MENGATUR CINTA DAN TAAT (AL-WALA’) DAN
BAGAIMANA MELEPAS KEBENCIAN (AL-BARA’)
1 - DEFINISI AL-WALA’ WAL BARA’
al-Wala’ adalah kata masdar dari fi’il “waliya” yang ertinya dekat. Yang dimaksudkan dengan wala’ di sini adalah dekat kepada kaum muslimin dengan mencintai mereka, membantu dan menolong mereka atas musuh-musuh mereka dan bertempat tinggal bersama mereka.
Manakala al-bara’ adalah masdar dari bara’ah yang bererti memutus atau memotong. “برى القلم” ertinya memotong pena. Maksudnya di sini adalah memutuskan hubungan atau ikatan hati dengan orang-orang kafir, sehingga tidak lagi mencintai mereka, membantu dan menolong mereka serta tidak tinggal bersama mereka.
2 - KEDUDUKAN AL-WALA’ WAL BARA’ DALAM ISLAM
Di antara hak tauhid adalah mencintai ahlinya iaitu para muwahhidin, serta memutuskan hubungan dengan para musuhnya iaitu kaum musyrikin. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ (٥٥)وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ
Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang. (al-Ma’idah 5: 55-56)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai pemimpin-pemimpin-mu, kerana sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain; Dan sesiapa di antara kamu yang megambil mereka menjadi pemimpinnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. (al-Ma’idah 5: 51)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuh kamu menjadi teman-teman setia... (al-Mumtahanah 60: 1)
وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ إِلا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ
Dan orang-orang yang kafir, sebahagian mereka menjadi pelindung (pembela) bagi sebahagian yang lain. Jika kamu (Wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan Yang besar. (al-Anfal 8: 73)
لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الإيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Kamu tidak akan dapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Merekalah kelompok (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya kelompok (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. (al-Mujadilah 58: 22)
Dari ayat-ayat di atas jelaslah tentang kewajiban melahirkan kecintaan kepada sesama mukmin, dan memusuhi orang-orang kafir; serta kewajiban menjelaskan bahawa kecintaan sesama umat Islam adalah kebajikan yang amat besar, dan taat serta mencintai orang-orang kafir adalah bahaya besar.
Kedudukan al-wala’ wal bara’ dalam Islam sangatlah tinggi, kerana ia merupakan tali iman yang paling kuat. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

أوثق عرى الإيمان الحب في الله والبغض فى الله
“Tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana allah dan benci kerana Allah.” (Hadis Riwayat Ibnu Jabir)
Dan dengan al-wala’ wal bara’-lah kewalian Allah dapat dicapai. Diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu:

من أحب فى الله وأبغض فى الله ووالى فى الله وعادى فى الله فإنما تنا ل ولاية الله بذلك ولن يجد عبد طعم الإ يمان وإن كثرت صلاته وصومه حتى يكون كذلك وقد صارت عامة مؤاخاة الناس على أمر الدنيا وذلك لا يجدي على أهله شيئا
“Sesiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi wala’ (kecintaan, kasih-sayang, dan ketaatan) kerana Allah, dan memusuhi kerana Allah, maka sesungguhnya hanya dengan perkara tersebut kewalian Allah diperolehi. Dan seseorang hamba itu tidak akan merasa lazatnya iman, sekalipun banyak solat dan puasanya, sehingga ia melakukan perkara tersebut. Dan telah menjadi umum (lumrah) persaudaraan manusia berdasarkan kepentingan duniawi, yang demikian itu tidaklah bermanfaat sedikit pun bagi para pelakunya.” (Hadis Riwayat at-Thabrani dalam al-Kabir)
Maka jelaslah bahawa menjalin wala’ (kecintaan) dan ukhuwah selain kerana Allah tidak ada gunanya di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala.
3 - MUDAHANAH DAN KAITANNYA DENGAN AL-WALA’ WAL BARA’
Mudahanah ertinya berpura-pura, menyerah dan meninggalkan kewajiban amar ma’ruf nahi mungkar serta melalaikan hal tersebut kerana tujuan duniawi atau ambisi peribadi. Maka berbaik hati, bermurah hati atau berteman dengan ahli maksiat ketika mereka berada dalam kemaksiatannya, sementara ia tidak melakukan pengingkaran padahal ia mampu melakukannya maka itulah mudahanah.
Kaitan mudahanah dengan al-wala’ wal bara’ tampak dari erti dan definisi yang kita paparkan tersebut, iaitu meninggalkan pengingkaran terhadap orang-orang yang bermaksiat padahal ia mampu melaksanakannya. Bahkan sebaliknya ia menyerah kepada mereka dan berpura-pura baik kepada mereka. Hal ini bererti meninggalkan cinta kerana Allah dan permusuhan kerana Allah. Bahkan ia semakin memberikan dorongan kepada para penderhaka dan perosak. Maka orang penjilat atau mudahin seperti ini termasuk dalam firman allah s.w.t.:

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (٧٨)كَانُوا لا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ (٧٩)تَرَى كَثِيرًا مِنْهُمْ يَتَوَلَّوْنَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنْفُسُهُمْ أَنْ سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَفِي الْعَذَابِ هُمْ خَالِدُونَ
Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di Dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampaui batas. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan pelampauan batas), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan. Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buru apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka). (al-Ma’idah 5: 78-80)
4 - MUDARAH SERTA PENGARUHNYA TERHADAP AL-WALA’ WAL BARA’
Mudarah adalah menghindari mafsadah (kerosakan) dan kejahatan dengan ucapan yang lembut atau meninggalkan kekerasan dan sikap kasar, atau berpaling pergi (menjauhi) orang-orang yang melakukan kejahatan tersebut apabila dibimbangi yang kejahatannya itu akan menjadi lebih besar dan buruk.

