Saturday, February 9, 2008

040 - Permasalahan Maksud “Tangan Allah di atas tangan mereka”

Permasalahan Maksud “Tangan Allah di atas tangan mereka”

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ

“Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka.” (al-Fath 48: 10)

Perlu difahami bahawasanya, ayat di atas terdiri dari dua kalimat:

Pertama, kalimat:

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ

Para ulama ahlus Sunnah memahami ayat ini menurut zahir dan hakikatnya. Ayat ini sangat jelas menunjukkan bahawa para sahabat membai’at (sumpah setia) Rasulullah secara langsung, sebagaimana dijelaskan dalam firman-Nya yang lain:

“Sesungguhnya Allah telah redha kepada orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawh pohon.” (al-Fath 48: 18)

Tidak mungkin ada orang memahami firman Allah: “إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ” dengan pengertian bahawa para sahabat membai’at Allah secara langsung, dan menganggap hal itu sebagai zahir ayat tersebut, kerana pemahaman seperti itu bertentangan dengan awal ayat tersebut dan kenyataan yang terjadi. Apalagi hal itu mustahil terjadi pada diri Allah Ta’ala. Maksud ayat yang sebenarnya adalah Allah menjadikan bai’at para sahabat kepada Nabi sebagai bai’at mereka kepada Allah, kerana mereka mambai’at Rasulullah untuk berjihad di jalan Allah. Bai’at para sahabat kepada Rasul untuk berjihad di jalan Dzat yang mengutusnya sama saja dengan mereka membai’at Dzat yang mengutusnya. Ini sama hal-nya dalam masalah ketaatan. Taat kepada Rasul sama saja dengan taat kepada Dzat yang mengutusnya, dengan dasar firman allah Ta’ala:

“Barangsiapa yang mentaati Rasul, sesungguhnya ia telah mentaati Allah.” (an-Nisa’ 4: 80)

Bai’at mereka kepada Rasulullah dinisbatkan kepada Allah dimaksudkan untuk memuliakan Rasulullah dan memberi dukungan moral kepada Nabi-Nya; di samping untuk menguatkan dan mengangungkan kedudukan bai’at serta mengangkat kedudukan orang yang berbai’at. Hal ini adalah sesuatu yang telah jelas sekali.

Kedua:

يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ

Para ulama ahlus Sunnah juga memahami perkataan ini menurut zahir dan erti hakikatnya. Tangan Allah Ta’ala dikatakan berada di atas tangan orang-orang yang berbai’at. Ini tidak ada keganjilan, kerana tangan termasuk sifat Dzatiyah Allah, sedangkan Allah berada di atas mereka, bersemayam di atas ‘Arsy, sehingga jelas kalau tangan Allah berada di atas tangan mereka. Pemahaman seperti ini adalah zahir ayat tersebut dan erti hakikatnya. Hal ini dimaksudkan untuk menegaskan bahawa bai’at terhadap Nabi adalah juga bai’at kepada Allah Ta’ala. Bai’at mereka kepada Allah tidak mengharuskan adanya persentuhan antara tangan Allah dengan tangan mereka. Bukankah kita biasa mendengar perkataan, “Langit berada di atas kita” padahal langit terpisah jauh dari kita. Jadi, tangan Allah di atas tangan orang yang berbai’at kepada Nabi harus difahami bahawa tangan Allah tidak bersentuhan dengan tangan mereka, tinggi dan jauh di atas makhluk-Nya. Begitu juga, tidak boleh seorang memahami maksud tangan Allah dalam firman Allah: “يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ” adalah tangan Nabi, lalu dianggap sebagai zahir perkataan tersebut. Kerana Allah menisbatkan tangan dalam ayat tersebut kepada diri-Nya dan menyebutkan bahawa tangan-Nya itu di atas tangan mereka. Padahal, tangan Nabi ketika dibai’at oleh para sahabatnya tidak berada di atas tangan mereka. Beliau menghulurkan tangan kepada mereka dan mereka memegang tangan beliau, seperti bersalaman kepada mereka. Jadi tangan Nabi bersentuhan dengan tangan mereka, bukan di atas tangan mereka.

