allah atau sunnah Rasulullah, nescaya saya ambil pula pendapat sahabat-sahabatnya. (Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, jld. 13, ms. 368)

Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu. (Kata-kata oleh Abu Hanifah, Riwayat Salih al-Fulani di dalam Iqaz al-Himam, ms. 50.)

Imam as-Syafi’e rahimahullah:

Setiap hadis yang sah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah juga merupakan ajaran aku walaupun engkau tidak pernah mendengarnya daripada aku sebelum ini. (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim di dalam al-Adab, ms. 93-94)

Dalam setiap permasalahan, apabila seseorang ahli hadis itu menjumpai sebuah riwayat yang sahih daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan riwayat itu pula bertentangan dengan ajaran aku maka aku menarik kembali ajaran aku yang asal tadi sama ada pada ketika aku masih hidup atau apabila aku sudah meninggal dunia nanti. (Kata-kata oleh as-Syafi’e Rahimahullah, Riwayat Ibn al-Qayyim di dalam I’lam al Muwaqqi‘in, jld. 2, ms. 363)

Apabila sesuatu hadis itu sahih maka itulah mazhab (peganganku) aku. (Diriwayatkan oleh Ibn ‘Abidin (1203H/1789M) di dalam al-Hasyiyah, jld. 1, ms. 63 dan Ibn al-Syuhnah di dalam Syarh al-Bidayah. Dari al-Syafi‘e, diriwayatkan al-Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 163 dan oleh al-Sya’rani di dalam al-Mizan, jld. 1, ms. 57)

Apabila kamu dapati di dalam kitab-ku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka berpeganglah kepada Hadis tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan itu (atau tuliskan). (Kata-kata oleh as-Syafi’e Rahimahullah, Riwayat al-Khatib al-Baghdadi di dalam al-Ihtijaj bi al-Syafi‘e, jld. 8, ms. 2 dan al-Nawawi di dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 63)

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah:

Tidak ada perkataan sesiapapun melainkan boleh diterima perkataannya atau ditolak kecuali perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. (Riwayat Abu Daud di dalam Masa’il al-Imam Ahmad, ms. 276)

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah:

Setiap orang boleh diambil dan ditinggalkan perkataannya kecuali Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. (Rof’ al-Malam ‘an A’immat al-A’lam)

Friday, June 13, 2008

059 - Prinsip ath-Tha’ifah al-Manshurah & al-Firqatun Naajiyah

Prinsip ath-Tha’ifah al-Manshurah & al-Firqatun Naajiyah

http://aqidah-wa-manhaj.blgospot.com

لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ اُمَّتِيْ مَنْصُوْرِيْنَ عَلَى الْحَقِّ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ وَلاَ مَنْ حَذَلَهُمْ

Tha’ifah al-Manshurah, Golongan yang menang dan sentiasa mendapat pertolongan...

Penisbahan nama ini adalah milik mereka yang sentiasa berada di atas manhaj dan prinsip-prinsip Islam yang haq. Mereka sentiasa berada dalam kemenangan dan mendapat pertolongan dari Allah.

Melalui hadis-hadis tertentu, Rasulullah telah mengkhabarkan bahawa umat ini akan terpecah-belah menjadi 73 golongan. Semuanya akan ke neraka kecuali satu golongan sahaja, iaitu merekalah yang disebut sebagai al-Firqatun Najiyah (Golongan Yang Selamat).

Terdapat banyak hadis yang menyebutkan persoalan tersebut, di antaranya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Luhay dan Mu’awiyah bin Abi Sufyan bahawa ia pernah berkhuthbah di hadapan kami lalu berkata:

Ketahuilah bahawa Rasulullah pernah berkhuthbah di hadapan kami dan bersabda:

“Ketahuilah bahawa Ahlul Kitab sebelum kalian telah terpecah-belah menjadi 72 golongan, dan bahawa umat ini juga akan terpecah menjadi 73 golongan. 72 daripadanya akan ke neraka. Dan satu golongan di dalam al-Jannah (Syurga), mereka itu adalah al-Jama’ah.” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud (4597), ad-Darimi (2/241), Ahmad (4/102), dan juga al-Hakim (1/128), al-Ajurri di dalam asy-Syari’ah (XVIII), Ibnu Baththah di dalam al-Ibanah (2/10812, 119/1), al-Laalika’i di dalam Syarhus Sunnah (1/23/1). Dishahihkan oleh asy-Syaikh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah, no. 203 & 204 - (1/404))

Fokus dalil tersebut terletak kepada penyebutan kriteria al-Firqatun Najiyah (golongan yang selamat) dengan al-Jama’ah, ia tidak menyebutkan orientasinya kepada al-Qur’an dan as-Sunnah dengan khusus. Adapun begitu sebagaimana difahami bahawa golongan ini secara pastinya sentiasa berada di atas landasan al-Qur’an dan as-Sunnah. Hikmah yang tersembunyi di sebalik itu adalah indikasi (merujuk) kepada al-Jama’ah yang berdiri di atas nash al-Qur’an dan as-Sunnah serta mengamalkannya berdasarkan apa yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya. Dan pada ketika itu tidak ada jama’ah melainkan yang terbina atau terdiri daripada sahabat-sahabat Nabi sendiri. (Lihat: Madarikun Nazhar, hal 44-45)

Merujuk kepada makna al-Jama’ah di atas, ianya disebutkan melalui hadis berikut:

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr ia berkata, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Sesungguhnya Bani Isra’il telah berpecah-belah menjadi 72 golongan, dan umatku akan berpecah-belah menjadi 73 golongan. Mereka semua di neraka kecuali satu golongan”. Para sahabat bertanya: “Siapakah golongan (yang selamat) itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Apa (jalan) yang aku dan para sahabatku ada di atasnya”.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi di dalam Sunannya (2641), al-Hakim di dalam al-Mustadrak (1/128-129), al-Ajurri di dalam al-Arba’in (143), dan di asy-Syari’ah (15-16))

Dalam riwayat yang lain dengan lafaz (maksudnya):

“Dan umatku ini akan terpecah menjadi 73 golongan, semuanya di neraka kecuali satu”. Para sahabat bertanya: “Siapakah mereka wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang keadaannya sentiasa berada di atas jalanku dan jalan para sahabatku”.” (Riwayat ath-Thabrani di dalam ash-Shaghir, 1/256)

Hadis ini menjelaskan, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika mengkhabarkan bahawa umat ini akan berpecah-belah menjadi 73 golongan (semuanya akan binasa kecuali satu golongan), maka beliau tidak membiarkan ciri-ciri dan kriteria golongan yang selamat tersebut menjadi kabur (tidak diperjelas) kepada umatnya. Maka, beliau menyebutkan dan menjelaskan ciri-ciri dan kriteria al-Firqatun Najiyah tersebut dengan penjelasan yang sangat jelas dan terang, dengan kalimat yang ringkas lagi padat. Persoalan penyebutan seperti ini adalah termasuk kepada skop Jawami’ul kalim (iaitu kalimat yang singkat, namun kandungan maknanya sangat luas dan mendalam) yang telah Allah kurniakan kepada beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Maka beliau menyebutkan ciri-ciri dan kriteria tersebut melalui sabdanya:

“Mereka adalah orang-orang yang keadaannya sentiasa berada di atas jalanku dan jalan para sahabatku”

Yang dimaksudkan dengan “keadaan” pada konteks hadis tersebut adalah keadaan agama seseorang, sama ada dalam hal aqidah, manhaj, ibadah, dakwah, dan kaedah berfikir. Maka al-Firqatun Najiyah itu adalah orang-orang yang keadaan aqidah, manhaj, ibadah, dakwah, dan kaedah berfikirnya (manhaj/prinsipnya) bertepatan dengan keadaan aqidah, manhaj, ibadah, dakwah, dan kerangka metode/prinsip Rasulullah dan para sahabatnya pada ketika itu.

Ini merupakan penerangan ciri-ciri dan kriteria yang diperjelaskan dengan ringkas (namun padat dan jelas) bagi jalan yang ditempuh oleh al-Firqatun Najiyah, iaitu sesiapa sahaja yang dalam semua urusan agamanya sentiasa berittiba’ (mengikuti) apa yang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya berjalan di atasnya. Sebaliknya, barangsiapa yang menyimpang dari landasan jalan tersebut, maka dia termasuk ke dalam golongan yang menuju ke arah kesesatan dan kebinasaan.

Tafsir Nabawi berkenaan kriteria dan ciri-ciri al-Firqatun Najiyah ini sebenarnya merupakan penafsiran dan penjelasan terhadap ayat al-Qur’an, iaitu firman Allah subhanahu wa Ta’ala:

“Barangsiapa menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya dan mengikuti selain Sabilul Mu’minin (jalan kaum Muslimin), maka Kami biarkan dia tenggelam dalam kesesatan (berpaling dari kebenaran) dan Kami masukkan ke dalam neraka Jahannam. Dan itu adalah merupakan seburuk-buruk tempat kembali.” (an-Nisa’, 4: 115)

Asy-Syaikh al-Albani berkata: “Allah Tabaraka wa Ta’ala menyebutkan dalam ayat ini peringatan keras terhadap orang yang menderhakai Rasulullah kemudian Allah mengiringinya dengan firman-Nya: (dan mengikuti selain Sabilul Mu’minin) Tidak diragukan lagi bahawa yang dimaksudkan dengan sabilul mu’minin’ adalah orang-orang yang telah Allah sebutkan dalam firman-Nya:

“Para sahabat yang terdahulu (yang masuk Islam) dari Muhajirin dan Anshar serta orang-orang yang niengikuti mereka dengan baik. (at-Taubah, 9: 100)

Pada sesi yang lain asy-Syaikh al-Albani juga berkata:

“Sungguh, Allah adalah Zat Yang Maha Tinggi sehingga tidak mungkin Dia berkata tanpa faedah dan hikmah. Oleh kerana itu tidaklah diragukan lagi bahawa penisbahan kalimat Sabilul Mu’minin dalam ayat ini mempunyai hikmah dan maksud yang sangat tinggi lagi mendalam. Keadaan ini menunjukkan bahawa di sana mengandungi suatu kewajiban yang sangat penting, iaitu ittiba’ (corak pegang) kita terhadap al-Qur’an dan as-Sunnah perlulah bersesuaian dengan manhaj yang difahami dan dijalankan/digariskan oleh generasi awal kaum muslimin (iaitu) para sahabat radhiyallahu ‘anhum, kemudian generasi berikutnya (tabi’in), kemudian generasi yang berikutnya, tabi’ut tabi’in. Dan seruan inilah yang sentiasa dikumandangkan oleh manhaj dakwah Salafiyyah sekaligus menjadi rujukan utama mereka, sama ada dalam asas dakwah mahupun dalam Manhaj Tarbiyyah.”

Demikian juga, tafsir Nabawi berkaitan al-Firqatun Najiyah tersebut sekaligus merupakan tafsir terhadap ayat:

“Kalau mereka itu beriman sebagaimana kamu beriman (iaitu para sahahat) terhadapnya, maka sesungguhnya mereka itu telah mendapatkan hidayah dan sekiranya mereka berpaling maka mereka itu berada dalam perpecahan. Maka cukuplah Allah bagimu (wahai Muhammad) terhadap mereka dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui”. (al-Baqarah, 2: 137)

Di sini Allah menegaskan bahawa imannya para sahabat merupakan garis petunjuk (rujukan) bagi menandakan benar atau tidaknya pegangan keimanan seseorang.

Kemudian lebih memperjelaskan lagi tentang siapakah al-Firqatun Najiyah tersebut, maka al-Khathib al-Baghdadi telah meriwayatkan dengan sanadnya sampai kepada al-Imam Ahmad, bahawasanya beliau menyebutkan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tersebut, kemudian beliau berkata: “Sekiranya mereka (al-Firqatun Najiyah itu – pent.) bukan Ahlul Hadis (pengikut hadis), maka aku tidak tahu siapa lagi mereka itu.”

Yakni ‘ulama sehebat Imam Ahmad bin Hanbal memahami bahawa al-Firqatun Najiyah itu tidak lain dan tidak bukan ialah sebagai kelompok Ahlul Hadis. Apakah beliau menafsirkannya menurut hawa nafsu beliau sendiri? Tentu tidak. Dan penafsiran tersebut adalah bersumberkan hadis berikut:
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:

Nabi ditanya: “Wahai Rasulullah, manusia manakah yang paling baik?”

