(Bahagian 3) - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com
Dari imam Ahmad bin Hanbal (katanya):
Dasar ahlus sunnah menurut kami adalah, 4 – Setiap bid’ah adalah kesesatan, 5 – Meninggalkan permusuhan dan tidak bercampur-gaul dengan ahlul ahwa’ (pengikut hawa nafsu). (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, Prinsip 4 & 3,)
Penjelasan/Syarah:
Setiap bid’ah adalah kesesatan, ia adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, dan selainnya. Lihat al-Irwaa’ al-Ghalil, 2455.
Meninggalkan permusuhan dan tidak bercampur-gaul dengan ahlul ahwa’ (pengikut hawa nafsu)
Dalilnya,
“Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan, maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam.” (Surah an-Nisa’, 4: 140)
Syeikh Rasyid Ridha di dalam al-Manaar (5/463) berkata:
“Termasuk dalam ayat ini adalah setiap orang yang mengadakan perkara baru di dalam urusan agama dan setiap mubtadi’ (pelaku bid’ah).” (Lihat Tanbiih Ulil Abshaar, hal. 76)
Di dalam hadis sahih, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Barangsiapa mendengar (keluarnya) dajjal maka hendaklah ia menjauihinya sejauh-jauhnya, kerana akan ada seseorang yang mendatanginya dengan menganggapkan bahawa dirinya seorang yang beriman, dan keadaannya sentiasa demikian sehingga dia mengikuti dajjal disebabkan syubhat-syubhat yang dilhatnya.” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud dan selainnya, lihat juga Shahih al-Jaami’, 6301)
lbnu Baththah berkata mengenai hadis ini:
“Ini adalah perkataan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka takutlah kepada Allah wahai kaum muslimin. Janganlah rasa baik sangka terhadap diri sendiri dan pengetahuan tentang mazhab yang benar itu membawa seseorang di antara kamu kepada hal-hal yang membahayakan agamanya dengan berduduk-duduk bersama sebahagian pengekor hawa nafsu (dan ahli bid’ah) lalu Ia mengatakan: “Aku duduk bersamanya untuk membantahnya atau mengeluarkannya dari mazhabnya. Kerana sesungguhnya mereka itu lebih dahsyat fitnahnya daripada dajjal dan perkataan mereka itu Iebih menusuk berbanding penyakit kudis, dan akan Iebih cepat rnembakar hati daripada api yang berkobar”. Sungguh aku telah melihat sekelompok orang yang dahulunya sentiasa melaknati mereka (pengekor hawa nafsu dan bid’ah) dan mencela mereka di dalam majlis-majiis mereka di dalam rangka mengingkari dan membantah (syubhat dan bid’ah) mereka. Namun di ketika mereka sentiasa duduk bercampur-gaul bersama pengekor hawa nafsu dan bid’ah hingga timbul di dalam hatinya rasa cinta dan cenderung kepada mereka disebabkan betapa halusnya tipu daya dan Iembutnya kekufuran mereka.” (al-Ibaanah, 3/470)
Anas radhiyallahu ‘anhu pernah didatangi oleh seseorang dan berkata padanya:
“Wahai Abu Hamzah, aku menjumpai sebuah kaum yang mendustakan syafa’at dan azab kubur.” Maka beliau katakan: “Mereka adalah para pendusta, maka janganlah kamu bercampur-gaul bersama mereka.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Baththah (2 /448 ) dan sanadnya Ia ba’sa bihi)
Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata: “Janganlah kamu duduk-duduk (bercampur-gaul) bersama pengekor hawa nafsu dan bid’ah kerana perkara itu akan menjadikan hatimu sakit.” (Isnadnya sahih, lihat asy-Syarii’ah (atsar no. 55) dan dikeluarkan pula oleh Ibnu Baththah (619) dari jalan al-Ajurri)
Ibnul Jauzi rahimahullah (merupakan pembesar tabi’in) berkata:
“Sungguh aku berjiran dengan monyet-monyet dan babi-babi lebih aku sukai daripada aku berjiran dengan seseorang dari mereka (yakni ahli ahwa’).” (aI-Laalikaa’i, 231 dengan sanad la ba’sa bihi)
Al-Fudhail bin ‘Iyadh berkata: “Janganlah kamu duduk bersama ahli bid’ah kerana sesungguhnya aku takut kamu ditimpa laknat.”
