Wednesday, April 14, 2010

121 - Imam al-Barbahari: Ilmu Itu Merehatkan Tubuh-Badan

Imam al-Barbahari (Salah seorang pengikut Imam Ahmad): Ilmu Itu Merehatkan Tubuh-Badan

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Imam Abu Muhamamd al-Hasan B. ‘Ali B. Kholaf al-Barbahari rahimahullah (Wafat 329H) berkata:


واعلم أن العلم ليس بكثرة الرواية والكتب ولكن العالم من اتبع الكتاب والسنة وإن كان قليل العلم والكتب ومن خالف الكتاب والسنة فهو صاحب بدعة وإن كان كثير الرواية والكتب

Terjemahan: Dan ketahuilah bahawa ilmu itu bukan disebabkan banyaknya riwayat (perkataan) dan kitab/buku, Namun, seseorang ‘alim (yang berilmu) itu adalah seseorang yang mengikuti al-Qur’an dan as-Sunnah walaupun sedikit ilmu dan kitab yang dimilikinya. Sesiapa sahaja yang menyelisihi al-Qur’an dan as-Sunnah maka dia adalah pengikut bid’ah walaupun banyak riwayat (ilmu) dan kitabnya.

واعلم أنه من قال في دين الله برأيه وقياسه وتأوله من غير حجة من السنة والجماعة فقد قال على الله ما لا يعلم ومن قال على الله مالا يعلم فهو من المتكلفين والحق ما جاء من عند الله عز و جل والسنة ما سنه رسول الله صلى الله عليه و سلم والجماعة ما اجتمع عليه أصحاب رسول الله صلى الله عليه و سلم في خلافة أبي بكر وعمر وعثمان ومن اقتصر على سنة رسول الله صلى الله عليه و سلم وما كان عليه الجماعة فلج على أهل البدعة كلهم واستراح بدنه وسلم له دينه إن شاء الله لأن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال ستفترق أمتي وبين لنا رسول الله صلى الله عليه و سلم الفرقة الناجية منها فقال ما أنا عليه وأصحابي فهذا هو الشفاء والبيان والأمر الواضح والمنار المستقيم وقال رسول الله صلى الله عليه و سلم إياكم والتنطع وإياكم والتعمق وعليكم بدينكم العتيق

Terjemahan: Dan ketahuilah bahawa sesiapa berkata-kata berkaitan agama Allah dengan ra’yi (akal atau pemikiran), qiyas (analogi) atau takwil (andaian) tanpa ada sandaran dari as-Sunnah dan al-Jama’ah, maka sebenarnya ia telah berbicara tanpa dasar ilmu dan bererti ia termasuk orang-orang yang memberat-beratkan dirinya dalam beragama (takalluf).

Dan kebenaran adalah yang datang dari Allah ‘Azza wa Jalla dan as-Sunnah adalah sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, serta al-Jama’ah adalah apa sahaja yang telah disepakati (ijma’) para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pada masa khalifah Abu Bakr, ‘Umar, dan ‘Utsman.

Dan sesiapa yang mencukupkan diri dengan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan ajaran (agama) yang dipraktikkan oleh para sahabat serta sentiasa berjalan di atas al-Jama’ah, pasti akan mampu mengalahkan seluruh ahli bid’ah dan tubuh-badan dapat beristirehat serta agamanya selamat insyaAllah.

Kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Umatku akan berpecah.” Lalu beliau menjelaskan bahawa yang selamat adalah:

“Apa yang aku ada di atasnya pada hari ini bersama para sahabatku.”

Itulah penjelasan dan rawatan terbaik, perkara yang jelas, dan lampu penyinar yang terang-benderang. Dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Berwaspadalah dari sikap memberat-beratkan (ath-Tanathu’/extreme) serta berwaspadalah dari sikap yang melampau (berlebih-lebihan), tetapi berpeganglah dengan agamamu yang murni (yang asal yang bersih). (Imam al-Barbahari, Syarhus Sunnah, no. 103-106. Tahqiq Syaikh Kholid B. Qasim al-Roddady)

120 - Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah: Seruan Mengikuti Generasi Salaf (Generasi Awal Umat Islam)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah: Seruan Mengikuti Generasi Salaf (Generasi Awal Umat Islam)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Taqiyuddin Abu al-‘Abbas Ahmad B. ‘Abdul Halim B. Taimiyyah al-Harani: Wafat 728H) berkata:

