(Bahagian 16) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com
Dari imam Ahmad bin Hanbal (katanya):
Dasar ahlus sunnah menurut kami adalah,
35 - Memerangi para pencuri dan orang-orang khawarij (yang keluar dari ketaatan kepada penguasa) adalah boleh, (iaitu) apabila mereka telah merampas jiwa dan harta seseorang. Maka bagi orang tersebut boleh memerangi mereka untuk mempertahankan jiwa dan hartanya dengan segala kemampuan. Akan tetapi, dia tidak boleh mengejar dan mengikuti jejak mereka apabila mereka telah pergi dan meninggalkannya. Tidak boleh bagi sesiapa pun kecuali imam atau para pemimpin muslimin, kerana hanya dibolehkan untuk mempertahankan jiwa dan hartanya di tempat tinggalnya, dan berniat dengan sedaya upayanya untuk tidak membunuh seseorang. Jika dia (pencuri/khawarij) mati di tangannya di dalam peperangan mempertahankan dirinya, maka Allah akan menjauhkan orang yang terbunuh (dari rahmat-Nya). Dan jika dia (yang menjadi mangsa) terbunuh di dalam keadaan tersebut di mana ketika dia sedang mempertahankan jiwa dan hartanya, maka aku berharap dia mati syahid sebagaimana di dalam hadis-hadis. Dan seluruh atsar di dalam masalah ini memerintahkan agar memeranginya dan tidak memerintahkan untuk membunuh dan mengejarnya. Dan tidak boleh membunuhnya jika dia menyerah atau terluka. Dan jika dia menawannya maka tidak boleh membunuhnya dan tidak boleh melaksanakan hukuman padanya akan tetapi urusannya diserahkan kepada orang yang telah dijadikan oleh Allah sebagai pemimpin, lalu Ia menghukuminya. (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, prinsip 35)
Penjelasan/Syarah:
“Dan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: “Telah datang seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata: “Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika datang seseorang yang ingin mengambil hartaku?” BeIiau menjawab: “Jangan kamu berikan hartamu kepadanya.” Dia bertanya: “Apa pendapatmu jika dia memerangiku?” Beliau menjawab: “Perangilah dia.” Ia bertanya: “Apa pendapatmu jika ia membunuhku?” BeIiau menjawab: “Maka kamu mati syahid.” Ia bertanya: “Apa pendapatmu jika aku membunuhnya?” Beliau menjawab: “Dia masuk ke dalam neraka.” (Dikeluarkan oleh Muslim (hadis no. 140) dan dikeluarkan oleh penyusun buku ini (Imam Ahmad) di dalam Musnadnya (2/339))
Dan di dalam sebuah hadis disebutkan:
“Barangsiapa yang terbunuh kerana (mempertahankan) hartanya, maka dia syahid. Barangsiapa yang terbunuh kerana (mempertahankan) jiwanya maka dia syahid. Dan barangsiapa yang terbunuh kerana (mempertahankan) agamanya maka dia syahid.” (Shahih. Lihat al-Irwa’ al-Ghalil, (708))
Dan dalam hadis, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Apabila dua orang muslim bertelagah dengan (menghunus/menggunakan) kedua pedangnya, maka pembunuh dan yang terbunuh masuk ke dalam neraka.” Maka beliau ditanya: “Wahai Rasulullah, ini (balasan) pembunuh, maka bagaimanakah dengan yang terbunuh?” Beliau menjawab: “Sesungguhnya ia (yang terbunuh) telah bersungguh-sungguh untuk membunuh saudaranya.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (31) dan Muslim (2888), keduanya dari hadis Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu)
Dinukil dan disunting dari:
Kitab Ushulus Sunnah, oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Tahqiq/Syarah Walid bin Muhammad Nubaih, m/s. 119-121. (Edisi Terjemahan: Terbitan Pustaka Darul Ilmi, Mac 2008M)

No comments:
Post a Comment