__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Wednesday, November 4, 2009

108 - Imam asy-Syafi'e Berkata Tentang Sifat-sifat Allah

Imam asy-Syafi'e Berkata Tentang Sifat-sifat Allah

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/

Syaikh Dr. Muhammad B. 'Abdurrahman al-Khumais menukilkan:

وقد جزء الاعتقاد المنسوب للشافعي - من رواية أبي طالب العشاري ما نصّه قال : وقد سُئل عن صفات الله عز وجل وما ينبغي أن يؤمن به , فقال ( لله تبارك وتعالى أسماء وصفات جاء بها كتابه وخبر بها نبيه صلى الله عليه وسلم , أمته لا يسع أحداً من خلق الله عز وجل قامت لديه الحجة إن القرآن نزل به وصحيح عنده قول النبي صلى الله عليه وسلم , فيما روى عنده العدل خلافه فإن خالف ذلك بعد ثبوت الحجة عليه فهو كافر بالله عز وجل , فأما قبل ثبوت الحجة عليه من جهة الخبر فمعذور بالجهل لأن علم ذلك لا يدرك بالعقل ولا بالدراية

Terjemahan: Dan di dalam bahagian i'tiqad yang dinisbatkan kepada asy-Syafi'e melalui riwayat Abu Thalib al-'Usyari dengan redaksi berikut:

Beliau (Abu Thalib al-'Usyari) berkata:

Asy-Syafi'e ditanya tentang sifat-sifat Allah 'Azza wa Jalla dan apa-apa yang perlu diimani. Maka asy-Syafi'e menjelaskan:

Allah Tabaraka wa Ta'ala memiliki asma' (nama-nama) dan sifat-sifat yang telah disebutkan oleh Kitab-Nya dan diberitakan oleh Nabi-Nya Shallallahu 'alaihi wa Sallam kepada umatnya, yang tidak boleh diingkari oleh sesiapa pun dari makhluk Allah yang telah sampai kepadanya dalil bahawa al-Qur'an turun membawa keterangan tentang perkara tersebut, juga perkataan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang diriwayatkan oleh perawi yang adil dan tsiqah serta telah benar-benar sahih yang menerangkan persoalan tersebut. Dengan itu, sesiapa yang mengingkari atau berbeza dengan semuanya itu sedangkan hujjah (dalil-dalil dan keterangan) tersebut telah jelas baginya, bererti dia kafir kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Ada pun jika dia menentang disebabkan belum ditegakkan (atau menemukan) hujjah/penjelasan tersebut, maka dia diampuni disebabkan kebodohannya, kerana pengetahuan tentang semuanya itu (tentang sifat-sifat dan asma' Allah) tidak dapat dijangkau oleh akal dan pemikiran.

والفكر ونحو ذلك أخبار الله عز وجل أنه سميع وأن له يدين بقوله عز وجل

Yang termasuk ke dalam keterangan-keterangan seperti itu adalah juga keterangan-keterangan Allah Subhanahu wa Ta'ala bahawa Dia Maha Mendengar dan bahawasanya bagi Allah itu dua Tangan bersesuaian dengan firman-Nya 'Azza wa Jalla:

( بل يداه مبسوطتان )

Sebaliknya, kedua tangan Allah itu terbuka... (Surah al-Ma'idah, 5: 64)

وأن له يميناً بقوله عز وجل

Dan bahawasanya bagi Allah itu tangan kanan, sebagaimana yang Dia nyatakan:

( والسموات مطويات بيمينه )

Dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. (Surah az-Zumar, 39: 67)

وإن له وجهاً بقوله عز وجل

Dan bahawasanya bagi Allah itu wajah, berdasarkan firman-Nya:

( كل شيء هالك إلا وجهه )

Dan setiap sesuatu pasti binasa, melainkan wajah Allah... (Surah al-Qashas, 28: 88)

( ويبقى وجه ربك ذو الجلال والإكرام )

Dan kekallah wajah Rabb-mu yang memiliki keagungan dan kemuliaan. (Surah ar-Rahman, 55: 27)

وأن له قدماً بقوله صلى الله عليه وسلم

Dan bahawasanya bagi Allah itu kaki, sebagaimana pernyataan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

حتى يضع الرب عز وجل فيها قدمه

Sehingga Rabb 'Azza wa Jalla meletakkan kaki-Nya ke neraka Jahannam.