11 comments:

  1. Salam saudara,

    harap saudara boleh membicarakan dengan lebih lanjut sumber2 yg saudara gunakan bagi menghuraikan masalah "tangan Allah" ini. Saya perlu memahami dengan mendalam supaya dapat saya nilai, dan insyaAllah dapat saya jadikan hujjah jika ditanya mengenai perkara ini kelak.

    Harap saudara boleh emailkan huraian saudara kepada saya di goodzille@yahoo.com.
    Oh, by the way (maaf lambat memperkenalkan diri) Nama saya Amir, sekarang bermastautin di West Lafayette, Indiana, pelajar di Purdue University dalam bidang Kejuruteraan. Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  2. content,a udah bagus, t.kasih untuk penjelasan, tapi lebih enak dibaca visiot kalo anda mengubah background blog anda kepada yang lebih terang.. :)

    ReplyDelete
  3. Mazhab salaf tidak pernah mencarikan tangan Allah scr hakiki melainkan mengimaninya dan menyerahkan maksud tangan Allah tsb...

    ReplyDelete
  4. Tangan Allah takwilnya Tangan bermaksud kuasa. Sesungguhnya Allah itu Maha berkuasa. Tangan Allah diatas tangan mereka maksud nya Kuasa Allah (mengatasi segalanya) diatas kuasa yg mereka pikirkan mereka punya kuasa sedangkan kuasa mereka itu cuma terkesan Wujud Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah membenarkan ayat ALLAH itu merupakan fitnah kpd ALLAH?
      Kaedah yang dipegang oleh para ahli sunnah waljamaah Salafussoleh dan menetapkan (ithbat) keseluruhan sifat Allah Subhanahu Wa Ta'ala tanpa takyif (menjelaskan bagaimana), tanpa tasybih (menyamakan dengan makhluk), tanpa ta'til (menafikan), tanpa tahrif (menyelewengkan maksud) dan sebagainya. Tak perlu takwil ayat makna ayat dgn mendalam kerana sifat Allah adalah sesuai dengan kebesaranNya.

      Delete
  5. Ayat pertama Sesungguhnya mereka telah berjanji setia zahirnya dihadapan Rasullullah dan hakikatnya sebenarnya dgn Allah.

    ReplyDelete
  6. Add my knowledge.. Thankyou

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.

    Sy pernah bermimpi bertemu dengan Allah swt. Selepas disarankn bertawasul terus kpd Allah Oleh seorg perubat Islam.

    Suasana mimpi gelap gelita. Tapi sy dpt merasakan kehadiran & keagungan Allah taala. Sy tertunduk. Lalu sy diarahkan mengucapkan shadah. Ketika itu sy dpt merasa atas tangan sy disentuh tangan Allah. Seolah sy sedang berbaiat.

    Lama sy pendam mimpi sampai lah pada suatu hari sy duduk d surau mendengar taklim yg dibaca mengenai ayat tangan Allah di atas tangan mrk. Sy kemudian berkongsi mimpi sy tu pada ustaz yg kebetulan mengajar malam tu.

    Ustaz F mengajak sy untuk join kelas exclusive kitab hikam. Sy pun join & dlm pengajian Ustaz F banyak menekankn kepentingan utk belajar kitab sifat 20. Kalu kita percaya Allah ada tangan jatuh haram & blh jadi kafir.

    Apa pendapat tuan tentang mimpi sy? Adakah ia hanya mainan syaitan?

    Jzkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah tidak enyerupai makhluknya, dalam bentuk Apapun, tangan Allah tdk seperti tangan Manusia...

      Wajah Allah tidak seperti wajah manusia

      Laisa kamislihi syaiun

      Delete
    2. Betul. Kalau nak disamakan macam tangan makhluk kenapa mesti manusia sedangkan banyak lagi makhluk ciptaan Allah hebat anggotanya.Hahaha...bebal punya bandingan.

      Delete