شركم من اتقاه الناس خشية من شره
“Sejahat-jahat kamu adalah orang-orang yang ditakuti manusia kerana mereka bimbang akan kejahatannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Dunya)
Daripada 'Aisyah radhiyallahu 'anha bahawasanya seorang lelaki meminta izin masuk menemui Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, lalu berkata, “Dia saudara yang buruk dalam keluarga.” Kemudian ketika orang itu masuk dan menghadap Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, beliau berkata, “Engkau tadi berkata tentang dia seperti apa yang engkau katakan.” Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

إن الله يبغض الفحش والتفحش
“Sesungguhnya Allah membenci ‘fuhsy’ (ucapan keji) dan ‘tafahuhusy’ (berbuat keji).” (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnadnya)
Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah mengambil langkah mudarah dengan orang tersebut ketika dia datang menemui Nabi. Sedangkan orang tersebut adalah orang yang jahat, kerana beliau menginginkan kemaslahatan (kebaikan) dalam agama. Maka keadaan tersebut menunjukkan bahawa mudarah tidak bertentangan dengan al-wala’ wal bara’, sekiranya ia benar-benar dapat dipastikan mengandungi kemaslahatan yang lebih banyak dalam bentuk menolak kejatahan atau menundukkan hatinya atau memperkecil dan memperingankan kejahatan.
Ini adalah salah satu kaedah dalam berdakwah atas jalan Allah. Termasuk di dalamnya adalah mudarah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam terhadap orang-orang munafik kerana khuwatir akan kejatahan mereka dan untuk menundukkan hati mereka dan orang lain.
5 – BEBERAPA CONTOH TENTANG SETIA DAN MEMUSUHI KERANA ALLAH
- Sikap Nabi Ibrahim a.s. dan pengikutnya terhadap kaumnya yang kafir. Allah berfirman:

قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَآءُ مِنْكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاءُ أَبَدًا حَتَّى تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ
Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: “Sesungguhnya kami berlepas diri dari kamu dan dari apa yang kamu sembah selain allah, kami ingkari (kekafiran) mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah sahaja”. (al-Mumtahanah 60: 4)
Imam Ibnu Katheer berkata, “Allah s.w.t. berkata kepada hamba-hamba-Nya yang mukmin yang diperintahkan-Nya untuk meemrangi, memusuhi dan menjauhi orang-orang kafir, Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia”, maksudnya adalah pengikut-pengikut-nya yang mukmin.
“Ketika mereka berkata kepada kaum mereka, “Sesunggugnya kami berlepas diri dari kamu dan dari apa yang kamu sembah selain Allah,” maksudnya, kami melepaskan diri dari kalian dan dari tuhan-tuhan yang kalian sembah selain Allah.
“Kami ingkari (kekafiran) mu”, maksudnya dien-mu dan jalan-mu.
“Dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya”, maksudnya telah disyari’atkan permusuhan dan kebencian (mulai dari sekarang) antara kami dan kalian selama kalaian tetap kafir. Maka selamanya kami berlepas diri dari kalian serta membenci kalian.
“Sampai kamu beriman kepada Allah saja”, maksudnya sampai kalian mentauhidkan Allah semata, tanpa syirik dan membuang semua tuhan yang kalian sembah bersama-Nya. (Saduran dari Tafsir Ibnu Kafir)
Maka ayat tersebut menunjukkan bahawa al-Wala’ wal bara’ adalah ajaran Nabi Ibrahim, yang kita diperintahkan untuk mengikutinya. Allah menceritakan hal tersebut agar kita mencontohinya. Dia berfirman, “Telah terdapat bagimu teladan yang baik.” Dan pada penutup ayat, Allah s.w.t. berfirman:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيهِمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَمَنْ يَتَوَلَّ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ
Demi sesungguhnya! adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat. dan sesiapa Yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana Sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (al-Mumtahanah 60: 6)
- Sikap Orang-Orang Ansar r.a. Terhadap Saudara-Saudara Dari Kaum Muhajirin. Allah s.w.t.:

وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالإيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula Dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (al-Hasyr 59: 9)
Maksudnya, orang-orang yang tinggal di Darul Hijrah, iaitu Madinah, sebelum kaum Muhajirin, dan kebanyakan mereka beriman sebelum Muhajirin, mereka mencintai dan menyayangi orang-orang yang berhijrah kepada mereka, kerana kemuliaan dan keagungan jiwa mereka, dengan membahagikan harta benda mereka tanpa merasa iri terhadap keutamaan yang diberikan kepada Muhajirin daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka sendiri juga sangat memerlukan.
Ini adalah puncak itsar (mengutamakan saudara) dan wala’ kepada Allah terhadap para penolong Rasulullah s.a.w.
