__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Wednesday, October 29, 2008

074 - (Bahagian 14) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

(Bahagian 14) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Dari imam Ahmad bin Hanbal (katanya):

Dasar ahlus sunnah menurut kami adalah,

31 - Membayar zakat/sedekah kepada mereka (para imam/pemerintah) boleh dan diterima. Barangsiapa membayarkannya kepada mereka maka perkara itu telah cukup/sah baginya, sama ada pemimpin itu baik atau pun buruk.

32 - Melaksanakan solat Juma’at di belakang mereka dan di belakang orang yang menjadikan mereka sebagai pemimpin hukumnya boleh dan sempurna dua rakaat. Barangsiapa yang mengulangi solatnya maka dia adalah mubtadi’ (pelaku bid’ah) yang meninggalkan atsar-atsar dan menyelisihi Sunnah. Tidak ada baginya sedikitpun dari keutamaan solat Juma’at, apabila dia tidak berpendapat bolehnya solat di belakang para imam/pemimpin, sama ada pemimpin itu baik atau pun buruk. Kerana Sunnah memerintahkan agar melaksanakan solat bersama mereka dua rakaat dan mengakui bahawa solat itu sempurna. Tanpa ada keraguan terhadap hal itu di dalam hatimu. (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, prinsip 31 & 32)

Penjelasan/Syarah:

lbnu Abil ‘Izzi al-Hanafi berkata di dalam syarahnya terhadap Aqidah Thahawiyyah (376): “Nash-nash al-Kitab dan as-Sunnah serta ijma’ (kesepakatan) Kaum Salaf umat ini telah menunjukkan bahawa pemerintah, imam solat, penguasa, pemimpin perang dan pegawai zakat wajib ditaati di dalam persoalan (masalah-masalah) ijtihad. Manakala ia tidak wajib mentaati para pengikutnya dalam permasalahan ijtihad, bahkan mereka yang wajib mentaatinya di dalam perkara tersebut, dan meninggalkan pendapat mereka disebabkan pendapatnya. Kerana sesungguhnya maslahat (keutamaan) jama’ah dan kesatuan serta mafsadah (kerosakan) perpecahan dan perselisihan lebih besar dari masalah-masalah juz-iyah (yang bukan dasar). Dari hadiss Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Shalallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Hadits ini merupakan nash yang jelas yang menyatakan bahawa imam apabila salah maka kesalahan itu atas dirinya bukan atas ma’mum. Manakala mujtahid setidak-tidaknya dia berbuat salah dengan meninggalkan kewajiban yang diyakininya tidak wajib. Atau melakukan larangan yang diyakininya tidak terlarang. Dan tidak boleh bagi siapapun yang beriman kepada Allah dan hari akhir untuk menyelisihi hadis yang jelas lagi sahih ini setelah sampai kepadanya.”

Saya (pentahqiq) berkata: “Apabila hadis itu mengenai solat maka masalah-masalah yang (keutamaannya) berada di bawahnya adalah lebih wajar lagi. Ali bin Abi Thalib berkata tentang kekhalifahan Abu Bakar: “Rasulullah telah meredhainya untuk agama kita, mengapa kita tidak meredhainya untuk (urusan) dunia kita?”

Ibnu Abil ‘Izzi berkata di dalam Syarah Thahawiyyah (hal. 374): “Ketahuilah bahawasanya boleh bagi seseorang melakukan solat di belakang orang yang belum diketahui bid’ah atau kefasiqannya berdasarkan kesepakatan para imam (ulama). Dan tidaklah termasuk syarat bolehnya mengikuti imam, dengan cara seorang ma’mum memeriksa keyakinan (aqidah) imamnya atau mengujinya, seperti mengatakan: ‘Apa peganganmu (aqidahmu)?’ Bahawa Ia (boleh) solat di belakang orang yang keadaannya belum diketahui, sekalipun dia solat di belakang mubtadi’ yang menyeru kepada bid’ahnya atau di belakang orang fasiq yang jelas kefasiqannya sedangkan dia seorang imam rawatib, yang mana tidak memungkinkannya solat kecuali di belakangnya. Seperti imam solat Jum’at atau dua hari raya, dan imam solat pada musim haji di Arofah atau seumpamanya, maka menurut kebanyakan ulama salaf dan khalaf ma’mum boleh solat di belakangnya. Barangsiapa yang meninggalkan solat Juma’at di belakang pemimpin yang buruk maka dia adalah mubtadi’ berdasarkan kebanyakan para ulama. Kerana para sahabat melakukan solat Jum’at jama’ah di belakang para pemimpin yang buruk, dan mereka tidak mengulanginya sebagaimana lbnu Umar solat di belakang Hajjaj bin Yusuf, begitu juga Anas”

