روى شيخ الإسلام أبو الحسن الهكاري والحافظ أبو محمد المقدسي بإسنادهم إلى أبي ثور وأبي شعيب كلاهما عن الإمام محمد بن إدريس الشافعي ناصر الحديث رحمه الله تعالى قال القول في السنة التي أنا عليها ورأيت عليها الذين رأيتهم مثل سفيان ومالك وغيرهما الإقرار بشهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وأن الله على عرشه في سمائه يقرب من خلقه كيف شاء وينزل إلى السماء الدنيا كيف شاء وذكر سائر الإعتقاد
Terjemahan: Syaikhul Islam Abul Hasan al-Hikari dan al-Hafiz Abu Muhammad al-Maqdisi meriwayatkan dengan rangkaian sanad mereka kepada Abi Tsaur dan Abi Syu'aib, keduanya dari imam Muhammad B. Idris asy-Syafi'e nashirul Hadis (pembela hadis) rahimahullah Ta'ala, beliau berkata:
Sunnah yang aku anut sebagaimana yang dipegang (dianuti) oleh Sufyan, Malik dan selain keduanya adalah pengakuan dengan Syahadat (kesaksian) bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah (dengan benar) melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah, dan sesungguhnya Allah di atas 'Arsy-Nya di langit-Nya. Dia dekat dengan makhluk-Nya sebagaimana yang Dia kehendaki, dan turun ke langit dunia sebagaimana yang Dia kehendaki... begitulah seterusnya beliau menyebutkan keyakinannya yang lainnya.
Rujuk:
العلو للعلي الغفار للحافظ الذهبي
Kitab:
1 - Imam adz-Dzahabi, al-'Uluw Lil 'Aliyyil Ghoffar, no. 443.
2 – Muhammad Nashiruddin al-Albani, Mukhtashor al-'Uluw Lil 'Aliyyil Ghoffar, no. 196.
1 - Imam adz-Dzahabi, al-'Uluw Lil 'Aliyyil Ghoffar, no. 443.
2 – Muhammad Nashiruddin al-Albani, Mukhtashor al-'Uluw Lil 'Aliyyil Ghoffar, no. 196.
Tuan,
ReplyDeleteBoleh hamba dptkan hadis yg mengatakan bhw nabi menyuruh kita mengucapkan dua kalimah syahadah dan bukan kalimah tauhid yg di minta tuhan? Ini kerana tuhan di dlm al quran melarang membuat sekutu baginya dari makhluk yg di ciptakannya. Dan surah Al Kahfi 110, tuhan perintah bhw dlm solat kita dilarang menyebut nama selain tuhan.
"Syaikhul Islam Abul Hasan al-Hikari dan al-Hafiz Abu Muhammad al-Maqdisi meriwayatkan dengan rangkaian sanad mereka kepada Abi Tsaur dan Abi Syu'aib, keduanya dari imam Muhammad B. Idris asy-Syafi'e nashirul Hadis."
ReplyDeleteMengapa al-Maqdisi tidak menerangkan sanadnya dari Abu Thaur dan Abu Shu`ib? Bagaimana saudara boleh menerima riwayat ini yang sanadnya tidak sempurna. Menurut al-Khatib al-Baghdadi, Abu Shu`ib lahir dua tahun selepas Imam Shafi`e wafat. Dia tidak mendengar sendiri dari Imam Shafi`e, jadi dia dengar dari siapa? Jelas riwayat ini cacat, maka dalam perkara Akidah kita tidak boleh bersandar kepada riwayat yang cacat.
Boleh Cek:
ReplyDeleteعون المعبود ( 13 / 41 و 47 ) وساقه ابن أبي يعلى في طبقات الحنابلة بإسناده المتصل إلى الشافعي
- Sanadnya bersambung.