__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Friday, August 31, 2007

014 - RINGKASAN UMUM TERHADAP BEBERAPA FIRQAH YANG SESAT

014 - RINGKASAN UMUM TERHADAP BEBERAPA FIRQAH YANG SESAT

-------
Kaum Jabriyah/Jabariyah
-------

- Berasal dari kata Jabr (terpaksa), iaitu semua dipaksa dan tidak ada kekuasaan dan kebebasan dalam dirinya (manusia). Mereka adalah termasuk dalam aliran yang sesat dan termasuk dalam golongan ahlul bid’ah. Mereka berfahaman dengan tidak mengakui adanya kekuasaan dan kebebasan dalam diri manusia, serta mereka menolak adanya hikmah serta maslahat dalam perbuatan dan ketentuan (hukum) Allah (permasalahan qadar). (Rujuk Maqalat Islamiyyin juz I, Syarah Khalil Tahqiq as-Saqqaf, hal. 186). Berpandangan bahawa manusia dalam segala hal (perbuatan, gerak-geri, dan tingkah lakunya) adalah dalam keadaan terpaksa, tidak memiliki kekuasaan dan kebebasan. Dan semua itu (gerak-geri, tingkah laku, dan perbuatan manusia) adalah perbuatan Allah semata-mata iaitu manusia tiada haq langsung untuk menentukan tindakannya. Termasuk dalam aliran ini ialah Jahmiyah, mereka turut berpandangan seperti itu. (Rujuk Maqalat al-Islamiyyin, al-Milal, jil. I, Wasathiyah Ahlussunnah, hal. 374-375)

-------
Jahmiyah
-------

- Jahmiyah ialah aliran yang sesat dan dikafirkan oleh para ulama. Timbul pada akhir kekuasaan Bani Umayyah. Disebut demikian, kerana berasal dari nama tokoh pendirinya, iaitu Abu Mahraz Jahm bin Shafwan at-Tirmidzi yang terbunuh pada tahun 128H. Di antara pendapat aliran ini ialah, menolak kebenaran adanya Asma dan Sifat bagi Allah, al-Qur’an adalah mahkluk (barang ciptaan) dan bahawa iman itu adalah hanya sekadar mengenal Allah dan lain-lain. (Rujuk Maqalat Islamiyyin juz. I; al-Farq Baina Firaq, hal. 158; al-Milal wan Nihal; Syarah Khalil; Tahqiq as-Saqqaf, hal 158; Wasathiyah Ahlus Sunnah, hal. 296)

-------
Musyabbihah
-------

- Aliran yang sesat dan termasuk dalam golongan Ahlul Bid’ah. Mereka yang mempersamakan atau menyerupakan sifat Allah dengan sifat mahkluk-Nya Termasuk dalam golongan tamtsil ini ialah; Jawaliqiyah, Hisyamiyah, dan Jawaribiyah (Rujuk al-Farq Bainal Firaq; Syarah Khalil hal. 185; Wasathiyah Ahlus Sunnah, hal. 317)

-------
Qadariyah
-------

Satu aliran yang sesat dan tergolong dalam golongan ahlul bid’ah. Berasal dari kata “qadar”, yang ertinya ketentuan Ilahi. Aliran ini tidak mengakui adanya qadar tersebut dan mengatakan manusialah yang menentukan nasibnya sendiri dan dialah yang membuat perbuatannya, terlepas dari qudrat serta iradat Ilahi. Termasuk dalam aliran ini, adalah juga golongan yang dipanggil sebagai Muktazilah, kerana turut memiliki pandangan (fahaman) yang sama dalam hal ini. (Rujuk al-Farq bainal Firaq, al-Milal wan Nihal, jil. I, Wasathiyah Ahlus Sunnah, hal. 378)

-------
Murji’ah
-------

Satu aliran yang sesat dan tergolong dalam golongan ahlul bid’ah. Berasal dari kata “irja”, ertinya pengakhiran, sebab mereka mengakhirkan amal dari iman. Mereka mengatakan: “Suatu dosa tidak berbahaya selama mana ada iman, sebagaimana suatu ketaatan tidak tidak berguna selama ada kekafiran.” Menurut mereka, amal tidaklah termasuk dalam kriteria iman, serta iman tidak bertambah dan tidak pula berkurang. Pendapat ini bertentangan dengan pendapat ahlus sunnah wal Jama’ah, kerana menurut ahlus sunnah, iman itu ialah keyakinan dalam hati, diucapkan melalui lisan dan dinyatakan dalam perbuatan, bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan sebab perbuatan dosa dan maksiat. (Rujuk Wasathiyah Ahlus Sunnah, hal. 294-296)