- Sikap Abdullah Bin Ubay Bin Salul Terhadap Kemunafikan Ayahnya Yang Berkata Dalam Salah Satu Pertempuran

يَقُولُونَ لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الأعَزُّ مِنْهَا الأذَلَّ وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لا يَعْلَمُونَ
Sesungguhnya! jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang Yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang Yang hina lagi lemah (pihak Islam). (al-Munafiqun 63: 8)
Dia menginginkan al-a’azzu (orang yang kuat) adalah dirinya sedangkan al-adzallu (yang lemah) adalah Rasulullah s.a.w. Ia mengancam akan mengusir Rasulullah s.a.w. dari Madinah. Maka ketika hal itu didengar oleh anaknya, Abdullah, seorang mukmin yang taat dan jujur, dan dia mendengar bahawa Rasulullah s.a.w. ingin membunuh ayahnya yang mengucapkan kata-kata penghinaan tersebut, juga kata-kata lainnya, maka Abdullah menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata, “Wahai Rasulullah, saya mendengar bahawa anda ingin membunuh Abdullah bin Ubai, ayah saya. Jika anda benar-benar ingin melakukannya, maka saya bersedia membawa kepalanya kepada anda”. Maka Rasulullah s.a.w bersabda, “Bahkan kita akan bergaul dan bersikap baik kepadanya selama dia tinggal bersama kita.”
Maka tatkala Rasulullah s.a.w. dan para sahabat kembali pulang ke Madinah, Abdullag bin Abdullah berdiri menghadang di pintu kota madinah dengan menghunus pedangnya. Orang-orang pun berjalan melewatinya. Maka ketika ayahnya lewat (melalui), ia ia berkata kepada ayahnya, “Mundur!” Ayahnya bertanya kehairanan, “Ada apa ini, jangan kurang ajar kamu!” Maka ia menjawab, “Demi Allah, jangan melewati tempat ini sebelum Rasulullah mengizinkanmu, kerana beliau adalah al-Aziz (yang mulia) dan engkau adalah adz-Dzail (yang hina).” Maka ketika Rasulullah s.a.w. datang padahal beliau berada di pasukan bahagian belakang, abdullah bin Ubay mengadukan anaknya kepada beliau. Anaknya, Abdullah berkata, “Demi Allah wahai Rasulullah s.a.w., dia tidak boleh memasuki kota sebelum anda mengizinkannya.” Maka Rasulullah s.a.w. pun mengizinkannya, lalu abdullah berkata, “Kerana Rasulullah s.a.w. mengizinkan maka lalulah sekarang.” (Disebutkan oleh Ibnu Katsir dalam tafsirnya tentang ayat di atas)
6 – MENYAYANGI DAN MEMUSUHI PARA AHLI MAKSIAT
Penjelasan di atas adalah tentang pemberian wala’ kepada sesama mukmin sejati dan permusuhan kepada kafir sejati. Adapun golongan ketiga iaitu orang mukmin yang banyak melakukan dosa besar, pada dirinya terdapat iman dan kefasikan, atau iman dan kufur kecil yang tidak sampai pada tingkat murtad. Bagaimana hukumnya dalam hal ini?
Jawabannya adalah orang itu terdapat hak muwalah (diberi wala’) dan mu’adah (dimusuhi). Dia disayangi kerana imannya, dan dimusuhi kerana kemaksiatannya dengan tetap memberikan nasihat untuknya; memerintahnya pada kebaikan, melarangnya dari kemungkaran dan mengucilkannya (meminggirkannya) bilamana pengucilan itu memang membuatnya jera (serik) dan malu.
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Apabila berkumpul pada diri seseorang itu kebaikan dan kejahatan, ketakutan dan kemaksiatan, atau sunnah dan bid’ah, maka dia berhak mendapatkan permusuhan dan siksa sesuai dengan kadar kejahatan yang ada padanya. Maka berkumpullah pada diri orang tersebut hal-hal yang mewajibkan pemuliaan dan mengharuskan pernghinaan. Maka dia berhak mendapatkan ini dan itu. Seperti pencuri miskin; dia dipotong tangannya kerana mencuri, lalu ia diberi harta dari baitul mal yang boleh mencukupinya. Inilah hukum asal yang disepakati oleh ahlus sunnah wal jama’ah, berbeza dengan Khawarij, Muktazilah, dan orang-orang yang sefahaman dengan mereka. Mereka hanya mengelompokkan manusia dalam dua golongan: orang-orang yang dapat pahala sahaja atau mendapat siksa sahaja.” (Lihat Majmu’ Fatwa, 23/209-210) Ini sangatlah jelas bagi masalah yang sangat penting ini.
7 – MENYAMBUT DAN IKUT MERAYAKAN HARI RAYA ATAU PESTA ORANG-ORANG KAFIR SERTA BERLANGSUNGKAWA DALAM HARI DUKA MEREKA
- Hukum Menyambut Dan Bergembira Dengan Hari Raya Mereka
Sesungguhnya di antara konsekuensi terpenting dari sikap membenci orang-orang kafir ialah menjauhi ibadah mereka. Sedangkan syi’ar mereka yang paling besar adalah hari raya mereka, baik yang berkaitan dengan tempat mahupun waktu. Maka orang Islam berkewajiban menjauhi dan meninggalkannya.
Ada seorang lelaki yang datang kepada baginda Rasulullah s.a.w. untuk meminta fatwa kerana ia telah bernadzar memotong (menyembelih) haiwan di Buwanah (nama tempat), maka Nabi s.a.w. menyatakan kepadanya:

هل كان فيها وثن من أوثان الجا هليه يعبد قال: لا، قال: هل كان فيها عيد من أعيادهم قال: لا، قال النبي صلى الله عليه وسلم أوف بنذرك – وفإنه لاوفاء لنذر في معصية الله ولافيما لايملكه ابن ادم
“Apakah di sana ada berhala dari berhala-berhala jahiliyah yang disembah?” Dia menjawab, “Tidak”. Beliau bertanya, “Apakah di sana tempat dilaksanakannya hari raya dari hari-hari raya mereka?” Dia menjawab, “Tidak”. Maka Nabi bersabda, “Tepatilah nadzarmu, kerana sesungguhnya tidak boleh melaksanakan nadzar dalam maksiat terhadap Allah dalam hal yang tidak dimiliki oleh anak adam.” (Hadis Riwayat Abu Daud dengan sanad yang menepati syarat Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas menunjukkan, tidak boleh menyembelih untuk Allah di tempat yang digunakan menyembelih untuk selain Allah; atau di tempat orang-orang kafir merayakan pesta atau perayaan mereka. Sebab hal itu bererti mengikuti mereka dan menolong mereka di dalam mengagungkan syi’ar-syi’ar mereka atau menjadi wasilah yang menghantarkan kepada syirik. Begitu pula ikut merayakan hari raya (hari kebesaran) mereka menunjukkan sikap wala’ kepada mereka dan mendukung mereka dalam menghidupkan syi’ar-syi’ar mereka.
