__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Wednesday, June 6, 2007

Pengajian Aqidah 004: MENYELAMI TAUHID ULUHIYAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN DASAR DAKWAH PARA RASUL

Pengajian Aqidah 004: MENYELAMI TAUHID ULUHIYAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN DASAR DAKWAH PARA RASUL

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

PASAL 1 - MAKNA TAUHID ULUHIYAH DAN PEMBUKTIAN BAHAWA IA MERUPAKAN DASAR DAKWAH PARA RASUL

Uluhiyah adalah ibadah. Tauhid Uluhiyah adalah mengesakan Allah dengan perbuatan para hamba berdasarkan niat taqarrub yang disyari’atkan seperti doa, nadzar, korban, raja’ (pengharapan), takut, tawakkal, raghbah (senang), rahbah (takut), dan inabah (kembali / taubat). Dan konsep ketauhidan ini adalah merupakan intipati dakwah para rasul, bermula dari rasul yang pertama sehinggalah yang terakhir. Allah s.w.t. berfirman:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُوا فِي الأرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula Yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah Bagaimana buruknya kesudahan umat-umat Yang mendustakan Rasul-rasulNya. (an-Nahl (16): 36)

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ إِلا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا أَنَا فَاعْبُدُونِ

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, Beribadatlah kamu kepadaku". (al-Anbiya’ (21): 25)

Setiap Rasul melalui dan membawa dakwahnya dengan perintah seruan ke arah konsep tauhid uluhiyah. Sebagaimana yang diucapkan oleh Nabi Nuh, Hud, Shalih, Syu’aib, dan lain-lain:

يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ

"Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain Nya" (al-A’raaf (7): 59, 65, 73, 85)

وَإِبْرَاهِيمَ إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاتَّقُوهُ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ibrahim, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadanya; Yang demikian itu adalah baik bagi kamu jika kamu tahu (membezakan Yang baik dari Yang buruk). (al-Ankabut (29): 16)

Dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.:

قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ

Katakanlah lagi (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku diperintahkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadanya; (az-Zumar (39): 11)

Rasulullah s.a.w. sendiri bersabda:

أمرت أن أقاتل الناس حتىيشهدوا أن لاإله إلا الله وأن محمدا رسول الله

“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka bersaksi bahawa tiada ilah (sembahan) yang haq kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kewajiban awal bagi setiap mukallaf adalah bersaksi laa ilaaha illallah (tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan allah), serta mengamalkannya. Allah s.w.t. berfirman:

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ

Oleh itu, maka Tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (Wahai Muhammad) Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadanya bagi salah silap Yang Engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang Yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di Akhirat). (Muhammad (47): 19)

Dan merupakan kewajiban yang pertama bagi orang-orang yang ingin menganut Islam adalah mengikrarkan dua kalimah syahadat.

Jadi, jelaslah bahawa Tauhid uluhiyah adalah maksud atau intipati utama dari dakwah para rasul yang diutuskan. Dikatakan sedemikian adalah kerana uluhiyah adalah sifat Allah yang ditunjukkan oleh nama-Nya, “Allah”, yang ertinya dzul uluhiyah (yang memiliki uluhiyah).

Juga disebut “tauhid ibadah”, kerana ubudiyah adalah sifat ‘abd (hamba) yang wajib menyembah Allah secara ikhlas, kerana ktergantungan mereka kepadanya.

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah menyatakan, “Ketahuilah, keperluan seorang hamba untuk menyembah Allah tanpa menyekutukan-Nya denga sesuatu apa pun, tidak memiliki bandingan yang dapat dikiankan, tetapi dari sebahagian sudut mirip dengan keperluan jasad kepada makanan dan minuman. Akan tetapi di antara keduanya ini terdapat perbezaan mendasar. Kerana hakikat seorang hamba adalah hati dan ruhnya, ia tidak boleh bergantung melainkan kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan-Nya. Ia tidak mampu beroleh ketenangan di dunia ini kecuali dengan mengingati-Nya. Seandainya hamba memperoleh kenikmatan dan kesenangan tanpa Allah, maka hal itu tidak akan berlangsung atau berkekalan lama, tetapi pasti akan berpindah-pindah dari suatu subjek kepada subjek yang lainnya. Adapun Tuhannya maka Dia diperlukan setiap saat dan setiap waktu, di mana pun ia berada maka dia selalu bersamanya.” (Majmu’ Fatawa, 1/24)

Tauhid ini adalah inti dari dakwah para rasul, kerana ia adalah asas dan dasar perlaksanaan segala amalan. Tanpa merealisasikannya, semua amal ibadah tidak akan diterima. Kerana andainya ia tidak wujud, maka akan bangkitlah lawannya, iaitu kesyirikan. Sedangkan Allah s.w.t. berfirman:

إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar. (an-Nisa’ (4): 48)

إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا بَعِيدًا

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang Yang mempersekutukanNya Dengan sesuatu (Apa jua), dan akan mengampunkan Yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu (Apa jua), maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh. (an-Nisa’ (4): 116)

وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Dan Sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi. (az-Zumar (39): 65)

Dan skop tauhid ini adalah kewajiban pertama seluruh hamba. Allah s.w.t. berfirman:

وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa sebaik-baiknya... (al-Isra’ (17): 23)

قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَلا تَقْتُلُوا أَوْلادَكُمْ مِنْ إِمْلاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ وَلا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَلا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلا بِالْحَقِّ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan Allah dengan sesuatu apa pun; dan hendaklah (kamu) berbuat baik kepada ibu bapa... (al-An’am (6): 151)

PASAL 2 - MAKNA SYAHADATAIN, RUKUN, SYARAT, KONSEKUENSI DAN YANG MEMBATALKANNYA

Makna Syahadat (لاإله إلا الله) – Laa ilaaha illallah

Iaitu iktiqad dan berikrar mengakui bahawasanya tidak ada yang berhak disembah dan menerima ibadah kecuali Allah s.w.t., mentaati hal tersebut dan mengamalkannya. La ilaaha (لاإله) menafikan hak penyembahan terhadap yang lain dari Allah, siapa pun subjeknya. Illallah (إلا الله) adalah penetapan hak ke atas Allah semata-mata untuk disembah.

Jadi, makna kalimat ini secara ijmal (global dan universal) adalah, “Tidak ada sembahan yang hak selain Allah”. Khabar “لا” harus (wajib) ditaqdirkan “بحق” (dengan hak), dan tidak boleh ditaqdirkan dengan “موخود” (ada). Kerana ini menyalahi kenyataan yang ada, sebab tuhan yang disembah (objek yang dianggap sebagai tuhan) selain Allah banyak sekali. Hal itu akan membawa erti menyembah tuhan-tuhan tersebut adalah ibadah pula untuk Allah. Ini pastinya mewujudkan kebatilan yang nyata.

Kalimat “لاإله إلا الله” telah ditafsirkan dengan beberapa penafsiran yang batil, di antaranya adalah:

1 – “لاإله إلا الله” diertikan dengan:

“Tidak ada sembahan kecuali Allah”. Ini adalah batil, kerana akan membawa kepada makna: Sesungguhnya setiap yang disembah, samaada yang hak mahupun batil, itu adalah Allah.

2 – “لاإله إلا الله” diertikan dengan:

“Tidak ada pencipta selain Allah”. Ini adalah sebahagian dari erti kalimat tersebut. Akan tetapi bukan ini yang dimaksudkan, kerana erti ini hanya mengakui tauhid rububiyah sahaja, dan itu sama sekali belum (tidak) mencukupi.

3 – “لاإله إلا الله” diertikan dengan:

“Tidak ada hakim (penentu hukum) selain Allah”. Ini juga sebahagian dari makna kalimat “لاإله إلا الله”. Tetapi bukan itu yang dimaksudkan, kerana ia juga tidak mencukupi dan tidak membawa maksud yang sempurna.

Semua tafsiran di atas adalah batil atau kurang. Kami memperingatkan di sini kerana tafsir-tafsir itu ada terkandung di dalam kitab-kitab yang banyak tersebar. Sednagkan tafsir yang benar menurut salaf dan para muhaqqiq (ulama peneliti) “لا معبود بحق إلاالله” tidak ada sembahan yang hak selain Allah, seperti tersebut di atas.

Makna syahadat (أن محمدا رسول الله) – anna muhammadar rasulullah

Iaitu mengakui secara lahir batin bahawa beliau (Muhammad) adalah hamba Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada manusia secara keseluruhan, serta mengamalkan konsekuensinya (apa yang dibawakannya): mentaati perintahnya, membenarkan ucapannya, menjauhi larangannya, dan tidak menyembah Allah kecuali dengan apa yang disyari’atkan (melakukan ibadat menurut kaedah).

Rukun Syahadatain

Rukun “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah

1 – an-Nafyu atau peniadaan: “لاإله” membatalkan syirik dengan segala bentuknya dan mewajibkan kekafiran terhadap segala apa yang disembah selain Allah.

2 – al-Itsbat (penetapan): “إلاالله” menetapkan bahawa tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah dan mewajibkan pengamalan (ibadah) sesuai dengan konsekuensinya (apa yang ditetapkan/disyari’atkan).

Makna dua rukun ini banyak disebut di dalam al-Qur’an seperti mana firman-Nya:

لا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (٢٥٦)

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang ingkar kepada taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (al-Baqarah (2): 256)

Firman Allah, “sesiapa yang ingkar kepada thagut” itu adalah makna dari “لاإله” iaitu rukun yang pertama tadi. Sedangkan firman Allah “dan berimanl kepada Allah” adalah makna dari rukun yang kedua “إلاالله”. Begitu juga firman Allah s.w.t. kepada Nabi Ibrahim a.s.:

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ لأبِيهِ وَقَوْمِهِ إِنَّنِي بَرَاءٌ مِمَّا تَعْبُدُونَ (٢٦)إِلا الَّذِي فَطَرَنِي فَإِنَّهُ سَيَهْدِينِ (٢٧)

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah - "Yang lain dari Tuhan Yang menciptakan daku, kerana Sesungguhnya ia tetap memberi hidayah petunjuk kepadaku". (az-Zukhruf (43): 26-27)

Firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya aku berlepas diri” iniadalah makna nafyu (peniadaan) dalam seperti mana maksud di rukun yang pertama. Sedangkan perkataan, “yang lain dari Tuhan yang menciptakan daku”, adalah makna itsbat (penetapan) pada rukun kedua.

Rukun Syahadat (أن محمدا رسول الله) –Muhammad Rasulullah

Syahadat ini mempunyai dua rukun, iaitu kalimat “علبده ورسوله” hamba dan utusan-Nya. Dua rukun ini menafikan ifrath (berlebih-lebihan) dan tafrith (meremehkan) pada hak Rasulullah s.a.w.. Beliau adalah hamba dan Rasul-Nya. Beliau adalah makhluk yang paling sempurna dalam dua sifat yang mulia ini.

“العبد” di sini ertinya hamba yang menyembah. Maksudnya, beliau adalah manusia yang diciptakan dari bahan yang sama dengan bahan ciptaan manusia yang lainnya. Juga berlaku atasnya apa yang berlaku atas orang lain. Sebagaimana firman Allah s.w.t.:

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا (١١٠)

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (al-Kahfi (18): 110)

Beliau hanya memberikan hak ubudiyah kepada Allah dengan sebenar-benarnya, dan kerananya Allah s.w.t. memujinya:

أَلَيْسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُ وَيُخَوِّفُونَكَ بِالَّذِينَ مِنْ دُونِهِ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ (٣٦)

Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hamba-hamba-Nya... (az-zumar (39): 36)

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجَا (١)

Segala puji terentu bagi Allah Yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu Yang bengkok (terpesong). (al-Kahfi (18): 1)

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ (١)

Maha suci Allah Yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa... (al-Isra’ (17): 1)

Sedangkan kalimat “rasul” membawa erti, orang yang diutus kepada seluruh manusia dengan misi dakwah kepada allah sebagai basyir (pemberi khabar gembira) dan nadzir (pemberi peringatan).

Persaksian untuk Rasulullah s.a.w. dengan dua sifat ini meniadakan ifrath dan tafrith pada hak Rasulullah s.a.w.. Kerana banyak orang yang mengaku umatnya lalu melebihkan haknya atau mengagungkannya hingga mengangkatnya di atas martabat melebihi darjat seorang manusia sehingga mengibadahinya (menjadikan sembahan) selain dari Allahs.w.t.. Mereka beristighatsah (memohon pertolongan) kepada beliau dalam bentuk doa membelakangkan (mensyirikkan Allah). Juga meminta kepada beliau apa yang tidak sanggup melakukannya selain Allah, seperti memenuhi hajat dan menghilangkan kesulitan. Tetapi di pihak yang lain, terdapat sebahagian kelompok mengingkari kerasulannya atau mengurangi haknya, sehingga ia bergantung kepada pendapat-pendapat yang menyalahi ajarannya, serta memaksakan diri dalam men-takwil-kan hadis-hadis dan hukum-hukumnya.

Syarat-Syarat Syahadatain

Syarat-Syarat “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah

Bersaksi dengan “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah harus (wajib) dengan tujuh syarat. Tanpa syarat-syarat itu, syahadat tidak akan bermanfaat bagi yang mengucapkannya. Secara global, tujuh syarat itu adalah:

1 – Ilmu, yang menafikan jahil (kebodohan).
2 – Yaqin, yang menafikan syak (keraguan).
3 – Qabul (menerima), yang menafikan radd (penolakan).
4 – Inqiyad (patuh), yang menafikan tark (meninggalkan).
5 – Ikhlas, yang menafikan syirik.
6 – Shidq (jujur), yang menafikan kadzib (dusta).
7 – Mahabbah (kecintaan), yang menafikan baghdha’ (kebencian).

Dan, perinciannya adalah seperti berikut;

Syarat Pertama: Ilmu (Mengetahui)

Ertinya memahami makna dan maksudnya. Mengetahui apa yang ditiadakan dan apa yang ditetapkan, yang menafikan ketidaktahuannya dengan hal tersebut.