Pernah ada dua orang dari pengikut hawa nafsu dan bid’ah masuk ke dalam majlis Muhammad bin Sirin, maka keduanya berkata: “Wahai Abu Bakar, mahukah kami bacakan kepadamu sebuah hadis? Jawabnya: “Tidak.” Maka keduanya berkata lagi: “Jika begitu kami bacakan kepadamu sebuah ayat dari kitab AlIah.” Ia jawab: “Tidak, pergilah kamu dariku atau aku yang pergi”. Maka keduanya keluar. Kemudian sebahagian orang bertanya kepadanya: “Wahai Abu Bakar, mengapa engkau enggan mendengar sebuah ayat dari kitab AIIah yang hendak mereka bacakan kepadamu?” Jawabnya: “Sesungguhnya aku takut mereka membacakan kepadaku sebuah ayat lalu ia menyelewengkan (makna)nya sehingga ianya memberi kesan buruk di dalam hatiku.” (Dikeluarkan oleh ad-Daarimi (397) dan al-LaaIikaa’i dengan sanad yang sahih)
Abdur Razaq berkata: “Telah berkata kepadaku Ibrahim bin Abi Yahya, “Aku melihat orang-orang Mu’tazilah banyak di sekitarmu.” Aku jawab: “Betul, mereka mengira bahawa kamu bersama mereka”. Ia berkata: “Tidakkah kamu masuk bersamaku ke dalam warung ini hingga aku berbicara denganmu? Jawabku: “Tidak.” Ia bertanya: “Mengapa?.” Saya katakan: “Kerana hati itu lemah dan (urusan) agama itu bukan bagi orang yang menang.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Baththah (401) dan aI-Laalikaa’i (249) dengan sanad yang sahih)
Mubasysyir bin Isma’iI al-Halabi berkata: Pernah dikatakan kepada aI-Auza’i:
“Sesungguhnya ada seseorang mengatakan: “Aku duduk bersama Ahlus Sunnah dan ahli bid’ah.” Maka al-Auza’i mengulas: “Sesunguhnya orang ini hendak menyamakan di antara yang haq dengan yang bathil.” (Al-Ibaanah (2/456))
AhIi bid’ah dan ahli ahwa’ memiliki tanda-tanda yang dengannya mereka dapat dikenali. Di antaranya adalah:
A. Mencela Ahlul Atsar (AhIus Sunnah)
Abu Hatim ar-Raazi berkata: “Tanda ahli bid’ah adalah mencela AhIuI Atsar.” (Lihat Aqidah Abi Hatim ar-Raazi, hal. 69)
B. Sangat memusuhi Ahlul Hadis dan berdiam diri terhadap orang-orang yang sesat dan menyimpang.
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda menjelaskan sifat mereka:
“Mereka membunuh orang-orang muslim dan membiarkan (hidup) para penyembah berhala.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (13/416) di dalam Fathul Baari dan Muslim (1064))
Abu Utsman ash-Shabuni (wafat pada tahun 449H) berkata: “Dan tanda bid’ah dan ahli bid’ah itu dapat dilihat dengan jelas. Tanda-tandanya yang paling jelas adalah sangat memusuhi dan menghinakan para pembawa akhbar (hadits-hadits) Nabi dan memanggil mereka (ahlul hadis) sebagai orang-orang hina, bodoh, dzhahiriyyah (orang yang memahami dalail-dalil syar’i secara tekstual) dan musyabbihah (orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya). Mereka meyakini bahawa hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alahi wa Sallam jauh dari ilmu, dan ilmu itu adalah apa-apa yang dilontarkan syaitan kepada mereka seperti falsafah pemikiran mereka yang rosak, bisikan-bisikan hati rnereka yang jahat dan gelap, hal-hal yang terlintas di dalam hati mereka yang kosong dari kebaikan dan hujjah-hujjah mereka yang tidak berguna. Mereka adalah orang-orang yang dilaknat oleh Allah.” (Lihat Aqidah Ashhabil Hadis, hal. 102)
Al-Hakim meriwayatkan dengan isnad yang sahih dari Ahmad bin Sinan al-Qaththan, ia berkata: “Di dunia ini tiada seorang pun pelaku bid’ah melainkan ia membenci Ahlul Hadis. Apabila seseorang melakukan bid’ah, maka rasa manisnya hadis telah dicabut dari dalam hatinya.” (Aqidah Ashhabil Hadis, hal. 103)
Abu Nashr al-Faqih berkata: “Tiada sesuatu yang lebih berat dan lebih dibenci oleh orang-orang yang mulhid (berpaling dari agama Allah) daripada mendengarkan hadis dan meriwayatkannya dengan sanadnya.” (Aqidah Ashhabil Hadis, hal. 104)