Di antara yang dilarang adalah menampakkan rasa gembira pada hari raya mereka, membantu perayaan mereka, memasak makanan sehubungan dengan hari perayaan mereka. Dan di antaranya lagi ialah mempergunakan kalendar Masehi, kerana hal itu menghidupkan kenangan terhadap hari Natal bagi mereka. Kerana itu para sahabat menggunakan kalendar Hijriyah sebagai gantinya.
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah berkata di dalam Iqtida’ Shiratal Mustaqim (ditahqiq oleh Prof. Dr. Nashir al-‘Aql), 1/425-426, “Ikut merayakan hari-hari besar mereka tidak diperbolehkan kerana dua alasan:
Pertama: Bersifat umum, seperti yang telah dikemukakan di atas bahawa hal tersebut bererti mengikuti Ahli Kitab, yang tidak ada dalam ajaran kita dan tidak ada dalam kebiasaan salaf. Mengikutinya bererti membawa kerosakan dan meninggalkannya terdapat maslahah menyelisihi mereka. Bahkan seandainya kesamaan yang kita lakukan merupakan sesuatu ketetapan semata, bukan kerana mengambilnya dari mereka, tentu yang disyari’atkan adalah menyelisihinya telah diisyaratkan di atas. Maka barangsiapa mengikuti mereka, dia telah kehilangan maslahah ini sekali pun tidak melakukan mafsadah (kerosakan) apa pun, terlebih lagi kalau dia melakukannya.
Alasan kedua: Kerana hal itu adalah bid’ah yang diada-adakan. Alasan ini jelas menunjukkan bahawa sangat dibenci hukumnya menyerupai mereka dalam hal itu.”
Beliau mengatakan, “Tidak halal bagi kaum muslimin bertasyabbuh (menyerupai) mereka dalam hal-hal yang khusus bagi hari raya mereka; seperti makanan, pakaian, mandi, menyalakan lilin, meliburkan kebiasaan seperti bekerja dan beribadah atau pun yang lainnya. Tidak halal mengadakan kenduri atau memberi hadiah atau menjual barang-barang yang diperlukan untuk hari raya tersebut. Tidak halal mengizinkan anak-anak atau pun yang lainnya melakukan permainan pada hari itu, juga tidak boleh menampakkan perhiasan. Ringkasnya, tidak boleh melakukan sesuatu yang menjadi ciri-ciri khas dari syi’ar mereka pada hari itu. Hari raya mereka bagi umat Islam haruslah seperti hari-hari biasanya, tidak hal yang istimewa atau khusus yang dilakukan umat Islam. Adapun jika dilakukan hal-hal tersebut oleh umat Islam dengan sengaja maka berbagai golongan dari para salaf dan khalaf menganggapnya makruh. Sedangkan pengkhususan seperti yang tersebut di atas maka tidak ada perbezaan di antara ulama, bahkan sebahagian ulama menganggap kafir orang yang melakukan hal tersebut, kerana dia telah mengagungkan syi’ar-syi’ar kekufuran. Segolongan ulama mengatakan, “Sesiapa yang menyembelih kambing pada hari raya mereka (kerana merayakannya), maka seolah-olah dia menyembelih babi.” Abdullah bin Amr bin Ash berkata, “Sesiapa yang mengikuti negara-negara ‘ajam (non-muslim) dan melakukan perayaan Nairuz (atau Nauruz – pesta tahun baru Iran yang bertepatan dengan tanggal 21 Maret) dan Mihrajan (pesta hari bahagia bila tiba musim luruh) serta menyerupai mereka sampai ia meninggal dunia dan dia belum bertaubat, maka dia akan dikumpulkan bersama mereka pada hari kiamat. (Majmu’ Fatawa, 25/329-330)
- Hukum Ikut Serta Merayakan Pesta, Walimah, Hari Bahagia atau Hari Duka Mereka Dengan Hal-Hal Yang Mubah Serta Berta’ziyah Pada Musibah Mereka
Tidak boleh memberi ucapan selamat (tahni’ah) atau ucapan belasungkawa (ta’ziyah) kepada mereka, kerana hal itu bererti memberikan wala’ dan mahabbah kepada mereka. Juga dikeranakan hal tersebut mengandungi erti pengagungan (penghormatan) terhadap mereka. Maka hal itu diharamkan berdasarkan larangan-lrangan ini. Sebagaimana haram mengucapkan salam terlebih dahulu atau membuka jalan bagi mereka.