-------
Wa’idiyah
-------

Satu aliran yang sesat dan tergolong dalam golongan ahlul bid’ah. Berasal dari kata “wa’id” yang ertinya ancaman. Mereka berpendapat bahawa Allah haruslah melaksanankan ancaman-Nya, sebagaimana yang disebutkan dalam al-Qur’an. Untuk itu, menurut mereka, pelaku dosa besar bila meninggal dunia, tanpa bertaubat, maka ia akan kekal di dalam neraka, sebagaimana yang diancamkan Allah terhadap mereka, sebab Allah tidak akan menyalahi janji-Nya. (alMilal, jil. I: Syarah Khalil Hirras Tahqiq as-Saqqaf, hal. 188)

-------
Haruriyah
-------

Satu aliran yang sesat dan tergolong dalam golongan ahlul bid’ah. Berasal dari kata “haruura’”, iaitu suatu tempat dekat dengan Kuffah. Haruriyah termasuk salah satu kelompok dalam aliran khawarij. Dinamakan demikian kerana di tempat itulah mereka berkumpul ketika keluar dari kepemimpinan Ali bin Abu Thalib. Menurut mereka, pelaku dosa besar adalah kafir dan di akhirat ia akan kekal di dalam neraka. (al-Farqu bainal Firaq)

-------
Muktazilah
-------

Satu aliran yang sesat dan tergolong dalam golongan ahlul bid’ah. Mereka adalah pengikut kepada Washil bin Atha’ dan Amr bin ‘Ubaid. Dikatakan Muktazilah kerana mereka mengeluarkan diri (‘itizal) dari kelompok majlis ilmu Hasan al-Basri atau kerana mereka menyelisih keluar dari pandangan sebahagian besar umat Islam ketika itu dalam hal pelaku dosa besar, kerana menurut Washil bin Atha’, pelaku dosa besar berada dalam status antara iman dan kafir, dikatakan beriman tidak, sedang dikatakan kafir juga tidak. Dan di akhirat kelak bila tidak bertaubat akan kekal dalam neraka. (al-Farqu bainal Firaq, Wasathiyah, hal. 296-297, 341-343) Adapun menurut Ahlus Sunnah, pelaku dosa besar yang mukmin, dia masih tetap disebut mukmin, kerana imannya, hanya saja dia itu fasiq kerana perbuatan dosa besarnya. Atau dikatakan dia itu mukmin yang kurang imannya, sedang urusannya di akhirat kelak apabila belum bertaubat, adalah terserah kepada Allah. Jika Allah mengkehendaki, akan disiksa (sesuai dengan keadilan-Nya), dan jika mengkehendaki, akan diampuni-Nya (sesuai dengan sifat kasih-Nya). (Wasathiyah Ahlus Sunnah, hal. 346) Antara lain, sifat Muktazilah juga adalah suatu kelompok yang amat mengedepankan ilmu falsafah dan mengutamakan peranan akal (ilmu kalam). Mereka menafikan sifat-sifat tertentu bagi Allah. Menganggap al-Qur’an adalah makhluk, dan mendakwa bahawa perbuatan manusia itu terkeluar dari kehendak Allah. (Tafsirul Ayatil Kursi, Sheikh al-Utahameen)

-------
Rafidhah
-------

Satu aliran yang sesat dan tergolong dalam golongan ahlul bid’ah. Berasal dari kata “Rafdh”, ertinya menolak. Salah satu kelompok dalam aliran syi’ah. Mereka bersikap berlebih-lebihan terhadap Ali dan Ahlul Bait, serta mereka menyatakan permusuhan terhadap sebahagian besar sahabat, khususnya Abu Bakar dan Umar. Disebut Rafidhah, kerana mereka menolak untuk membantu serta mendukung Zaid bin ali bin al-Husein bin Ali bin Abu Thalib pada masa kepemimpinan Hisyam bin abdul Malik. Sebabnya, kerana mereka meminta kepada Zaid supaya menyatakan tidak berpihak kepada Abu Bakar dan Umar, beliau menolak dan tidak mahu, sehingga mereka pun menolak untuk mendukungnya. Oleh kerana itu, mereka akhirnya disebut sebagai Rafidhah. (Minhajus Sunnah li Syeikhul Islam, I/34, Wasathiyah, hal. 405)