Dan bahawa di ketika ‘Ubaidillah bin ‘Adi menemui Utsman (bin Affan) dalam keadaan terkepung, maka dia berkata: “Sesungguhnya engkau adalah imam/pemimpin umum bagi manusia, dan telah terjadi padamu apa yang kami lihat. Dan imam fitnah melakukan solat untuk kami sementara kami merasa telah melakukan kesalahan. Maka ia (Utsman) berkata: “Solat adalah amalan manusia yang paling baik. Maka apabila manusia melakukan kebaikan, maka laksanakanlah kebaikan itu bersama mereka. Dan apabila mereka melakukan keburukan, maka jauhilah keburukan mereka.” (Shahih al-Bukhari (695) di dalam Fathul Baari)

Hasan aI-Bashri pernah ditanya berkenaan solat di belakaig ahli bid’ah, dan berkata: “Solatlah (bersamanya) dan baginya (dosa) bid’ahnya.” (dita’Iiqkan oleh Bukhari dengan menjazmkannya. Sa’id bin Manshur mewashalkannya sebagaimana di dalam Fathul Baari (2/221). Dan lihat pula ta’Iiq terhadap at-Thahawiyyah hal. 46)

Dinukil dan disunting dari:

Kitab Ushulus Sunnah, oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Tahqiq/Syarah Walid bin Muhammad Nubaih, m/s. 105-111. (Edisi Terjemahan: Terbitan Pustaka Darul Ilmi, Mac 2008M)

073 - (Bahagian 13) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

(Bahagian 13) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Dari imam Ahmad bin Hanbal (katanya):

Dasar ahlus sunnah menurut kami adalah,

30 – Pembahagian fa’i (harta rampasan perang dan kaum kafir tanpa terjadi peperangan) dan penegakan hukuman-hukuman harus diserahkan kepada para
imam (pemimpin). Tidak boleh bagi siapapun untuk mencela dan menyelisihinya. (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, prinsip 30)

Penjelasan/Syarah:

Kerana ini adalah Sunnah Rasulullah dan para Khalifah ar-Rasyidin radhiyallahu ‘anhum. Dan di dalam hadis disebutkan:

“Kami (para sahabat) membai’at Rasulullah untuk sentiasa mendengar dan taat sama ada di waktu susah atau pun senang, sama ada ianya disukai atau dibenci (oleh kami). Dan agar kami tidak menyelisihi para pemimpin muslimin walaupun mereka melakukan kezaliman terhadap kami. Dan agar kami mengatakan yang haq di mana pun kami berada. Kami tidak takut celaan orang yang mencela di dalam menjalankan penintah Allah.” (Muttafaqun ‘alaihi, dari hadis Ubadah bin Shamit. Al-Bukhari (hadis no. 7199) dan Muslim (hadis no. 1709))

Di dalam hadis ini terdapat penjelasan menasihati dengan cara yang paling baik. Dan hendaklah seseorang tidak merasa takut di jalan Allah terhadap celaan orang yang mencela. Hadis ini mencakupi dua perkara: Tidak boleh berdiam diri atau menutupi kebenaran, dan tidak boleh melakukan kezaliman dan melampaui batas di dalam menyampaikan nasihat. Dan kami berkeyakinan bahawa para ulama (Ahlus Sunnah) kami yang agung telah menegakkan kewajiban ini dengan sebenar-benarnya dan dengan cara yang paling lembut, ikhlas dan benar. Kerana mereka adalah orang-orang yang ahli dan berhak dengannya, maka mereka menjelaskan kebenaran dan tidak menutupinya dengan cara yang lembut dan menginginkan kebaikan untuk negeri dan para hamba. Maka hendaklah para pemuda yang bersikap tergesa-gesa bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Mereka telah terbawa oleh semangat agama yang berkobar-kobar sehingga mereka melakukan kezaliman terhadap para ulama umat dan para pewaris para nabi kita. Mereka tidak mengetahui keagungan mereka (para ulama), yang mana mereka diperintahkan agar mengetahuinya. Dalam sebuah hadis (Nabi bersabda):

“Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak mengagungkan orang yang Iebih tua dan tidak menyayangi orang yang lebih muda serta tidak mengetahui hak orang alim (berilmu) dan kami.” (Hadis hasan. Dikeluarkan oleh Ahmad dan selainnya, dan dihasankan oleh al-Mundziri. Juga hasan menurut al-Albani di dalam Shahih at-Targhiib (hadits:95))

Ya Allah, bimbinglah kami ke jalan orang-orang yang telah Engkau berikan petunjuk.

