Monday, December 7, 2009

114 - Imam at-Tirmidzi Menjelaskan Perbezaan Di Antara Ahlus Sunnah Dengan Jahmiyah Di Dalam Persoalan Tangan Allah (Yadullah)

Imam at-Tirmidzi Menjelaskan Perbezaan Di Antara Ahlus Sunnah Dengan Jahmiyah Di Dalam Persoalan Tangan Allah (Yadullah)

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

قال أبو عيسى إثر ما روي حديث أبي هريرة إن الله يقبل الصدقة ويأخذها بيمينه فيربيها

وقد قال غير واحد من أهل العلم في هذا الحديث وما يشبهه من الصفات ونزول الرب تبارك وتعالى إلى سماء الدنيا

Terjemahan: Berkata Abu ‘Isa (at-Tirmidzi) setelah meriwayatkan hadis:

Sesungguhnya Allah menerima sedekah dan mengambilnya dengan Tangan Kanan-Nya.

Adalah lebih dari seorang ahli ilmu telah mengeluarkan pendapatnya berkenaan hadis ini dan yang seumpamanya berkaitan sifat-sifat (Allah) dan turunnya Allah ke langit dunia.

قالوا قد ثبت الروايات في هذا ونؤمن به ولا يتوهم ولا يقال كيف

Terjemahan: Mereka menyatakan bahawa riwayat tersebut adalah jelas dan kami mengimaninya (meyakininya) tanpa membayangkan (menggambarkan/imagine) dan tanpa mempersoalkannya bagaimana.

هذا روي عن مالك وابن عينية وابن المبارك أنهم قالوا في هذه الأحاديث أمروها بلا كيف

Terjemahan: Diriwayatkan dari Malik, Ibnu ‘Uyainah, dan Ibnul Mubarak, mereka mengatakan berkenaan hadis-hadis tersebut: Tetapkanlah/terimalah ia (sebagaimana datangnya) tanpa menanyakan bagaimana.

قال وهكذا قول أهل العلم من أهل السنة والجماعة

Terjemahan: Beliau menyatakan bahawa ini adalah perkataan Ahlul ilmi (ulama) dari kalangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

وأما الجهمية فأنكرت هذه الروايات وقالوا هذا تشبيه وفسروها على غير ما فسر أهل العلم
وقالوا إن الله لم يخلق آدم بيده وإنما معنى اليد ههنا النعمة

Terjemahan: Tetapi, mereka dari kelompok Jahmiyah, mereka mengingkari (menolak) riwayat-riwayat ini. Mereka mendakwa, pemahaman seperti itu adalah termasuk Tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk). Dan apa yang difahami oleh kelompok (firqah) Jahmiyah berkenaan hadis tersebut adalah berbeza. Mereka tidak menyatakan sebagaimana apa yang dijelaskan oleh Ahlul ilmi (dari para ulama Ahlus Sunnah).

Mereka (kelompok Jahmiyah) menyatakan bahawa Allah tidaklah menciptakan Adam dengan Tangan-Nya, dan sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan tangan (al-Yad) di sini adalah al-Nikmah.

قال إسحاق بن راهوية إنما يكون التشبيه إذا قال يد مثل يدي أو سمع كسمعي فهذا تشبيه

وأما إذا قال كما قال الله يد وسمع وبصر فلا يقول كيف ولا يقول مثل فهذا لا يكون تشبيها عنده قال تعالى ليس كمثله شيء وهو السميع البصير

Terjemahan: Berkata Ishaq B. Rahawaih, bahawasanya apa yang dimaksudkan dengan Tasybih (menyerupakan sifat Allah dengan sifat makhluk) itu adalah sekiranya seseorang mengatakan:

“Tangan seperti tanganku, atau pendengaran seperti pendengaranku”.

Inilah yang dinamakan sebagai Tasybih.

Ada pun sekiranya seseorang mengatakan sebagaimana yang Allah katakan mengenai Tangan, Mendengar, dan Melihat, tanpa mengatakan:

“Bagaimana”

Dan tidak mengatakan:

“Seperti”,

Maka ianya bukanlah Tasybih (menyerupakan/menyamakan Allah dengan makhluk). Allah Ta’ala berfirman:

Tiada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Rujuk:
At-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 3/71, no. 598. al-Hafiz adz-Dzahabi, al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, 1/198, no. 518. ath-Thobari, Tafsir ath-Thobari (Jami' al-Bayan fi Ta'wilul Qur'an), 6/20.

113 - Jangan Ditanya Bagaimana Turunnya Allah Ke Langit Dunia

Jangan Ditanya Bagaimana Turunnya Allah Ke Langit Dunia

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Diriwayatkan dari Ibnu Baththah:

وأخبرني أبو صالح قال حدثني أبو الحسن علي بن عيسى بن الوليد قال ثنا أبو علي حنبل بن إسحاق قال قلت لأبي عبد الله ينزل الله تعالى إلى سماء الدنيا؟

قال: نعم

قلت: نزوله بعلمه أم بماذا

قال فقال لي اسكت عن هذا وغضب غضبا شديدا

وقال مالك ولهذا امض الحديث كما روي بلا كيف

Terjemahan: Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Soleh, beliau berkata, telah mengkhabarkan kepadaku, ‘Ali B. ‘Isa B. Walid, beliau berkata dari Abu ‘Ali Hanbal B. Ishaq, beliau menjelaskan: Aku bertanya kepada Abu ‘Abdillah (Imam Ahmad B. Hanbal):

Allah turun ke langit dunia? Beliau menjawab: Ya.

Aku bertanya lagi: Sama ada Allah turun dengan ilmu-Nya atau apa?

Maka beliau pun berkata kepadaku: Jangan bertanya tentang perkara yang di luar batasan. Dan beliau kelihatan begitu marah sekali.

(Ibn Baththah mejelaskan) Dan berkata Malik: Ini adalah sebuah penjelasan supaya tidak bertanya bagaimana (Allah turun ke langit dunia).

Rujuk:
Ibn Baththah
الكتاب: الإبانة عن شريعة الفرقة الناجية ومجانبة الفرق المذمومة
m/s. 3/242-243

Monday, November 23, 2009

112 - Haram Beribadat Melainkan Dengan Dalil

Haram Beribadat Melainkan Dengan Dalil



Mari kita fikirkan berkenaan beberapa pesoalan berikut:

1 - Bolekah kita melaungkan azan dan iqamah untuk perlaksanaan solat 'Ied?

2 - Bolehkah kita melaksanakan solat 'Isya' sebanyak tiga rakaat sahaja, manakala solat Subuh sebanyak lima rakaat?

3 – Bagaimana jika seseorang mahu berpuasa sunat bermula dari masuknya waktu Subuh sehingga datang subuh keesokkan harinya? Hebat bukan usaha beliau?

4 – Bolehkah kita melakukan ibadat korban pada 1 Syawal?

5 – Bolehkah kita berkorban dengan seekor gajah? Bukankah kandungan dagingnya lebih banyak dari haiwan-haiwan lain? Jadi, lebih ramai akan mendapat manfaatnya.

6 – Bolehkah kita melaksanakan majlis bacaan al-Qur'an di atas perkuburan dengan niat untuk mendapat berkat kebaikan? Atau sebaliknya untuk menghadiahkan (menyalurkan) pahala bacaan kepada penghuni kuburan?

7 – Adakah benar jika setiap kali mahu memulakan sesuatu pekerjaan itu kita mulakan dengan 200 kali bacaan Bismillah?

8 – Bolehkah kita menukarkan waktu untuk solat Fardhu Juma'at ke dalam waktu 'Asar? Atau bolehkah kita tukarkan saja ke hari yang lain seperti hari Sabtu atau Ahad?

9 – Bolehkah amalan majlis Tahlilan kenduri arwah itu dianggap sebagai salah satu dari bentuk-bentuk ibadah?

Wallahu a'lam... Jawabnya, sudah tentu tidak boleh. Kenapa? Ini adalah kerana:

Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ

Terjemahan: Sesiapa yang mereka-cipta perkara baru di dalam urusan kami yang tidak berasal dari-Nya, maka ianya tertolak. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 9/201, no. 2499)

Imam Ibnu Rejab al-Hanbali menjelaskan:

والأعمال قسمان : عبادات ، ومعاملات

فأما العبادات ، فما كان منها خارجاً عن حكم الله ورسوله بالكلية ، فهو مردود على عامله ، وعامله يدخل تحت قوله : { أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ الله } ((الشورى: 21)) ، فمن تقرَّب إلى الله بعمل ، لم يجعله الله ورسولُه قربة إلى الله ، فعمله باطلٌ مردودٌ عليه ، وهو شبيهٌ بحالِ الذين كانت صلاتُهم عندَ البيت مُكاء وتصدية ، وهذا كمن تقرَّب إلى الله تعالى بسماع الملاهي ، أو بالرَّقص ، أو بكشف الرَّأس في غير الإحرام ، وما أشبه ذلك من المحدثات التي لم يشرع الله ورسولُه التقرُّب بها بالكلية .

وليس ما كان قربة في عبادة يكونُ قربةً في غيرها مطلقاً ، فقد رأى النَّبيُّ - صلى الله عليه وسلم - رجلاً قائماً في الشمس ، فسأل عنه ، فقيل : إنَّه نذر أنْ يقوم ولا يقعدَ ولا يستظلَّ وأنْ يصومَ ، فأمره النَّبيُّ - صلى الله عليه وسلم - أنْ يَقعُدَ ويستظلَّ ، وأنْ يُتمَّ صومه((أخرجه: البخاري 8/178)) فلم يجعل قيامه وبروزه للشمس قربةً يُوفى بنذرهما

Terjemahan: Amalan seseorang itu terbahagi kepada dua: ibadat dan mu'amalat. Ada pun ibadat, apa-apa sahaja daripadanya yang terkeluar (tidak termasuk) dari saranan Allah dan rasul-Nya secara seluruhnya, maka ia tertolak kepada pelakunya. Pelakunya termasuk di dalam maksud ayat:

Adakah mereka memiliki sembahan-sembahan selain Allah yang mensyari'atkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? (Surah asy-Syura, 42: 21)

Oleh itu sesiapa yang mendekatkan diri (bertaqarrub) kepada Allah dengan suatu amalan yang tidak dijadikan oleh Allah dan rasul-Nya sebagai ibadat, maka amalan itu adalah batil dan tertolak kembali kepadanya. Ini sama seperti orang-orang yang solat di Baitullah (Masjidil Haram) secara bersiul-siul dan bertepuk tangan. Orang tersebut seakan-akan bertaqarrub kepada Allah Ta'ala dengan mendengar hiburan, atau tarian, atau membuka penutup kepala di selain ihram, dan bid'ah-bid'ah lain yang tidak disyrai'atkan Allah dan Rasul-Nya sebagai bentuk taqarrub.

Taqarrub bagi salah satu bentuk ibadah tidak akan menjadi sebagai taqarrub bagi ibadah lainnya secara mutlak. Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah melihat seorang lelaki yang berdiri di bawah panas matahari, lalu baginda bertanya tentangnya, dijawab kepada baginda: Sesungguhnya dia (lelaki itu) bernadzar untuk berdiri dan tidak duduk, tidak berteduh dan berpuasa. Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam mengarahkan dia supaya duduk dan berteduh, juga mengarahkannya meneruskan puasanya (Diriwayatkan oleh al-Bukhari). Maka Rasul tidak menjadikan perbuatan berdiri dan berpanas di bawah matahari itu sebagai suatu bentuk qurbah (perbuatan mendekatkan diri kepada Allah) yang perlu dipenuhi atas alasan nadzarnya.(Ibnu Rejab al-Hanbali, Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, 7/3)

Firman Allah:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Terjemahan: Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan di dalam tafsirnya:

هذه الآية الكريمة حاكمة على كل من ادعى محبة الله، وليس هو على الطريقة المحمدية فإنه كاذب في دعواه في نفس الأمر، حتى يتبع الشرع المحمدي والدين النبوي في جميع أقواله وأحواله، كما ثبت في الصحيح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: "مَنْ عَمِلَ عَمَلا لَيْسَ عليه أمْرُنَا فَهُوَ رَدُّ"

Terjemahan: “Ayat yang mulia ini menghukumi setiap mereka yang mengaku menyintai Allah namun mereka tidak mengikuti petunjuk Muhammad Shallallahu ‘alahi wa Sallam. Maka jelaslah bahawa pengakuannya itu adalah merupakan suatu pendustaan sehinggalah mereka mengikuti syari’at Muhammad dan agama nabawi di dalam setiap ucapan dan perbuatannya. Ini adalah sebagaimana sebuah hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Barangsiapa yang melakukan suatu amal yang tidak ada perintahnya dari kami, maka amalan tersebut tertolak (tidak diterima).” (Hadis Riwayat Muslim).” (al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur'anil Adzim, 2/32)

Di lembaran yang lain, al-Hafiz Ibnu Katsir menjelaskan lagi di dalam Tafsiran Surah asy-Syura, ayat 21:

هم لا يتبعون ما شرع الله لك من الدين القويم، بل يتبعون ما شرع لهم شياطينهم من الجن والإنس، من تحريم ما حرموا عليهم، من البحيرة والسائبة والوصيلة والحام، وتحليل الميتة والدم والقمار، إلى نحو ذلك من الضلالات والجهالة الباطلة، التي كانوا قد اخترعوها في جاهليتهم، من التحليل والتحريم، والعبادات الباطلة، والأقوال الفاسدة

Terjemahan: Mereka tidak mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah kepadamu (Muhammad) daripada agama yang lurus. Sebaliknya mereka mengikut apa yang disyariatkan untuk mereka oleh para syaitan mereka dari kalangan jin dan manusia, iaitu apa yang t|Lhhksedja biHeamkan ke a as mereka dari bahiirah, saa'idah, washiilah, dan haam. Begitu juga dengan perbuatan mereka menghalalkan memakan bangkai dan darah serta perjudian, dan juga selainnya mencakupi segala kesesatan dan kebodohan yang batil yang mereka ada-adakan di masa Jahiliyyah mereka, dalam bentuk menghalal dan mengharam, ibadat-ibadat yang batil (palsu) dan perkataan-perkataan yang rosak”.(al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir alB; _TCU @ X�n-4 N#),;J29

Para ulama Ahlus Sunnah memiliki suatu kaedah dalam persoalan ini. Mereka menjelaskan bahawa hukum ibadat itu adalah haram melainkan dengan dalil.