وَمَا أَحْسَنَ مَا جَاءَ عَنْ " عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ " أَنَّهُ قَالَ : " عَلَيْك بِلُزُومِ السُّنَّةِ فَإِنَّهَا لَك بِإِذْنِ اللَّهِ عِصْمَةٌ . فَإِنَّ السُّنَّةَ إنَّمَا جُعِلَتْ لِيُسْتَنَّ بِهَا وَيُقْتَصَرَ عَلَيْهَا وَإِنَّمَا سَنَّهَا مَنْ قَدْ عَلِمَ مَا فِي خِلَافِهَا مِنْ الزَّلَلِ وَالْخَطَإِ وَالْحُمْقِ وَالتَّعَمُّقِ . فَارْضَ لِنَفْسِك بِمَا رَضُوا بِهِ لِأَنْفُسِهِمْ . فَإِنَّهُمْ عَنْ عِلْمٍ وَقَفُوا وَبِبَصَرِ نَافِذٍ كَفُّوا . وَلَهُمْ كَانُوا عَلَى كَشْفِهَا أَقْوَى . وَبِتَفْصِيلِهَا لَوْ كَانَ فِيهَا أَحْرَى وَإِنَّهُمْ لَهُمْ السَّابِقُونَ وَقَدْ بَلَغَهُمْ عَنْ نَبِيِّهِمْ مَا يَجْرِي مِنْ الِاخْتِلَافِ بَعْدَ الْقُرُونِ الثَّلَاثَةِ ؛ فَلَئِنْ كَانَ الْهُدَى مَا أَنْتُمْ عَلَيْهِ لَقَدْ سَبَقْتُمُوهُمْ إلَيْهِ وَلَئِنْ قُلْتُمْ حَدَثَ حَدَثٌ بَعْدَهُمْ فَمَا أَحْدَثَهُ إلَّا مَنْ اتَّبَعَ غَيْرَ سَبِيلِهِمْ وَرَغِبَ بِنَفْسِهِ عَنْهُمْ وَاخْتَارَ مَا نَحَتَهُ فِكْرُهُ عَلَى مَا تَلَقَّوْهُ عَنْ نَبِيِّهِمْ ؛ وَتَلَقَّاهُ عَنْهُمْ مَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ . وَلَقَدْ وَصَفُوا مِنْهُ مَا يَكْفِي ؛ وَتَكَلَّمُوا مِنْهُ بِمَا يَشْفِي . فَمَنْ دُونَهُمْ مُقَصِّرٌ ؛ وَمَنْ فَوْقَهُمْ مُفَرِّطٌ . لَقَدْ قَصَرَ دُونَهُمْ أُنَاسٌ فَجَفَوْا ؛ وَطَمَحَ آخَرُونَ فَغَلَوْا ؛ وَإِنَّهُمْ فِيمَا بَيْنَ ذَلِكَ لَعَلَى هُدًى مُسْتَقِيمٍ

Terjemahan: Alangkah indahnya perkataan yang dituturkan oleh ‘Abdul ‘Aziz B. ‘Abdillah B. Salamah yang telah mengatakan:

“Wajib bagimu untuk tetap bersama as-Sunnah. Sesungguhnya as-Sunnah adalah benteng (kekuatan) bagimu. Sunnah itu dijadikan hanyalah supaya diikuti dan merasa cukup dengannya. Ia diletakkan oleh seorang yang telah mengetahui bahawa di dalam meninggalkannya ada ketergelinciran, kesalahan, kejahilan, dan menyusahkan diri. Maka, jadikanlah dirimu redha dengan apa yang mereka (generasi awal umat Islam) itu telah redha bagi dirinya. Fahamilah bahawa mereka berjalan dengan ilmu, berhenti dengan pandangan yang tajam/tepat, lebih memahami rahsia/hikmahnya, dan lebih mengetahui perinciannya. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang telah menang. Telah sampai khabar kepada mereka dari Nabinya berkaitan perselisihan yang akan berlaku setelah berlalunya tiga generasi (awal umat Islam). Sekiranya apa yang kamu lakukan (dalam agama) adalah hidayah, maka sudah pasti mereka telah mendahului kamu. Dan apabila apa yang kamu lakukan (dalam agama) itu adalah perkara baru setelah mereka, maka tidaklah yang mengadakannya melainkan orang yang mengikuti selain dari jalan mereka, membenci mereka, lebih mengutamakan ideologi mereka sendiri daripada apa yang mereka terima dari Nabinya, yang kemudiannya diteruskan oleh para pengikut mereka setelahnya.

