Monday, November 23, 2009

112 - Haram Beribadat Melainkan Dengan Dalil

Haram Beribadat Melainkan Dengan Dalil



Mari kita fikirkan berkenaan beberapa pesoalan berikut:

1 - Bolekah kita melaungkan azan dan iqamah untuk perlaksanaan solat 'Ied?

2 - Bolehkah kita melaksanakan solat 'Isya' sebanyak tiga rakaat sahaja, manakala solat Subuh sebanyak lima rakaat?

3 – Bagaimana jika seseorang mahu berpuasa sunat bermula dari masuknya waktu Subuh sehingga datang subuh keesokkan harinya? Hebat bukan usaha beliau?

4 – Bolehkah kita melakukan ibadat korban pada 1 Syawal?

5 – Bolehkah kita berkorban dengan seekor gajah? Bukankah kandungan dagingnya lebih banyak dari haiwan-haiwan lain? Jadi, lebih ramai akan mendapat manfaatnya.

6 – Bolehkah kita melaksanakan majlis bacaan al-Qur'an di atas perkuburan dengan niat untuk mendapat berkat kebaikan? Atau sebaliknya untuk menghadiahkan (menyalurkan) pahala bacaan kepada penghuni kuburan?

7 – Adakah benar jika setiap kali mahu memulakan sesuatu pekerjaan itu kita mulakan dengan 200 kali bacaan Bismillah?

8 – Bolehkah kita menukarkan waktu untuk solat Fardhu Juma'at ke dalam waktu 'Asar? Atau bolehkah kita tukarkan saja ke hari yang lain seperti hari Sabtu atau Ahad?

9 – Bolehkah amalan majlis Tahlilan kenduri arwah itu dianggap sebagai salah satu dari bentuk-bentuk ibadah?

Wallahu a'lam... Jawabnya, sudah tentu tidak boleh. Kenapa? Ini adalah kerana:

Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ

Terjemahan: Sesiapa yang mereka-cipta perkara baru di dalam urusan kami yang tidak berasal dari-Nya, maka ianya tertolak. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 9/201, no. 2499)

Imam Ibnu Rejab al-Hanbali menjelaskan:

والأعمال قسمان : عبادات ، ومعاملات

فأما العبادات ، فما كان منها خارجاً عن حكم الله ورسوله بالكلية ، فهو مردود على عامله ، وعامله يدخل تحت قوله : { أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ الله } ((الشورى: 21)) ، فمن تقرَّب إلى الله بعمل ، لم يجعله الله ورسولُه قربة إلى الله ، فعمله باطلٌ مردودٌ عليه ، وهو شبيهٌ بحالِ الذين كانت صلاتُهم عندَ البيت مُكاء وتصدية ، وهذا كمن تقرَّب إلى الله تعالى بسماع الملاهي ، أو بالرَّقص ، أو بكشف الرَّأس في غير الإحرام ، وما أشبه ذلك من المحدثات التي لم يشرع الله ورسولُه التقرُّب بها بالكلية .

وليس ما كان قربة في عبادة يكونُ قربةً في غيرها مطلقاً ، فقد رأى النَّبيُّ - صلى الله عليه وسلم - رجلاً قائماً في الشمس ، فسأل عنه ، فقيل : إنَّه نذر أنْ يقوم ولا يقعدَ ولا يستظلَّ وأنْ يصومَ ، فأمره النَّبيُّ - صلى الله عليه وسلم - أنْ يَقعُدَ ويستظلَّ ، وأنْ يُتمَّ صومه((أخرجه: البخاري 8/178)) فلم يجعل قيامه وبروزه للشمس قربةً يُوفى بنذرهما

Terjemahan: Amalan seseorang itu terbahagi kepada dua: ibadat dan mu'amalat. Ada pun ibadat, apa-apa sahaja daripadanya yang terkeluar (tidak termasuk) dari saranan Allah dan rasul-Nya secara seluruhnya, maka ia tertolak kepada pelakunya. Pelakunya termasuk di dalam maksud ayat:

Adakah mereka memiliki sembahan-sembahan selain Allah yang mensyari'atkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? (Surah asy-Syura, 42: 21)

Oleh itu sesiapa yang mendekatkan diri (bertaqarrub) kepada Allah dengan suatu amalan yang tidak dijadikan oleh Allah dan rasul-Nya sebagai ibadat, maka amalan itu adalah batil dan tertolak kembali kepadanya. Ini sama seperti orang-orang yang solat di Baitullah (Masjidil Haram) secara bersiul-siul dan bertepuk tangan. Orang tersebut seakan-akan bertaqarrub kepada Allah Ta'ala dengan mendengar hiburan, atau tarian, atau membuka penutup kepala di selain ihram, dan bid'ah-bid'ah lain yang tidak disyrai'atkan Allah dan Rasul-Nya sebagai bentuk taqarrub.