Berikut dibawakan perkataan para ulama yang berkaitan berserta rujukannya:

الأصل في العبادة التوقف \ التوقيف

Terjemahan: Asal setiap ibadat itu adalah tawaqquf (behenti melainkan ada dalil padanya). (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqolani, Kitab Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 3/54. Imam Muhammad B. Abdul Baqi al-Zarqoni, Syarah al-Zarqoni 'ala Muwaththa', 1/434. Imam Muhammad B Ahmad ar-Ramli al-Anshori, Ghoyatul Bayan, 1/79)

التقرير فى العبادة إنما يؤخذ عن توقيف

Terjemahan: Perlaksanaan di dalam ibadat adalah dengan mengikuti/mengambil dari apa yang telah ditetapkan (melalui dalil). (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqolani, Kitab Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 2/80)

أَنَّ الْأَعْمَالَ الدِّينِيَّةَ لَا يَجُوزُ أَنْ يُتَّخَذَ شَيْءٌ سَبَبًا إلَّا أَنْ تَكُونَ مَشْرُوعَةً فَإِنَّ الْعِبَادَاتِ مَبْنَاهَا عَلَى التَّوْقِيفِ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ

Terjemahan: Bahawasanya sesuatu urusan (amal) di dalam agama itu tidaklah diambil melainkan dengan hujjah (dalil) yang sah. Disebabkan itu, sesungguhnya ibadat itu adalah terhenti (cukup dengan mengikuti apa yang telah ditetapkan). (Rujuk: Imam Ibnu Muflih, Adabul Syar'iyah, 2/381)

لا سيما في أمور العبادة فإنها إنما تؤخذ عن توقيف

Terjemahan: Tidalah diambil sesuatu pada urusan ibadat itu melainkan cukup dengan mengikuti (berhenti dari melakukan tanpa hujjah). (Rujuk: Imam Muhammad B. 'Ali asy-Syaukani, Nailul Authar, 2/20)

وَإِنْ كَانَ الْأَصْلُ فِي الْعِبَادَةِ أَنَّهَا إذَا لَمْ تُطْلَبْ لَا تَنْعَقِدُ

Terjemahan: Dan bahawasanya adalah asal bagi ibadat itu jika tiada anjuran melakukannya, maka ia tidak perlu dilakukan. (Shamsuddin Muhammad ar-Ramli, Nihayatul Muhtaj ila Syarah al-Minhaj, 3/109)

الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَةِ إذَا لَمْ تَطْلُبْ بُطْلَانَهَا

Terjemahan: Asal hukum bagi setiap ibadat itu apabila tiada anjuran melakukannya, maka ianya tidak sah (terbatal). (Sulaiman B. Muhammad al-Bujairami, Hasyiyah al-Bujairami 'ala al-Khathtib, 3/497)

أن الأصل في العبادات الحظر ؛ فلا يشرع منها إلا ما شرعه الله ورسوله ، والأصل في المعاملات والاستعمالات كلها الإباحة ; فلا يحرم منها إلا ما حرمه الله ورسوله

Terjemahan: Bahawasanya asal hukum bagi setiap ibadat adalah dilarang; maka tidak disyari'atkan daripadanya melainkan apa yang telah disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya, manakala asal hukum di dalam mu'amalat dan urusan berkaitan dengannya seluruhnya adalah harus (tidak mengapa); maka tidak diharamkan melainkan apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya. ('Abdurrahman B. Nashir as-Sa'di, Taisir al-Latif al-Mannan fi Khulasah Tafsir al-Ahkam, 1/299)

أَحْمَد وَغَيْرُهُ مِنْ فُقَهَاءِ أَهْلِ الْحَدِيثِ يَقُولُونَ : إنَّ الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَاتِ التَّوْقِيفُ فَلَا يُشْرَعُ مِنْهَا إلَّا مَا شَرَعَهُ اللَّهُ تَعَالَى

Terjemahan: Imam Ahmad (Bin Hanbal) dan selain beliau dari kalangan fuqaha’ ahli hadis berkata: Sesungguhnya asal hukum bagi setiap ibadat adalah tawqif (berdasarkan dalil), maka dengan itu tidak disyari'atkan daripadanya melainkan apa yang disyari'atkan oleh Allah Ta'ala. (Ibnu Taimiyyah, Majmu' Fatawa Ibnu Taimiyyah, 6/452)

أن الأصل في العبادات البطلان إلا ما شرعه اللّه ورسوله

Terjemahan: Bahawasanya asal bagi setiap ibadat adalah tidak sah (batal) melainkan apa yang telah disyari'atkan oleh Allah dan rasul-Nya. (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Ahkam Ahludz Dzimmah, 1/121)

Demikianlah beberapa penjelasan daripada para ulama Ahlus Sunnah berkaitan haramnya ibadah melainkan dengan dalil yang jelas.

Wallahu a'lam...

Monday, November 9, 2009

111 - Perkataan Imam asy-Syafi'e Tentang Istiwa Allah

Perkataan Imam asy-Syafi'e Tentang Istiwa Allah

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

روى شيخ الإسلام أبو الحسن الهكاري والحافظ أبو محمد المقدسي بإسنادهم إلى أبي ثور وأبي شعيب كلاهما عن الإمام محمد بن إدريس الشافعي ناصر الحديث رحمه الله تعالى قال القول في السنة التي أنا عليها ورأيت عليها الذين رأيتهم مثل سفيان ومالك وغيرهما الإقرار بشهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وأن الله على عرشه في سمائه يقرب من خلقه كيف شاء وينزل إلى السماء الدنيا كيف شاء وذكر سائر الإعتقاد

Terjemahan: Syaikhul Islam Abul Hasan al-Hikari dan al-Hafiz Abu Muhammad al-Maqdisi meriwayatkan dengan rangkaian sanad mereka kepada Abi Tsaur dan Abi Syu'aib, keduanya dari imam Muhammad B. Idris asy-Syafi'e nashirul Hadis (pembela hadis) rahimahullah Ta'ala, beliau berkata:

Sunnah yang aku anut sebagaimana yang dipegang (dianuti) oleh Sufyan, Malik dan selain keduanya adalah pengakuan dengan Syahadat (kesaksian) bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah (dengan benar) melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah, dan sesungguhnya Allah di atas 'Arsy-Nya di langit-Nya. Dia dekat dengan makhluk-Nya sebagaimana yang Dia kehendaki, dan turun ke langit dunia sebagaimana yang Dia kehendaki... begitulah seterusnya beliau menyebutkan keyakinannya yang lainnya.

Rujuk:

العلو للعلي الغفار للحافظ الذهبي
Kitab:
1 - Imam adz-Dzahabi, al-'Uluw Lil 'Aliyyil Ghoffar, no. 443.
2 – Muhammad Nashiruddin al-Albani, Mukhtashor al-'Uluw Lil 'Aliyyil Ghoffar, no. 196.

110 - Prinsip Imam asy-Syafi'e Dalam Menetapkan Sifat Bagi Allah

Prinsip Imam asy-Syafi'e Dalam Menetapkan Sifat Bagi Allah

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Dalam kitabnya, al-Risalah, imam asy-Syafi'e rahimahullah menyebutkan:

والحمد لله .. الذي هو كما وصف به نفسه وفوق ما يصفه به خلقه

Terjemahan: Walhamdulillah (segala puji bagi Allah)... yang Dia adalah sebagaimana yang Dia sifatkan untuk diri-Nya dan melampaui sifat-sifat yang diberikan makhluk ciptaan-Nya untuk-Nya. (Rujuk: Imam asy-Syafi'e, al-Risalah, 7-8)

Imam asy-Syafi'e menetapkan sifat bagi Allah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh al-Qur'an dan as-Sunnah:

أَخْبَرْنَا ابْنُ مُؤْمِنٍ، أَخْبَرَنَا الحُسَيْنُ بنُ أَبِي بَكْرٍ، أَخْبَرَنَا جَعْفَرُ بنُ زَيْدٍ، أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بنُ عُبَيْدِ اللهِ العُكْبَرِيُّ، أَخْبَرَنَا أَبُو طَالِبٍ الحَرْبِيُّ، أَخْبَرْنَا ابْنُ مَرْدَكَ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بنُ أَبِي حَاتِمٍ، حَدَّثَنَا يُوْنُسُ، سَمِعْتُ الشَّافِعِيَّ يَقُوْلُ:

نُثْبِتُ هَذِهِ الصِّفَاتِ الَّتِي جَاءَ بِهَا القُرْآنُ، وَوَرَدَتْ بِهَا السُّنَّةُ، وَننفِي التَّشبيهَ عَنْهُ كَمَا نَفَى عَنْ نَفْسِهِ، فَقَالَ: لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ

Terjemahan: Telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Mukmin, telah mengkhabarkan kepada kami al-Husin B. Abi Bakr, telah mengkhabarkan kepada kami Ja'far B. Zaid, telah mengkhabarkan kepada kami Ahmad B. 'Ubaidullah al-'Akbari, telah mengkhabarkan kepada kami Abu Tholib al-Harbi, telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Mardak, telah mengkhabarkan kepada kami 'Abdurrahman B. Abi Hatim, telah menjelaskan kepada kami Yunus, bahawasanya aku mendengar asy-Syafi'e beliau berkata:

Kita menetapkan sifat-sifat (bagi Allah) sebagaimana yang disebutkan oleh al-Qur'an dan as-Sunnah ini dan kita nafikan tasybih (penyerupaan dengan sifat makhluk) dari-Nya sebagaimana Dia telah menafikan dari diri-Nya. Sebagaimana Dia berfirman: Tiada sesuatu pun yang serupa dengannya. (Rujuk: Imam adz-Dzahabi, Siyar 'Alam an-Nubala', 20/341)

109 - Mazhab Salaf as-Soleh Dalam Soal Istawa Allah

Mazhab Salaf as-Soleh Dalam Soal Istawa Allah

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah berkata di dalam tafsirnya:

وأما قوله تعالى: { ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ } فللناس في هذا المقام مقالات كثيرة جدا، ليس هذا موضع بسطها، وإنما يُسلك في هذا المقام مذهب السلف الصالح: مالك، والأوزاعي، والثوري، والليث بن سعد، والشافعي، وأحمد بن حنبل، وإسحاق بن راهويه وغيرهم، من أئمة المسلمين قديما وحديثا، وهو إمرارها كما جاءت من غير تكييف ولا تشبيه ولا تعطيل. والظاهر المتبادر إلى أذهان المشبهين منفي عن الله، فإن الله لا يشبهه شيء من خلقه، و { لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ } [ الشورى:11 ] بل الأمر كما قال الأئمة -منهم نُعَيْم بن حماد الخزاعي شيخ البخاري -: "من شبه الله بخلقه فقد كفر، ومن جحد ما وصف الله به نفسه فقد كفر". وليس فيما وصف الله به نفسه ولا رسوله تشبيه، فمن أثبت لله تعالى ما وردت به الآيات الصريحة والأخبار الصحيحة، على الوجه الذي يليق بجلال الله تعالى، ونفى عن الله تعالى النقائص، فقد سلك سبيل الهدى.

Terjemahan: Ada pun firman Allah Ta'ala: “Kemudian Dia beristiwa (bersemayam) di atas 'Arsy”, terdapat begitu banyak komentar berkenaan dengannya. Akan tetapi, di sini bukanlah tempat yang tepat untuk membentangkannya. Kerana itulah, kami hanya mengikuti mazhab Salafus Sholeh. Iaitu, mazhab (pendapat) yang dipegang oleh para ulama, seperti Malik, al-Awza'i, ats-Tsauri, al-Laits B. Sa'ad, asy-Syafi'e, Ahmad, Ishaq B. Rahawayh, dan lain-lain dari para imam kaum Muslimin sepanjang masa, yang terdahulu mahu pun sekarang, dengan menetapkan ianya sebagaimana datangnya, tanpa takyif, tasybih, dan ta'thil.