Allah berfirman:

وَلا يَمْلِكُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ الشَّفَاعَةَ إِلا مَنْ شَهِدَ بِالْحَقِّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ (٨٦)

...tidak mempunyai sebarang Kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa Yang memberi penerangan mengakui kebenaran Dengan mentauhidkan Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya yang mereka mengetahui-Nya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; (az-Zukhruf (43): 86)

Maksudnya orang yang bersaksi dengan “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah, dan memahami dengan hatinya apa yang diikrarkan oleh lisannya. Seandainya ia mengucapkannya, tetapi tidak mengerti apa akan maksudnya atau maknanya (pengertiannya), maka persaksian itu tidak sah dan tidak berguna.

Syarat Kedua: Yaqin

Mereka yang mengikrarkannya harus (wajib) meyakini kandungan syahadat itu. Manakala jika ia meragukannya maka sia-sia belaka persaksian itu.

Allah s.w.t. berfirman:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ (١٥)

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (al-Hujuraat (49): 15)

Andainya ia ragu, maka ia menjadi munafiq. Nabi s.a.w. bersabda:

من لقيت وراءهذ الحائط يشهد أن لاإله إلاالله مستيقنا بها قلبه فبشره با لجنه

“Siapa yang engkau temui di balik tembok (kebun) ini, yang menyaksikan bahawa tiada ilah selain Allah dengan hati yang meyakininya, maka berilah khabar gembira dengan (balasan) syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Maka siapa yang hatinya meyakini, ia berhak masuk syurga.

Syarat Ketiga: Qabul (menerima)

Menerima kandungan dan konsekuensi dari syahadat; menyembah Allah semata-mata dan meninggalkan ibadah kepada selain-Nya.

Siapa yang mengucapkan, tetapi tidak menerima dan menta’ati, maka ia termasuk orang-orang yang difirmankan Allah s.w.t.:

إِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا قِيلَ لَهُمْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ (٣٥)وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُو آلِهَتِنَا لِشَاعِرٍ مَجْنُونٍ (٣٦)

Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya berhak disembah melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya, - serta mereka berkata: " Patutkah Kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?" (ash-Shaffat (37): 35-36)

Ini seperti halnya penyembah kuburan dewasa ini. Mereka mengikrarkan “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah, tetapi tidak mahu meninggalkan penyembahan terhadap kuburan. Dengan demikian bererti mereka belum menerima makna “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah.

Syarat Keempat: Inqiyaad (Tunduk dan Patuh Dengan Kandungan Makna syahadat)

وَمَنْ يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الأمُورِ (٢٢)

Dan sesiapa Yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan Segala urusan. (Luqman (31): 22)

الْعُرْوَةِ الْوُثْقَى (al-“Urwatul-wutsqa) adalah laa ilaaha illallah. Dan makna يُسْلِمْ وَجْهَهُ (yuslim wajhahu) adalah yanqadu (patuh, tunduk).

Syarat Kelima: Shidq (jujur)

Iaitu mengucapkan kalimat ini dan hatinya juga membenarkannya. Manakala lisannya mengucapkan, tetapi hatinya mendustakan, maka ia adalah munafik dan pendusta.

Allah s.w.t. berfirman:

لِيُحِقَّ الْحَقَّ وَيُبْطِلَ الْبَاطِلَ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ (٨)إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُمْ بِأَلْفٍ مِنَ الْمَلائِكَةِ مُرْدِفِينَ (٩)وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلا بُشْرَى وَلِتَطْمَئِنَّ بِهِ قُلُوبُكُمْ وَمَا النَّصْرُ إِلا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (١٠)

Supaya Allah menegakkan Yang benar itu dan menghapuskan Yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) Yang berdosa itu tidak menyukainya. (ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut. dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah (2): 8-10)

Syarat Keenam: Ikhlas

Iaitu membersihkan amal dari segala debu-debu syirik, dengan jalan tidak mengucapkannya kerana mengingkari isi dunia, riya’ atau sum’ah. Dalam hadis ‘Itban, Rasulullah s.a.w. bersabda:

قإن الله حرم على النار من قا ل لاإله إلله يبتغى بذ لك وجه الله

“Sesungguhnya Allah mengharamkan atas neraka orang yang mengucapkan laa ilaaha illallah kerana menginginkan redha Allah.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Syarat Ketujuh: Mahabbah (Kecintaan)

Maksudnya mencintai kalimat ini serta isinya, juga mencintai orang-orang yang mengamalkan konsekuensinya.

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ (١٦٥)

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (al-Baqarah (2): 165)

Makanya, ahli tauhiditu adalah mencintai Allah dengan cinta yang tulus bersih. Sedangkan ahli syirik mencintai Allah dan mencintai yang lainnya. Hal ini sangat bertentangan dengan isi kandungan laa ilaaha illallah - “لاإله إلا الله”.

Syarat-Syarat “محمد رسول الله” Muhammadar Rasulullah

1 – Mengakui kerasulan dan meyakininya di dalam hati.
2 – Mengucapkan dan mengikrarkan dengan lisan.
3 – Mengikutinya dengan mengamalkan ajaran keebnaran yang telah dibawanya serta meninggalkan kebatilan (larangan) yang ditegahnya.
4 – Membenarkan segala apa yang dikhabarkan dari hal-hal yang ghaib, baik yang sudah lewat mahupun yang akan datang.
5 – Mencintainya melebihi cintanya kepada dirinya sendiri, harta, anak, orang tua, serta seluruh umat manusia.
6 – Mendahulukan sabdanya atas segala pendapat dan ucapan orang lain serta mengamalkan sunnahnya.

Objektif / Kesan Syahadatain

Objektif / Kesan “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah

Iaitu meninggalkan ibdah kepada selain Allah dari segala macam yang dipertuhankan sebagai keharusan (kewajiban) dari peniadaan “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah. Dan beribadah kepada Allah semata-mata tanpa syirik sedikit pun, sebagai keharusan dari penetapan “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah.

Banyak orang mengikrarkan tetapi melanggar tetap melanggar objektif yang sepatutnya dimiliki. Sehingga mereka menetapkan ketuhanan yang sudah dinafikan, baik berupa para makhluk, kuburan, pepohonan, bebatuan, serta para thaghut lainnya.

Mereka berkeyakinan bahawa tauhid adalah bid’ah. Mereka menolak para da’i yang mengajak kepada tauhid dan mencela orang yang beribadah hanya kepada Allah semata-mata.

Objektif / Kesan “محمد رسول الله” Muhammadar Rasulullah

Iaitu mentaatinya, membenarkannya, meninggalkan apa yang dilarangnya, mencukupkan diri dengan mengamalkan sunnahnya, dan meninggalkan yang lain dari hal-hal bid’ah dan muhdatsat (baru), serta mendahulukan sabda baginda di atas segala pendapat orang lain.

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadatain

Iaitu hal-hal yang membatalkan Islam, kerana dua kalimat syahadat itulah yang membuat seseorang masuk dalam Islam. Mengucapkan keduanya adalah pengakuan terhadap kandungannya dan konsisten mengamalkan konsekuensinya berupa segala macam syi’ar-syi’ar Islam. Jika ia menyalahi ketentuan ini, bererti ia telah membatalkan perjanjian yang telah diikrarkannya ketika mengucapkan dua kalimat syahadat tersebut.

Yang membatalkan Islam itu banyak sekali. Para fuqaha’ dalam kitab-kitab fiqh mereka telah menulis bab khusus yang diberi judul “Bab Riddah” (Bab Kemurtadan). Dan yang terpenting adalah sepuluh hal, iaitu:

1 – Syirik dalam beribadah kepada Allah. Allah s.w.t. berfirman:

إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا (٤٨)

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar. (an-Nisa’ (4): 48)

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ (٧٢)

Demi sesungguhnya! telah kafirlah orang-orang Yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain, maka Sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang Penolong pun bagi orang-orang Yang berlaku zalim". (al-Ma’idah (5): 72)

Termasuk di dalamnya iaitu menyembelih kerana selain Allah, sebagai contoh, adalah kerana untuk memohon hajat kepada kuburan yang dianggap keramat atau untuk jin dan lain-lainnya.

2 – Orang yang menjadikan antara dia dan Allah perantara-perantara. Ia berdoa kepada mereka, meminta syafa’at kepada mereka dan bertawakkal kepada mereka. Orang seperti ini kafir secara ijma’.

أَلا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ (٣)

Ingatlah! (hak Yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah Segala Ibadat dan bawaan Yang suci bersih (dari Segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik Yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang Yang tidak melakukan syirik) tentang apa Yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (az-Zumar (39): 3)

3 – Orang-orang yang tidak mahu mengkafirkan orang-orang musyrik dan orang yang masih ragu terhadap kekufuran mereka atau membenarkan madzhab mereka, dia itu kafir.

4 – Orang yang meyakini bahawa selain petunjuk Nabi s.a.w. lebih sempurna dari petunjuk baginda, atau hukum yang lain lebih baik dari hukum beliau. Seperti orang yang mengutamakan hukum para thaghut di atas hukum Rasulullah s.a.w., mengutamakan hukum atau perundangan manusia di atas hukum Islam, maka dia kafir.

5 – Sesiapa yang membenci sesuatu dari ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. sekalipun ia juga mengamalkannya, maka dia kafir.

6 – Sesiapa yang menghina sesuatu dari agama Rasul s.a.w. atau pahala mahupun siksa-Nya, maka dia kafir. Hal ini ditunjukkan melalui firman Allah s.w.t.:

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (٦٥)لا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ (٦٦)

Dan jika Engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya Kami hanyalah berbual dan bermain-main". katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?" janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan Yang dusta), kerana Sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak Yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah. (at-Taubah (9): 65-66)

7 – Sihir, di antaranya sharf dan ‘athf (barangkali yang dimaksudkan adalah amalan yang dilaksanakan dengan tujuan membuat suami benci kepada isterinya atau membuat wanita cinta kepadanya atau sebaliknya). Barangsiapa melakukan atau meredhainya, maka ia kafir. Dalilnya adalah firman Allah s.w.t.:

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلا يَنْفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ (١٠٢)

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir Yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan Dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir Yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah Yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah Yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa Yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya Dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah Engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir Yang boleh menceraikan antara seorang suami Dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) Dengan sihir itu seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari perkara Yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. dan Demi Sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui Bahawa sesiapa Yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian Yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa Yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. (al-Baqarah (2): 102)

8 – Mendukung kaum musyrikin dan menolong mereka dalam memusuhi umat Islam. Dalilnya adalah firman Allah s.w.t.:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (٥١)

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (al-Ma’idah (5): 51)

9 – Sesiapa yang meyakini bahawa sebahagian manusia ada yang boleh keluar dari syari’at Nabi Muhammad s.a.w., seperti halnya Nabi Hidhir boleh keluar dri syari’at Nabi Musa a.s., maka ia kafir. Sebagaimana yang diyakini oleh ghulat sufiyah (sufi yang berlebihan atau yang melampaui batas) bahawa mereka dapat mencapai suatu darjat atau maqam yang akan menjadikan mereka tidak perlu lagi untuk mengikuti syari’at Rasulullah s.a.w.

10 – Berpaling dari agama Allah, tidak mempelajarinya dan tidak pula mengamalkannya. Dalilnya adalah firman Allah s.w.t.:

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنْتَقِمُونَ (٢٢)

Dan tidaklah ada Yang lebih zalim daripada orang Yang diberi ingat Dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya); Sesungguhnya Kami tetap membalas. (as-Sajdah (32): 22

Syeikh Muhammad at-Tamimy berkata: “Tidak ada bezanya dalam hal yang membatalkan syahadat ini antara orang yang bercanda (bergurau), yang serius (bersungguh-sungguh) mahupun yang takut, kecuali orang yang dipaksa. Dan semuanya adalah bahaya yang paling besar serta yang paling sering terjadi. Maka setiap muslim wajib berhati-hati dan mengkhawatirkan dirinya serta mohon perlindungan kepada Allah s.w.t. dari hal-hal yang boleh mendatangkan murka Allah dan siksa-Nya yang pedih (Majmu’ah at-Tauhid an-Najdiyah, hal. 37-39).

PASAL 3 – TASYRI’

Tasyri’ adalah hak Allah s.w.t.. Yang dimaksudkan dengan tasyri’ adalah apa yang diturunkan Allah s.w.t. untuk hamba-Nya berupa manhaj (jalan/kaedah/prinsip) yang harus (wajib) mereka lalui dalam bab aqidah aqidah, muamalat, dan sebagainya. Termasuk di dalamnya masalah penghalalan dan pengharaman. Tidak seorang pun berwenang menghalakan kecuali apa yang sudah dihalalkan Allah, juga tidak boleh mengharamkan kecuali apa yang sudah diharamkan Allah.

وَلا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلالٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لا يُفْلِحُونَ (١١٦)

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. (an-Nahl (16): 116)

قُلْ أَرَأَيْتُمْ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ لَكُمْ مِنْ رِزْقٍ فَجَعَلْتُمْ مِنْهُ حَرَامًا وَحَلالا قُلْ آللَّهُ أَذِنَ لَكُمْ أَمْ عَلَى اللَّهِ تَفْتَرُونَ (٥٩)

Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): "Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?" Katakanlah lagi (kepada mereka): "Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?". (Yunus (10): 59)

Allah telah melarang penghalalan dan pengharaman tanpa dalil dari al-Kitab dan as-Sunnah, dan Dia menyatakan bahawa hal itu adalah dusta atas nama Allah. Sebagaimana Dia telah memberitahukan bahawa sesiapa yang mewajibkan atau mengharamkan sesuatu tanpa dalil maka ia telah menjadikan dirinya sebagai sekutu Allah dalam hal tasyri’.

