Syarhus Sunnah Imam al-Barbahari (Bhgn. 1)
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com
Imam al-Hasan B. ‘Ali B. Khalaf al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H) berkata:
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com
Imam al-Hasan B. ‘Ali B. Khalaf al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H) berkata:
اعلم أن الإسلام هو السنة والسنة هي الإسلام ولا يقوم أحدهما إلا بالآخر فمن السنة لزوم الجماعة و من رغب غير الجماعة وفارقها فقد خلع ربقة الإسلام من عنقه وكان ضالا مضلا
Ketahuilah bahawasanya Islam adalah as-Sunnah dan as-Sunnah adalah Islam, dan salah satunya tidak dapat berdiri dengan sendiri. Maka, sesiapa yang berpegang dengan as-Sunnah dialah yang melazimi al-Jama’ah (termasuk dalam Jama’ah). Dan sesiapa yang cenderung kepada selain al-Jama’ah dan menyelisihinya, maka dia telah melepaskan tali Islam dari bahunya sehingga dia menjadi sesat dan menyesatkan.
والأساس الذي بينا عليه الجماعة هم أصحاب محمد صلى الله عليه و سلم رحمهم الله أجمعين وهم أهل السنة والجماعة فمن لم يأخذ عنهم فقد ضل وابتدع وكل بدعة ضلالة والضلال وأهله في النار قال عمر بن الخطاب رضي الله عنه لا عذر لأحد في ضلاله ركبها حسبها هدى ولا في هدى تركه حسبه ضلاله فقد بينت الأمور وثبتت الحجة وانقطع العذر وذلك أن السنة والجماعة قد أحكما أمر الدين كله وتبين للناس فعلى الناس الاتباع
Asas ukuran kebenaran al-Jama’ah adalah dengan melihat para Sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, semoga Allah merahmati mereka semua. Mereka adalah Ahlus Sunnah wal-Jama’ah. Sesiapa yang tidak mengambil kebenaran daripada mereka, maka ia telah memilih jalan kesesatan dan agama yang diada-adakan (bid’ah). Setiap yang diada-adakan dalam beragama (bid’ah) adalah sesat, dan setiap pelaku kesesatan pasti akan menjadi penghuni Neraka. ‘Umar B. Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu berkata, “Allah tidak menerima alasan bagi sesiapa pun yang melakukan kesesatan yang dia anggap sebagai petunjuk. Begitu juga Allah tidak menerima alasan sesiapa pun yang meninggalkan petunjuk yang ia anggap sebagai kesesatan kerana semua perkara tersebut telah dijelaskan dengan terperinci dan hujjah telah dibentangkan secara sempurna sehingga tiada lagi ruang untuk sesiapa pun mencari-cari alasan/dalih. Ini adalah kerana as-Sunnah dan al-Jama’ah telah meletakkan kerangka (prinsip-prinsip) agama secara komprehensif yang disediakan bagi manusia supaya mengikutinya (sebagai manual).
No comments:
Post a Comment