للذي قتل في سبيل الله عز وجل أنه

Dan Allah tertawa, berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tentang orang yang mati di jalan Allah (fi Sabilillah), iaitu:

( لقي الله عز وجل وهو يضحك إليه )

Ia akan bertemu dengan Allah 'Azza wa Jalla sedang Allah itu dalam keadaan tertawa kepadanya...

وأنه يهبط كل ليلة إلى السماء الدنيا بخبر رسول الله صلى الله عليه وسلم , بذلك وأنه ليس بأعور لقول النبي صلى الله عليه وسلم إذ ذكر الدجال فقال بأعور

Dan bahawa Allah turun ke langit dunia pada setiap malam berdasarkan hadis (penjelasan) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tentangnya.

Begitu juga keterangan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala itu tidak buta sebelah mata-Nya berdasarkan pernyataan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam ketika baginda menyebut Dajjal, baginda bersabda:

( إنه أعور وإن ربكم ليس بأعور )

Dajjal itu buta sebelah matanya, dan sesungguhnya Rabb-mu tidaklah buta.

وإن المؤمنين يرون ربهم عز وجل يوم القيامة بأبصارهم كما يرون القمر ليلة البدر وأنه له إصبعاً بقوله صلى الله عليه وسلم عز وجل

Dan bahawa orang-orang mukmin pasti akan melihat Rabb mereka pada hari kiamat dengan pandangan mata mereka seperti mana mereka melihat bulan di malam pernama, juga bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta'ala memiliki jari-jemari sebagaimana yang dijelaskan melalui perkataan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

( ما من قلب إلا هو بين أصبعين من أصابع الرحمن عز وجل )

Tidaklah ada satu hati pun melainkan ia berada di antara dua jari ar-Rahman (Yang Maha Pengasih) 'Azza wa Jalla.

وإن هذه المعاني التي وصف الله عز وجل بها نفسه ووصفه بها رسوله صلى الله عليه وسلم , لا يدرك حقه ذلك بالفكر والدراية ولا يكفر بجهلها أحد إلا بعد انتهاء الخبر إليه وإن كان الوارد بذلك خبراً يقوم في الفهم مقام المشاهدة في السماع ( وجبت الدينونة ) على سامعه بحقيقته والشهادة عليه كما عاين وسمع من رسول الله صلى الله عليه وسلم , ولكن نثبت هذه الصفات وننفي التشبيه كما نفى ذلك عن نفسه تعالى ذكره فقال

Semua sifat-sifat ini yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sendiri bagi diri-Nya dan oleh sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tentang-Nya. Hakikat sebenarnya tidak dapat dijangkau oleh akal atau fikiran, dan orang yang mengingkarinya kerana kejahilan tidaklah kafir melainkan jika dia mengetahuinya tetapi dia mengingkarinya, barulah dia kafir. Dan bila mana yang datang tersebut merupakan berita yang kedudukannya di dalam pemahaman sebagaimana yang disaksikan dalam apa yang didengar, maka wajib baginya sebagai orang yang mendengar berita tersebut untuk mengimani dan tunduk kepada hakikat perkara tersebut dan mempersaksikan ke atasnya sebagaimana dia melihat dan mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Namun, kita menetapkan sifat-sifat ini dengan menafikan tasybih (penyerupaan kepada makhluk) sebagaimana Allah telah menafikan dari diri-Nya melalui firman-Nya:

(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ)