Beliau bersabda: “Aku dan orang yang bersamaku”.

Para sahabat bertanya lagi: “Kemudian siapa Wahai Rasulullah?”

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab: “Orang-orang yang berada di atas Atsar (pegangan para sahabat).”

Ditanyakan lagi kepada beliau: “Kemudian siapa, Wahai Rasulullah?”

Beliau menjawab: “Mereka yang sedikit.”

Dalam riwayat lain, dengan lafaz (yang maksudnya):

Telah ditanyakan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Siapakah manusia yang terbaik?” Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Aku dan orang-orang yang bersamaku, kemudian orang-orang yang mengikuti atsar (manhaj para sahabat), kemudian orang yang mengikuti atsar”. Kemudian seakan-akan beliau menolak yang selainnya. (Hadis yang hasan. Diriwayatkan oleh imam Ahmad (3/155, 243) dan Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah (11/78))

Asy-Syaikh Sholeh as-Suhaimi berkata di dalam at-Tanbih:

“Sungguh beliau telah menjelaskan bahawa majoriti orang yang menyelisihi ahlul Hadis akan binasa, sedangkan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah adalah kelompok yang akan mendapatkan keselamatan.”

Berkata asy-Syaikh Sholeh bin Fauzan al-Fauzan hafizahullah di dalam al-Lamhah ‘anil Firaqidh Dhallah (hal. 17):

“Dalam hadis ini, Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengkhabarkan bahawa perpecahan tersebut pasti terjadi kepada umat ini, dan beliau adalah seorang yang tidak akan berbicara dengan hawa nafsunya. Merupakan suatu kewajiban bagi umat ini untuk membenarkan apa yang telah dikhabarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi was Sallam.”

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Minhajus Sunnah (3/475): “Sifat dan ciri golongan yang selamat itu adalah yang mengikuti jejak sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan itu juga merupakan syi’ar Ahlus Sunnah, maka golongan yang selamat itu adalah Ahlus Sunnah.”

Al-imam al-Ajurri berkata di dalam kitabnya al-Arba’in, 143:

“Seorang mukmin yang berusaha dengan bersungguh-sungguh menjadi golongan yang selamat ialah dengan cara mengikuti kitab Allah ‘Azza wa Jalla, dan sunnah Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi was Sallam, serta sunnah para sahabatnya radhiyallahu ‘anhum, dan sunnah orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, mengikuti ucapan imam-imam terkemuka Kaum muslimin seperti Sufyan ats-Tsauri, al-Auza’i, Malik, asy-Syafi’i, Ahmad, Abu ‘Ubaid, dan orang yang berada di atas jalan mereka dari kalangan para ‘ulama.”

Kemudian Rasulullah mengkhabarkan, bahawa al-Firqatun Najiyah ini akan sentiasa wujud, menang, dan berjaya berbanding musuh-musuh mereka sehinggalah ke hari kiamat. Mereka adalah ath-Tha’ifah al-Manshurah:

“Sentiasa ada dari umatku sekelompok orang (Tha’ifah) yang selalu tampak jelas di atas al-Haq, tidak akan menyusahkan mereka orang-orang yang meninggalkan (tidak mahu menolong) mereka sehingga datang keputusan Allah (hari kiamat – pent.).” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Hadis ini diriwayatkan oleh para Imam Hadis, antara lain:

Al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Dawud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan selainnya. Hadits ini merupakan hadis yang mutawatir, diriwayatkan oleh banyak sahabat, antara lain adalah Mu’awiyah bin Abu Sufyan, al-Mughirah bin Syu’bah, Tsauban Maula Rasulullah Shallallahu ‘alaihi was Sallam, ‘Uqbah bin ‘Amir, Qurrah al-Muzani, Abu Umamah, ‘Imran bin Hushain, ‘Umar bin al-Khaththab, Jabir, Salamah bin Nufail, dan selainnya. (Lihat: ash-Shahihah no. 270, oleh al-Albani)

Hadis ini diriwayatkan dengan beberapa lafaz, antara lain:

“Sentiasa ada dari umatku sekelompok orang (Tha’ifah) yang berperang/berjuang di atas al-Haq, mereka sentiasa menang sehingga (menjelang – pent.) hari kiamat.”

“Sentiasa ada dari umatku sekelompok orang (Tha’ifah) yang mendapat pertolongan, tidak akan menyusahkan mereka orang-orang yang meninggalkan (tidak mahu menolong) mereka (mereka terus demikian) sehingga (menjelang – pent.) hari kiamat.”

Seterusnya, siapakah ath-Tha’ifah al-Manshurah itu?

Makanya, sudah tentu urusan hadis wajarlah dikembalikan kepada ahlul hadis. Maka jangan lagi kita menanyakan permasalahan hadis kepada mereka-mereka yang tidak pernah mempelajari hadis. Demikian juga jangan menyerahkan urusan hadis kepada jurutera, doktor bedah, atau pun kepada sarjana ekonomi dan kewangan, atau yang selainnya. Tetapi sekali lagi, wajiblah ianya diserahkan kepada pakar hadis, yang telah mempelajari dan memahami serta mengamalkan hadis-hadis Rasulullah sama ada secara riwayah, dirayah, dan amaliah.

Mari kita meneliti dan menyelusuri semula penjelasan para ‘ulama ahlul hadis berikut:

Berkata Musa bin Harun rahimahullah: “Aku telah mendengar Ahmad bin Hanbal ketika ditanya berkenaan hadis yang berbunyi (maksudnya): “Umat ini akan berpecah-belah menjadi 73 golongan dan semuanya di neraka kecuali hanya satu golongan (yang selamat)”. Beliau mengatakan: “Jika yang dimaksudkan bukannya ahlul hadis maka aku tidak tahu siapa nereka”.” Dalam riwayat yang lain dengan lafaz (maksudnya): “Jika ath-Tha’ifah al-Manshurah ini bukan ash-habul Hadis (pendukung hadis/sunnah), maka aku tidak tahu lagi siapa mereka.” (Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam kitab Ma’rifah Ulumil Hadis (2), dan al-Khathib al-Baghdadi. Sanadnya sahih. Lihat: ash-Shahihah, 1/542, dan al-Azhar al-Mantsurah fi tabyin anna Ahlal Hadis hum al-Firqatun Najiyah wa ath-Tha’ifah al-Manshurah)

Di dalam riwayat yang lain: “Mereka adalah ahlul ‘ilmi dan ahlul atsar.” (Lihat ash-Shahihah, (1/543), oleh al-Albani)

Berkata ‘Abdullah Ibnul Mubarak rahimahullah: “Menurutku mereka adalah para ‘ulama Ahhul Hadis.” (Diriwayatkan oleh al-Khathib (61). Lihat ash-Shahihah (1/543))

Al-Imam Al-Bukhari di dalam Kitab al I’tisham bil Kitab Sunnah di dalam Shahih-nya beliau berkata: Bab Perkataan Nabi Shallallahu ‘alaihi was Sallam:

“Sentiasa ada kelompok dan umatku yang menampakkan kebenaran dan mereka berperang” al-Bukhari berkata: “Dan mereka adalah para ‘ulama.”

Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari menerangkan pernyataan al-Bukhari

“Mereka adalah para ‘ulama: “Ini adalah penegasan al-Imam al-Bukhari, dan telah diriwayatkan oleh at-Tirmidzi hadis tentang masalah ini. Kata beliau:

“Aku mendengar Muhammad bin Isma’il (yakni al-Bukhari) berkata: “Aku mendengar ‘Ali bin al-Madini berkata: “Mereka adalah ash-habul hadis”.”

Ketahuilah bahwa para ‘ulama sepakat menyatakan bahawa ath-Tha’ifah al-Manshurah itu adalah al-Firqatun Najiyah yang keduanya itu adalah membawa maksud ahlul hadis. Di antara para ‘ulama yang turut menyatakan persoalan yang berkaitan (adalah):

1 - ‘Abdullah Ibnul Mubarak rahimahullah, wafat th. 181 H
2 - ‘Ali bin al-Madini rahimahullah, wafat th. 234 H
3 - Ahmad bin Hanbal rahimahullah, wafat th. 241 H
4 - Ahmad bin Sinan rahimahullah, wafat th. 256 H
5 - Muhammad bin Isma’il al-Bukhari rahimahullah, wafat th. 256 H
6 - ‘Abdullah bin Muslim bin Qutaibah rahimahullah, wafat th. 267 H
7 - Muhammad bin ‘Isa At Tirmidzi rahimahullah, wafat th. 276 H
8 - Muhammad bin Hibban rahimahullah, wafat th. 354 H
9 - Muhammad bin al-Husain al-Ajurri rahimahullah, wafat th. 390 H
10 - Muhammad bin Abdullah al-Hakim an-Naisaburi rahimahullah, wafat th. 405 H
11 - Ahmad bin All bin Tsabit al-Khathib al-Baghdadi rahimahullah, wafat th. 463 H
12 – Al-Husain bin Mas’oud al-Baghawi rahimahullah, wafat th. 516 H
13 - ‘Abdurrahmn bin al-Jauzy rahimahullah, wafat th. 597 H
14 - Muhyiddin Yahy bin Syaraf an-Nawawi rahimahullah, wafat th. 676 H
15 - Ahmad bin ‘Abdul Halim bin Taimiyyah Syaikhul Islam rahimahullah, wafat th. 728 H
16 - Ishaq bin Ibrahim asy-Syathibi rahimahullah, wafat th. 790 H
17 - Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani rahimahullah, wafat th. 852 H.

Asy-Syaikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali berkata: “Para ‘ulama Islam yang muktabar dari kalangan ahli hadis dan selain dari mereka telah bersepakat bahawa al-Firqatun Najiyah dan ath-Tha’ifah al-Manshurah adalah sama. Majoriti mereka mengatakan: Bahawasanya golongan tersebut adalah ahlul hadis.” (Lihat Ahlul hadis hum ath-Thaifah al-Manshurah an-Najiyah (36))

Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani di dalam ash-Shahihah (1/543) mengatakan:

“Mungkin sebahagian orang menganggap aneh tafsir para imam tersebut, bahawasanya ath-Tha’ifah azh-Zhahirah dan al-Firqatun Najiyah adalah Ahlul Hadis. Padahal sedikitpun tidak ada yang aneh dari penafsiran para ‘ulama tersebut, jika kita memahami kaedah dan beberapa perkara berikut ini:

Pertama: Bahawasanya Ahlul Hadis dengan sebab spesifikasi mereka dalam mempelajari as-Sunnah (al-Hadis) dan segala urusan/perkara yang berkaitan dengannya, sama ada dalam bentuk pengetahuan tentang biografi para perawi hadis, ‘ilal (sebab-sebab kelemahan) suatu hadis, dan pengetahuan tentang sanad-sanad, maka mereka (ahlul hadis) adalah manusia yang paling berilmu tentang sunnah Nabi, petunjuknya, akhlaknya serta sejarah peperangan-peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi was Sallam serta segala perkara yang berkaitan dengan beliau Shallallahu ‘alaihi was Sallam.

Kedua: Ahlul Hadis (semoga Allah membangkitkan kita bersama mereka) tidaklah berta’ashshub (fanatik) kepada pendapat (seseorang tertentu walaupun orang tersebut tinggi kedudukan atau keilmuannya – pent.), kecuali hanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi was Sallam. Hal ini berbeza dengan mereka yang tidak menisbahkan dirinya kepada al-Hadis dan pengamalan dengannya, di mana mereka berta’ashshub kepada pendapat-pendapat para imam mereka sahaja, sebagaimana ta‘ashshub-nya ahlul hadis kepada hadis-hadis Nabinya.