Dinukil dan disunting dari:

Kitab Ushulus Sunnah, oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Tahqiq/Syarah Walid bin Muhammad Nubaih, m/s. 105-108. (Edisi Terjemahan: Terbitan Pustaka Darul Ilmi, Mac 2008M)

Wednesday, October 22, 2008

072 - (Bahagian 12) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

(Bahagian 12) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Dari imam Ahmad bin Hanbal (katanya):

Dasar ahlus sunnah menurut kami adalah,

29 - Perang dilakukan bersama para pemimpin sama ada yang baik atau pun yang sebaliknya, terus berlangsung sehingga ke hari kiamat, tidak boleh ditinggalkan. (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, prinsip 29 & 32)

Penjelasan/Syarah:

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:

“Ketahuilah bahawa jihad itu terbahagi kepada dua jenis,

Pertama: Fardhu ‘ain. Iaitu jihad melawan musuh yang menyerang sebahagian negeri-negeri umat Islam, seperti musuh yang terdiri daripada kaum Yahudi pada zaman sekarang ini yang begitu aktif menjajah tanah Palestin. Maka seluruh umat Islam (di negeri tersebut) berdosa sehinggalah mereka mengeluarkan orang-orang yahudi darinya.

Kedua: Fardhu kifayah, apabila sebahagian (umat Islam) telah melaksanakannya maka kewajiban menjadi gugur ke atas yang lainnya. Iaitu jihad di dalam menyebarluaskan dakwah islamiyah ke seluruh tempat sehinggalah (hukum) Islam berdiri dengan baiknya. Maka barangsiapa dari penduduk negeri yang tersebut yang menerima (dakwah Islam) maka biarkanlah ia bebas. Dan barangsiapa yang menghalang-halangi jalan dakwah maka ia diperangi sehingga kalimat Allah menjadi tinggi. Jihad seperti ini terus berlangsung sehingga ke ke hari kiamat, apatah lagi jihad di bahagian yang pertama. Namun sayangnya sebagian para penulis (muslim) zaman sekarang mengingkarinya, dan tidak cukup dengan demikian, sehinggakan mereka sanggup mengingkari bahawa jihad tidak termasuk sebagai keistimewaan-keistimewaan di dalam agama Islam. Yang demikian itu tiada lain disebabkan lemahnya mereka untuk melaksanakan jihad yang fardhu ‘ain. Sesungguhnya benarlah bahawa Rasulullah telah bersabda bahawa:

“Apabila kamu melakukan jual beli secara ‘inah (yang mengandungi unsur riba), (lalai kerana) berternak, dan bercucuk tanam serta meninggalkan jihad fii sabiilillah, niscaya Allah akan menimpakan kepada kamu kehinaan yang tidak akan dicabutnya, sehinggalah kamu kembali kepada ajaran agama kamu (yang sebenarnya).” {Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud (lihat ash-Shahihah, 11). Rujuk juga Syarah Aqidah ath-Thahawiyah, hal. 387, kerana persoalan ini sangat penting)

Dinukil dan disunting dari:

Kitab Ushulus Sunnah, oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Tahqiq/Syarah Walid bin Muhammad Nubaih, m/s. 105-107. (Edisi Terjemahan: Terbitan Pustaka Darul Ilmi, Mac 2008M)

Wednesday, October 15, 2008

071 - (Bahagian 11) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

(Bahagian 11) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Dari imam Ahmad bin Hanbal (katanya):

Dasar ahlus sunnah menurut kami adalah,

27 – Sebaik-baik manusia setelah para sahabat adalah generasi yang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diutus padanya. Setiap orang yang bersahabat dengannya sama ada setahun, sebulan, sehari, sesaat atau pernah melihatnya, maka mereka termasuk dari para sahabatnya. Ia memiliki keutamaan bersahabat bersesuai dengan waktu persahabatan dengannya. Kerana keterdahuluannya bersama beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, yang telah mendengar darinya, dan yang melihat kepadanya. Maka serendah-rendah darjat mereka adalah masih tetap lebih utama jika mahu dibandingkan dengan generasi yang tidak pernah melihatnya walaupun berjumpa Allah dengan membawa seluruh amal (kebaikan). Mereka dari kalangan orang-orang yang pernah bersahabat dengan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, melihat dan mendengar darinya, serta orang yang melihatnya dengan mata kepalanya dan beriman kepadanya walaupun hanya sesaat, mereka adalah Iebih utama (disebabkan persahabatannya dengan beliau) daripada para tabi’in walaupun mereka mengamalkan segala amal kebaikan.

28 - Mendengar dan taat kepada para imam dan pemimpin kaum mu’minin yang baik ataupun yang buruk. Dan kepada khalifah yang dengannya manusia bersatu di bawahnya dan meredhainya. Dan juga kepada orang yang telah mengalahkan manusia dengan pedang (kekuatan) sehingga dia menjadi khalifah dan disebut sebagai Amirul Mukminin (pemimpin kaum mukmin). (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, prinsip 27 & 28)

Penjelasan/Syarah:

Berikut adalah hadis sahih dari lmran bin Hushain secara marfu’ berkenaan keutamaan tiga generasi terawal:

“Sebaik-baik umatku adalah generasiku, kemudian orang-orang yang setelahnya, kemudian orang-orang yang setelahnya.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, hadis no. 3650 dan Muslim, hadis no. 2535)

