Pengertian Dan Pengaruhnya Dalam Aqidah Seorang Muslim
1 – Iman Kepada Yang Ghaib
Ghaib adalah kata mashdar yang digunakan untuk setiap sesuatu yang tidak dapat dikesan melalui pancaindera, samaada diketahui mahupun tidak. Iman kepada yang ghaib bererti percaya kepada segala sesuatu yang tidak boleh dijangkau oleh panca-indera dan tidak boleh dicapai oleh akal biasa, akan tetapi ia diketahui melalui wahyu yang diterima oleh para nabi dan rasul.
Iman kepada yang ghaib adalah salah satu sifat dari orang-orang mukmin. Allah s.w.t. berfirman:
الم (١)ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (٢)الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ (وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (٣
Ada dua pendapat tentang iman tersebut:
Bahawasanya mereka mengimani segala yang ghaib yang tidak boleh dijangkau oleh pancaindera (dan akal), iaitu hal-hal yang telah diberitakan tentang Allah s.w.t. dan tentang para rasul-Nya.
Bahawasanya mereka beriman kepada Allah di waktu ghaib sbagaimana mereka beriman kepada-Nya di waktu hadir; dan ini berbeza dengan orang-orang munafiq.
Kedua makna di atas tidak bertentangan, bahkan keduanya harus pada diri seorang mukmin.
2 – Pengaruh Iman Kepada Yang Ghaib Dalam Aqidah Seorang Muslim
Iman kepada yang ghaib mempunyai pengaruh yang besar sekali, sehingga terpantul dalam tingkah laku seseorang dan juga dalam jalan hidupnya. Ia merupakan motivator yang sangat kuat untuk melahirkan amal kebajikan dan membanteras kejahatan. Di antaranya adalah:
I – Ikhalas beramal untuk memperolehi pahala dan menghindarkan diri dari siksa di akhirat, bukan menginginkan balasan dunia dan pujian manusia. Sebagaimana Allah memberitahukan tentang para hamba-Nya yang memebrikan makanan kepada orang lain padahal mereka sendiri menyukainya dalam firman-Nya:
وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا (٨)إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لا نُرِيدُ (مِنْكُمْ جَزَاءً وَلا شُكُورًا (٩
II – Kuat, tegas dan tegar dalam pembenaran. Apa yang dijanjikan Allah untuk orang yang beriman menjadikan seseorang teguh dalam menjalankan segala perintah-Nya, menjelaskan yang haq, mengajak kepada yang haq, menjelaskan yang batil dan memeranginya. Jika tidak ada yang membantu maka dia pun kuat kerana Allah s.w.t., terasa mudah baginya kehidupan dunia dan segala penderitaannya, dibandingkan dengan kehidupan akhirat. Allah s.w.t. telah menjelaskan tentang perkataan kekasih-Nya, Ibrahim a.s. kepada kaumnya.
وَتَاللَّهِ لأكِيدَنَّ أَصْنَامَكُمْ بَعْدَ أَنْ تُوَلُّوا مُدْبِرِينَ (٥٧)فَجَعَلَهُمْ جُذَاذًا إِلا كَبِيرًا لَهُمْ لَعَلَّهُمْ إِلَيْهِ (يَرْجِعُونَ (٥٨
Sebagaimana Dia menceritakan para ahli sihir Fir’aun ketika beriman, bagaimana mereka meremehkan siksaan Fir’aun atas mereka. Allah berfirman;
قَالُوا إِنَّا إِلَى رَبِّنَا مُنْقَلِبُونَ (١٢٥)وَمَا تَنْقِمُ مِنَّا إِلا أَنْ آمَنَّا بِآيَاتِ رَبِّنَا لَمَّا جَاءَتْنَا رَبَّنَا (أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ (١٢٦
III – Meremehkan bentuk-bentuk penampilan duniawi. Hal ini merupakan pengaruh dan makmurnya hati kerana keimanan bahawa dunia berserta kenikmatannya akan lenyap, sedangkan akhirat adalah kehidupan kekal, damai abadi selamanya. Maka tidak masuk akal lebih memilih hal yang fana daripada yang kekal. Allah s.w.t. berfirman,
وَمَا هَذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلا لَهْوٌ وَلَعِبٌ وَإِنَّ الدَّارَ الآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Allah juga mengisahkan isteri Fir’aun yang telah meremehkan segala kemewahan dunia yang ada padanya dan meminta agar diselamatkan Fir’aun berikut keburukannya, demi untuk menggapai kehidupan akhirat. Demikian itu kerana hatinya memancarkan sinar keimanan kepada Allah dan kepada hari akhir. Allah s.w.t. berfirman,
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلا لِلَّذِينَ آمَنُوا اِمْرَأَةَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِنْ فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
IV – Lenyaplah kebencian dan kedengkian. Sesungguhnya usaha mewujudkan keinginan nafsu tanpa melalui jalan yang benar menyebabkan kebencian dan kedengkian antara manusia. Sedangkan iman kepada yang ghaib, berupa janji-janji Allah dan ancaman-Nya menjadikan seseorang itu sentiasa mengawasi dirinya dengan sebaik mungkin dan sentiasa memperbaiki diri sendiri dalam setiap gerak-gerinya demi mendapatkan pahala dari-Nya dan menjauhi siksaan-Nya.
Iman yang benar terhadap adanya pahala menjadikan seseorang bergegas melakukan ihsan dan kebajikan demi mendapatkan pahala yang kekal, suatu perkara yang menjadikan bersihnya jiwa dan mencambahkan/melahirkan kasih sayang di antara individu dan jamaah. Sebagaimana Allah menceritakan tentang orang-orang yang telah mempraktikkan hal itu dalam firman-Nya,
وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالإيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Itulah sebahagian daripada pengaruh iman terhadap yang ghaib. Pengaruh-pengaruh tersebut akan berkurang disebabkan oleh lemahnya iman. Bila pengaruh iman sudah tidak ada, maka suatu masyarakat berubah menjadi masyarakat haiwani, yang hidupnya memangsa yang mati, yang kuat menindas yang lemah, ketakutan bermaharajalela, musibah meluas dan emrata, kemuliaan hilang dan kehinaan yang naik takhta. Semoga kita dilindungi oleh allah dari hal yang demikian.
No comments:
Post a Comment