Maka tidak ada keanehan lagi setelah penjelasan di atas, bahawasanya ahlul hadis, merekalah ath-Tha’ifah azh-Zhahirah dan al-Firqatun Najiyah. Bahkan mereka adalah al-Ummah al-Wasath golongan yang adil sebagai saksi terhadap umat manusia.” (Ash-Shahihah, 1/543-544)

Berkata al-Khathib al-Baghdadi di dalam Syarafu ash-habil Hadis (30): “Sungguh Allah selaku penguasa alam semesta telah menjadikan ath-Thai’fah al-Manshurah sebagai para pengawal dan penggerak agama ini. Melalui mereka, Allah menepis tipu daya para penentang, disebabkan berpegangnya mereka terhadap syari’at yang kukuh ini, dan pendirian mereka terhadap jejak para sahabat dan tabi’in. Kesibukan mereka adalah menghafal hadis .... Mereka menerima syari’at beliau sama ada secara lisan mahupun perbuatan, menjaga sunnahnya secara hafalan dan penukilan, sehingga keaslian sunnah tersebut terus berlangsung dari zaman ke zaman. Mereka adalah manusia yang paling tepat lagi sesuai memperjuangkan dan mempertahankan sunnah dan ahlinya. Berapa banyak manusia yang menyimpang mahu mencampur aduk syari’at ini dengan sesuatu yang bukan dari bahagian syari’at tersebut, sedangkan Allah ‘Azza wa Jalla sentiasa menjaga agama-Nya dengan memunculkan di muka bumi ini para ahli hadis. Merekalah para penjaga rukun-rukun syari’at dan para penegak perintah-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung.” (Lihat: Ash –Shahihah, 1/545-546, susunan asy-Syaikh al-Albani)

Dalam hal ini ahul hadis-lah golongan yang paling berhak mendapat kemenangan, kerana mereka adalah golongan yang paling kuat hujjahnya, paling tahu tentang al-Qur’an, sebagaimana dinyatakan oleh ‘Umar bin al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu: “Akan ada sekelompok orang yang mendebat/menghujjat kamu dengan syubhat-syubhat yang mereka ambil dari al-Qur’an, maka tumbangkanlah syubhat-syubhat mereka itu dengan sunnah (hadis-hadis Rasulullah), kerana orang yang tahu tentang sunnah/hadis adalah orang yang paling tahu tentang kitabullah.” (Diriwayatkan oleh al-Ajurri dalam asy-Syar’iah, hal. 48 dan kitab lainnya) (Lihat: Madarikun Nazhar, hal. 73)

Barangsiapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan, nescaya Allah faqihkan dia dalam permasalahan agama .... akan sentiasa umat ini ditegakkan di atas perintah Allah, tidak akan menyusahkan mereka orang-orang yang menyelisihi mereka sehingga datang keputusan Allah (hari kiamat). (Hadis Riwayat al-Bukhari, 71 & Muslim, 1037) (Lihat: Kitab al-Jawabush Shahih, 2/180) (Lihat: Madarikun Nazhar, hal. 73.)

Tentu tidak akan samar bagi orang yang memiliki akal yang sihat, hubungan di antara kalimat pertama (iaitu barangsiapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan, niscaya Allah faqihkan dia dalam permasalahan agama, pent.) dengan kalimat yang kedua (iaitu akan sentiasa umatku ditegakan di atas perintah Allah .... – pent.) hadis Rasulullah Shallallahu ‘alahi wa Sallam ini termasuk dalam skop jawami’ul kalim beliau.

Jelaslah bahawa kelompok yang ditunjuk secara langsung oleh Allah dan Rasul-Nya untuk mendapat jaminan keselamatan dan pertolongan adalah ahlul hadis. Seandainya begitu, siapa yang layak menjadi tempat kembali dan rujukan umat?

Sudah tentu mereka-mereka dari kalangan para ulama ilmuan hadis iaitu mereka yang sentiasa berpegang, berhujjah, dan beramal dengan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mereka teguh dengan manhaj dan landasan tersebut.

Pimpinan para ‘ulama ahlul hadis adalah Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi was Sallam. Kemudian perintis jejak pertama (generasi pertama) yang mengenakan mahkota fuqaha’ ahlil hadis adalah terdiri dari para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi was Sallam. Yang paling terkenal dari mereka adalah:

1 - Khalifah yang empat,

- Abu Bakr ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu
- ‘Umar bin al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu
- ‘Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu
- ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu

2 – Al-‘Abadillah dan para sahabat yang lainnya:

- Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu
- Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu
- Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu
- Ibnu az-Zubair radhiyallahu ‘anhu
- Ibnu ‘Amr radhiyallahu ‘anhu
- ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu
- Ummu Salamah radhiyallahu ‘anhu
- Zainab radhiyallahu ‘anhu
- Zaid bin Tsabit radhiyallahu ‘anhu
- Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu
- Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu
- Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu
- Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu

3 - Setelah para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi was Sallam adalah para tokoh tabi’in, di antara lain:

- Sa’id bin al-Musayyib rahimahullah, wafat 90 H
- ‘Urwah bin az-Zubair rahimahullah, wafat 94 H
- ‘Ali bin al-Husain Zainal ‘Abidin rahimahullah, wafat 93 H
- Muhammad bin al-Hanafiyyah rahimahullah, wafat 80 H
- ‘Ubaidullah bin ‘Abdullah bin ‘Utbah bin Mas’ud rahimahullah, wafat 94 H
- Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar rahimahullah, wafat 106 H
- Al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakr ash-Shiddiq rahimahullah, wafat 106 H
- Al-Hasan al-Bashri rahimahullah, wafat 110 H
- Muhammad bin Sirin rahimahullah, wafat 110 H
- ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz rahimahullah, wafat 101 H
- Muhammad bin Syihab az-Zuhri rahimahullah, wafat 125 H

4 - Kemudian tabi’ut tabi’in. Di antara tokoh-tokoh mereka:

- Malik bin Anas rahimahullah, wafat 173 H
- ‘Abdurrahman bin ‘Amr al-Auza’i rahimahullah, wafat 157 H
- Sufyan bin Sa’id bin Masruq ats-Tsauri rahimahullah, wafat 161 H
- Sufyan bin ‘Uyainah rahimahullah, wafat 193 H
- Isma’il bin ‘Ulayyah rahimahullah, wafat 193 H
- Al-Laits bin Sa’d rahimahullah, wafat 175 H
- Abu Hanifah an-Nu’man wafat 150 H
- ‘Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah, wafat 181 H
- Waki’ bin al-Jarrah rahimahullah, wafat 197 H
- Muhammad bin Idris asy-Syafi’i rahimahullah, wafat 204 H
- ‘Abdurrahman bin Mahdi rahimahullah, wafat 198 H
- Yahya bin Sa’id al-Qaththan rahimahullah, wafat 198 H
- ‘Affan bin Muslim rahimahullah, wafat 219 H

5 - Kemudian murid-murid mereka yang berjalan di atas manhaj mereka, di antaranya:

- Yahya bin Yahya at-Tamimi rahimahullah, wafat 226 H
- Ishaq bin Rahawaih rahimahullah, wafat 238 H
- Ahmad bin Hanbal rahimahullah, wafat 241 H
- Yahya bin Ma’in rahimahullah, wafat 233 H
- ‘Ali bin al-Madini rahimahullah, wafat 243 H
- Abu Bakr bin Abi Syaibah rahimahullah, wafat 253 H

6 - Kemudian murid-murid mereka, di antaranya:

- Muhammad bin Isma’il al-Bukhari rahimahullah, wafat 256 H
- Muslim bin al-Hajjaj an-Naisaburi rahimahullah, wafat 271 H
- Abu Hatim ar-Razi rahimahullah, wafat 227 H
- Abu Zur’ah ar-Razi rahimahullah, wafat 264 H
- Abu Dawud rahimahullah, wafat 275 H
- Muhammad bin ‘Isa at-Tirmidzi rahimahullah, wafat 279 H
- Ahmad bin Syu’aib an-Nasa’i rahimahullah, wafat 303 H

7. Kemudian orang-orang yang berjalan di atas jalan mereka dari generasi ke generasi yang di antaranya adalah:

- Ibnu Jarir rahimahullah, wafat 310 H
- Ibnu Khuzaimah rahimahullah, wafat 311 H
- Ad-Daraquthni rahimahullah, wafat 385 H
- Ath-Thahawi rahimahullah, wafat 360 H
- Ibnu Baththah rahimahullah, wafat 387 H
- Ibnu Abi Zamanain rahimahullah, wafat 399 H
- Al-Hakim an-Naisaburi rahimahullah, wafat 405 H
- Al-Lalikaa’i rahimahullah, wafat 416 H
- Al-Baihaqi rahimahullah, wafat 458 H
- Ibnu ‘Abdil Barr wafat 463 H
- Al-Khathib al-Baghdadi rahimahullah, wafat 463 H
- Al-Baghawi rahimahullah, wafat 516 H
- Ibnu Qudamah wafat 620 H

8. Di antara murid-murid mereka dan orang-orang yang meniti jejak mereka:

- Yahya bin Syaraf an-Nawawi rahimahullah, wafat 661 H
- Ibnu Abi Syamah rahimahullah, wafat 665 H
- Majduddin Ibnu Taimiyyah rahimahullah, wafat 652 H
- Ibnu Daqiq al-‘Ied rahimahullah, wafat 702 H
- Abu ‘Amr ‘Utsman bin ash-Shalah wafat 643 H
- Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah, wafat 728 H
- Al-Mizzi rahimahullah, wafat 742 H
- Ibnu Abdil Hadi rahimahullah, wafat 744 H
- Adz-Dzahabi rahimahullah, wafat 748 H
- Ibnul Qayyim rahimahullah, wafat 751 H Ibnu IKatsir wafat 774 H
- Asy-Syathibi rahimahullah, wafat 790 H
- Ibnu Rajab rahimahullah, wafat 795 H

9. Para ‘ulama setelah mereka yang mengikuti jejak mereka di dalam berpegang dengan al-Qur’an dan as-Sunnah sehingga ke hari ini. Di antaranya:

- Ash-Shan’ani rahimahullah, wafat 1182 H
- Syaikhul Islam Muhammad bin ‘Abdul Wahhab rahimahullah, wafat 1206 H
- Muhammad bin ‘Ali asy-Syaukni rahimahullah, wafat 1250 H
- Al-Laknawi rahimahullah, wafat 1304 H
- Muhammad Shiddiq Hasan Khan rahimahullah, wafat 1307 H
- Syamsul Haq al-Azhim rahimahullah, wafat 1349 H
- Al-Mubarakfuri rahimahullah, wafat 1353 H
- Abdurrahman as-Sa’dy rahimahullah, wafat 1367 H
- Ahmad Syakir rahimahullah, wafat 1377 H
- Al-Mu’allimi al-Yamani rahimahullah, wafat 1386 H
- Muhammad bin Ibrahim Alu asy-Syaikh rahimahullah, wafat 1389 H
- Muhammad Amin asy-Syinqthi rahimahullah, wafat 1393 H
- Jamilurrahman rahimahullah, wafat 1412 H
- Hamud at-Tuwaijiri rahimahullah, wafat 1413 H
- Badi’ud Dien as-Sindy rahimahullah, wafat 1416 H
- Hanimad al-Anshary rahimahullah, wafat 1418 H
- Muhammad Aman al-Jami rahimahullah, wafat 1416 H
- ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz rahimahullah, wafat 1420 H
- Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah, wafat 1420 H
- Muhammad bin Sholeh al-‘Utsaimin rahimahullah, wafat 1423 H
- Sholeh bin Fauzan al-Fauzan hafizahullah
- Abdul Muhsin al-‘Abbad hafizahullah
- Rabi’ bin Hadi al-Madkhali hafizahullah
- Muqbil bin Hadi al-Wadi’i hafizahullah wafat 1423 H

Dan masih ramai lagi tokoh-tokoh ahlul hadis Ahlus Sunnah wal-Jama’ah. Mereka itu dari zaman ke zaman jumlahnya hanya sedikit, sebagaimana yang diberitakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi was Sallam di dalam sabdanya:

“Islam itu bermula dalam keadaan asing (gharib) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” (Hadis Riwayat Muslim di dalam Sahihnya (1/130), Ibnu Majah (1/132), Ahmad (11/238), dan selainnya)

Berkata Sufyan ats-Tsauri rahimahullah: “Berwasiatlah dengan kebaikan terhadap ahlus sunnah, kerana sesungguhnya mereka itu adalah ghuraba’ (orang-orang yang terasing).” (Hadis yang Hasan, Riwayat al-Laalika’i di dalam al-I’tiqad (64), Ibnul Jauzy di dalam Talbis Iblis (19))

Maka, al-Firqatun Najiyah itu adalah juga difahami/dikenali sebagai ath-Thai’fah al-Manshurah dan mereka itu adalah Ahlul Hadis serta Ahlul ‘ilmi. Mereka adalah Ahlul Atsar, Ahlus Sunnah wal-Jama’ah dan merekalah as-Salafiyyin. Mereka itu satu, bermula di zaman Rasulullah hingga ke akhir zaman.

Asy-Syaikh Abdul ‘Aziz bin Abdullah bin Baz pernah ditanya:

“Adakah anda membezakan di antara ath-Tha’ifah al-Manshurah dengan al-Firqatun Najiyah?”