Makna yang diungkapkan oleh pemikiran orang-orang musyabbihin (orang-orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya) adalah dengan meletakkan sifat itu dinafikan dari Allah (sesungguhnya Allah bebas dan terhindar dari bentuk kefahaman sebagaimana akal-akal mereka). Kerana sebenarnya Dia tidak menyerupai sesuatu pun dari makhluk-Nya, tidak sesuatu pun yang serupa dengan-Nya, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Akan tetapi, persoalannya sebagaimana dikatakan oleh para imam, di antara lain adalah Nu'aim B. Hammad, guru kepada imam al-Bukhari, beliau berkata:

Sesiapa yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya, maka ia telah kafir. Sesiapa yang mengingkari apa-apa yang disifatkan oleh Allah untuk diri-Nya, sesungguhnya dia telah kafir. Tidak ada tasybih (penyerupaan) pada apa yang telah disifatkan Allah untuk diri-Nya dan juga oleh Rasul-Nya. Maka sesiapa yang menetapkan bagi Allah Ta'ala apa-apa yang telah diterangkan melalui ayat-ayat-Nya yang jelas dan khabar-khabar (hadis) Nabi-Nya yang sahih bertepatan dengan kebesaran/kemuliaan Allah dan menafikan dari-Nya segala kekurangan, maka sesungguhnya ia telah menempuh jalan petunjuk. (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur'anil Adzim, 3/427)

Wednesday, November 4, 2009

108 - Imam asy-Syafi'e Berkata Tentang Sifat-sifat Allah

Imam asy-Syafi'e Berkata Tentang Sifat-sifat Allah

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/

Syaikh Dr. Muhammad B. 'Abdurrahman al-Khumais menukilkan:

وقد جزء الاعتقاد المنسوب للشافعي - من رواية أبي طالب العشاري ما نصّه قال : وقد سُئل عن صفات الله عز وجل وما ينبغي أن يؤمن به , فقال ( لله تبارك وتعالى أسماء وصفات جاء بها كتابه وخبر بها نبيه صلى الله عليه وسلم , أمته لا يسع أحداً من خلق الله عز وجل قامت لديه الحجة إن القرآن نزل به وصحيح عنده قول النبي صلى الله عليه وسلم , فيما روى عنده العدل خلافه فإن خالف ذلك بعد ثبوت الحجة عليه فهو كافر بالله عز وجل , فأما قبل ثبوت الحجة عليه من جهة الخبر فمعذور بالجهل لأن علم ذلك لا يدرك بالعقل ولا بالدراية

Terjemahan: Dan di dalam bahagian i'tiqad yang dinisbatkan kepada asy-Syafi'e melalui riwayat Abu Thalib al-'Usyari dengan redaksi berikut:

Beliau (Abu Thalib al-'Usyari) berkata:

Asy-Syafi'e ditanya tentang sifat-sifat Allah 'Azza wa Jalla dan apa-apa yang perlu diimani. Maka asy-Syafi'e menjelaskan:

Allah Tabaraka wa Ta'ala memiliki asma' (nama-nama) dan sifat-sifat yang telah disebutkan oleh Kitab-Nya dan diberitakan oleh Nabi-Nya Shallallahu 'alaihi wa Sallam kepada umatnya, yang tidak boleh diingkari oleh sesiapa pun dari makhluk Allah yang telah sampai kepadanya dalil bahawa al-Qur'an turun membawa keterangan tentang perkara tersebut, juga perkataan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang diriwayatkan oleh perawi yang adil dan tsiqah serta telah benar-benar sahih yang menerangkan persoalan tersebut. Dengan itu, sesiapa yang mengingkari atau berbeza dengan semuanya itu sedangkan hujjah (dalil-dalil dan keterangan) tersebut telah jelas baginya, bererti dia kafir kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Ada pun jika dia menentang disebabkan belum ditegakkan (atau menemukan) hujjah/penjelasan tersebut, maka dia diampuni disebabkan kebodohannya, kerana pengetahuan tentang semuanya itu (tentang sifat-sifat dan asma' Allah) tidak dapat dijangkau oleh akal dan pemikiran.

والفكر ونحو ذلك أخبار الله عز وجل أنه سميع وأن له يدين بقوله عز وجل

Yang termasuk ke dalam keterangan-keterangan seperti itu adalah juga keterangan-keterangan Allah Subhanahu wa Ta'ala bahawa Dia Maha Mendengar dan bahawasanya bagi Allah itu dua Tangan bersesuaian dengan firman-Nya 'Azza wa Jalla:

( بل يداه مبسوطتان )

Sebaliknya, kedua tangan Allah itu terbuka... (Surah al-Ma'idah, 5: 64)

وأن له يميناً بقوله عز وجل

Dan bahawasanya bagi Allah itu tangan kanan, sebagaimana yang Dia nyatakan:

( والسموات مطويات بيمينه )

Dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. (Surah az-Zumar, 39: 67)

وإن له وجهاً بقوله عز وجل

Dan bahawasanya bagi Allah itu wajah, berdasarkan firman-Nya:

( كل شيء هالك إلا وجهه )

Dan setiap sesuatu pasti binasa, melainkan wajah Allah... (Surah al-Qashas, 28: 88)

( ويبقى وجه ربك ذو الجلال والإكرام )

Dan kekallah wajah Rabb-mu yang memiliki keagungan dan kemuliaan. (Surah ar-Rahman, 55: 27)

وأن له قدماً بقوله صلى الله عليه وسلم

Dan bahawasanya bagi Allah itu kaki, sebagaimana pernyataan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

حتى يضع الرب عز وجل فيها قدمه

Sehingga Rabb 'Azza wa Jalla meletakkan kaki-Nya ke neraka Jahannam.

للذي قتل في سبيل الله عز وجل أنه

Dan Allah tertawa, berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tentang orang yang mati di jalan Allah (fi Sabilillah), iaitu:

( لقي الله عز وجل وهو يضحك إليه )

Ia akan bertemu dengan Allah 'Azza wa Jalla sedang Allah itu dalam keadaan tertawa kepadanya...

وأنه يهبط كل ليلة إلى السماء الدنيا بخبر رسول الله صلى الله عليه وسلم , بذلك وأنه ليس بأعور لقول النبي صلى الله عليه وسلم إذ ذكر الدجال فقال بأعور

Dan bahawa Allah turun ke langit dunia pada setiap malam berdasarkan hadis (penjelasan) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tentangnya.

Begitu juga keterangan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala itu tidak buta sebelah mata-Nya berdasarkan pernyataan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam ketika baginda menyebut Dajjal, baginda bersabda:

( إنه أعور وإن ربكم ليس بأعور )

Dajjal itu buta sebelah matanya, dan sesungguhnya Rabb-mu tidaklah buta.

وإن المؤمنين يرون ربهم عز وجل يوم القيامة بأبصارهم كما يرون القمر ليلة البدر وأنه له إصبعاً بقوله صلى الله عليه وسلم عز وجل

Dan bahawa orang-orang mukmin pasti akan melihat Rabb mereka pada hari kiamat dengan pandangan mata mereka seperti mana mereka melihat bulan di malam pernama, juga bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta'ala memiliki jari-jemari sebagaimana yang dijelaskan melalui perkataan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

( ما من قلب إلا هو بين أصبعين من أصابع الرحمن عز وجل )

Tidaklah ada satu hati pun melainkan ia berada di antara dua jari ar-Rahman (Yang Maha Pengasih) 'Azza wa Jalla.

وإن هذه المعاني التي وصف الله عز وجل بها نفسه ووصفه بها رسوله صلى الله عليه وسلم , لا يدرك حقه ذلك بالفكر والدراية ولا يكفر بجهلها أحد إلا بعد انتهاء الخبر إليه وإن كان الوارد بذلك خبراً يقوم في الفهم مقام المشاهدة في السماع ( وجبت الدينونة ) على سامعه بحقيقته والشهادة عليه كما عاين وسمع من رسول الله صلى الله عليه وسلم , ولكن نثبت هذه الصفات وننفي التشبيه كما نفى ذلك عن نفسه تعالى ذكره فقال

Semua sifat-sifat ini yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sendiri bagi diri-Nya dan oleh sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tentang-Nya. Hakikat sebenarnya tidak dapat dijangkau oleh akal atau fikiran, dan orang yang mengingkarinya kerana kejahilan tidaklah kafir melainkan jika dia mengetahuinya tetapi dia mengingkarinya, barulah dia kafir. Dan bila mana yang datang tersebut merupakan berita yang kedudukannya di dalam pemahaman sebagaimana yang disaksikan dalam apa yang didengar, maka wajib baginya sebagai orang yang mendengar berita tersebut untuk mengimani dan tunduk kepada hakikat perkara tersebut dan mempersaksikan ke atasnya sebagaimana dia melihat dan mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Namun, kita menetapkan sifat-sifat ini dengan menafikan tasybih (penyerupaan kepada makhluk) sebagaimana Allah telah menafikan dari diri-Nya melalui firman-Nya:

(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ)

Tiada sesuatu pun yang menyerupai Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah asy-Syura, 42: 11)

Rujukan: (اعتقاد الأئمة الأربعة) I'tiqad Aimmah al-Arba'ah, m/s. 17-18. Cetakan pertama, 1412 -1992, Darul 'Asimah Saudi Arabia, oleh Syaikh Dr. Muhammad B. 'Abdurrahman al-Khumais. Rujuk juga:

مناقب الشافعي 1/412-413 , شرح أصول اعتقاد أهل السنة والجماعة 2/702

Kitab Manaqib asy-Syafi'e, oleh Imam al-Baihaqi, 1/412-413 dan Syarah Ushul I'tiqad Ahlus Sunnah wal Jama'ah, oleh Imam al-Lalika'i, 2/702.

Tuesday, November 3, 2009

107 - Perkataan Imam al-'Auza'i Tentang Allah Beristiwa Di Arsy-Nya

Perkataan Imam al-'Auza'i Tentang Allah Beristiwa Di Arsy-Nya

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Imam al-'Auza'i:

واخرج البيهقي بسند جيد عن الأوزاعي قال كنا والتابعون متوافرون نقول ان الله على عرشه ونؤمن بما وردت به السنة من صفاته

وأخرج الثعلبي من وجه آخر عن الأوزاعي انه سئل عن قوله تعالى ثم استوى على العرش فقال هو كما وصف نفسه وأخرج البيهقي

فتح الباري - ابن حجر، 13/406

Terjemahan: Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang baik (jayyid) bahawa al-'Auza'i (beliau berkata), Kami dan para Tabi'in semuanya menetapkan dengan kesepakatan qaul kami bahawa: Sesungguhnya Allah di atas 'Arasy-Nya dan kami beriman dengan apa yang telah dinyatakan oleh Sunnah berkenaan sifat-sifat (Allah Ta’ala).

Dan di tempat yang lain daripada (diriwayatkan oleh) ats-Tsa'labi, al-'Auza'i ditanya tentang Allah bersemayam (istiwa) di atas 'Arasy, maka beliau menjawab: Dia (Allah) sebagaimana yang Dia sendiri sifatkan tentang Diri-Nya.

Rujuk: Ibnu Hajar al-'Asqalani, Fathul Bari, 13/406.

Monday, October 12, 2009

106 - Nabi Pernah Melihat Malaikat Jibril

Nabi Pernah Melihat Malaikat Jibril

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Malaikat itu adalah salah satu dari kelompok hamba Allah. Kelompok hamba yang sentiasa taat, tunduk dan patuh kepada Allah Subahanahu wa Ta'ala.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Maksud: Sebenarnya (malaikat-malaikat itu), adalah hamba-hamba yang dimuliakan. Mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tidaklah memberi syafaat melainkan kepada orang yang diredhai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya. (Surah al-Anbiya', 21: 26-28)

Malaikat terbahagi kepada beberapa golongan di antaranya berdasarkan tugasan yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada mereka.

Malaikat itu sangat banyak bilangannya dan tiada sesiapa yang mengetahui jumlah mereka melainkan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Maksud: Dan tiada yang mengetahui tentera Rabb-mu melainkan Dia sendiri. (Surah al-Muddatsir, 74 : 31)

Allah menjadikan mereka tidak dapat dilihat oleh manusia, sehinggalah kita tidak mengetahui dan tidak melihat rupa bentuk mereka yang sebenar. Namun, Allah menampakkan mereka kepada sebahagian hamba-Nya yang dikehendaki-Nya. Ini berlaku kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang pernah melihat Jibril sebanyak dua kali di dalam rupa bentuknya yang sebenar (asli).

