__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Sunday, December 14, 2008

087 - (Bahagian 25) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

(Bahagian 25) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Dari imam Ahmad bin Hanbal (katanya):

Dasar ahlus sunnah menurut kami adalah,

50 - Barangsiapa meninggal dunia dari ahli kiblat dalam keadaan bertauhid, maka dia (berhak) disolatkan dan dimintakan ampunan baginya. Dan itiqhfar (permintaan ampunan kepada Allah) tidak boleh dihalangi darinya. Dan mensolati jenazahnya tidak boleh ditinggalkan disebabkan suatu dosa yang dilakukannya, sama ada dosa kecil atau pun besar. Dan urusannya terserah kepada Allah. (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, prinsip 50)

Penjelasan/Syarah:

Berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa: “Ya Rabb kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami”.” (Surah al-Hasyr, 59: 10)

Dan juga disebabkan kita dilarang untuk memintakan ampunan dan mensolatkan bagi orang yang mati dalam keadaan tidak bertauhid. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:


“Dan janganlah kamu sekali-kali mensolatkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan Janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya.” (Surah at-Taubah, 9: 84)

Dan firman-Nya (pula):

“Tidak sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walau pun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat(nya), setelah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahannam.” (Surah at-Taubah, 9: 113)

Imam Ahmad telah menjelaskan bahawa perkara ini (hak dimintakan ampunan kepada Allah dan disolatkan jenazahnya) merupakan hak bagi orang yang melakukan maksiat yang kecil maupun besar, sedangkan ia seorang muwahhid (ahli tauhid) dan ahli kiblat. Pengikat ini penting untuk menjelaskan dua perkara (iaitu):

Pertama: Bahawa syirik kepada Allah walaupun merupakan dosa besar di antara dosa-dosa besar, dan bahkan ia adalah dosa besar yang paling besar, hanya saja dosa syirik itu terkecualikan dari hak-hak tersebut (disolatkan jenazah dan dimintakan ampun kepada Allah). Maka barangsiapa melakukan dosa besar syirik, maka dia tidak mendapatkan kebaikan ini, seperti disolatkan jenazahnya dan dimintakan ampun kepada AIIah.

Kedua: Bahawa dia boleh saja melakukan dosa kecil dengan meremehkannya, berlebih-lebihan di dalamnya dan menghalalkannya, sehingga dengannya ia keluar dari agama Islam, dan ketika itu juga dia tidak disebut sebagai seorang muwahhid (ahli tauhid), bahkan dia menjadi seorang kafir yang musyrik. Dan janganlah ada seseorang yang menyangka bahawa kami menilai orang tertentu dengan kekafiran. Sebab penilaian terhadap suatu perbuatan dengan kekafiran tidak bererti secara pasti memberikan penilaian kekafiran terhadap pelakunya. Maka berkaitan dengan masalah ini, di sini harus ada catatan penting: (Iaitu) bahawa perkara memberikan penilaian kepada orang tertentu dengan kekafiran adalah bukan perkara remeh, bahkan merupakan perkara yang sangat berbahaya, yang harus diwaspadai. Sebab akan menimbulkan hukum-hukum duniawi dan ukhrawi. Banyak dari kalangan pemuda menganggap remeh perkara ini, sehingga mereka jatuh dalam kesalahan-kesalahan dan penyimpangan-penyimpangan yang besar. Di sini ada kaedah-kaedah dalam masalah ini yang patut diperhatikan dan difahami, di antaranya:

A. Perbezaan di antara kufur ‘amali (perbuatan) atau qauli (perkataan) dan kufur i’tiqadi (keyakinan). Dalam point ini sila lihat Kitab ash-Shalatu karya imam Ibnul Qayyim rahimahullah.

B. Bahawa suatu keyakinan, yakni keislaman tidak akan hilang dari seseorang melainkan dengan keyakinan yang serupa. Maka harus tampak (jelas terlihat) darinya kekafiran yang terang dan kesyirikan yang nyata, yang tiada keraguan di dalamnya. Dalam perkara ini sila lihat kitab As-Sailul Jarrar karya Imam Syaukani.

C. Jika telah terbukti bahawa perkara itu merupakan kesyirikan yang nyata, yang tidak diragukan lagi. Maka perlu dilihat (terlebih dahulu) pelakunya. Dan adakah telah terpenuhi padanya syarat-syarat pengkafiran? Serta tidak ada lagi penghalang-penghalang kekafiran? Seperti dia adalah seorang yang bodoh, atau penta’wil, dia seorang yang terpaksa, atau

D. Kemudian memberikan penilaian kepada sesiapapun dengan kekafiran itu menuntut agar dilihat (terlebih dahulu) orang yang memberi penilaian tersebut. Adakah dia orang yang ahli dalam memberikan penilaian ataukah tidak? Jika memang sedemikian, maka perkara tersebut (memberi tuduhan kafir atau musyrik) bukan perkara yang bebas bagi setiap orang untuk membicarakannya. Bahkan perkara itu hanya bagi orang yang ahli dalam menilai (orang lain). Dan dia adalah orang yang telah dijelaskan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam:

“Apabila seorang hakim memberikan suatu keputusan, dan ia benar, maka baginya dua pahala. Dan jika dia memberi suatu keputusan, lalu dia salah, maka baginya satu pahala.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (hadis: 7352) dan Muslim (hadis: 1716), dan itu termasuk masalah-masalah qadha’)

Rasulullah bersabda:

