Friday, January 25, 2008

036 - KEWAJIBAN MENCINTAI DAN MENGAGUNGKAN RASUL DAN LARANGAN BERLEBIH-LEBIHAN DALAM MEMUJINYA SERTA PENJELASAN TENTANG KEDUDUKAN BELIAU s.a.w.

KEWAJIBAN MENCINTAI DAN MENGAGUNGKAN RASUL DAN LARANGAN BERLEBIH-LEBIHAN DALAM MEMUJINYA SERTA PENJELASAN TENTANG KEDUDUKAN BELIAU s.a.w.

A. Kewajiban Mencintal dan Mengagungkan Nabi s.a.w.

Pertama-tama, wajib bagi setiap hamba mencintai Allah s.w.t., dan ini merupakan bentuk ibadah yang paling agung. Allah berfirman,

“Dan orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah.” (al-Baqarah: 165)

Kerana Dia adalah Rabb yang memberi anugerah kepada segenap hamba-Nya dengan pelbagai nikmat, baik secara yang lahir mahu pun batin. Selanjutnya, setelah mencintai Allah s.w.t., kita wajib mencintai Rasul-Nya, Muhammad s.a.w. kerana beliau adalah orang yang menyeru kepada Allah, yang membawa kita kenal kepada-Nya, yang menyampaikan syariat-Nya dan yang menjelaskan hukum-hukum-Nya. Kerana itu, kebaikan yang diperoleh kaum mukminin, sama ada di dunia mahupun akhirat, adalah dari usaha Rasulullah s.a.w.. Dan tidaklah seseorang masuk Syurga, kecuali dengan mentaati dan mengikutinya s.a.w.. Dalam suatu hadis disebutkan,

“Ada tiga perkara yang jika seseorang memilikinya akan merasakan manisnya iman, iaitu bila Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada selain keduanya, dan tidak inencintai seseorang kecuali kerana Allah serta benci dikembalikan kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan daripadanya, sebagaimana ia benci untuk dilemparkan ke neraka.” (Muttafaq ‘alaih).

Maka, mencintai Rasul bererti mencintai Allah, bahkan suatu keharusan dalam mencintai Allah serta ia memiliki kedudukan kedua setelah mencintai-Nya. Dan Nabi telah menyampaikan perlunya kecintaan secara khusus kepada beliau s.a.w. dan wajibnya mendahulukan kecintaan kepadanya dan pada kecintaan-kecintaan kepada yang lain selain Allah, beliau s.a.w., bersabda,

“Tidaklah sempuma iman dari salah seorang dari kalian sampai aku lebih dia cintai daripada anaknya, orang tuanya dan segenap manusia.” (Muttafaq ‘alaih).

Bahkan terdapat hadis yang menyatakan tentang wajibnya setiap mukmin untuk lebih mencintai Rasulullah daripada mencintai dirinya sendiri.

“Bahawasanya Umar bin al-Khaththab berkata, “Wahai Rasulullah, sungguh engkau adalah orang yang lebih aku cintai dari segala sesuatu kecuali dari diriku sendiri.” Maka Nabi bersabda, “Demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya, tidaklah sempurna iman salah seorang di antara kalian sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.” Lalu Umar berkata kepada Nabi s.a.w., “Sesungguhnya engkau (wahai Rasulullah), kini menjadi orang yang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Maka Nabi bersabda, “Sekarang (telah benar engkau) wahai Umar.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas, maka mencintai Rasulullah s.a.w., adalah wajib dan harus didahulukan daripada kecintaan kepada segala sesuatu selain kecintaan kepada Allah, ini adalah kerana mencintai Rasulullh s.a.w., merupakan mengikuti (ittiba’/mentaati) sekaligus sebagai tanda/bukti dalam mencintai Allah. Mencintai Rasulullah s.a.w., adalah cinta kerana Allah. Ia bertambah dengan bertambahnya kecintaan kepada Allah dalam hati seorang mukmin, dan berkurang dengan berkurangnya kecintaan kepada Allah. Dan setiap orang yang mencintai kerana Allah, maka sesungguhnya dia mencintai kerana-Nya dan untuk-Nya.