Tiada sesuatu pun yang menyerupai Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah asy-Syura, 42: 11)

Rujukan: (اعتقاد الأئمة الأربعة) I'tiqad Aimmah al-Arba'ah, m/s. 17-18. Cetakan pertama, 1412 -1992, Darul 'Asimah Saudi Arabia, oleh Syaikh Dr. Muhammad B. 'Abdurrahman al-Khumais. Rujuk juga:

مناقب الشافعي 1/412-413 , شرح أصول اعتقاد أهل السنة والجماعة 2/702

Kitab Manaqib asy-Syafi'e, oleh Imam al-Baihaqi, 1/412-413 dan Syarah Ushul I'tiqad Ahlus Sunnah wal Jama'ah, oleh Imam al-Lalika'i, 2/702.

13 comments:

Avishmael said...

Saya membenarkan kata Imam Syafie. tidak ada cacat cela padanya. Saya cuma meragui bagaimana anda menterjemahkan kata-kata imam yang mulia itu. Saya mncadangkan saudara menukar ungkapan "Allah memiliki tangan kanan" kepada "layak bagi Allah tangan kanan". Ini lebih tepat, lebih beradab dan tidak bersifat kontroversi. Ungkapan yg saya cadangkan ini bermaksud Allah lebih layak ke atas sesuatu yg baik di sisi manusia (yakni tangan kanan). Bagi kita sbg manusia, tangan kanan adalah lebih mulia berbanding tangan kiri. Maka, adalah sangat layak bagi Allah menuntut tangan kanan sebagai kepunyaan-Nya, tidak semestinya bermaksud Allah mempunyai tangan kanan.

Nawawi said...

Terjemahan harfiyah dia:

Dan bagi-Nya itu tangan kanan sebagaimana yang dikatakan-Nya (firman-Nya).

Avishmael said...

Begini lebih molek.

nurhaq said...

kita atau sesiapapun tidak perlu mengatakan/menjelaskan bahawa "Allah ada tangan,kaki dll"...cukup kita mengatakan bahawa...

"Sebaliknya, kedua tangan Allah itu terbuka..." (Surah al-Ma'idah, 5: 64)atau
"Dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya." (Surah az-Zumar, 39: 67)...(zahir ayat)

Dan setiap sesuatu pasti binasa, melainkan wajah Allah... (Surah al-Qashas, 28: 88)

apabila sesorang bertayakan "adakah Allah mempunyai/ada tangan??"
maka bacakanlah ayat diatas..setelah itu, soal kembali kepada yang bertanya..."adakah Allah mempunyai tangan??"

dan jika mereka bertanya,"BAGAIMANA tangan Allah?" maka, tinggalkan penyoal tersebut...kerana soalan itu sahaja sudah membawa kepada kejisiman atau membawa persoalan "bagaimana" Allah ada..?..

dan jangan juga kita memperkatakan "Allah ada tangan" kerana ucapan sebegini juga akan membawa kepada kejisiman (fitnah) walaupun ianya benar..

sebagai contoh..kita menjalankan perniagaan restoran..kemudian kita mengelap pinggan mangkuk menggunakan seluar dalam baru (yang masih belum diguna lagi..iaitu, bersih)pastinya jika orang nampak mereka tidak akan datang masuk kerestoran kita,sebaliknya repot kpd pihak berkuasa..walau kita katakan spender ini bersih (belum digunakan)..(FITNAH)

Allah itu tidak bersekutu, berkongsi, berharap atau sama dengan segala sesuatu..manusia itu buta (kecuali Allah yang bagi pengelihatan, manusia itu bisu (kecuali Allah jua yang memberi suara),manusia itu pekak (kecuali Allah memberi pendengaran),manusia itu tidak wujud (kecuali Allah jua yang menciptakan manusia)..manusia itu mati (tak wujud) dan Allah jua yang menghidupkan..adakah sama Allah dan makhluknya..??

