KESAN MAKSIAT TERHADAP IMAN
Maksiat adalah lawan kepada ketaatan, samaada dalam bentuk meninggalkan perintah mahupun melakukan suatu larangan. Sedangkan iman, sebagaimana telah kita ketahui adalah 70 cabang lebih, yang tertinggi adalah ucapan “La ilaha illallah” dan yang terendah adalah menyingkirkan gangguan di jalan. Jadi cabang-cabang ini mempunyai nilai (level) yang berbeza-beza, samaada dalam bentuk mengerjakan (kebaikan) mahupun meninggalkan (larangan). Kerana itu maksiat juga berbeza-beza. Dan maksiat bererti keluar dari ketaatan. Jika ia dilakukan kerana ingkar atau mendustakan maka ia boleh membatalkan iman. Sebagaimana Allah menceritakan tentang fir’aun melalui firman-Nya:
“Tetapi Fir’aun mendustakan dan mendurhakai.” (an-Naziat: 21)
Dan adakalanya, maksiat itu tidak sampai kepada tahap tersebut iaitu sehingga membuatnya keluar dari iman, tetapi memperburuk dan mengurangi keimanan. Maka siapa yang melakukan dosa besar seperti berzina, mencuri, minum-minuman yang memabukkan atau sejenisnya, tetapi tanpa meyakini kehalalan-nya, maka hilang rasa takut, khusyu’ dan cahaya dalam hatinya; sekalipun pokok pembenaran dan iman tetap ada di hatinya. Lalu jika ia bertaubat kepada Allah dan melakukan amal soleh maka kembalilah khassyah dan cahaya itu ke dalam hatinya. Apabila ia terus melakukan kemaksiatan maka bertambahlah kotoran dosa itu di dalam hatinya sampai menutupi serta menguncinya na’udzubillah! Maka ia tidak lagi mengenal yang baik dan tidak mengingkari kemungkaran.
Imam ahmad dan lainnya meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya orang mukmin itu jika berbuat dosa maka terbentuklah titik hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkan dan beristighfar maka bersihlah kembali hatinya. Dan jika menambah (dosa) maka bertambahlah (bintik hitamnya) sampai menutupi hatinya. Itulah rain’ yang disebut oleh Allah dalam al-Qur’an:

كَلا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.” (al-Muthaffifin 83: 14, Hadis Riwayat Ahmad, II/297)
Ada sebuah perumpamaan yang menggambarkan pengaruh maksiat atas iman, iaitu bahawasanya iman itu seperti pohon besar yang rendang. Maka akar-akarnya adalah tashdiq (kepercayaan) dan dengan akar itulah ia hidup, sedangkan cabang-cabangnya adalah amal perbuatan. Dengan cabang itulah tergambar kehidupannya yang baik. Semakin bertambah cabangnya, maka semakin bertambah dan sempurnalah pohon itu, dan jika berkurang maka buruklah pohon itu. Lalu jika berkurang terus sampai tidak tersisa cabang mahupun batangnya maka hilanglah nama pohon itu. Manakala akar-akar itu tidak mengeluarkan batang-batang dan cabang-cabang yang boleh berdaun maka keringlah akar-akar itu dan hancurlah ia dalam tanah.
Begitu pula maksiat-maksiat dalam kaitannya dengan pohon iman, ia selalu membuat pengurangan dan aib dalam kesempurnaan dan keindahannya, sesuai dengan besar dan kecilnya atau banyak dan sedikitnya kemaksiatan tersebut. Wallahu a’lam...

No comments:
Post a Comment