Ibnul Qayyim berkata, “Hendaklah behati-hati jangan sampai terjerumus sebagaimana orang-orang bodoh, ke dalam ucapan-ucapan yang menunjukkan redha mereka terhadap agamanya. Seperti ucapan mereka, “Semoga Allah membahagiakan kamu dengan agamamu”, atau “memberkatimu dalam agamamu”, atau berkata, “Semoga Allah memuliakanmu”. Kecuali jika berkata, “Semoga Allah memuliakanmu dengan Islam”, atau yang senada dengan itu. Itu semua tahni’ah dengan perkara-perkara umum. Tetapi jika tahni’ah dengan syi’ar-syi’ar kufur yang khusus milik mereka seperti hari raya dan puasa mereka, dengan mengatakan, “Selamat hari raya Natal” umpamanya atau “Berbahagialah dengan hari raya ini” atau yang senada dengan itu, maka jika yang mengucapkannya selamat dari kekufuran, dia tidak lepas dari maksiat dan keharaman. Sebab itu sama halnya dengan memberikan ucapan selamat terhadap sujud mereka kepada salib; bahkan di sisi Allah hal itu lebih dimurkai daripada memberikan selamat atas perbuatan meminum khamar, membunuh orang atau berzina atau yang seumpamanya. Banyak sekali orang yang terjerumus dalam hal ini tanpa menyedari keburukannya. Maka, barangsiapa yang memberikan ucapan selamat kepada seseorang yang melakukan bid’ah, maksiat, atau pun kekufuran maka dia telah menentang Allah dan mengundang murka Allah. Para ulama wira’i (sangat menjauhi makruh, apalagi haram), mereka sentiasa menghindari tahni’ah kepada para pemimpin zalim atau kepada orang-orang dungu yang diangkat sebagai hakim, qadhi, mufti; demi untuk menghindari murka Allah dan laknat-Nya. (Ahkam Ahli Dzimmah, tahqiq oleh Dr. Subhi Saleh, 1/205-206)
Dari huraian tersebut jelaslah, memberi tahni’ah kepada orang-orang kafir hal-hal yang diperbolehkan (mubah) adalah dilarang jika mengandungi makna yang menunjukkan rela kepada agama mereka. Adapun memberikan tahni’ah atas hari-hari raya mereka atau syi’ar-syi’ar mereka adalah haram hukumnya dan sangat dikhuwatirkan pelakunya jatuh kepada kekufuran.
8 – HUKUM MEMINTA BANTUAN KEPADA ORANG-ORANG KAFIR
DALAM PERNIAGAAN ATAU PEKERJAAN
Allah s.w.t. berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لا يَأْلُونَكُمْ خَبَالا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ
Hai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (Ali Imran 3: 118)
Imam Baghawi dalam tafsirnya menjelaskan, “Janganlah engkau menjadikan orang-orang non-muslim sebagai wali, orang kepercayaan atau orang-orang pilihan, kerana mereka tidak segan-segan melakukan apa-apa yang membahayakanmu.”
Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah mengatakan, “Para peneliti telah mengetahui bahawa orangorang ahli dzimmah dari Yahudi dan Nasrani mengirim berita kepada saudara-saudara seagamanya tentang rahsia-rahsia orang Islam. Di antara bait-bait yang terkenal adalah:

كل العدوات قد ترجى مودتها
إلا عداوة من عاداك فى الدين
إلا عداوة من عاداك فى الدين
“setiap permusuhan dapat diharapkan kasih sayangnya,
Kecuali permusuhan orang yang memusuhi kerana agama.”

Kerana itulah mereka dilarang memegang jabatan yang membawahi orang-orang Islam dalam bidang pekerjaan, bahkan mempekerjakan orang Islam yang kemampuannya masih di bawah orang kafir itu lebih baik dan lebih bermanfaat bagi umat Islam dalam agama dan dunia mereka. Sedikit tapi dari yang halal diberkati Allah, sedangkan banyak tapi dari yang haram dimurkai Allah.” (Majmu’ Fatawa, 28/646)
Dari keterangan tersebut dapat disimpulkan:
1 – Tidak boleh mengangkat orang kafir untuk kedudukan yang membawahi orang-orang Islam, atau yang memungkinkan dia mengetahui rahsia-rahsia umat Islam; misalnya para menteri atau para penasihat, kerana Allah s.w.t. berfirman:
لا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لا يَأْلُونَكُمْ خَبَالا
...janganlah kamu mengambil orang-orang Yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. (Ali Imran 3: 118)
Atau juga diangkat menjadi pegawai pemerintahan di daerah negara Islam.
2 – Diperbolehkan mengupah orang-orang kafir untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan sampingan yang tidak menimbulkan suatu bahaya dalam politik negara Islam, umpamanya menjadi guide (penunjuk jalan), pemborong konstruksi bangunan, projek pembaikan jalan, dan sejenisnya dengan syarat tidak ada orang Islam yang mampu untuk itu. Kerana baginda Nabi s.a.w. dan Abu Bakar r.a. pernah mengupah seorang laki-laki musyrik dari Bani ad-Diil sebagai penunjuk jalan ketika berhijrah ke Madinah. (Hadis Riwayat Bukhari)
DALAM URUSAN PERANG
Dalam masalah ini terdapat perbezaan pendapat di antara para ulama. Dan yang benar adalah diperbolehkan, apabila diperlukan dalam keadaan darurat, juga bila orang yang dimintai pertolongan dari mereka itu dapat dipercaya dalam masalah jihad.
