Imam al-Barbahari (Salah seorang pengikut Imam Ahmad): Ilmu Itu Merehatkan Tubuh-Badan
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com
Imam Abu Muhamamd al-Hasan B. ‘Ali B. Kholaf al-Barbahari rahimahullah (Wafat 329H) berkata:
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com
Imam Abu Muhamamd al-Hasan B. ‘Ali B. Kholaf al-Barbahari rahimahullah (Wafat 329H) berkata:
واعلم أن العلم ليس بكثرة الرواية والكتب ولكن العالم من اتبع الكتاب والسنة وإن كان قليل العلم والكتب ومن خالف الكتاب والسنة فهو صاحب بدعة وإن كان كثير الرواية والكتب
Terjemahan: Dan ketahuilah bahawa ilmu itu bukan disebabkan banyaknya riwayat (perkataan) dan kitab/buku, Namun, seseorang ‘alim (yang berilmu) itu adalah seseorang yang mengikuti al-Qur’an dan as-Sunnah walaupun sedikit ilmu dan kitab yang dimilikinya. Sesiapa sahaja yang menyelisihi al-Qur’an dan as-Sunnah maka dia adalah pengikut bid’ah walaupun banyak riwayat (ilmu) dan kitabnya.
واعلم أنه من قال في دين الله برأيه وقياسه وتأوله من غير حجة من السنة والجماعة فقد قال على الله ما لا يعلم ومن قال على الله مالا يعلم فهو من المتكلفين والحق ما جاء من عند الله عز و جل والسنة ما سنه رسول الله صلى الله عليه و سلم والجماعة ما اجتمع عليه أصحاب رسول الله صلى الله عليه و سلم في خلافة أبي بكر وعمر وعثمان ومن اقتصر على سنة رسول الله صلى الله عليه و سلم وما كان عليه الجماعة فلج على أهل البدعة كلهم واستراح بدنه وسلم له دينه إن شاء الله لأن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال ستفترق أمتي وبين لنا رسول الله صلى الله عليه و سلم الفرقة الناجية منها فقال ما أنا عليه وأصحابي فهذا هو الشفاء والبيان والأمر الواضح والمنار المستقيم وقال رسول الله صلى الله عليه و سلم إياكم والتنطع وإياكم والتعمق وعليكم بدينكم العتيق
Terjemahan: Dan ketahuilah bahawa sesiapa berkata-kata berkaitan agama Allah dengan ra’yi (akal atau pemikiran), qiyas (analogi) atau takwil (andaian) tanpa ada sandaran dari as-Sunnah dan al-Jama’ah, maka sebenarnya ia telah berbicara tanpa dasar ilmu dan bererti ia termasuk orang-orang yang memberat-beratkan dirinya dalam beragama (takalluf).
Dan kebenaran adalah yang datang dari Allah ‘Azza wa Jalla dan as-Sunnah adalah sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, serta al-Jama’ah adalah apa sahaja yang telah disepakati (ijma’) para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pada masa khalifah Abu Bakr, ‘Umar, dan ‘Utsman.
Dan sesiapa yang mencukupkan diri dengan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan ajaran (agama) yang dipraktikkan oleh para sahabat serta sentiasa berjalan di atas al-Jama’ah, pasti akan mampu mengalahkan seluruh ahli bid’ah dan tubuh-badan dapat beristirehat serta agamanya selamat insyaAllah.
Kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Umatku akan berpecah.” Lalu beliau menjelaskan bahawa yang selamat adalah:
“Apa yang aku ada di atasnya pada hari ini bersama para sahabatku.”
Itulah penjelasan dan rawatan terbaik, perkara yang jelas, dan lampu penyinar yang terang-benderang. Dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Berwaspadalah dari sikap memberat-beratkan (ath-Tanathu’/extreme) serta berwaspadalah dari sikap yang melampau (berlebih-lebihan), tetapi berpeganglah dengan agamamu yang murni (yang asal yang bersih). (Imam al-Barbahari, Syarhus Sunnah, no. 103-106. Tahqiq Syaikh Kholid B. Qasim al-Roddady)
No comments:
Post a Comment