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Maksud: Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). Yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat. yang mempunyai akal yang cerdas; dan (Jibril itu) menampakkan diri dengan rupanya yang asli. Sedang dia berada di ufuk yang tinggi. Kemudian dia datang mendekat, lalu bertambah dekat lagi. Maka jadilah dia dekat (kepada Muhammad sejarak) dua hujung busur panah atau lebih dekat (lagi). Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya (Muhammad) apa yang telah Allah wahyukan. Hatinya tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya. Maka adakah kaum (musyrik Mekah) hendak membantahnya tentang apa yang telah dilihatnya? Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, (iaitu) di Sidratul Muntaha. (Surah an-Najm, 53: 4-14)

Juga firmannya:

Maksud: Dan temanmu (Muhammad) itu sekali-kali bukanlah orang yang gila. Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat Jibril di ufuk yang terang. (Surah at-Takwir, 81: 22-23)

Monday, July 27, 2009

Isra’ Mi’raj

Isra’ Mi’raj

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/

Ahlus Sunnah mengimani dan meyakini bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah disra’kan oleh Allah dari Makkah ke Baitul Maqdis lalu dimi’rajkan (naik) ke langit dengan ruh dan jasadnya di dalam keadaan sedar sehingga ke langit yang ketujuh, ke Sidratul Muntaha. Kemudian (beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) memasuki Syurga, melihat neraka, melihat para malaikat, mendengar perkataan Allah, bertemu dengan para Nabi, dan beliau mendapat perintah solat lima waktu sehari semalam. Dan beliau kembali ke Makkah pada malam itu juga (malam yang sama). (Rujuk: Yazid Abdul Qadir Jawas, Syarah Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah, m/s. 272, Pustaka Imam asy-Syafi’i, Cet. 6, Th. Syawal 1429H/Oktober 2008M. Rujuk juga: Imam al-Barbahari, Syarhus Sunnah, no. 72, m/s. 59-60, Dar El-Hujjah, Cet. 1, Th. 1423H/2002M, Jakarta)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maksud: Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari al-Masjidil Haram ke al-Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Isra’, 17: 1)

1 - Hadis Riwayat al-Bukhari, (بَاب الْمِعْرَاجِ), no. 3598, dari Anas B. Malik dari Malik B. Sha’sha’ah:

حَدَّثَنَا هُدْبَةُ بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا هَمَّامُ بْنُ يَحْيَى حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ مَالِكِ بْنِ صَعْصَعَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا

أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَهُمْ عَنْ لَيْلَةِ أُسْرِيَ بِهِ بَيْنَمَا أَنَا فِي الْحَطِيمِ وَرُبَّمَا قَالَ فِي الْحِجْرِ مُضْطَجِعًا إِذْ أَتَانِي آتٍ فَقَدَّ قَالَ وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ فَشَقَّ مَا بَيْنَ هَذِهِ إِلَى هَذِهِ فَقُلْتُ لِلْجَارُودِ وَهُوَ إِلَى جَنْبِي مَا يَعْنِي بِهِ قَالَ مِنْ ثُغْرَةِ نَحْرِهِ إِلَى شِعْرَتِهِ وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ مِنْ قَصِّهِ إِلَى شِعْرَتِهِ فَاسْتَخْرَجَ قَلْبِي ثُمَّ أُتِيتُ بِطَسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ مَمْلُوءَةٍ إِيمَانًا فَغُسِلَ قَلْبِي ثُمَّ حُشِيَ ثُمَّ أُعِيدَ ثُمَّ أُتِيتُ بِدَابَّةٍ دُونَ الْبَغْلِ وَفَوْقَ الْحِمَارِ أَبْيَضَ فَقَالَ لَهُ الْجَارُودُ هُوَ الْبُرَاقُ يَا أَبَا حَمْزَةَ قَالَ أَنَسٌ نَعَمْ يَضَعُ خَطْوَهُ عِنْدَ أَقْصَى طَرْفِهِ فَحُمِلْتُ عَلَيْهِ فَانْطَلَقَ بِي جِبْرِيلُ حَتَّى أَتَى السَّمَاءَ الدُّنْيَا فَاسْتَفْتَحَ فَقِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ أُرْسِلَ إِلَيْهِ قَالَ نَعَمْ قِيلَ مَرْحَبًا بِهِ فَنِعْمَ الْمَجِيءُ جَاءَ فَفَتَحَ فَلَمَّا خَلَصْتُ فَإِذَا فِيهَا آدَمُ فَقَالَ هَذَا أَبُوكَ آدَمُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ فَرَدَّ السَّلَامَ ثُمَّ قَالَ مَرْحَبًا بِالِابْنِ الصَّالِحِ وَالنَّبِيِّ الصَّالِحِ ثُمَّ صَعِدَ بِي حَتَّى أَتَى السَّمَاءَ الثَّانِيَةَ فَاسْتَفْتَحَ قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ أُرْسِلَ إِلَيْهِ قَالَ نَعَمْ قِيلَ مَرْحَبًا بِهِ فَنِعْمَ الْمَجِيءُ جَاءَ فَفَتَحَ فَلَمَّا خَلَصْتُ إِذَا يَحْيَى وَعِيسَى وَهُمَا ابْنَا الْخَالَةِ قَالَ هَذَا يَحْيَى وَعِيسَى فَسَلِّمْ عَلَيْهِمَا فَسَلَّمْتُ فَرَدَّا ثُمَّ قَالَا مَرْحَبًا بِالْأَخِ الصَّالِحِ وَالنَّبِيِّ الصَّالِحِ ثُمَّ صَعِدَ بِي إِلَى السَّمَاءِ الثَّالِثَةِ فَاسْتَفْتَحَ قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ أُرْسِلَ إِلَيْهِ قَالَ نَعَمْ قِيلَ مَرْحَبًا بِهِ فَنِعْمَ الْمَجِيءُ جَاءَ فَفُتِحَ فَلَمَّا خَلَصْتُ إِذَا يُوسُفُ قَالَ هَذَا يُوسُفُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ فَرَدَّ ثُمَّ قَالَ مَرْحَبًا بِالْأَخِ الصَّالِحِ وَالنَّبِيِّ الصَّالِحِ ثُمَّ صَعِدَ بِي حَتَّى أَتَى السَّمَاءَ الرَّابِعَةَ فَاسْتَفْتَحَ قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ أَوَقَدْ أُرْسِلَ إِلَيْهِ قَالَ نَعَمْ قِيلَ مَرْحَبًا بِهِ فَنِعْمَ الْمَجِيءُ جَاءَ فَفُتِحَ فَلَمَّا خَلَصْتُ إِلَى إِدْرِيسَ قَالَ هَذَا إِدْرِيسُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ فَرَدَّ ثُمَّ قَالَ مَرْحَبًا بِالْأَخِ الصَّالِحِ وَالنَّبِيِّ الصَّالِحِ ثُمَّ صَعِدَ بِي حَتَّى أَتَى السَّمَاءَ الْخَامِسَةَ فَاسْتَفْتَحَ قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ أُرْسِلَ إِلَيْهِ قَالَ نَعَمْ قِيلَ مَرْحَبًا بِهِ فَنِعْمَ الْمَجِيءُ جَاءَ فَلَمَّا خَلَصْتُ فَإِذَا هَارُونُ قَالَ هَذَا هَارُونُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ فَرَدَّ ثُمَّ قَالَ مَرْحَبًا بِالْأَخِ الصَّالِحِ وَالنَّبِيِّ الصَّالِحِ ثُمَّ صَعِدَ بِي حَتَّى أَتَى السَّمَاءَ السَّادِسَةَ فَاسْتَفْتَحَ قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ مَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ أُرْسِلَ إِلَيْهِ قَالَ نَعَمْ قَالَ مَرْحَبًا بِهِ فَنِعْمَ الْمَجِيءُ جَاءَ فَلَمَّا خَلَصْتُ فَإِذَا مُوسَى قَالَ هَذَا مُوسَى فَسَلِّمْ عَلَيْهِ فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ فَرَدَّ ثُمَّ قَالَ مَرْحَبًا بِالْأَخِ الصَّالِحِ وَالنَّبِيِّ الصَّالِحِ فَلَمَّا تَجَاوَزْتُ بَكَى قِيلَ لَهُ مَا يُبْكِيكَ قَالَ أَبْكِي لِأَنَّ غُلَامًا بُعِثَ بَعْدِي يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مِنْ أُمَّتِهِ أَكْثَرُ مِمَّنْ يَدْخُلُهَا مِنْ أُمَّتِي ثُمَّ صَعِدَ بِي إِلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ نَعَمْ قَالَ مَرْحَبًا بِهِ فَنِعْمَ الْمَجِيءُ جَاءَ فَلَمَّا خَلَصْتُ فَإِذَا إِبْرَاهِيمُ قَالَ هَذَا أَبُوكَ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ قَالَ فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ فَرَدَّ السَّلَامَ قَالَ مَرْحَبًا بِالِابْنِ الصَّالِحِ وَالنَّبِيِّ الصَّالِحِ ثُمَّ رُفِعَتْ إِلَيَّ سِدْرَةُ الْمُنْتَهَى فَإِذَا نَبْقُهَا مِثْلُ قِلَالِ هَجَرَ وَإِذَا وَرَقُهَا مِثْلُ آذَانِ الْفِيَلَةِ قَالَ هَذِهِ سِدْرَةُ الْمُنْتَهَى وَإِذَا أَرْبَعَةُ أَنْهَارٍ نَهْرَانِ بَاطِنَانِ وَنَهْرَانِ ظَاهِرَانِ فَقُلْتُ مَا هَذَانِ يَا جِبْرِيلُ قَالَ أَمَّا الْبَاطِنَانِ فَنَهْرَانِ فِي الْجَنَّةِ وَأَمَّا الظَّاهِرَانِ فَالنِّيلُ وَالْفُرَاتُ ثُمَّ رُفِعَ لِي الْبَيْتُ الْمَعْمُورُ ثُمَّ أُتِيتُ بِإِنَاءٍ مِنْ خَمْرٍ وَإِنَاءٍ مِنْ لَبَنٍ وَإِنَاءٍ مِنْ عَسَلٍ فَأَخَذْتُ اللَّبَنَ فَقَالَ هِيَ الْفِطْرَةُ الَّتِي أَنْتَ عَلَيْهَا وَأُمَّتُكَ ثُمَّ فُرِضَتْ عَلَيَّ الصَّلَوَاتُ خَمْسِينَ صَلَاةً كُلَّ يَوْمٍ فَرَجَعْتُ فَمَرَرْتُ عَلَى مُوسَى فَقَالَ بِمَا أُمِرْتَ قَالَ أُمِرْتُ بِخَمْسِينَ صَلَاةً كُلَّ يَوْمٍ قَالَ إِنَّ أُمَّتَكَ لَا تَسْتَطِيعُ خَمْسِينَ صَلَاةً كُلَّ يَوْمٍ وَإِنِّي وَاللَّهِ قَدْ جَرَّبْتُ النَّاسَ قَبْلَكَ وَعَالَجْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَشَدَّ الْمُعَالَجَةِ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ لِأُمَّتِكَ فَرَجَعْتُ فَوَضَعَ عَنِّي عَشْرًا فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقَالَ مِثْلَهُ فَرَجَعْتُ فَوَضَعَ عَنِّي عَشْرًا فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقَالَ مِثْلَهُ فَرَجَعْتُ فَوَضَعَ عَنِّي عَشْرًا فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقَالَ مِثْلَهُ فَرَجَعْتُ فَأُمِرْتُ بِعَشْرِ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ فَرَجَعْتُ فَقَالَ مِثْلَهُ فَرَجَعْتُ فَأُمِرْتُ بِخَمْسِ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقَالَ بِمَ أُمِرْتَ قُلْتُ أُمِرْتُ بِخَمْسِ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ قَالَ إِنَّ أُمَّتَكَ لَا تَسْتَطِيعُ خَمْسَ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ وَإِنِّي قَدْ جَرَّبْتُ النَّاسَ قَبْلَكَ وَعَالَجْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَشَدَّ الْمُعَالَجَةِ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ لِأُمَّتِكَ قَالَ سَأَلْتُ رَبِّي حَتَّى اسْتَحْيَيْتُ وَلَكِنِّي أَرْضَى وَأُسَلِّمُ قَالَ فَلَمَّا جَاوَزْتُ نَادَى مُنَادٍ أَمْضَيْتُ فَرِيضَتِي وَخَفَّفْتُ عَنْ عِبَادِي

Maksudnya:

Telah menceritakan kepada kami Hutbah bin Khalid, telah menceritakan kepada kami Hammam bin Yahya, telah menceritakan kepada kami Qotadah, daripada Anas bin Malik daripada Malik bin Sha’sha’ah radhiyallahu ‘anhuma:

“Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bercerita kepada mereka tentang malam beliau diisra’kan. Beliau berkata,

Ketika aku sedang berbaring di kamar (hathiim), tiba-tiba datang seseorang, lalu dia berkata-kata kepada temannya yang di tengah, Maka keduanya mendatangiku dan (yang seorang) membedahku.

(Qotadah menjelaskan): Aku bertanya kepada al-Jarud yang sedang berada di sampingku tentang maksud dari ungkapan ini (soal pembedahan). Dia menjawab bahawa maksudnya adalah dari pertemuan di antara leher dengan dada hingga ke tempat tumbuh rambut kemaluan.

(Kata Nabi), Lalu hatiku dikeluarkan.

Selanjutnya, didatangkan sebuah cawan dari emas penuh berisi keimanan dan hikmah. Maka, hatiku dibasuh, lalu diisi (dengan iman dan hikmah) dan kemudian dikembalikan ke tempatnya semula.

Setelah itu didatangkanlah seekor tunggangan berwarna putih, lebih rendah dari baghal dan lebih tinggi dari keldai.

Al-Jarud bertanya (kepada Anas): “Adakah itu yang dikatakan sebagai Buraq wahai Abu Hamzah (Anas)?”

“Ya, dan tunggangan itu mampu meletakkan kakinya untuk melangkah sejauh hujung pandangan matanya.”.

Rasulullah melanjutkan kisahnya, “Setelah aku dinaikkan ke atas buraq itu, Jibril berangkat membawaku hingga sampai ke langit dunia. Manakala Jibril meminta dibukakan pintu langit, terdengar suara bertanya, “Engkau siapa?”

“Jibril.” Jawabnya.

“Engkau bersama siapa?” Tanya penjaga pintu langit.

“Muhammad.” Jawab Jibril.

Penjaga pintu langit bertanya, “Adakah dia diutus (untuk dinaikkan ke langit bertujuan menghadap Rabb-nya)?

“Ya.” Jawab Jibril.

Sambil membuka pintu langit, penjaganya berkata, “Selamat datang. Sungguh amat mulia tamu yang datang.”

Manakala setelah masuk, ternyata di sana aku bertemu dengan Nabi Adam ‘alaihis Salam. (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam meneruskan kisahnya)

“Ini adalah ayahmu Adam, ucapkanlah salam untuknya.” Jibril memberitahuku.