Ibnul Qayyim berkata tentang manfaat perjanjian Hudaibiyah: “Di antaranya, bahawa meminta bantuan kepada orang musyrik yang dapat dipercayai dalam hal jihad adalah diperbolehkan ketika benar-benar diperlukan, dan pada orang musyrik itu juga terdapat maslahah iaitu dia dekat dan mudah untuk bercampur dengan musuh dan dapat mengambil khabar dan rahsia mereka. (Za’dul Ma’ad, 3/301, tahqiq Syu’aib dan Abdul Qadir al-Arnouth)
Juga diperbolehkan ketika dalam keadaan darurat, Imam Zuhry meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. meminta pertolongan kepada orang-orang Yahudi dalam perang Khaibar (Tahun 7H), dan Sofwan bin Umaiyah ikut serta dalam perang Hunain padahal ia pada saat itu musyrik. Termasuk darurat misalnya jumlah orang-orang kafir lebih banyak dan sangat ditakutkan, dengan syarat dia berpandangan baik terhadap kaum muslimin. Adapun jika tidak diperlukan maka tidak diperbolehkan meminta bantuan kepada mereka, kerana orang kafir itu sangatlah dimungkinkan berkhianat dan boleh jadi merekamenjadi senjata makan tuan, oleh kerana buruknya hati mereka. Tetapi yang tampak dari ucapan Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah adalah boleh meminta pertolongan kepada mereka secara mutlak. (Lihat Majmu’ Fatawa, 28/624-643)
9 – MENGUTAMAKAN TINGGAL DAN BEKERJA DI NEGARA KAFIR
Bekerjanya seseorang muslim untuk mengabdi atau melayani orang kafir adalah haram, kerana hal itu bererti penguasaan orang kafir atas orang muslim serta menunjukkan penghinaan. Iqamah atau bertempat tinggal terus menerus di antara orang-orang kafir juga adalah diharamkan. Kerana itu Allah mewajibkan hijrah dari negara kafir menuju negara muslim dan mengancam mereka yang tidak mahu berhijrah tanpa uzur syar’i. Juga mengharamkan seseorang muslim bepergian ke negara kafir kecuali kerana alasan syar’i dan mampu menunjukkan ke-Islamannya, kemudian jika selesai tujuannya maka ia harus segera kembali ke negara Islam.
Adapun pekerjaan seseorang muslim kepada orang kafir yang tidak bersifat melayani seperti menjahit atau membangun tembok dan lain sebagainya dari setiap pekerjaan yang ada dalam tanggungannya, maka hal ini diperbolehkan, kerana tidak ada unsur penghinaan. Hal ini berdasarkan riwayat ali r.a., dia berkata:
“Saya bekerja untuk seorang perempuan Yahudi dengan upah setiap timba air ditukar sebutir kurma. Kemudian saya ceritakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. dan aku bawakan beberapa butir kurma lalu beliau pun memakan sebahagian kurma tersebut bersama saya.” (Hadis Riwayat Bukhari)
“Dan Khabbab bekerja untuk al-‘Ash bin Wa’il di Mekah sedang Nabi s.a.w. mengetahuinya dan beliau pun menyetujuinya.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Hal ini menunjukkan diperbolehkannya pekerjaan serupa ini, kerana ia merupakan aqad tukar-menukar seperti halnya jual beli, tidak mengandungi penghinaan terhadap muslim, tidak menjadikannya sebagai abdi dan tidak bertentangan dengan sifat bara’-nya dari mereka dan dari agama mereka.
Adapun yang mengutamakan bekerja pada orang-orang kafir dan bertempat tinggal (menetap) bersama mereka daripada bekerja dan ber-iqamah di tengah-tengah kaum muslimin, ia memandang kebolehan wala’ kepada mereka dan redha terhadap agama mereka maka tidak syak lagi bahawa hal itu adalah murtad, keluar daripada Islam. Apabila ia melakukan hal yang sedemikian kerana tamak terhadap dunia atau kekayaan yang melimpah di negara mereka dengan perasaan benci kepada agama mereka dan tetap menjaga agamanya, maka hal itu diharamkan dan dikhuwatirkan membawa dampak (kesan) buruk terhadap dirinya, yang akhirnya menjadikannya redha dengan agama mereka.
10 – HUKUM MENIRU KAUM KUFFAR, JENIS-JENIS, DAN KESANNYA
HUKUMNYA
Meniru kaum kuffar dalam hal-hal yang menjadi amalan keagamaan (atau kepercayaan) mereka atau adat mereka adalah haram dan diancam dengan ancaman yang keras, kerana itu merupakan bentuk wala’ kepada mereka. Padahal Rasulullah s.a.w. bersabda:

من تشبه بقوم فهو منهم
“Barangsiapa bertasyabbuh (menyerupai) dengan suatu kaum maka ia termasuk dari mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)
Kemudian keharamannya berbeza-beza menurut mafsadah (kerosakan) yang ditimbulkannya serta kesan-kesan yang disebabkan olehnya.
JENIS-JENISNYA
Meniru dalam hal-hal yang menjadi ciri khas mereka terbahagi menjadi beberapa bahagian; ada yang kufur, ada yang mengarah kepada kekufuran atau kefasikan dan ada yang maksiat biasa.
Bahagian Pertama:
Meniru mereka dalam ajaran atau bahagian dari agama mereka yang batil, seperti mendirikan bangunan di atas kuburan, atau mengkultuskan (mendewakan) sebahagian makhluk dengan menjadikannya sebagai tuhan-tuhan kecil di samping allah dengan beri’tikaf di atas kuburan mereka, atau mentaati mereka dalam penghalalan dan pengharaman, serta menghukumi selain apa yang diwahyukan oleh Allah; ini adalah kufur kepada Allah atau merupakan wasilah yang menghantarkan kepada kekufuran. Rasulullah s.a.w. melaknat orang Yahudi dan Nasrani kerana mereka menjadikan kuburan-kuburan sebagai tempat-tempat ibadah. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لا إِلَهَ إِلا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-tuhan selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan. (at-Taubah 9: 31)
Maka perbuatan mereka menjadikan para pendeta sebagai tuhan selain allah s.w.t. adalah kufur. Sedangkan mendirikan bangunan di atas kuburan adalah penghantar kepada kekufuran.