Allah s.w.t. berfirman:

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (٢١)

Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu (sesembahan selain Allah) yang menentukan - mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (asy-Syura (42): 21)

وَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَيُوحُونَ إِلَى أَوْلِيَائِهِمْ لِيُجَادِلُوكُمْ وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ إِنَّكُمْ لَمُشْرِكُونَ (١٢١)

... Sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan Yang haram itu), Sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik. (al-An’am (6): 121)

Maksudnya adalah orang-orang yang menghalalkan bangkai-bangkai yang sudah diharamkan Allah. Maka sesiapa yang mentaati mereka, dia adalah musyrik. Sebagaiaman Allah memberitahukan bahawa siapa yang mentaati para ulama dan rahib-rahib dalam hal menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh allah, maka ia telah menjadikan mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah.

Dia s.w.t. berfirman:

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لا إِلَهَ إِلا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ (٣١)

Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan. (at-Taubah (9): 31)

Ketika Adiy bin Hatim r.a. mendengar ayat ini, ia berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya kami tidak menyembah mereka.” Maka Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya:

أليسوا يحلون ما حرم الله فتحلونه ويحرمون ماأحل الله فتحرمونه؟ قال: بلى ، قال: فتلك عبا دتهم

“Bukankah mereka menghalalkan apa yang Allah haramkan, kemudian kalian menghalalkannya. Dan mereka mengharamkan apa yang Allah halalkan, kemudian kalian mengharamkannya?!” Ia menjawab, “Ya benar.” Maka beliau bersabda lagi, “Itulah bentuk ibadah kepada mereka.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Syeihk Abdurrahman bin Hasan rahimahullah berkata, “Di dalam hadis tersebut terdapat dalil bahawa mentaati ulama dan pendeta dalam hal maksiat kepada Allah bererti beribadah kepada mereka dari selain Allah, dan termasuk syirik akhbar yang tidak diampuni oleh Allah s.w.t.. Kerana akhir ayat tersebut berbunyi:

وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لا إِلَهَ إِلا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ (٣١)

... padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan. (at-Taubah (9): 31)

Senada dengan itu adalah firman Allah s.w.t.:

وَلا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ وَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَيُوحُونَ إِلَى أَوْلِيَائِهِمْ لِيُجَادِلُوكُمْ وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ إِنَّكُمْ لَمُشْرِكُونَ (١٢١)

Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) Yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana Sesungguhnya Yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa); dan Sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan Yang haram itu), Sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik. (al-An’am (6): 121)

Hal ini banyak menimpa orang-orang yang bertaklid kepada ulama mereka. Kerana mereka tidak melihat dalil lagi, meskipun ulama yang diikutinya itu telah menyalahi dalil. Dan ia termasuk jenis syirik ini.

Maka mentaati dan konsisten terhadap syari’at Allah serta meninggalkan syari’at-syari’at lainnya adalah salah satu keharusan dan konsekuensi dari laa ilaaha illallah. Dan hanya Allah-lah tempat kita memohon pertolongan.

PASAL 4 – IBADAH: PENGERTIAN, JENIS, DAN KELUASAN SKOPNYA

Defini Ibadah

Ibadah secara estimologi bererti merendahkan diri serta tunduk. Di dalam syara’, ibadah mempunyai banyak definisi, tetapi makna dan maksudnya satu. Definisi itu antara lain adalah:

1 – Ibadah ialah taat kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya melalui lisan rasul-Nya.

2 – Ibadah adalah merendahkan diri kepada Allah s.w.t. iaitu tingkatan tunduk yang paling disertai dengan rasa mahabbah (kecintaan) yang paling tinggi.

3 – Ibadah ialah sebutan yang mencakupi seluruh apa yang dicintai dan diredhai Allah s.w.t., baik berupa ucapan atau perbuatan, yang zahir mahupun yang batin. Ini adalah definisi ibadah yang paling lengkap.

Skop atau bentuk ibadah itu terbahagi kepada ibadah hati, lisan, dan anggota badan. Rasa khauf (takut), raja’ (mengharap), mahabbah (cinta), tawakkal (ketergantungan), raghbah (senang), dan rahbah (takut) adalah ibadah qalbiyah (yang berkaitan dengan hati). Sedangkan solat, zakat, haji, dan jihad adalah ibadah badaniyah qalbiyah (fizikal dan hati). Serta masih banyak lagi jenis-jenis ibadah yang berkaitan dengan hati, lisan, dan badan (fizikal).

Ibadah inilah yang menjadi tujuan penciptaan manusia. Allah s.w.t. berfirman:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ (٥٦)مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ (٥٧)إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ (٥٨)

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah Dia-lah sahaja yang memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya, dan Dia-lah sahaja) yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaan-Nya. (azd-Dzariyat (51): 56-58)

Allah s.w.t. memberitahukan, hikmah penciptaan jin dan manusia adalah agar mereka melaksanakan ibadah kepada Allah s.w.t.. Dan Allah maha-Kaya, tidak memerlukan ibadah mereka, akan tetapi merekalah yang memerlukannya; kerana ketergantungan mereka kepada Allah, maka mereka menyembah-Nya sesuai dengan aturan syari’at-Nya. Maka, barangsiapa yang menolak beribadah kepada Allah, dia adalah sombong. Barang siapa yang menyembah-Nya tetapi dengan selain apa yang disyari’atkan-Nya maka ia adalah mubtadi’ (pelaku bid’ah). Dan barang siapa yang hanya menyembah-Nya dengan syari’at-Nya (kaedah yang ditetapkan-Nya), maka dia mukmin muwahhid (yang mengesakan Allah).

Jenis-Jenis Ibadah Dan Keluasan Rakumannya

Ibadah itu banyak jenisnya. Ia mencakupi dan merangkumi semua jenis ketaatan yang nampak pada lisan, anggota badan, dan yang lahir dari hati. Seperti zikir, tasbih, tahlil, dan membaca al-Qur’an, solat, zakat, puasa, haji, jihad, amar ma’ruf nahi mungkar, berbuat baik kepada kerabat, anak yatim, orang miskin, dan ibnu sabil. Begitu pula cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, khasyyatullah (takut kepada Allah), inabah (kembali) kepada-Nya, ikhlas kepada-Nya, sabar terhadap hukum-Nya, redha dengan qadha’ dan qadar-Nya, mengharap nikmat-Nya, dan takut dari siksa-Nya.

Jadi, ibadah mencakupi seluruh tingkah laku seseorang mukmin jika diniatkan qurbah (mendekatkan diri kepada Allah) atau apa-apa yang membantu qurbah. Bahkan adat kebiasaan (yang mubah) pun bernilai ibadah jika diniatkan sebagai bekal untuk taat kepada-Nya. Seperti tidur, makan, minum, jual-beli, bekerja mencari nafkah, nikah dan sebagainya. Pelbagai kebiasaan tersebut jika disertai dengan niat yang baik (benar menurut syari’at) maka ianya menjadi nilai berbentuk ibadah yang berhak mendapat pahala. Kerananya, tidaklah ibadah itu terbatas hanya kepada syi’ar-syi’ar yang biasa dikenal.

PASAL 5 – PEMAHAMAN YANG SALAH TENTANG PEMBATASAN IBADAH

Ibadah adalah perkara tauqifiyah. Ertinya tidak ada suatu bentuk ibadah pun yang disyari’atkan kecuali berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah. Apa yang tidak disyari’atkan bererti bid’ah mardudah (bid’ah yang jelas ditolak), sebagaimana firman Allah s.w.t.:

من عمل عملا ليس عليه أمر نا فهورد

“Barangsiapa yang melaksanakan suatu amalan tidak atas perintah kami, maka ia tertolak.” (Hadis Riwayat Bukahri & Muslim)

Maksudnya amalnya ditolak dan tidak diterima, bahkan ia berdosa kerananya, sebab amal tersebut adalah maksiat, bukan taat. Kemudian manhaj yang benar dalam perlaksanaan ibadah yang disyari’atkan adalah sikap pertengahan. Antara meremehkan dan malas dengan sikap ekstrim serta melampaui batas. Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi-Nya s.a.w.:

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ (١١٢)

Oleh itu, hendaklah engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepada-mu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikut-mu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa yang kamu kerjakan. (Hud (11): 112)

Ayat al-Qur’an ini adalah garis petunjuk bagi langkah manhaj yang benar dalam perlaksanaan ibadah. Iaitu dengan ber-istiqamah dalam melaksanakan ibadah pada jalan tengah, tidak kurang atau lebih, sesuai dengan petunjuk syari’at (sebagaimana yang diperintahkan padamu). Kemudian Dia menegaskan lagi dengan firman-Nya:

وَلا تَطْغَوْا

Dan janganlah kamu melampaui batas.

Tughyan adalah melampaui batas dengan bersikap terlalu keras dan memaksakan kehendak serta mengada-ngada. Ia lebih dikenal dengan ghuluw.

Ketika Rasulullah s.a.w. mengetahui bahawa tiga orang dari sahabat-nya melakukan ghuluw dalam ibadah, di mana seorang dari mereka berkata, “Saya puasa terus dan tidak berbuka”. Dan yang kedua berkata, “Saya solat terus dan ttidak tidur”, lalu yang ketiga berkata, “Saya tidak menikahi wanita”. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda:

أما أنا فأصوم وأفطر. وأصلي وأرقد. وأتزوج النساء فمن رغب عن سنتي فليس مني

“Adapun saya, maka saya berpuasa dan berbuka, saya solat dan tidur, dan saya menikahi perempuan. Maka barangsiapa tidak menyukai jejakku maka dia bukan dari (bahagian atau golongan)-ku.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Ada dua golongan yang saling bertentangan dalam soal ibadah:

Golongan pertama: Yang mengurangi makna ibadah serta meremehkan perlaksanaannya. Mereka meniadakan berbagai macam ibadah dan hanya melaksanakan ibadah-ibadah yang terbatas pada syi’ar-syi’ar tertentu dan sedikit hanya diadakan di masjid-masjid saja. Tidak ada ibadah di rumah, di bilik-bilik, di bidang sosial, politik, juga tidak dalam peradilan permasalahan persengketaan dan dalam perkara-perkara kehidupan lainnya.

Memang masjid mempunyai keistimewaan dan harus dipergunakan dalam solat fardhu lima waktu. Akan tetapi, perlulah difahami bahawa ibadah adalah merangkumi seluruh aspek kehidupan Muslim, baik di masjid mahupun di luar masjid.

Golongan kedua: Iaitu yang bersikap berlebih-lebihan dalam perlaksanaan ibadah sehingga mencapai batas ekstreme; yang sunnah, mereka angkat sehingga kepada tingkatan wajib, sebagaimana yang mubah mereka angkat sehingga haram. Mereka menghukumi dengan label sesat dan salah (mungkar) terhadap orang yang menyalahi manhaj (cara praktik) mereka, serta menyalahkan pemahaman-pemahaman lainnya.

Padahal sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. dan seburuk-buruk perkara adalah yang bid’ah.

PASAL 6 - RUKUN-RUKUN UBUDIYAH YANG BENAR

Sesungguhnya ibadah itu berlandaskan pada tiga rukun utama, iaitu: hubb (cinta), khauf (takut), dan raja’ (harapan).

Rasa cinta haruslah disekalikan atau disertai dengan sikap rasa rendah diri, sedangkan khauf harus disertai dengan raja’. Dalam setiap ibadah harus terkumpul unsur-unsur ini. Allah s.w.t. berfirman tentang sifat hamba-hamba-Nya yang mukmin:

يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ

Dia mencintai mereka, dan mereka mencintai-Nya... (al-Ma’idah (5): 54)

وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ

Sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah... (al-Baqarah (2): 165)

Dia s.w.t. berfirman menyifati para rasul dan nabi-Nya:

إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ (٩٠)

Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba (bersegera) dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada kami. (al-Anbiya’ (21): 90)

Sebahagian salaf berkata: “Barang siapa yang menyembah Allah dengan rasa cinta (hubb) saja maka ia zindiq. Sesiapa yang menyembah-Nya dengan raja’ (harapan) saja, maka ia adalah murji’. Dan sesiapa yang menyembah-Nya hanya dengan khauf (takut) saja, maka ia adalah harury. Sesiapa yang menyembah-Nya dengan cinta (hubb), takut (khauf), dan harapan (raja’), maka dia adalah mukmin muwahhid.” (Penjelasan: zindiq adalah istilah untuk setiap munafiq, orang sesat dan mulhid. Murji’ adalah orang murji’ah, iaitu golongan yang mengatakan bahawa amal bukan bahagian iman. Menururt mereka, iman cukup sekadar dengan hati. Harury pula adalah orang dari golongan khawarij, yang pertama kali muncul di Harruro’, dekat Kufah, yang berkeyakinan bahawa orang mukmin yang berdosa adalah kafir.)

Hal ini disebutkan oleh Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Risalah Ubudiyah. Beliau juga berkata:

“Dien Allah adalah menyembah-Nya, taat, dan tunduk kepada-Nya; Asal makna ibadah adalah adz-dzull (hina). Dikatakan “” jika jalan itu dihinakan dan diinjak-injak oleh kaki manusia. Akan tetapi ibadah yang diperintahakan mengandungi dzull dan hubb. Iaitu mengandungi makna dzull yang paling dalam dengan hubb yang paling tinggi kepadanya, maka ia bukanlah menghamba (menyembah) kepadanya. Dan jika ia menyukai sesuatu tetapi tidak tunduk kepadanya, maka ia pun tidak menghamba (menyembah) kepada-Nya. Sebagaimana seorang ayah menyintai anaknya atau rakannya. Kerana itu tidak cukup salah satu dari keduanya dalam beribadah kepada Allah, tetapi hendaklah Allah lebih dicintai dari segala sesuatu dan Allah lebih diagungkan dari segala sesuatu. Tidak ada yang berhak dapat mahabbah (cinta) dan khudhu’ (ketundukan) yang sempurna selain Allah. (Majmu’ah Tauhid Najdiyah, hal. 542) Inilah rukun-rukun kehambaan yang merupakan dasar segala amal ibadah.