Aku ucapkan salam salam dan beliau pun menjawab salamku seraya berkata, “Selamat datang anak yang soleh dan Nabi yang soleh.”

Kemudian kami dibawa lagi naik ke langit kedua. Manakala Jibril meminta dibukakan pintu langit, terdengar suara bertanya, “Engkau siapa?”

“Jibril.” Jawabnya.

“Engkau bersama siapa?” Tangan penjaga pintu langit.”Muhammad.” Jawab Jibril.

Penjaga pintu langit bertanya lagi, “Adakah dia diutus (untuk dinaikkan ke langit bagi tujuan menghadap Rabb-nya)?”

“Ya.” Jawab Jibril.

Setelah pintu langit dibuka, aku bertemu dua orang yang bersaudara (sepupu), iaitu Yahya dan Isa. Setelah menyambut kedatanganku, mereka pun mendoakan kebaikan untukku.

Kemudian kami dibawa lagi naik ke langit ketiga. Manakala Jibril meminta dibukakan pintu langit, terdengar suara bertanya, “Engkau siapa?”

“Jibril.” Jawabnya.

“Engkau bersama siapa?” Tanya penjaga pintu langit.

“Muhammad.” Jawab Jibril.

Penjaga pintu langit bertanya, “Adakah dia diutus (untuk dinaikkan ke langit bagi tujuan menghadap Rabb-nya)?”

“Ya.” Jawab Jibril.

Setelah pintu langit dibuka, aku bertemu Nabi Yusuf ‘alaihis Salam. Sungguh, beliau telah dianugerahkan dengan separuh ketampanan. Setelah menyambut kedatanganku, beliau pun mendoakan kebaikan untukku.

Kamudian kami diangkat lagi ke langit keempat. Dan manakala Jibril meminta dibukakan pintu langit, terdengar suara bertanya, “Engkau siapa?”

“Jibril.” Jawabnya.

“Engkau bersama siapa?” Tanya penjaga pintu langit.

“Muhammad.” Jawab Jibril.

Penjaga pintu langit bertanya, “Adakah beliau diutus (untuk dinaikkan ke langit bagi tujuan menghadap Rabb-nya)?”

“Ya”, kembali Jibril menjawab.

Setelah pintu langit dibuka, ternyata aku bertemu Nabi Idris ‘alaihis Salam. Setelah menyambutku, beliau pun mendoakan kebaikan untukku.

Kemudian kami diangkat lagi ke langit kelima. Dan manakala Jibril meminta dibukakan pintu langit, terdengar suara bertanya, “Engkau siapa?”

“Jibril” jawabnya.

“Engkau bersama siapa?” Tanya penjaga pintu langit.

“Muhammad.” Jawab Jibril.

Penjaga pintu langit bertanya, “Adakah dia diutus (untuk dinaikkan ke langit bagi tujuan menghadap Rabb-nya)?”

“Ya.” Jawab Jibril.

Setelah pintu langit dibuka, aku bertemu Nabi Harun ‘alaihis Salam. Setelah menyambutku, beliau pun mendoakan kebaikan untukku.

Kemudian kami diangkat ke langit keenam. Dan manakala Jibril meminta dibukakan pintu langit, terdengar suara bertanya, “Engkau siapa?”

“Jibril.” Jawabnya.

“Engkau bersama siapa?” Tanya penjaga pintu langit.

“Muhammad.” Jawab Jibril.

Penunggu pintu langit bertanya, “Adakah dia diutus (untuk dinaikkan ke langit bagi tujuan menghadap Rabb-nya)?”

“Ya.” Jawab Jibril.

Setelah pintu langit dibuka, aku bertemu Nabi Musa ‘alaihis Salam. Setelah menyambut kedatanganku, beliau pun mendoakan kebaikan untukku.

Ketika hendak berlalu pergi, maka Nabi Musa menangis. Lalu dikatakan kepadanya: “Apa yang membuatmu menangis?”

“Aku menangis kerana ada anak yang masih muda diutus setelahku, sedangkan jumlah umatnya yang masuk Syurga lebih ramai dari umatku yang memasukinya.”

Kemudian kami diangkat lagi sehingga ke langit ketujuh. Manakala Jibril meminta dibukakan pintu langit, terdengar suara bertanya, “Engkau siapa?”

“Jibril”. Jawabnya.

“Engkau bersama siapa?” Tanya penjaga pintu langit.

“Muhammad.” Jawab Jibril.

Penjaga pintu langit bertanya, “Adakah dia diutus untuk dinaikkan bagi tujuan berjumpa dengan Rabb-nya?”

“Ya.” Jawab Jibril.

Sambil membuka pintu langit, penjaganya berkata, “Selamat datang. Sungguh amat mulia tamu yang datang.”

Lalu pintu dibukakan untuk kami. Manakala aku telah masuk, ternyata di sana aku bertemu dengan Nabi Ibrahim ‘alaihis Salam.

Jibril berkata, “Ini adalah Nabi Ibrahim, ucapkanlah salam untuknya.”

Setelah aku memberikan salam, beliau pun menjawab salamku dan lalu berkata, “Selamat datang anak yang soleh dan Nabi yang soleh.”

(Seterusnya) Lalu diperlihatkan kepadaku Sidratul Muntaha. Kulihat buahnya seperti guci-guci orang Hajar (nama tempat di Yaman) dan daunnya seperti telinga gajah.

Jibril berkata, “Ini adalah Sidratul Muntaha.”

“Aku melihat ada empat sungai, dua sungai yang batin dan dua sungai yang zahir. Aku bertanya, “Apa dia yang demikian wahai Jibril?”

Jibril menjawab, “Yang batin adalah dua sungai yang ada di dalam Syurga, manakala yang zahir ialah sungai Nil dan sungai Furaat.”

Kemudian diperlihatkan kepadaku Baitul Ma’mur.

Kemudian didatangkan kepadaku tiga cawan minuman, iaitu arak, susu, dan madu. Maka ketika aku mengambil susu, Jibril berkata, “Inilah fitrah yang kamu dan umatmu berada di atasnya.”

Kemudian diwajibkan ke atasku solat lima puluh kali setiap harinya. Setelah itu aku turun, dan ketika bertemu lagi dengan Nabi Musa ‘alaihis Salam, beliau bertanya, “Apa yang diwajibkan Rabb-mu kepada umatmu?”

“Lima puluh kali solat pada setiap hari.” Jawabku.

Nabi Musa ‘alaihis Salam berkata, “Sesungguhnya umatmu tidak akan mampu melaksanakan solat lima puluh kali sehari semalam, aku telah membuktikannya terhadap orang-orang sebelum engkau, dan aku merasakan betapa beratnya menghadapi Bani Israil. Kembalilah kepada Rabb-mu dan mintalah keringanan untuk umatmu.”

Maka aku pun kembali untuk memohon keringanan yang dimaksudkan, dan Allah mengurangi sepuluh kali solat.

Ketika aku kembali kepada Nabi Musa ‘alaihis Salam, beliau berkata, “Apa yang diputuskan untukmu?”

“Empat puluh kali solat untuk setiap hari.” Jawabku.

Nabi Musa ‘alaihis Salam berkata, “Sesungguhnya umatku masih belum mampu melaksanakan empat puluh kali solat sehari semalam, aku telah membuktikannya terhadap orang-orang sebelummu, dan aku merasakan betapa beratnya menghadapi Bani Israil. Kembalilah kepada Rabb-mu dan mohonlah keringanan untuk umatmu.”

Maka aku pun kembali untuk memohon keringanan itu, dan Allah mengurangi sepuluh kali solat lagi.

Ketika aku kembali kepada Nabi Musa ‘alaihis Salam, beliau berkata, “Apa yang diputuskan untukmu?”

“Tiga puluh kali solat untuk setiap harinya.” Jawabku.

Nabi Musa ‘alaihis Salam berkata, “Sesungguhnya umatku masih belum mampu melaksanakan tiga puluh kali solat sehari semalam, aku telah membuktikan betapa beratnya menghadapi Bani Israil. Kembalilah kepada Rabb-mu dan mohonlah keringanan itu.

Maka aku pun kembali untuk memohon keringanan itu, dan Allah mengurangi sepuluh kali solat lagi, dan Allah mengurangi sepuluh kali solat lagi.

Ketika aku kembali kepada Nabi Musa ‘alaihis Salam, beliau berkata, “Apa yang diputuskan untukmu?”

“Dua puluh kali solat setiap hari.” Jawabku.

Nabi Musa ‘alaihi Salam berkata, “Sesungguhnya umatku masih belum mampu melaksanakan dua puluh kali solat sehari semalam, aku telah membuktikannya terhadap orang-orang sebelummu, dan aku merasakan betapa beratnya menghadapi Bani Israil. Kembalilah kepada Rabb-mu dan mohonlah keringanan untuk umatmu.”

Maka aku pun kembali untuk memohon keringanan itu, dan Allah mengurangi sepuluh kali solat lagi.

Ketika aku kembali kepada Nabi Musa ‘alaihis Salam, beliau berkata, “Apa yang diputuskan untukmu?”

“Sepuluh kali solat setiap hari.” Jawabku.

Nabi Musa ‘alaihi Salam berkata, “Sesungguhnya umatku masih belum mampu melaksanakan sepuluh kali solat sehari semalam, aku telah membuktikannya terhadap orang-orang sebelummu, dan aku merasakan betapa beratnya menghadapi Bani Israil. Kembalilah kepada Rabb-mu dan mohonlah keringanan untuk umatmu.”

Maka aku pun kembali untuk memohon keringanan itu, dan Allah mengurangi sepuluh kali solat lagi.

Ketika aku kembali kepada Nabi Musa ‘alaihis Salam, beliau berkata, “Apa yang diputuskan untukmu?”

“Lima kali solat setiap hari.” Jawabku.

Nabi Musa ‘alaihi Salam berkata, “Sesungguhnya umatku masih belum mampu melaksanakan lima kali solat sehari semalam, aku telah membuktikannya terhadap orang-orang sebelummu, dan aku merasakan betapa beratnya menghadapi Bani Israil. Kembalilah kepada Rabb-mu dan mohonlah keringanan untuk umatmu.”

“Sesungguhnya aku telah memohon kepada Rabb-ku, sehingga aku telah merasa malu. Aku memutuskan untuk menerima sepenuh hati lima kali solat sehari semalam ini.” Jawabku.

Maka terdengarlah suara bergema, “Telah Aku tetapkan kewajiban hamba terhadap-Ku dan Aku ringankan beban dari hamba-hamba-Ku.” (Lihat juga: Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, no. 17165)

2 – Hadis Riwayat Muslim, Bab Isra’ bi Rasulillahi shallallahu ‘alaihi wa Sallam... (بَاب الْإِسْرَاءِ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى السَّمَاوَاتِ وَفَرْضِ الصَّلَوَاتِ), no. 234:

حَدَّثَنَا شَيْبَانُ بْنُ فَرُّوخَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ حَدَّثَنَا ثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ طَوِيلٌ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهِ قَالَ فَرَكِبْتُهُ حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ قَالَ فَرَبَطْتُهُ بِالْحَلْقَةِ الَّتِي يَرْبِطُ بِهِ الْأَنْبِيَاءُ قَالَ ثُمَّ دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ فَصَلَّيْتُ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ خَرَجْتُ فَجَاءَنِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام بِإِنَاءٍ مِنْ خَمْرٍ وَإِنَاءٍ مِنْ لَبَنٍ فَاخْتَرْتُ اللَّبَنَ فَقَالَ جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اخْتَرْتَ الْفِطْرَةَ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِآدَمَ فَرَحَّبَ بِي وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الثَّانِيَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِابْنَيْ الْخَالَةِ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَيَحْيَى بْنِ زَكَرِيَّاءَ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِمَا فَرَحَّبَا وَدَعَوَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِي إِلَى السَّمَاءِ الثَّالِثَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِيُوسُفَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا هُوَ قَدْ أُعْطِيَ شَطْرَ الْحُسْنِ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الرَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قَالَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِإِدْرِيسَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ

{ وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا }

ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الْخَامِسَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِهَارُونَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ السَّادِسَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِمُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ إِلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِإِبْرَاهِيمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسْنِدًا ظَهْرَهُ إِلَى الْبَيْتِ الْمَعْمُورِ وَإِذَا هُوَ يَدْخُلُهُ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ لَا يَعُودُونَ إِلَيْهِ ثُمَّ ذَهَبَ بِي إِلَى السِّدْرَةِ الْمُنْتَهَى وَإِذَا وَرَقُهَا كَآذَانِ الْفِيَلَةِ وَإِذَا ثَمَرُهَا كَالْقِلَالِ قَالَ فَلَمَّا غَشِيَهَا مِنْ أَمْرِ اللَّهِ مَا غَشِيَ تَغَيَّرَتْ فَمَا أَحَدٌ مِنْ خَلْقِ اللَّهِ يَسْتَطِيعُ أَنْ يَنْعَتَهَا مِنْ حُسْنِهَا فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيَّ مَا أَوْحَى فَفَرَضَ عَلَيَّ خَمْسِينَ صَلَاةً فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَنَزَلْتُ إِلَى مُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا فَرَضَ رَبُّكَ عَلَى أُمَّتِكَ قُلْتُ خَمْسِينَ صَلَاةً قَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ فَإِنَّ أُمَّتَكَ لَا يُطِيقُونَ ذَلِكَ فَإِنِّي قَدْ بَلَوْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَخَبَرْتُهُمْ قَالَ فَرَجَعْتُ إِلَى رَبِّي فَقُلْتُ يَا رَبِّ خَفِّفْ عَلَى أُمَّتِي فَحَطَّ عَنِّي خَمْسًا فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقُلْتُ حَطَّ عَنِّي خَمْسًا قَالَ إِنَّ أُمَّتَكَ لَا يُطِيقُونَ ذَلِكَ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ قَالَ فَلَمْ أَزَلْ أَرْجِعُ بَيْنَ رَبِّي تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَبَيْنَ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام حَتَّى قَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنَّهُنَّ خَمْسُ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ لِكُلِّ صَلَاةٍ عَشْرٌ فَذَلِكَ خَمْسُونَ صَلَاةً وَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كُتِبَتْ لَهُ حَسَنَةً فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ لَهُ عَشْرًا وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا لَمْ تُكْتَبْ شَيْئًا فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ سَيِّئَةً وَاحِدَةً قَالَ فَنَزَلْتُ حَتَّى انْتَهَيْتُ إِلَى مُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ قَدْ رَجَعْتُ إِلَى رَبِّي حَتَّى اسْتَحْيَيْتُ مِنْهُ