Generasi awal umat Islam telah membawakan daripada Nabi sesuatu yang mencukupi. Mereka menyampaikan dari Nabi apa yang menghilangkan dahaga. Sesiapa yang melakukan kurang dari itu, maka dia adalah seorang yang lalai, manakala sesiapa yang melakukan lebih (melampau) dari itu, maka dia adalah seorang yang melampaui batas (ghuluw). Sesungguhnya mereka (generasi awal umat Islam) berada di atas hidayah yang lurus.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 4/7-8)

Sila lihat biografi Abdul ‘Aziz B. ‘Abdillah B. Salamah di dalam Siyar A’lam an-Nubala’, 7/309 dan Tazkiratul Huffaz, 1/163 oleh al-Hafiz adz-Dzahabi:

Beliau seorang imam, al-‘Alim, mufti besar, guru kepada Ibnul Madini, seorang yang faqih, sahabat imam Malik dan merupakan murid kepada imam Malik. Yahya Ibn Ma’in: Seorang yang tsiqah.

Di lembaran seterusnya, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menjelaskan lagi:

وَهَكَذَا إذَا تَدَبَّرَ الْمُؤْمِنُ الْعَلِيمُ سَائِرَ مَقَالَاتِ الْفَلَاسِفَةِ وَغَيْرِهِمْ مِنْ الْأُمَمِ الَّتِي فِيهَا ضَلَالٌ وَكُفْرٌ وَجَدَ الْقُرْآنَ وَالسُّنَّةَ كَاشِفََين لِأَحْوَالِهِمْ مُبَيِّنَينَ لِحَقِّهِمْ مُمَيِّزَينَ بَيْنَ حَقِّ ذَلِكَ وَبَاطِلِهِ . وَالصَّحَابَةُ كَانُوا أَعْلَمَ الْخَلْقِ بِذَلِكَ كَمَا كَانُوا أَقْوَمَ الْخَلْقِ بِجِهَادِ الْكُفَّارِ وَالْمُنَافِقِينَ كَمَا قَالَ فِيهِمْ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ : " مَنْ كَانَ مِنْكُمْ مُسْتَنًّا فَلْيَسْتَنَّ بِمَنْ قَدْ مَاتَ فَإِنَّ الْحَيَّ لَا تُؤْمَنُ عَلَيْهِ الْفِتْنَةُ . أُولَئِكَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ : كَانُوا أَبَرَّ هَذِهِ الْأُمَّةِ قُلُوبًا وَأَعْمَقَهَا عِلْمًا وَأَقَلَّهَا تَكَلُّفًا قَوْمٌ اخْتَارَهُمْ اللَّهُ لِصُحْبَةِ نَبِيِّهِ وَإِقَامَةِ دِينِهِ فَاعْرِفُوا لَهُمْ حَقَّهُمْ وَتَمَسَّكُوا بِهَدْيِهِمْ فَإِنَّهُمْ كَانُوا عَلَى الْهُدَى الْمُسْتَقِيمِ . فَأَخْبَرَ عَنْهُمْ بِكَمَالِ بِرِّ الْقُلُوبِ مَعَ كَمَالِ عُمْقِ الْعِلْمِ . وَهَذَا قَلِيلٌ فِي الْمُتَأَخِّرِينَ

Terjemahan: Demikianlah, apabila seseorang mukmin yang berilmu mahu memikirkan (meneliti) setiap ucapan ahli falsafah dan orang-orang selain mereka yang memiliki kesesatan dan kekufuran, maka dia akan melihat bahawa al-Qur’an dan as-Sunnah telah membongkar penyelewengan mereka dan menjelaskan malapetaka yang menimpa mereka, membezakan di antara al-haq dan al-bathil. Para sahabat adalah orang-orang yang paling berilmu berkaitan dengannya, sebagaimana mereka itu makhluk yang paling kuat berjihad memerangi orang-orang kafir dan orang-orang munafiq sebagaimana dikatakan oleh ‘Abdullah Ibnu Mas’oud tentang mereka:

“Sesiapa di antara kamu yang hendak mencari contoh ikutan (tauladan), maka hendaklah mengikuti orang yang telah meninggal (mati), kerana orang yang masih hidup tidak dijamin aman/bebas dari fitnah. Mereka itu adalah para sahabat Nabi. Merekalah orang yang paling benar hati/jiwanya dari kalangan umat ini, paling tinggi ilmunya, dan paling sedikit membebani diri. Mereka adalah kaum yang telah Allah pilih untuk menemani Nabi-Nya dan menegakkan agama-Nya. Maka, kenalilah hak mereka dan tetaplah dengan jalan mereka, kerana sesungguhnya mereka berada di atas petunjuk yang lurus (huda al-Mustaqim).”