Dari Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkenaan keutamaan para sahabat:

“Sekiranya salah seorang dari kamu berinfak emas sebesar gunung Uhud, niscaya tidak akan dapat mengimbangi (infak) satu atau setengah mud mereka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (3673), dan Muslim (2541). Keduanya dari hadis Abi Sa’id al-Khudri secara marfu’)

Adalah yang dimaksudkan dengan perkataannya: (ashhabi (sahabatku)) adalah orang-orang yang mulazamah dan terkenal dengan persahabatan yang baik dengan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bukan orang yang sekadar pernah bertemu dengan beliau atau berjumpa dalam waktu yang singkat/sebentar dan
tidak terkenal. Sebagai dalil adalah sabdanya:

“Janganlah kamu mencela para sahabatku.”

Dimaksudkan kepada seluruh sahabatnya, iaitu orang-orang yang menurut istilah dapat disebut sebagai sahabat daripada orang-orang yang berada di zamannya, dan (larangan itu) ditujukan kepada orang-orang setelah mereka. Nabi berpesan kepada mereka agar mengetahui hak orang-orang yang khusus dari para sahabatnya yang sentiasa bermulazamah (berdampingan) dengannya dan memiliki hubungan yang erat dengan beliau. Wallahu a’lam.

Di dalam persoalan ini, di sana masih terdapat beberapa penjelasan yang lain. Kerana persoalan ini adalah termasuk di dalam perkara yang tidak diragukan lagi bahawa persahabatan dengan Nabi rnempunyai keutamaan tertentu yang mana bergantung kepada kelamaan (tempoh) dan tahap ujian seseorang di dalam bersahabat. Kemudian setelah itu, keutamaan diukur dengan keimanan dan amalan. Mungkin juga di sana terdapat sebahagian para tabi’in atau para pengikut tabi’in atau orang-orang yang datang setelah generasi mereka lebih utama dari sebahagian para sahabat. Sebagaimana halnya orang yang menjumpai zaman yang penuh dengan fitnah-fitnah yang besar dan ia tabah serta bersabar di dalamnya, maka baginya pahala yang lebih besar daripada pahala sebahagian para sahabat yang mati syahid. Perkara tersebut adalah sebagaimana yang ditunjukan oleh hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Berkenaan mendengar dan taat kepada para imam atau pun pemimpin, maka dalilnya,

Dari firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan ulil amri di antara kamu.” (Surah an-Nisaa’, 4: 59)

Dan dari sabda RasululIah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam,

“Akan memimpin kalian para pemimpin yang kalian mengetahui dan mengingkari. Barangsiapa yang mengetahui maka ia telah berlepas diri, dan barangsiapa yang membenci maka ia telah selamat. Akan tetapi orang yang redha dan mengikutinya.” Mereka bertanya: “Bolehkah kami memerangi mereka?” Beliau menjawab: “Jangan, selagi mereka mendirikan solat.” (Diriwayatkan oleh Muslim, hadis no. 1480 dan hadis Ummu Salamah)

Di dalam atsar dari Hasan al-Bashri, bahawa sekelompok orang mendatanginya (di zaman Yazid bin Muhallab) maka ia memerintahkan mereka agar menetapi rumah-rumah mereka dan menutup pintu-pintu mereka. Kernudian Ia berkata: “Demi Allah, seandainya manusia bersabar tatkala diuji dengan pemimpin mereka, maka tidak lama kemudian Allah akan mengangkat/menghilangkan perkara (ujian) itu dari mereka. Akan tetapi disebabkan mereka berlindung dengan pedang (mereka), maka mereka diserahkah (urusannya) kepadanya. Dan demi Allah, mereka sama sekali tidak mendatangkan suatu hari dengan sedikit kebaikan pun.” Kemudian ia membaca firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Dan telah sempurnalah perkataan Rabbmu yang baik (sebagal janji) untuk Bani Israil disebabkan kesabaran mereka. Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat oleh Fir’aun dan kaumnya dan apa yang telah dibina oleh mereka.” (Surah al-A’raaf, 7: 137) (Lihat asy-Syarii’ah (atsar:19) dan Tafsir Ibni Abi Hatim (juz 3, hal. 178/b))

Hasan al-Bashri berkata: “Sungguh menghairankan orang yang takut kepada seorang raja atau suatu kezaliman setelah ia beriman kepada ayat ini. Ketahuilah, demi Allah, seandainya manusia bersabar kerana perintah Allah ketika ia diuji, niscaya Allah akan menghilangkan kesusahan dari mereka, akan tetapi mereka tidak sabar dengan pedang, maka mereka diserahkan kepada rasa takut. Dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan ujian.” (Tafsir aI-Hasan (1/386))

Syaikh al-Albani berkata berkenaan ayat ini,

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan ulil amri di antara kamu.” (Surah an-Nisaa’, 4: 59)