Beliau menjawab: “Ath-Tha’ifah al-Manshurah ialah al-Firqatun Najiyah, keduanya adalah satu, mereka adalah Ahlus Sunnah wal-Jama’ah, dan mereka adalah as-Salafiyyin (kelompok yang berdiri di atas manhaj para salafus soleh – ed.).” (Lihat: Al-Ajwibatul Mufidah ‘an As’ilatil Manahijil Jadidah, oleh asy-Syaikh Sholeh al-Fauzan (footnote - 75))

Monday, May 19, 2008

058 - ADAKAH BID'AH TERBAHAGI DUA?

ADAKAH BID'AH TERBAHAGI DUA?

Beberapa golongan ulama ahli Sunnah wal Jamaah dari kalangan Salaf as-Soleh telah membahagikan bid'ah kepada dua bahagian iaitu bid'ah yang diistilahkan sebagai bid'ah hasanah (بِدْعَةٌ حَسَنَةٌ) "bid'ah yang baik" dan bid'ah dhalalah (بِدْعَةٌ ضَلاَلَةٌ) "bid'ah yang sesat".

Perselisihan dalam soal pembahagian bid'ah timbul lantaran kekeliruan umat Islam selepas zaman as-Salaf dalam memahami istilah bid'ah dan kesilapan pada memahami maksud dari penggunaan bahasa bid'ah itu sendiri oleh masyarakat 'Ajam (bukan Arab). Antara punca-punca yang lain ialah:

(1). Timbulnya beberapa kecelaruan untuk menentukan asas dan cara mengistimbat hukum ahkam serta pemahamannya. (Lihat: علم اصول البدع Hlm. 43. Ali Hasan) Untuk mengatasi masalah ini sebahagian ulama yang terpengaruh dengan kaedah mantik (logik) Yunani (Greek) menggunakan kaedah ini untuk memahami istilah agama dan cara mengistimbat hukum halal dan haram di dalam syara. Kejadian ini telah berleluasa dan ketara terutamanya selepas berlalunya zaman Salaf as-Soleh disebabkan menularnya kejahilan, kehilangan (kematian) ulama sunnah, bertambahnya ulama bid'ah, ulama nifak dan ulama pengampu yang suka bekerjasama dengan pemerintah zalim yang sentiasa berusaha untuk menghapuskan ulama sunnah dan para pengikut mereka.

Dari Ziad berkata: Pernah berkata kepada aku 'Umar radhiallahu 'anhu:

هَلْ تَدْرِىْ مَا يُهْدِمُ دِيْن اْلاِسْـلاَمِ ؟ قُلْتُ : لاَ . قَالَ يُهْدِمُ زِلَّةُ الْعَالِمِ وَجِدَالُ مُنَافِقِ بِاْلآيَاتِ وَحُكْمُ اْلاَئِمَّةِ الْمُضِلِّيْنَ

"Tahukah engkau siapa yang menghancurkan agama Islam? Aku berkata: Tidak! Beliau berkata: Yang menghancurkannya ialah orang alim yang jahat (yang sukakan bid'ah), perbincangan (perdebatan) orang munafik tentang ayat-ayat (Allah) dan perlaksanaan hukum dari para pemimpin pemerintah yang zalim". (Dikeluarkan oleh: (1). Ad-Darami dalam "As-Sunan". Jld. 1. 71. (2). Ibn Abdulbar dalam جامع البيان العلم. Jld. 2. Hlm 110. (3). Abu Syamah dalam الباعث على انكار البدع والحوادث. Hlm. 13)

(2). Mematuhi (ittiba') kehendak hawa nafsu dalam menentukan hukum ahkam agama adalah antara punca berlakunya bid'ah. (Dikeluarkan oleh: (1). Ad-Darami dalam "As-Sunan". Jld. 1. 71. (2). Ibn Abdulbar dalam جامع البيان العلم. Jld. 2. Hlm 110. (3). Abu Syamah dalam الباعث على انكار البدع والحوادث. Hlm. 45) Sepatutnya setiap individu muslim berittiba' kepada al-Quran dan as-Sunnah dan tidak bertaklid buta serta berittiba' kepada hawa nafsu yang menjadi punca utama berlakunya penyelewengan dari jalan Allah yang lurus.

Syara’ mewajibkan setiap mukmin hanya mengikut jalan Allah yang dipandu oleh sunnah Rasul-Nya. Meninggalkan sunnah samalah seperti meninggalkan petunjuk yang mengakibatkan berlakunya bid'ah dan kesesatan sebagaimana keterangan nas di bawah ini:

وَلاَ تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلُّكَ عَنْ سَـبِيْلِ اللهِ اِنَّ الَّذِيْنَ يُضِـلُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِ اللهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيْدٌ بِمَا نَسُوْا يَوْمَ الْحِسَابِ

"Janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan hari perhitungan". (Shaad, 38: 26)

وَمَنْ اَضَلُّ مِمَّنِ اتَّبَعَ هَوَاهُ بِغَيْرِ هُدًاى مِنَ اللهِ

"Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun". (al-Qasas, 28: 50)

Berkata Ubay bin Ka'ab radhiyallahu 'anhu:

عَلَيْكُمْ بِالسَّـبِيْلِ وَالسُّنَّةِ ، فَاِنَّهُ لَيْسَ مِنْ عَبْدٍ عَلَى سِبِيْلٍ وَسُـنَّةٍ ذَكرَ الرَّحْمَنَ فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ فَتَمَسَّهُ النَّار اَبَدًا . وَاِنَّ اِقْتِصَـادًا فِىْ سَبِـيْلِ سُـنَّةٍ خَيْرٌ مِنْ اِجْتِهَادٍ فِىْ خِلاَفِ سَبِيْلٍ وَسُنَّةٍ

"Hendaklah kamu mengikut jalan (Allah) dan sunnah (Rasul-Nya). Maka sesungguhnya tidak akan diperolehi oleh seseorang hamba yang tidak mengikut jalan (Allah) dan sunnah (Rasul-Nya walaupun) berzikir kepada Rahman (Allah) sehingga mengalir air matanya kerana takutkan Allah, namun dia akan tetap disentuh (dimasukkan) ke dalam neraka (lantaran tidak mengikut sunnah). Sesungguhnya berpada-pada (dalam melakukan ibadah tetapi) mengikut jalan (Allah) dan sunnah (contoh Rasul-Nya) lebih baik dari bersungguh-sungguh tetapi menyalahi (terkeluar) dari jalan (Allah) dan sunnah (Rasul-Nya)". ((1). Dikeluarkan oleh Ibn Battah dalam "Al-Ibanah" (1/27/1) Makhtut. (2). Al-Lalikaii. Lihat: شرح اصول اعتقاد اهل السنة. Jld. 1 Hlm. 54. (3). Abu Na'em. Lihat: حلية الاولياء. Jld. Hlm. 252-253. (4). Ibn Jauzi. Lihat: تلبيس ابليس. Hlm. 9. (5). Imam as-Syatibi. Lihat: الاعتصام. Jld. 1. Hlm. 81 dan 94. (6). Al-Baghawi. Lihat: شرح السنة. Jld. 1. Hlm. 208)

Al-Juneid rahimahumullah juga pernah berkata:

اَلطَّرِيْقُةُ كُلُّهَا مَسْدُوْدَةٌ اِلاَّ عَلَى الْمُتَّفِقِيْنَ آثَارِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْمُتَّبِعِيْنَ سُنَّتِهِ وَطَرِيْقَتِهِ ، فَاِنَّ طُرُقَ الْخَيْرَاتِ كُلُّهَامَفْتُوْحَةٌ عَلَيْهِ كَمَا قَالَ تَعَالَى (لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُوْلِ اللهِ اُسْوَةٌ حَسَنَةٌ)

"Semua jalan (ke syurga) tertutup kecuali bagi mereka-mereka yang mengikut (berpegang kepada) atsar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam, mengikut sunnah serta jalannya. Maka sesungguhnya jalan-jalan semuanya dibuka di atas landasan sunnah sebagaimana firman Allah: Sesungguhnya telah ada bagi kamu pada diri Rasulullah contoh yang baik". (Lihat: تلبيس ابليس. Hlm. 10-11. Dan Lihat: الاعتصام. Jld. Hlm. 10-11)

Maksud sebenar dari istilah bid'ah yang dikehendaki oleh golongan Ulama Salaf as-Soleh bolehlah diringkaskan melalui penjelasan berikut ini:

1. Bid'ah dhalalah : (بِدْعَةٌ ضَلاَلَةٌ) "Bid'ah (ciptaan yang diada-adakan) yang menyesatkan" ialah setiap bid'ah yang bersangkut-paut dengan akidah dan amal-ibadah atau urusan agama (syara). Larangan melakukan bid'ah dalam hal ini amat tegas kerana agama Islam tidak boleh dibid'ahkan lagi, ia sudah cukup sempurna dan lengkap sebagaimana yang sudah dijelaskan dengan dalil-dalil dan hujjah-hujjah di atas. Bid'ah dhalalah menyebabkan pembuatnya ke neraka dan akan kekal di dalamnya jika yang dilakukan bid'ah akidah.

2. Bid'ah hasanah(بِدْعَةٌ حَسَنَةٌ) : "Bid'ah yang baik". Bid'ah yang kedua ini hanya dimaksudkan pada bid'ah (ciptaan) dalam hal urusan (perkara-perkara) yang berbentuk keduniaan (kebendaan) semata. Sebagaimana yang telah kita fahami bahawa antara pengertian bid'ah ialah ciptaan. Usaha mereka-cipta (sesuatu ciptaan) yang berupa kebendaan atau kemajuan berbentuk keduniaan yang diperlukan oleh manusia amat digalakkan oleh agama selagi ciptaan (yang diistilahkan bid'ah keduniaan) tersebut tidak membahayakan atau memudaratkan manusia dan alam sejagat.

Terdapat beberapa nas yang menggalakkan orang-orang beriman supaya mencipta berbagai-bagai peralatan dan rekaan yang canggih untuk menjadi kegunaan, menambah kemakmuran dan memenuhi keperluan generasi manusia di dunia kerana dalam hal urusan dunia manusia diberi kebebasan dan lebih tahu menguruskannya sendiri menurut kemampuan dan kepakaran masing-masing sebagaimana sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam:

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ : (اَنْتُمْ اَعْلَمُ بِشُـؤُنِ دُنْيَاكُمْ)

“Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam: Kamu lebih tahu hal ehwal (urusan) dunia kamu”. (H/R Muslim)

وَقَالَ رَسُـوْلُ اللهِ صَـلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ : ( اَنْـتُمْ اَعْلَمُ بِاَمْرِ دُنْيَاكُمْ )

"Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Kamu lebih tahu (pandai) tentang urusan dunia kamu". (H/R Muslim)

Di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang menggesa orang-orang beriman supaya mengecapi segala nikmat pemberian Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan jalan berusaha dan melakukan sesuatu. Antara cara yang digalakkan ialah dengan sentiasa membuat pembaharuan, mereka-cipta peralatan yang diperlukan oleh masyarakat dunia yang diistilahkan sebagai bid'ah (ciptaan) duniawi yang hasanah (baik).

Mencipta peralatan moden (teknologi canggih) adalah untuk kegunaan dan kemudahan manusia supaya dapat menjalani keselesaan dan kebahagian hidup agar dapat menunaikan ibadah di dunia dengan sempurna dan juga sebagai tanda kesyukuran mereka terhadap nikmat pemberian Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah telah berfirman:

وَابْتَغِ فِيْمَاآتَاكَ اللهُ الدَّارَ اْلآخِرَةَ وَلاَ تَنْسَ نَصِيْبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَاَحْسِنْ كَمَا اَحْسَنَ اللهُ وَلاَ تَبْغِ الْفَسَادَ فِى اْلاَرْضِ اِنَّ اللهَ لاَيُحِبُّ الْمُفْسِدِيْنَ

"Dan carilah apa yang telah Allah berikan kepada kamu demi untuk akhirat dan jangan lupa pula bahagianmu (kenikmatan) di dunia dan berbuat baiklah (kepada yang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan". (al-Qasas, 28: 77)

Orang yang beriman diangkat oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai khalifah-Nya di bumi ini. Mereka diseru supaya memakmurkan dunia antaranya melalui kemajuan dari hasil ciptaan (bid'ah) yang berbentuk kebendaan. Maka bid'ah (ciptaan baru) dalam berbagai-bagai bidang yang berbentuk keduniaan adalah fardu kifayah, sebaliknya pula bid'ah (ciptaan atau mengada-adakan sesuatu) di segi agama atau keagamaan adalah bid'ah dhalalah (menyesatkan) yang diharamkan oleh syara dari melakukannya buat selama-lamanya.