Maksud:

Telah menceritakan kepada kami Syaiban B. Farruh, telah menceritakan kepada kami Hammad B. Salamah, telah menceritakan kepada kami Tsabit al-Bunani daripada Anas B. Malik:

Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Didatangkan kepadaku Buraq, seekor tunggangan putih, lebih tinggi dari keldai dan lebih rendah dari baghal, ia berupaya meletakkan telapak kakinya di hujung pandangannya. Setelah menungganginya, maka Buraq itu berjalan membawaku hingga sampai ke Baitul Maqdis. Aku ikat (tambat) tunggangan itu di tempat para Nabi biasa menambatkan tunggangan mereka. Lalu aku masuk dan menunaikan solat dua raka’at di dalamnya. Setelah itu aku keluar dan disambut oleh Jibrail dengan secawan arak dan susu. Ketika aku memilih susu, maka Jibril berkata: “Engkau telah memilih fitrah (iaitu Islam dan Istiqomah)”.

Kemudian aku dibawa naik ke langit dunia. Manakala Jibril meminta dibukakan pintu langit, maka terdengarlah suara yang bertanya, “Engkau siapa?”

“Jibril.” Jawabnya.

“Engkau bersama siapa?” Tanya penjaga pintu langit.

“Muhammad.” Jawab Jibril.

Penjaga pintu langit bertanya, “Adakah dia diutus (untuk dinaikkan ke langit bertujuan menghadap Rabb-nya)?

“Ya.” Jawab Jibril.

Setelah masuk, ternyata di sana aku bertemu dengan Nabi Adam dan beliau segera menyambutku lalu mendoakan kebaikan untukku.

Kemudian kami dibawa lagi naik ke langit kedua. Manakala Jibril meminta dibukakan pintu langit, terdengar suara bertanya, “Engkau siapa?”

“Jibril.” Jawabnya.

“Engkau bersama siapa?” Tangan penjaga pintu langit.”Muhammad.” Jawab Jibril.

Penjaga pintu langit bertanya lagi, “Adakah dia diutus (untuk dinaikkan ke langit bagi tujuan menghadap Rabb-nya)?”

“Ya.” Jawab Jibril.

Setelah pintu langit dibuka, aku bertemu dua orang yang bersaudara (sepupu), iaitu Yahya dan Isa. Setelah menyambut kedatanganku, mereka pun mendoakan kebaikan untukku.

Kemudian kami dibawa lagi naik ke langit ketiga. Manakala Jibril meminta dibukakan pintu langit, terdengar suara bertanya, “Engkau siapa?”

“Jibril.” Jawabnya.

“Engkau bersama siapa?” Tanya penjaga pintu langit.

“Muhammad.” Jawab Jibril.

Penjaga pintu langit bertanya, “Adakah dia diutus (untuk dinaikkan ke langit bagi tujuan menghadap Rabb-nya)?”

“Ya.” Jawab Jibril.

Setelah pintu langit dibuka, aku bertemu Nabi Yusuf ‘alaihis Salam. Sungguh, beliau telah dianugerahkan dengan separuh ketampanan. Setelah menyambut kedatanganku, beliau pun mendoakan kebaikan untukku.

Kamudian kami diangkat lagi ke langit keempat. Dan manakala Jibril meminta dibukakan pintu langit, terdengar suara bertanya, “Engkau siapa?”

“Jibril.” Jawabnya.

“Engkau bersama siapa?” Tanya penjaga pintu langit.

“Muhammad.” Jawab Jibril.

Penjaga pintu langit bertanya, “Adakah beliau diutus (untuk dinaikkan ke langit bagi tujuan menghadap Rabb-nya)?”

“Ya”, kembali Jibril menjawab.

Setelah pintu langit dibuka, ternyata aku bertemu Nabi Idris ‘alaihis Salam. Setelah menyambutku, beliau pun mendoakan kebaikan untukku.

Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam membaca firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang berbunyi وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا (“Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”) (Surah Maryam, 19: 57)

Kemudian kami diangkat lagi ke langit kelima. Dan manakala Jibril meminta dibukakan pintu langit, terdengar suara bertanya, “Engkau siapa?”

“Jibril” jawabnya.

“Engkau bersama siapa?” Tanya penjaga pintu langit.

“Muhammad.” Jawab Jibril.

Penjaga pintu langit bertanya, “Adakah dia diutus (untuk dinaikkan ke langit bagi tujuan menghadap Rabb-nya)?”

“Ya.” Jawab Jibril.

Setelah pintu langit dibuka, aku bertemu Nabi Harun ‘alaihis Salam. Setelah menyambutku, beliau pun mendoakan kebaikan untukku.

Kemudian kami diangkat ke langit keenam. Dan manakala Jibril meminta dibukakan pintu langit, terdengar suara bertanya, “Engkau siapa?”

“Jibril.” Jawabnya.

“Engkau bersama siapa?” Tanya penjaga pintu langit.

“Muhammad.” Jawab Jibril.

Penunggu pintu langit bertanya, “Adakah dia diutus (untuk dinaikkan ke langit bagi tujuan menghadap Rabb-nya)?”

“Ya.” Jawab Jibril.

Setelah pintu langit dibuka, aku bertemu Nabi Musa ‘alaihis Salam. Setelah menyambut kedatanganku, beliau pun mendoakan kebaikan untukku.

Kemudian kami diangkat lagi sehingga ke langit ketujuh. Manakala Jibril meminta dibukakan pintu langit, terdengar suara bertanya, “Engkau siapa?”

“Jibril”. Jawabnya.

“Engkau bersama siapa?” Tanya penjaga pintu langit.

“Muhammad.” Jawab Jibril.

Penjaga pintu langit bertanya, “Adakah dia diutus untuk dinaikkan bagi tujuan berjumpa dengan Rabb-nya?”

“Ya.” Jawab Jibril.

Setelah pintu langit dibukakan, aku bertemu Nabi Ibrahim ‘alaihis Salam. Aku melihatnya sedang duduk bersandar ke Baitul Ma’mur. Tempat tersebut setiap harinya dimasuki oleh tujuh puluh ribu Malaikat (apabila mereka keluar darinya, maka) mereka tidak akan kembali lagi.

Kemudian aku dibawa ke Sidaratul Muntaha. Aku melihat daunnya seperti telinga gajah sebesar tempayan/guci besar. Lalu manakala ia diliputi oleh perintah allah (sebagaimana yang dikehendaki Allah) maka ia berubah. Maka tidak ada satu pun makhluk yang dapat melukiskan keindahannya.

(Rasulullah meneruskan ceritanya):

Lalu Allah mewahyukan kepadaku apa yang Dia kehendaki untuk diwahyukan, iaitu diwajibkan ke atasku dalam sehari semalam lima puluh kali solat. Aku pun turun membawa kewajiban itu. Ketika aku bertemu kembali dengan Nabi Musa ‘alaihis Salam, beliau berkata, “Apa yang diwajibkan oleh Rabb-mu terhadap umatmu?”

“Lima puluh kali solat pada setiap hari.” Jawabku.

Musa berkata, “Kembalilah kepada Rabb-mu dan mohonlah keringanan kepada-Nya untuk umatmu, kerana mereka tidak akan mampu melaksanakannya. Aku telah mencuba dan menguji Bani Israil.”

Maka aku pun kembali menghadap Rabb-ku dan berkata, “Wahai Rabb-ku, ringankanlah bagi umatku.”

Atas permohonan tersebut, maka Allah menguranginya lima kali solat. Setelah itu, aku turun, sehingga bertemu kembali dengan Nabi Musa ‘alaihis Salam, beliau berkata, “Apa yang telah engkau lakukan?”

Aku menjawab, “Lima kali solat telah digugurkan (dikurangkan) dariku.”

“Sesungguhnya umatmu tidak akan sanggup, kembalilah kepada Rabb-mu dan mohonlah kepada-Nya keringanan lagi untuk umat-mu”, pesan Nabi Musa ‘alaihis Salam.

(Rasulullah menyatakan):

Maka sentiasa aku berulang-alik antara Rabb-ku dengan Nabi Musa ‘alaihis Salam. Setiap kali aku kembali kepada-Nya, maka Allah meringankan untukku lima kali solat. Akhirnya Allah berfirman,

“Wahai Muhammad, hanya lima kali solat sehari semalam, setiap kali solat Aku lipat gandakan pahalanya menjadi sepuluh. Maka perkara itu (menjadi setara dengan) lima puluh kali solat. Sesiapa yang berkeinginan (kuat) untuk melakukan kebaikan, lalu dia tidak melakukannya, maka ditulislah satu pahala untuknya. Namun, jika dia melakukannya, maka ditulislah untuknya sepuluh pahala. Dan sesiap yang berkeinginan melakukan perbuatan jahat, lalu dia tidak melakukannya, maka tidak ditulis ke atasnya apa-apa. Namun, jika dia melakukannya, maka ditulislah ke atasnya dosa.”

Lalu aku turun hingga bertemu kembali dengan Nabi Musa ‘alaihis Salam, aku pun memberitahu bahawa telah tinggal lima kali solat sehari semalam.

“Kembalilah kepada Rabb-mu, mohonlah kembali keringanan untuk umatmu. Kerana sesungguhnya umatmu tidak akan mampu melaksanakannya.” Pesan Nabi Musa ‘alaihis Salam.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Aku menjawab, “Sungguh aku telah berulang kali menghadap dan memohon keringanan kepada Rabb-ku, sehingga aku telah merasa malu”.”

Adakah Nabi Pernah Melihat Allah?

حَدَّثَنَا يَزِيدُ يَعْنِي ابْنَ هَارُونَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ شَقِيقٍ قَالَ

قُلْتُ لِأَبِي ذَرٍّ لَوْ أَدْرَكْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَسَأَلْتُهُ قَالَ وَعَمَّا كُنْتَ تَسْأَلُهُ قَالَ سَأَلْتُهُ هَلْ رَأَى رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ أَبُو ذَرٍّ قَدْ سَأَلْتُهُ فَقَالَ نُورٌ أَنَّى أَرَاهُ

Maksud: Telah menceritakan kepada kami Yazid anak kepada Harun, telah menceritakan kepada kami Yazid bin Ibrahim, telah menceritakan kepada kami Qotadah, telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Syaqiq, beliau berkata:

Aku berkata kepada Abu Dzarr radhiyallahu ‘anhu, “Seandainya aku bertemu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, niscaya aku ingin menanyakannya sesuatu kepada beliau.” Abu Dzarr bertanya, “Apa yang hendak engkau tanyakan?”

(‘Abdullah bin Syaqiq berkata) “Aku akan bertanya kepadanya, adakah beliau pernah melihat Tuhan-Nya (Rabb-nya)?”

