__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, March 2, 2010

117 - ‘Arsy Allah Dan Kursi Allah

‘Arsy Allah Dan Kursi Allah

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

‘Arsy dari sudut bahasa bererti singgahsana raja (سرير الملك). Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (berkaitan Nabi Yusuf):

وَرَفَعَ أَبَوَيْهِ عَلَى الْعَرْشِ

Terjemahan: “Dan beliau menaikkan ibu bapanya ke atas singgahsana...” (Surah Yusuf, 12: 100)

Dan Allah berfirman (berkaitan Ratu Saba’):

وَلَهَا عَرْشٌ عَظِيمٌ

Terjemahan: “Dan dia memiliki singgahsana yang besar.” (Surah an-Naml, 27: 23)

Ada pun ‘Arsy Allah yang Maha Pemurah yang Dia bersemayam di atasnya adalah ‘Arsy yang besar yang meliputi seluruh makhluk. ‘Arsy adalah makhluk yang paling tinggi dan paling besar, sebagaimana dijelaskan melalui hadis dari Abi Dzarr radhiayallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

ما السموات السبع والأرَضون السبعُ عند الكرسي إلا كحلْقة ملقاة في أرض فَلاة، وإن فضل العرش على الكرسي كفضل الفلاة على تلك الحلْقة

Terjemahan: Tidaklah ketujuh-tujuh langit dan bumi jika dibandingkan dengan kursi melainkan seperti gelang/cincin yang dilemparkan di tengah-tengah padang yang sangat luas (padang pasir/gurun/sahara), dan sesungguhnya ukuran ‘Arsy dibandingkan dengan kursi adalah seperti besarnya padang yang luas tersebut dibandingkan dengan gelang tersebut. (Hadis Riwayat al-Baihaqi, al-Asma’ wa ash-Shifat, 2/300. Komentar al-Baihaqi: Hadis ini memiliki syahid dengan isnad yang diterima. Abu Syaikh, al-Azhomah, 2/570. Hadis ini disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Mukhtasar al-‘Uluw lil aliyyil Ghoffar, no. 105. Juga disahihkan oleh al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah, 1/223, no. 109, dan Ta’liq ath-Thohawiyah, 1/54. Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: Disahihkan oleh Ibnu Hibban, dan memiliki syahid (penguat) daripada Mujahid, diriwayatkan oleh Sa’id B. Manshur di dalam at-Tafsir dengan sanad sahih darinya (Rujuk: Fathul Bari Syarh Shohih al-Bukhari, 13/411))

Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata berkenaan hadis ini:

والحديث له طرق وقد رواه أبو حاتم بن حبان في صحيحه وأحمد في المسند وغيرهما

Terjemahan: Hadis ini memiliki banyak jalan, ia diriwayatkan oleh Abu Hatim, Ibnu Hibban di dalam Shohihnya, Ahmad di dalam al-Musnadnya dan yang selainnya. (Rujuk: Ibnu Taimiyyah, ar-Risalah al-‘Arsyiyah, m/s. 3. Majmu’ al-Fatawa, 6/556)

Al-Kursi dari sudut bahasa bererti singgahsana dan tempat duduk.

Adapun al-Kursi yang Allah kaitkan dengan diri-Nya adalah tempat kedua kaki-Nya.

Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata:

الكرسي موضع قدميه و العرش لا يقدر قدره

Terjemahan: al-Kursi adalah tempat kedua kaki (Allah), dan ‘Arsy tiada yang mengetahui ukurannya melainkan Allah. (Diriwayatkan oleh ‘Abdullah B. Ahmad, as-Sunnah, no. 586, isnadnya hasan – Tahqiq Muhammad Sa’id Salim al-Qahthani. Al-Hakim di dalam al-Mustadraknya, 2/310: Hadis ini sahih di atas Syarat dua Syaikh (al-Bukhari & Muslim) walaupun keduanya tidak meriwayatkannya. Dipersetujui oleh adz-Dzahabi. Rujuk juga Fathul Bari: Daripada Ibnu ‘Abbas, bahawasanya al-Kursi adalah tempat pijak kedua kaki (Allah) dengan sanad yang sahih, 8/199. Syaikh al-Albani berkata: Sahih mauquf (perkataan Ibnu ‘Abbas), Mukhtasar al-‘Uluw lil ‘aliyyil Ghoffar, 1/75)

Berkata al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah:

عن ابن عباس قال: الكرسي موضع القدمين والعرش لا يقدر أحد قدره. وقد رواه الحاكم في مستدركه … وقال: صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه

Terjemahan: Daripada Ibnu ‘Abbas, beliau berkata:

Al-Kursi merujuk tempat pijakan kedua kaki, dan ‘Arsy tiada seorang pun yang dapat mengetahuinya (kadar/ukurannya). Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadraknya ... dengan katanya: Sahih bertepatan dengan Syarat dua Syaikh (al-Bukhari dan Muslim) walaupun keduanya tidak meriwayatkannya. (Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’an al-Adzim, 1/680)

Friday, February 19, 2010

116 - Masa Tidak Termasuk Nama Allah

Masa (ad-Dahr) Tidak Termasuk Nama Allah

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Berkata Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin (rahimahullah):

ومن ثم نعرف أنه ليس من أسماء الله: "الدهر" لأنه لا يتضمن معنى يبلغ غاية الحسن، فأما قوله صلى الله عليه وسلم

Ad-Dahr (masa) tidaklah termasuk Nama Allah kerana kalimah tersebut tidak mengandungi makna kebaikan yang sempurna. Ada pun berkaitan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

لا تسبوا الدهر، فإن الله هو الدهر

Terjemahan: “Jangan kamu mencela ad-Dahr (masa), kerana Allah adalah ad-Dahr (masa).” (Hadis Riwayat Ahmad, 15/70, no. 9137. Muslim, 11/313, no. 4169)

فمعناه: مالك الدهر المتصرف فيه، بدليل قوله في الرواية الثانية عن الله تعالى

Maknanya di sini bahawa Allah-lah yang menguasai masa ini, Allah yang mengatur masa, berdasarkan firman Allah melalui sebuah hadis qudsi:

بيدي الأمر أقلب الليل والنهار

Terjemahan: “Di Tangan-Ku-lah segala urusan, Aku yang menukar malam dan siang.” (Rujuk: Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin, Syarah Lum’atul I’tiqad, saaid.net)

Beliau (Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin) juga menjelaskan:

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui sebuah hadis qudsi:

“Manusia telah menyakitiku, mereka mencela masa.”