Taqarrub bagi salah satu bentuk ibadah tidak akan menjadi sebagai taqarrub bagi ibadah lainnya secara mutlak. Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah melihat seorang lelaki yang berdiri di bawah panas matahari, lalu baginda bertanya tentangnya, dijawab kepada baginda: Sesungguhnya dia (lelaki itu) bernadzar untuk berdiri dan tidak duduk, tidak berteduh dan berpuasa. Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam mengarahkan dia supaya duduk dan berteduh, juga mengarahkannya meneruskan puasanya (Diriwayatkan oleh al-Bukhari). Maka Rasul tidak menjadikan perbuatan berdiri dan berpanas di bawah matahari itu sebagai suatu bentuk qurbah (perbuatan mendekatkan diri kepada Allah) yang perlu dipenuhi atas alasan nadzarnya.(Ibnu Rejab al-Hanbali, Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, 7/3)

Firman Allah:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Terjemahan: Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan di dalam tafsirnya:

هذه الآية الكريمة حاكمة على كل من ادعى محبة الله، وليس هو على الطريقة المحمدية فإنه كاذب في دعواه في نفس الأمر، حتى يتبع الشرع المحمدي والدين النبوي في جميع أقواله وأحواله، كما ثبت في الصحيح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: "مَنْ عَمِلَ عَمَلا لَيْسَ عليه أمْرُنَا فَهُوَ رَدُّ"

Terjemahan: “Ayat yang mulia ini menghukumi setiap mereka yang mengaku menyintai Allah namun mereka tidak mengikuti petunjuk Muhammad Shallallahu ‘alahi wa Sallam. Maka jelaslah bahawa pengakuannya itu adalah merupakan suatu pendustaan sehinggalah mereka mengikuti syari’at Muhammad dan agama nabawi di dalam setiap ucapan dan perbuatannya. Ini adalah sebagaimana sebuah hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Barangsiapa yang melakukan suatu amal yang tidak ada perintahnya dari kami, maka amalan tersebut tertolak (tidak diterima).” (Hadis Riwayat Muslim).” (al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur'anil Adzim, 2/32)

Di lembaran yang lain, al-Hafiz Ibnu Katsir menjelaskan lagi di dalam Tafsiran Surah asy-Syura, ayat 21:

هم لا يتبعون ما شرع الله لك من الدين القويم، بل يتبعون ما شرع لهم شياطينهم من الجن والإنس، من تحريم ما حرموا عليهم، من البحيرة والسائبة والوصيلة والحام، وتحليل الميتة والدم والقمار، إلى نحو ذلك من الضلالات والجهالة الباطلة، التي كانوا قد اخترعوها في جاهليتهم، من التحليل والتحريم، والعبادات الباطلة، والأقوال الفاسدة

Terjemahan: Mereka tidak mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah kepadamu (Muhammad) daripada agama yang lurus. Sebaliknya mereka mengikut apa yang disyariatkan untuk mereka oleh para syaitan mereka dari kalangan jin dan manusia, iaitu apa yang t|Lhhksedja biHeamkan ke a as mereka dari bahiirah, saa'idah, washiilah, dan haam. Begitu juga dengan perbuatan mereka menghalalkan memakan bangkai dan darah serta perjudian, dan juga selainnya mencakupi segala kesesatan dan kebodohan yang batil yang mereka ada-adakan di masa Jahiliyyah mereka, dalam bentuk menghalal dan mengharam, ibadat-ibadat yang batil (palsu) dan perkataan-perkataan yang rosak”.(al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir alB; _TCU @ X�n-4 N#),;J29

Para ulama Ahlus Sunnah memiliki suatu kaedah dalam persoalan ini. Mereka menjelaskan bahawa hukum ibadat itu adalah haram melainkan dengan dalil.