Abu Dzarr berkata: “Sungguh aku pernah menanyakan perkara ini kepada beliau, dan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab, “Aku hanya melihat cahaya sahaja.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, no. 20547)

مَنْ زَعَمَ أَنَّ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى رَبَّهُ فَقَدْ أَعْظَمَ عَلَى اللَّهِ الْفِرْيَةَ

Dari Masruq, dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha:

Maksud: Sesiapa yang menyangka bahawasanya Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melihat Rabb-nya, maka orang tersebut telah melakukan kebohongan yang besar atas nama Allah. (Hadis Riwayat Muslim, (بَاب مَعْنَى قَوْلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ), no. 259)

I’tiqad Ahlus Sunnah wal Jama’ah Berkenaan Melihat Allah

Manusia Tidak dapat melihat Allah di dunia, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلَمَّا جَاءَ مُوسَى لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَى صَعِقًا فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa: “Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau.” Tuhan berfirman: “Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu dapat melihat-Ku.” Ketika Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata: “Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman.” (Surah al-A’raaf, 7: 143)

Berkenaan ayat ini, Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin rahimahullah menjelaskan:

Mustahil melihat Allah di dunia, berdasarkan firman Allah kepada Nabi Musa ‘alaihis Salam di ketika beliau meminta untuk melihat Allah. (Rujuk: Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin, Syarah Lum’atul I’tiqad al-Hadi ila Sabilir Rasyad, Edisi Terjemahan: Wahai Saudaraku, Inilah Aqidahmu..., m/s. 144, no. 39, Pustaka Ibnu Katsir (Bogor), Cet. 1. Th. 1427H/2007M)

Ulama Ahlus Sunnah menjelaskan bahawa:

Allah Subhanahu wa Ta’ala akan dilihat di akhirat (di padang mahsyar). Dilihat pula oleh Ahli Syurga, sebagaimana telah mutawatir hadis berkenaan perkara ini dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. (Rujuk: Syaikh Dr. Soleh Fauzan al-Fauzan, Syarah al-Manzhumatil ha’iyah fi ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah, Edisi Terjemahan: Inilah Ajaran Ahlus Sunnah wal Jama’ah, m/s. 90, Pustaka Salafiyah, Cet. 1. Th. 1428H/2007M)

Ibnu Qudamah rahimahullah menjelaskan:

والمؤمنون يرون ربهم في الآخرة بأبصارهم ويزورونه، ويكلمهم ويكلمونه

Dan orang-orang yang beriman (mukimin) akan melihat Rabb mereka pada hari Kiamat dengan mata kepala mereka, dan mereka pun akan menjumpai-Nya, serta Allah akan berbicara dengan mereka dan mereka pun berbicara dengan-Nya. (Rujuk: Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin, Syarah Lum’atul I’tiqad al-Hadi ila Sabilir Rasyad, Edisi Terjemahan: Wahai Saudaraku, Inilah Aqidahmu..., m/s. 143, no. 39, Pustaka Ibnu Katsir (Bogor), Cet. 1. Th. 1427H/2007M. Dan Lum’atul I’tiqad, Maktabah asy-Syameela)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ (22)إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ

Maksudnya: Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat.(Surah al-Qiyamah, 75: 22-23)

Syaikh Dr. Soleh Fauzan al-Fauzan hafizahullah menjelaskan:

Ada pun di akhirat, maka sesungguhnya Allah memberikan kepada penghuni Syurga kekuatan yang dengannya mereka boleh melihat Rabb mereka ‘Azza wa Jalla sebagai bentuk pemuliaan terhadap mereka. Kerana mereka telah beriman kepada-Nya di dunia dan tidak melihat-Nya, maka Allah memberi kemuliaan kepada mereka. Allah menampakkan diri kepada mereka di Syurga agar mereka dapat merasai kelazatan melihat Allah sebagaimana yang dijelaskan oelh al-Qur’an dan as-Sunnah yang mutawatir. (Rujuk: Syaikh Dr. Soleh Fauzan al-Fauzan, Syarah al-Manzhumatil ha’iyah fi ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah, Edisi Terjemahan: Inilah Ajaran Ahlus Sunnah wal Jama’ah, m/s. 91-92, Pustaka Salafiyah, Cet. 1. Th. 1428H/2007M)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ كَمَا تَرَوْنَ هَذَا الْقَمَرَ لَا تُضَامُّونَ فِي رُؤْيَتِهِ…

Maksudnya: ... Sesungguhnya kamu akan melihat Rabb kamu, sebagaimana kamu melihat bulan purnama ini, iaitu kamu tidak akan terhalang sedikit pun ketika melihat-Nya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Fadhail Solatil ‘Ashr, no. 521. Hadis daripada Jarir B. ‘Abdillah)

Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin rahimahullah menjelaskan:

Dan para ulama Salaf telah sepakat bahawasanya orang-orang mukmin akan melihat Allah dan bukan orang-orang kafir.

Mereka akan melihat Allah Ta’ala ketika mereka berada di padang Mahsyar hari Kiamat, begitu pula setelah masuk Syurga bersesuaian dengan kehendak allah Ta’ala. Dan ini adalah melihat secara hakiki yang sesuai bagi Allah Ta’ala. (Rujuk: Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin, Syarah Lum’atul I’tiqad al-Hadi ila Sabilir Rasyad, Edisi Terjemahan: Wahai Saudaraku, Inilah Aqidahmu..., m/s. 146, no. 39, Pustaka Ibnu Katsir (Bogor), Cet. 1. Th. 1427H/2007M)

Berkata Ibnu Qudamah rahimahullah berkenaan hadis ini:

وهذا تشبيه للرؤية بالرؤية، لا للمرئي بالمرئي، فإن الله تعالى لا شبيه له ولا نظير

Maksudnya: Dalam hadis ini terdapat penyerupaan cara melihat Allah pada hari Kiamat dengan cara melihat bulan purnama. Dan bukanlah penyerupaan apa yang dilihat di akhirat kelak dengan apa yang dilihat di dunia, kerana Allah tidak dapat diserupakan dengan sesuatu dan tiada sesuatu menyerupai Allah. (Rujuk: Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin, Syarah Lum’atul I’tiqad al-Hadi ila Sabilir Rasyad, Edisi Terjemahan: Wahai Saudaraku, Inilah Aqidahmu..., m/s. 144, no. 39, Pustaka Ibnu Katsir (Bogor), Cet. 1. Th. 1427H/2007M. Dan Lum’atul I’tiqad, Maktabah asy-Syameela)

Orang-orang kafir terhalang dari melihat Allah di akhirat

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

كَلا إِنَّهُمْ عَنْ رَبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَمَحْجُوبُونَ

Maksudnya: Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar tertutup dari (rahmat) Tuhan mereka. (Surah al-Muthaffifin, 83: 15)

Syaikh Dr. Soleh Fauzan al-Fauzan hafizahullah menjelaskan:

Ada pun orang-orang kafir, kerana mereka tidak beriman kepada-Nya di dunia, maka Allah menghalang mereka untuk melihat-Nya pada hari Kiamat. (Rujuk: Syaikh Dr. Soleh Fauzan al-Fauzan, Syarah al-Manzhumatil ha’iyah fi ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah, Edisi Terjemahan: Inilah Ajaran Ahlus Sunnah wal Jama’ah, m/s. 92, Pustaka Salafiyah, Cet. 1. Th. 1428H/2007M)

Pendapat Yang Tertolak Dalam Persoalan Melihat Allah

Ada pun Aliran Jahmiyah dan Muktazilah, mereka semuanya menafikan melihat Allah. Mereka berkata, Allah bukan jisim, maka Dia tidak dapat dilihat. Maka mereka menafikan kemungkinan melihat Allah selama-lamanya di dunia dan akhirat.

Dan ada juga kaum yang berkata: “Sesungguhnya Allah dapat dilihat di dunia dan di akhirat”. Ini adalah perkataan orang-orang sufi. Rujuk: Syaikh Dr. Soleh Fauzan al-Fauzan, Syarah al-Manzhumatil ha’iyah fi ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah, Edisi Terjemahan: Inilah Ajaran Ahlus Sunnah wal Jama’ah, m/s. 90, Pustaka Salafiyah, Cet. 1. Th. 1428H/2007M)

Isra’nya Nabi Dalam Keadaan Jaga (Bukan Mimpi)

Imam al-Barbahari rahimahullah berkata:

Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah disra’kan oleh Allah dari Makkah ke Baitul Maqdis lalu dimi’rajkan (naik) ke langit dengan ruh dan jasadnya di dalam keadaan sedar sehingga ke langit yang ketujuh, ke Sidratul Muntaha. (Rujuk: Imam al-Barbahari, Syarhus Sunnah, no. 72, m/s. 59-60, Edisi Terjemahan: Dar El-Hujjah, Cet. 1, Th. 1423H/2002M, Jakarta)

قال البيهقي: أخبرنا أبو عبد الله الحافظ، أخبرني مكرم بن أحمد القاضي، حدثنا إبراهيم بن الهيثم البلدي، حدثنا محمد بن كثير الصَّنْعاني، حدثنا معمر بن راشد، عن الزهري، عن عروة، عن عائشة رضي الله عنها، قالت:

لما أسري بالنبي صلى الله عليه وسلم إلى المسجد الأقصى، أصبح يحدث الناس بذلك، فارتد ناس ممن كانوا آمنوا به وصدقوه، وسعوا بذلك إلى أبي بكر، فقالوا: هل لك في صاحبك؟ يزعم أنه أسري به الليلة إلى بيت المقدس! فقال: أوقال ذلك؟ قالوا: نعم. قال: لئن كان قال ذلك لقد صدق. قالوا: تصدقه أنه ذهب الليلة إلى بيت المقدس، وجاء قبل أن يصبح؟ قال: نعم، إني لأصدقه بما هو أبعد من ذلك، أصدقه بخبر السماء في غَدْوة أو رَوْحة. فلذلك سمي أبو بكر: الصديق، رضي الله عنه

Maksud: Berkata imam al-Baihaqi (meriwayatkan daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha):

Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diisra’kan menuju Masjidil Aqsha (lalu kembali ke Makkah), di pagi harinya beliau menceritakan kejadian itu kepada orang lain, maka murtadlah sebahagian orang yang sebelumnya beriman dan mempercayai beliau. Mereka menemui Abu Bakar dan berkata kepadanya,

“Lihatlah sahabatmu itu, dia mengaku disra’kan tadi malam menuju Baitul Maqdis.”

Abu Bakar bertanya:

“Adakah benar beliau mengatakannya?”

Mereka menjawab, “Ya.”

Maka Abu Bakar berkata,

“Jika memang benar beliau mengatakannya, amka aku percaya.”

“Adakah kamu percaya bahawa dalam satu malam, ia dapat pergi ke Baitul Maqdis lalu sebelum tiba waktu subuh, ia telah kembali ke Makkah?” tanya mereka dengan penuh hairan.

Abu Bakar menjawab,

“Ya, malahan aku juga percaya yang (kamu anggap) adalah lebih mustahil dari itu, iaitu aku mempercayainya tentang berita langit yang datang di setiap pagi dan petang.”

Kerana itulah, Abu Bakar digelar dengan gelaran ash-Shiddiq. (Rujuk: Dalla’ilun Nubuwwah, 2/360. Hadis Riwayat al-Hakim, di dalam al-Mustadraknya, 3/62. Katanya, isnad hadis ini sahih. Juga di dalam Tafsir Ibnu Katsir dan Musnad ‘Abdirrazaq, 5/328. Maktabah Syamilah, V2)

Sekiranya beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diisra’kan dalam keadaan mimpi atau ruh, sudah tentu orang ramai tidak berasa hairan dan terkejut.

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah berkata:

والحق أنه صلى الله عليه وسلم أسري به يقظة لا منامًا من مكة إلى بيت المقدس، راكبًا البراق

Kenyataan yang haq (yang benar/tepat) adalah bahawa sesungguhnya beliau (Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) diisra’kan di waktu terjaga (bukan mimpi) dari Makkah menuju Baitul Maqdis dengan menaiki Buraq. (Rujuk: Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, Maktabah Syamilah)

Juga penjelasan beliau yang seterusnya:

Kemudian beliau diisra’kan secara utuh dengan jasad dan ruh, dan ketika itu beliau sedang terjaga (bukan bermimpi). Dalilnya adalah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maksud: Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari al-Masjidil Haram ke al-Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Isra’, 17: 1) (Lihat: Ibnu Katsir, Shahih Tafsir Ibnu Katsir, jil. 5, m/s. 314, Pustaka Ibnu Katsir, Cet. 1, Shafar 1429H/Februari 2008M, Bogor)

فالتسبيح إنما يكون عند الأمور العظام، ولو كان منامًا لم يكن فيه كبير شيء ولم يكن مستعظمًا، ولما بادرت كفار قريش إلى تكذيبه، ولما ارتد جماعة ممن كان قد أسلم

Tasbih yang mengawali ayat ini menunjukkan bahawa apa yang terjadi adalah suatu perkara yang sangat besar. Sekiranya perkara tersebut terjadi hanya di dalam mimpi, sudah tentu perkara itu bukan sesuatu yang besar atau wajar dianggap besar. Orang-orang kafir Quraisy pun tidak akan mendustakannya, malah tidak akan terjadi fenomena murtad sebahagian orang-orang yang asalnya telah memeluk Islam.

