http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com
Dari imam Ahmad bin Hanbal (katanya):
Dasar ahlus sunnah menurut kami adalah,
31 - Membayar zakat/sedekah kepada mereka (para imam/pemerintah) boleh dan diterima. Barangsiapa membayarkannya kepada mereka maka perkara itu telah cukup/sah baginya, sama ada pemimpin itu baik atau pun buruk.
32 - Melaksanakan solat Juma’at di belakang mereka dan di belakang orang yang menjadikan mereka sebagai pemimpin hukumnya boleh dan sempurna dua rakaat. Barangsiapa yang mengulangi solatnya maka dia adalah mubtadi’ (pelaku bid’ah) yang meninggalkan atsar-atsar dan menyelisihi Sunnah. Tidak ada baginya sedikitpun dari keutamaan solat Juma’at, apabila dia tidak berpendapat bolehnya solat di belakang para imam/pemimpin, sama ada pemimpin itu baik atau pun buruk. Kerana Sunnah memerintahkan agar melaksanakan solat bersama mereka dua rakaat dan mengakui bahawa solat itu sempurna. Tanpa ada keraguan terhadap hal itu di dalam hatimu. (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, prinsip 31 & 32)
Penjelasan/Syarah:
lbnu Abil ‘Izzi al-Hanafi berkata di dalam syarahnya terhadap Aqidah Thahawiyyah (376): “Nash-nash al-Kitab dan as-Sunnah serta ijma’ (kesepakatan) Kaum Salaf umat ini telah menunjukkan bahawa pemerintah, imam solat, penguasa, pemimpin perang dan pegawai zakat wajib ditaati di dalam persoalan (masalah-masalah) ijtihad. Manakala ia tidak wajib mentaati para pengikutnya dalam permasalahan ijtihad, bahkan mereka yang wajib mentaatinya di dalam perkara tersebut, dan meninggalkan pendapat mereka disebabkan pendapatnya. Kerana sesungguhnya maslahat (keutamaan) jama’ah dan kesatuan serta mafsadah (kerosakan) perpecahan dan perselisihan lebih besar dari masalah-masalah juz-iyah (yang bukan dasar). Dari hadiss Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Shalallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
Hadits ini merupakan nash yang jelas yang menyatakan bahawa imam apabila salah maka kesalahan itu atas dirinya bukan atas ma’mum. Manakala mujtahid setidak-tidaknya dia berbuat salah dengan meninggalkan kewajiban yang diyakininya tidak wajib. Atau melakukan larangan yang diyakininya tidak terlarang. Dan tidak boleh bagi siapapun yang beriman kepada Allah dan hari akhir untuk menyelisihi hadis yang jelas lagi sahih ini setelah sampai kepadanya.”
Saya (pentahqiq) berkata: “Apabila hadis itu mengenai solat maka masalah-masalah yang (keutamaannya) berada di bawahnya adalah lebih wajar lagi. Ali bin Abi Thalib berkata tentang kekhalifahan Abu Bakar: “Rasulullah telah meredhainya untuk agama kita, mengapa kita tidak meredhainya untuk (urusan) dunia kita?”
Ibnu Abil ‘Izzi berkata di dalam Syarah Thahawiyyah (hal. 374): “Ketahuilah bahawasanya boleh bagi seseorang melakukan solat di belakang orang yang belum diketahui bid’ah atau kefasiqannya berdasarkan kesepakatan para imam (ulama). Dan tidaklah termasuk syarat bolehnya mengikuti imam, dengan cara seorang ma’mum memeriksa keyakinan (aqidah) imamnya atau mengujinya, seperti mengatakan: ‘Apa peganganmu (aqidahmu)?’ Bahawa Ia (boleh) solat di belakang orang yang keadaannya belum diketahui, sekalipun dia solat di belakang mubtadi’ yang menyeru kepada bid’ahnya atau di belakang orang fasiq yang jelas kefasiqannya sedangkan dia seorang imam rawatib, yang mana tidak memungkinkannya solat kecuali di belakangnya. Seperti imam solat Jum’at atau dua hari raya, dan imam solat pada musim haji di Arofah atau seumpamanya, maka menurut kebanyakan ulama salaf dan khalaf ma’mum boleh solat di belakangnya. Barangsiapa yang meninggalkan solat Juma’at di belakang pemimpin yang buruk maka dia adalah mubtadi’ berdasarkan kebanyakan para ulama. Kerana para sahabat melakukan solat Jum’at jama’ah di belakang para pemimpin yang buruk, dan mereka tidak mengulanginya sebagaimana lbnu Umar solat di belakang Hajjaj bin Yusuf, begitu juga Anas”
Dan bahawa di ketika ‘Ubaidillah bin ‘Adi menemui Utsman (bin Affan) dalam keadaan terkepung, maka dia berkata: “Sesungguhnya engkau adalah imam/pemimpin umum bagi manusia, dan telah terjadi padamu apa yang kami lihat. Dan imam fitnah melakukan solat untuk kami sementara kami merasa telah melakukan kesalahan. Maka ia (Utsman) berkata: “Solat adalah amalan manusia yang paling baik. Maka apabila manusia melakukan kebaikan, maka laksanakanlah kebaikan itu bersama mereka. Dan apabila mereka melakukan keburukan, maka jauhilah keburukan mereka.” (Shahih al-Bukhari (695) di dalam Fathul Baari)
Hasan aI-Bashri pernah ditanya berkenaan solat di belakaig ahli bid’ah, dan berkata: “Solatlah (bersamanya) dan baginya (dosa) bid’ahnya.” (dita’Iiqkan oleh Bukhari dengan menjazmkannya. Sa’id bin Manshur mewashalkannya sebagaimana di dalam Fathul Baari (2/221). Dan lihat pula ta’Iiq terhadap at-Thahawiyyah hal. 46)
Dinukil dan disunting dari:
Kitab Ushulus Sunnah, oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Tahqiq/Syarah Walid bin Muhammad Nubaih, m/s. 105-111. (Edisi Terjemahan: Terbitan Pustaka Darul Ilmi, Mac 2008M)
No comments:
Post a Comment