Berikut dibawakan perkataan para ulama yang berkaitan berserta rujukannya:

الأصل في العبادة التوقف \ التوقيف

Terjemahan: Asal setiap ibadat itu adalah tawaqquf (behenti melainkan ada dalil padanya). (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqolani, Kitab Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 3/54. Imam Muhammad B. Abdul Baqi al-Zarqoni, Syarah al-Zarqoni 'ala Muwaththa', 1/434. Imam Muhammad B Ahmad ar-Ramli al-Anshori, Ghoyatul Bayan, 1/79)

التقرير فى العبادة إنما يؤخذ عن توقيف

Terjemahan: Perlaksanaan di dalam ibadat adalah dengan mengikuti/mengambil dari apa yang telah ditetapkan (melalui dalil). (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqolani, Kitab Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 2/80)

أَنَّ الْأَعْمَالَ الدِّينِيَّةَ لَا يَجُوزُ أَنْ يُتَّخَذَ شَيْءٌ سَبَبًا إلَّا أَنْ تَكُونَ مَشْرُوعَةً فَإِنَّ الْعِبَادَاتِ مَبْنَاهَا عَلَى التَّوْقِيفِ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ

Terjemahan: Bahawasanya sesuatu urusan (amal) di dalam agama itu tidaklah diambil melainkan dengan hujjah (dalil) yang sah. Disebabkan itu, sesungguhnya ibadat itu adalah terhenti (cukup dengan mengikuti apa yang telah ditetapkan). (Rujuk: Imam Ibnu Muflih, Adabul Syar'iyah, 2/381)

لا سيما في أمور العبادة فإنها إنما تؤخذ عن توقيف

Terjemahan: Tidalah diambil sesuatu pada urusan ibadat itu melainkan cukup dengan mengikuti (berhenti dari melakukan tanpa hujjah). (Rujuk: Imam Muhammad B. 'Ali asy-Syaukani, Nailul Authar, 2/20)

وَإِنْ كَانَ الْأَصْلُ فِي الْعِبَادَةِ أَنَّهَا إذَا لَمْ تُطْلَبْ لَا تَنْعَقِدُ

Terjemahan: Dan bahawasanya adalah asal bagi ibadat itu jika tiada anjuran melakukannya, maka ia tidak perlu dilakukan. (Shamsuddin Muhammad ar-Ramli, Nihayatul Muhtaj ila Syarah al-Minhaj, 3/109)

الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَةِ إذَا لَمْ تَطْلُبْ بُطْلَانَهَا

Terjemahan: Asal hukum bagi setiap ibadat itu apabila tiada anjuran melakukannya, maka ianya tidak sah (terbatal). (Sulaiman B. Muhammad al-Bujairami, Hasyiyah al-Bujairami 'ala al-Khathtib, 3/497)

أن الأصل في العبادات الحظر ؛ فلا يشرع منها إلا ما شرعه الله ورسوله ، والأصل في المعاملات والاستعمالات كلها الإباحة ; فلا يحرم منها إلا ما حرمه الله ورسوله

Terjemahan: Bahawasanya asal hukum bagi setiap ibadat adalah dilarang; maka tidak disyari'atkan daripadanya melainkan apa yang telah disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya, manakala asal hukum di dalam mu'amalat dan urusan berkaitan dengannya seluruhnya adalah harus (tidak mengapa); maka tidak diharamkan melainkan apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya. ('Abdurrahman B. Nashir as-Sa'di, Taisir al-Latif al-Mannan fi Khulasah Tafsir al-Ahkam, 1/299)

أَحْمَد وَغَيْرُهُ مِنْ فُقَهَاءِ أَهْلِ الْحَدِيثِ يَقُولُونَ : إنَّ الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَاتِ التَّوْقِيفُ فَلَا يُشْرَعُ مِنْهَا إلَّا مَا شَرَعَهُ اللَّهُ تَعَالَى

Terjemahan: Imam Ahmad (Bin Hanbal) dan selain beliau dari kalangan fuqaha’ ahli hadis berkata: Sesungguhnya asal hukum bagi setiap ibadat adalah tawqif (berdasarkan dalil), maka dengan itu tidak disyari'atkan daripadanya melainkan apa yang disyari'atkan oleh Allah Ta'ala. (Ibnu Taimiyyah, Majmu' Fatawa Ibnu Taimiyyah, 6/452)