Ia berkata: “Termasuk perkara yang jelas bahawa perkara tersebut khusus kepada para pemimpin yang muslim. Adapun orang-orang kafir penjajah maka tidak ada ketaatan kepada mereka, bahkan wajib persiapan yang sempurna sama ada melalui persiapan harta benda (material) ataupun ma’nawi untuk mengusir mereka dan mensucikan negeri-negeri dari kotoran mereka.” (Lihat ta’liqnya terhadap aqidah ath-Thahawiyyah, hal. 48)

Dan (tidak wajibnya taat) ini bukan hanya kepada orang-orang kafir asli, bahkan lebih-lebih lagi orang-orang murtad adalah termasuk dari mereka (yang tidak wajib ditaati dan didengar). Iaitu orang-orang yang tidak memelihara (hubungan) kerabat terhadap orang-orang mu’min dan tidak (pula mengindahkan) perjanjian. Mereka telah tunduk terhadap al-lbahiyah dan keluar dari syariat Allah dengan alasan kemajuan dan demokrasi. Semoga Allah mensucikan negeri-negeri kaum muslimin dari mereka dan perbuatan-perbuatan mereka.” (Hal-hal yang berkaitan dengan masalah ini dapat dirujuk dalam ta’liq terhadap ath-Thahawiyah, hal. 47 dan Syarah ath-Thahawiyah, hal. 379)

Dinukil dan disunting dari:

Kitab Ushulus Sunnah, oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Tahqiq/Syarah Walid bin Muhammad Nubaih, m/s. 99-105. (Edisi Terjemahan: Terbitan Pustaka Darul Ilmi, Mac 2008M)

Tuesday, September 2, 2008

070 - (Bahagian 10) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

(Bahagian 10) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Dari imam Ahmad bin Hanbal (katanya):

Dasar ahlus sunnah menurut kami adalah,

26 - Sebaik-baik manusia dari umat ini setelah nabinya adalah Abu Bakar ash-Shiddiq, kemudian Umar bin al-Khaththab, kemudian Utsman bin Affan. Kami mendahulukan mereka bertiga sebagaimana para sahabat Rasulullah mendahulukan mereka, mereka tidak berselisih pendapat dalam hal itu. Kemudian setelah mereka adalah lima orang Ashaabu asy-Syuura’, iaitu: Ali bin Abi Thalib, Thalhah, Zubair (bin Awwam), Abdurrahman bin Auf dan Sa’ad (bin Abi Waqqash). Mereka semua layak untuk menjadi khalifah, dan semuanya adalah imam (pemimpin). Kami berpendapat demikian berdasarkan hadis lbnu Umar:

“Kami menyebutkan secara berurutan ketika Rasulullah masih hidup dan para sahabat masib berkumpul, iaitu: Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian Utsman, kemudian kami diam.”

Kemudian setelah Ashaabu asy-Syura’ adalah AhIi Badr dari kaum Muhajirin, kemudian Ahli Badr dari kaum Anshar dari para sahabat RasuIuIIah bersesuaian dengan kadar hijrah dan siapa dahulu yang beriman (masuk Islam). (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, prinsip 26)

Penjelasan/Syarah:

Hadis lbnu Umar tersebut disambungkan oleh pengarang kitab ini (imam Ahmad), dia berkata: “Telah menceritakan kepada kami Abu Mu’awiyah, telah menceritakan kepada kami Suhail bin Abi Shalih dari ayahnya dari Ibnu Umar, Ia berkata,” kemudian Ia menyebutkannya (riwayat tersebut). Dan Syaikh al-Albani mensahihkan isnadnya bersesuaian dengan syarat Imam Muslim, as-Sunnah (1195). Imam lbnu Katsir telah menukilkan di dalam kitab Tarikhnya (7/206) yang semisalnya dari riwayat al-Bazzar, lalu ia berkata: “Dan isnad ini sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim akan tetapi mereka tidak mengeluarkannya.” Dan hadis ini dikeluarkan oleh al-Bukhari (no. 3655) dan lbnu Abi ‘Ashim (hal. 552) serta selainnya.