Memang ada segolongan ulama yang membahagikan bid'ah dalam urusan agama kepada bid'ah hasanah (baik) dan bid'ah qabihah (buruk). Ini adalah pembahagian yang batil. Agama atau syariat adalah hak Allah Subhanahu wa Ta'ala Tuhan semesta alam. Manusia tidak mempunyai hak untuk menentukan sesuatu perkara atau masuk campur dalam setiap urusan agama kerana semua yang berkaitan dengan agama Islam hanya urusan Allah semata.

Jika manusia dibenarkan masuk campur seperti menambah sesuatu (melakukan bid'ah) di dalam agama Allah ini, tentulah mereka dibenarkan juga mengurangkan sesuatu darinya. Namun, tidak pernah ada keizinan seperti itu dari al-Quran, as-Sunnah, athar yang sahih atau dari kalangan ulama Salaf as-Soleh. Dalam perkara ini seorang ulama telah memberi peringatan yang tegas melalui puisinya:

بدين المسلمين ، ان جاز زيد # فجازالنقص ايضاان يكونا
كفىذاالقول قبيحا ياخليلى # ولا يرضاه الا الجاهلون

"Dengan agama ini setiap Muslimin, jika dibenarkan menambah, maka akan dibenarkan juga mengurangkan, jika ini berlaku, cukuplah dikatakan perkara itu amat buruk wahai kekasihku. Dan tidak akan meredhainya yang demikian kecuali orang-orang yang jahil". (Lihat : تطهير الجنان عن درن الشرك والكفران Ahmad bin Hajar Ali Butami Ali as-Syafie as-Salafi. Hlm. 42-23)

SETIAP BID'AH DALAM AGAMA PASTI MENYESATKAN

(كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ)

"Setiap yang bid'ah itu sesat".


Perlu diperingatkan bahawa bid'ah di dalam perbincangan ini hanya merangkumi akidah, muamalah atau ibadah yang tidak melibatkan persoalan duniawi (kebendaan). Jika seseorang itu mahu memahami kesemua hadis-hadis yang telah dipaparkan kemudian mampu serta ada keinginan untuk membaca kitab-kitab yang menjelaskan sikap para sahabat terhadap setiap bid'ah, insya-Allah akan terbukti bahawa tidak terdapat walaupun seorang dari kalangan para sahabat Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam yang berani membahagikan bid'ah di dalam akidah, muamalah atau ibadah kepada dua bahagian, dua bentuk, dua cara, dua jenis atau lebih dari itu.

Kalimah kullu (كُلُّ) menurut ahli bahasa adalah salah satu bentuk kata umum. berkata Imam Syatibi rahimahullah:

مَحْمُولٌ عِنْدَ الْعُلَمَاءِ عَلَى عُمُوْمِهِ ، لاَ يُسْتَثْنَى مِنْهُ شَيْءٌ البَتَّة ، وَلَيْسَ فِيْهَا مَهُوَ حَسَنٌ اَصْلاً

"Menurut ulama: Hadis ini hanya diterapkan pada keumumannya, tanpa ada pengecualian apa pun darinya dan pada kalimah bid'ah tidak ada yang disebut bid'ah hasanah". (Lihat: الفتوى hlm. 181. as-Syatibi)

Adapun kalimah bid'ah dalam hadis ini ialah nakirah (indefinitif) yang jelas menunjukkan umum kerana tidak diawali dengan (ال). Begitu juga tidak seorangpun dari kalangan jumhur ulama hadis yang pernah mensyarahkan hadis-hadis yang berkaitan dengan bid'ah kepada dua jenis bid'ah atau lebih. Jika dibuat pengkajian secara ilmiyah, memang tidak kedapatan dari kalangan jumhur Ulama Salaf as-Soleh yang membahagikan bid'ah menurut syara kepada bid'ah hasanah dan bid'ah dhalalah.

Kalangan ulama khalaflah (ulama selepas zaman salaf) menjadi perintis dan yang mula-mula sekali membahagikan bid'ah kepada beberapa pecahan dan bahagian. Keadaan ini pesat berlaku terutamanya selepas 400 hijrah. Ini (antaranya) berpunca apabila lahirnya beberapa orang ulama selepas zaman Salaf (selepas kurun terbaik) khususnya yang terpengaruh dengan unsur-unsur metodologi pemahaman istilah Bahasa Arab yang diambil atau ditiru dari kaedah falsafah Bahasa Yunani, ditambah pula gerakan pemikiran falsafah Yunani yang tersebar luas dan lebih menekankan logika akal (mantik) dari kaedah naqal (pengambilan langsung dari al-Quran, as-Sunnah dan athar sahabat), maka kaedah Yunan (Greek) ini diguna pakai oleh sebahagian ulama Khalaf dalam menyelesaikan persoalan hukum ahkam dalam agama.

Cara yang betul dan selamat untuk memahami Bahasa Arab dan istilahnya mestilah melalui kaedah, cara, nahu atau tatabahasa melalui Bahasa Arab itu sendiri. Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam berbahasa dan berbangsa Arab. Al-Quran dan penafsirannya begitu juga as-Sunnah berserta syarahnya hanya menggunakan Bahasa Arab yang asli dan fasih (مُبِيْنٌ).

Kaedah yang selamat dan betul untuk memahami maksud dalam bahasa al-Quran serta as-Sunnah mestilah hanya dengan cara dan kaedah pemahaman melalui bahasa yang digunakan oleh kedua kitab tersebut berserta penafsirannya yang juga mestilah melalui bahasa itu sendiri. Adalah tidak tepat jika menggunakan bahasa asing atau elemen bahasa asing untuk memahami Bahasa Arab walau semaju mana sekalipun bahasa asing yang digunakan.

FUNGSI KALIMAH KULLU

Kalimah "Kullu" menurut ahli bahasa adalah salah satu bentuk kata umum. Imam Syatibi menjelaskan kaedah hadis ini yang menekankan kalimah kullu, iaitu:

مَحْمُوْلٌ عِنْدَ الْعَلَمَاء عَلَى عَمُوْمِهِ ، لاَيُسْتِثْنَى مِنْهُ شَيْءٌ اَلْبَتَّة وَلَيْسَ فِيْهَا مَا هُوَا حَسَنٌ اَصْلاً

"Menurut ulama, hadis ini diterapkan pada keumumannya tanpa ada pengecualian apa pun darinya. Pada bid'ah (di hadis ini pula) sama sekali tidak ada yang disebut (bid'ah) yang baik". (الفتوى Hlm. 180-18 Syatibi. Lihat: علم اصول البدع hlm. 91 Ali Hasan)

Antara fungsi kalimah (كُلُّ) yang digunakan oleh hadis di atas, dapat difahami dan diertikan dengan betul dan sempurna hanya melalui tatacara dan kaedah Bahasa Arab sahaja yang mana kalimah tersebut hanya boleh diertikan kepada makna: "Semua atau Kesemuanya".

Kalimah atau perkataan (كُلُّ) di dalam hadis ini adalah kalimah yang digunakan dalam Bahasa Arab untuk menjelaskan kepadatan atau kepastian yang semata-mata hanya memberi makna "Semuanya". Kalimah ini juga diistilahkan sebagai kalimah (جَامِعَةٌ) yang digunakan dalam Bahasa Arab hanya untuk menerangkan atau menunjukkan "kesemuanya atau keseluruhannya" tanpa adanya pengecualian sama sekali.

Dengan penjelasan ini perlu diberi penekanan dan perhatian yang serius bahawa kalimah (كُلُّ) dalam Bahasa Arab hanya memberi makna, erti dan maksud: "Semuanya atau Keseluruhannya". Ia sama sekali tidak boleh diterjemahkan kepada makna, erti atau maksud: "Separuh, Sebahagian atau Setengah". Maka hadis ini tidak membizakan dalam hukum antara satu bid'ah dengan bid'ah yang lain, iaitu tidak ada bid'ah hasanah dalam urusan agama.

Tambahan pula jika difahami kalimah kullu di hadis yang dibincangkan ini secara lahiriyah dan tabiinya menurut kaedah yang dimaksudkan oleh hadis tersebut, ia hanya memberi satu makna, satu maksud, satu erti dan satu tujuan iaitu "Setiap bid'ah itu pasti sesat" dan tidak boleh diertikan atau diterjemahkan kepada "Separuh, sebahagian atau setengah bid'ah itu baik (tidak sesat)". Menolak hakikat (istilah) kalimah ini samalah seolah-olah menganggap Nabi tidak tahu menggunakan istilah Bahasa Arab dengan betul maka anggapan serupa ini adalah kepercayaan yang dianggap bid'ah dan membawa kepada kekufuran yang nyata.

Dengan demikian tidak dapat diterima pendapat yang meyakini bahawa bid'ah dalam urusan agama terbahagi kepada dua, tiga atau lima bahagian kerana pembahagian seperti itu bertentangan dengan ketegasan dan maksud hadis-hadis yang menjelaskan bahawa hakikat bid'ah jika dilibatkan dalam persoalan syara adalah sesat keseluruhannya. Jika perbuatan menukar maksud dan makna kalimah kullu di hadis ini disengajakan sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian pengikut yang berpegang kepada kaedah mantik yang dipengaruhi oleh kaedah Yunani, ia adalah perbuatan yang fasik dan batil.

Secara ilmiyah, apabila dikembalikan kepada penilaian bahasa al-Quran kalimah atau perkataan (كُلُّ) yang terdapat di dalam al-Quran atau al-Hadis hanya memberi makna "kesemuanya" atau "keseluruhannya".

Untuk memahami satu-satu ayat atau kalimah yang terdapat di dalam al-Quran mestilah melalui panduan dan penafsiran yang telah disyaratkan oleh al-Quran itu sendiri, kemudian barulah melalui panduan as-Sunnah. Begitu juga, cara untuk memahami al-Hadis dan satu-satu kalimah dari hadis-hadis yang sahih dengan betul dan sempurna mestilah melalui al-Quran terlebih dahulu.

Dengan itu untuk memahami kalimah (كُلُّ) di hadis yang sahih ini tentulah melalui landasan kalimah yang seumpamanya yang banyak terdapat di dalam al-Quran. Kalimah kullu ini dapat difahami melalui firman Allah sepertimana di bawah ini yang menggunakan kalimah yang sama dan mempunyai fungsi yang serupa:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ

"Setiap yang hidup akan merasai mati". (Ali Imran, 3: 185)

Kedudukan kalimah (كُلُّ) pada ayat ini menunjukkan bahawa kalimah kullu tersebut hanya memberi maksud dan makna "semua, setiap atau keseluruhan" tanpa adanya pengecualian. Iaitu: "semua, setiap atau keseluruhan yang hidup akan mati" kerana inilah kenyataan yang wajib diyakini oleh setiap orang Islam yang beriman dengan keseluruhan ayat-ayat al-Quran bahawa setiap atau keseluruhan (كُلُّ) yang hidup akan menghadapi kematian kecuali Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana juga firman-Nya:

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُوْالْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ

"Kesemua yang terdapat di bumi akan binasa dan hanya yang tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan". (ar-Rahman, 55: 26-27)

Kedudukan kalimah kullu (كُلُّ) di ayat pertama mempunyai konsep dan fungsi yang sama dengan kedudukan kalimah kullu yang terdapat pada ayat yang kedua. Begitu juga kalimah (كُلُّ) pada kedua-dua ayat di atas ini mempunyai fungsi yang sama pula dengan kalimah kullu di hadis sahih yang telah kita bincang dan jelaskan.

Menafsirkan kalimah (كُلُّ) pada kedua-dua ayat di atas kepada pengertian separuh, setengah atau sebahagian adalah merupakan penafsiran atau pengolahan yang fasik lagi batil kerana bertentangan dengan kaedah penafsiran yang betul.

Telah terbukti bahawa kalimah kullu yang terdapat pada hadis tentang bid'ah yang sering menjadi isu ini tidak boleh dimaksudkan, diertikan, disyarahkan atau diterjemahkan kepada pengertian sebahagian, setengah atau separuh sebagaimana perbuatan segolongan ulama mantik kacukan Yunani kerana ia bertentangan dengan maksud hadis dan makna dari pengertian kalimah (كُلُّ) di dalam al-Quran dan juga hadis tersebut.

