Berkata Imam Abu Hatim ar-Razi (Muhammad B. Idris B. al-Mundzir al-Handzali ar-Razi rahimahullah, 196H-277H):
مذهبنا واختيارنا اتباع رسول الله صلى الله عليه وسلم وأصحابه والتابعين ومن بعدهم بإحسان ، وترك النظر في موضع بدعهم ، والتمسك بمذهب أهل الأثر مثل أبي عبد الله أحمد بن حنبل ، وإسحاق بن إبراهيم ، وأبي عبيد القاسم بن سلام ، والشافعي . ولزوم الكتاب والسنة ، والذب عن الأئمة المتبعة لآثار السلف ، واختيار ما اختاره أهل السنة من الأئمة في الأمصار مثل : مالك بن أنس في المدينة ، والأوزاعي بالشام ، والليث بن سعد بمصر ، وسفيان الثوري ، وحماد بن زياد بالعراق من الحوادث مما لا يوجد فيه رواية عن النبي صلى الله عليه وسلم والصحابة والتابعين . وترك رأي الملبسين المموهين المزخرفين الممخرقين الكذابين
Terjemahan: Pendapat dan Mazhab yang kami pilih adalah mengikuti sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, para sahabat dan tabi’ien serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik. Dan meninggalkan bid’ah-bid’ah yang mereka (Ahli Kalam) lakukan. Iaitu dengan mengikuti mazhab ahli atsar seperti Abu ‘Abdillah ahmad B. Hanbal, Ishaq B. Ibrahim, Abu ‘Ubaid al-Qasim B. Salam, dan asy-Syafi’e. Berpegang teguh dengan al-Qur’an dan as-Sunnah serta membela para imam yang mengikuti jejak (atsar) salaf. Memilih apa yang dipilih oleh imam-imam Ahlus Sunnah (wal-Jama’ah) di pelbagai negeri/wilayah, seperti (imam) Malik B. Anas di Madinah, al-Auza’i di Syaam, al-Laits B. Sa’ad di Mesir, Sufyan ats-Tsauri dan Hammad B. Zaid di Iraq. Kami memilih pendapat para imam tersebut dalam menyelesaikan isu-isu semasa yang tidak diriwayatkan daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, para sahabat dan tabi’ien. Kami meninggalkan sejauh mungkin pemikiran (ra’yi) si pengacau, penebar syubhat/penyamar/pendusta, yang hanya pandai bercakap dan penipu. (Imam Abul Qasim Hibbatullah B. Hasan B. Manshur al-Laalikaa’i, Syarah Ushul I’tiqad Ahli Sunnah wal-Jama’ah Bi Kitabi wa as-Sunnah wa Ijma' ash-Shohabah, 1/180, no. 323)
Penjelasan kalimat:
وترك النظر في موضع بدعهم
Dan meninggalkan bid’ah-bid’ah yang mereka (Ahli Kalam) lakukan. Adalah khusus merujuk kepada ahli kalam (bukan merujuk kepada para sahabat) sebagaimana yang dijelaskan/direkodkan di dalam Thabaqat al-Hanabilah, 1/286 (dari perkataan Abu Hatim):
واتباع الآثار عن رسول الله وعن أصحابه وعن التابعين بعدهم بإحسان وترك كلام المتكلمين وترك مجالستهم وهجرانهم وترك من وضع الكتب بالرأي بلا آثار والنظر في موضع بدعتهم والتمسك بمذاهب أهل الأثر مثل أبي عبد الله أحمد بن محمد بن حنبل وذكر الاعتقاد بطوله
Terjemahan: ...mengikuti jejak (atsar) Rasulullah, para Sahabat, dan tabi’in dan yang setelahnya dengan baik, meninggalkan perkataan para ahli kalam, meninggalkan perbuatan duduk-duduk bersama mereka, meninggalkan orang-orang yang menulis kitab dengan sekadar pendapat (ra’yi/akal) tanpa atsar dan meninggalkan merujuk kepada bid’ah-bid’ah mereka, berpegang teguh kepada semua mazhab ahli atsar (yang mengikuti jejak Salaf), seperti Abu ‘Abdillah Ahmad B. Muhammad B. Hanbal dan mengutamakan pendapat/i’tiqad mereka.
No comments:
Post a Comment