Ibnu Qayyim berkata dalam Nuniyah-nya:

“Ibadah kepada ar-Rahman adalah cinta yang dalam kepada-Nya, berserta kepatuhan penyembah-Nya. Dua hal ini adalah ibarat dua kutub. Di atas keduanyalah orbit ibadah beredar. Ia tidak beredar sehingga kedua kutub itu berdiri tegak. Sumbunya adalah perintah, perintah rasul-Nya. Bukan hawa nafsu dan syaitan.”

Ibnu Qayyim menyerupakan beredarnya ibadah di atas rasa cinta dan tunduk bagi yang dicintai, iaitu Allah s.w.t. dengan beredarnya orbit di atas dua kutubnya. Beliau juga menyebutkan bahawa beredarnya orbit ibadah adalah berdasarkan perintah rasul dan syari’at-Nya, bukan berdasarkan hawa nafsu dan syaitan. Kerana hal yang demikian bukanlah ibadah. Apa yang disyari’atkan baginda Rasulullah s.a.w. itulah yang memutar orbit ibadah. Ia tidak diputar oleh bid’ah, nafsu, dan khurafat.

PASAL 7 – SYARAT DITERIMANYA IBADAH

Agar boleh diterima, ibadah disyaratkan harus benar-benar menurut kaedahnya. Dan ibadah itu tidak benar kecuali dengan ada syarat:

1 – Ikhlas kerana Allah semata, bebas dari syirik besar dan kecil.
2 – Sesuai dengan petunjuk Rasulullah s.a.w.

Syarat pertama adalah kesan (dan objektif) daripada syahadat laa ilaaha illallah, kerana ia mengharuskan ikhlas beribdah hanya untuk Allah dan jauh dari syirik kepada-Nya.

Sedangkan syarat kedua adalah kesan dari syahadat Muhammad Rasulullah, kerana ia menuntut wajibnya taat kepada Rasul, mengikuti syari’atnya dan meninggalkan bid’ah atau ibadah-ibadah yang diada-adakan. Allah s.w.t. berfirman:

بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِنْدَ رَبِّهِ وَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (١١٢)

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (al-Baqarah (2): 112)

Aslama wajhahu (menyerahkan diri) ertinya memurnikan ibadah kepada Allah. Wahuwa muhsin (berbuat kebajikan) ertinya mengikuti Rasul-Nya.

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan: “Dasar agama ada dua pokok iaitu kita tidak menyembah kecuali kepada Allah, dan kita tidak menyembah kecuali dengan yang Dia syari’atkan, tidak dengan bid’ah.” Sebagaimana Allah s.w.t. berfirman:

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا (١١٠)

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (al-Kahfi (18): 110)

Yang demikian adalah manifestasi (perwujudan) dari dua kalimat syahadat Laa ilaaha illallah dan Muhammad Rasulullah.

Pada yang pertama, kita tidak menyembah kecuali kepada-Nya. Pada yang kedua, bahawasanya Muhammad adalah utusan-Nya yang menyampaikan ajaran-Nya. Maka kita wajib membenarkan dan mempercayai beritanya serta mentaati perintahnya. Beliau telah menjelaskan bagaimana cara kita beribadah kepada Allah, dan beliau melarang kita dari hal-hal baru atau bid’ah. Beliau mengatakan bahawa bid’ah itu sesat. (al-Ubudiyah, hal. 103; ada dalam Majmuah Tauhid, hal. 615)

KESIMPULAN - SYARAT-SYARAT DITERIMANYA AMALAN

Berakidah Dengan Akidah Yang Sahih:-

Sesiapa Yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman (berakidah dengan akidah yang sahih), maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan. (an-Nahl: 97)

Dan sesiapa Yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman (berakidah sahih), maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun. (an-Nisa’: 124)

Ikhlas Lillahi Ta’ala (dan tidak syirik):

Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya. Ingatlah! (hak Yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala Ibadat dan bawaan Yang suci bersih (dari segala rupa syirik). (Zumar: 2)

Dan Sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi Yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika Engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu Yang lain Dengan Allah) tentulah akan terhapus amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang Yang rugi. (az-Zumar: 65)

Barangsiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (al-Kahfi: 110)

Dan kalau mereka sekutukan (Allah Dengan sesuatu Yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal Yang baik). (al-An’am: 88)

Menurut Petunjuk al-Qur'an Dan Sunnah Rasul-Nya (bersumberkan hadis2 yang sah) sahaja – Dengan tidak mereka-cipta ibadah berdasarkan akal:

Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa Yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara. (Thaha: 123)

Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan Rasul-Nya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (al-Hujurat: 01)

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzaab: 21)

“Barangsiapa yang beramal dengan amalan selain dari cara kita, maka ianya tertolak.” (Hadis Riwayat Muslim, no: 1718)

Sesungguhnya Allah Menjanjikan Kemenangan Kepada Mereka Yang Beramal Dengan Amalan Yang Soleh (amalan yang benar) Yang Disertakan Dengan akidah Yang Sahih:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Dia (Allah) akan menjadikan mereka berkuasa memegang pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka (fasik). (an-Nuur: 55)

Rujukan:
- Minhajul Anbiya’ Fid Da’wati Ila Allah fihil Hikmatu wa ‘aql, Sheik Dr. Rabi Bin Hadi ‘Umair al-Madkhaly.
- At-Tauhid Lish-shaffil Awwal al-‘Aliy, Sheikh Dr. Soleh Bin Fauzan al-Fauzan.

PASAL – 8 TINGKATAN DIEN

Definisi

Dien adalah ketaatan. Dalam bahasa arab “دان له يدين دينا” maksudnya “أطاعه” (mentaati). Dien juga disebut millah, dilihat dari segi ketaatan dan kepatuhan kepada syari’at. Allah s.w.t. berfirman:

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإسْلامُ (١٩)

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (Ali Imran (3): 19)

1 - Islam

Menurut bahasa, Islam bererti masuk dalam kedalaman. Dikatakan “أسلم أمره إلى الله” ertinya menyerahkan perkaranya kepada Allah. Dikatakan “أسلم” ertinya masuk dalam agama Islam. Sedangkan menurut syara’ Islam bererti pasrah kepada Allah, bertauhid dan tunduk kepada-Nya, taat dan membebaskan diri dari syirik dan para pengikutnya.

2 - Iman

Menurut bahasa, iman bererti membenarkan disertai percaya dan amanah. Sedangkan menurut syara’, bererti pernyataan dengan lisan, keyakinan dalam hati dan perbuatan dengan anggota badan.

3 – Ihsan

Menurut bahasa, lisan bererti berbuat kebaikan, iaitu segala sesuatu yang menyenangkan dan terpuji. Dan kata-kata ihsan mempunyai dua sisi:

Pertama, memberikan kebaikan kepada orang lain. Dalam bahasa arab dikatakan “أحسن إلي فلان” ia telah berbuat baik kepada si fulan.

Kedua, memperbaiki perbuatannya dengan menyempurnakan dan membaikannya. Dikatakan “أحسن عمله” jika ia telah menyempurnakannya.

Sedangkan ihsan menurut syara’ adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam sabdanya:

أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه قإنه يراك

“Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak boleh melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: “Ihsan itu mengandungi kesempurnaan ikhlas kepada Allah dan perbuatan baik yang dicintai oleh Allah. Allah s.w.t. berfirman:

بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِنْدَ رَبِّهِ وَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (١١٢)

(Apa Yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa Yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (al-Baqarah (2): 112)

Agama Islam merangkumi ketiga-tiga istilah ini, iaitu: Islam, iman, dan ihsan. Sebagaimana yang terdapat dalam hadis jibril a.s. ketika datang kepada Nabi s.a.w. di hadapan para sahabatnya dan bertanya tentang Islam, kemudian tentang iman dan ihsan. Lalu Rasulullah s.a.w. menjelaskan setiap dari pertanyaan tersebut. Kemudian beliau bersabda: “Inilah Jibril datang kepada kalian untuk mengajarkan dien kalian.” Jadi, Rasulullah menjadikan dien itu adalah Islam, iman, dan ihsan. Maka jelaslah agama kita ini merangkumi ketiga-tiganya itu.

Dengan yang demikian, Islam mempunyai tiga tingkatan: Pertama adalah Islam, kedua iman, dan ketiga adalah ihsan. (Lihat Majmu’ Fatawa, 8/10 dan 622)

Keumuman Dan Kekhususan Dari Ketiga Tingkatan Tersebut

Islam dan iman apabila disebut salah satunya secara terpisah maka yang lainnya termasuk di dalamnya. Tidak ada perbezaan di antara keduanya ketika itu. Tetapi jika disebut keduanya secara bersamaan, maka masing-masing mempunyai pengertian sendiri-sendiri, sebagai-mana yang terdapat di dalam hadis Jibril a.s. Di mana Islam ditafsiri dengan amalan-amalan lahiriah atau amalan-amalan badan seperti solat dan zakat. Sedangkan iman ditafsiri dengan amalan-amalan hati atau amalan batin seperti membenarkan dengan lisan, percaya, dan ma’rifat kepada allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya dan seterusnya.

Adapun keumuman dan kekhususan antara ketiga-tiganya ini telah dijelskan oleh Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah sebagai berikut:

“Ihsan itu lebih umum dari sisi dirinya sendiri dan lebih khusus dari segi orang-orangnya daripada iman. Iman itu lebih umum dari segi dirinya sendiri dan lebih khusus dari segi orang-orangnya daripada Islam. Ihsan merangkumi iman, dan iman merangkumi Islam. Para muhsinin lebih khusus daripada mukminin, dan para mukmin lebih khusus dari para muslimin.” (Majmu’ Fatawa, 7/10)

Oleh kerana itu, para ulama muhaqqiq mengatakan, “Setiap mukmin adalah muslim, kerana sesungguhnya siapa yang telah mewujudkan iman dan ia tertancap di dalam sanubarinya maka dia pasti melaksanakan amalan-amalan Islam sebagaimana yang telah disabdakan baginda Rasulullah s.a.w.:

ألا وإن في الجسد مضغه إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسد الجسد كله ، ألا وهي القلب

“Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad itu terdapat segumpal darah, jika ia baik maka menjadi baiklah jasad itu semuanya, dan jika ia rosak, maka rosaklah jasad itu semuanya. Ingatlah, ia adalah hati. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dan tidak setiap Muslim itu mukmin, kerana boleh jadi imannya sangat lemah, sehingga tidak boleh mewujudkan iman dengan bentuk yang sempurna, tetapi ia tetap menjalankan amalan-amalan Islam, maka menjadilah ia seorang muslim, bukan mukmin yang sempurna imannya. Sebagaimana firman Allah s.w.t.:

قَالَتِ الأعْرَابُ آمَنَّا قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا

Orang-orang Arab berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: `Kami telah Islam'... (al-Hujurat (49): 14)

Mereka bukanlah orang munafik secara keseluruhan, demikian menurut yang paling benar dari dua penafsiran yang ada, iaitu perkataan Ibnu Abbas dan lainnya, tetapi iman mereka lemah. Hal ini ditunjukkan oleh firman Allah s.w.t.:

وَلَمَّا يَدْخُلِ الإيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِنْ تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لا يَلِتْكُمْ مِنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (١٤)

Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (al-Hujurat (49): 14)

Maksudnya tidaklah pahala mereka dikurangi berdasarkan iman yang ada pada diri mereka yang cukup sebagai syarat untuk diterimanya amalan mereka dan diberi balasan pahala. Seandainya mereka tidak memiliki iman, tentu mereka tidak akan diberi pahala apa-apa. (Syarah Arba’in, Ibnu Rajab, hal. 25-26)

Maka jelaslah bahawa dien itu bertingkat, dan sebahagian tingkatan-nya lebih tinggi dari yang lain. Pertama adalah Islam, kemudian naik lagi menjadi iman, dan yang paling tinggi adalah ihsan.

Tajuk selanjutnya akan menyusul: Tauhid Asma’ Wa Sifat
Kitab asal / rujukan utama: التوحيد للصف الاول العالي (at-Tauhid Lish-Shafil Awwal al-'Ally) oleh Sheikh Dr. Soleh Fauzan Bin Fauzan Bin Abdullah al-Fauzan.

Diedit semula dari kitab terjemahannya (indonesia) oleh:
Nawawi (http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com)

Saturday, June 2, 2007

003: Mengenali Rububiyah Pencipta Dalam Ketauhidan

BAB 2

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Bahagian Pertama - Tauhid Rububiyah Dan Pengakuan Orang-Orang Musyrik Terhadapnya

Termasuk dalam kesempurnaan Tauhid adalah merangkumi mengakui keesaan Allah dalam rububiyah, ikhlas beribadah hanya kepada-Nya (menurut ketetapan kaedahnya), serta menetapkan bagi-Nya nama-nama dan sifat-sifat-Nya. Dengan demikian, perbahasan tauhid secara umumnya dapat dibahagiakan kepada tiga bahagian. Iaitulah; Tauhid rububiyah, Tauhid uluhiyah serta Tauhid asma’ wa sifat. Setiap bahagian dari ketiga-tiga bahagian tauhid tersebut memiliki penjelasan dan perbahasan mengikut skopnya.

