Permasalah Berkenaan Q.S - Qaf: 16, & al-Waqi’ah: 85
وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْكُمْ وَلَكِنْ لا تُبْصِرُونَ
Sifat dekat di sini ditafsirkan dengan dekatnya malaikat. Kata dekat pada kedua ayat di atas ditafsirkan dengan dekatnya malaikat tidak menyimpang dari zahir nash-nash tersebut bagi orang-orang yang menelitinya dengan baik.
Pada ayat pertama, sifat dekat dibatasi pengertiannya dengan penjukan ayat tersebut. Ayat di atas selengkapnya adalah:
“Dan Demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, iaitu ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya melainkan ada di sisi-Nya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Qaaf 50: 16-18)
Pada ayat pertama yang lebih lengkap di atas, perkataan:
إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ
Adalah sebagai dalil yang menunjukkan bahawa yang dimaksudkan oleh ayat di atas adalah dekatnya dua malaikat yang mencatat amal perbuatan.
Pada ayat kedua, kata ‘dekat’ di situ berkaitan dengan keadaan seseorang yang sakaratul maut. Padahal yang hadir dalam sakaratul maut adalah para malaikat berdasarkan firman Allah:
“Sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, malaikat-malaikat Kami akan mewafatkannya; dan malaikat-malaikat Kami itu tidak akan melalaikan kewajibannya.” (al-An’am 6: 61)
Dan dalam lanjutan ayat yang kedua disebutkan:
وَلَكِنْ لا تُبْصِرُونَ
adalah merupakan dalil yang jelas bahawa mereka adalah para malaikat. Kerana pada ayat ini disebutkan adanya dzat yang dekat dengan orang yang sakaratul maut berada di tempat yang sama, akan tetapi kami tidak melihatnya. Hal ini memastikan bahawa yang dimaksudkan adalah dekatnya para malaikat, kerana hal itu mustahil bagi Allah Ta’ala.
Mungkin ada yang bertanya, “Mengapa Allah menisbatkan kata ‘dekat’ tersebut kepada diri-Nya? Adakah ayat lain yang serupa dengannya, di mana yang dekat pada ayat tersebut adalah para malaikat?
Maka, dapat dijawab sebagaimana berikut:
Allah menisbatkan dekatnya para malaikat kepada diri-Nya, kerana dekatnya mereka dengan perintah Allah, mereka adalah para tentera dan utusan-Nya.
Ada ayat yang menunjukkan pengertian seperti itu, iaitu firman Allah:
فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ
Yang dimaksudkan ‘bacaan’ di sini adalah bacaan Jibril kepada Rasulullah s.a.w. Walaupun demikian, Allah menisbatkan pembacaan tersebut kepada-Nya. Kerana yang membacakan kepada Rasulullah adalah Jibril, tetapi atas perintah allah. Sehingga benarlah kalau pembacaan tersebut dinisbatkan kepada Allah Ta’ala.
Demikian juga firman Allah:
فَلَمَّا ذَهَبَ عَنْ إِبْرَاهِيمَ الرَّوْعُ وَجَاءَتْهُ الْبُشْرَى يُجَادِلُنَا فِي قَوْمِ لُوطٍ
Yang didebat/dibantah oleh Ibrahim dalam ayat ini adalah para malaikat yang merupakan utusan Allah Ta’ala.
No comments:
Post a Comment