Menurut kaedah atau ketetapan ilmu usul jika sesuatu kalimah diulang berkali-kali di beberapa tempat sebagaimana diulang-ulangnya kalimah kullu (كُلُّ) dalam menetapkan bahawa "setiap (كل) bid'ah itu sesat", maka apabila ia terdapat dalam dalil-dalil (al-Quran, al-Hadis dan athar yang sahih) maka ia menjadi dalil syarii kulli (دليل شرعي كلي) iaitu: "Pasti setiap (كل) bid'ah itu sesat."

Penolakan adanya bid'ah hasanah dikuatkan dengan kenyataan bahawa tidak pernah terkeluar atau terucap dari mulut Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam yang mulia walaupun sebuah sabda yang menerangkan adanya bid'ah hasanah (bid'ah yang baik) di dalam amal-ibadah atau akidah. Sebaliknya, pendapat dan ucapan yang mengatakan adanya bid'ah hasanah hanyalah berpunca dari kekeliruan pemahaman istilah bahasa atau hasil dari kata-kata serta pendapat yang direka oleh ulama suk dan bukanlah berdasarkan al-Quran, as-Sunnah atau athar yang sahih.

Pada hakikatnya tidak mungkin ada bid'ah hasanah dalam agama kerana secara jumlah bid'ah semuanya maksiat sebagaimana penjelasan as-syatibi:

وَلاَ شَكَّ اَنَّ الْبِدَعَ مِنَ الْجُمْلَةِ الْمَعْصِيَةِ

"Tidak dapat diragukan bahawa bid'ah secara keseluruhannya adalah maksiat." (Lihat: الاعتصام. Jld. 2. Hlm. 60)

وَانَّ السَّلَفَ لَمْ يُطْلقُوْا لَفْظَ الْبِدْعَةِ اِلاَّ عَلَى مَا هُوَ فِى نَظرِهِمْ مَذْمُوْم

"Sesungguhnya (para ulama) salaf tidak pernah menggunakan lafaz bid'ah kecuali terhadap apa yang mereka dapat tercela (maksiat)." (Lihat: البدع hlm. 182. 'Izzat 'Atiah)

Terdapat segolongan mubtadi' (pembuat bid'ah) beralasan bahawa kalimah "Kullu" dalam hadis yang sedang dibincangkan tidak menunjukkan erti umum dengan dalil bahawa Allah berfirman:

تُدَمِّرُ كُلَّ شَيْءٍ بِاَمْرِ رَبِّهَا

"Yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Tuhannya". (al-Ahkaf, 56: 25)

Pembuat bid'ah seterusnya beralasan: Dalam ayat yang mulia di atas ini angin tidak menghancurkan segala sesuatu, maka hal ini menunjukkan bahawa kalimah "Kullu" tidak sentiasa menunjukkan erti yang bersifat umum.

Sebagai jawapan terhadap kesilapan mereka, bahawa kalimah "Kullu" dalam ayat di atas menunjukkan erti umum, sebab angin itu menghancurkan segala sesuatu yang diperintahkan oleh Allah untuk dihancurkan dan tidak segala sesuatu yang terdapat di dunia. Penjelasan ini berdasarkan tafsiran Ibn Jarir:

اِنَّمَا عَنَى بِقَوْلِهِ : { تُدَمِّرُ كُلَّ شَيْءٍ بِاَمْرِ رَبِّهَا } مِمَّا اُرْسِلَتْ بِهَلاَكِهِ لاَنَّهَا لَمْ تُدَمِّْ هُوْدًا وَمَنْ كَانَ آمَنَ بِهِ

Sesungguhnya yang dimaksudkan Allah dengan firmanNya: Yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Tuhannya. Adalah bahawa angin menghancurkan segala sesuatu yang dikehendaki oleh Allah untuk dihancurkan. Sebab angin tidak menghancurkan Nabi Hud alaihis salam dan orang-orang yang beriman kepadanya". (Lihat: تفسير الطبرى (13/ 26-27))

Imam al-Qurtubi rahimahullah pula menafsirkan ayat di atas sebagai berikut:

اَيُّ كَلُّ شَيْءٍ مَرَّتْ عَلَيْهِ مِنْ رَجَالِ عَادٍ وَاَمْوَالِهَا

"Maksudnya, yang dihancurkan hanyalah segala sesuatu yang dilewati angin dari kaum 'Ad dan harta mereka". (الجامع لاحكام القرآن (16/206). Al-Qurtubi)

Begitu jugalah dengan pendapat para ulama tafsir yang lain tentang kalimah "Kullu" di ayat di atas. Oleh itu, menggunakan dalil bahawa kalimah "Kullu" dalam hadis tidak mengundang erti umum tidak dapat dijadikan hujjah sama sekali.

Syeikh Mulla Ahmad Rumi al-Hanafi amat tegas dalam perkara ini sehingga beliau berkata:

فَمَنْ اَحْدَثَ شَيْئًا يَتَقَرَّبُ بِهِ اِلَىاللهِ تَعَالَى مِنْ قَوْلٍ اَوْ فِعْلٍ ، فَقَدْ شَرَعَ مِنَ الدِّيْنِ مَا لَمْ يَاْذَنْ بِهِ اللهُ فَعُلِمَ اَنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ مَنَ الْعِبَادَةِ الدِّيْنِيَّةِ لاَ تُكُوْنُ اِلاَّ سَيِّئَةً

"Sesiapa yang membuat perkara yang baru untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah, baik dalam bentuk ucapan atau perbuatan, sesungguhnya dia telah membuat syariat dalam agama dengan bentuk ibadah keagamaan, ia adalah bid'ah yang keji". (Lihat: علم اصول البدع hlm. 101 Ali Hasan)

057 - ANCAMAN & BAHAYA BID'AH

ANCAMAN & BAHAYA BID'AH

Setiap amal yang tidak mengikut dan mencontohi sunnah maka ianya tidak akan berupaya untuk membawa pelakunya dekat kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala, bahkan akan semakin menjauhkannya dari Allah. Ini adalah kerana Allah memerintahkan manusia dan jin untuk beribadah kepada-Nya dengan ketentuan yang telah diperintahkan-Nya yang tidak boleh berdasarkan akal dan hawa nafsu. (Rujuk: مدارج السالكين 1/84. Ibnul Qaiyim)

Fitnah yang sangat besar bahayanya terhadap akidah dan muamalah (ibadah) Ummah Islamiyah ialah bid'ah dan kesan dari aktiviti para pelaku bid'ah (mubtadi'). Oleh itu para mukmin perlu memahami, mengetahui dan berhati-hati terhadap bid'ah dan para aktivisnya.

Syeikh al-'Allamah Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah telah menjelaskan:

ثُمَّ لَيُعْلَم اَنَّ هَذِهِ الْبَدَع لَيْسَتْ خُطُوْرَتُهَا فِى نِسْبَةٍ وَاحِدَةٍ بَلْ هِيَ عَلَى دَرَجَاتٍ : بَعْضُهَا شِرْكٌ وَكُفْرٌ صَرِيْحٌ وَبَعْضُهَا دُوْنَ ذَلِكَ

“Seterusnya telah jelas diketahui bahawasanya bid'ah ini bukanlah bahyanya pada satu nisbah sahaja, tetapi ia mengikut beberapa darjat: Sebahagiannya membawa kepada kesyirikan, kekufuran dan selain dari itu”. (Lihat: علم اصول البدع hlm. 32. Ali Hasan bin Ali bin Abdul Hamid)

Kemudian telah berkata Yahya bin Mu'az ar-Razi rahimahullah:


اِخْتِلاَفُ النَّاسِ كُلّهمْ يَرْجِعُ اِلَى ثَلاَثَةِ اُصُوْلٍ ، فَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهَا ضِدٌّ ، فَمَنْ سَقَطَ عَنْهُ وَقَعَ فِى ضِدِّهِ : اَلتَّوْحِيْدُ ضِدُّهُ الشِّرْكُ ، وَالسُّنَّةُ وَضِدُّهَا الْبِدْعَةُ ، وَالطَّاعَةُ وَضِدُّهَا الْمَعْصِيَّةُ

“Ikhtilaf manusia keseluruhannya kembali kepada tiga usul, pada setiap satu ada lawannya, maka sesiapa yang jatuh pada salah satu (dari tiga usul ini) maka berlaku padanya lawannya: Tauhid lawannya syirik, sunnah lawannya bid'ah dan taat lawannya maksiat”. (Lihat: الاعتصام (1/91). As-Syatibi)

Antara bahaya bid'ah ialah Allah Azza wa-Jalla menghijab (tidak menerima/menutup) taubat ahli bid'ah selagi dia tidak bertaubat atau meninggalkan bid'ah yang dikerjakan. Hal ini dapat difahami dari hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi 'Asim dalam “Kitabus Sunnah” dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

اِنَّ اللهَ حَجَزَ اَوْ قَالَ حَجَبَ التَّوْبَةَ عَنْ صَاحَبِ بِدْعَةٍ

“Sesungguhnya Allah menahan (tidak menerima) atau pernah baginda (Rasulullah) mengatakan: Allah menutup pintu taubat orang yang melakukan bid'ah”. (Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani menjelaskan bahawa hadis ini sahih. Hadis ini disokong oleh hadis Abu Hamzah (dikenali sebagai Anas bin 'Iyad al-Laitsi al-Madani seorang yang dipercayai “tsiqah”). Beliau termasuk salah seorang perawi Bukhari dan Muslim. Lihat: as-Sahihah. Hlm. 1620. al-Albani. Hadis ini diriwayatkan juga oleh at-Thabrani. Dan dinyatakan hasan oleh al-Munziri)

Al-Hasan bin Abi Hasan dan Abu 'Amr as-Syaibani rahimahullah berkata:

“Allah Tabaraka wa Ta'ala tidak menerima taubat Ahli Ahwa (pembuat bid'ah)”. (Lihat: شرح اصول اعتقاد اهل السنة Hlm 141. Dan Lihat: البدع والنهي عنها Hlm. 54)

Para sahabat radhiallahu 'anhum, para ulama dan semua pendakwah yang berpegang kepada manhaj Salaf as-Soleh sangat keras penentangannya terhadap semua jenis bid'ah dalam agama dan semua aktivis bid'ah. Ini amat jelas jika dinilai melalui apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abdi al-Barr dalam kitabnya yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'oud radiallahu 'anhu:

لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا اَخَذُوْا الْعِلْمَ عَنْ اَكَابِرِهِمْ فَاِذَا اَخَذُوْهُ مِنْ اَصَاغِرِهِمْ وَشِرَارِهِمْ هَلَكُوْا

“Akan sentiasa umat manusia dalam kebaikan selama mereka mengambil ilmu dari tokoh-tokoh besar (ulama Ahli Sunnah) dari kalangan mereka. Maka apabila mereka mengambil dari orang-orang kecil (orang jahil) dan orang-orang keji (Ahli Bid'ah) maka nescaya mereka akan binasa.” (Lihat: جامع بيان العلم وفضله. Hlm. 248)

Setiap umat Islam yang beriman dari kalangan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan manhaj Salaf as-Soleh dingatkan oleh syara supaya sentiasa berhati-hati agar tidak belajar dan menerima hukum ahkam agama dari ulama bid'ah yang dikenali juga sebagai ulama su’ (علماء سوء) “Ulama Jahat”.