Mencintai Rasulullah s.a.w., mengharuskan adanya pengagungan, ketundukan dan keteladanan kepada beliau serta mendahulukan sabda beliau atas segala ucapan makhluk, serta mengagungkan sunnah-sunnahnya.

Al-Allamah imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Setiap kecintaan dan pengagungan kepada manusia hanya dibolehkan untuk mengikuti kecintaan dan pengagungan kepada Allah. seperti mencintai dan mengagungkan Rasulullah s.a.w., sesungguhnya ia adalah penyempurna kecintaan dan pengagungan kepada Dzat yang mengutusnya. Umatnya mencintai beliau s.a.w., kerana Allah mencintainya, dan mereka mengagungkan serta memuliakan beliau s.a.w. kerana Allah memuliakannya. Maka ia adalah kecintaan kerana Allah, sehingga ia termasuk kesan/bukti/intipati dalam kecintaan Allah.

Maksudnya, bahawa Allah meletakkan kewibawaan dan kecintaan kepada Nabi s.a.w., kerana itu, tidak ada manusia pun yang lebih dicintai dan disegani dalam hati para sahabat kecuali Rasulullah s.a.w..

‘Amr bin al-Ash setelah masuk Islam berkata, “Sesungguhnya tidak ada seorang manusia pun yang lebih aku benci daripada Muhammad.” Namun setelah ia masuk Islam, tidak ada seorang manusia pun yang lebih ia cintai dan lebih ia agungkan daripada Nabi s.a.w.. Ia mengatakan, “Seandainya aku diminta agar menggambarkan peribadi beliau kepada kalian, tentu aku tidak mampu melakukannya, sebab aku tidak pernah memberi pandangan yang negatif kepada beliau sebagai tanda pengagungan kepada beliau.”

‘Urwah bin Mas’ud berkata kepada kaum Quraisy, “Wahai kaumku, demi Allah, aku telah diutus ke Kisra, Kaisar dan raja-raja, namun aku tidak pernah melihat seorang raja yang diagungkan oleh segenap rakyatnya seperti pengagungan para sahabat Muhammad terhadap Muhammad s.a.w.. Demi Allah, mereka tidak memandang negatif kepadanya sebagai bentuk pengagungan kepada beliau serta tidaklah beliau berdahak kecuali di tadah telapak tangan salah seorang dari mereka, kemudian ia dilumurkan pada wajah dan dadanya. Lalu bila beliau berwudhu maka mereka hampir saja berbunuh-bunuhan kerana berebut bekas air wudhunya.” (Jala’ul Afham, Hal. 120-121)

B. Larangan Ghuluw dan Berlebih-lebihan dalam Memuji

Ghuluw ertinya, melampaui batas. Dikatakan jika ia melampaui batas dalam ukuran. Allah berfirman,


لا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ

“Janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu.” (an-Nisa: 171)

Sedangkan ithra artinya melampaui batas (berlebih-lebihan) dalam memuji serta berbohong kerananya. Dan yang dimaksud dengan ghuluw dalam hak Nabi adalah melampaui batas dalam menyanjungnya, sehingga mengangkatnya di atas derajat sebagai hamba dan Rasul Allah, menisbatkan kepadanya sebahagian dan sifat-sifat ilahiyah. Hal itu misalnya dengan memohon dan meminta pertolongan kepada beliau, bersumpah dengan nama beliau, sebagai bentuk ubudiyah kepada selain Allah.