Jadi Ibnu Mas’oud telah mengkhabarkan keadaan para sahabat dengan kesempurnaan kebenaran hati/jiwa mereka yang disertai ketinggian ilmu. Perkara ini sangat minima di kalangan generasi terkemudian (muta’akhirin).

فَدَلَّ الْكِتَابُ وَالسُّنَّةُ عَلَى أَنَّ اللَّهَ يُؤْتِي أَتْبَاعَ هَذَا الرَّسُولِ مِنْ فَضْلِهِ مَا لَمْ يُؤْتِهِ لِأَهْلِ الْكِتَابَيْنِ قَبْلَهُمْ

Terjemahan: al-Kitab dan as-Sunnah telah menunjukkan bahawa Allah memberikan fahilah-Nya (pengiktirafan) kepada pengikut Rasulullah, yang tidak diberikan kepada golongan/umat sebelumnya (Yahudi dan Nashara).

وَمِنْ الْمَعْلُومِ : أَنَّ أَهْلَ الْحَدِيثِ وَالسُّنَّةِ أَخَصُّ بِالرَّسُولِ وَأَتْبَاعِهِ . فَلَهُمْ مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَتَخْصِيصِهِ إيَّاهُمْ بِالْعِلْمِ وَالْحِلْمِ وَتَضْعِيفِ الْأَجْرِ مَا لَيْسَ لِغَيْرِهِمْ كَمَا قَالَ بَعْضُ السَّلَفِ : " أَهْلُ السُّنَّةِ فِي الْإِسْلَامِ كَأَهْلِ الْإِسْلَامِ فِي الْمِلَلِ "

Terjemahan: Diketahui dengan jelas: Bahawa Ahli hadis dan sunnah adalah paling istimewa di sisi Rasulullah dan para pengikut beliau. Mereka memiliki fadhilah (rekomendasi/pengiktirafan) dari Allah dan kekhususan pemberian berupa ilmu, akhlak, dan lipatan pahala yang tidak dimiliki oleh orang selain mereka. Sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian salaf:

“Ahlus Sunnah di tubuh umat Islam seperti Ahlul Islam dibandingkan dengan umat selainnya.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 4/137-140)

119 - Jalan Kebaikkan - Imam Abu Bakr Muhammad B. Hussain al-Ajurry

Jalan Kebaikkan - Imam Abu Bakr Muhammad B. Hussain al-Ajurry

Imam Abu Bakr Muhammad B. Hussain al-Ajurry rahimahullah (Wafat 360H) berkata:


علامة من أراد الله به خيرا : سلوك هذا الطريق ، كتاب الله ، وسنن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، وسنن أصحابه رضي الله عنهم ومن تبعهم بإحسان ، وما كان عليه أئمة المسلمين في كل بلد إلى آخر ما كان من العلماء مثل الأوزاعي وسفيان الثوري ومالك بن أنس ، والشافعي ، وأحمد بن حنبل ، والقاسم بن سلام ، ومن كان على مثل طريقتهم ، ومجانبة كل مذهب يذمه هؤلاء العلماء ، وسنبين ما يرضونه إن شاء الله تعالى

Terjemahan: Tanda seseorang yang padanya Allah kehendaki kebaikkan adalah: Dia menempuh jalan ini:

Kitabullah, Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, Sunnah para Sahabat, Tabi’in yang mengikuti mereka dengan baik, dan pegangan para imam ulama umat Islam di setiap negeri/tempat, seperti al-Auza’i, Sufyan ats-Tsauri, Malik B. Anas, asy-Syafi’e, Ahmad B. Hanbal, al-Qasim B. Salam, serta orang-orang yang mengikuti/menempuh jalan mereka, dan meninggalkan semua mazhab (ideologi) yang ditinggalkan/ditolak oleh ulama ini. Dan merasa cukup dengan apa yang ada padanya, insyaAllahu Ta’ala. (al-Ajurry, asy-Syariyah li al-Ajurry, 1/22, no. 19)