Iaitu mencela waktu atau zaman, sama ada siang atau malam, sedangkan mencela siang atau malam bererti mencela Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana Allah-lah yang mengatur adanya siang dan malam. Kerana itu Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman tentang dirinya di dalam sebuah hadis qudsi:

“Akulah masa, hanya di tangan-Ku segala urusan, Akulah yang menukar siang dan malam.” (Muttafaq ‘alaih)

Ada pun memuji masa, berkaitan dengan seseorang yang memuji Rabb-nya dengan memuji masa tersebut bukan hanya memuji hari-hari siang dan malam maka tidak mengapa. Dan ini adalah baik. Seperti perkataan ini adalah hari-hari yang menyenangkan, aman, dan membahagiakan, dan alhamdulillah. Maka ia merupakan hari yang barakah atau seumpamanya, maka keadaan ini tidak mengapa. Ada pun memuji masa dengan melupakan Pencipta masa itu, maka ini tidak dibenarkan. Kerana memuji sebab dengan melupakan yang menjadikan sebab sebenarnya merendahkan dan meruntuhkan penyebab, iaitu Allah. (Rujuk: Ensiklopedi Fatwa Syaikh ‘Utsaimin (Judul asal: al-Fatawa al-Muhimmah), jil. 1, m/s. 113, Terbitan/terjemahan Pustaka as-Sunnah)

Di dalam riwayat yang lain, Rasulullah menjelaskan:

لَا تَسُبُّوا الدَّهْرَ، فَإِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ: أَنَا الدَّهْرُ، الْأَيَّامُ وَاللَّيَالِي لِي، أُجَدِّدُهَا وَأُبْلِيهَا، وَآتِي بِمُلُوكٍ بَعْدَ مُلُوكٍ

Terjemahan: “Janganlah kamu mencela masa kerana Allah berfirman, “Aku adalah masa, malam dan siang adalah milik-Ku, Aku menjadikannya baru dan berlalu, dan Aku mengganti para raja dengan para raja yang baru”.” (Hadis Riwayat Ahmad, 16/272, no. 10438. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Hadis Sahih)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menyebutkan:

قال الشافعي وأبو عبيدة وغيرهما من الأئمة في تفسير قوله: "لا تسبوا الدهر؛ فإن الله هو الدهر": كانت العرب في جاهليتها إذا أصابهم شدة أو بلاء أو نكبة، قالوا: يا خيبة الدهر. فيسندون تلك الأفعال إلى الدهر ويسبونه، وإنما فاعلها هو الله [عز وجل] فكأنهم إنما سبوا، الله عز وجل؛ لأنه فاعل ذلك في الحقيقة، فلهذا نُهي عن سب الدهر بهذا الاعتبار؛ لأن الله هو الدهر الذي يعنونه، ويسندون إليه تلك الأفعال. هذا أحسن ما قيل في تفسيره، وهو المراد، والله أعلم. وقد غلط ابن حزم ومن نحا نحوه من الظاهرية في عدهم الدهر من الأسماء الحسنى، أخذا من هذا الحديث

Terjemahan: Telah berkata asy-Syafi’e, Abu ‘Ubaidah dan selainnya dari para imam di dalam tafsir berkenaan firman Allah: “Janganlah kamu mencela masa, kerana Allah adalah ad-Dahr (masa).”

Pada masa ‘Arab jahiliyyah, ketika bangsa ‘Arab ditimpa bencana sehingga mereka menganggap bahawa yang melakukan semua itu adalah masa, lalu mereka pun mencela masa, padahal yang melakukan semua itu adalah Allah (‘Azza wa Jalla). Dengan perkataan mereka itu, seakan-akan mereka mencela Allah ‘Azza wa Jalla, kerana Allah-lah yang yang melakukan semuanya. Sebab itulah perbuatan mencela masa dilarang, kerana Allah adalah masa dengan merujuk maksud celaan tersebut. Juga kerana setiap kejadian yang buruk tersebut dinisbatkan oleh mereka kepada Allah (yang menjadikannya).

Inilah perkataan terbaik di dalam mentafsirkannya dan itulah maksud yang sebenarnya. Wallahu a’lam.