وأيضًا فإن العبد عبارة عن مجموع الروح والجسد، وقد قال - أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلا

Di samping itu, kalimah “عَبْدِ” (hamba) menunjukkan susuk tubuh manusia yang lengkap dengan ruh dan jasadnya. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala:

الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلا

Maksud: Yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam... (Tafsir Ibnu Katsir, Maktabah Syamilah, V2)

Tarikh Isra’ Mi’raj

Melalui tinjauan sejarah waktu, tarikh terjadinya Isra’ Mi’raj masih diperdebatkan oleh para ulama. Bukan sahaja tarikh/harinya, berkenaan bulannya juga masih diperselisihkan sehingga kini. Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah telah memaparkan perselisihan tersebut di dalam kitabnya, Fathul Bari, 7/203 sehingga mencapai lebih dari sepuluh pendapat. Ada yang berpendapat bahawa Isra’ Mi’raj terjadi pada bulan Ramadhan, Syawwal, Rabi’ul Awwal, Rabi’uts Tsani... dan seterusnya. (Lihat: Abu Ubaidah Yusuf as-Sidawi dan Abu ‘Abdillah Syahrul Fatwa, Ensiklopedi Amalan Sunnah Di Bulan Hijriyah, m/s. 62, Pustaka Darul Ilmi, Cet. 1, Sya’ban 1429H/Ogos 2008M, Bogor)

Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah menyebutkan dari az-Zuhri dan Urwah bahawa Isra’ Mi’raj berlaku setahun sebelum Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berhijrah ke Kota Madinah, iaitu bulan Rabi’ul Awwal. Ada pun pendapat as-Suddi, waktunya adalah enam belas bulan sebelum hijrah, iaitu bulan Dzulqa’edah. Al-Hafiz Abdul Ghani as-Surur al-Maqdisi membawakan dalam sirahnya hadis yang tidak sahih sanadnya tentang waktu Isra’ Mi’raj pada tanggal 27 Rejab. Dan sebahagian manusia menyangka bahawa Isra’ Mi’raj terjadi pada malam Jumaat pertama bulan Rejab, iaitu malam Raghaib, iaitu yang ditunaikan pada waktu tersebut sebuah solat yang masyhur tetapi tidak ada asalnya. (al-Bidayah wan Nihayah, 3/108-109, Cet. Maktabah al-Ma’arif. Lihat: Abu Ubaidah Yusuf as-Sidawi dan Abu ‘Abdillah Syahrul Fatwa, Ensiklopedi Amalan Sunnah Di Bulan Hijriyah, m/s. 62, Pustaka Darul Ilmi, Cet. 1, Sya’ban 1429H/Ogos 2008M, Bogor)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:

Tidak ada dalil yang sahih yang menetapkan bulan atau pun tarikhnya, seluruh nukilan tersebut munqathi’ (terputus) dan berbeza-beza. (Ibnul Qayyim, Za’adul Ma’ad, 1/57. Lihat: Abu Ubaidah Yusuf as-Sidawi dan Abu ‘Abdillah Syahrul Fatwa, Ensiklopedi Amalan Sunnah Di Bulan Hijriyah, m/s. 62, Pustaka Darul Ilmi, Cet. 1, Sya’ban 1429H/Ogos 2008M, Bogor)

Imam Abu Syamah rahimahullah menegaskan:

Sebahagian tukang cerita menyebutkan bahawa Isra’ Mi’raj berlaku pada bulan Rejab. Perkara tersebut menurut ahli hadis merupakan kedustaan yang amat nyata. (al-Ba’its ‘ala Inkar Bida’ wal Hawadits, m/s. 171. Lihat: Abu Ubaidah Yusuf as-Sidawi dan Abu ‘Abdillah Syahrul Fatwa, Ensiklopedi Amalan Sunnah Di Bulan Hijriyah, m/s. 63, Pustaka Darul Ilmi, Cet. 1, Sya’ban 1429H/Ogos 2008M, Bogor)

Kesimpulannya:

Tiada tarikh tertentu yang muktamad bila terjadinya Isra’ Mi’raj. Dengan itu, tarikh berlakunya Isra’ Mi’raj adalah tidak diketahui dan masih diperbahaskan.

Perayaan (Sambutan) Isra’ Mi’raj

Imam Muhyiddin an-Nahhas rahimahullah berkata:

Sesungguhnya perayaan malam ini (Isra’ Mi’raj) merupakan kebid’ahan besar dalam agama yang diada-adakan oleh saudara-saudara Syaitan. (Lihat: Imam Muhyiddin an-Nahhas, Tanbihul Ghafilin, Tahqiq/Ta’liq: Imaduddin Abbas, m/s. 613, Pustaka as-Sunnah, Cet. 1, Ogos 2007, Jakarta)

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. Bazz rahimahullah berkata:

Malam Isra’ Mi’raj tidak diketahui waktu terjadinya. Kerana seluruh riwayat berkenaan dengannya tidak ada yang sahih menurut para pakar ilmu hadis. Di sisi Allah-lah hikmah di sebalik semua ini. Jika memang diketahui waktunya, tetap tidak boleh bagi kaum muslimin mengkhususkannya dengan ibadah dan perayaan. Kerana ianya tidak pernah dilakukan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya. Seandainya disyari’atkan, sudah tentu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjelaskannya kepada umat, sama ada dengan perkataan mahu pun perbuatan...” (Ibnu Bazz, at-Tahzir minal Bida’, m/s. 9. Lihat: Abu Ubaidah Yusuf as-Sidawi dan Abu ‘Abdillah Syahrul Fatwa, Ensiklopedi Amalan Sunnah Di Bulan Hijriyah, m/s. 65, Pustaka Darul Ilmi, Cet. 1, Sya’ban 1429H/Ogos 2008M, Bogor)

Rasulullah Dibawa Melihat Syurga

قال الإمام أحمد: حدثنا عثمان بن محمد، حدثنا جرير، عن قابوس، عن أبيه قال: حدثنا ابن عباس قال

ليلة أسري بنبي الله صلى الله عليه وسلم دخل الجنة، فسمع في جانبها وَجْسًا فقال: "يا جبريل، ما هذا؟" قال: "هذا بلال المؤذن". فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم حين جاء إلى الناس: "قد أفلح بلال، قد رأيت له كذا وكذا"

Maksud: Imam Ahmad meriwayatkan dari jalan Ibnu ‘Abbas (radhiyallahu ‘anhuma):

Beliau berkata: “Pada malam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diisra’kan, beliau masuk ke dalam Syurga, lalu di salah satu sudutnya beliau mendengar suara lirih. Lalu, beliau bertanya,

“Wahai Jibril, suara apakah itu?”

Jibril menjawab,

“Itu adalah suara langkah kaki Bilal al-Mu’azin.”

Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda ketika Bilal datang di hadapan manusia, “Sungguh, Bilal adalah orang yang beruntung. Aku telah melihat bahawa baginya ini dan itu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, no. 2210. Lihat juga: Tafsir Ibnu Katsir. Maktabah Syamilah, V2)

Wednesday, July 1, 2009

104 - Berdoalah, Nescaya Allah Akan Memperkenankannya

Berdoalah, Nescaya Allah Akan Memperkenankannya

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Suatu perkara yang diyakini oleh kebanyakan manusia sama ada dari umat Islam atau pun seluruh penganut agama yang ada atau oleh yang selainnya bahawa doa itu adalah senjata paling ampuh untuk meraih manfaat dan menolak mara bahaya. Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri mengkhabarkan tentang orang-orang kafir, bahawa mereka apabila di dalam keadaan kesempitan juga turut berdoa kepada Allah dengan penuh harapan. Di ketika Allah mengabulkan doa hamba-Nya, sama ada dia kafir atau pun muslim, maka pengabulan itu adalah seperti rezeki untuk mereka. Perkara terebut menjadi tanda ke-Rububiyahan-Nya (sifat ketuhanan bagi Allah) secara jelas. Kemudian seringkali rezeki itu justeru menjadi bencana bagi mereka, dengan sebab kekufuran atau pun kefasikan. (Rujuk: Ibnu Abil Izz al-Hanafi, Tahzib Syarah ath-Thahawiyah, jil. 1, Pustaka at-Tibyan)

Pengertian Doa:

Doa adalah permintaan seseorang hamba kepada Tuhannya dalam bentuk pengharapan. Kata ini juga mencakupi makna taqdis (penyucian), tamhid (puji-pujian) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dan doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung serta sebahagian dari zikir. (Syaikh Dr. Sai’id Ali Wahf al-Qahthani, Mengapa Doa-ku Tidak Terkabul, m/s. 19, Daar an-Nabaa’ (August 2007))

Doa Adalah Ibadah:

Dari al-Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhu, Dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, katanya:

“Doa itu adalah ibadah.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2969. Menurut al-Albani, hadis ini Sahih, Shahih Sunan at-Tirmidzi)

Saranan Berdoa Dan Menjauhi Sombong:

Allah berfirman (maksudnya):

“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.” (Surah al-Mu’min, 40: 60)

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 186)

Allah Sentiasa Mendengar Doa Hambanya:

Dari Abu Musa al-Asy’ari, beliau menjelaskan:

Ketika kami bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam suatu perperangan, tidaklah kami mendaki tanah tinggi, menaiki bukit, dan menuruni lembah, melainkan kami meninggikan suara ketika bertakbir. Kemudian beliau mendekati kami dan bersabda:

“Wahai sekalian manusia, tahanlah diri kamu, sesungguhnya kamu tidak berdoa (menyeru) kepada Tuhan yang tuli (pekak) dan jauh, akan tetapi kamu berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat. Sesungguhnya Tuhan yang kamu seru itu lebih dekat kepada seseorang di antara kamu melebihi dekatnya seseorang dari kamu dengan leher binatang tunggangannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 2992)

Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Allah Ta’ala berfirman, “Aku menuruti persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku akan sentiasa bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku.” (Hadis Riwayat Ahmad, 3/210)

Allah Memperkenankan Doa:

Dari Abu Sa’id, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tidaklah seorang mu’min berdoa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dengan doa yang tidak mengandungi dosa atau memutuskan tali silaturrahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya satu di antara tiga perkara:

1 - Allah akan segera memperkenankan doanya di dunia, atau

2 – Allah Subhanahu wa Ta’ala menyimpannya sebagai pahala di akhirat, atau

3 – Allah memeliharanya dari keburukan diri semisal apa yang dia minta.”

Mereka berkata: “Sekiranya begitu, kami akan memperbanyakkan doa (terus kerap berdoa)”. Nabi bersabda: “Allah lebih banyak lagi pemberian-Nya”.” (Hadis Riwayat Ahmad, 3/18. Menurut Syaikh al-Albani, hadis ini sahih, Shahihul Jami’, no. 5714)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi bersabda:

“Doa salah seorang di antara kamu akan sentiasa diperkenankan selama dia tidak teburu-buru, iaitu dengan mengatakan:

“Aku sudah berdoa namun tidak juga dipernankan bagiku”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 6340)

Tiga Doa Yang Tidak Tertolak:

1 – Doa orang tua (ibu bapa) terhadap anaknya.

2 – Doa orang yang sedang berpuasa.

3 – Doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir). (Rujuk: Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah, no. 1797)

Berdoa Dengan Hati Yang Khusyu’ Penuh Kesungguhan:

“Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik. Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu’ kepada Kami.” (Surah al-Anbiya’, 21: 89-90)

“… Mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa takut dan harap.” (Surah as-Sajdah, 32: 16)

Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Apabila salah seorang dari kamu berdoa, hendaklah dia bersungguh-sungguh di dalam doanya, janganlah dia berkata: “Jika Engkau berkehendak berilah kepadaku, Sesungguhnya tidak ada yang dapat memaksa Allah”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 6338)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Janganlah seseorang dari kamu mengucapkan di dalam doanya:

“Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau mahu, Ya Allah, rahmatilah aku jika Engkau mahu”. Tetapi hendaklah dia bersungguh-sungguh meminta dan meninggikan harapan terkabulnya doa yang dipohon, kerana sesungguhnya apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala mengira ia sebagai sesuatu yang penting, pasti Dia akan memberikannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 339)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Berdoalah kamu kepada Allah dengan keyakinan doa kamu akan diperkenankan.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Shahih Sunan at-Tirmidzi, no. 2766, menurut Syaikh al-Albani hadis ini hasan)

Sebahagian Adab Berdoa Supaya Doa Diterima:

1 – Tidak bergelumang dengan perkara-perkara haram, meliputi pakaian, makanan, minuman atau seumpamanya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘ahu, dia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa menjelaskan tentang seseorang yang sedang dalam perjalanan (musafir) yang panjang, rambutnya kusut dan berdebu. Dia berdoa sambil menadahkan tangannya ke langit, lalu mengatakan, “Ya Tuhanku, ya Tuhanku...” Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram, lalu bagaimana mungkin doanya akan dikabulkan.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1015)

2 – Jangan bersikap Terburu-buru dan Merasa Cepat Bosan:

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi bersabda:

“Doa salah seorang di antara kamu akan sentiasa diperkenankan selama dia tidak teburu-buru, iaitu dengan mengatakan:

“Aku sudah berdoa namun tidak juga dipernankan bagiku”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 6340)

“Sentiasa dikabulkan doa seseorang hamba selama ia tidak berdoa dengan doa yang mengandungi dosa atau pemutusan silaturrahim dan selama ia tidak tergesa-gesa.”

Ada seorang sahabat yang bertanya:

“Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan tergesa-gesa?”

Nabi menjawab:

“Dia berkata dengan: “Aku sudah berdoa, aku sudah berdoa. Namun aku lihat Allah tidak memperkenankan doaku.” Dan dia berputus-asa (bosan) lalu meninggalkannya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2096)

3 – Tidak Melupakan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar:

Dari Huzaifah radhoyallahu ‘anhu, Nabi bersabda: “Demi Allah yang jiwaku berada di Tangan-Nya, kamu harus beramar ma’ruf dan nahi mungkar, atau jika tidak Allah pasti akan menurunkan siksa ke atas kamu, kemudian apabila kamu berdoa ia tidak akan diperkenankan.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, dan beliau menghasankannya. Lihat: al-Albani, Shahihul Jami’, no. 6947)

4 – Tidak Memohon Doa Yang Mengandungi Dosa Dan Pemutusan Silaturrahim.

5 – Sentiasa Memperbanyakkan Doa Di Waktu Senang Mahu Pun Susah:

Dari Abu Hurairah rahiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesiapa yang ingin agar Allah memperkenankan doanya di saat-saat sempit dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan berdoa di saat-saat ia senang.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 3382. Dihasankan oleh al-Albani di dalah Shahih Sunan at-Tirmidzi)

6 – Berdoa Dengan Merendah Diri dan Suara Yang Lembut:

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan dengan suara yang lembut.” (Surah al-A’raaf, 7: 55)

7 - Disunnahkan Mengulang-ulang doa.

8 - Menghadap Kiblat.

9 - Menadah tangan bagi doa yang bersifat mutlak (permintaan khusus).

Dari Salman radhiyallahu 'anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Sesungguhnya Tuhan kamu Tabaraka wa Ta'ala Maha Malu dan Maha Mulia, dia malu terhadap hamba-Nya apabila mengangkat tangan (berdoa) kepada-Nya lalu Dia kembalikan dalam keadaan kosong (tidak diterima doanya)." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1488)

Wallahu a’lam...