Ali bin Abi Talib radiallahu 'anhu menjelaskan:

اُنْظُرُوْا عَمَّنْ تَاْخُذُوْنَ هَذَا الْعِلْمَ فَاِنَّمَا هُوَ دِيْنٌ

“Selidikilah (ketahuilah terlebih dahulu) dari siapa kamu mengambil ilmu ini kerana ia adalah agama.” (Lihat: الكفاية. Hlm. 121. Al-Khatib al-Baghdadi)

Umat Islam diperingatkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam agar berjaga-jaga dari penyebar bid'ah kerana di akhir zaman bid'ah akan merebak sehingga menguasai kehidupan masyarakat Islam seolah-olah ia suatu ledakan yang besar. Sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam:

اِنَّ مِنْ عَلاَمَاتِ السَّاعَةِ وَاقْتِرَابِهَا اَنْ يَقِلَّ الْعِلْمُ وَيَكْثُرَ الْجَهْلُ

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda Hari Kiamat dan hampirnya hari tersebut ialah berkurangannya ilmu dan bertambahnya banyak kejahilan”. (H/R Bukhari (1/178))

Menurut Abu 'Uthman Ismail Abdulrahman as-Sabuni bahawa maksud “ilmu” di hadis ini ialah “sunnah”, iaitu akan tiba di akhir zaman kurangnya manusia yang menyeru dan mengamalkan (menghidupkan) sunnah. Adapun makna “al-jahlu” (kejahilan) ialah “bid'ah”, yang bermaksud di akhir zaman pelaku bid'ah dan pembela (penyeru) bid'ah akan terus menerus bertambah dengan banyaknya. (Lihat: عقيدة السلف اصحاب الحديث Hlm. 124. as-Sabuni)

Ibn 'Umar radhiallahu 'anhuma pula pernah memberikan nasihatnya:

دِيْنُكَ ! دِيْنُكَ ! اِنَّمَا هُوَ لَحْمُكَ وَدَمُكَ فَانْظُرْ عَمَّنْ تَاْخُذُ خُذْ عَنِ الَّذِيْنَ اسْتَقَامُوْا وَلاَ تَاْخُذْ عَنِ الَّذِيْنَ مَالُوْا

“(Peliharalah) agamamu! (Peliharalah) agamamu! Ia adalah darah dan dagingmu, maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambilnya. Ambillah dari orang-orang yang beristiqamah (memelihara sunnah) dan jangan diambil dari orang-orang yang menyeleweng (melencong dari sunnah iaitu Ahli Bid'ah).” (Lihat: الكفاية Hlm. 121. Al-Khatib al-Bahgdadi)

Untuk menghindarkan diri dari perangkap bid'ah dan aktivisnya maka Abdullah bin Mas’oud telah berpesan:

لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا اَخَذُوْا الْعِلْمَ عَنْ اَكَابِرِهِمْ فَاِذَا اَخَذُوْهُ مِنْ اَصَاغِرِهِمْ وَشِرَارِهِمْ هَلَكُوْا

“Akan sentiasa seseorang manusia dalam kebaikan selama ia mengambil ilmu dari tokoh-tokoh besar mereka (ulama sunnah). Jika ia mengambil ilmu dari orang-orang kecil (ulama bid'ah) di antara mereka maka nescaya mereka akan binasa”.

Imam Abu Fadl al-Hamadani rahimahullah berkata:

“Pelaku bid'ah dan para pemalsu hadis lebih berbahaya daripada orang-orang kafir yang terang-terangan menentang Islam. Kaum kuffar menentang Islam dari luar sedangkan ahli bid'ah menghancurkan Islam dari dalam. Pelaku bid'ah diumpamakan sebagai penduduk kampung yang ingin menghancurkan kampungnya, sedangkan kuffar diumpamakan musuh di luar benteng yang sedang menunggu pembukaan pintu oleh ahli bid'ah. Ahli bid'ah berupaya memberi kesan yang amat buruk terhadap Islam jika dibandingkan (dengan kuffar) yang menentang Islam secara terang-terangan.” (Lihat: الموضوعات Ibn al-Jauzi. نقد الرجال Hlm. 128)

Sebahagian pengikut Imam Syafie dan Imam Ahmad menghalalkan membunuh para penyeru (pendakwah) bid'ah yang jelas telah menentang al-Quran. Begitu juga pandangan pengikut Imam Malik yang menjelaskan bahawa beliau menghalalkan membunuh golongan Qadariah bukan kerana murtadnya mereka tetapi kerana mereka menyeru kepada kerosakan (bid'ah) di permukaan bumi. (Lihat: الموضوعات Ibn al-Jauzi. نقد الرجال. Hlm. 128)

Keseluruhan para ulama Ahli Sunnah wal Jamaah yang berpegang dengan manhaj salaf mengharamkan orang-orang beriman dari berteman dan menghadiri apa pun majlis bid'ah terutamanya majlis pengajian ilmu (mujalasah) yang diadakan oleh ahli al-bida’ (اهل البدع) sebagaimana yang diperingatkan oleh para ulama salaf di bawah ini:

Berkata Imam al-Barbahari:

“Apabila kamu mendapati seorang yang bersungguh-sungguh menyiksa dan menganiaya dirinya dengan meninggalkan urusan dunianya semata-mata untuk beribadah maka dia adalah mengikut hawa nafsu (dia ahli bid'ah). Janganlah kamu berkawan, duduk-duduk bersamanya, mendengar perkataan, berjalan bersama-sama kerana saya tidak menjamin kamu (akan selamat dari bid'ah - pent) jika kamu bersamanya”. (Lihat: شرح السنة Hlm. 104. Imam al-Barbahari)

Al-Hasan rahimahullah berkata:

“Janganlah kamu berteman dengan pengikut hawa nafsu (ahli bid'ah) kerana akan tersemai di hatimu apa yang telah kamu terpengaruh darinya. Akhirnya kamu akan binasa atau kamu mengingkari (sesuatu dalam agama) sehingga hatimu menjadi tersiksa.” (Lihat: البدع Hlm. 17. Dr. Ali bin Muhammad Nashir al-Fazihi)

Imam az-Zahabi rahimahullah berkata:

“Berpegang kepada sunnah bermakna menghidupkan hati. Apabila seseorang membiasakan hatinya untuk menerima amalan bid'ah maka hati tersebut tidak akan memuliakan sunnah”. (Lihat: علم اصول البدع. Hlm. 288-289. Ali Hasan)

Ibnu Sirin rahimahullah berkata:

Tidak pernah ditemui seseorang yang melakukan bid'ah akan menolak bid'ah-bid'ah yang lain”.

Ini bermakna pelaku bid'ah sememangnya menggemari setiap apa sahaja jenis bid'ah yang disangkanya baik. Kebiasaannya mereka memang jahil (kurang memahami tentang syara’ atau sunnah). Lantaran kejahilan tersebut, penggemar bid'ah pasti akan mencintai apa sahaja perbuatan bid'ah kerana dianggapnya amalan yang berpahala. Akhirnya mereka lebih menggemari dan mempertahankan bid'ah dari sunnah yang jelas ada dalilnya untuk diamalkan.

Ahli bid'ah sama ada para penyebarnya (penyeru dan pendakwahnya) atau pengikutnya, mereka bukan sahaja akan memikul dosanya sendiri tetapi akan berterusan memikul dosa-dosa orang lain yang meniru perbuatan bid'ah yang mereka hidupkan sehinggalah ke Hari Kiamat. Firman Allah Azza wa-Jalla:

لِيَحْمِلُوْا اَوْزَارَهُمْ كَامِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمِنْ اَوْزَارِ الَّذِيْنَ يُضِلُّوْنَهُمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ

“Mereka akan menanggung dosa mereka keseluruhannya pada Hari Kiamat, dan akan menanggung dosa orang yang mereka sesatkan tanpa ilmu”. (an-Nahl, 16: 25)

SALAH FAHAM TERHADAP BID’AH

Pelaku bid'ah sama ada bid'ah yang berbentuk akidah atau muamalah, mereka tidak akan merasa gerun atau takut untuk melakukan bid'ah tersebut kerana mereka menyangka bahawa bid'ah terbahagi kepada dua, iaitu bid'ah hasanah dan bid'ah dholalah, mereka berhujjahkan hadis di bawah ini:

مَنْ سَنَّ فِىاْلاِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ اَجْرُهَاوَاَجْرُمَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ غَيْرَ اَنْ يَنْقُصَ مِنْ اُجُوْرِهِمْ شَيْءٌ مَنْ سَنَّ فِى اْلاِسْلاَمِ سُنَّةً سِيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ اَنْ يَنْقُصَ مِنْ اَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

“Barangsiapa menghidupkan dalam Islam satu sunnah dari sunnah yang baik, maka baginya ganjaran pahala dan pahala tambahan dari orang yang meniru (mengamalkan sepertinya) sesudahnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala tersebut. Dan barangsiapa yang menghidupkan suatu sunnah dari jenis sunnah yang keji dalam Islam maka baginya dosa dan tambahan dosa bagi sesiapa yang meniru (mengikut jejaknya) sesudahnya tanpa dikurangkan sedikitpun dosa-dosa mereka itu.” (H/R Muslim)

Kalimah sunnah yang terdapat pada hadis di atas tidak boleh dimaksudkan sebagai bid'ah atau bid'ah hasanah. Adalah suatu kesilapan yang besar bagi sesiapa yang mengertikannya sedemikian. Kekeliruan ini boleh dijelaskan dan difahami melalui penerangan sebagaimana berikut:

Makna as-Sunnah: Menurut etimologi (bahasa) as-Sunnah diambil dari kata-kata:

سَنَّ - يَسِنُّ - وَيَسُنُّ - سُنًّا

Sunnah menurut bahasa ialah:

اَلسُنَّةُ هِيَ الطَّرِيْقَةُ ، مَحْمُودَةٌ كَانَتْ أمْ مَذْمُوْمَةٌ

“As-Sunnah ialah jalan, sama ada yang baik (terpuji) atau yang keji.” (Lihat: لسان العرب - مادة (سنن))

Sunnah boleh memberi maksud:

“Kebiasaan, perilaku, cara hidup dan suatu kaedah/method. Ia juga membawa: (السيرة): as-Sirah.” (Lihat: مختار الصحاح. Hlm. 133. Ar-Razi)

Sunnah menurut syara’:

“Apa yang dipindah/diambil (diriwayatkan, diterima dan diambil) dari Nabi Muhammad (sallallahu 'alaihi wa sallam) dan para sahabat baginda berkaitan dengan akidah dan amal.” (Lihat: لغة الاعتقاد الى سبيل الرشاد. Hlm. 40. Al-Uthaimin) Sunnah diistilahkan juga sebagai: (الطريقة المحمدية): “Jalan atau petunjuk Muhammad (sallallahu 'alaihi wa sallam) atau (السنة المحمدية): “Sunnah Muhammad (sallallahu 'alaihi wa sallam)”.

Menurut istilah Ahli Usul pula ialah:

“Segala yang disalin (dipindah, diambil, dinukil dan diriwayatkan) dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam secara khusus. (Lihat: الموافقات juz. 4. Hlm. 47. As-Syatibi) Ia berupa perkataan, perbuatan, ketetapan, akhlak, disiplin dan segala yang bersangkutan dengan hukum halal dan haram.”

Pengertian ini dapat difahami melalui sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam di bawah ini:

تَرَكْتُ فِيْكُمْ مَا لَنْ تَضِلُّوْا بَعْدَهُ اِنْ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ رَسُوْلِهِ.

“Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya.” (H/R Muslim. (2137) Al-Haj. Abu Daud (1628) al-Manasik. Ibn Majah (3060) Al-Manasik)

Jika dikembalikan kepada istilah, bid'ah amat berbeza dengan sunnah kerana bid'ah ialah mengada-adakan (mencipta atau mereka-reka sesuatu yang baru) dalam agama. (Lihat: اللمع فى الرد على محسني البدع Abdul Qayyum bin Muhammad bin Nasr)

Hadis yang dijadikan hujjah untuk membolehkan membuat bid'ah ini sebenarnya menggesa agar: “Menghidupkan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam yang telah ditinggalkan oleh ummah.” Ia bukan bermaksud: “Halal mencipta atau melakukan bid'ah yang tidak ada contohnya dari Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam.”

Hadis tersebut disyarahkan oleh Imam Nawawi di dalam kitab sahih Muslim di bawah tajuk:

(اَلْحَثُّ عَلَى الصَّدَقَةِ وَاَنْوَاعِهَا وَاَنَّهَا حِجَابٌ مِنَ النَّارِ)

“Galakan untuk bersedekah dan jenis-jenis sedekah yang ianya menghijab dari api neraka.” (Lihat : صحيح مسلم ، بشرح النووي. Juz. 7. Hlm. 104)

Dalam syarahnya Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan:

“Pada hadis ini suatu pengkhususan dari sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bahawa setiap yang diada-adakan itu bid'ah dan setiap bid'ah itu sesat. Apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah setiap yang diada-adakan itu batil dan menjadi bid'ah yang tercela.” (Lihat : صحيح مسلم ، بشرح النووي. Juz. 7. Hlm. 104)

Mengerjakan bid'ah termasuklah yang disangka bid'ah hasanah tidak boleh dianggap sebagai menghidupkan sunnah kerana sunnah ada contohnya dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam dan para sahabat. Sebaliknya bid'ah tidak ada sama sekali contohnya kerana ia suatu yang baru, ciptaan baru, yang diada-adakan dan rekaan yang tidak ada contoh sebelumnya sama ada dari al-Quran atau as-Sunnah.