Dalam hal ini, Ibnu Hazm dan yang sealiran dengannya dari kelompok zhohiriyyah telah silap (keliru) di mana mereka menyatakan bahawa ad-Dahr (masa) adalah salah satu dari Asma’ al-Husna (Nama-nama) Allah berdasarkan hadis tersebut. (Rujuk: Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’an al-Adzim, 7/269-270)

Ibnul Qayyim rahimahullah menjelaskan:

فَسَابّ الدّهْرِ دَائِرٌ بَيْنَ أَمْرَيْنِ لَا بُدّ لَهُ مِنْ أَحَدِهِمَا . إمّا سَبّهُ لِلّهِ أَوْ الشّرْكُ بِهِ فَإِنّهُ إذَا اعْتَقَدَ أَنّ الدّهْرَ فَاعِلٌ مَعَ اللّهِ فَهُوَ مُشْرِكٌ وَإِنْ اعْتَقَدَ أَنّ اللّهَ وَحْدَهُ هُوَ الّذِي فَعَلَ ذَلِك وَهُوَ يَسُبّ مَنْ فَعَلَهُ فَقَدْ سَبّ اللّهَ

Terjemahan: Mencela masa itu berkemungkinan daripada salah satu dari dua perkara yang pasti berlaku. Iaitu mungkin darinya telah mencela/menyakiti Allah atau mensyirikkannya. Sekiranya ia meyakini bahawa masa itu bersifat (bertindak) seperti Allah, maka ia telah melakukan kesyirikkan. Dan sekiranya ia berkeyakinan bahawa Allah-lah sahaja yang bertindak, tetapi kemudian dia mencela masa, maka dia telah mencela Allah disebabkan Allah-lah yang memperlakukan (mengatur) masa tersebut. (Rujuk: Ibnul Qayyim, Zaadul Ma’aad, 2/323)

Wallahu a’lam...

Sunday, January 24, 2010

115 - Prinsip-prinsip Di Dalam Berinteraksi Dengan Orang-orang Kafir

Prinsip-prinsip Di Dalam Berinteraksi Dengan Orang-orang Kafir

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menciptakan manusia dengan tujuan supaya manusia beribadah (mengabdikan diri) hanya kepada-Nya.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ

“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah (megabdikan diri) kepada-Ku.” (Surah adz-Dzariyat, 51: 56)

Atas sebab itulah, maka Allah ‘Azza wa Jalla mengutus para rasul dengan membawa agama yang haq (benar), untuk membimbing manusia melaksanakan ibadah dengan benar. Setiap para rasul itu adalah Muslim. Iaitu setiap mereka yang menyerahkan diri, tunduk, dan patuh kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka dia adalah seorang Muslim. Dan pengertian Islam secara umum itu adalah agama yang benar sebagaimana agama yang dibawa oleh para nabi dan rasul dari Nabi Nuh ‘alaihis Salam sehinggalah ke Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Namun secara khusus, Islam adalah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Dan kemudiannya, dengan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alahi wa Sallam ini, Allah Subhanahu wa Ta’ala menghapuskan (memansukhkan) seluruh agama dan syariat yang telah berlaku (wujud) sebelumnya (sebagaimana yang dibawa oleh para Nabi yang terdahulu). Maka, setiap orang yang sampai kepadanya seruan agama ini (seruan Islam), namun tidak memeluknya, maka dia adalah orang-orang yang kafir (ingkar).

Agama Islam adalah agama yang haq dan ‘adil, ia mengajar kaedah bermuamalah dengan seluruh jenis manusia, termasuk menjelaskan bagaimana seseorang Muslim perlu bermu’amalah kepada orang-orang kafir. Dari itu, berikut adalah sebahagian dari asas-asas yang dimaksudkan berkaitan dengan Adab di dalam bermu’amalah terhadap orang-orang kafir.

Seseorang Muslim meyakini bahawa seluruh agama selain dari agama Islam itu adalah batil dan penganutnya adalah kafir. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإسْلامُ

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 19)

Dan firman-Nya:

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Sesiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) darinya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (Surah Ali ‘Imran, 3: 85)

Juga firman-Nya:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagimu.” (Surah al-Ma’idah, 5: 3)

Dengan berita-berita dari Allah Subhanahu wa Ta’ala ini, seseorang Muslim mengetahui bahawa semua agama sebelum Islam telah dihapus (dimansukhkan) dan Islam menjadi agama bagi semua manusia. Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan menerima agama selain dari Islam, juga tidak redha dengan syariat selain dari syariat Islam. Dari sini seorang Muslim meyakini bahawa setiap orang yang tidak tunduk kepada Allah dengan menganut Islam, maka dia adalah kafir dan perlu untuk kita bersikap terhadapnya dengan sikap yang telah ditentukan oleh syariat. Di antaranya adalah sebagai berikut:

1 - Tidak bersetuju dengan kedudukannya di atas kekufuran dan tidak redha dengan kekufuran. Kerana redha terhadap kekufuran merupakan salah satu bentuk kekufuran.

2. Membenci orang kafir disebabkan Allah membencinya. Kerana di dalam Islam, cinta itu adalah kerana Allah, begitu juga benci wajib juga kerana Allah. Oleh kerana itu, apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala membenci orang kafir disebabkan kekufuran orang tersebut, maka seseorang Mukmin wajib juga membenci orang kafir tersebut.

3. Tidak memberikan “wala’” (persaudaraan, kecintaan, kasih-sayang, atau ketaatan) kepada orang kafir. Allah Subahanhu wa Ta’ala berfirman:

لا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ

Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (saudara, pemimpin, pelindung, atau penolong) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. (Surah Ali ‘Imran, 3: 28)

Dan firman-Nya:

لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ

“Kamu tidak akan mendapati satu kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu adalah bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka.” (Surah al-Mujadilah, 58: 22)

4. Bersikap adil dan berbuat baik kepadanya, selagi orang kafir tersebut bukan dari jenis kafir muharib (orang kafir yang memerangi umat Islam). Ini adalah berdasarkan firman Allah Subahanahu w a Ta’ala:

لا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (Surah al-Mumtahanah, 60: 8)

Ayat yang mulia lagi muhkam (ayat yang maknanya jelas dan hukumnya tidak dihapuskan) ini membolehkan bersikap adil dan berbuat baik kepada orang-orang kafir, kecuali orang-orang kafir muharib (orang-orang kafir yang memerangi umat Islam). Kerana Islam memberikan sikap khusus terhadap orang-orang kafir muharib.