Pertama: Tauhid Rububiyah

Iaitu mengesakan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam segala perbuatan-Nya, dengan meyakini bahawa Dia sendiri yang menciptakan segenap makhluk. Firman-Nya:

“Allah menciptakan setiap sesuatu, dan Dia lah Yang mentadbirkan serta Menguasai segala sesuatu.” (az-Zumar, 39: 62)

Bahawasanya Dia adalah Pemberi Rezeki bagi setiap manusia, binatang dan makhluk lainnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya.” (Hud, 11: 6)

Dan bahawasanya Dia adalah Penguasa alam dan Pentadbir alam semesta, Dia yang mengangkat dan menurunkan, Dia yang memuliakan dan menghinakan, Mahakuasa atas segala sesuatu. Pengatur pusingan siang dan malam, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Allah Subhanahu wa Ta’ala befirman:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai Kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut Kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu. “Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.” (Ali Imran, 3: 26-27)

Allah telah menafikan sekutu atau pembantu dalam kekuasaan-Nya. Sebagaimana Dia menafikan adanya sekutu dalam penciptaan dan pemberi rezeki. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah, maka cubalah kamu tunjukkan kepada-Ku apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripadanya (yang kamu sembah itu)? (tidak ada sesuatu pun) bahkan orang-orang Yang zalim (dengan perbuatan syiriknya) itu berada Dalam kesesatan Yang jelas nyata. (Luqman, 31: 11)

“Atau siapakah yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezeki-Nya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus Dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).” (al-Mulk, 67: 21)

Allah menyatakan pula tentang ke-Esa-an-Nya dalam rububiyah-Nya atas segala alam semesta. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (al-Fatihah, 1: 2)

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas ‘Arasy; ia menutupi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.” (al-A’raaf, 7: 54)

Allah menciptakan semua makhluk-Nya di atas fitrah pengakuan terhadap rububiyah-Nya. Bahkan orang-orang musyrik yang menyekutukan Allah dalam ibadah juga mengakui (konsep/bahagian) ke-Esaan rububiyah-Nya.

“Tanyakanlah lagi: “Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan Yang mempunyai ‘Arasy yang besar?” Mereka akan menjawab: “(Semuanya) kepunyaan Allah”. Katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?” Tanyakanlah lagi: “Siapakah yang memegang Kuasa pemerintahan segala sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyikan daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!” Mereka akan menjawab: “(Segala-galanya) dikuasai Allah”. Katakanlah: “Jika demikian, kenapakah kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?”.” (al-Mukminun, 23: 86-89)

Dengan itu, tauhid rububiyah ini sememangnya diakui oleh sekalian manusia (secara fitrah). Tidak ada umat mana pun yang menyangkalnya. Bahkan hati manusia sudah difitrahkan untuk mengakui-Nya, melebihi fitrah pengakuan terhadap yang lainnya. Sebagaimana perkataan para rasul yang difirmankan Allah:

“Rasul-rasul mereka bertanya: “Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa Yang tertentu”. Mereka menjawab: “Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata”.” (Ibrahim, 14: 10)

Adapun orang yang paling terkenal dengan pengingkarannya adalah Fir’aun. Namun demikian di hatinya masih tetap meyakini-Nya. Sebagaimana perkataan Musa a.s. kepadanya:

“Nabi Musa menjawab: "Sebenarnya engkau (hai Firaun) telah pun mengetahui: “Tiadalah yang menurunkan mukjizat-mukjizat ini melainkan Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi, sebagai bukti-bukti yang menerangkan kebenaran; dan sebenarnya aku mengira, engkau hai Firaun, akan binasa”.” (al-Isra’, 17: 102)

Ia juga menceritakan tentang Fir’aun dan kaumnya:

“Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah Bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan.” (an-Naml, 27: 14)

Begitu pula orang-orang yang mengingkarinya di zaman ini, seperti komunis dan atheis. Mereka hanya menampakkan keingkaran kerana kesombongannya. Akan tetapi pada hakikatnya, secara diam-diam, batin mereka meyakini bahawa tidak ada satu makhluk pun yang ada tanpa Pencipta, dan tidak ada satu benda pun kecuali ada yang membuatnya, dan tidak ada pengaruh apa pun kecuali pasti ada yang mempengaruhinya. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya).” (at-Thur, 52: 35-36)

Perhatikan alam semesta ini, sama ada yang di atas mahupun yang di bawah dengan segala bahagian-bahagiannya, kita pasti berupaya mendapati semua itu menunjukkan kepada wujudnya pembuat, Pencipta dan Pemiliknya. Maka, mengingkari dalam akal dan hati terhadap pencipta semua itu, sama keadaannya dengan mengingkari ilmu itu sendiri dan mencampakkannya, yang mana kedua-dua situasi tersebut tiada bezanya.

Adapun pengingkaran adanya Tuhan oleh orang-orang komunis ketika ini hanyalah kerana kesombongan dan penolakan mereka terhadap hasil kajian dan penemuan akal yang sihat. Sesiapa yang memiliki sifat seperti ini maka dia telah membuang akalnya dan mengajak orang lain untuk mentertawakan dirinya.

Bahagian Kedua - Pengertian Rabb Dalam al-Qur’an Dan as-Sunnah, Serta Pandangan Umat-umat Yang Sesat

Rabb adalah bentuk mashdar, berasal dari “رب يرب” yang bererti mengembangkan sesuatu dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain, sehingga kepada keadaan yang sempurna. Dan boleh juga diungkapkan dengan ربه ورباه ورببه.

Dengan itu, Rabb adalah kata mashdar yang dipinjam untuk fa’il (pelaku). Kata-kata ar-Rabb tidak disebut sendirian, kecuali untuk Allah yang menjamin kemaslahatan seluruh makhluk. Adapun jika diidhafah-kan (ditambahkan kepada yang lain), maka ianya boleh dimaksudkan kepada Allah dan boleh juga yang lain.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (al-Fatihah, 1: 2)

Juga firman-Nya:

“Nabi Musa menegaskan lagi: “Dia lah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu”.” (as-Syu’ara, 26:26)

Dikatakan “رب الدار” iaitu tuan rumah atau pemilik rumah, “رب الفرس” iaitu pemilik kuda, dan di antaranya lagi adalah perkataan Nabi Yusuf alahis salam yang difirmankan oleh Allah subhanahu wa Ta’ala:

“Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: “Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu”. (setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh Syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu Tinggalah Yusuf Dalam penjara beberapa tahun.” (Yusuf, 12: 42)

Dan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“...kembalilah kepada tuanmu...” (Yusuf, 12: 50)

“Adapun salah seorang dari kamu, maka ia akan memberi minum arak kepada tuannya...” (Yusuf, 12: 41)

“...Sehingga si pemilik menemukannya...”

Maka jelaslah bahawa kata Rabb diperuntukkan untuk Allah jika ma’rifat dan mudhaf, sehingga kita mengatakan misalnya: الرب (Tuhan - Allah), رب العالمين (Penguasa semesta alam) atau رب الناس (Tuhan manusia).

Dan tidak diperuntukkan kepada selain Allah kecuali jika di-idhafah-kan, misalnya: رب الدار (tuan rumah), atau “رب الاءبل” (pemilik unta) dan lainnya.

Makna “رب العالمين” adalah Allah Pencipta alam semesta, Pemilik, Pengurus dan Pembimbing mereka dengan segala nikmat-Nya, serta dengan mengutus para Rasul-Nya, menurunkan kitab-kitab-Nya dan Pemberi balasan atas segala perbuatan makhluk-Nya.

Imam Ibnul Qayyim berkata bahawa kandungan dan kesan rububiyah adalah adanya perintah dan larangan kepada hamba, membalas yang berbuat baik dengan kebaikan, serta menghukum yang jahat atas kejahatannya. (Madarijus Salikin, I, hal. 68)

Pengertian Rabb Menurut Pandangan Umat-Umat Yang Sesat

Allah Subhanahu wa Ta’ala menciptakan manusia dengan fitrah mengakui tauhid serta mengetahui Rabb Sang Pencipta. Firman Allah:

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (ar-Ruum, 30: 30)

“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.” (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”. (al-A’raaf, 7: 172)

Jadi, mengakui rububiyah Allah dan menerimanya adalah sesuatu yang fitri. Sedangkan syirik adalah unsur yang datang kemudian. Baginda Rasul s.a.w. bersabda:

“Setiap bayi dilahirkan atas dasar fitrah, maka kedua orang tua-nyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Seandainya seorang manusia diasingkan dan dibiarkan fitrahnya, pasti ia akan meng-arah kepada tauhid yang dibawa oleh para rasul, yang disebutkan oleh kitab-kitab suci dan ditujukan oleh alam. Akan tetapi pengaruh bimbingan yang menyimpang dan persekitaran yang berunsurkan tidak mempedulikan wujudnya Tuhan itulah faktor penyebab yang mengubah pandangan si bayi. Dari sanalah seorang anak manusia mengikuti bapa-nya dalam kesesatan dan penyimpangan.

Allah berfirman dalam hadis Qudsi:

“Aku ciptakan hamba-hamba-Ku dalam keadaan putih bersih, maka syaitan-lah yang memalingkan mereka.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Maksudnya, memalingkan mereka kepada berhala-berhala dan menjadikan mereka itu sebagai tuhan selain Allah. Maka mereka jatuh dalam kesesatan, keterasingan, perpecahan, dan perbezaan; kerana setiap kelompok memiliki tuhan-nya masing-masing. Ini adalah kerana, ketika mereka berpaling dari Tuhan yang hak, maka mereka akan jatuh ke dalam fikrah mempercayai tuhan-tuhan palsu. Sebagaimana firman Allah:

“Maka (Zat yang demikian) itulah Allah Tuhan kamu yang sebenarnya; maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran)?” (Yunus, 10: 32)

Kesesatan itu tidak memiliki batas dan tepi. Dan itu pasti terjadi pada diri orang-orang yang berpaling dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Firman-Nya:

“Hai kedua penghuni penjara, manakah yang baik, tuhan-tuhan yang pelbagai itu ataukah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa? Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu mengada-adakannya. Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Yusuf, 12: 39-40)

Dan syirik dalam tauhid rububiyah, iaitu dengan menetapkan adanya dua pencipta yang serupa dalam sifat dan perbuatannya, adalah merupakan sesuatu yang mustahil. Akan tetapi sebahagian kaum musyrikin meyakini bahawa tuhan-tuhan mereka memiliki sebahagian kekuasaan dalam alam semesta ini. Syaitan telah mempermainkan mereka dalam menyembah tuhan-tuhan tersebut, dan syaitan mempermainkan setiap kelompok manusia berdasarkan kemampuan akal mereka.

Ada sekelompok orang yang diajak untuk menyembah orang-orang yang sudah mati dengan jalan membuat patung-patung mereka sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Nabi Nuh a.s.

Ada pula sekelompok lain yang menghasilkan berhala-berhala dalam bentuk planet-planet. Mereka menganggap planet-planet itu mempunyai pengaruh terhadap alam semesta dan isinya. Maka mereka membinakan rumah-rumah untuknya serta memasang anak kuncinya. Mereka pun berselisih pendapat berkenaan penyembahannya; ada yang menyembah matahari, ada yang menyembah bulan dan ada pula yang menyembah planet-planet lain, sehinggakan mereka membina piramid-piramid, dan setiap planet ada piramidnya sendiri.

Ada pula golongan yang menyembah api, iaitu kaum Majusi. Juga ada kaum yang menyembah sapi (lembu), seperti yang ada di India; kelompok yang menyembah malaikat, kelompok yang menyembah pohon-pohon dan batu besar. Juga ada yang menyembah makam atau kuburan yang dianggap keramat.

Semua ini adalah disebabkan kerana mereka menyangkakan dan menggambarkan benda-benda tersebut mempunyai sebahagian dari sifat rububiyah atau ketuhanan.

Ada pula yang menganggap berhala-berhala itu mewakili hal-hal yang ghaib. Imam Ibnul Qayyim berpendapat:

“Pembuat berhala pada mulanya adalah golongan yang suka berimaginasi dan gemar membayangkan persoalan tuhan yang ghaib, lalu mereka membina patung-patung tertentu berdasarkan bentuk dan rupa yang terlintas di fikiran mereka agar dapat menjadi wakilnya serta mengganti kedudukannya. Jika tidak begitu, maka sesungguhnya setiap orang yang berakal tidak mungkin akan memahat patung dengan tangannya sendiri kemudian meyakini dan menyatakan bahawa patung yang dipahat itu adalah tuhan sembahannya. (Ighatsatul Lahfan, II, hal. 220)

Begitu pula yang berlaku kepada golongan sesat yang menyembah kuburan, sama ada di era dahulu kala mahupun di zaman ini, mereka menyangka bahawa orang-orang mati itu dapat membantu mereka, dengan beranggapan bahawa mereka berupaya menjadi per-antara (penghubung) di antara mereka dengan Allah dalam membantu memehuni (mencapai) hajat-hajat mereka. Mereka menyatakan:

“Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya”, (az-Zumar, 39: 3)

“Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudharatan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata: "Mereka itu adalah pemberi syafa'at kepada kami di sisi Allah." Katakanlah: "Apakah kamu mengkhabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya sama ada di langit dan tidak (pula) dibumi?" Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka sekutukan (itu).” (Yunus, 10: 18)

Begitulah hakikatnya sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian kaum musyrikin arab dan Nasrani di mana mereka menganggap tuhan-tuhan mereka adalah anak-anak Allah. Kaum musyrikin arab menganggap malaikat adalah anak-anak perempuan Allah. Orang Nasrani menyembah Isa ‘alaihis salam atas dasar anggapan ia adalah anak lelaki Allah.

Sanggahan Terhadap Pandangan Yang Batil Terhadap Rububiyah

(a) - Sanggahan Terhadap Penyembah Berhala

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyanggah pandangan-pandangan tersebut:

“Maka apakah patut kamu (hai orang-orang musyrik) menganggap al-Lata dan al-Uzza, dan Manah yang ketiga, yang paling terkemudian (sebagai anak perempuan Allah)?” (an-Najm, 53: 19-20)

Tafsir ayat tersebut menurut imam al-Qurthubi, “Sudahkah engkau perhatikan baik-baik tuhan-tuhan ini. Apakah mereka boleh mendatangkan manfaat atau mudharat, sehingga mereka itu dijadikan sebagai sekutu-sekutu Allah?”