“Hakim itu ada tiga: Dua masuk neraka dan yang satu masuk syurga. (Iaitu) seorang hakim yang mengetahui kebenaran, lalu dia memberi keputusan dengannya, maka dia masuk syurga. Dan seorang hakim yang memberi keputusan kepada manusia dengan kebodohan, maka dia masuk neraka. Dan seorang hakim yang mengetahui kebenaran, lalu dia berbuat jahat dalam keputusannya, maka dia masuk neraka.” (Diriwayatkan oleh Ashhabus Sunan (Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa-i, dan lbnu Majah dan hadisnya sahih. Lihat al-Irwa’: 2614))

Walaupun kami berkeyakinan, bahawa sebahagian orang dari orang-orang yang menisbatkan diri kepada agama Islam secara palsu dan dusta, dan orang-orang yang memiliki nama dan berpakaian seperti kita (nama dan pakaian Islami) berhak diletakkan sebagai kafir dan murtad dari agama Islam. Akan tetapi perkara ini tidak membolehkan orang-orang yang bukan ahlinya untuk membicarakannya.

Saya merasa hairan dari para pemuda yang agresif (agrar), mereka berdiri dan memperbincangkan perkara-perkara berbahaya ini sebelum mereka mempelajari masalah-masalah kecil yang berkaitan dengan benarnya ibadah mereka. Saya melihat perkara itu tiada lain hanyalah suatu bentuk talbis (tipu daya) terhadap mereka. Padahal mereka dalam kelonggaran (kelemahan) dari (membicarakan) masalah ini. Dan Allah tidak membebani mereka agar memperbincangkan secara mendalam pada masalah-masalah tersebut. Akibatnya, mereka meninggalkan apa yang mereka diperintahkan supaya mempelajarinya dan mengajarkannya. Mereka lalai darinya disebabkan perkara-perkara yang yang setidak-tidaknya mudharatnya lebih besar dari manfaatnya. Duhai sekiranya mereka menerima hukum-hukum tersebut dari para ulama, niscaya perkaranya akan lebih ringan. Akan tetapi mereka menerimanya sama ada secara langsung dari mendengar ayat, atau membaca hadis, atau boleh juga mereka menerimanya dari sebagian qari’ atau mutsaqqaf (orang yang memiliki wawasan dari hasil membaca atau mendengar berita-berita di media cetak ataupun elektronik padahal mereka bukan ulama yang sebenarnya, walaupun berpakaian seperti pakaian ulama. Sekiranya para pemuda memenuhi (majlis-majiis) para ulama dan mengambil pelajaran dari nasihat generasi salaf mereka yang soleh, iaitu “Pergilah kamu di pagi hari sebagai orang aiim (berilmu) atau penuntut ilmu. Dan janganlah kamu menjadi yang ketiga (selain orang berilmu atau penuntut ilmu kerana kamu akan binasa.”

Dan perkataan Ali (bin Abi Thalib): “Manusia itu ada tiga golongan: Orang alim (berilmu), dan penuntut ilmu berada di atas jalan keselamatan, serta orang bodoh yang hina dina yang selalu mengikuti setiap orang yang menyeru.”

Sekiranya mereka memahami dan berpegang dengan nasihat ini maka akan menjadi lebih baik dan lebih lurus bagi mereka. Akan tetapi sebahagian mereka menyimpang dari jaian (yang lurus) dan mengikuti hawa nafsu serta meninggalkan jama’ah (muslimin) yang mana mereka adalah para ulama besar. Maka betullah sabda Nabi tentang sifat mereka:

“Akan keluar di akhir zaman suatu kaum yang muda belia usianya, akal-akalnya bodoh, mereka berkata dengan perkataan sebaik-baik manusia, mereka membaca al-Qur’an tetapi tidak melepasi tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama Islam sebagaimana anak panah keluar dari sasarannya.” (Lihat Shahih aI-Jami’: 3654)

Dan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam:

“Akan terjadi pada umatku perselisihan dan perpecahan, yakni suatu kaum yang bagus perkataannya tetapi buruk perbuatannya. Mereka membaca al-Qur’an tetapi tidak melepasi tenggorokan mereka....” (Lihat Shahih al-Jami’: 3668)

Dan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam:

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang menipu. Yang mana pada waktu itu orang yang dusta dibenarkan, dan orang yang jujur didustakan. Orang yang khianat diberi amanah, dan orang yang terpercaya dianggap khianat. Pada waktu itu (pula) ruwaibidhah berbicara.” Maka ditanyakan, “Apa itu ruwaibidhah?” Nabi menjawab: “Iaitu orang bodoh yang berbicara tentang perkara (permasalahan) orang banyak.” (Hadis Riwayat lbnu Majah)

Ya Allah, tampakkan kepada kami kebenaran sebagai kebenaran, dan anugerahkanlah kepada kami kemampuan untuk mengikutinya. Dan tampakkan kepada kami kebathilan sebagai kebathilan, dan anugerahkan kepada kami kemampuan untuk menjauhinya. Dan tunjukilah kami kepada kebenaran dalam perkara yang diperselisihkan, dengan izin-Mu, sesungguhnya Engkau Menunjuki siapa saja yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.

(Tamat)

Dinukil dan disunting dari:

Kitab Ushulus Sunnah, oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Tahqiq/Syarah Walid bin Muhammad Nubaih, m/s. 149-154. (Edisi Terjemahan: Terbitan Pustaka Darul Ilmi, Mac 2008M)

1 comment:

Anonymous said...

Posting yang pintar

salam kenal dari : http://myrazano.com

Ditunggu kunjungannya