5. Menunjukkan belas-kasihan kepada orang kafir dengan sifat belas-kasihan yang bersifat umum (yang bukan Syar’i). Seperti memberi makan jika dia lapar, memberi minum sekiranya dia dahaga, mengubatinya jika sakit, menyelamatkannya dari keburukkan, dan tidak mengganggunya (tidak menyusahkannya atau menyakitinya). Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمْ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا مَنْ فِي الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ

Kasihilah orang-orang yang berada di atas bumi, nescaya kamu akan dicintai oleh yang di atas langit (Allah). (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 7/161, no. 1847: Hadis ini hasan Shahih).

6. Tidak mengganggu harta, darah, dan kehormatan, selama mereka bukan dari golongan kafir muharib. Allah berfirman sebagaimana di dalam hadis Qudsi:

عَنْ أَبِي ذَرٍّ: عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا رَوَى عَنْ اللَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنَّهُ قَالَ يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا

Dari Abu Dzarr radhiyallahu ‘anhu, dan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beiliau meriwayatkan dari Allah Tabaraka wa Ta’ala yang berfirman: “Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku, dan Aku menjadikannya sesuatu yang diharamkan di tengah-tengah kamu, maka janganlah kamu saling menzalimi”. (Hadis Riwayat Muslim, 12/455, no. 4674)

Juga firman-Nya:

قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالإثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ

Katakanlah: “Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar...”. (Surah al-A’raaf, 7: 33)

7. Boleh memberi hadiah kepadanya dan boleh juga menerima hadiah darinya serta dibolehkan memakan daging sembelihan Ahli kitab. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حِلٌّ لَكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلٌّ لَهُمْ

Pada hari ini dihalalkan bagimu apa yang baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Kitab itu halal bagimu. Dan makanan kamu juga adalah halal bagi mereka. (Surah al-Mai’dah, 5: 5)

8. Tidak boleh menikahkan wanita yang beriman dengan lelaki kafir (walaupun lelaki tersebut adalah Ahli kitab). Dan lelaki Muslim tidak boleh menikahi wanita kafir, kecuali wanita Ahli kitab.

Tentang larangan menikahkan wanita beriman dengan lelaki kafir, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

لا هُنَّ حِلٌّ لَهُمْ وَلا هُمْ يَحِلُّونَ

Mereka (perempuan-perempuan yang beriman) tidak halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir itu tidak halal pula bagi mereka. (Surah al-Mumtahanah, 60: 10)

Allah Ta’ala juga berfirman:

وَلا تَنْكِحُوا الْمُشْرِكَاتِ حَتَّى يُؤْمِنَّ وَلأمَةٌ مُؤْمِنَةٌ خَيْرٌ مِنْ مُشْرِكَةٍ وَلَوْ أَعْجَبَتْكُمْ وَلا تُنْكِحُوا الْمُشْرِكِينَ حَتَّى يُؤْمِنُوا وَلَعَبْدٌ مُؤْمِنٌ خَيْرٌ مِنْ مُشْرِكٍ وَلَوْ أَعْجَبَكُمْ أُولَئِكَ يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ وَاللَّهُ يَدْعُو إِلَى الْجَنَّةِ وَالْمَغْفِرَةِ بِإِذْنِهِ وَيُبَيِّنُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita hamba yang mukmin lebih baik daripada wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya hamba yang mukmin lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka itu mengajak ke neraka, manakala Allah mengajak kepada Syurga dan keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran. (Surah al-Baqarah, 2: 221)

Dalil berkenaan dibolehkan menikahi wanita Ahli kitab, Allah Subahanhu wa Ta’ala berfirman:

وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ إِذَا آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ وَلا مُتَّخِذِي أَخْدَانٍ

(Dan dihalalkan mangawini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi al-Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kawin mereka, dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. (Surah al-Ma’idah, 5: 5)

9. Tidak mendahului orang kafir di dalam mengucapkan salam (tidak memulakan ucapan salam ke atas orang kafir). Jika orang kafir tersebut mengucapkan salam terlebih dahulu, maka cukup dijawab dengan lafaz “Wa ‘Alaikum”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا سَلَّمَ عَلَيْكُمْ أَحَدٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ فَقُولُوا وَعَلَيْكُمْ

Apabila seseorang ahli kitab mengucapkan salam kepadamu, maka jawablah dengan “Wa ‘Alaikum” (dan ke atas kamu juga). (Hadis Riwayat Ibnu Majah, 11/100, no. 3687. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan Ibnu Majah. Hadis dari Anas B. Malik)

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda:

لَا تَبْدَءُوا الْيَهُودَ وَلَا النَّصَارَى بِالسَّلَامِ فَإِذَا لَقِيتُمْ أَحَدَهُمْ فِي طَرِيقٍ فَاضْطَرُّوهُ إِلَى أَضْيَقِهِ

Janganlah kamu memulakan salam kepada orang-orang Yahudi dan Nashara. Dan sekiranya kamu menemui (terserempak) salah seorang dari mereka di jalan, maka bawalah mereka ke jalan yang paling sempit/pinggir (bawa ke tepi jalan). (Hadis Riwayat Muslim, 11/135, no. 4030. Hadis Dari Abi Hurairah)

Dari hadis ini, Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan:

Para sahabat kami mengatakan, orang kafir dzimmi tidak dibiarkan berjalan di tengah jalan, namun dia diminta (dikehendaki) ke tepi sekiranya umat Islam melalui jalan tersebut. Namun jika jalan itu lengang, tidak berlaku kesesakkan (di jalan tersebut) maka tidak mengapa.