Allah berfirman:

“Dan bacakanlah kepada mereka kisah Ibrahim. Ketika ia berkata kepada bapa-nya dan kaumnya: "Apakah yang kamu sembah?” Mereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala dan kami senantiasa tekun menyembahnya." Berkata Ibrahim: "Adakah berhala-berhala itu mendengar (doa)mu sewaktu kamu berdoa (kepadanya)?, atau (dapatkah) mereka memberi manfaat kepadamu atau memberi mudharat?" Mereka menjawab: "(Bukan kerana itu) sebenarnya kami mendapati nenek moyang kami berbuat demikian”.” (asy-Syu’ara, 26: 69-74)

Mereka mengakui bahawa berhala-berhala itu tidak berupaya untuk mendengar permohonan, tidak boleh mendatangkan manfaat serta mudharat. Akan tetapi mereka menyembahnya adalah kerana taklid buta kepada nenek moyang mereka. Sedangkan taklid adalah hujjah yang batil dan bukanlah suatu pendirian yang betul.

(b) - Sanggahan Terhadap Penyembah Matahari, Bulan, Dan Bintang

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.” (al-A’raaf, 7: 54)

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari maupun bulan, tapi sembahlah Allah Yang menciptakannya, Jika Ialah yang kamu hendak sembah.” (Fushilat, 41: 37)

(c) - Sanggahan Terhadap Penyembah Malaikat Dan Nabi Isa Yang Dianggap Sebagai Anak Allah

“Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, setiap tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebahagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebahagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu.” (al-Mu’minuun, 23: 91)

“Dia Pencipta langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai isteri. Dia menciptakan segala sesuatu; dan Dia mengetahui segala sesuatu” (al-An’am, 6: 101)

Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tempat bergantung bagi sekalian makhluk; "Dia tidak beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada siapapun yang serupa dengan-Nya". (al-Ikhlas, 112: 1-4)

Bahagian Ketiga - Alam Semesta Dan Fitrahnya Dalam Tunduk Dan Patuh Kepada Allah

Sesungguhnya alam semesta ini keseluruhannya tunduk kepada Allah dan patuh kepada kauniyah-Nya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, sama ada dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah-lah mereka dikembalikan.” (Ali Imran, 3: 83)

“Mereka (orang-orang kafir) berkata: “Allah mempunyai anak”. Maha Suci Allah, bahkan apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah; semua tunduk kepada-Nya.” (al-Baqarah, 2: 116)

“Dan kepada Allah sajalah bersujud segala apa yang berada di langit dan semua makhluk yang melata di bumi dan (juga) para malaikat, sedang mereka (malaikat) tidak menyombongkan diri.” (an-Nahl, 16: 49)

“Apakah kamu tiada mengetahui, bahawa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia? Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorang pun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan apa yang Dia kehendaki.” (al-Hajj, 22: 18)

“Hanya kepada Allah-lah sujud (patuh) segala apa yang di langit dan di bumi, sama ada dengan kemahuan sendiri ataupun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayangnya di waktu pagi dan petang hari.” (ar-Ra’d, 13: 15)

Dengan ini telah jelas kepada kita bahawa seluruh alam semesta ini tunduk kepada Allah, patuh kepada kekuasaan-Nya, berjalan menurut kehendak dan perintah-Nya. Tiada satu pun makhluk yang mengingkari-Nya. Semua menjalankan tugas dan peranannya masing-masing serta menurut disiplin atau sistem yang sangat sempurna. Penciptanya (Allah) sama sekali tidak memiliki sifat kurang, lemah, dan cacat.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.” (al-Isra, 17: 44)

Juga telah jelas kepada kita bahawa, seluruh makhluk, sama ada yang berbicara mahupun yang tidak, yang hidup mahupun yang mati, semuanya tunduk kepada perintah kauniyah Allah. Kesemuanya menyucikan Allah dari segala kekurangan dan kelemahan, sama ada secara perbuatan mahupun ucapan.

Golongan yang berakal pasti mampu memikirkan dan memerhatikan persoalan ini, dan mereka menjadi bertambah yakin bahawa semua itu diciptakan dengan haq dan untuk yang haq. Bahawasanya ia diatur dan tidak ada pengaturan yang keluar dari aturan Penciptanya. Kesemuanya meyakini kewujudan, kekuasaan dan pengaruh Sang Pencipta dengan naluri dan fitrahnya.

Imam Ibnu Taimiyah berkata, “Mereka tunduk dengan menyerah, pasrah dan terpaksa dari pelbagai segi, di antaranya:

1 – Meyakini bahawa mereka sangat memerlukan-Nya.

2 – Mereka Tunduk kepada qadha’, qadar, dan kehendak Allah yang ditulis atas mereka.

3 – Mereka memohon dan melahirkan rasa berharap kepada-Nya ketika dalam keadaan darurat atau tersepit.

Seorang mukmin tunduk kepada perintah Allah dengan redha dan ikhlas. Begitulah juga ketika mendapat ujian, mereka sabar menerima-nya. Atas sebab itulah mereka tunduk dan patuh dengan penuh redha dan ikhlas.” (Majmu’ Fatawa, 1, hal. 45)

Sedangkan orang kafir, maka ia tunduk kepada perintah Allah yang bersifat kauni (sunnatullah).

Adapun maksud dari sujudnya alam dan benda-benda (seperti tumbuhan, angin, udara, dan gunung-ganang) adalah ketundukan mereka kepada Allah. Dan setiap sesuatu itu bersujud menurut kesuaiannya, iaitu suatu sujud yang bersesuaian dengan keadaannya serta mengandungi makna tunduk kepada al-Rabb. Dan bertasbihnya masing-masing benda adalah hakikat, bukan majaz (perumpamaan), dan ianya bersesuaian dengan keadaannya masing-masing.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menafsirkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Maka adakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah tempat menyerah diri segala apa yang di langit dan di bumi, sama ada dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah-lah mereka dikembalikan.” (Ali Imran, 3: 83)

Dengan mengatakan, “Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan ketundukan setiap perkara itu secara sukarela dan terpaksa, kerana seluruh makhluk wajib beribadah kepada-Nya dengan penghambaan yang umum, tidak kira adakah ia mengakui-Nya atau mengingkari-Nya. Mereka semua tunduk dan diatur. Mereka patuh dan pasrah kepada-Nya secara rela mahupun terpaksa. (Majmu’ Fatawa, 9, hal. 200)

Tiada satu pun dari makhluk ini yang keluar dari kehendak, takdir, dan qadha’-Nya. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah. Dia adalah Pencipta dan Penguasa alam. Semua adalah milik-Nya. Dia bebas melakukan apa sahaja terhadap ciptaan-Nya bersesuaian dengan kehendak-Nya. Semua dikendalikan-Nya. Dialah Yang Maha Suci, Maha Esa, Maha Perkasa, Maha Pencipta, Pembuat dan Pembentuk.

Bahagian Keempat - MANHAJ AL-QUR’AN DALAM MENETAPKAN WUJUD DAN KEESAAN AL-KHALIQ

Manhaj al-Qur’an dalam menetapkan wujud al-Khaliq serta keesaan-Nya adalah satu-satunya manhaj yang sejalan dengan fitrah yang lurus dan akal yang sihat. Iaitu dengan mengemukakan bukti-bukti yang benar, yang menjadikan akal mahu menerima dan musuh pun menyerah. Di antara dalil-dalil tersebut adalah:

1 – Telah menjadi kepastian, setiap yang baru tentu ada yang mengadakan. Ini adalah sesuatu yang dimaklumi setiap insan melalui fitrah, malahan sehingga kanak-kanak pun mampu merasai dan memiliki fitrah tersebut. Jika seseorang anak dipukul oleh seseorang ketika sedang lalai dan tidak melihatnya, ia pasti akan berkata (atau mencari), “Siapakah yang telah memukulku?” Kalau dikatakan kepadanya, “Tidak ada sesiapa yang memukulmu”, maka akalnya pasti tidak akan dapat dan mahu menerima-nya, iaitu hatinya berasa tidak puas hati. Bagaimana mungkin ada pukulan tanpa ada yang melakukannya. Jika dikatakan kepadanya, “si Fulan yang memukulmu”, maka kemungkinan dia akan menangis atau mungkin akan membalas pukulan yang dilakukan ke atasnya tadi. Kerana itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka diciptakan tanpa sesuatu pun yang menciptakan ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)?” (at-Thur, 52: 35)

Ini adalah penyangkalan dan bantahan, yang disebutkan oleh Allah dengan shighat istifham inkari (bentuk pertanyaan yang menyangkal), bagi tujuan menjelaskan bahawa hal tersebut adalah merupakan kebenaran yang nyata, yang tidak mungkin lagi diingkari. Mereka berfikir tanpa pencipta yang menciptakan mereka, ataukah mereka menciptakan diri mereka sendiri? Tentu tidak. Kedua hal itu sama-sama batil. Maka tidak ada kemungkinan lain kecuali mereka mempunyai pencipta yang menciptakan mereka iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan tidak ada lagi pencipta yag selain-Nya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Inilah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang telah diciptakan oleh sembahan-sembahan(mu) selain Allah. Sebenarnya orang-orang yang zalim itu berada dalam kesesatan yang nyata.” (Luqman, 31: 11)

“Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku berkenaan apa yang kamu sembah selain Allah; perlihatkan kepada-Ku apakah yang telah mereka ciptakan dari bumi ini atau adakah mereka bekerjasama (dengan Allah) dalam (penciptaan) langit? Bawalah kepada-Ku Kitab yang sebelum (al-Quran) ini atau peninggalan dari pengetahuan (orang-orang dahulu), jika kamu adalah orang-orang yang benar".” (al-ahqaaf, 46: 4)

“Katakanlah: "Siapakah Tuhan langit dan bumi?" Jawabnya: "Allah." Katakanlah: "Maka patutkah kamu mengambil pelindung-pelindungmu dari selain Allah, padahal mereka tidak menguasai kemanfaatan dan tidak (pula) kemudharatan bagi diri mereka sendiri?." Katakanlah: "Adakah sama orang buta dan yang dapat melihat, atau samakah gelap gulita dan terang benderang; apakah mereka menjadikan beberapa sekutu bagi Allah yang dapat menciptakan seperti ciptaan-Nya sehingga kedua ciptaan itu serupa menurut pandangan mereka?" Katakanlah: "Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”.” (ar-Ra’d, 13: 16)

“Hai manusia, telah dijadikan suatu perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala apa yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.” (al-Hajj, 22: 73)

Dan makhluk-makhluk yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menciptakan sesuatu pun, tetapi mereka sendiri lah (sesembahan itu) yang diciptakan. (an-Nahl, 16: 20)

“Maka apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)? Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran.” (an-Nahl, 16: 17)

Dengan jelas dan ayat-ayat cabaran pun turut diajukan melalui dalil yang berulang-ulang, namun tidak seorang pun yang mampu mengaku bahawa dia telah menciptakan sesuatu. Pengakuan atau dakwaan sahaja pun tidak ada, apalagi menetapkan dengan bukti. Dengan itu, ternyata bahawa amat benarlah hanya Allah Pencipta sekalian alam, dan tidak ada sekutu bagi-Nya.

2 – Teraturnya semua urusan alam, juga kerapiannya adalah bukti paling kuat yang menunjukkan bahawa pengatur alam ini hanyalah Tuhan yang satu, yang tidak bersekutu atau pun berseteru. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) beserta-Nya, jika ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebahagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebahagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu.” (al-Mukminuun, 23: 91)

Tuhan yang hak, yang sebenar-benarnya wajib menjadi pencipta sejati. Jika ada tuhan yang lain di dalam kerajaannya, sudah pasti tuhan itu juga berupaya menciptakan sesuatu. Ketika itu, pasti ia tidak akan rela adanya tuhan lain bersamanya. Bahkan, seandainya ia mampu mengalahkan temannya dan menguasai sendiri kerajaan serta ketuhanan, tentu telah ia lakukan. Apabila ia tidak mampu mengalahkannya, pasti ia akan hanya mengurus kerajaan miliknya. Sebagaimana raja-raja di dunia mengurus kerajaannya sendiri-sendiri. Maka terjadilah perpecahan, sehingga perlunya terjadi salah satu daripada tiga perkara berikut:

- Salah satunya mampu mengalahkan yang lain dan menguasai alam sendirian.

- Masing-masing berdiri sendiri dalam kerajaan dan penciptaan, sehingga terjadi pembahagian (kekuasaan).

- Kedua-duanya berada dalam kekuasaan seorang raja yang bebas dan berhak berbuat apa saja terhadap keduanya. Dengan demikian maka dialah yang menjadi tuhan yang hak, sedangkan yang lain adalah hambanya.

Dan secara realitinya, dalam alam ini tidak terjadi pembahagian (kekuasaan) dan ketidak selarasan. Hal ini menunjukkan pengaturnya adalah Satu dan tidak seorang pun menentang-Nya. Dan bahawa Rajanya adalah Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya.

3 – Tunduknya makhluk-makhluk untuk melaksanakan tugasnya sendiri-sendiri serta mematuhi peranan dan fungsi yang diberikan-Nya. Tidak ada satu pun makhluk yang membangkang dari melaksanakan tugas dan fungsinya di alam semesta ini. Inilah yang dijadikan hujjah oleh Nabi Musa ‘alaihis salam. ketika ditanya Fir’aun:

“Berkata Fir'aun: "Maka siapakah Tuhanmu berdua, hai Musa? Musa berkata: "Tuhan kami ialah (Tuhan) yang telah memberikan kepada setiap sesuatu bentuk kejadiannya yang sesuai dengannya, kemudian Dia memberinya petunjuk.” (Thoha, 20: 49-50)

Jawaban Musa sungguh tepat dan kukuh “Tuhan Kami ialah (Tuhan) yang telah memberikan kepada setiap sesuatu bentuk kejadiannya yang sesuai dengannya, kemudian Dia memberi petunjuk.” Maksudnya, Tuhan kami yang telah menciptakan semua makhluk dan memberi masing-masing makhluk suatu ciptaan yang tepat untuknya; mulai dari ukuran, besar atau kecilnya atau sederhana serta seluruh sifatnya yang ada padanya. Kemudian menunjukkan kepada setiap makhluk tersebut akan tugas dan fungsinya. Petunjuk ini adalah hidayah yang sempurna, yang dapat disaksikan oleh setiap makhluk. Jika kita memerhatikan setiap makhluk, pasti kita akan mendapati mereka melaksanakan apa yang menjadi tugasnya. Dengan hakikat dan ciri-ciri tersebut, maka pelbagai manfaat dapat dihasilkan dan berupaya mencegah perkara-perkara yang berbahaya. Sehingga haiwan ternak pun diberikan oleh-Nya sebahagian dari akal yang menjadikannya berupaya melakukan perkara yang bermanfaat baginya dan mengusir bahaya yang mengancamnya, dan juga mampu melakukan tugas-tugas tertentu dalam kehidupan. Ini adalah sebagaimana yang tersebut dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah.” (as-Sajdah, 32: 7)

Jadi, dengan itu ia menunjukkan bahawa yang telah menciptakan semua makhluk dan memberinya sifat penciptaan yang baik, yang mana manusia tidak mampu mengadakannya, juga menunjukkan kepada kemaslahatannya masing-masing adalah Tuhan yang sebenarnya. Mengingkari-Nya adalah mengingkari kewujudan yang paling agung. Dan hal itu merupakan kedangkalan atau kebohongan yang sangat jelas.