Sunday, April 11, 2010

118 - Perkataan Imam Abu Hatim al-Razi Dalam Mengikuti Salaf

Perkataan Imam Abu Hatim al-Razi Dalam Mengikuti Imam Salaf

Berkata Imam Abu Hatim ar-Razi (Muhammad B. Idris B. al-Mundzir al-Handzali ar-Razi rahimahullah, 196H-277H):

مذهبنا واختيارنا اتباع رسول الله صلى الله عليه وسلم وأصحابه والتابعين ومن بعدهم بإحسان ، وترك النظر في موضع بدعهم ، والتمسك بمذهب أهل الأثر مثل أبي عبد الله أحمد بن حنبل ، وإسحاق بن إبراهيم ، وأبي عبيد القاسم بن سلام ، والشافعي . ولزوم الكتاب والسنة ، والذب عن الأئمة المتبعة لآثار السلف ، واختيار ما اختاره أهل السنة من الأئمة في الأمصار مثل : مالك بن أنس في المدينة ، والأوزاعي بالشام ، والليث بن سعد بمصر ، وسفيان الثوري ، وحماد بن زياد بالعراق من الحوادث مما لا يوجد فيه رواية عن النبي صلى الله عليه وسلم والصحابة والتابعين . وترك رأي الملبسين المموهين المزخرفين الممخرقين الكذابين

Terjemahan: Pendapat dan Mazhab yang kami pilih adalah mengikuti sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, para sahabat dan tabi’ien serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik. Dan meninggalkan bid’ah-bid’ah yang mereka (Ahli Kalam) lakukan. Iaitu dengan mengikuti mazhab ahli atsar seperti Abu ‘Abdillah ahmad B. Hanbal, Ishaq B. Ibrahim, Abu ‘Ubaid al-Qasim B. Salam, dan asy-Syafi’e. Berpegang teguh dengan al-Qur’an dan as-Sunnah serta membela para imam yang mengikuti jejak (atsar) salaf. Memilih apa yang dipilih oleh imam-imam Ahlus Sunnah (wal-Jama’ah) di pelbagai negeri/wilayah, seperti (imam) Malik B. Anas di Madinah, al-Auza’i di Syaam, al-Laits B. Sa’ad di Mesir, Sufyan ats-Tsauri dan Hammad B. Zaid di Iraq. Kami memilih pendapat para imam tersebut dalam menyelesaikan isu-isu semasa yang tidak diriwayatkan daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, para sahabat dan tabi’ien. Kami meninggalkan sejauh mungkin pemikiran (ra’yi) si pengacau, penebar syubhat/penyamar/pendusta, yang hanya pandai bercakap dan penipu. (Imam Abul Qasim Hibbatullah B. Hasan B. Manshur al-Laalikaa’i, Syarah Ushul I’tiqad Ahli Sunnah wal-Jama’ah Bi Kitabi wa as-Sunnah wa Ijma' ash-Shohabah, 1/180, no. 323)

Penjelasan kalimat:

وترك النظر في موضع بدعهم

Dan meninggalkan bid’ah-bid’ah yang mereka (Ahli Kalam) lakukan. Adalah khusus merujuk kepada ahli kalam (bukan merujuk kepada para sahabat) sebagaimana yang dijelaskan/direkodkan di dalam Thabaqat al-Hanabilah, 1/286 (dari perkataan Abu Hatim):

واتباع الآثار عن رسول الله وعن أصحابه وعن التابعين بعدهم بإحسان وترك كلام المتكلمين وترك مجالستهم وهجرانهم وترك من وضع الكتب بالرأي بلا آثار والنظر في موضع بدعتهم والتمسك بمذاهب أهل الأثر مثل أبي عبد الله أحمد بن محمد بن حنبل وذكر الاعتقاد بطوله

Terjemahan: ...mengikuti jejak (atsar) Rasulullah, para Sahabat, dan tabi’in dan yang setelahnya dengan baik, meninggalkan perkataan para ahli kalam, meninggalkan perbuatan duduk-duduk bersama mereka, meninggalkan orang-orang yang menulis kitab dengan sekadar pendapat (ra’yi/akal) tanpa atsar dan meninggalkan merujuk kepada bid’ah-bid’ah mereka, berpegang teguh kepada semua mazhab ahli atsar (yang mengikuti jejak Salaf), seperti Abu ‘Abdillah Ahmad B. Muhammad B. Hanbal dan mengutamakan pendapat/i’tiqad mereka.