__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Monday, November 9, 2009

111 - Perkataan Imam asy-Syafi'e Tentang Istiwa Allah

Perkataan Imam asy-Syafi'e Tentang Istiwa Allah

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

روى شيخ الإسلام أبو الحسن الهكاري والحافظ أبو محمد المقدسي بإسنادهم إلى أبي ثور وأبي شعيب كلاهما عن الإمام محمد بن إدريس الشافعي ناصر الحديث رحمه الله تعالى قال القول في السنة التي أنا عليها ورأيت عليها الذين رأيتهم مثل سفيان ومالك وغيرهما الإقرار بشهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وأن الله على عرشه في سمائه يقرب من خلقه كيف شاء وينزل إلى السماء الدنيا كيف شاء وذكر سائر الإعتقاد

Terjemahan: Syaikhul Islam Abul Hasan al-Hikari dan al-Hafiz Abu Muhammad al-Maqdisi meriwayatkan dengan rangkaian sanad mereka kepada Abi Tsaur dan Abi Syu'aib, keduanya dari imam Muhammad B. Idris asy-Syafi'e nashirul Hadis (pembela hadis) rahimahullah Ta'ala, beliau berkata:

Sunnah yang aku anut sebagaimana yang dipegang (dianuti) oleh Sufyan, Malik dan selain keduanya adalah pengakuan dengan Syahadat (kesaksian) bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah (dengan benar) melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah, dan sesungguhnya Allah di atas 'Arsy-Nya di langit-Nya. Dia dekat dengan makhluk-Nya sebagaimana yang Dia kehendaki, dan turun ke langit dunia sebagaimana yang Dia kehendaki... begitulah seterusnya beliau menyebutkan keyakinannya yang lainnya.

Rujuk:

العلو للعلي الغفار للحافظ الذهبي
Kitab:
1 - Imam adz-Dzahabi, al-'Uluw Lil 'Aliyyil Ghoffar, no. 443.
2 – Muhammad Nashiruddin al-Albani, Mukhtashor al-'Uluw Lil 'Aliyyil Ghoffar, no. 196.

3 comments:

Kebenaran Islam said...

Tuan,
Boleh hamba dptkan hadis yg mengatakan bhw nabi menyuruh kita mengucapkan dua kalimah syahadah dan bukan kalimah tauhid yg di minta tuhan? Ini kerana tuhan di dlm al quran melarang membuat sekutu baginya dari makhluk yg di ciptakannya. Dan surah Al Kahfi 110, tuhan perintah bhw dlm solat kita dilarang menyebut nama selain tuhan.

Anonymous said...

"Syaikhul Islam Abul Hasan al-Hikari dan al-Hafiz Abu Muhammad al-Maqdisi meriwayatkan dengan rangkaian sanad mereka kepada Abi Tsaur dan Abi Syu'aib, keduanya dari imam Muhammad B. Idris asy-Syafi'e nashirul Hadis."

Mengapa al-Maqdisi tidak menerangkan sanadnya dari Abu Thaur dan Abu Shu`ib? Bagaimana saudara boleh menerima riwayat ini yang sanadnya tidak sempurna. Menurut al-Khatib al-Baghdadi, Abu Shu`ib lahir dua tahun selepas Imam Shafi`e wafat. Dia tidak mendengar sendiri dari Imam Shafi`e, jadi dia dengar dari siapa? Jelas riwayat ini cacat, maka dalam perkara Akidah kita tidak boleh bersandar kepada riwayat yang cacat.

Nawawi said...

Boleh Cek:

عون المعبود ( 13 / 41 و 47 ) وساقه ابن أبي يعلى في طبقات الحنابلة بإسناده المتصل إلى الشافعي

- Sanadnya bersambung.