Abu Utsman ash-Shabuni juga mengatakan: “Aku melihat ahli bid’ah dalam memberikan laqob (gelaran/julukan) nama-nama itersebut terhadap Ahlus Sunnah adalah sebenarnya menuruti jejak kaum musyrikin dalam bersikap terhadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mereka terbahagi kepada beberapa kelompok dalam menggelari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, ada di antara mereka yang menggelarkan beliau sebagal tukang sihir, dukun, penyair, orang gila, orang yang terfitnah dan ada pula yang memanggilnya sebagai pendusta. Sedangkan Nabi sendiri jauh dan berlepas diri dari aib-aib tersebut. Beliau tiada lain hanyalah seorang Rasul dan Nabi yang terpilih. Allah berfirman:
“Lihatlah bagaimana mereka membuat perumpamaan-perumpamaan terhadapmu, kerana itu mereka menjadi sesat dan tidak dapat lagi menemui jalan (yang benar).” (Surah al-lsraa’, 17: 48)
Demikianlah dengan ahlul bid’ah (semoga Allah menghinakan mereka) mereka terbahagi kepada beberapa kelompok dalam memberikan gelaran terhadap para pembawa berita-berita dan atsar-atsar Rasulullah dan para perawi hadis nabi yang sentiasa mengikutinya dan berpetunjuk dengan sunnahnya. Maka di antara mereka (ahlul bid’ah) ada yang menggelarkan kelompok Ahlus Sunnah dengan nama hasyawiyah (orang hina/jalanan) dan ada pula yang menggelarkan dengan gelaran musyabbihah (golongan yang menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk-Nya). Sernentara Ahlul Hadis sentiasa terjaga, berlepas diri dan bersih dari aib-aib tersebut. Mereka tiada lain adalah Ahlus Sunnah yang terang benderang, orang-orang yang riwayat hidupnya diredhai, jalannya lurus dan hujjah-hujjahnya kuat. Allah telah memberikan taufiq-Nya kepada mereka untuk sentiasa mengikuti Kitab-Nya, wahyu-Nya dan perintah-Nya, dan agar sentiasa berqudwah (mengikut) petunjuk Rasul-Nya berdasarkan hadis-hadisnya. Dan Allah juga telah menolong mereka di dalam berpegang teguh dengan sirah Nabi-Nya dan meniti di atas Sunnahnya. Dia telah melapangkan dada-dada mereka untuk mencintai para imam syari’atnya dan para ulama umatnya. Barangsiapa mencintai sesuatu kaum, maka dia (dibangkitkan) bersama mereka pada hari kiamat...” (Aqidah Ashhabil Hadis, hal. 105)
C. Meminta tolong kepada para pemimpin dan penguasa (untuk menghancurkan para pendukung kebenaran)
Disebabkan hujjah dan mazhab ahlul bid’ah yang lemah serta tipu daya mereka yang sedikit, maka mereka meminta bantuan para pemimpin dan penguasa di dalam menolong dakwah mereka, kerana di dalamnya terdapat seakan-akan suatu jenis tindakan berbentuk pemaksaan dan ancaman lantaran rasa takut kepada para pemimpin/penguasa di dalam menghukum orang yang enggan taat, sama ada dengan ancaman penjara, sebatan ataupun pembunuhan. Sebagaimana yang dilakukan oleh Bisyr Al-Mirrisi di zaman khalifah al-Ma’mun dan Ahmad bin Abi Duad di masa khilafah al-Watsiq. Mereka mencipta mazhab-mazhab (baru) yang tidak diketahui/dikenali di dalam syari’at untuk umat manusia. Mereka dipaksa mengikuti mazhab-mazhab tersebut secara rela mahupun terpaksa sehingga penyakit (bid’ah) itu menyebar-luas ke dalam masyarakat dan menjadi kukuh dalam jangka waktu yang panjang.
Ahlul bid’ah apabila dakwahnya tidak berjaya dan tidak mendapat sambutan manusia, mereka berusaha bangkit dengan para pemimpin agar lebih mudah untuk diterima. Maka dari itu, banyak orang yang masuk ke dalam dakwah ini kerana kebanyakan mereka jiwanya lemah.” (Lihat aI-l’tishom, karya lmam asy-Syathibi (1/220))
Bukanlah suatu perkara yang asing bagi kita, apa yang telah dicatat oleh sejarah berkenaan ujian yang dialami oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan AhIul Haq seluruhnya pada setiap tempat dan zaman.