-------
Khawarij
-------

Satu aliran yang sesat dan tergolong dalam golongan ahlul bid’ah. Berasal dari kata “kharaja” ertinya keluar. Suatu aliran atau kelompok Islam yang mana mereka (pada zaman bermulanya) ini mengkafirkan Ali dan Mu’awiyah serta para pendukung keduanya. (Iaitu, mereka keluar dari ketaatan kepada pemerintah) Mereka disebut demikian kerana menyatakan keluar dari kepemimpinan Ali setelah peristiwa Siffin. (al-Farq, al-Milal, Wasathiyah, hal. 290-291) Khawarij turut menyatakan bahawa pelaku dosa bear adalah kafir dan di akhirat kekal di dalam neraka. Mereka memerangi kaum muslimin (pemerintah atau rakyat kebanyakan) dan berpendapat bolehnya keluar dari jemaah pemerintah dan menubuhkan jemaah-jemaah yang lain sebagai tindakan membangkang. (Tafsirul ayatil Kursi, Sheikh al-Uthaimeen)

-------
Kesimpulan:
-------

Demikianlah ringkasan yang menerangkan perihal beberapa kelompok-kelompok sesat dalam Islam. Secara am-nya, kelompok-kelompok ini masih lagi wujud sehingga kini, cuma sifat-sifat atau fahaman-fahaman yang mana pada asalnya hanya dinisbahkan kepada satu-satu nama kelompok (firqah) tidaklah lagi dihadkan kepada satu-satu kelompok sahaja, malah ia telah menjadi bercampur baur. Dengan erti kata lain, muncul beberapa puak yang lain lagi, yang mengadatasikan (menggabungkan) fahaman-fahaman sesat dari beberapa kelompok yang tersebut di atas, kepada satu-satu bentuk kelompok yang baru yang lain. Namun hakikatnya, secara dasarnya, fahaman-fahaman mereka masih berpunca dari beberapa kelompok-kelompok sesat yang disebutkan tadi.

Untuk lebih jelas berkenaan beberapa fahaman-fahaman sesat di atas, boleh juga merujuk kepada tulisan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berjudul al-Furqan Bainal Haq wa al-Bathil. Yang mana buku/kitab ini banyak menjelaskan perihal kesesatan dalam kelompok yang dipanggil sebagai syi’ah, khowarij, mu’tazilah, jahmiyah, murji’ah, qadariyah, jabariyah dan shuffiyah.

Wa Allahu a’lam...

2 comments:

Anonymous said...

Salam, mampukah anda untuk melawan/membenteras pengikut ajaran sesat seperti di bawah?:ang pengikut ajaran sesat zul kahar!


MARI KITA SAMA SAKSIKAN SIAPA YANG BAKAL DILAKNATI TUHAN...AKU CELEN KORANG NGAN TUHAN KORANG SEKALI!!!
________________________________________________________________________________


To: arie hamdzah ariehamdzah@yahoo.com
Zul Kahar zul@embassyalliance.com

YA ALLAH, YA TUHAN KU DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH MU YA ALLAH,
TUNJUKKANLAH KEBESARAN MU YA ALLAH, LAKNATLAH arie hamdzah DI MUKA BUMI MU YA ALLAH!
BUKTIKANLAH YA ALLAH arie hamdzah DILAKNATI OLEH MU YA ALLAH!

2008/8/26 arie hamdzah ariehamdzah@yahoo.com
BIARLAH TUHAN YANG MELAKNATI AKU...YANG KORANG DOK SIBOK SURUH TUHAN MELAKNATI AKU TU..PEHAL..?

KORANG INGAT TUHAN TU ADIK-ADIK KORANG? MAIN SURUH IKUT SUKA KORANG JE?


SALAM SAHABAT KU PENGIKUT JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W., LAYAK KAH arie hamdzah INI DIANGGAP KAFIR LAKNATULLAH?

2008/8/26 arie hamdzah ariehamdzah@yahoo.com
MUHAMMAD MANA NI...DIA TAK PENAH KUJUMPA!
_____________________________________________

Anonymous said...

arie hamzah!!!

APAKAH AGAMA MU?

SIAPAKAH TUHAN MU?

APAKAH KITAB MU?