أن الأصل في العبادات البطلان إلا ما شرعه اللّه ورسوله

Terjemahan: Bahawasanya asal bagi setiap ibadat adalah tidak sah (batal) melainkan apa yang telah disyari'atkan oleh Allah dan rasul-Nya. (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Ahkam Ahludz Dzimmah, 1/121)

Demikianlah beberapa penjelasan daripada para ulama Ahlus Sunnah berkaitan haramnya ibadah melainkan dengan dalil yang jelas.

Wallahu a'lam...

12 comments:

  1. Kalau begitu tunjukkan dalil yg menunjukkan Allah mahupun rasulullah s.a.w mengharamkan ibadat tanpa dalil.

    Saya bertanya ni kerana ada sahabat nabi ketika di luar madinah telah menggunakan al-fatihah sbg jampi menyembuhkan penyakit walaupun nabi tak pernah ajar atau tunjuk sekalipun. Kisah ini menunjukkan sahabat tersebut telah melakukan sesuatu (ibadah) tanpa sebarang dalil. Tetapi hakikatnya, apabila rasulullah mengetahui akannya, rasulullah tidak marah,tidak pula mengharamkannya.

    So, cam ne, komen sikit...

    ReplyDelete
  2. Dalam persoalan seperti ini, ada perkara yg sahabat buat tanpa pengetahuan Rasulullah, dan kemudiannya Nabi tahu, maka di sini ada dua keadaan:

    1 - Nabi mengiyakannya (menyetujui).
    2 - Nabi menegahnya (supaya jgn dibuat lagi).

    Kesimpulannya:

    Klu nak buat benda baru utk disandarkan kpd agama, mesti ada pengesahan dari Nabi.

    ReplyDelete
  3. ok, bagi dalil utk menyokong hujah di atas

    ReplyDelete
  4. Contoh dengan bbrp Hadis berikut, apabila salah seorang sahabat Nabi menceritakan bahawa dia pernah membonceng (menunggang haiwan) di belakang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Tiba-tiba haiwan tersebut tergelincir lalu dia bersumpah: “Celakalah syaitan!” Mendengar yang sedemikian, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menegur:

    Janganlah menyebut “Celakalah syaitan!” kerana apabila engkau mengatakannya, syaitan akan membesar sehingga sebesar rumah dan berkata “Demi kekuatanku!” Sebaliknya sebutlah “Bismillah!” kerana apabila engkau mengatakannya syaitan akan mengecil sehingga sekecil lalat.

    [Sahih Sunan Abu Daud, 4982]

    Maka perkataan sahabat untuk mencela syaitan diingkari oleh Rasulullah s.a.w., sebaliknya baginda mengajar sunnah yang betul.

    Dari Anas bin Malik r.a., katanya:

    Ada tiga orang laki-laki datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Nabi saw. bertanya tentang ibadat beliau. Setelah diterangkan kepada mereka, kelihatan bahawa mereka menganggap bahawa apa yang dilakukan Nabi itu terlalu sedikit. Mereka berkata:

    "Kita tidak dapat disamakan dengan Nabi. Semua dosa beliau yang telah lalu dan yang akan datang telah diampuni Allah."

    Salah seorang dari mereka berkata: "Untuk saya, saya akan selalu solat sepanjang malam selama-lamanya."


    Orang kedua berkata: "Saya akan berpuasa setiap hari, tidak pernah berbuka."

    Orang ketiga berkata: "Saya tidak akan pernah mendekati wanita. Saya tidak akan kahwin selama-lamanya." Setelah itu Rasulullah saw. datang. Beliau berkata: "

    Kamukah orangnya yang berkata begini dan begitu? Demi Allah! Saya lebih takut dan lebih bertaqwa kepada Tuhan dibandingkan dengan kamu. Tetapi saya berpuasa dan berbuka. Saya solat dan tidur, dan saya kahwin. Barangsiapa yang tidak mahu mengikuti sunnah ku, tidak termasuk ke dalam golongan ku."

    [Sahih al-Bukhari, 4/1582]

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...penerangan yang baik dan sangat bernilai.... jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan kita....