10. Umat Islam perlu menyelisihi orang-orang kafir dan tidak boleh ber-tasyabbuh (menyerupai) mereka. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia tergolong dalam kelompok mereka. (Hadis Riwayat Abi Dawud, 11/48, no. 3512, dari Hadis Ibnu ‘Umar. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, al-Irwa’ al-Gholil, 5/109.)

Maksud Tasyabbuh adalah menyerupai atau meniru. Tasyabbuh kepada orang kafir yang terlarang adalah meniru atau menyerupai orang kafir di dalam perkara keyakinan, ‘ibadah, kebiasaan, atau perbuatan (tingkah-laku atau aktiviti) yang merupakan ciri khusus bagi mereka. Demikian keterangan Syaikh Dr. Nashir bin Abdul Karim al-‘Aql di dalam kitab beliau: “Man Tasyabbaha Bi Qaumin Fahuwa Minhum”, m/s. 5.

Inilah beberapa adab berkaitan berinteraksi dengan orang-orang kafir. Semoga dengan risalah/tulisan yang serba ringkas ini, kita berupaya memahami sebuah sikap adil yang diajarkan oleh Islam di dalam berinteraksi terhadap orang-orang kafir secara umum.

Wallahu a’lam...

Monday, December 7, 2009

114 - Imam at-Tirmidzi Menjelaskan Perbezaan Di Antara Ahlus Sunnah Dengan Jahmiyah Di Dalam Persoalan Tangan Allah (Yadullah)

Imam at-Tirmidzi Menjelaskan Perbezaan Di Antara Ahlus Sunnah Dengan Jahmiyah Di Dalam Persoalan Tangan Allah (Yadullah)

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

قال أبو عيسى إثر ما روي حديث أبي هريرة إن الله يقبل الصدقة ويأخذها بيمينه فيربيها

وقد قال غير واحد من أهل العلم في هذا الحديث وما يشبهه من الصفات ونزول الرب تبارك وتعالى إلى سماء الدنيا

Terjemahan: Berkata Abu ‘Isa (at-Tirmidzi) setelah meriwayatkan hadis:

Sesungguhnya Allah menerima sedekah dan mengambilnya dengan Tangan Kanan-Nya.

Adalah lebih dari seorang ahli ilmu telah mengeluarkan pendapatnya berkenaan hadis ini dan yang seumpamanya berkaitan sifat-sifat (Allah) dan turunnya Allah ke langit dunia.

قالوا قد ثبت الروايات في هذا ونؤمن به ولا يتوهم ولا يقال كيف

Terjemahan: Mereka menyatakan bahawa riwayat tersebut adalah jelas dan kami mengimaninya (meyakininya) tanpa membayangkan (menggambarkan/imagine) dan tanpa mempersoalkannya bagaimana.

هذا روي عن مالك وابن عينية وابن المبارك أنهم قالوا في هذه الأحاديث أمروها بلا كيف

Terjemahan: Diriwayatkan dari Malik, Ibnu ‘Uyainah, dan Ibnul Mubarak, mereka mengatakan berkenaan hadis-hadis tersebut: Tetapkanlah/terimalah ia (sebagaimana datangnya) tanpa menanyakan bagaimana.

قال وهكذا قول أهل العلم من أهل السنة والجماعة

Terjemahan: Beliau menyatakan bahawa ini adalah perkataan Ahlul ilmi (ulama) dari kalangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

وأما الجهمية فأنكرت هذه الروايات وقالوا هذا تشبيه وفسروها على غير ما فسر أهل العلم
وقالوا إن الله لم يخلق آدم بيده وإنما معنى اليد ههنا النعمة

Terjemahan: Tetapi, mereka dari kelompok Jahmiyah, mereka mengingkari (menolak) riwayat-riwayat ini. Mereka mendakwa, pemahaman seperti itu adalah termasuk Tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk). Dan apa yang difahami oleh kelompok (firqah) Jahmiyah berkenaan hadis tersebut adalah berbeza. Mereka tidak menyatakan sebagaimana apa yang dijelaskan oleh Ahlul ilmi (dari para ulama Ahlus Sunnah).

Mereka (kelompok Jahmiyah) menyatakan bahawa Allah tidaklah menciptakan Adam dengan Tangan-Nya, dan sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan tangan (al-Yad) di sini adalah al-Nikmah.

قال إسحاق بن راهوية إنما يكون التشبيه إذا قال يد مثل يدي أو سمع كسمعي فهذا تشبيه

وأما إذا قال كما قال الله يد وسمع وبصر فلا يقول كيف ولا يقول مثل فهذا لا يكون تشبيها عنده قال تعالى ليس كمثله شيء وهو السميع البصير

Terjemahan: Berkata Ishaq B. Rahawaih, bahawasanya apa yang dimaksudkan dengan Tasybih (menyerupakan sifat Allah dengan sifat makhluk) itu adalah sekiranya seseorang mengatakan:

“Tangan seperti tanganku, atau pendengaran seperti pendengaranku”.

Inilah yang dinamakan sebagai Tasybih.

Ada pun sekiranya seseorang mengatakan sebagaimana yang Allah katakan mengenai Tangan, Mendengar, dan Melihat, tanpa mengatakan:

“Bagaimana”

Dan tidak mengatakan:

“Seperti”,

Maka ianya bukanlah Tasybih (menyerupakan/menyamakan Allah dengan makhluk). Allah Ta’ala berfirman:

Tiada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Rujuk:
At-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 3/71, no. 598. al-Hafiz adz-Dzahabi, al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, 1/198, no. 518. ath-Thobari, Tafsir ath-Thobari (Jami' al-Bayan fi Ta'wilul Qur'an), 6/20.