Bahagian Kedua:
Meniru mereka dalam bid’ah-bid’ah yang mereka adakan dalam agama mereka dalam hari-hari raya mereka yang batil, ini hukumnya adalah haram.
Bahagian Ketiga:
Meniru mereka dalam adat istiadat dan akhlak mereka yang buruk serta budaya mereka yang kotor, juga penampilan mereka yang tercela, seperti mencukur jenggod, mengumbar aurat dan lain sebagainya. Ini adlaah permasalahan yang sangat luas dan semua itu adalah haram hukumnya, termasuk dalam sabda Rasulullah s.a.w., “Siapa yang bertasyabbuh dengan suatu kaum maka ia termasuk golongan itu.”
Kerana menyerupai mereka secara lahir menunjukkan wala’ mereka secara batin.
Adapun hal-hal yang bukan menjadi ciri khas mereka, bahkan merupakan hal-hal milik bersama semua manusia, seperti mempelajari ilmu perindustrian yang sangat bermanfaat, membangun kekuatan dan pertahanan, memanfaatkan apa yang dibolehkan Allah, sebagai contoh perhiasan yang telah dikeluarkan untuk para hamba-Nya, memakan hasil-hasil bumi yang baik; maka semua ini tidak disebut taqlid (meniru), bahkan termasuk ajaran agama kita. Dan pada dasarnya ia adalah milik kita, sedangkan mereka dalam hal ini hanya mengikuti kita. Allah s.w.t. berfirman:

قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ قُلْ هِيَ لِلَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا خَالِصَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Siapakah Yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah Yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda Yang baik lagi halal dari rezeki Yang dikurniakanNya?" katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang Yang beriman (dan juga Yang tidak beriman) Dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang Yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang Yang (mahu) mengetahui. (al-A’raaf 7: 32)
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لا تُظْلَمُونَ
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (al-Anfal 8: 60)
لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ
Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan Kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan Yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (al-Hadid 57: 25)
Allah s.w.t. mengkhabarkan bahawa besi mengandungi banyak daya guna untuk manusia secara umum.
BEBERAPA KESAN NEGATIF TAQLID
1 – Taqlid kepada kuffar mengandungi wala’ kepada mereka, kerana menyerupai mereka dalam lahirnya menunjukkan rasa kecintaan kepada mereka dalam batinnya. Seandainya membenci mereka, tentu tidak mahu menirunya.
2 – Taqlid kepada kuffar menunjukkan kekagumannya kepada mereka dan apa yang ada pada mereka serta ketidaksenangannya kepada ajaran Islam dan penghinaannya kepada orang-orang Islam.
3 – Taqlid kepada kuffar mengandungi makna pengikutan kepada mereka dan peleburan sahsiah (keperibadian) umat Islam serta penghancuran eksistensi mereka.
4 – Taqlid kepada kuffar melemahkan kaum muslimin dan menjadikan mereka bergantung kepada musuh-musuh mereka serta menjadikan mereka malas berproduksi, dan pada akhirnya senang meminta belas kasihan kepada orang-orang kafir, sebagaimana yang terjadi pada saat ini.
5 – Taqlid kepada kuffar bererti ikut membantu mereka dalam menghidupkan dan mengembangkan bid’ah serta kemusyrikan mereka.
6 – Taqlid kepada kuffar merosakkan agama kaum muslimin dengan terciptanya pelbagai bid’ah dengan kurafat yang diambil dari agama kaum kuffar.
11 – BENTUK-BENTUK TAQLID KEPADA KUFFAR YANG BURUK
Iaitu melampaui batas dalam menyenangi dan meminati serta mengambil faedah dalam perkara-perkara yang tidak mengandungi faedah dan manfaat. Sehingga menggunakannya atau mengamalkannya yang mana menjadikan lupa kepada Allah, lalai dari ketaatan kepada-Nya serta lalai dan meninggalkan amala usaha yang berguna bagi dunia dan agama-nya. Mereka melakukan hal ini sebagai akibat dari kekosongan hidup yang dialaminya; hidup tanpa akidah, pegangan dan prinsip, tanpa ibadah, dan tanpa kebajikan yang diusahakan sebagai bekalan di hari kemudian (akhirat). Mereka melakukan kerana terpedaya dan terpengaruh dengan bangsa-bangsa lain yang terus-menerus mengusahakan untuk menjauhkan mereka dari agama Allah dan akhirat mereka. Apa pun yang memalingkan dari agama dan ibadah adalah haram hukumnya, sekali pun bernilai dengan nilai yang tinggi seperti harta kekayaan. Allah telah mengharamkan perbuatan menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang jauh dari akhirat. Allah s.w.t. berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلا أَوْلادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). dan (ingatlah), sesiapa Yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang Yang rugi. (al-Munafiqun 63: 9)
Maka bagaimanakah dengan hal-hal yang tidak bernilai, tidak berharga dan tidak berfaedah? Di antara hal-hal ini adalah sebagai berikut:
1 – Apa yang emreka sebut sebagai dunia seni; seni suara, seni muzik, seni tari, seni drama, dunia teater, dan panggung wayang, serta pusat-pusat perfileman yang banyak didatangi oleh orang-orang yang bingung, jauh dari jalan kebenaran dan jalan yang serius dalam kehidupan.