Dan yang dimaksudkan dengan ithra dalam hak Nabi beliau telah melarang hal tersebut dengan sabdanya,

“Janganlah kalian berlebih-lebihan memujiku, sebagaimana orang-orang Nasrani telah berlebih-lebihan memuji (‘Isa,) putera Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, maka katakanlah, ‘Abdullah wa Rasuluh (hamba Allah dan Rasul-Nya)’.” (Muttafaq ‘alaih)

Dengan kata lain, janganlah kalian memujiku secara batil dan janganlah kalian berlebih-lebihan dalam memujiku. Hal itu sebagaimana telah dilakukan oleh orang-orang Nashrani terhadap Isa a.s., sehingga mereka menganggapnya memiliki sifat ilahiyah. Dengan itu, sifatilah aku sebagaimana Rabbku memberi sifat kepadaku. Maka katakanlah, hamba Allah dan Rasul-Nya.

Ketika sebagian sahabat berkata kepada beliau, ‘Engkau adalah sayyid (penghulu) kami!” Spontan Nabi menjawab,

“Sayyid (penghulu) kita adalah Allah Taharaka wa Ta ala.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Demikian pula ketika mereka mengatakan, “Dan engkau adalah orang yang palirg utama dan paling agung kebaikannya!” Serta merta beliau mengatakan,

“Katakanlah sesuai dengan apa yang biasa kalian katakan, atau seperti ucapan kalian dan janganlah sampai kalian terseret oleh syaifan.” (Hadis Riwayat Abu Daud dengan sanad jayyid)

Sebagian orang berkata kepada beliau, “Wahai Rasulullah! Wahai orang yang terbaik di antara kami dan putera orang yang terbaik di antara kami! Wahai sayyid (penghulu) kami dan putera penghulu kami!” Maka seketika Nabi bersabda,

“Wahai manusia, ucapkanlah dengan ucapan (yang biasa) kalian ucapkan! Jangan kalian terbujuk oleh setan! Aku (tak lebih) adalah Muhammad bin Abdullah, hamba Allah dan Rasul-Nya. Aku tidak menyukai kalian menyanjungku di atas darjat yang Allah berikan kepadaku.” (Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nasa’i)

Beliau membenci jika orang-orang memujinya dengan berbagai ungkapan seperti, ‘Engkau adalah sayyidku, engkau adalah orang yang terbaik di antara kami, engkau adalah orang yang paling utama di antara kami, engkau adalah orang yang paling agung di antara kami.’ Padahal sesungguhnya beliau adalah makhluk yang paling utama dan paling mulia secara mutlak. Meskipun demikian, beliau melarang mereka dan agar mereka menjauhkan diri dari sikap melampaui batas dan berlebih-lebihan dalam menyanjung hak beliau, juga untuk menjaga kemurnian tauhid. Selanjutnya beliau mengarahkan mereka agar menyifati beliau dengan dua sifat yang merupakan darjat paling tiriggi bagi hamba, di dalamnya tidak ada ghuluw serta tidak membahayakan akidah. Dua sifat itu adalah Abdullah wa Rasuluh (hamba Allah dan Rasul-Nya). Dan beliau s.a.w., tidak suka disanjung lebih dari apa yang Allah berikan dan Allah redhai. Tetapi banyak manusia yang melanggar larangan Nabi s.a.w., tersebut, sehingga mereka berdoa kepadanya, meminta pertolongan kepadanya, bersumpah dengan namanya serta meminta kepadanya sesuatu yang tidak boleh diminta kecuali kepada Allah. hal itu sebagaimana dilakukan ketika peringatan maulid Nabi dalam qasidah atau nasyid (nyanyian-nyanyian, di mana mereka tidak membezakan antara hak Allah dengan hak Rasulullah s.a.w.. Al-Allamah Ibnul Qayyim al-Jauziyah dalam kasidah nuniyahnya berkata,

“Allah inemiliki hak yang tidak dimiliki oleh selain-Nya dan bagi hamba juga ada haknya, ia adalah dua hak (yang berbeda). Maka jangan jadikan dua hak itu sebagai satu hak, tanpa memisahkan dan membezakannya.”