113 - Jangan Ditanya Bagaimana Turunnya Allah Ke Langit Dunia

Jangan Ditanya Bagaimana Turunnya Allah Ke Langit Dunia

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Diriwayatkan dari Ibnu Baththah:

وأخبرني أبو صالح قال حدثني أبو الحسن علي بن عيسى بن الوليد قال ثنا أبو علي حنبل بن إسحاق قال قلت لأبي عبد الله ينزل الله تعالى إلى سماء الدنيا؟

قال: نعم

قلت: نزوله بعلمه أم بماذا

قال فقال لي اسكت عن هذا وغضب غضبا شديدا

وقال مالك ولهذا امض الحديث كما روي بلا كيف

Terjemahan: Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Soleh, beliau berkata, telah mengkhabarkan kepadaku, ‘Ali B. ‘Isa B. Walid, beliau berkata dari Abu ‘Ali Hanbal B. Ishaq, beliau menjelaskan: Aku bertanya kepada Abu ‘Abdillah (Imam Ahmad B. Hanbal):

Allah turun ke langit dunia? Beliau menjawab: Ya.

Aku bertanya lagi: Sama ada Allah turun dengan ilmu-Nya atau apa?

Maka beliau pun berkata kepadaku: Jangan bertanya tentang perkara yang di luar batasan. Dan beliau kelihatan begitu marah sekali.

(Ibn Baththah mejelaskan) Dan berkata Malik: Ini adalah sebuah penjelasan supaya tidak bertanya bagaimana (Allah turun ke langit dunia).

Rujuk:
Ibn Baththah
الكتاب: الإبانة عن شريعة الفرقة الناجية ومجانبة الفرق المذمومة
m/s. 3/242-243

Monday, November 23, 2009

112 - Haram Beribadat Melainkan Dengan Dalil

Haram Beribadat Melainkan Dengan Dalil



Mari kita fikirkan berkenaan beberapa pesoalan berikut:

1 - Bolekah kita melaungkan azan dan iqamah untuk perlaksanaan solat 'Ied?

2 - Bolehkah kita melaksanakan solat 'Isya' sebanyak tiga rakaat sahaja, manakala solat Subuh sebanyak lima rakaat?

3 – Bagaimana jika seseorang mahu berpuasa sunat bermula dari masuknya waktu Subuh sehingga datang subuh keesokkan harinya? Hebat bukan usaha beliau?

4 – Bolehkah kita melakukan ibadat korban pada 1 Syawal?

5 – Bolehkah kita berkorban dengan seekor gajah? Bukankah kandungan dagingnya lebih banyak dari haiwan-haiwan lain? Jadi, lebih ramai akan mendapat manfaatnya.

6 – Bolehkah kita melaksanakan majlis bacaan al-Qur'an di atas perkuburan dengan niat untuk mendapat berkat kebaikan? Atau sebaliknya untuk menghadiahkan (menyalurkan) pahala bacaan kepada penghuni kuburan?

7 – Adakah benar jika setiap kali mahu memulakan sesuatu pekerjaan itu kita mulakan dengan 200 kali bacaan Bismillah?

8 – Bolehkah kita menukarkan waktu untuk solat Fardhu Juma'at ke dalam waktu 'Asar? Atau bolehkah kita tukarkan saja ke hari yang lain seperti hari Sabtu atau Ahad?

9 – Bolehkah amalan majlis Tahlilan kenduri arwah itu dianggap sebagai salah satu dari bentuk-bentuk ibadah?

Wallahu a'lam... Jawabnya, sudah tentu tidak boleh. Kenapa? Ini adalah kerana:

Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ

Terjemahan: Sesiapa yang mereka-cipta perkara baru di dalam urusan kami yang tidak berasal dari-Nya, maka ianya tertolak. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 9/201, no. 2499)

Imam Ibnu Rejab al-Hanbali menjelaskan:

والأعمال قسمان : عبادات ، ومعاملات

فأما العبادات ، فما كان منها خارجاً عن حكم الله ورسوله بالكلية ، فهو مردود على عامله ، وعامله يدخل تحت قوله : { أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ الله } ((الشورى: 21)) ، فمن تقرَّب إلى الله بعمل ، لم يجعله الله ورسولُه قربة إلى الله ، فعمله باطلٌ مردودٌ عليه ، وهو شبيهٌ بحالِ الذين كانت صلاتُهم عندَ البيت مُكاء وتصدية ، وهذا كمن تقرَّب إلى الله تعالى بسماع الملاهي ، أو بالرَّقص ، أو بكشف الرَّأس في غير الإحرام ، وما أشبه ذلك من المحدثات التي لم يشرع الله ورسولُه التقرُّب بها بالكلية .

وليس ما كان قربة في عبادة يكونُ قربةً في غيرها مطلقاً ، فقد رأى النَّبيُّ - صلى الله عليه وسلم - رجلاً قائماً في الشمس ، فسأل عنه ، فقيل : إنَّه نذر أنْ يقوم ولا يقعدَ ولا يستظلَّ وأنْ يصومَ ، فأمره النَّبيُّ - صلى الله عليه وسلم - أنْ يَقعُدَ ويستظلَّ ، وأنْ يُتمَّ صومه((أخرجه: البخاري 8/178)) فلم يجعل قيامه وبروزه للشمس قربةً يُوفى بنذرهما

Terjemahan: Amalan seseorang itu terbahagi kepada dua: ibadat dan mu'amalat. Ada pun ibadat, apa-apa sahaja daripadanya yang terkeluar (tidak termasuk) dari saranan Allah dan rasul-Nya secara seluruhnya, maka ia tertolak kepada pelakunya. Pelakunya termasuk di dalam maksud ayat:

Adakah mereka memiliki sembahan-sembahan selain Allah yang mensyari'atkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? (Surah asy-Syura, 42: 21)

Oleh itu sesiapa yang mendekatkan diri (bertaqarrub) kepada Allah dengan suatu amalan yang tidak dijadikan oleh Allah dan rasul-Nya sebagai ibadat, maka amalan itu adalah batil dan tertolak kembali kepadanya. Ini sama seperti orang-orang yang solat di Baitullah (Masjidil Haram) secara bersiul-siul dan bertepuk tangan. Orang tersebut seakan-akan bertaqarrub kepada Allah Ta'ala dengan mendengar hiburan, atau tarian, atau membuka penutup kepala di selain ihram, dan bid'ah-bid'ah lain yang tidak disyrai'atkan Allah dan Rasul-Nya sebagai bentuk taqarrub.