    ReplyDelete
  6. Terjemahan surah al-Anbiya' ayat 93-94:

    93) Tetapi mereka terpecah belah dalam urusan (agama) mereka di antara mereka. Masing2 akan kembali kepada Kami.

    94) BARANGSIAPA MENGERJAKAN KEBAJIKAN, DAN DIA BERIMAN, MAKA USAHANYA TIDAK AKAN DIINGKARI (DISIA-SIAKAN), DAN SUNGGUH, KAMILAH YANG MENCATAT UNTUKNYA.

    *catatan saya:

    Hari ni, antara isu yg popular dlm urusan agama Islam ialah isu bid'ah. Ada puak yg mengharamkan semua amalan yg tidak pernah dilakukan oleh nabi s.a.w serta generasi salaf.

    Saya ambil contoh, membaca yaasin pd tiap2 malam jumaat. Sungguh, tradisi ini tidak pernah dianjurkan oleh nabi mahupun mana2 sahabat. Tetapi amalan membaca yaasin itu sendiri datangnya drpd rasulullah. Kalau nabi tak baca yaasin, mcm mana yaasin boleh smpai kt kita? So, terbukti yg nabi dan para sahabat memang baca yaasin. Cumanya, mereka tidak pernah menetapkan ganjaran khusus bg mereka yg mengamalkan bacaan yaasin pd malam jumaat.

    Maka, yg bid'ahnya ialah kalau ada org beri'tiqad yg baca yaasin pd malam jumaat ada ganjaran sekian-sekian drpd Allah. Hukum kepercayaan ini berdosa kerana mengadakan ajaran baru selain ajaran rasulullah. Tetapi amalan itu sendiri tidak haram. Boleh saja kalau kita berhimpun beramai-ramai di masjid dan membaca yaasin pd malam jumaat. Drpd tengok tv, kn lebih baik baca yaasin, berjemaah lagi. Kita tak perlu tegah org baca yaasin pd malam jumaat, yg kita perlu betulkan ialah kepercayaan masyarakat dlm beribadat.

    Kita perlu bagitau org ramai yg baca yaasin pd malam jumaat itu ialah amalan org nusantara, ia tidak sabit dgn amalan nabi, buat dgn ikhlas dpt rahmat Allah, tak buat takde masalah.

    ReplyDelete
  7. Soal bid'ah, bila kita rujuk hadis, disebut di situ:

    "Setiap 'muhdatsah' itu bidaah, Setiap bidaah sesat, dan setiap yg sesat dari neraka"

    Ada yg menterjemah 'muhdatsah' sbg benda baru. Kalau kita kaji betul2, perkataan muhdatsah berasal drpd kata akar 'hadatsa' yg bermaksud berita atau baru. Maka, terjemahan tepat bagi lafaz muhdatsah ialah BERITA BARU.

    Apa yg saya nk smpaikan kt sini, bidaah dolalah ialah perkara2 yg melibatkn berita2 baru atau kepercayaan2 baru yg tak pernah diungkapkan oleh rasulullah s.a.w.
    Ia tidak melibatkan amalan2 baru.

    Adapun bg amalan2 yg tlh ditetapkan oleh rasulullah s.a.w akan formatnya, maka amalan2 ini jgn diubah-ubah. Kalau solat syariatnya 5 waktu, 5 lah, jgn 3, jgn 2! Kalau isyak 4 rakaat, 4 lah, jgn 6, jgn 10! Kalau ada org buat benda2 ni, ia dipanggil amalan-amalan terpesong, bkn amalan baru.

    Kalau kita marah org Melayu baca yaasin tiap2 malam jumaat dgn alasan nabi tak pernah buat, knape tak marah 'Umar yg mengumpulkan muslimin utk solat tarawikh di masjid sbyk 20 rakaat. Nabi kn buat 8.

    Sesungguhnya, perbuatan 'Umar tidak salah krn 'Umar melakukan pembaharuan terhadap amalan yg nabi tak syariatkan. Asalnya nabi tak suruh sahabat solat tarawikh, malah tak galakkan solat tarawikh berjemaah, tapi sahabt rajin sangat, mereka pun jadi makmum nabi sewaktu solat tarawikh. Apa repon nabi? Nabi tak marah, nabi diam. Diam tanda membenarkan. Dlm hal ini, 'Umar juga tidak melakukan sebarang bidaah dolalah krn beliau tidak mencanangkan ajaran baru. Beliau tk pernah kata solat tarawikh 20 rakaat dpt pahala tertentu drpd Allah.