Apa yang dijelaskan oleh Imam Nawawi apabila mensyarahkan hadis di atas merupakan suatu galakan kepada setiap orang-orang yang beriman supaya menghidupkan kembali segala sunnah yang telah ditinggalkan atau tidak lagi dikerjakan oleh ummah. Ia bukan bermaksud supaya mengada-adakan suatu yang baru dengan mencipta beberapa bid'ah yang mana ciptaan tersebut tidak ada sama sekali suruhan atau contohnya dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam, dari para sahabat, dari tabiin atau para Salaf as-Soleh.

Penjelasan Imam Nawawi ini amat bersesuaian dengan hadis Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam di bawah ini:

مَنْ اَحْيَا سُـنَّةً مِنْ سُنَّتِيْ قَدْ اُمِيْتَتْ بَعْدِيْ فَاِنَّ لَهُ اْلاَجْرِ مِثْلَ اَجْرِمَنْ عَمِلَ بِهَا مِنَ النَّاسِ لاَ يَنْقُصُ مِنْ اُجُوْرِ النَّاسِ شَـيْئًا وَمَنْ ابْتَدَعَ بِدْعَةً لاَ يَرْضَـاهَا اللهُ وَرَسُــوْلُهُ فَاِنَّ عَلَيْهِ مِثْلِ آثِمِ مَنْ عَمِلَ بَهَا مِنَ النَّاسِ لاَ يَنْقُصُ مِنْ آثِمِ النَّاسِ شَيْئًا

“Barangsiapa yang menghidupkan suatu sunnah dari sunnahku setelah ia dimatikan (ditinggalkan oleh manusia) selepas (peninggalan)ku, maka baginya pahala sebagaimana pahala sesiapa yang mengerjakannya dari kalangan manusia yang tidak dikurangkan sedikitpun pahala tersebut sebagaimana pahala yang diberikan kepada manusia yang menirunya. Dan sesiapa yang melakukan suatu bid'ah yang tidak diredhai oleh Allah dan Rasul-Nya maka baginya dosa sebagaimana dosa sesiapa yang (meniru) mengamalkan tanpa dikurangkan dosa tersebut walau sedikitpun.” (H/R Ibn Majah (207), al-Iman. Turmizi (2601), al-Ilm. Ibn Abi 'Asim dalam 'As-Sunnah” (1/23). Berkata Turmizi dan al-Bahgawi: Hadis Hasan)

Menghidupkan sunnah hanyalah melalui contoh (ittiba' kepada sunnah) dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam. Menghidupkan satu bid'ah samalah seperti mematikan satu sunnah dan ini pasti berlaku apabila sunnah ditinggalkan dan mengambil sebaliknya. Dalam hal ini Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

مَا مِنْ عَامٍ اِلاَّ فِيْهِ بِدْعَةٌ وَتَمُوْتُ فِيْهِ سُنَّةٌ حَتَّى تَظْهَرُ الْبِدَعُ وَتَمُوْتُ السُّنَنُ

“Tidak ada suatu tahun kecuali akan berlaku padanya satu bid'ah dan akan mati satu sunnah, hingga nyatalah (terang-terang dikerjakan) perbuatan bid'ah dan (diketika itu) matilah (lenyaplah) sunnah-sunnah. (H/R at-Thabrani dan Ibn Wadha dalam al-Bida')

Selain daripada sunnah adalah bid'ah dholalah kerana pengertian sunnah sebagaimana yang telah dijelaskan ialah “Jalan” atau “Yang diambil (diittiba') dari contoh Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam”. Ini bermakna jalan yang diperkenankan hanyalah jalan yang ada nasnya dari syara iaitu agama Islam yang diturunkan dari langit, bukan melalui jalan-jalan (bid'ah) yang dicipta oleh manusia. Nas-nas di bawah ini menjelaskan:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْـعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : خَطَّ رَسُـوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ لَنَا خَطًّا ثُمَّ قَالَ : هَذَ سَبِيْلُ الله ثُمَّ خَطَّ خُطُوْطًا عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ وَقَالَ هَذِهِ سُبُـلٌ عَلَى كُلِّ سَـبِيْلٍ مِنْهَا شَيْـطَانٌ يَدْعَوْ اِلَيْهِ وَقَرَاَ : (وَاَنَّ هَذَا صِرَاطِى مُسْتَقِيْمًا فَاتَّبِعُوْهُ) وَلاَ تَتَّبِعُوْا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيْلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ

“Dari Abdullah bin Mas’oud radhiallahu 'anhu: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam telah menggariskan kepada kami satu garisan kemudian bersabda: Ini jalan Allah. Kemudian menggariskan pula beberapa garisan ke arah kanan dan ke arah kiri baginda lantas bersabda: Inilah jalan-jalan yang mana di atas setiap jalan tersebut syaitan mengajak kepadanya, seterusnya baginda membacakan ayat: (Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah (ittiba'lah) jalan tersebut dan janganlah kamu ikuti jalan-jalan (yang lain) maka kamu akan disesatkan oleh jalan tersebut. Itulah menjadi wasiat bagi kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang takwa).” (al-An’am, 6: 153)

Menurut riwayat dari Abi al-Hajjaj bin Jabr al-Makki rahimahullah seorang tabiin dari kalangan imam tafsir, bahawa ayat (وَلاَ تَتَّبِعُوْا السُّبُلَ) “Jangan kamu ikut jalan-jalan (yang lain)” yang dimaksudkan ialah: “(Jalan/perbuatan) yang bid'ah dan yang syubhat.” (Lihat: علم اصول البدع hlm. 40. Ali Hassan bin Abdul Hamid. Dikeluarkan oleh at-Tayalisi dalam musnad (244). Al-Lalikai dalam شرح اصول اعتقاد اهل السنة والجماعة. Jld. 1. Hlm. 80-81. Ahmad (1/435-465). Ibn Abi 'Asim dalam السنة, (1/13). An-Nasii dalam السنن الكبرى Ibn Habban (1/105). Al-Hakim dalam المستدرك (2/318))

Antara nas yang membuktikan bahawa yang dimaksudkan oleh ayat di atas ialah jalan Allah atau sunnah Allah dan Rasul-Nya ialah sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam:

فَسُـنَّةُ اللهِ وَسُــنَّةُ رَسُــوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ اَحَقُّ اَنْ تَتَّبِعَ مِنْ سُنَّةِ فَلاَن اِنْ كُنْتَ صَادِقًا

“Maka sunnah Allah dan sunnah Rasul-Nya lebih hak kamu ikuti dari sunnah si Pulan jika kamu termasuk orang yang percaya (beriman).” (H/R Muslim)

قَالَ ابْنُ مَسْـعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : عَلَيْكُمْ بِالطَّرِيْقِ فَالْزَمْهُ وَلَئِنْ اَخَذْتُمْ يَمِيْنًا وَشِمَالاً لَتَضِلُّنَّ ضَلاَلاً بَعِيْدًا

“Hendaklah kamu sekalian mengikuti satu jalan (ajaran Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam) dan tetaplah kamu berpegang dengannya. Kalau kamu mengikut jalan ke kanan atau ke kiri nescaya kamu akan sesat dengan kesesatan yang jauh”.

Selain berpegang dengan sunnah Rasul-Nya, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam turut menyeru agar orang-orang yang beriman mengikuti (ittiba' kepada) sunnah para sahabat terutamanya para Khulafa ar-Rasyidin kerana mereka telah dijamin masuk Syurga, kekal di dalamnya, mereka meredhai Allah dan Allah redha kepada mereka sebagaimana firman Allah:

وَالسَّابِقُوْنَ الاَوَّلُوْنَ مِنَ الْمُهَاجِرِيْنَ وِاْلاَنْصَارِ وَالَّذِيْنَ اتَّبَعُوْهُمْ بِاِحْسَانٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ وَرَضُوْا عَنْهُ وَاَعَّدَ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِيْ تَحْتَهَا الاَنْهَارُ خَالِدِيْنَ فَيْهَا اَبَدًا ، ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيْمِ

“Orang-orang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti (berittiba' kepada) mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan merekapun reda kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.” (at-Taubah, 9: 100)

عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ مِنْ بَعْدِىْ تَمَسَّكُوْا بِهَا وَعَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ

“Hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku. Peganglah ia kuat-kuat dan gigitlah dengan gigi geraham.” (H/R Muslim)

Banyak nas-nas dari syara’ menyeru agar orang-orang beriman berittiba' kepada sunnah bukan bertaqlid buta kepada pembuat bid'ah. Malah tidak pernah terdapat walau satu nas dari syara’ yang mengizinkan atau menyuruh seseorang itu berbuat bid'ah. Semua perbuatan dalam agama yang berbentuk atau berunsur bid'ah telah ditegah (dilarang atau diharamkan) oleh syara’ sebagaimana yang ditegaskan oleh Ibn Mas'oud radhiallahu 'anhu:

اِتَّبِعُوْا وَلاَ تَبْتَدِعُوْا فَقَدْ كُفِيْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

“Hendaklah kamu ittiba' (patuh mengikuti syara’) dan janganlah melakukan bid'ah (menambah atau mencipta sesuatu yang baru dalam agama). Sudah memadai (sudah sempurna) bagi kamu sunnah nabi kamu dan setiap yang bid'ah itu sesat.” (Atsar yang sahih. Diriwayatkan dari kalangan tabi’in yang ramai jumlahnya, antaranya ialah: (1). Abu Abdul Rahman as-Salami yang dikeluarkan oleh at-Tabari (8870). Baihaqi di “Madhal” (204). Telah dijelaskan oleh al-Haitami di “al-Mujmak” (1/181) bahawa perawinya semuanya sahih. (2). Ibrahim an-Nakhii. (3). Qatadah, dikeluarkan oleh Ibn Wadah dalam (البدع والنهي عنها) hlm. 11 dari jalan Abi Hilal, beliau dipercayai dan Imam Bukhari mengambil juga dari hadisnya sebagaimana di at-Ta'lik. Menurut Nasruddin al-Albani: Athar ini adalah sahih)

Dalam hal wajibnya ittiba' dan haramnya melakukan bid'ah, Syeikh al-Qarafi rahimah humullah berkata:

فَاِنَّ الْخَيْرَ كُلَّهَا فِى اْلاِتِّبَاعِ وَاِنَّ الشَّرَّ كُلَّهَا فِى اْلاِبْتِدَاعِ

“Sesungguhnya kebaikan seluruhnya hanya dengan cara ittiba' (mengikuti dan taat kepada sunnah) dan keburukan (kesesatan) keseluruhannya ada pada bid'ah.” (Lihat: الفروق. Jld. 4. Hlm. 205. Al-Qarafi)

Berkata pula Imam as-San'ani rahimahullah:

لَيْسَ فِى الْبِدْعَةِ مَا يُمْدَحُ بَلْ كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

“Tidak terdapat dalam bid'ah itu apa yang terpuji (hasanah) tetapi semua bid'ah itu sesat.” (Lihat: سبل السلام jld. 2. hlm. 12. As-San'ani)

Melalui nas-nas di atas amat jelas bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam mewajibkan setiap mukmin ittiba’ (mengikuti) sunnah Allah, sunnah Rasul-Nya serta sunnah para sahabat dan mengharamkan mereka daripada mengikuti sunnah si Pulan dan si Pulan termasuklah sunnah Yahudi, Nasrani atau Majusi sebagaimana sabda baginda:

عَنْ اَبِى سَـعِيْدِ الْخُـدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُـوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ لَتَتَّبِعَنَّ سُـنَنَ الَّذِيْنَ مَنْ قَبْلَكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوْا فِى حُجْرِ ضَبٍّ لاَ تَبَعْتُمُوْهُمْ قُلْنَا : يَا رَسُوْلَ اللهِ الْيَهُوْدَ والنَّصَارَى ؟ قَالَ فَمَنْ.

“Dari Sa'ied al-Khudri radiallahu 'anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Akan terdapat mereka yang mengikut sunnah (cara hidup) mereka yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga masuk ke lubang biawak kamu akan masuk ke dalamnya juga. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah! (Adakah mereka mengikuti cara) Yahudi dan Nasrani? Baginda bersabda: Siapa lagi kalau tidak mereka?.” (H/R Bukhari (3197). Muslim (4822). Ibn Majah (3948). Ahmad (1023))