(112:1) Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.
(112:2) Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
(112:3) Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,
(112:4) dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia".

Allah menciptakan hawa untuk adam, agar mereka berkasih sayang (bertujuan,mengenal,memahami,merasaai)apa itu kasih dan sayang (sifat Allah)..jika tidak demikian, bagaimana kita tahu/kenal apa itu kasih dan sayang dan dari situ juga kita harus pulangkan kasih dan sayang pada yang berhaq (Allah) bahawa Allahlah pengasih dan penyayang..begitu juga tangan, wajah,kaki..."Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir." ArRum

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir." (Qs. Ar. Ruum (30) : 21).

dalam kita menafikan sesuatu yang ada didepan kita...kita terlupa untuk menafikan apa yang ada pada diri kita..sebagaimana kalimah "TIADA TUHAN SELAIN ALLAH"

Dan dalam kalimah ini jika kita mengaku(tidak menafikan)bahawa kita melihat, sesungguhnya kita telah (bersekutu) dengan Allah..begitu juga mendengar, berkata dll...ini kerana Allah jua yang melihat,mendengar(hancur lenyap segala yang ada di alam ini)tiada tertanding dan terbanding...yang wujud hanya Allah ...Dan Muhammad itu persuruh (penyampai/pembawa kebenaran/Al Haq)Allah

(112:1) Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.
(112:2) Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
(112:3) Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,
(112:4) dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia".

Hadis Qudsi: Allah s.w.t. berfirman: "...Jika Aku mencintainya (seseorang hamba itu), maka Aku (Allah) jadi pendengarannya yang dia mendengar dengannya, Aku jadi penglihatannya yang dia melihat dengannya, Aku jadi tangannya yang dia meraba-raba dengannya dan Aku jadi kakinya yang dia melangkah dengannya..." (Hadis riwayat Al-Bukhari)


...TIADA DAYA, TIADA UPAYA, HANYA KERANA (kehendak) ALLAH sbw..

HARAP betulkan saya jika tersalah..

nurhaq said...

wujudnya golongan (A)yang menolak serta menafikan Allah mempunyai tangan,kaki,wajah dll disebabkan oleh wujudnya golongan (B) yang mengatakan "secara umum" bahawa Allah mempunyai tangan,kaki dll...
sebab itu kita dilarang melafaz secara umum tentang perkara atau ayat-ayat yang boleh mendatangkan keraguan yang tidak mampu kita sebagai hambanya memikirkannya mahupun membayangkan....
sebab itu jika ditanya "adakah allah mempunyai tangan?" maka bacakan sesuai dengan ayat Allah...
cukup sekadar itu..selebihnya Allah jua yang lebih mengetahui dan pemberitahu...dan jika ditanya "bagaimana tangan Allah??" maka tinggalkan soalan tersebut, kerana soalannya saja sudah membuat Allah berjisim dan bertempat..

begitu juga jika sesorang mengatakan "Allah punya tangan,kaki.wajah dll.." perkataan ini juga membawa kepada jisim dan bertempat...walau kita tak membayangkannya atau menyamakannya.. kerana sifat manusia itu suka berimigenasi... ajaran rasulullah (islam) amat halus dan amat perihatin yang mana ia menjaga keselamatan(aqidah/perasaan) antara umatnya agar selamat..
umpama satu kisah bila Rasulullah di beri beberapa biji limau di hadapan para sahabat, sehingga kesemua limau itu dimakan oleh Rasulullah..sehingga para sahabat menjadi pelik, kerana kebiasaan baginda akan memberi kesemua rasa makanan lebih2 lagi didepan sahabat yang melihat dalam keadaan kecuh (meleleh air liur..)..setelah habis makan, sahabat pun tanya..kenapa baginda menghabiskan kesemua limau tersebut dan tak beri kepada yang lain rasa..? Baginda memberi tahu...bahawa limau yang baginda makan kesemuanya masam dan jika kamu makan pasti kamu akan mengeji kepada orang yang memberi...
Begitu halus kaedah Rasulullah... dalam kita menyampaikan sesuatu kebenaran, kita harus fikir tentang penerimaan orang dan tahap ilmu sahabat lain,

sebab itu masa zaman Rasulullah, sahabat, tidak ada perbalahan tentang allah ada tangan dsg..