    Malah, skarang ni, org Madinah (yg dikatakan salafi) buat lebih drpd 'Umar, 36 rakaat. Mereka tak pula kata yg amalan tu bidaah, malah mereka mengatakan ia adalah amalan khusus penduduk madinah (amal ahl madinah).

    Cara nk kenal pasti bidaah dolalah (sesat) senang je. Kalau amalan tu nabi tak buat, tp org kata ia datang dr nabi atau Allah, ha, ini sesat! Lagi satu, kalau sesuatu amalan tu bertentangan dgn fitrah manusia atau bertentangan dgn ajaran tauhid, ni sesat.

    Contoh, kalau ada org pegi kubur keramat, minta kpd si mati (sbg perantaraan)utk berdoa kpd Allah utk kebaikan dirinya, ni sesat sebab nabi tak pernah ajar yg org mati boleh tolong org hidup. Org matilah yg perlukan doa drpd org hidup, nabi sendiri pernah menjelma dlm mimpi seorang raja meminta tolong kpd raja tersebut utk menjaga kesucian makam baginda. Kalau nabi (yg sudah wafat) boleh bg syafaat terhadap umatnya yg masih hidup menerusi doa baginda, knape nabi sendiri tidak berdoa terus kpd Allah utk menyelamatkan kesucian makamnya drpd dibongkar? Knape minta tolong raja?

    Berbalik kpd surah Anbiya' ayat 94, kalau seseorang itu ikhlas dlm beribadah, dan dia tidak buat benda pelik dlm ibadah (beribadah menurut ilmu dan ijtihad ulama muktabar), maka amalannya akan dinilai secara peribadi oleh Allah s.w.t. Jgnlah kita berpecah belah dlm hal ini. Siapa kita hendak mengharamkan sesuatu yg Allah tak haramkan?

    WAllahu a'lam

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. asSalaamu 'alaikum...

    Nilam Sri Wangsa, bila saya teliti perkataan2 anda. Hujjah2 anda semuanya adalah akal dan ra'yi. Jauh dari perkataan para ulama Salaf.

    Cara anda mentafsirkan sesuatu perkara pun mengikut hawa nafsu dan akal anda sendiri.

    Tidak berpijak kpd prinsip dan kaedah para salaf.

    Maaf, hujjah2 anda langsung tidak dapat diterima.

    ReplyDelete
  10. Waalaikm salam Abu Huzaifah Nawawi b Subandi.

    Sungguh, adalah tiada jalan lain dlm menyampaikn dakwah melainkan menggunakan dalil.

    Namun begitu, akal mestilah digunakan dlm memahami sesuatu dalil. Para sahabt tak akan terima dakwah Islam kalau mereka tak pakai akal dlm menilai ajaran tauhid nabi s.a.w. Mereka sedar yg apa yg nabi bawa itu logik menurut akal. Disuntik pula dgn hidayah drpd Allah yg Maha Pengasih, maka Islam lah mereka.

    Sungguh ada sahabat hanya menggunakan akal dlm membuat sesuatu. Seperti contoh yg saya bagi pd awal perbincangan, sahabat menggunakan surah al-fatihah sbg jampi sedangkan nabi tak pernah cakap pun pasal tu. Lihat bagaimana sahabat menggunakan akal dlm memahami agama Allah. Kita tau, al-quran itu mukjizat, asy-syifa'. Maka surah2 di dalamnya itu ada berkat dlm penyembuhan penyakit. Yg paling penting, sahabat tersebut yakin akan mukjizat al-Fatihah utk menyembuh, walaupun nabi tak ajar.

    Sesungguhnya, nabi ajar yg pokok. Terpulang kpd kita utk mengamalkannya asalkn tidak keluar landasan syariat. Ibaratnya, ikan sudah siap disiang, masaklah ikan itu ikut cara apa pun, asalkan jangan sampai hangus!