Taqarrub bagi salah satu bentuk ibadah tidak akan menjadi sebagai taqarrub bagi ibadah lainnya secara mutlak. Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah melihat seorang lelaki yang berdiri di bawah panas matahari, lalu baginda bertanya tentangnya, dijawab kepada baginda: Sesungguhnya dia (lelaki itu) bernadzar untuk berdiri dan tidak duduk, tidak berteduh dan berpuasa. Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam mengarahkan dia supaya duduk dan berteduh, juga mengarahkannya meneruskan puasanya (Diriwayatkan oleh al-Bukhari). Maka Rasul tidak menjadikan perbuatan berdiri dan berpanas di bawah matahari itu sebagai suatu bentuk qurbah (perbuatan mendekatkan diri kepada Allah) yang perlu dipenuhi atas alasan nadzarnya.(Ibnu Rejab al-Hanbali, Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, 7/3)

Firman Allah:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Terjemahan: Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan di dalam tafsirnya:

هذه الآية الكريمة حاكمة على كل من ادعى محبة الله، وليس هو على الطريقة المحمدية فإنه كاذب في دعواه في نفس الأمر، حتى يتبع الشرع المحمدي والدين النبوي في جميع أقواله وأحواله، كما ثبت في الصحيح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: "مَنْ عَمِلَ عَمَلا لَيْسَ عليه أمْرُنَا فَهُوَ رَدُّ"

Terjemahan: “Ayat yang mulia ini menghukumi setiap mereka yang mengaku menyintai Allah namun mereka tidak mengikuti petunjuk Muhammad Shallallahu ‘alahi wa Sallam. Maka jelaslah bahawa pengakuannya itu adalah merupakan suatu pendustaan sehinggalah mereka mengikuti syari’at Muhammad dan agama nabawi di dalam setiap ucapan dan perbuatannya. Ini adalah sebagaimana sebuah hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Barangsiapa yang melakukan suatu amal yang tidak ada perintahnya dari kami, maka amalan tersebut tertolak (tidak diterima).” (Hadis Riwayat Muslim).” (al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur'anil Adzim, 2/32)

Di lembaran yang lain, al-Hafiz Ibnu Katsir menjelaskan lagi di dalam Tafsiran Surah asy-Syura, ayat 21:

هم لا يتبعون ما شرع الله لك من الدين القويم، بل يتبعون ما شرع لهم شياطينهم من الجن والإنس، من تحريم ما حرموا عليهم، من البحيرة والسائبة والوصيلة والحام، وتحليل الميتة والدم والقمار، إلى نحو ذلك من الضلالات والجهالة الباطلة، التي كانوا قد اخترعوها في جاهليتهم، من التحليل والتحريم، والعبادات الباطلة، والأقوال الفاسدة

Terjemahan: Mereka tidak mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah kepadamu (Muhammad) daripada agama yang lurus. Sebaliknya mereka mengikut apa yang disyariatkan untuk mereka oleh para syaitan mereka dari kalangan jin dan manusia, iaitu apa yang t|Lhhksedja biHeamkan ke a as mereka dari bahiirah, saa'idah, washiilah, dan haam. Begitu juga dengan perbuatan mereka menghalalkan memakan bangkai dan darah serta perjudian, dan juga selainnya mencakupi segala kesesatan dan kebodohan yang batil yang mereka ada-adakan di masa Jahiliyyah mereka, dalam bentuk menghalal dan mengharam, ibadat-ibadat yang batil (palsu) dan perkataan-perkataan yang rosak”.(al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir alB; _TCU @ X�n-4 N#),;J29

Para ulama Ahlus Sunnah memiliki suatu kaedah dalam persoalan ini. Mereka menjelaskan bahawa hukum ibadat itu adalah haram melainkan dengan dalil.

Berikut dibawakan perkataan para ulama yang berkaitan berserta rujukannya:

الأصل في العبادة التوقف \ التوقيف

Terjemahan: Asal setiap ibadat itu adalah tawaqquf (behenti melainkan ada dalil padanya). (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqolani, Kitab Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 3/54. Imam Muhammad B. Abdul Baqi al-Zarqoni, Syarah al-Zarqoni 'ala Muwaththa', 1/434. Imam Muhammad B Ahmad ar-Ramli al-Anshori, Ghoyatul Bayan, 1/79)

التقرير فى العبادة إنما يؤخذ عن توقيف

Terjemahan: Perlaksanaan di dalam ibadat adalah dengan mengikuti/mengambil dari apa yang telah ditetapkan (melalui dalil). (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqolani, Kitab Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 2/80)

أَنَّ الْأَعْمَالَ الدِّينِيَّةَ لَا يَجُوزُ أَنْ يُتَّخَذَ شَيْءٌ سَبَبًا إلَّا أَنْ تَكُونَ مَشْرُوعَةً فَإِنَّ الْعِبَادَاتِ مَبْنَاهَا عَلَى التَّوْقِيفِ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ

Terjemahan: Bahawasanya sesuatu urusan (amal) di dalam agama itu tidaklah diambil melainkan dengan hujjah (dalil) yang sah. Disebabkan itu, sesungguhnya ibadat itu adalah terhenti (cukup dengan mengikuti apa yang telah ditetapkan). (Rujuk: Imam Ibnu Muflih, Adabul Syar'iyah, 2/381)

لا سيما في أمور العبادة فإنها إنما تؤخذ عن توقيف

Terjemahan: Tidalah diambil sesuatu pada urusan ibadat itu melainkan cukup dengan mengikuti (berhenti dari melakukan tanpa hujjah). (Rujuk: Imam Muhammad B. 'Ali asy-Syaukani, Nailul Authar, 2/20)

وَإِنْ كَانَ الْأَصْلُ فِي الْعِبَادَةِ أَنَّهَا إذَا لَمْ تُطْلَبْ لَا تَنْعَقِدُ

Terjemahan: Dan bahawasanya adalah asal bagi ibadat itu jika tiada anjuran melakukannya, maka ia tidak perlu dilakukan. (Shamsuddin Muhammad ar-Ramli, Nihayatul Muhtaj ila Syarah al-Minhaj, 3/109)

الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَةِ إذَا لَمْ تَطْلُبْ بُطْلَانَهَا

Terjemahan: Asal hukum bagi setiap ibadat itu apabila tiada anjuran melakukannya, maka ianya tidak sah (terbatal). (Sulaiman B. Muhammad al-Bujairami, Hasyiyah al-Bujairami 'ala al-Khathtib, 3/497)

أن الأصل في العبادات الحظر ؛ فلا يشرع منها إلا ما شرعه الله ورسوله ، والأصل في المعاملات والاستعمالات كلها الإباحة ; فلا يحرم منها إلا ما حرمه الله ورسوله

Terjemahan: Bahawasanya asal hukum bagi setiap ibadat adalah dilarang; maka tidak disyari'atkan daripadanya melainkan apa yang telah disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya, manakala asal hukum di dalam mu'amalat dan urusan berkaitan dengannya seluruhnya adalah harus (tidak mengapa); maka tidak diharamkan melainkan apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya. ('Abdurrahman B. Nashir as-Sa'di, Taisir al-Latif al-Mannan fi Khulasah Tafsir al-Ahkam, 1/299)

أَحْمَد وَغَيْرُهُ مِنْ فُقَهَاءِ أَهْلِ الْحَدِيثِ يَقُولُونَ : إنَّ الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَاتِ التَّوْقِيفُ فَلَا يُشْرَعُ مِنْهَا إلَّا مَا شَرَعَهُ اللَّهُ تَعَالَى

Terjemahan: Imam Ahmad (Bin Hanbal) dan selain beliau dari kalangan fuqaha’ ahli hadis berkata: Sesungguhnya asal hukum bagi setiap ibadat adalah tawqif (berdasarkan dalil), maka dengan itu tidak disyari'atkan daripadanya melainkan apa yang disyari'atkan oleh Allah Ta'ala. (Ibnu Taimiyyah, Majmu' Fatawa Ibnu Taimiyyah, 6/452)

أن الأصل في العبادات البطلان إلا ما شرعه اللّه ورسوله

Terjemahan: Bahawasanya asal bagi setiap ibadat adalah tidak sah (batal) melainkan apa yang telah disyari'atkan oleh Allah dan rasul-Nya. (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Ahkam Ahludz Dzimmah, 1/121)

Demikianlah beberapa penjelasan daripada para ulama Ahlus Sunnah berkaitan haramnya ibadah melainkan dengan dalil yang jelas.

Wallahu a'lam...

Monday, November 9, 2009

111 - Perkataan Imam asy-Syafi'e Tentang Istiwa Allah

Perkataan Imam asy-Syafi'e Tentang Istiwa Allah

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

روى شيخ الإسلام أبو الحسن الهكاري والحافظ أبو محمد المقدسي بإسنادهم إلى أبي ثور وأبي شعيب كلاهما عن الإمام محمد بن إدريس الشافعي ناصر الحديث رحمه الله تعالى قال القول في السنة التي أنا عليها ورأيت عليها الذين رأيتهم مثل سفيان ومالك وغيرهما الإقرار بشهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وأن الله على عرشه في سمائه يقرب من خلقه كيف شاء وينزل إلى السماء الدنيا كيف شاء وذكر سائر الإعتقاد

Terjemahan: Syaikhul Islam Abul Hasan al-Hikari dan al-Hafiz Abu Muhammad al-Maqdisi meriwayatkan dengan rangkaian sanad mereka kepada Abi Tsaur dan Abi Syu'aib, keduanya dari imam Muhammad B. Idris asy-Syafi'e nashirul Hadis (pembela hadis) rahimahullah Ta'ala, beliau berkata:

Sunnah yang aku anut sebagaimana yang dipegang (dianuti) oleh Sufyan, Malik dan selain keduanya adalah pengakuan dengan Syahadat (kesaksian) bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah (dengan benar) melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah, dan sesungguhnya Allah di atas 'Arsy-Nya di langit-Nya. Dia dekat dengan makhluk-Nya sebagaimana yang Dia kehendaki, dan turun ke langit dunia sebagaimana yang Dia kehendaki... begitulah seterusnya beliau menyebutkan keyakinannya yang lainnya.

Rujuk:

العلو للعلي الغفار للحافظ الذهبي
Kitab:
1 - Imam adz-Dzahabi, al-'Uluw Lil 'Aliyyil Ghoffar, no. 443.
2 – Muhammad Nashiruddin al-Albani, Mukhtashor al-'Uluw Lil 'Aliyyil Ghoffar, no. 196.