so ada baiknya..jangan mengatakannya kecuali di tanya..dan jawab sekadar sesuai dengan ayat-ayat allah..kerana hasilnya ramai yang tergelincir...

lihat bagaimana golongan ini menukar zahir "Wajah" kepada "arah yang diredhai Allah" (115 al baqarah)

"Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui."

Ini kerana mereka menolak tentang zahir ayat "Wajah"....alangkah hina mereka ini...dan apa yang saya fahami..golongan ini cuba mengubah/takut jika orang mengatakan/berfikir bahawa Allah mempunyai Wajah...(kerana satu golongan lagi mengatakan Allah ada wajah)..
pesan guru saya.."persoalan sebegini, seolah-olah "telur di hujung tanduk.." amat mudah tergelincir, jatuh dan akhirnya pecah... maka berhati-hati sahabat ku, kita semua islam..bersahabat, pandang bagaimana cinta Rasulullah kepada umat..tiada pilihan...seluruh umat baginda risaukan..

Avishmael said...

Saya bersetuju sangat dgn pemikiran nurhaq. Nama pun nurhaq (cahaya kebenaran). Saya rasa anda ni orang perempuan agaknya kerana bila saya baca kebanyakan tulisan anda, ia agak meleret seperti pemikiran kebanyakan perempuan lain. Pada pendapat saya, cuba ringkaskan tulisan anda. Tak payah bagi contoh meleret yg rasenye tak de kene mengene dgn subjek perbincangan.

zulziman said...

Paling bahaya mengancam akidah ialah kalau diubah kepada "ada tangan".

zulziman said...

Sebab itulah kita wajib mencari iktikad yang putus. Sifat salbiah : Ibarat menafikan barangyang tiada layak bagi Zat.

zulziman said...

Topik : Antara Realiti dan Fantasi
Pengajian sifat 20 adalah yang paling tepat dalam membicarakan sifat-sifat Allah. Kaedah ini bukan menghadkan Allah hanya bersifat 20 sahaja. Ini fitnah yang dilaungkan oleh pihak-pihak tertentu untuk kita menjauhkan diri daripada mempelajari "Pengajian sifat 20" itu sendiri. Disini saya menggunakan "angka" sebagai ibarat supaya kita lebih faham apa itu Pengajian sifat 20 (Supaya kita faham berapa bilangan sifat Allah). Untuk kita mengetahui permulaan angka dan akhir angka adalah mustahil. Kalau kita belajar matematik kita dapati ada angka negatif dan ada angka positif. Jadi permulaan angka tidak dapat diketahui. Akhir angka juga tidak dapat diketahui. Tapi kalau kita kaji kita dapati angka 0 itu berada ditengah-tengah (contoh: .... -2, -1, 0, + 1, +2 ... ). dan angka yang berulang-ulang yang digunakan untuk mengira ialah 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. (Pengajian 10 angka). Jadi angka yang wajib kita ketahui ialah ada 10.
Adapun konsep wa asma wa sifat : fahaman pihak tertentu yang mengatakan "nama Allah" menyatakan "sifat Allah" adalah tidak berapa tepat. Sebenarnya yang paling tepat ialah dari "sifat-sifat Allah" dapat "Nama-nama bagi Allah (Asma ul husna)". Contoh : dari sifat "melihat" dapat nama "Yang melihat". Contoh lain, Allah menciptakan alam, wajiblah Allah mempunyai sifat Hidup, Tahu, Berkuasa, dan Berkehendak(Menentukan). Bila Allah dah selesai ciptakan alam barulah Allah memuji diriNya sendiri dengan nama Ar-Rahman (Ar-Rahman atas Arasy semayam).Dan lain-lain. Selesai.

zulziman said...