    Saudara, renung kembali firman Allah dlm surah al-Anbiya' ayat 94. Kalau ada tafsir drpd generasi salaf ttg ayat ini, sila post kan di sini. Saya juga nk ambil 'ibrah drpd ayat ini. Kalau saya silap, saya nk betulkan ilmu saya.

    terima kasih

    ReplyDelete
  11. Nilam, saya minta bbrp perkara berikut:

    1 - Adakah anda tahu bahawa apa yg 'Umar buat tu ada dalilnya?

    2 - apa definisi "amalan soleh"? Mcm mana nak tahu amalan tu adalah "amalan soleh"?

    3 - Sila bawakan dalilnya bahawa Sahabat menjampi menggunakan al-fatihah tanpa pengetahuan Rasulullah.

    Dan utk pengetahuan Nilam Sri Wangsa... Membaca Yasin itu tidak salah pun. Nak baca Surah2 lain pun tak salah. Yg salahnya apabila kita mengkhsuskan Yasin pada malam2 tertentu sahaja dengan anggapan memiliki fadhilat2 tertentu. Malah membacanya dengan berjama'ah/koir.

    ReplyDelete
  12. Tafseer: Al Anbiya 92-94...
    Righteous Good Deeds Kena based on prescribed Law and clear way.....

    ﴿إِنَّ هَـذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً﴾

    (Truly, this, your Ummah is one,) Ibn `Abbas, Mujahid, Sa`id bin Jubayr, Qatadah and `Abdur-Rahman bin Zayd bin Aslam said, "Your religion is one religion.'' Al-Hasan Al-Basri said: "In this Ayah, Allah explains to them what they should avoid and what they should do.'' Then He said:

    ﴿إِنَّ هَـذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً﴾

    (Truly, this, your Ummah is one religion,) "Meaning, your path is one path. Certainly this is your Shari`ah (Divine Law) which I have clearly explained you.'' So Allah says:

    ﴿وَأَنَاْ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ﴾

    (and I am your Lord, therefore worship Me.) This is like the Ayah:

    ﴿يأَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُواْ مِنَ الطَّيِّبَـتِ وَاعْمَلُواْ صَـلِحاً﴾

    (O (you) Messengers! Eat of the Tayyibat (good things) and do righteous deeds.) Until His saying,

    ﴿وَأَنَاْ رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ﴾

    (And I am your Lord, so have Taqwa of Me.) ﴿23:51-52﴾ The Messenger of Allah said:

    «نَحْنُ مَعَاشِرَ الْأَنْبِيَاءِ أَوْلَادُ عَلَّاتٍ دِينُنَا وَاحِد»

    (We Prophets are brothers from different mothers and our religion is one.) What is meant here is that they all worshipped Allah Alone with no partner or associate, although the Laws of each Messenger may have differed, as Allah says:

    ﴿لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَـجاً﴾

    (To each among you, We have prescribed a Law and a clear way) ﴿5:48﴾

    ﴿وَتَقَطَّعُواْ أَمْرَهُمْ بَيْنَهُمْ﴾

    (But they have broken up and differed in their religion among themselves.) meaning, the nations were divided over their Messengers; some of them believed in them and some rejected them. Allah says:

    ﴿كُلٌّ إِلَيْنَا رَجِعُونَ﴾

    ((And) they all shall return to Us.) meaning, `on the Day of Resurrection, when We will requite each person according to his deeds. If they are good, then he will be rewarded and if they are evil then he will be punished.' Allah says:

    ﴿فَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّـلِحَـتِ وَهُوَ مُؤْمِنٌ﴾

    (So whoever does righteous good deeds while he is a believer,) meaning, his heart believes and his deeds are righteous.

    ﴿فَلاَ كُفْرَانَ لِسَعْيِهِ﴾

    (his efforts will not be rejected. ) This is like the Ayah:

    ﴿إِنَّا لاَ نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلاً﴾

    (certainly We shall not make the reward of anyone who does his deeds in the most perfect manner to be lost.) ﴿18:30﴾ which means, his efforts will not be wasted; they will be appreciated and not even a speck of dust's weight of injustice will be done. Allah says:

    ﴿وَإِنَّا لَهُ كَـتِبُونَ﴾

    (Verily, We record it for him.) means, all his deeds are recorded and nothing of them at all is lost.

    Wallahualam...Based on Tafseer Ibnu Katheer.

    ReplyDelete