2 – Bergelut dengan dunia permodelan, penggambaran, fotografi, lukisan dan pembuatan patung-patung dan lain-lain yang seumpamanya.
3 – Banyak di antara pemuda yang hidupnya bersungguh-sungguh dan bermati-matian demi membangunkan beberapa cabang sukan dan permainan. Sehingga ia lupa kepada Allah, lupa ketaatan, menelantarkan solat dan lupa kewajiban-kewajiban lain dalam rumah mahupun sekolah. Semestinya yang lebih pantas (perlu) bagi mereka adalah mengarahkan perhatian pada apa yang baik bagi umat dan tanah airnya serta berjuang untuk mencapai kemaslahatan dunia dan akhirat.
Di antara hal-hal tersebut di atas ada yang diharamkan dalam agama, ada pula yang dibolehkan selagi tidak mengalahkan apa yang lebih bermanfaat daripadanya. Apalagi umat Islam dewasa ini sedang menghadapi pelbagai macam tentangan dari para musuhnya. Tentu yang lebih utama adalah menyusun waktu, strategi, dan kekuatan untuk menghadapi tentangan-tentangan ini, untum memdamkan atau memperkecil pengaruh dan bahayanya. Orang-orang Islam sebenarnya tidak mempunyai waktu yang terluang untuk bersantai dan bersuka ria dengan segala macam hiburan itu. Dan Allah-lah tempat kita meminta segala pertolongan.
12 – SIKAP KAUM MUSLIMIN DAN PERMASALAHANNYA
Di antara sikap wala’ dan mahabbah kerana Allah adalah perlunya seseorang muslim itu mempedulikan urusan masyarakatnya secara umum dan mempedulikan urusan saudaranya sesama muslim secara khusus. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Perumpamaan orang-orang mukmin yang dalam kecintaan, kasih sayang dan kelembutannya adalah bagaikan satu jasad. Manakala suatu anggota tubuhnya mengadu kesakitan, maka sekujur tubuh-nya itu menanggungnya, tidak tidur malam dan demam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ini adalah gambaran masyarakat muslim. Adapun gambaran sikap peribadi muslim adalah seperti yang disabdakan oleh baginda Rasul s.a.w.:
“Orang mukmin satu dengan yang lainnya bagaikan satu bangunan, yang sebahagian menguatkan sebahagian yang lain. Dan beliau merapatkan antara jari-jemarinya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Maka kewajiban kaum muslimin, baik secara individu mahupun kelompok adalah memperhatikan pelbagai permasalahan yang ada di antara mereka, dan permasalahan yang ada antara mereka dengan musuh-musuh mereka, sehingga mereka mahu menjalin ukhuwah Islamiyah. Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:
“... Sebab itu bertaqwalah kepada Allah dan perbaikilah hubungan di antara sesamamu...” (al-Anfal 8: 01)
“sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu...” (al-Hujuraat 49: 10)
Dan hendaklah mereka memperhatikan jihad melawan musuh-musuh mereka. Allah s.w.t. berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang disekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu, dan ketahuilah, bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (at-Taubah 9: 123)
Maksudnya ialah mempersiapkan diri sebelum berjihad dengan menyelesaikan pelbagai permasalahan yang wujud, menyatukan saf barisan, memperbaiki keadaan dan mempersiapkan segala peralatan. Maka, barangsiapa yang tidak mempedulikan permasalahan kaum muslimin, bahkan bersikap pasif, maka hal itu menunjukkan lemahnya iman, atau juga bererti bahawa dia itu munafik yang memberikan wala’ kepada kuffar. Allah s.w.t. berfirman tentang orang-orang munafik:
“Iaitu orang-orang yang menunggu-nunggu (peristiwa) yang akan terjadi pada dirimu (hai orang-orang mukmin). Maka jika terjadi bagimu kemenangan dari Allah mereka berkata: ‘Bukan-kah kami (turut berperang) beserta kamu?’ Dan jika orang-orang kafir mendapat keberuntungan (kemenangan) mereka berkata: ‘Bukankah kami turut memenangkanmu, dan membela kamu dari orang-orang mukmin?’” (an-Nisa’ 4: 141)
Allah s.w.t. menjelaskan bahawa sikap kaum munafik terhadap permasalahan umat Islam adalah pasif, menunggu dan menonton siapa yang menang akan menjadi kawan.
Adapun mukmin yang benar selalu memiliki perwatakan taat, baik dalam ucapannya, amalnya dan kiprahnya dalam masyarakatnya. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Agama itu adalah nasihat (kesetiaan).” Beliau mengucapkan tiga kali. Kami bertanya, “Untuk siapa ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Untuk Allah, untuk Rasul-Nya, untuk para pemimpin kaum muslimin dan kaum muslimin pada umumnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Demikianlah, mudah-mudahan allah s.w.t. memperbaiki keadaan umat Islam dengan meluruskan aqidah mereka, memperbaiki bangsa dan para pemimpin mereka, dan semoga menyatukan hati mereka serta membulatkan tekad mereka.
Semoga selawat serta salam tetap tercurah untuk Nabi kita Muhammad s.a.w. beserta keluarga dan sahabatnya. Ameen...
Kitab asal / rujukan utama: التوحيد للصف الاول العالي (at-Tauhid Lish-Shafil Awwal al-'Ally) oleh Sheikh Dr. Soleh Fauzan Bin Fauzan Bin Abdullah al-Fauzan.
Diedit semula dari kitab terjemahannya (indonesia) oleh:
Nawawi (http://an-nawawi.blogspot.com)

No comments:
Post a Comment