Imam asy-Syathibi berkata: “Tidakkah kamu lihat ahwal (keadaan-keadaan) ahli bid’ah di zaman tabi’in dan selepasnya? Mereka bergabung/berpakat dengan para penguasa dan berlindung kepada orang-orang berharta. Manakala dari kalangan mereka yang tidak mampu melakukan makar seperti itu, mereka bersembunyi dengan bid’ahnya dan melarikan diri atau menyusup masuk bersama orang-orang di sekelilingnya serta melancarkan tipudayanya dengan cara taqiyyah (melindungi diri dengan kedustaan).” (aI-I’tisham (1/167))
D. Bersungguh-sungguh dan berlebih-Iebihan dalam beribadah
Ahlul bid’ah menambah semangatnya dalam beribadah dengan tujuan memperoleh pengagungan, kedudukan, harta, dan selainnya dari syahwat-syahwat dunia, namun hakikatnya mereka mengagungkan syahwat dunia. Tidakkah kamu melihat para pendita di gereja-gereja terputus dari pelbagai bentuk kelazatan dan tenggelam dalam pelbagai jenis ibadah serta menahan diri dari syahwat. Walaupun begitu perlakuan mereka, mereka kekal di dalarn neraka Jahannam. Allah berfirman:
“Banyak muka pada hari itu tunduk terhina, bekerja keras lagi kepayahan, memasuki api yang sangat panas (neraka).” (Surah al-Ghaasyiyah, 88: 2-4)
Dan firman-Nya pula:
“Katakanlah: “Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya’.” (aI-Kahfi, 18: 103-104)
Hal itu tiada lain disebabkan sesuatu perasaan ringan yang mereka perolehi dalam beriltizam dengan ibadah dan rasa giat yang menyusup ke dalam diri mereka. Sehingga mereka menganggap mudah sesuatu yang sulit disebabkan hawa nafsu yang merasuki jiwa mereka. Maka apabila terlihat bagi seorang mubtadi’ (pelaku bid’ah) suatu kewajiban dan ia memandangnya sebagai sesuatu yang dicintainya, maka gerangan apakah yang menghalanginya dari berpegang teguh dengannya dan menambah semangat dalam mengerkannya? Sedangkan mereka sendiri menganggap bahawa perbuatan-perbuatannya itu lebih utama daripada perbuatan-perbuatan selainnya dan keyakinan-keyakinannya Iebih tepat dan lebih tinggi.
“Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.” (Surah al-Muddatstsir, 74 : 311)
Perlu kita ketahui bahawa sebahagian orang tertipu dengan ahlul bid’ah disebabkan kezuhudan dan kekhusyu’kan serta tangisan atau selainnya berdasarkan banyaknya ibadah yang mereka lihat pada mereka. Akan tetapi perkara tersebut bukanlah suatu meter ukuran yang benar/tepat dalam menilai sesuatu kebenaran. Nabi telah bersabda kepada para sahabatnya, menyebutkan sebahagian sifat ahlul bid’ah:
“Salah seorang di antara kamu merasa hina solatnya dibandingkan dengan solat mereka (ahlul bid’ah/khawarij) dan puasanya dibanding puasa mereka...”
Telah diriwayatkan dari al-Auzaa’i, ia berkata: “Telah sampai kepadaku, bahawa barangsiapa yang mereka-cipta bid’ah yang sesat maka syaitan akan menjadikannya cinta beribadah dan meletakkan pada dirinya rasa khusyu’ dan menangis agar Ia dapat memburunya.”
Tanda-tanda Ahlus Sunnah yang paling jelas adalah:
Apa yang dikatakan oleh Abu Utsman ash-Shabuni:
“Salah satu tanda-tanda Ahlus Sunnah adalah kecintaan mereka kepada imam-imam, ulama-ulama, para penolong dan pembela sunnah. Dan kebencian mereka kepada imam-imam bid’ah (aktivis bid’ah) yang menyeru ke dalam api neraka dan menjerumuskan kawan-kawannya ke dalam tempat kehancuran. Allah telah menghiasi dan menerangi hati-hati Ahlus Sunnah dengan kecintaan kepada ulama-ulama Sunnah sebagai kurnia dari-Nya.” (Aqidah Ashhabil Hadis, hal. 107)
Dinukil dan disunting dari:
Kitab Ushulus Sunnah, oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Tahqiq/Syarah Walid bin Muhammad Nubaih, m/s. 48-56. (Edisi Terjemahan: Terbitan Pustaka Darul Ilmi, Mac 2008M)
tuan, mohon semakan terhadap kata2 tuan ini:
ReplyDelete"
Ibnul Jauzi rahimahullah (merupakan pembesar tabi’in) berkata:
“Sungguh aku berjiran dengan monyet-monyet dan babi-babi lebih aku sukai daripada aku berjiran dengan seseorang dari mereka (yakni ahli ahwa’).” (aI-Laalikaa’i, 231 dengan sanad la ba’sa bihi)".
saya tak jumpa kata2 ini dlm sharh iktikad oleh al-lalikai, dan setahu saya ibnul jauzi bukan tabi'in. tak tahulah kot ada ibnul jauzi lain daripada kalangan tabiin, mohon tunjuk ajar.
Terima kasih di atas keperihatinan saudara.
ReplyDeleteSaya dh semak, edisi terjemahan mmg kata mcm tu.
Tapi insyaAllah saya akan semak juga dengan edisi arabnya. Sebab mmg ada nampak kesilapan di situ.