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “Yang jelas bahawa lbnu Umar menghendaki penafian (peniadaan) ini tidak lain hanyalah kerana mereka adalah orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam pengutamaan, maka nampak dengan jelas bagi mereka keutamaan-keutamaan tiga orang tersebut, sehingga mereka pun memastikannya dan ketika itu mereka tidak melihat pada dalil-dalil (yang menjelaskan keutamaan mereka bertiga).” Kemudian ia (lbnu Hajar) berkata: “Dan Imam Ahmad telah menjadikan hadis lbnu Umar sebagai hujjah atas hal yang berkenaan dengan masalah urutan dan keutamaan, dan ia juga berhujjah dengan hadis Safiinah yang marfu’ dalam menjadikan Ali pada urutan yang ke empat:

“Dan masa khilafah itu tiga puluh tahun kemudian berubah menjadi kerajaan.” (Lihat Fathul Baari (7/17, 54, 58) dan ash-Shahiihah no: 460)

Syaikhul Islam lbnu Taimiyyah berkata: “Dan barangsiapa yang menikam pada kekhilafahan salah satu dari mereka para imam, maka ia adalah orang yang lebih sesat dari seekor keldai negerinya.” (Majmu’ Fatawa (3/153). Untuk menambah maklumat berkaitan masalah ini maka lihat Syarh ath-Thahawiyyah, hal. 467, 489)

Dinukil dan disunting dari:

Kitab Ushulus Sunnah, oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Tahqiq/Syarah Walid bin Muhammad Nubaih, m/s. 95-97. (Edisi Terjemahan: Terbitan Pustaka Darul Ilmi, Mac 2008M)

069 - (Bahagian 9) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

(Bahagian 9) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Dari imam Ahmad bin Hanbal (katanya):

Dasar ahlus sunnah menurut kami adalah,

21 – Beriman terhadap syafa’at Nabi shalallahu ‘alaihi wa Sallam dan suatu kaum yang dikeluarkan dari api neraka setelah terbakar dan menjadi arang, kemudian mereka diperintahkan menuju sungai di depan syurga bersesuaian dengan kehendak Allah, sebagaimana dalam atsar. Dan kita mengimani dan membenarkannya.

22 - Beriman bahawa al-Masih ad-DajjaI akan keluar, tertulis di antara kedua matanya “kaafir”. Dan beriman terhadap hadis-hadis berkenaan dengannya dan bahawa perkara tersebut pasti akan terjadi.

23 - Dan bahawa Isa bin Maryam ‘alaihis Salam akan turun lalu membunuhnya di pintu Lud.

24 - Iman adalah perkataan dan perbuatan, dapat bertambah dan berkurang sebagaimana dalam hadit:

“Orang yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya.” (Hadis sahih dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud dan selainnya (Lihat: ash-Shahihah, 284))

25 - Barangsiapa meninggalkan solat maka dia telah kafir. Dan tidak ada suatu amalan apa pun yang apabila ditinggalkan maka akan menyebabkan kekafiran melainkan solat. Maka barangsiapa yang meninggalkannya maka ia telah kafir dan Allah telah menghalalkannya untuk dibunuh.

Penjelasan/Syarah:

Hadis berkenaan syafa’at Nabi shalallahu ‘alaihi wa Sallam antaranya adalah,

Hadis dari hadis Abi Sa’id yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (6560) dan Muslim (184), (Muttafaqun ‘alaihi).

lbnu Abi ‘Ashim berkata: “Dan hadis-hadis yang kami riwayatkan dari Nabi berkenaan dengan keutamaan syafa’at yang Allah berikan kepadanya dan izin Allah kepadanya untuk memberikan syafa’at kepada orang-orang yang akan diberinya syafa’at adalah hadis-hadis yang tsabit (benar adanya) yang mewajibkan untuk mengetahui hakikat kandungan apa yang kami ceritakan. Dan orang yang menghalangi (menjauhkan manusia) dari hadis-hadis mutawatir yang wajib diketahui adalah kafir. Semoga Allah menjadikan kita dan setiap orang yang beriman dan mereka yang turut mengharapkannya adalah termasuk orang-orang yang memperolehinya.” (As-Sunnah hal. 385). Dan hadis-hadis tentang syafa’at mutawatir. Lihat ta’Iiq terhadap Aqidah ath-Thahawiyyah hal. 30 dan syarahnya hal. 229 serta kitab asy-Syafaa’ah karya Syeikh Muqbil)

Berkenaan keluarnya dajjal, hadisnya adalah Muttafaqun ‘alaihi iaitu dari hadis Anas dan selainnya secara marfu’. Di dalamnya:

“Tidaklah Allah mengutus seorang nabi melainkan ia telah memperingatkan kaumnya dari orang yang buta sebelah matanya lagi pendusta (dajjal). Sesungguhnya dia itu buta sebelah matanya, akan tetapi Rabbmu tidaklah buta sebelah mata-Nya. Ia (dajjal) tertulis di antara kedua matanya “kaafir”.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (7408, 7131) dan Muslim (2933))

Syeikh al-Albani berkata dalam ta’liqnya terhadap Aqidah ath-Thahawiyyah hal. 59: “Dan hadis-hadis tentang perkara tersebut adalah mutawatir sebagaimana banyak para hafiz yang telah menyatakan demikian, dan saya memiliki risalah tentang hal itu dengan judul ‘Qishshatul Masiih ad-Dajjaal wa Nuzuuli ‘Isa ‘alaihish shalaatu was salaam wa Qatluhu Iyyaahu’, saya berharap Allah memudahkanku untuk menyelesaikannya.”