Allah memberi semua makhluk dengan segala keperluannya di dunia, kemudian menunjukkan tatacara perjalanan hidupnya. Dan tidak syak lagi jika Dia telah memberi dari setiap jenis makhluknya dengan bentuk dan rupa yang sesuai dengannya. Dia telah memberi setiap lelaki dan perempuan dengan bentuk yang sesuai dengan jenisnya, sama ada dalam pernikahan, perasaan, mahupun unsur sosial. Juga telah memberi setiap anggota tubuh bentuk yang sesuai untuk suatu manfaat yang telah ditentukan-Nya. Semua ini adalah bukti-bukti yang jelas bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah Tuhan bagi segala sesuatu, dan Dia berhak disembah, dan bukannya yang lain.

“Pada setiap benda terdapat bukti bagi-Nya, yang menunjukkan Bahawa Dia adalah Esa.”

Kemudian, tidak diragukan lagi, maksud penetapan rububiyyah Allah atas makhluk-Nya dan keesaannya dalam rububiyah adalah untuk menunjukkan wajibnya menyembah Allah semata-mata, tanpa sekutu bagi-Nya, iaitu Tauhid Uluhiyyah.

Seandainya seseorang mengakui Tauhid rububiyah tetapi tidak mengimani tauhid uluhiyah, atau tidak mahu melaksanakannya, maka ia tidak menjadi muslim dan bukan ahli tauhid, bahkan ia adalah kafir jahid (yang menentang). Dan persoalan inilah yang akan dibahaskan dalam topik yang berikutnya, InsyaALLAH.

Bahagian Kelima - TAUHID RUBUBIYAH MENGHARUSKAN ADANYA TAUHID ULUHIYAH

Dari sini menunjukkan bahawa sesiapa yang mengakui tauhid rububiyah untuk Allah, dengan mengimani bahawa tidak ada pencipta, pemberi rezeki dan pengatur alam kecuali Allah, maka dia juga mesti mengakui bahawa tidak ada yang berhak menerima ibadah (disembah) dengan dengan tatacaranya dan kaedahnya melainkan Allah subhanahu wa Ta’ala sahaja. Dan itu adalah merupakan asas kepada konsep tauhid uluhiyah.

Tauhid uluhiyah, iaitu tauhid ibadah, kerana ilah maknanya adalah ma’bud (yang disembah). Maka tidak ada yang diseru dalam doa kecuali Allah, tidak ada tempat memnita pertolongan kecuali kepada Dia, tidak ada yang boleh dijadikan tempat bergantung kecuali Dia, tidak boleh menyembelih korban atau bernadzar kecuali untuk-Nya (atau kerana-Nya), dan tidak boleh mengarahkan seluruh ibadah kecuali untuk-Nya dan kerana-Nya semata-mata.

Dengan itu, tauhid rububiyah adalah bukti wajibnya tauhid uluhiyah. Atas sebab itu juga kita dapat melihat Allah banyak melakukan bantahan terhadap orang yang mengingkari tauhid uluhiyah dengan tauhid rububiyah yang mereka akui dan yakini.

Seperti firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa, Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui.” (al-Baqarah, 2: 21-22)

Allah memerintahkan mereka supaya melaksanakan tauhid uluhiyah, iaitu menyembah-Nya dan beribadah kepada-Nya. Dia menunjukkan dalil kepada mereka dengan tauhid rububiyah, iaitu penciptaan-Nya terhadap manusia dari yang pertama hingga yang terakhir, penciptaan langit dan bumi serta seisinya, penurunan hujan, penumbuhan tumbuh-tumbuhan, pengeluaran buah-buahan yang menjadi rezeki bagi para hamba. Maka sangat tidak wajar bagi mereka jika menyekutukan Allah dengan yang lain-Nya; dari benda-benda atau pun orang-orang yang mereka sendiri mengetahui bahawa ia tidak berupaya melakukan sebarang sesuatu pun dari hal-hal tersebut di atas dan lainnya.

Maka jalan fitrah untuk menetapakan uluhiyah adalah berdasarkan tauhid rububiyah. Kerana manusia pertama kalinya sangat bergantung kepada asal kejadiannya, sumber kemanfaatan dan kemudharatannya. Setelah itu berpindah kepada cara-cara bertaqarrub kepada-Nya, cara-cara yang boleh kita mendapatkan redha-Nya dan menguatkan hubungan antara dirinya dengan Tuhannya. Maka tauhid rububiyah adalah laluan masuk kepada tauhid uluhiyah. Kerana itu Allah Subhanahu wa Ta’ala berhujah atas orang-orang yang musyrik dengan cara ini. Dia juga memerintahkan Rasul-Nya untuk berhujah atas mereka seperti itu. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman;

“Katakanlah: "Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak ingat?" Katakanlah: "Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya 'Arsy yang besar?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak bertakwa?" Katakanlah: "Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu ditipu”?” (al-Mukminuun, 23: 84-89)

“(Yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu.” (al-An’am, 6: 102)

Dia berdalil dengan tauhid rububiyah-Nya atas hak-Nya untuk disembah. Tauhid uluhiyah inilah yang menjadi tujuan dalam penciptaan manusia. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” (adz-Dzariyat, 51: 56)

Erti “يعبدون” adalah mentauhidkan-Ku dalam ibadah. Seseorang hamba tidaklah menjadi muwahhid (ahli tauhid) hanya dengan mengakui tauhid rububiyah semata-mata, tetapi ia harus mengakui tauhid uluhiyah serta mengamalkannya. Jika tidak demikian, maka orang musyrik pun sebenarnya turut mengakui tauhid rububiyah, tetapi keadaan tersebut tidaklah menjadikan mereka termasuk ke dalam Islam, malahan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerangi mereka. Padahal mereka mengakui bahawa Allah-lah Tuhan Pencipta, Pemberi Rezeki, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka, niscaya mereka menjawab: "Allah", maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah )?” (az-Zukhruf, 43: 87)

“Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab: "Allah." Maka katakanlah "Mangapa kamu tidak bertaqwa kepada-Nya)?” (Yunus, 10: 31)

Situasi dan penghujjahan seperti itu amat banyak dikemukakan di dalam al-Qur’an. Maka barangsiapa menganggap bahawa tauhid itu hanya meyakini wujud Allah, atau meyakini bahawa Allah adalah al-Khaliq yang mengatur alam, maka sesungguhnya orang tersebut belumlah mengetahui hakikat tauhid yang dibawa oleh para Rasul. Kerana sesungguhnya ia hanya mengakui sesuatu yang diharuskan, dan meninggalkan sesuatu yang mengharuskan; atau berhenti hanya setakat pada dalil tetapi ia meninggalkan isi dan tujuan dalil tersebut.

Di antara kekhususan ilahiyah adalah kesempurnaan-Nya yang mutlak dalam segala segi, tidak ada cela atau kekurangan sedikit pun. Ia mengharuskan semua ibadah perlu dikhususkan kepada-Nya; pengagungan, penghormatan, kecintaan, rasa takut, doa, pengharapan, taubat, tawakkal, minta pertolongan, penghambaan dengan rasa cinta yang paling dalam, semua itu adalah wajib secara akal, syara’ dan fitrah agar ditujukan khusus kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala semata-mata. Juga secara akal, syara’ dan fitrah, tidak mungkin hal itu boleh ditujukan kepada selain-Nya.

Friday, June 1, 2007

Pengajian Aqidah 002: KE ARAH MEMAHAMI DASAR-DASAR AQIDAH YANG BENAR

BAB 1

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Bahagian Pertama – Makna Aqidah Dan Keutamaannya Sebagai Prinsip Dalam Beragama

Aqidah Secara Etimologi

Aqidah berasal dari kata ‘aqd yang membawa maksud pengikatan (iqtikad). اعتقدت كذا Membawa maksud: “Saya beriqtiqad begini”. Maksudnya, saya mengikat hati terhadap hal tersebut. Aqidah adalah apa yang diyakini oleh seseorang. Jika dikatakan, “Dia mempunyai aqidah yang benar,” ini membawa penegrtian bahawa aqidahnya adalah bebas daripada keraguan.

Aqidah merupakan perbuatan hati, iaitu kepercayaan hati dan pembenarannya kepada sesuatu.

Definisi Aqidah Secara Syara’

Iaitu iman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, dan kepada Hari akhirat serta Qadar yang baik mahupun yang buruk. Hal ini juga disebut sebagai rukun iman.

Syari’at terbahagi kepada dua bahagian:

1 – Iqtiqadiyah, dan
2 – amaliyah

Iqtiqadiyah adalah perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan tatacara amal. Seperti iqtiqad (kepercayaan) terhadap Rubbubiyyah Allah dan kewajiban beribadah kepada-Nya, juga beriqtiqad terhadap rukun-rukun iman yang lain. Hal ini disebut ashliyah (dasar agama). (Rujuk: Syarah Aqidah Safariniyah I, m/s. 4)

Manakala amaliyah adalah segala perkara yang berkaitan dengan tata cara amal (kaedah). Seperti solat, zakat, puasa, dan seluruh hukum-hukum amaliyah. Bahagian ini disebut far’iyah (cabang agama), kerana ia dibina di atas iqtiqadiyah. Kebenaran atau rosaknya amaliyah bergantung kepada sama ada kesahihan iqtiqadiyah atau rosaknya iqtiqadiyah.

Maka aqidah yang benar adalah merupakan asas bagi pembinaan agama serta merupakan syarat sahnya amalan. Sebagaimana firman Allah subhanahu wa Ta’ala berikut:

“Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah mempersekutukan sesuatu pun dalam melaksanakan ibadat kepada Tuhannya.". (al-Kahfi, 18: 110)

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu, “Jika kamu menyekutukan (Tuhan), niscaya akan terhapuslah amalmu dan tentulah kamu tergolong ke dalam orang-orang yang rugi.” (az-Zumar, 39: 65)

“Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik).” (az-Zumar, 39: 2-3)

Ayat-ayat di atas dan yang seumpamanya, yang jumlahnya amat banyak, menunjukkan bahawa segala amalan yang dikerjakan tidak akan diterima jika tidak dibersihkan dari perbuatan syirik. Kerana itulah perhatian Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam yang pertama kali di-dakwahkan (disampaikan dan diterapkan) adalah perkara-perkara berkaitan pemulihan dan pemurnian aqidah. Dan merupakan hal yang paling utama dan pertama yang di-dakwahkan oleh para rasul kepada setiap umatnya adalah menyembah Allah semata-mata dan meninggalkan segala yang dituhankan selain Dia (menghapuskan syirik). Sebagaimana firman Allah subhanahu wa Ta’ala berikut:

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada setiap umat (supaya menyerukan), “Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah Thaghut itu”.” (an-Nahl, 16: 36)

Adalah setiap rasul itu sentiasa mengucapkan pada awal dakwahnya,

“Wahai kaumku sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada tuhan bagimu melainkan-Nya.” (al-A’raaf, 7: 59, 65, 73, 85)

Pernyataan tersebut diucapkan oleh Nabi Nuh, Hud, Saleh, Syu’aib, dan seluruh rasul alaihimussalam. Dan selama 13 tahun baginda Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam di Makkah sesudah bi’tsah (kerasulannya), baginda mengajak manusia kepada tauhid dan pemurnian aqidah, kerana hal itu merupakan landasan (asas) pembangunan (binaan) Islam. Para da’i dan para pemurni agama dalam setiap masa telah mengikuti jejak para rasul dalam manhaj dakwah mereka ini. Iaitu mereka memulakan dakwah mereka bermula dari asas ketauhidan dan penerapan aqidah yang sahih (sebenar), dan kemudiannya barulah mereka mengajak kepada seluruh perintah-perintah agama yang lain.

Bahagian Kedua – PENGAMBILAN AQIDAH BERDASARKAN SUMBER YANG SAHIH BERDASARKAN MANHAJ SALAF

Aqidah adalah suatu yang tauqifiyah. Ini bermakna ia tidak boleh ditetapkan kecuali dengan dalil-dalil yang syar’i, tidak ada ruang ijtihad dan pendapat di dalam-nya. Ini adalah kerana sumber-sumbernya yang hanya terbatas kepada apa yang ada di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah. Sebab tiada seorang pun yang lebih mengetahui berkenaan Allah, tentang sebarang apa yang wajib bagi-Nya dan apa yang harus disucikan dari-Nya melainkan Allah sendirilah yang sedia mengetahui. Dan tidak seorang pun sesudah Allah yang lebih mengetahui tentang Allah selain Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam. Oleh yang demikian, manhaj salafus soleh (golongan soleh yang terdahulu dan terawal dari umat Islam) dan para pengikutnya dalam mengambil aqidah adalah terbatas kepada al-Qur’an dan as-Sunnah.