Topik : Antara Realiti dan Fantasi
Pengajian sifat 20 adalah yang paling tepat dalam membicarakan sifat-sifat Allah. Kaedah ini bukan menghadkan Allah hanya bersifat 20 sahaja. Ini fitnah yang dilaungkan oleh pihak-pihak tertentu untuk kita menjauhkan diri daripada mempelajari "Pengajian sifat 20" itu sendiri. Disini saya menggunakan "angka" sebagai ibarat supaya kita lebih faham apa itu Pengajian sifat 20 (Supaya kita faham berapa bilangan sifat Allah). Untuk kita mengetahui permulaan angka dan akhir angka adalah mustahil. Kalau kita belajar matematik kita dapati ada angka negatif dan ada angka positif. Jadi permulaan angka tidak dapat diketahui. Akhir angka juga tidak dapat diketahui. Tapi kalau kita kaji kita dapati angka 0 itu berada ditengah-tengah (contoh: .... -2, -1, 0, + 1, +2 ... ). dan angka yang berulang-ulang yang digunakan untuk mengira ialah 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. (Pengajian 10 angka). Jadi angka yang wajib kita ketahui ialah ada 10.
Adapun konsep wa asma wa sifat : fahaman pihak tertentu yang mengatakan "nama Allah" menyatakan "sifat Allah" adalah tidak berapa tepat. Sebenarnya yang paling tepat ialah dari "sifat-sifat Allah" dapat "Nama-nama bagi Allah (Asma ul husna)". Contoh : dari sifat "melihat" dapat nama "Yang melihat". Contoh lain, Allah menciptakan alam, wajiblah Allah mempunyai sifat Hidup, Tahu, Berkuasa, dan Berkehendak(Menentukan). Bila Allah dah selesai ciptakan alam barulah Allah memuji diriNya sendiri dengan nama Ar-Rahman (Ar-Rahman atas Arasy semayam).Dan lain-lain. Selesai.

Ibn Mansor said...

Boleh tahan ilmu akal antum..Best giler takwil ayat quran..Pastu leh wat matematik plak..ni mesti masuk MIT kat US tu..IQ "tinggi" la katakan..wat pe la nk pening2 pk tgn Allah tu bukan tgn, wajah Allah bukan wajah..kalu Allah cakap tgn tu tgn la kan senang "Kami Dgr dan Kami Taat" x pernah saya dgr hadis atau athar para sahabat membincangkan benda ni..sebab ape nak tau x..sebab mereka tau ape yang tuhan kata itu sesuai dgn kebesaran dan kemulian baginya..ni siap ade blaja matematik plak..tahapehapentah..xphm aku org suke nk takwil ni..bleh jd gile lyn org takwil..

Azman said...

Allah tak izinkan kita fikir bagaimana zat dia, dia sebut tangan , kita beriman, tanpa mengandaikan ia macam mana, tentulah tidak sama dengan pemahaman manusia, ada bentuk ada jari ada tulang ada daging. Maknanya tangan Allah yang bukan dengan kefahaman mana2 kamus. Zat Allah adalah rahsia hinggalah kita bertemu dengan Allah nanti batu Allah beri ilmu tentang maksud sifat2 tadi.

Azman said...

Allah tak izinkan kita fikir bagaimana zat dia, dia sebut tangan , kita beriman, tanpa mengandaikan ia macam mana, tentulah tidak sama dengan pemahaman manusia, ada bentuk ada jari ada tulang ada daging. Maknanya tangan Allah yang bukan dengan kefahaman mana2 kamus. Zat Allah adalah rahsia hinggalah kita bertemu dengan Allah nanti batu Allah beri ilmu tentang maksud sifat2 tadi.