Di dalam hadis Nawwas bin Sam’an secara marfu’,

“Tiada yang lebih aku takuti bagi kalian daripada (fitnah) Dajjal. Jika ia keluar dan aku berada bersama-sama kamu maka aku sebagai benteng kalian. Tetapi jika ia keluar dan aku tidak ada di bersama-sama kamu, maka setiap seseorang menjadi benteng bagi dirinya, dan Allah adalah Pelindungku bagi setiap muslim.” (Hadis Riwayat Muslim (2136) dan Selainnya)

Dalil tentang bertambah dan berkurangnya iman, dapat diambil dari beberapa firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya),

“Supaya keimanan mereka bertambah di Samping keimanan mereka (yang telah ada).” (al-Fath, 48: 4)

Dan firman-Nya,

“Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali keimanan dan ketundukan.” (aI-Ahzaab, 33: 22)

Juga firman-Nya,

“Maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”.” (Ali Imraan, 3: 173)

Dan di dalam hadis muttafaqun ‘alaihi dari riwayat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:

“Iman itu ada enam puluh sekian cabang, dan sifat malu adalah salah satu cabang dari keimanan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (9) dan Muslim (1/63, no. 35), dan selainnya dari hadis-hadis. Imam al-Bukhari telah menyebutkan ‘Bab Ziyaadatil limaani wa Nuqshaanihi,’ Fathul Baari (1/127) dan lihat pula awal kitab al-Iman (1/60))

AI-Hafiz (Ibnu Hajar) telah menyebutkan di dalam Fathul Baari (1/63) sebuah atsar dari lbnu Mas’ud:

“Ya Allah, tambahkanlah kepada kami keimanan, keyakinan dan pemahaman (tentang agama).” Ia (lbnu Hajar) mensahihkan isnadnya dan menisbatkannya kepada imam Ahmad di dalam ‘AI-lman’].

Pernah dikatakan kepada Ibnu Uyainah: “Apakah iman itu boleh bertambah dan berkurang?” Maka ia jawab: “Tidakkah kamu membaca al-Qur’an (firman Allah):

“Maka perkataan itu menambah keimanan mereka.”

Pada beberapa tempat (ayat al-Qur’an). Dikatakan kepadanya: “Apakah (iman) dapat berkurang?” Maka ia jawab:

“Tidak ada sesuatu yang boleh bertambah melainkan ia boleh berkurang.” (Dikeluarkan oleh al-Ajurri (atsar: 120) dan isnadnya sahih)

lnilah mazhab as-Salaf (Ahli Sunnah), berbeda dengan madzhab Hanafiyyah dan Maturidiyyah. Dan perkara itulah yang menjadi catatan paling jelas terhadap pengarang kitab Aqidah ath-Thahawiyyah. (Lihat taliq Syeikh al-Albani terhadab buku tersebut, hal. 42-43)

Perbahasan mengenai meninggalkan solat antaranya berdasarkan hadis serta penjelasan berikut,

“Barangsiapa meninggalkan solat maka dia telah kafir.” (Hadis sahih dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud dan selainnya (Shahih at-Targhib (564))

Abdullah bin Syaqiq rahimahullah berkata: “Adalah para sahabat nabi tidak berpendapat tentang suatu amalan yang apabila ditinggalkan maka akan menyebabkan kekafiran melainkan solat.” (Dikeluarkan oleh at-Tirmidzi dan selainnya. Lihat Shahih at-Targhiib (1/227 no: 562). Dan barangsiapa yang memerlukan penjelasan secara terperinci berkenaan permasalahan ini maka bolehlah merujuk kitab ash-Shahiihah (1/120, no: 97))

Muhammad ‘led al-Abbasi (penta’liq) berkata:

“Masalah ini ada penjelasannya, tentang orang yang meninggalkannya karena mengingkari (kewajiban)nya, dan orang yang meninggalkannya karena malas sedangkan ia mengimani kewajibannya. Dan permasalahan mi termasuk hal-hal diperselisihkan oleh para ulama salaf itu sendiri. Dan lihat risalah ‘Hukmu Taariki ash-S halaati’ karya ustadz. kami Al-Albani.”


Dinukil dan disunting dari:

Kitab Ushulus Sunnah, oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Tahqiq/Syarah Walid bin Muhammad Nubaih, m/s. 89-94. (Edisi Terjemahan: Terbitan Pustaka Darul Ilmi, Mac 2008M)

068 - (Bahagian 8) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

(Bahagian 8) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Dari imam Ahmad bin Hanbal (katanya):

Dasar ahlus sunnah menurut kami adalah,

17 - Allah akan mengajak berbicara kepada hamba-hamba-Nya pada hari kiamat tanpa ada penterjemah di antara mereka dengan-Nya, dan kita wajib mengimani dan membenarkannya.