Dengan itu segala apa yang ditunjukkan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah berkenaan hak Allah, mereka pasti mengimaninya, meyakininya, dan mengamalkannya. Sedangkan apa yang tidak ditunjukkan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah mereka menolak dan menafikannya dari Allah. Kerana itu tidak ada pertentangan di antara mereka di dalam iqtiqad. Bahkan aqidah mereka adalah satu dan jama’ah mereka juga satu. Kerana Allah sudah menjamin orang yang berpegang teguh dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya dengan kesatuan kata, kebenaran aqidah, dan kesatuan manhaj (dasar prinsip). Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai,...” (Ali Imran, 3: 103)

“Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barang siapa yang mengikut petunjuk-Ku, dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.” (Thoha, 20: 123)

Kerana itulah mereka dinamakan sebagai al-firqatun najiyah (golongan yang selamat). Kerana Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam telak mengakui bahawa merekalah yang selamat, ketika mana beliau shallahu ‘alaihi wa sallam menyatakan bahawa umat ini akan berpecah menjadi 73 golongan yang mana kesemuanya diancam ke neraka, kecuali satu golongan. Ketika ditanya berkenaan golongan yang satu tersebut, beliau shallahu ‘alaihi wa sallam menawab,

“Mereka adalah orang yang berada di atas ajaran yang sama dengan ajaranku pada hari ini, dan para sahabatku.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Kebenaran sabda baginda Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam tersebut telah terbukti ketika sebahagian manusia membina aqidah dan manhaj mereka di atas selain kitab Allah dan sunnah yang sahih, iaitu dengan mengambil landasan ilmu kalam (mantiq dan aqal) yang diwarisi daripada falsafah Yunani dan Romawi. Maka atas sebab itulah, terjadinya pelbagai penyimpangan dan perpecahan dalam persoalan aqidah yang mana seterusnya mengakibatkan pecahnya umat dan retaknya masyarakat Islam kepada pelbagai jenis firqah (kelompok ideologi).

Bahagian Ketiga - FAKTOR UTAMA PENYIMPANGAN AQIDAH DAN FORMULA MENGATASINYA

Penyimpangan dan penyelewengan aqidah dari landasan yang benar adalah merupakan suatu detik bermulanya kehancuran dan kesesatan. Kerana aqidah yang benar adalah merupakan pembimbing dan syarat yang paling penting bagi perlaksanaan amal yang berguna.

Tanpa pegangan aqidah yang benar, seseorang akan menjadi mangsa kepada beberapa syubhat dan keraguan yang akhirnya akan menjadi penghalang dari melihat jalan hidup yang diredhai, yang bahagia, sehingga perjalanan hidupnya terasa begitu sempit dan payah lalu hadirnya suatu naluri agar ingin dibebaskan dari pelbagai perasaan yang menghimpit tersebut akibat gagal memahami ruh agama ini dengan baik. Mungkin juga akibat terlalu tertekan dengan pelbagai permasalahan, membawa dia keluar dari norma-norma tabi’i sehingga sanggup untuk membunuh diri dan melakukan perkara-perkara yang tidak baik lantaran gagal memahami agama dari dasarnya yang sebenar. Ini banyak berlaku dalam kalangan masyarakat kita yang mana hidupnya jauh dari hidayah serta pedoman agama. Apabila datangnya pelbagai masalah yang menekan, dirinya mula menjadi serabut dan tidak keruan. Masyarakat yang tidak dipimpim oleh aqidah yang benar adalah merupakan masyarakat bahimi (haiwani), tidak memiliki prinsip-prinsip hidup yang sejahtera, sekalipun mereka bergelumang dengan harta kekayaan namun, mereka sering terjerumus ke lembah sengsara, sebagaimana yang banyak kita saksikan pada era masyarakat jahiliyyah sebelum kedatangan Muhammad shallahu ‘alaihi wa sallam. Harus difahami bahawa setiap kekayaan sangat meemrlukan kepada taujih (disiplin dan perancangan) dalam penggunaannya, dan tidak ada pemberi tata cara disiplin yang tepat kecuali atas jalan landasan aqidah yang sahih.

Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Wahai Rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh.” (al-Mukminun, 23: 51)

“Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurniaan dari Kami. (Kami berfirman), “Wahai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud”, dan Kami telah melunakkan besi untuknya, (iaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya; dan kerjakanlah amalan yang soleh. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan.” (Saba’, 34: 10-11)

Dengan itu, jelaslah bahawa, kekuatan aqidah tidak seharusnya terpisah dari kekuatan madiyah (kebendaan). Jika hal tersebut diraih dan dikerjakan atas landasan aqidah yang salah, maka kekuatan yang lahir dari hasil kebendaan serta kekayaan pasti akan berubah menjadi suatu sarana yang merosakkan dan bertukar menjadi agen penghancur, sebagaimana yang dapat kita lihat banyak terjadi di negara-negara kafir yang memiliki harta kekayaan dan kekuatan kebendaan namun berpegang dengan aqidah yang batil.

Sebagaimana kita ketahui, setiap perkara yang berlaku pasti memiliki sebab-sebab yang tertentu. Begitu juga penyimpangan aqidah yang terjadi di sekeliling kita, turut memiliki faktor-faktor yang dapat kita lihat. Antara faktor-faktor tersebut yang wajib kita fahami dan ketahui adalah:

1 – Kejahilan terhadap aqidah yang sahih. Ini berlaku adalah atas sebab tidak mahu mempelajari serta mendalami ilmu aqidah itu sendiri. Kurangnya inisitif untuk menyebarkan aqidah yang benar ke dalam diri setiap masyarakat yang ada. Ramai yang sengaja menjauhkan diri (berlepas diri) daripada mempelajari aqidah yang tulen ini. Sehingga tumbuhlah generasi yang tidak mengenal aqidah yang sahih dan juga tidak mengetahui yang haq atau batil. Akibatnya mereka meyakini yang haq sebagai sesuatu yang batil dan yang batil dianggap sebagai yang haq. Sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Umar radhiyallahu ‘anhu:

“Sesungguhnya ikatan Islam akan pudar satu demi satu, manakala di dalam Islam terdapat orang yang tumbuh tanpa mengenal kejahilan.”

2 – Faktor yang kedua adalah kerana Ta’ashub (taksub/fanatik) kepada sesuatu yang diwarisi dari kelompok-kelompok, ibu bapa mereka, nenek moyang mereka, atau orang-orang tua mereka, sekalipun hal itu jelas kebatilannya, sehingga dengan begitu sahaja mencampakkan apa sahaja yang menyalahi kepercayaan mereka sekalipun hal itu benar. Sebagaimana yang difirmankan Allah subhanahu wa ta’ala:

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Turutlah akan apa Yang telah diturunkan oleh Allah” mereka menjawab: “(Tidak), bahkan Kami (hanya) menurut apa yang kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami melakukannya”. Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun nenek moyang mereka itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)? (al-Baqarah, 2: 170)

3 – Taqilid buta, dengan mengambil pendapat manusia dalam masalah aqidah tanpa mengetahui dalilnya dan tanpa menyelidiki seberapa jauh kebenarannya. Sebagaimana yang terjadi pada golongan-golongan seperti Muktazilah, Jahmiyah, dan lain-lainnya. Mereka bertaqlid kepada orang-orang sebelum mereka dari para imam yang sesat, sehingga mereka juga mengikut kesesatan imam ikutan mereka itu dan menyimpang jauh dari aqidah yang sebenar.

“Dan janganlah engkau mengikuti apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukan.” (al-Israa’, 17: 36)

4 – Ghuluw (berlebih-lebihan) dalam mencintai para wali, para imam, dan orang-orang soleh, serta mengangkat mereka di atas darjat yang melebihi kewajaran, sehingga meyakini pada diri mereka sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan kecuali oleh Allah, sama ada dengan mempercayai bahawa ia mampu mendatangkan kemanfaatan mahupun menolak kemudharatan. Juga menjadikan para wali itu sebagai perantara Allah dengan makhluk-Nya, sehingga sampai pada tingkat penyembahan para wali tersebut dan bukan menyembah Allah. Malah ada di antara mereka yang bertaqarrub kepada kubur para wali dengan membawa haiwan yang dikorbankan, nadzar, doa-doa, istighatsah, dan dengan membawa hajat-hajat yang tertentu. Sebagaimana yang terjadi kepada kaum Nabi Nuh alaihis salam:

“Dan (Ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: “Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.” (Nuh, 71: 23)

Wadd, Suwaa’, Yaghuth, dan Nasr adalah nama berhala-berhala yang terbesar pada kabilah-kabilah kaum Nabi Nuh, yang pada asalnya adalah dari nama orang-orang soleh.

Dan begitulah yang banyak berlaku terhadap kelompok-kelompok manusia yang mendewa-dewakan kuburan di pelbagai negeri zaman ini.

5 – Ghaflah (lalai) daripada menghayati ayat-ayat Allah yang terhampar di jagat raya ini (ayat-ayat kauniyah) dan ayat-ayat Allah terdapat dalam Kitab-Nya (ayat-ayat Qur’aniyah). Di samping itu, juga terbuai dengan hasil-hasil teknologi dan kebudayaan, sehingga mengira bahawa itu semua adalah hasil ciptaan manusia semata-mata, sehingga mereka mengagung-agungkan manusia serta menisbatkan seluruh kemajuan ini kepada jerih payah dan penemuan manusia semata-mata. Sebagaimana kesombongan Qarun yang mengatakan:

“Sesungguhnya aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. (al-Qashash: 78)

Dan sebagaimana perkataan orang lain yang juga sombong:

“Dan Demi sesungguhnya! jika Kami beri dia merasai sesuatu rahmat dari Kami sesudah ia ditimpa sesuatu kesusahan, berkatalah ia (dengan sikap tidak bersyukur): “Ini ialah hakku (hasil usahaku semata-mata), dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah tentu aku akan beroleh kebaikan di sisi-Nya (seperti kesenanganku sekarang ini)!” maka Demi sesungguhnya! Kami akan memberi tahu kepada orang-orang yang kufur ingkar itu akan keburukan apa yang mereka telah kerjakan, dan Kami akan beri mereka merasai azab siksa yang seberat-beratnya.” (Fushilat, 41: 50)

“Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): “Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. (tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).” (az-Zumar: 49)

Mereka tidak berfikir dan tidak pula melihat keagungan Tuhan yang telah menciptakan alam ini dan yang telah memperlihatkan pelbagai bentuk keistimewaan di dalam-nya. Juga yang telah menciptakan manusia lengkap dengan bekalan maklumat dan kemampuan yang berguna untuk mengkaji keistimewaan-keistimewaan alam serta mengaplikasikannya demi kepentingan manusia.

“Dan Allah-lah yang mencipta kamu serta benda-benda yang kamu buat itu!" (as-Shaffat, 37: 96)

“Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa telah dekatnya ajal kebinasaan mereka?” (al-A’raaf, 7: 185)

“Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu pelbagai buah-buahan menjadi rezeki untuk mu; dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu, berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai. Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang. Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya.”

6 – Secara umumnya rumah tangga dan institusi kekeluargaan sekarang ini kosong dari pengisian dan pendidikan yang benar menurut Islam. Padahal baginda Rasulullah shallahu alaihi wa sallam telah bersabada:

“Setiap bayi itu dilahirkan atas dasar fitrah (Islam). Maka kedua orang tuanyalah yang (kemudian) menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Jadi, di sini jelas bahawa orang tua atau ahli keluarga perlu memainkan peranan dalam hal-hal pendidikan anak-anak mereka kepada akidah yang benar.

7 – Sikap enggan media-media penyiaran melaksanakan tugasnya. Sistem pendidikan di jabatan-jabatan pendidikan juga tidak menerapkan perihal pendidikan yang berkaitan dengan aqidah yang sebenar. Malahan, media maklumat sama ada media cetak atau elektronik berubah menjadi sarana penghancur dan perosak, atau paling tidak mereka hanya memfokuskan terhadap perkara-perakara yang bersifat materialistik dan hiburan semata-mata. Tidak memerhatikan perkara-perkara yang dapat memperbaiki moral dan menanamkan aqidah serta menangkis aliran-aliran sesat. Dari sini, muncullah generasi yang telanjang tanpa asas pertahanan (iman), dan tidak berupaya untuk berhadapan dengan pasukan kekufuran yang lengkap persenjataannya.

BEBERAPA LANGKAH MENGATASI PENYIMPANGAN AQIDAH

1 – Kembali kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam untuk mengambil aqidah yang sahih. Dan mengambilnya sebagaimana para salafus soleh mengambilnya. Ini kerana tidak akan menjadi baik umat ini, melainkan kembali kepada apa yang menjadikan umat yang terdahulu itu baik. Sentiasa berusaha mempelajari aqidah yang benar dan berupaya membezakan fahaman aliran yang menyimpang. Juga mengambil inisiatif mengkaji pelbagai aliran pemikiran yang menyimpang berserta syubhat-syubhat yang muncul supaya dapat dibantah dan dikawal. Ini adalah kerana sesiapa yang tidak mengenali keburukan, dikhuwatiri dia akan terhumban ke dalamnya.

2 – Memberi perhatian kepada pengajian-pengajian aqidah yang benar sumbernya, iaitu sebagaimana aqidah yang dipegang oleh para salaf soleh (golongan terdahulu yang terbaik), di pelbagai lapangan pendidikan. Memberi ruang pengajian yang baik serta mengadakan pengawalan yang ketat dalam menyediakan sumber-sumber rujukan untuk ini.

3 – Bahan-bahan pengajian berserta kitab-kitab mestilah ditetapkan berdasarkan dari sumber-sumber para ulama salaf yang bersih (dari penyimpangan) sebagai wadah (bahan) pengajian. Manakala kitab-kitab dan sumber-sumber dari kelompok yang menyeleweng haruslah dijauhkan.

4 – Menyebarkan para da’i yang berupaya membersihkan dan memurnikan aqidah umat Islam dengan mengajarkan aqidah para salaf serta menjawab dan menolak seluruh aqidah yang batil dan mungkar.