C. Penjelasan Tentang Kedudukan Nabi s.a.w.,

Dibolehkan memberi penjelasan tentang kedudukan Nabi s.a.w., dengan memujinya sebagaimana pujian yang diberikan Allah, serta mengingatkan kedudukan beliau s.a.w. yang Allah karuniakan kepadanya dan meyakini hal tersebut. Nahi s.a.w. memiliki kedudukan yang tinggi. Beliau adalah hamba Allah, Rasul-Nya dan manusia pilihan-Nya di antara segenap makhluk-Nya, bahkan beliau adalah makhluk yang paling mulia secara mutlak. Beliau adalah utusan Allah untuk segenap manusia, kepada seluruh gobngan jin dan manusia. Beliau adalah Rasul yang paling mulia dan penutup para nabi, tidak ada lagi nabi sesudah beliau. Allah telah melapangkan dadanya, meninggikan sebutan untuknya serta menjadikan rendah dan hina orang yang melanggar penntahnya. Beliaulah orang yang memiliki kedudukan mulia sebagaimana firman Allah s.w.t.,

“Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (al-Isra’:79)

Maksudnya, kedudukan yang diberikan Allah berupa pemberian syafaat kepada manusia pada Hari Kiamat, sehingga Allah meringankan mereka dari beratnya mauqif. Kedudukan tersebut hanya khusus diberikan kepada Nabi s.a.w., tidak kepada nabi-nabi yang lain. Dan beliau adalah makhluk yang paling takut dan bertakwa kepada Allah. Allah melarang meninggikan suara di hadapan beliau dan memuji orang-orang yang merendahkan suara di hadapan beliau. Allah berfirman,

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian yang lain, supaya tidak hapus pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyedari. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya disisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar. Sesungguhnyn orang-orang yang memanggil kamu dari luar kamar(mu) kebanyakan mereka tidak mengerti. Dan kalau sekiranya mereka bersabar sampai kamu keluar menemui mereka, sesungguhnya itu adalah lebih baik bagi mereka, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Al-Hujurat: 2-5)

Sebagaimana Allah juga memanggil beliau dengan ungkapan Ya aiyuhan nabi ya aiyuha ar-Rasul (wahai Nabi, wahai Rasul). Dan Allah serta para malaikat-Nya telah berselawat kepada beliau, serta memerintahkan para hamba-Nya agar mengucapkan selawat dan taslim kepada beliau, sebagaimana firman-Nya,

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (al-Ahzab: 56)

Tetapi tidak dibenarkan mengkhususkan waktu dan cara tertentu dalam memuji beliau kecuali berdasarkan dalil sahih dan al-Qur’an dan as-Sunnah.

Termasuk mengagungkan beliau adalah mengagungkan sunnahnya dan keyakinan tentang wajibnya mengamalkan sunnah tersebut, dan bahawa ia menduduki kedudukan kedua setelah al-Qur’anul Karim dalam hal kewajiban mengagungkan dan mengamalkannya, kerana ia merupakan wahyu dari Allah s.w.t., sebagaimana firman-Nya,

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (an-Najm: 3-4).

Kerana itu tidak boleh membuat keragu-raguan di dalamnya, apalagi memperlekehkannya. Dan tidak boleh membicarakan tentang kesahihan atau kedhaifannya, sama ada dari segi jalan, sanad atau penjelasan makna-maknanya kecuali berdasarkan ilmu dan kehati-hatian. Pada zaman ini banyak orang-orang bodoh yang memperlekehkan sunnah Nabi terutamanya dari kalangan anak-anak muda yang baru pada tahap awal belajar. Mereka dengan mudahnya mensahihkan atau mendhaifkan hadis-hadis, dan menilai cacat kepada para perawi tanpa ilmu kecuali dari membaca buku-buku. Sungguh hal tersebut amat berbahaya bagi mereka sendiri dan ummat yang lain. Kerana itu hendaknya mereka bertaqwa kepada Allah dan menahan diri pada batasnya.

No comments:

Post a Comment