18 - Beriman dengan telaga dan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam memiliki telaga pada hari kiamat yang akan didatangi oleh umatnya, di mana luasnya sepanjang perjalanan sebulan dan bejana-bejananya sebanyak bintang-bintang di langit menurut riwayat-riwayat yang sahih dari beberapa jalan.

19 - Beriman dengan adanya azab kubur.

20 - Dan bahawa umat ini akan diuji dan ditanya di dalam kuburnya tentang iman, Islam, siapa Rabbnya, siapa nabinya, dan akan didatangi oleh malaikat Munkar dan Nakir bertepatan dengan kehendak dan keinginan Allah. Dan kita mengimani dan membenarkannya. (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, prinsip 17-20)

Penjelasan/Syarah:

Berkenaan berbicara dengan Allah, ia adalah berdasarkan hadis sahih dari al-Bukhari dan Muslim (muttafaqun ‘alaihi). Awal lafaznya adalah:

“Tidak ada seorang pun dari kalian melainkan akan diajak berbicara oleh Allah pada hari kiamat tanpa ada penterjemah di antara keduanya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (6539) dan Muslim (1016), keduanya dari hadis Adi bin Hatimradhiyallahu ‘anhu)

Tentang telaga Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam, Allah berfirman (maksudnya):

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu sebuah sungai di Syurga.” (al-Kautsar, 108: 1)

Dan terdapat hadis-hadis sahih yang mutawatir berkenaan dengan perkara ini, di antaranya adalah sabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Telagaku sepanjang perjalanan sebulan, dan tepi-tepinya sama. Airnya lebih putih daripada air susu, bau harumnya lebih wangi daripada minyak misik (kasturi) dan bejana-bejananya sebanyak bintang-bintang yang ada di langit. Barangsiapa yang minum darinya niscaya ia tidak akan dahaga selama-lamanya.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (6579) dan Muslim (2292) dari hadis Abdullah bin ‘Amr)

Dan di dalam hadis Abu Dzar secara marfu’,

“Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sungguh bejana-bejana (yang ada di telaga) Nabi jumlahnya lebih banyak dari bintang-bintang yang ada di langit. Dan bintang-bintangnya sangat bersinar pada waktu malam yang sangat gelap, itulah bejana-bejana syurga. Barangsiapa minum dari telaga tersebut, niscaya dia tidak akan dahaga (selamanya). Luasnya seperti panjangnya, yakni sejauh antara Amman dan Ailah. Airnya lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu.” (Diriwayatkan oleh Muslim (2300))

Lihat ta’Iiq terhadap Aqidah ath-Thahawiyyah, hal. 30 dan kitab Marwiyyaat ash-Shahaabah fil haudhi wal kautsar karena telah disebutkan di dalamnya hadis-hadis dari sekelompok para sahabat yang jumlah mereka lebih dari 6o orang sahabat. Dan sekelompok para imam telah menyatakan atas mutawatirnya hadis tersebut, di antaranya Imam an-Nawawi, lbnu Abdil Bar, al-Qurthubi, lbnu Hajar dan ramai lagi selain mereka.

Berkenaan dalil-dalil tentang azab dan nikmat kubur juga mutawatir. Di antaranya adalah sabda Nabi yang sahih:

“Berlindunglah kepada Allah dari azab kubur, kerana sesungguhnya azab kubur itu haq (benar adanya).” (ash-Shahiihah (1444, 1377), lihat ta’Iiq terhadap Aqidah ath-Thahawiyyah, hal. 50)

Seterusnya, bahawa umat ini akan diuji dan ditanya di dalam kuburnya tentang iman, Islam, siapa Rabbnya, siapa nabinya, dan akan didatangi oleh malaikat Munkar dan Nakir bertepatan dengan kehendak dan keinginan Allah.

Sebagai dalilnya, adalah hadis dari Bara’ bin ‘Azib yang sahih yang dikeluarkan oleh imam Ahmad, Abu Dawud dan selainnya. Lihat: Ahkaam al-Janaa’iz (155))

Juga di dalam hadis muttafaqun ‘aIaihi,

“Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa kamu akan diuji di dalam kubur.” (diriwayatkan oleh al-Bukhari (86) dan Muslim (903) dari hadis Aisyah)

Dan hadis,

“Apabila seorang mayit (si mati) dikuburkan maka akan datang kepadanya dua malaikat hitam dan biru matanya, salah satunya disebut Munkar dan yang lainnya disebut Nakir.” (Hadis hasan, ash-Shahiihah (1391). Lihat: ta’liq terhadap Aqidah ath-Thahaawiyyah, hal. 50)

Dinukil dan disunting dari:

Kitab Ushulus Sunnah, oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Tahqiq/Syarah Walid bin Muhammad Nubaih, m/s. 85-88. (Edisi Terjemahan: Terbitan Pustaka Darul Ilmi, Mac 2008M)